Thursday, December 23, 2010

~ saat kamu benar-benar pergi ~

Assalamualaikum ...
Masih bukan mud untuk berfikir dan berkongsi pelbagai informasi baru di sini. Waktu ini jiwa dilanda kekacauan yang tidak kurang hebatnya. (agaknyalah) .. hoho.


23 December 2010 jam 8.30 pagi Aku tolong hantarkan bf aku n kawan aku halim ke bus stand untuk balik ke Perak. Lepas ni kami semua akan jalani Latihan Mengajar. Hanya tinggal beberapa minggu je lagi. Tapi semangat mengajar entah mana tak datang-datang. Yang ada hanya sedih ... suram ... dull sungguh..!!

Satu benda yang aku sungguh terpukul adalah bila bf aku pergi dah. Rasa bagai ditinggal suami. hoho .. bengong sungguh bunyinya. Tapi tu lah hakikatnya. Bukanlah selama ni aku kerja berkepit je dengan bf aku ... tapi tiga tahun lebih kami bersama dia jarang sangat jauh. Cuti sem yang panjang pun dia selalu je dengan program kat UTHM. Jadi, sedikit sangat rasanya waktu berjauhan. Kelas pun sama .. jadi, cukuplah tengok dan tahu dia ada dekat dengan aku. Bukan nak dia duk dating dengan aku hari-hari pun.

Tapi lepas ni .. tak de lagi dah. Jauh sangat dah kat utara. Dia latihan mengajar di Kedah. Tah bila tahun tah nak jumpa. hoho ... sudahlah dia tak de internet kat sana. 3G pun tak dapat kat umah. Hmm ... memg class lah kan. Cuma ada phone je. Tu je lah alat penghubung. Tak apalah. Mungkin itu saja yang perlu digunakan sebaik mungkin.

Masa aku hantar tu ... dia dengan kawan aku halim turun je, air mata dah jatuh dah. cuba cool down .. sbb nak kena drive balik ni, tapi hampeh .. sampai salah masuk jalan drive sambil menangis. hebat betul, nazura. hohoho... bukanlah jiwang sangat bf balik nak nangis2 segala. Tapi sumpah sedey gila. Sume bnda area batu pahat - parit raja tu kenangan aku dengan dia .. dengan kawan-kawan aku BBV 2007-2011. Bila lalu depan umah diorang yang kosong macam tu lagi lah sedey. Selalu ade je motor2 diorang. Lalu depan UTHM lagi lah .. kenangan macam2 kat dalam tu. Jalan-jalan kat Parit Raja pun, selalu nampak je kelibat mereka. Wahhh ... serius memang semuanya menyedihkan buat aku. hoho.. Bpmall, summit ... n carefour .. rasa macam tak nak masuk je lagi. Masuk dgn org lain mungkin tercover kot perasaan tu. Kalau masuk sorang ... sure boley menangis. hahaaahaha..






last date kat pizza hut, bpmall .. kui3x

Tapi hakikatnya ... setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Harap perpisahan yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Mungkin sehari dua wajar untuk aku menangis dan ingat pada org yang aku syg n kawan-kawan semua ... tapi lepas dari itu aku perlu fokus pada aim aku. Sasaran jangka masa pendek adalah latihan mengajar. Sasaran jangka masa panjang ... after latihan mengajar. Itu lebey penting. Takkan aku nak duk melamun teringat diorang plak kan .. termasuk bf aku. Ada perkara yang lebey penting untuk aku utamakan lepas ni.


Kahwin....?? wah ... sejak2 ni banyak sangat org meroyan nak kahwin ... dah kahwin ... terkahwin .. terpaksa kahwin ... hmm ... it is so early for me. Tak perlu kot nak fikir tentang kahwin dulu masa nih. Tapi mungkin boley mula di fikirkan masa 2012 nanti. Fikir je ... belum action lagi. hoho.. Banyak benda perlu di selesaikan. Lagi pun, kalau jodoh tak ke mana. Kalau tak jodoh ...??? huhuhu ... kalau tak jodoh pun tak ley buat apa. pasrah and redha je lah. Allah lebey tahu mana - mana yang terbaik untuk kita. Asalkan kita sudah berusaha mencari yang terbaik ... lakukan yang terbaik ... berdoa dan terus berdoa .. seterusnya adalah tawakal. Maka itu sajalah kemampuan seorang manusia. huhuhuhu ..

Hm .. panjang dah ni. tak mau cakap lagi. letey sudaaaaa. hehehee .... by da way thanks to all of u. give me a nice memory here. dan tak ada lagi tuan punya .... BKK, PJF,PJE, AFR, WJE, JGX, BHQ, KCP,KCB, WQL, WCU, AEN, JLR, JER, JMA .. kat sini lagi. ( jie... sumpah tiba2 aku lupa no plat moto ko...hoho.. sory beb ).. hehe

thanks to my boyfren .. Jalil Saari ... berikan senyuman dan air mata selama mana kita kenal. I'll never forget all about that. thanks a lot ... May Allah bless us, okeyyyy .... hehehe

p/s : jangan lupa awak ada hutang lolipop dengan saya ... sy tuntut bulan 4 nnti okehhhh .. hahahahaa

Sekian, wassalam ..


Wednesday, December 22, 2010

- warkah buat kamu -



Assalamualaikum ..

buat kamu yang pernah aku panggil sahabat.
mungkin kamu tak tahu kalau semua ini untuk kamu. Dan aku pun tak perlu state nama kamu di sini. sebab aku rasa semua tu tak penting.

Dalam mana waktu - waktu ini aku rasa aku bahagia tanpa kamu, tiba-tiba rasanya aku masih merindui kamu. Walaupun terlalu banyak sakit yang aku rasa kerana kamu .. tapi aku merindui saat aku ketawa bersama kamu. aku masih rindu saat aku menangis bersama kamu. Ketawa dan menangis bersama. Bagi aku, itulah saat terindah buat aku. Berkongsi tentang segalanya dengan kamu. Walaupun aku tidak pernah beritahu kamu betapa aku sayang kamu, tapi aku yakin ... kamu sedar tentang itu sejak dulu lagi.

Di antara kamu dan teman lain, kamu ada tempat istimewa dalam hati aku. Kamu ibarat seorang kakak bagi aku. Mungkin kamu lahir sebagai seorang kakak kepada adik-adik, lantas kamu juga begitu care dengan aku. Walaupun ada waktunya kamu buat aku begitu kecil hati, tapi masih belum mampu melunturkan rasa sayang aku pada kamu. Aku ingat lagi waktu aku bagitahu kamu nama boyfriend aku. " Jalil? Naz ... klasiknya nama? Carilah nama sedap sikit ..." aku rasa macam kena hempuk dengan batu besar time tu. Aku bagitahu sebab aku rasa kamu memang kawan baik aku. Tapi .. sangat mengecewakan. Mula-mula .. yes. Aku rasa cam malu je bila ramai orang pandang macam tu pada boyfriend aku. Tapi hari bila orang tanya aku awek siapa ... senang je aku jawab... " awek jalil..." tapi hari ni, aku tak lah rasa apa-apa sangat dengan sikap kamu yang begitu. Aku mungkin tak secantik kamu .. untuk dapat lelaki -lelaki handsome kononnya di mata kamu. Tapi ... rasanya bf kamu pun bukanlah handsome n hebat sangat kalau suka sangat nak membanding-bandingkan. Nama pun biasa je.

Baru-baru ni aku terserempak kamu. Tapi aku tak berhajat untuk bertegur sapa dengan kamu. Apa lagi nak bertanya khabar. Bukan berdendam ... tapi rasanya ganjil sekali untuk aku bermesra seperti dulu. Baru-baru ni jugak, aku lalu di hadapan rumah kamu. Aku nampak kereta kamu. Boleh saja aku datang beri salam kalau aku mahu berjumpa dengan kamu. Tapi ... hakikatnya aku tak buat begitu. Aku hanya lalu tidak jauh dari rumah kamu. Dari jauh aku nampak itu kamu. Ya .. kamu angkat kain di ampaian dengan tudung hitam. Aku kenal bentuk muka kamu walau dari jauh. Tapi cepat saja aku pergi dari situ. Untuk apa aku datang pada kamu ...?



Kamu datang pada aku waktu kamu jatuh. Waktu semua orang memberi satu pandangan negatif pada kamu. Aku cuba membetulkan pandangan itu meskipun keadaannya seperti menegakkan benang yang basah. Tapi aku cuba juga untuk kamu. Tapi ... bila mana kamu senang hari ni. Mungkin kamu sudah berada di posisi cukup selesa, aku kamu lupa macam tu je ? Wahh .. that's my bestfren, rite?

Kamu kenallah. Hati aku di mana waktu aku dengar semua bahagia kamu selepas kamu berair mata ..? Jangan pernah salahkan aku kerana aku membuang kamu dari menjadi seorang teman buat aku. Rasanya tidak ada apa yang ruginya untuk kamu hilang seorang kawan yang tidak punya apa-apa. Sekali aku kata kamu pergi, maknanya aku tidak akan pernah kembali. Tapi ... di kala kamu kembali, aku yakin tidak akan pernah terucap perkataan pergi tu.

Maafkan aku kerana mungkin pernah kasar pada kamu. Jika hari ini kamu begitu bahagia dengan hidup kamu ... maka berbahagialah. Dan aku tidak akan pernah wujud dalam hidup kamu .... selagi kamu tidak datang sendiri. Aku bukan ego. Tapi ... sebanyak mana aku membuang ego aku pergi ... sebanyak itulah hati aku hancur. Kamu pijak-pijak seperti semuanya tiada makna. Jadi, aku sudah selesa tanpa kamu. Jika kamu berhajat untuk tidak lagi menjadi teman aku ... maka aku relakan kamu lenyap dari hidup aku selamanya.





Terima kasih, teman. Kerana telah memberikan warna-warna indah dalam rentetan hidup aku.
thanks a lot ..

wassalam ..

Friday, December 17, 2010

- gelap sungguh masa depan -

Assalamualaikum ..

hai .. semua. hari ini .. tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu. Dan mungkin bermakna kot untuk aku share di sini. Huhu ..Oleh kerana aku pun dah free sekarang, jadi aku ada banyak sungguh masa untuk membebel bebel di sini.hahahaha ..

hmm .. penah tak dengar orang kata ..bila anak-anak dapat result best gempaq ke dapat masuk U ke ... orang kata 'baguslah ... cerah masa depan budak ni nanti ..' tapi .. bila result cam tak best .. cam hampeh tahap sengal ..' ehmm gelaplah masa depan kau ..' hohoho ... dulu masa PMR aku dapat 8A. (ceh .. nak riak dah ni) ..tapi masa dapat result tu hati aku kata .. sumpah tu bukan result aku. Maksudnya tak setimpal dengan kemampuan aku. Tu result yang Allah nak bagi .. mungkin sebagai ganjaran aku mula 'kenal' Dia. Masa tu semua orang kata aku hebat .. orang kata aku pandai ... tapi hakikatnya aku kenal siapa aku. Masa SPM aku dapat 4A4B2C. Cam bangang kan result tu. Tapi bagi aku .. tu aku sangat2 bersyukur. Sebab before tu result aku berderet D,E,F ... mana lah aku tak syukur sangat, kan. Tapi ... adalah sorang ni bila tahu aku just dapat 4A dia kata ...' eee.. bodohnya .!!' Huh .. lantaklah kan. Kalau bodoh pun aku bukan mintak duit kat dia. Macam sengal je orang cam ni.

Apa sebenarnya aku nak sampaikan ? Nak bagitahu aku dapat 8A and 4A ke...? Owh .. sama sekali tidak. Aku cuma nak semua orang yang baca blog aku hari ni sedar .. dan bukak mata ... bahawa masa depan kita semua gelap. Gelap sangat. Bukaklah mata besar mana .. masa depan tetap gelap. Letaklah lampu kalimantang berderet .. pun takkan terang gak. Hohoho .. ni mesti ramai tak puas ati dengan aku ni. Ye lah ... belajar pandai2 sampai oversea .. takkan gelap lagi masa depan, kan. Fahamilah konsep gelap yang sedang aku katakan.




ni betul-betul gelap .. ish3x

Dalam perjalanan hidup ni ... kita takkan pernah tahu apa yang ada kat depan tu. Macam berjalan dalam gelap, kan. Nampak tak ??? Takkan ..? Kalau guna lampu suluh pun, jaraknya terlalu terhad. Kalau dah namanya gelap, tetap gelap gak. Okey ... cakaplah result best .. masa depan cerah. Tahu ke pe nak jadi akan datang ? Putus cinta pun boleh menggelapkan masa depan yang kita bayangkan cerah n terang menderang. Tak caya ? Cayalah ... benda dah ada yang jadi. Sebab tu aku boleh cakap.

Kalau result cam sengal ke hape ... usaha terbaik untuk capai yang terbaik ... so, boleh tak cerah masa depan ? Pun belum tahu gak. Hakikatnya .. masa depan kita ni gelap sungguh. Kita dapat ramalkan apa yang jadi. Boleh rancang apa yang mungkin jadi ... tapi takkan dapat pastikan itu yang akan jadi. Tawakaltu'alaallah.

Sama jugak macam bercinta ... bercintalah macam nak gila hari ni ... esok2 tak tahu apa jadi. Jadi kahwin ke tak jadi kahwin, pun tak tahu. Gelap sungguh semuanya. ( hoho .. ingatan untuk aku jugak yang kononnya sedang bercinta ) kuang3x. huhu ...

Post kali ni bukan nak meruntuhkan motivasi orang. Tapi .. kena beringat dengan semua benda. Jangan sampai kita terlalu selesa di zon selesa. Sampai waktunya kita akan berada di zon paling teruk. Kan ke orang kata hidup ni pusingan roda. Jika hari ni ... kita rasakan masa depan kita teruk, sebanarnya kita tak pernah nampak apa yang ada di masa depan. Lalu .. teruskan melangkah untuk satu tekad. Teruskan hidup penuh semangat untuk melalui masa depan yang tidak pernah pasti. Masa depan yang terlalu gelap untuk di lalui. Bila ia akan cerah ...???? akhirat. Sama ada syurga atau neraka ... itulah penamatnya.




sebelum tiba di penamatnya ... berusahalah untuk mencapai yang terbaik meskipun perlu berjalan meraba di dalam gelap. hehehe ...

okey .. harap ada sesuatu yang memotivasikan kita semua pada hari ini.

chaw bebeh , wassalam ..


Monday, December 13, 2010

~ good bye ..~

Assalamualaikum ..

Waahhhhh ... diam tak diam, bising pun tak bising sangat, habis dah waktu-waktu study di UTHM. Hohoho ... bagi aku UTHM tu tak lah akan hilang ke mata. Tetap menatap UTHM yang begitu mengagumkan ...huk3x ( usaha mempromosi UTHM ) Kenapa ? sebab UTHM tu sejengkal je dari umah aku. hahhahaha ..




Hari - hari terakhir di UTHM bagi aku tak ada apa sangat yang memberangsangkan. Tak sempat nak bersedih ... tak sempat nak fikir ' apa la nasib aku semua kawan-kawan dah blah ..' dan tak sempat juga nak memadu kasih di kala kekasih hati bakal meninggalkan aku sendiri di sini ( ayat nak jiwang tak leh bla ...hahhaahaha ). Semuanya sungguh serabut dengan PSM dan final exam. Ada juga jamuan perpisahan or something like that la .... pun tak mampu membuka ruang kesedihan di hati aku. Kenapa ek ..???? hahahahah ... macam biasalah manusia, kan. belum terjadi .... blum nak rasa lagi. dah sampai waktunya ... maka, rasalah penangannya nanti. hehe

hari ni, baru aku tergerak untuk ucapkan perpisahan buat semua kawan-kawan 4BBV seksyen 1. sebab ada juga kawan-kawan yang dah balik kan .. jadi, haruslah untuk aku ucapkan selamat tinggal. ( aik .. bukn terbalik ke? diorangla kena ucap selamat tinggal kat aku ek ...) tak kisahla tu .. yang penting ucapan perpisahan.

banyak kenangan yang ada antara aku dengan mereka. Sejak mula masuk dulu ... sampailah hari ni. Banyak sungguh ketawa n air mata dengan mereka.. ( cehhh ... ayat nak best ). Sejak tahun 1 sem 1 aku tak kenal sesiapa pun antara mereka ... sampailah hari ni, yang rata-rata mereka aku dah boleh baca perangai masing-masing. Semuanya ... ada pro n contra. Ada positif n negatif. Sama jugalah dengan aku, kan.


Walaupun satu waktu ada detik-detik yang sangat menyakitkan hati ... tapi banyak juga yang menyenangkan hati. Aku mungkin tak terlalu rapat dengan mereka. Sebab aku duduk di rumah, maka ... banyak benda yang terbatas. Bukan rasa di kongkong, mungkin dalam satu sudut yang lain ... aku pun tak berminat tentang suatu perkara tu. Contohnya cam melepak ramai-ramai, melepak or berjalan sampai lewat malam .... or smthing like that la ...Kalau aku nak, that's not a problem cuma atas diri aku sendiri yang tak minat dengan semua tu. So individualistik, kan. Tak sosial .... but independent ( puji diri sendiri tu ...hahaha ).

So kawan - kawan ... sorry for everything yerrrrrrr. Mungkin banyak event korang ... aku tak join. Tapi, mana yang aku rasa aku boleh join ... aku rela join ... aku selesa untuk join ... yes, i will join u. At last ... bagus2lah kalian jadi cikgu lepas ni yer. Pas LM nanti korang akan datang UTHM semula. Masa tu .. datanglah rumah yer. InsyaAllah .... ada news aku nak share kat semua. hehehehehe ...

Harap kita boleh bertemu lagi ... dengan jiwa yang berbeza. Jiwa seorang guru yang sejati. ( untuk korang dulu ... hati aku masih nak tak nak je g LM ... huhuhu )

Ok . good bye semua ..

Sayang kalian semua. Wassalam ..











semoga kenangan kita abadi selamanya ...

Saturday, December 11, 2010

nama pun psm ..

PSM
' projek sarjana muda ..' ' projek separuh mati ..' ' projek satu malam ..' ' projek siksa manusia ...' ' projek sampai mati ...' ' projek sangat menyiksakan ...'


tu la gelaran yang macam - macam aku dengar n aku bagi sendiri. Walaupun hakikatnya bunyi PSM tu sedap ... 'projek sarjana muda' tapi istilah yang lain - lain tu lah kronologinya. Hakikatnya, aku tak pernah terfikir akan hadapi saat yang begini payah ... letih .... penat ... tersiksa ... dan macam2 perasaan yang seangkatan dengannya. Sudahlah projek aku pun ... mcam nak gila siapkan ..( itu pun masih ada yang perlu di betulkan ) ... buat penulisan pun satu punya perit ... nk pegi hantar pun siksa ..???? this is we called ' ujian Allah ' dan harga yang perlu aku bayar untuk dapatkan sesuatu yang berharga.
Sesungguhnya tak ada benda free sekarang ... kasih sayang ? free x ...? hehehe .. depend la. ;-)




-makmal pendawaiaan elektrik - aku akan sentiasa rindukan tempat aku berkelah buat projek


setelah 2 kali aku bukak n jilid semula tesis aku, harap lepas ni takkan ada masalah lagi. aku betul - betul .... sangat2 tak larat nak betulkan n keluar duit lari. Sumpah dah hampir masuk seribu untuk psm saja. mana lah aku tak kering kontang sem ni ... huhuhu

cuma satu benda yang sangat aku rasa ...' waaaa .... aku boleh buat rupanya ..' aku buat empat kerja dalam 1 masa. handle psm aku n bf aku ( mnta tolong print je ) ...final exam ... n satu bnda lagi yang mungkin tak sesuai kot aku nak story di sini. Aku pernah rasa buat kerja bertimpa - timpa masa sekolah dulu .. tapi .. yang ni lagi mencabar. lagi sangat perlukan kesabaran.

Satu lagi masalah aku ... kalau boleh semua nak perfect. Memang kadang - kadang tu ... tesis yang aku hantar tu dia boleh excuse .. dia boleh terima walaupun macam tak bape nak ok ... maka aku dengan perasaan yang begitu sedih ... bukak n print semua semula. Kali ni aku print je terus kat kedai ..dan buat dalam keadaan sangat-sangat letey ... banyak betul yang salah dan menyebabkan aku di cas begitu tinggi. ' Nazura ... kenapa kamu ni sengal sangat ???? ' hoho .. apa yang jadi sangat meleteykan lagi adalah tesis aku tebal macam hape n banyak gambar. huhuhu



tah bape banyak paper dah habis hanya sebab psm tersayang ...



ini pulak teman aku setiap malam bila aku stay up .. bnda paling berjasa dalam proses menyiapkan psm tercinta .. huhu



inilah benda yang amat menguji kesabaran ... walaupun dah siap semua .. tapi kena juga bukak balik n print semua semula ..


dan akhirnya dengan rasa penuh putus asa .... aku tak tahu bila semua ni akan siap. Walaupun rasa syukur sangat - sangat untuk psm aku dah dapat A, tapi masih rasa tak free bila ada banyak lagi yang tak settle. tapi .. thanks a lot to my family yang sangat faham kesibukan n kegilaan aku lately ni. thanks for all da support. thanks gak to my bf ...yang sentiasa bagi support.

Sayang kamu .... sayang kamu semua .. huhu

Wassalam ..

thanks for all that.



Thursday, December 2, 2010

Aiii ... kasut...kasut

Assalamualaikum ...

huhu ....dalam mud bengang + sedey sesungguhnya.. huhu
misi keluar panas2 petang tadi adalah untuk mencari kasut. untuk pe? untuk LM r pe lagi. Kenapa awal sangat ? Excitedkah nazura nak pergi LM ...??? Hoho .. sesungguhnya memang tak excited langsung. Hati masih tak lagi sepenuhnya +ve untuk mengajar. Tapi, mungkin bila dah lalui keadaan tu akan jadi sebati kot ... hoho. Cerita pasal kasut. Kenapa cari awal sangat ...?? hm... jawapannya .. aku kenal sangt aku ni. Sangat2 payah nak berkenan dengan satu - satu barang.

Cuba bayangkan kalau tnggal seminggu nak g sekolah ... tiba-tiba tak de satu pun yang berkenan ... mau beli tapi tak puas hati tu. macam beli kasut masa nak masuk matrik ... sekali waktu minggu orientasi je aku pkai, pastu haram aku tak sentuh. cam tu lah bila aku kata aku tak berkenan..huhu

Berbalik pasal kasut tadi ... huhu. dah lama aku usya kat bp ... tiba-tiba satu tu aku terpandang. memang aku rasa sesuai r dengan jiwa. look smart. cam ranggi sikit. mud kasut pun ... muda remaja kot. warna pun best ... teksture pun menarik ... ketinggian pun ok ...harga pun boleh layan. mula2 pandang ritu memang dah jatuh hati dah. tapi .. aku takut cam tak sesuai ke .. aku pun ajak seorang manusia yang bernm bf aku g tengok. ok ... dah cun dah. dia pun kata cantik ... time to try ... ketatla plak. saiz 5 ... patutla. cari2 saiz 6 tak de. try saiz 7 ... besar sangatlaaaa....mn boleh. huhuhu ... salesgirl tu suggest pattern lain ... hmmm...sory ... aku pandang tak ley jatuh hati. xberani nak beli. jap g ada je kasut aku sumbat bawh katil.. huhuhu..

kuar kedai ... cari lagi satu bpmal. memang tak de yang berkenan. pegi la summit ... sbb banyak kedai kasut. pusing punya pusing ... xde jugak yang berkenan. jangan kata belek, masuk keluar balik. memang tak de yang lekat kat hati. tertarik kat mata pun tak de. round lagi cari kedai yang sama ms kat bpmall tadi. yes ...jumpa!! masuk dengan harapan dia ada. tapi .....hmmm...sungguh menghampakan. ada satu tu ... memang teksture dia sama...tnggi dia sama ...warna pun sama .. harga sama....tapi cuma tak ada tali getah kat tengah tu. jadi ... hati aku kata ... bialah dulu. that's the last choice. sebab tali getah tu la yang buat kasut tu nampak smart di mata aku. maka ... baliklah dengan perasaan yang sangat hampa. huwaaaaaaaaaaa ...




pattern kasut ni hampir sama cam kasut yang aku nak tu.. tapi tali tengah tu aku tak minat .. nak jenis getah yang ley stretch ..


aku rasa2 bf aku pun cam hangin gak kot. tapi nak buat mcam mana, kan. hati tak ley berkenan ... nak buat cam ne. mana ley paksa-paksa berkenan...huhu. memang untuk certain kes perangai aku tu ... ada keburukannya. tapi rasanya ... banyak kot kelebihannya. tahu apa kelebihannya ...??? haaa.... perangai aku tu buat aku jadi manusia ... selagi apa yang aku pakai tu memang tak uzur lg... aku takkan tukar. patutlah bf aku begitu hairan ... pkai kasut dekat 2 tahun tak tukar. hahahahaa ... tak ke jimat macam tu. sebab tu kadang2 ... da prepare duit bukan men nak g shopping, sekali balik xde bawk pe pun. sebabnya tengok sume bnda tak berkenan di hati. jadi ... safe la duit aku. hahahahahahaha ...

tapi untuk certain thing je la aku macam tu ... barang2 macam jam, gelang, beg, kasut n kereta. Dan buat masa ni, banyak2 keluaran kereta malaysia ... Myvi je yang aku berkenan. Tapi kalau orang bagi kete len, pkai la gak. Untuk beli, kenala yang berkenan di hati. huhu ... tapi kalau baju .. tudung ... wahhhh .. bukan men senang je nak berkenan. hohoho ...bf..??? haaaa ... tang tu aku tak tahu masuk kategori mn. dalam hdup aku ... cuma ada 2 lelaki je yang aku memang betul2 jatuh hati. Seorang ... aku memang suka dia sejak sekolah rendah ... sampailah ... aku couple dgn bf aku ni. dan sekarang ... bf aku je lah. kalau suh dengan boy yang 1st aku suka tu ... memang insyaAllah ... takkan. hohoho .. mcm mn tau ?? dah pernah test la .. sbb tu tawuuu. hahahahaa ...




maka ... perlukah nazura berubah dari sikap itu ...??? tak perlu kot ... hahahha


so ... ucapan terima kasih tidak terhingga buat bf aku yang sudi memenatkan diri meneman gf kamu yang mendung ni pergi cari kasut yang tak jumpa akhirnya. kuang3x.

hahahahaha...

sekian, wassalam ...



Wednesday, December 1, 2010

kucing oh kucing

Assalamualaikum ..
hoho .. walaupun esok ade 2 paper utk final, tapi aku nak gak share sesuatu di sini. Ya...fokus kepada penggemar kucing, pembela kucing, pencinta kucing atau mereka yang begitu obses dengan kucing seperti aku terutamanya.

hmm...pernah tak dengar orang cakap .... 'jangan peluk2 sangat dengan kucing. bahayala. boleh mandul nanti' huhu ... banykkan? aku lah org yang paling selalu dapt kata-kata tu. dari sape? ayah aku lah. pe lagi ayah aku kerja yang berkaitan dengan haiwan,kan ... huhu.. tapi, aku tak pernah pulak baca fakta tentang tu. jadi aku buat tak tawuuuu je la. pagi ni aku tergerak utk cari. betul ke ??

so...aku dapat fakta ni dari seorang yang memberi komen terhadap soalan sipulan ni :

Kajian telah menunjukkan bhw kucing, boleh menyebabkan kemandulan/ menganggu kesuburan wanita. Didapati bhw kucing adalah salah satu penyebab ketidaksuburan wanita yg diakibatkan oleh parasit yang bernama Toxoplasma gondii. Parasit ini disebarkan melalui kucing, dapat menghancurkan sel bernukleus, termasuk sel ovum(telur). Penyakit infeksi oleh parasit Toxoplasma gondii ini dikenal dengan nama toksoplasmosis.

Parasit ini berkembang biak di dalam usus kucing, kemudian telur-telurnya keluar bersama dengan najis kucing. Seekor kucing dapat mengeluarkan berjuta-juta telur toksoplasma dalam sehari selama dua minggu.

Bagaiamana parasit ini boleh menyebabkan mandul? Sebenarnya lebih tepat dikatakan mengganggu kesuburan. Di dalam tubuh manusia, parasit ini akan merosakkan sel-sel yang bernukleus. Secara amnya sel-sel tubuh adalah bernukleus, kecuali sel darah merah, sehingga sel telur(ovum) pun akan dirosakkan olehnya. Disebabkan itu, apabila seorang wanita berada dalam waktu reproduksi dijangkiti toksoplasmosis, kesuburannya akan terganggu. Menyebabkan wanita ini tidak mendapat keturunan, sehingga disangka mandul.

Langkah2 keselamatan yg boleh dilakukan..


1. Jangan beri makan haiwan peliharaan dengan daging ikan dan tulang mentah/tidak dimasak.

2. Mencegah kucing dan anjing berburu burung, tikus dan lalat.

3. Pasir tempat najis kucing sebaiknya dibersihkan setiap hari. Ookista yang mungkin keluar bersama najis kucing memerlukan waktu 24 jam untuk menginfeksi.

4. Setelah mencuci daging mentah, sebaiknya cuci tangan dengan sabun.

5. Untuk wanita yang sedang mengandung jangan mencuci/membersihkan daging/ikan yang akan dimasak.

6. Sebaiknya sayuran mahupun buah-buahan yang akan dimakan dicuci bersih.

7. Jangan lupa mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutama bagi yg tidak menggunakan sudu.

8. Wanita yg mengandung jangan membersihkan tempat najis kucing.



Rujukan: BUKU PARASITOLOGI PERUBATAN

Satu lagi penyebab berlakunya mandul/susah nak dapat zuriat ialah seseorang itu terdedah sinaran berbahaya, seperti pancaran/sinaran radioaktif. Ada kalanya hanya memusnahkan sel sahaja...jika tahap dedahan melebihi boleh membunuh. Kalau dah mengandung, boleh jadi keguguran. Ini disebabkan embrio amat peka kepada sinaran. Ia jug boleh menyebabkan anak yang dilahirkan cacat jika kadar dos sinaran melebihi 50sv. Boleh dikira dengan menggunakan persamaan dibawah, berapa dos yang terkena.

1Sv=100rem
1rem=10miliSv
rem=radxQ
Q=fartor kualiti yang bergantung kpd jenis sinaran
rem=dos setara
rad=dos terserap
Sv=dos setara dalam unit S.I

nilai Q(faktor kualiti mengikut jenis sinaran)

X-ray dan gama=1.0
sinar beta=3.0
neutron terma=3.0
sinar alfa(zarah)=20
neutron cepat=20

Oleh itu awas bagi mereka yang bekerja berhampiran kawasan yang mempunyai tanda amaran sinaran radiaktif.



Rujukan:


1.Prof.Dr.Ahmad Termizi Ramli. Penggunaan sinaran keradioaktifan dan tenaga nuklear. UTM/DBP.


2.Prof.Dr.Husin. Prinsip asas pengesanan sinaran bahaya. UTM.


Itulah yang aku jumpa. So...bagi mereka yang membela kucing, lakukan yang terbaik ok. Alhamdulillah .. kucing-kucing aku yang comey sentiasa mkan makanan yang di masak n pemburu tikus tapi dia tak telan. Kuang3x.

Satu lagi ... aku nak ucap tahniah kat kawan aku yang bakal bergelar ibu. Sweet kot nak jadi mama,kan. hehehe ... bagi mereka yang sangat anti dengan kucing, jangan jadikan kucing sebab utama wanita tak dapat melahirkan zuriat. Banyak lagi punca utama yang lain. Pokok pangkalnya ... semua tu rezeki Allah. Apa saja tak ada yang mustahil. Jika Allah berkehendak sesuatu, maka terjadilah. ( Ini bukan usaha memebela diri yang sangat sayang pada kucing .. kuang3x )

Wassalam ..


Tuesday, November 23, 2010

make up oh make up

Assalamualaikum ....

Ehmm .... lately ni, jarang - jarang aku berkongsi info yang berguna dalam blog ni. Maklumlah ... tak sempat nak membaca buku ... tak sempat nak mencari bnda baru. Terlalu busy dengan tesis n final exam. Tapi .. masih nak juga meluangkan masa untuk blog ni. Orang suka bercakap ... tapi tak tahu nak bercakp dgn siapa. Jadi, cakplah dgn blog ni kan. Mungkin itu lebih baik. Kui3x ... hehehe

Baru - baru ni aku terserempak kawn aku dengan tunang dia ... aku tahu la dia memng type make up tebal ... smpai some part tu akan berubah air muka. contoh cam ... mata ley jadi lebih galak ... or klau tebal sangt n tak bape pandai nk letak ... mata ley nmpak bengkak. Cam tu lah conthnya. Ha .. pasal kawn aku tu ... bila terserempk tu .. aku tak la tegur dia. Biar je. Malas nk beramah mesra la plak. kui3x. Bila aku tengok dia ... waaa .... kenapa aku rasa dia cam jauh sngt lebey tua dari aku. Pe lagi aku masa tu just t-shirt, jeans .. tudung n xde sepalit make up pun kat muka. really sampoi ... dan memang cam tu pun bila kuar dgn bf aku. Dekat hati .... terdetik gak untuk make up ... dress up cam best ...bukan tak de ... tapi untuk certain event je aku akan pakai cam tu. mungkin semula jadinya ... aku adalah aku. memang macm tu dari dulu dan sejak azali. perlu ke berubah ...??? berubah ... tapi berpadalah. kan ke berhias pada seorang perempuan muslim itu ada batasannya. kui3x.

so ... aku nak ajak semua jom kita survey apa kata orang tentang perempuan n make up :

KORANG PERASAN TAK?

MUKA PUNYA LA PUTIH DAN SKIMA

BILA JELING LENGAN TANGAN HITAM TUHHH

BILA TERJELING KAT PERGELANGAN KAKI
HITAM TUHHH


statement tu aku dapat dari satu web site tentang sesi soal jawab. Ha ... kan, kalau perasan ... ramainya lah orang yang macam tu. Tu baru dari persepsi pandangan manusia. belum lagi bila kita teliti dalam hukum ISLAM kan ... hm .... bagi mereka yang tak perasan ... lepas make up tu ... check kat cermin ... bandingkan kulit muka dengan kulit tangan kita. sekata ke tak. kalau agak2 kontra cam tu ... suka atila nak buat pe kan . hehehe ... ada yang tak kisah ... tak pe la. kalau yang kisah cam aku ... sama - sama kita buat check pas make up. hehehhehehe

Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan
berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya

this is one of da statement. hmm ...renung2 kan semula. ada benarnya pada statement sipulan ni. hmm ...bape bulan yang lepas. aku jumpa dgn kawan aku. dia aku klasifikasikan kwan baik aku la. pada aku lah sebagai perempuan ... dia cukup cantik. Dan sungguh beruntunglah lelaki yang bakal memiliki dia nanti. Sehingga hari ini aku sifatkan dia sebagai perempuan yang solehah. alhamdulillah ... dia berjaya mengubah diri dia ... hati dia ke arah ISLAM yang begitu cantik. Cuma aku ... tersasar sikit lantaran .... wallahualam. tak perlu dibahaskan di sini. Honestly ... setiap kali aku jumpa dia, yes ... aku memang suka pandang dia. really natural beauty. apa lagi kulit dia kuning langsat. setiap kali jumpa dia ... hati aku mesti terdetik ... dia memang cantik. bukan saja muka dia ... tapi air muka ... tingkah laku ... dan aku yakin hati dia juga. Kalau aku yang perempuan ni rasanya sejuk sangat bila di sisi dia ... pe lagi yang lelaki. Sebab tu ... perempuan yang baik2 ... yang solehah .... tak perlu pun nak make up tebal2 ...just letak bedak sikit je nk bagi tak nmpk berminyk..make up ALLAH dah letak dah awal2. tak jemu nak pandang .Subhanallah...cantik malah jauh lebey cantik banding mereka yang sapu make up tebal2 kat muka. Salah2 sapu ... dah cam opera cina nnti jadinya.

Pujangga Arab pula ada berkata: “otak kolot gemarkan perhiasan. Mental terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”


hmm ... otak kolot gemarkan perhiasan ...??? bukan i kata tau. tu .. aku amik dari kertas kerja Oleh: Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M-Terjemahan)

hm ... siapalah aku untuk bercakap tentang aurat .. segala hukum yang meliputi aspek seorang perempuan sedangkan aku sendiri banyak lagi yang tak terlunas. Tapi, bersederhanalah. Mampu ke kita untuk menurut satu2 tuntutan yang wajib buat kita ..?? Soalan untuk aku sendiri ... tak perlu aku fikir panjang ... jawapannya ... aku tak mampu. Tapi cuba buat mana yang termampu dan tidak berlebihan pada suatu keadaan.

Bila aku bercakap tentang ini ... mungkin ada certain orang yang kata ...' wah .. pandai betul bercakap ... buat belum tentu ..' yes ... ye la kan ... org yang cakap ... bukan ley nak kata ...' woiii jangn cakap ...' suka atilah kan mulut dia. Tapi aku sekadar bercakap ... tentang perkara yang benar ... dari apa yang aku nampak di sekeliling. Even aku tak baik sangat ... rasanya tak la jahat kot. kui3x..

Kita semua bukan sempurna. Kalau nak tunggu sempurna baru nak cakap pasal perkara yang baik .... alamatnya sampai ke kuburla tak bercakap tentang benda baik. At least ada juga sumbangan aku dalam menyebarkan perkara yang ALLAH tuntut walaupun kecil je ruang lingkupnya. Kita sekadar mengingati sesama manusia dan untuk mengingatkan diri sendiri juga..

At last ... satu perkara untuk perkongsian semua tentang make up ni :



Seorang sasterawana Perancis yang terkenal berkata: “Secantik-cantik seorang gadis ialah yang tidak menyedari kerupawanannya”

firman Allah yang bermaksud : " Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang - orang Jahiliyyah yang dahulu " ( al-Ahzab : 33 )

maka ... berfikirlah semua ... especially yang girl ok. kita sama2 girl. terpulanglah kepada sesiapa yang rasa ianya betul .. dan terpulang juga kpda yang tak nak terima. aku sekadar jadikan peringatan untuk diri aku sendiri dan mereka yang mahu menerima.

peace ....hehehehe

wassalam ..

Thursday, November 11, 2010

~ dalam hati ada aku ...~



di satu hari yang sangat dan begitu membosankan

menyedihkan .. kecewa yang teramat sangat ..
after got a mesengge
just wanna to cry
seriously ..

kenapa ...?
hm ... hidup ni bukan untuk ketawa je
banyak benda yang perlu juga yang perlukan air mata
janganlah terlalu asyik ketawa di dunia
tapi menangis di akhirat
( versi pujuk hati sendiri ...huhuhu )

' fine .. saya nak pergi dating ..'
'dengan siapa ..?'
' tak kisahlah siapa pun yang teman saya ...'

tapi ... aku sendiri terfikir
dengan siapa aku nak pergi dating time tu ...?
boyfren ...?
hmm .... memang itu yang terfikir kat kepala otak aku time tu
tapi .. sepanjang usia tiga tahun hubungn kami
rasanya tak sekali pun kami dating
duduk berdua di tepi pantai ...
or
di taman rekreasi
mungkin itu tak sesuai buat masa ini
harap ... begitu juga akan datang .


oleh kerana aku dah pun siap
aku perlu juga hidupkan enjin kereta
dan pergilah mana je aku nak pergi
asalkan aku boleh menangis di luar rumah
itulah yang paling penting

on da way ..
aku stop .. where i need to go rite now, bebeh ???
itu soalan pada diri sendiri
kalau aku bawa mickey n minnie ..
mesti lebih seronok
tapi ..
susahla plak aku nak drive
budak - budak kecik tu bukan reti duduk diam
masalah ...

then ...
yeah ... i think i know where
but need someone or something to accompany me ..
at last .. i meet it ..
sweettttt
and it makes me smile
that's really enough for that time




my sweet partner at a sad moment .. sweet but not really sweet


then ... aku pun move ke tempat selalu aku lepak
waktu aku sangat perlu untuk menangis
saat aku sangat2 sunyi
bukan sebab tak ada kawan
aku rasa ...
kawan - kawan aku lebih dari cukup
aku boleh pilih siapa saja untuk temankan aku
untuk aku bercerita tentang sesuatu
tapi ...
kenapa aku memilih untuk menangis sendiri ..???
dan kenapa .. aku memilih untuk sendiri ...???
sebab dalam hati aku ...
hanya ada diri aku sendiri




dalam hati hanya ada aku


terlalu belagak ke aku
bila aku rasakan
no ... i dont need anyone
including my boyfren ..?
including my family ...?
including my fren ...?
no ...
i need them seriously
tapi ...
aku selalu nasihatkan kawan - kawan aku masa sekolah dulu
pun selalu ingatkan pada diri sendiri waktu sekolah dulu

' jangan biarkan orang lain buat kita rasa kuat dan happy .. sebab satu hari mereka mungkin tak akan boleh melakukan itu lagi untuk kita .. dan waktu itu ... perlukah ... haruskah kita perlu jatuh pada suatu realiti kehidupan ....?

' kebergantungan itu perlu di letakkan pada suatu yang tetap. Yeah .. Allah azza wa jalla .. dan diri sendiri. Bergembiralah saat kita sendiri bersama diri kita .. sebab diri kita tak akan pernah meninggalkan diri kita .. hinggalah sampai ke alam kubur ...hinggalah perlu di campak ke neraka atau aman di dalam syurga ..'


hakikatnya ...
aku tetap manusia
tetap ada perasaan yang mampu mentafsirkan setiap rasa
mampu untuk rasa sedih dan gembira
tetap mampu menikmati setiap detik kesunyian yang aku lalui
tapi ..
kadang kala bukan teman di sisi yang aku perlukan
sejauh mana aku telah melangkah hari ini
terlalu banyak juga yang aku akui telah hilang
jiwa aku tidak pernah sekosong ini
hati aku tak pernah sekontang ini
manakah yang hilang ...?
hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

dan kerana itu ...
aku memilih tempat ini di setiap kali aku rasa sungguh sunyi
setiap kali aku menerima masalah yang sungguh berat
setiap kali aku rasakan hidup ini
akan bertemu dengan titik akhir sekejap lagi
dan di sinilah tempat ..
yang paling bisa aku tersenyum dan ketawa semula
setiap kali menangis ..




masjid besar ayer hitam di atas bukit


tapi sayangnya petang tu
selori mamat - mamat telekom
telah mengacau aku yang sedang menikmati drumstik yang agak sedap ..
hohohoho ..

' bang, nak solat tu solat je lah. tak yah kacau aku ... spoil betul la ..'
tu lah perempuan ..
pergi mana - mana seharusnya berteman
kalau tidak ..sure kena kacau.
tak comey pun nak kacau ke ..
pegi la kacau yang cantik macam lisa surihani ke ..
berbaloi sikit ...
kui3x
lepas kena kacau .. n keadaan pun jadi kurang selesa
blah la kan .. pe lagi
tunggu kan .. kata suka plak kena kacau
huhuhuhuhu ..
mengganggu ketenteraman awam betullah ..

hmm ... sebagai manusia biasa ..
yang selalu digoda makhluk bernama syaitan
kadang kala ada juga timbul rasa jeles
bila tengok gambar kawan2 dengan couple masing - masing
terdetik juga kat hati
untuk habiskan masa - masa yang ada dengan bf aku
mahu juga bergambar seperti mereka

ye lah kan ...
orang ade couple
mesti nak waktu untuk bersama dengan pasangan kita
ya ... zaman muda mudi lah katakan
orang dulu - dulu kata
' bercengkerama di bawah lampu minyak tanah pun ok je ...'
tapi .. hinggalah di saat - saat kami akan berpisah jap lagi
kami masih tak berkesempatan untuk spent time untuk kami

sama ada dia sengaja ..
sama ada aku pun terlalu bz uruskan pelbagai bnda ..
sama ada mungkin dia lebih senang menghabiskan masa dengan org lain
atau aku sendiri
yang kadang - kadang rasa berbelah bagi untuk itu
hakikatnya ..
Allah tetap tidak memberikan ruang dan kesempatan itu untuk kami
ada masanya kecewa
tapi ... perlukan aku sedar bahawa Allah masih lagi memberikan seluas jalan untuk
kami menghindarkan suatu yang tidak - tidak


sepanjang 3 tahun lebih usia hubungan kami
istilah dating bagi kami adalah
keluar dengan satu tujuan yang agak memerlukan
dan pulang selepas tujuan selesai atau tidak tertunai ..
kadang kala ...
aku fiki untuk hapy .. keluar dengan pasangan aku
tapi .. bila keluar
rasanya perasaan tu tak seindah mana
aku tak sayang ke ..?
atau dia tak sayang aku ....?
kalau tak sayang lama dah hubungan kami fail kot ...
tapi .. mungkin itulah juga jalannya
untuk kami terhindar dari perasaan yang tidak seharusnya
yang di luar batas akal seorang manusia.

hmm ...
sekejap je lagi
aku perlu merelakan sebuah perpisahan
sedih atau suka
mahu atau tidak ...
aku perlu lalui keadaan itu dengan hati terbuka
cuma apa yang aku harap
perpisahan kami akan lebih mematangkan kami
aku tak pernah menyesal dengan hubungan yang mungkin hambar pada mata orang
tapi cukup bermakna buat aku
bermakna ke untuk 'dia' ... ?
tanyalah dia sendiri ..( hahahahaha )
mungkin banyak air mata dalam hubungan kami
tapi ... banyak juga yang buat ketawa
hakikatnya ..
tak indah sebenarnya hidup dengan satu perasaan and keadaan je

macam drive la kan ..
sungguh membosankan kalau drive kat highway dari johor ke perlis
struktur jalan lebih kurang
pemandangan pun sama
jalan pun straight je ..
seriously aku selalu mengntuk bila drive jauh
cukupla ayer hitam bangi
giler booooooosn.
sangt tak advanture
tapi sangat seronok bila kena drive jalan kluang-mersing
or
kota tinggi - mersing
banyak cara baru dalam pengalaman memandu

hari ini ..
tak perlu lagi fikirkan perkara - perkara remeh
tak perlu menyusun itu dan ini
banyak sasaran aku lepas ni
dan banyak lagi usaha yang aku perlu fikirkan untuk akan datng
bagi memastikan itu yang terbaik
jadi ...
move nazura
bangkitlah untuk sebuah perjalanan dalam kehidupan
asalkan dalam hati masih ada kamu
dan Allah bersama kamu
apa lagi orang - orang yang kamu sayang sentiasa menyokong kamu ..
banyak bnda akan mampu tercapai


yeah .. dont ever give up bebeh ..


wassalam ..



Tuesday, November 9, 2010

get well soon my fren .. we love u ..

' naz, aini dah meninggal..'
' angah ... atuk sakib accident. dia masuk icu ..'
' naz, nak bgtau ni .. shuib accident. keadaan dia kritikal..'
' angah .. atuk sakib dah meninggal ..'
' angah ... kak leny dengan anak dia meninggal terbakar. rumah diorang
terbakar teruk malam tadi ..'


itulah berita - berita yang aku terima beberapa minggu kebelakangan ni. Tak boleh tahan sebab berturut - turut. Speechless ...
Mula - mula masih ada air mata nak jatuh. Tapi lepas tu ... sedih dalam hati .... tak tahu macam mana nak bereaksi.


Dan untuk beberapa minggu ni pulak .. emosi aku lagi kurang ok. sedih bila banyk bnda yang aku harap sngt2 tak tertunai. Sedih jugak ... orang yang aku sayng akan tinggalkan tempat ni. Walaupun tak lah nak meninggalkan aku ... tapi still sedih. Entah bila kami akan ada masa untuk jumpa ... untuk macam sllu ... pastinya mustahil.
But it's ok ... kalau kita terima ...
Bila kita redha ...
Insya-Allah ... akan ada solusinya.
hehehehe ..


Yang dah meninggal ... tak perlu difikirkan lagi
Cuma apa yang perlu difikir ...
Bila masa kita ?
Kejap lagi ? Esok ? Minggu depan ? Bulan depan...? atau bila..?
Bila masa untuk meninggalkan dunia ni ... hanya rahsia Allah.
DIA yang menentukan bila kita mula bernafas
Lalu .. dia juga yang menentukan bila kita akan berhenti bernafas.
persoalannya ...?
bila semuanya itu rahsia Allah ...
di mana persediaan kita untuk menghadapi surprise tersebut..?
surprise ke ...?
Surprise la... kita rasa seperti tidur ..
tapi bangun semula di satu tempat asing bernama .... KUBUR.


Mari kita muhasabah diri kita ..
Aku dan kamu wahai pembaca budiman ..
Apa agaknya yang akan kita bawa untuk hidup di dalam kubur ?
Lalu ... apa agaknya tujuan Allah memberikan nyawa kepada kita ...?
Dan ... apa yang telah kita janji pada Allah sebelum kita melihat dunia ni ...?
Apa sebenarnya nasib kita di alam sana ..?


sesungguhnya ... kematian itu adalah suatu yang perlu di ambil iktibar
jika melihat suatu kematian ..
tiada rasa insaf terdetik di hati kita ..
lantas di manakah iman kita ..?
mengingat kematian ... sebenarnya bukan untuk menjatuhkan motivasi diri untuk hidup
tapi ...
itulah motivasi terbaik untuk kita terus hidup ..
dan menjadi yang lebih baik dari semalam
menjadikan semua yang kita lakukan sebagai ibadah ..
persoalannya ...
sejauh mana kita mampu menginsafi sebuah kematian ..?
soalan itu untuk aku ... dan kita semua..


ok ... aku tinggalkan semua dengan persoalan2 itu
harap .. kita sama - sama berfikir untuk masa depan kita ..


ahad ... 7 november 2010
jam 8.30 pagi ..
aku, halim n marcella ..
kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur
Niat utama adalah untuk melawat ... melihat keadaan sebenar shuib
siapa ya shuib ..?
Shuib .. tak tahu nak di kategorikan kwn baik aku atau tidak
aku mula rapat dengn dia sejak dia pindah ke sek sains seremban ms form 4
hinggalah tiba - tiba kami jumpa di matrik yang sama
dan kebanyakan waktu aku balik kg ...
kami akan balik ke kmpung n balik ke matrik bersama.


kat matrik .. ramai yang kata dia player
rumet aku sendiri kata dia player ..
tapi ... tak tahu lah kan
aku kawn dengan dia tanpa sebarang perasaan pelik - pelik
jadi pada aku ..
dia sama je mcm kawn2 yang lain
cuma mungkin ramai permpuan yang suka berkawn dengan dia
ye lah ... ada market kot ... hahaha
sebab selama aku berkawan dengan dia ..
tak ada apa yang pelik dan aku selesa berkawan dengan dia.
lagi pulak ..
aku kenal siapa awek dia masa tu
lagi pulak ... aku yang dia minta tolong pilihkan hadiah utk awek dia.


tapi satu bnda yang aku tak boleh lupa
masa kat matrik .. setiap kali jumpa dia ..
' nazura ... ko pakai dah cukup elok dah tu. tapi tolongla tukar kasut tu .. bagila nampak feminin sikit ...'
hahahahaa ... pakai baju kurung tapi pakai sneakers..
tapi satu ari tu sneakers aku rosak teruk ...
bila terjumpa dia ..
' wah .. nazura lain hari ni. baru la nampak feminin ...'
tak leh blah ... aku dengan perasaan tak suka + meluat lagi kena pakai kasut2 perempuan masa tu..
hahahahaha ..


dan baru - baru ni ..
masa pegi reunion kelas kami ..
dia antara yang shock dengan perubahan aku ..
hahahahaha ..

' nazura dah lain lah sekarang ...'

ingat lagi naik kereta berdua nak ambik kawn aku sebab aku terlupa nak ambik ..
dan masa pergi beraya baru - baru ni ..

' nazura, kete ko de kosong tak ...? aku nak naik dengan ko ..'


di sbbkan kereta aku penuh waktu tu ...


' ops ... penuh sudah, ib. ko naik ke kete kosong tu. jadi setan jap ...'


hahahahahaha..

gurauan yang agak kasar .. tp, tu lah kami semua..
hehehehe


tapi ahad yang lepas ..
kami semua jumpa dia dalam keadaan yang cukup berbeza
tak ada ketawa ..
tak ada gurauan ala - ala sengal
tapi ... ada air mata
ada rasa risau .. kasihan ... dan sebagainya..
cuma sangat mngharapkan dia boleh bersama - sama kami seperti dulu
tak sanggup rasanya hati
tengok dia dalam keadaan seperti itu
lemah ... tapi kuat juga
tak boleh untuk bangun .. terlantar ...
bersuara sungguh perlahan ..
dan bereaksi perlahan dengan setiap tindakan kami


tapi ... cukup menggembirakan ..
bila dia buka mata ... dan dia kata dia masih ingat kami
masa kawn aku yang laki berbisik di telinga dia
dia boleh sebut nama kami seorang demi seorang
macam nk jatuh air mata bila dia tanya ..
' nazura .. ko bila ..? ( nak kahwin ) '
aku speechless .. tapi kena cepat cover ..
' aku nak tunggu ko sihat dulu. sbb ko kena datng masa aku kahwin nnti..'
dia mengangguk .. tapi perlahan sangat dia kata ..
' ko tunggu ...'
then .. dia kata dia nampak atikah razali ada kembar ..
then .. dia sakit kepala


bila waktu tu boys pergi solat ..
kami masih tggu dia di situ
dan .. dia mula buka pendakap leher
tak terlawan kudrat mak dia nak melawan tenaga dia even dia tengah sakit
at last ..
aku , liana n mak dia pun tak terlawn tenaga dia untuk bukak bnda tu
dia cuma kata ..
' rimasss ...'


dan bila boys datang ..
kami semua pujuk dia pakai semula
dia tanya zulfadhli ..
' sape lagi yang pakai bnda ni ..?'
mungkin jawapan tu spontan .. dan separuh mmujuk ..
' ko pakai dulu. nanti ko dah sihat .. aku pakai pulak ea ..'
walaupun kedengaran sedikit 'cabul' orang kata
tapi .. hrp takkan ada apa lah
pakai untuk main - main ... mungkin tak de salah, kan zul..
hohohoho ..


sebelum kami balik ...
kawan aku de tanya ..
'ib, ko ingat emi tak ?? ko selalu lepak kedai dia, kan..?
dan dia mengangguk ..
kami sempat pesan
' shuib, janji tau .. jangan buka - buka lagi ... ko nak cepat sihat kan ? nk tgok kami kahwin,
kan ..? kalau tak pakai nnti lambat sihat ...'
dia cuma mengangguk selepas boys pakai kan semula bnda tu kat leher dia


seriously ... air mata aku jatuh
masa halim genggam tangan dia .. n bisik pada dia ..
' ib, ko kena cepat sihat. nanti kita boleh lepak sama - sama. boleh makan2 sama - sama. kita boleh raya sama - sama lagi ...'
dan dia mengangguk ..


waktu untuk meninggalkan dia pun tiba
rasa tak sampai hati nak meninggalkan dia macam tu
tapi ... kami semua perlu pulang
dan kami meninggalkan dia dengan hati yang berat n sedih ..
bagi aku ..
seriuslah kan sedih .


hari ini ...
dia akan menjalani pembedahan
' shuib, kami semua sentiasa doakan kamu semakin sihat. harap pembedahan ni akan baik - baik saja ... kami sangt tggu kamu boleh seperti dulu ...'


at last ..
shuib, get well soon ..
we love u , my fren ...



Thursday, October 28, 2010

this is me...????? yeah ... that's me ...

'kamu sangat tak boleh tolarance'
' kamu memang keras kepala '
' kamu kaki gaduh '
' mulut kamu sangat menyakitkan hati '
' kamu rasa kamu saja yang hebat dan betul '
' kamu tak pernah fikir perasaan orang lain ... hanya fikir sakit kamu saja ...'


siapa pun boleh menilai sesiapa. dan sebenarnya ... diri kita tak mampu untuk menilai diri kita sendiri. kita tak pernah nampak diri kita sebagaimana orang lain melihat kita. walaupun kata - kata di atas .... aku terima dan rasanya sakit juga untuk di terima ... mungkin benar itu adalah aku. Jadi, pilihan ada di tangan kita.
sama ada mahu berubah ...
atau
menerima dengan penuh negatif terhadap kritikan tersebut.


hakikatnya ... dalam dunia ni tak kan pernah ada manusia yang segalanya sempurna. cuma kadang - kadang kita terlalu melihat salah orang di mata kita
hingga terlupa berapa banyak salah ada pada kita.
kita selalu kata pada orang .... kita tak ada yang sempurna. maafkan lah kesilapan orang. tapi ... pernah tak kita tanya pada diri kita , adakah kita boleh terima kesalahan orang pada kita ?
percayalah ....
memaafkan ... menerima ... apa lagi melupakan setiap kesalahan orang pada kita
bukan suatu yang mudah.
sangat payah .... dan tak pernah ia jadi mudah
apa lagi ia menyebaabkan kita bertemu dengan pelbagai kesulitan
berendam air mata saban waktu
menyebabkan hilang separuh semangat dalam hidup
ia tak pernah mudah untuk di dimaafkan
tak pernah sesekali mudah untuk di terima
apa lagi untuk di maafkan.
tapi .... siapalah kita di atas muka bumi ini.
hanya hamba Allah yang begitu lemah tidak terdaya
meskipun kita terdaya untuk membalas balik segala perbuatan yang tidak - tidak terhadap kita
sekali pun kita punya hak untuk memaafkan atau tidak memaafkan ...
soalan aku ...
bagaimana jika Allah tidak menerima taubat dari kita ?
bagaimana jika satu saat kita melakukan keterlanjuran yang tidak terduga .... dan orang tu kata ... dia tidak akan pernah bisa terima dan memaafkan kita .....?????


satu hari ... adik aku pernah cakap pada aku ...
' tidak memaafkan dan tidak menerima kesalahan orang lain itu adalah sikap manusia yang takabur. ..'
' angah ... kau tu ada macam - macam penyakit. bila - bila masa boleh meninggal. baik kau maafkan semua orang ...'

walaupun kata - kata itu separuh bergurau , tapi panjang sungguh yang boleh di renungkan dengan kata - kata itu.
ya .... siapa jua yang tahu akan sakit yang kita tanggung hasil dari perbuatan manusia ke atas kita.
tak ada siapa yang boleh faham betapa sengsaranya kita hingga menjerumuskan kita ke dalam penyakit - penyakit bersangkutan dengan jiwa dan psikologi.
dan ... tak ada siapa pun akan betul2 dapat merasakan betapa jiwa dan hati kita hancur oleh sebuah perbuatan.


maka ... marilah bersama - sama kita muhasabah kembali
berfikirlah tanpa rasa ego dalam hati..
berfikirlah tanpa merasa teraniaya ...
tapi ... bukalah hati seluasnya ...
dengan tidak menerima segala musibah yang jadi ...
itu bermakna kita menolak qadak dan qadar Allah
menolak qadak dan qadar Allah bermakna ....kita menafikan satu daripada rukun iman
dan jika itu ...
maka .... pastinya mereka yang beragama Islam akan sedar tentang itu.



sesungguhnya rasa ' aku sangat menderita ' , ' aku sangat sakit ' dan ' aku takkan pernah maafkan apa lagi lupakan '
itu adalah kata - kata seorang yang sungguh tinggi egonya
ramai kata ego itu sifat yang paling keji
tapi dari aspek psikologi yang berbeza
ego itulah yang mampu membangunkan sebuah jiwa yang runtuh
ego itulah yang mampu membangkitkan hati yang sedang musnah
cuma perlu diingat ...
dampingkanlah ego itu dengan rasa keimanan yang cukup kuat
pegang dan jangn pernah sekali lepaskan
maka ego yang terhasil
pasti akan ada keseimbangannya.


ingatlah bahawa setiap yang datang ...
setiap yang pergi ...
setiap yang terjadi dan telh terjadi
itu adalah aturan ALLAH ...
siapalah kita untuk membahaskan tentang mengapa ia terjadi
mengapa ia harus terjadi
telah ALLAH sediakan 1001 hikmah di atas setiap ketentuan yang DIA tetapkan buat kita
meskipun kecewa ..
tapi satu saja jalannya ...
jika kita terima ... telah ALLAH aturkan rasa kecewa itu buat kita
maka dengan apa cara sekali pun kita tetap akan kecewa.


sebanyak mana kita membenci mereka yang melakukan
selautan dendam kita curahkan pada mereka
dan sebanyak mana kekejian yang mereka taburkan pada kita ...
bukan kita juga yang layak untuk membalasnya
apa lagi jika segalanya
adalah hasil rasa prejudis dan salah faham
bukan kita yang seharusnya memandai untuk membalasnya
telah ALLAH janjikan kepada hamba-Nya ...
Setiap kejahatan itu ada balasan yang setimpal walaupun sebesar biji sawi ... begitu juga dengan setiap kebaikan yang dilakukan .
Adakah kita tidak pernah percaya akan semua itu ?


bagaimana pula jika keikhlasan kita di balas dengan kebejatan ?
yaaa ... seperti yang di kata tadi.
ikhlaskan hati kita untuk ALLAH saja membalasnya.
betapa sombong dan egonya kita untuk tidak memaafkan
lantas sebenarnya kita tidak pernah sedar bahawa kita juga penuh dengan cela
cuma mungkin tak pernah ada yang memberitahu
cuma mungkin kita tak pernah sedar
atau mungkin kita selalu merasakan diri kita ...
pemikiran kita adalah cukup ok.


dan sebenarnya ...
adakah selama ini terlalu banyak prejudis antara kita dan mereka ?
adakah setiap tindakan mereka mengundang prejudis pada mata kita ?
atau tanya kembali pada hati kita ...
adakah hati kita bersih ketika berhadapan dengannya ?
jika tidak ... jangn mmpi untuk kita berasa senang dengan setiap tindakan mereka.
tidak kira apa pun ....
tidak kira sebesar mana pun ..
dan tidak kira sebanyak mana pun kebaikan ..
kita takkan pernah merasakan itu senang di mata kita.
tidak akan pernah sesekali
tahu kenapa ?
sesungguhnya syaitan sentiasa bersama - sama hati yang resah
bersama - sama hati yang tidak senang
senantiasa bersama - sama hati yang sedang sakit.



maka hari ini bangunlah wahai pembaca yang budiman
kita tak akan pernah lama di atas muka bumi ini
jika hari ini kita tidak memaafkan ... dan tidak menerima ...
bayangkanlah jika hari esok ...
giliran kita untuk tidak di terima apa lagi tidak menerima
aku mengambil sebuah kata - kata ...
jadilah seperti pohon buah ...
dibaling batu ... tapi diberi buah.
indah kan begitu ...?


kata - kata ini adalah buat aku
dan buat sesiapa saja yang rasakan ingin menerima kata - kata ini
bagi yang tidak ..
tiada paksaan
tapi ... sebuah kebahagiaan sebenar adalah dengan memaafkan
aku pernah melakukan
aku pernah merasakan ...
dan aku tidak pernah menyesal hingga hari ini
walaupun melalui sebuah kesakitan yang sungguh panjang tempohnya
3 tahun setengah bukan masa yang pendek
untuk kita terus - terus dibayangi masa silam
untuk kita terus2 mengungkap betapa sakitnya jiwa..
tapi hanya dengan satu perkataan
' aku maafkan dan terima apa yang jadi ...'
maka hari ini aku mampu tersenyum tanpa perlu lagi mengalir air mata
tatkala saat - saat tragik itu
menerjah masuk ke segenap ruangan hati dan fikiran
di situ lah indahnya sebuah kemaafan
tapi hanya memerlukan kekuatan yang tiada tolok bandingnya..


fikirkan lah wahai semua ...
this is me ?
yeah .. that's me...
segala yang baik ... apa lagi yang bruk ..

semoga ada hikmah di sebalik post kali ini


wassalam ...