Sunday, May 30, 2010

Sejauh Mana Kita Berkonflik ( volume 1 )


Baru – baru ni saya ada baca sebuah buku ’ Teori dan Teknik Kepimpinan’ tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Ada satu bab dalam buku tu bertajuk ’ Pemimpin Sebagai Pelerai Konflik ’. Dan sebab itu aku tertarik untuk cerita sikit tentang konflik untuk di kongsi bersama memandangkan dalam kehidupan seharian kita mungkin sentiasa berhadapan dengan pelbagai konflik. Bukan saja konflik dengan orang di sekeliling kita , tapi konflik dari dalam jiwa kita sendiri. Suatu konflik itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing dalam kehidupan manusia terutamanya di tempat kerja. Mungkin , bagi yang masih belajar ..... konflik berlaku di dalam kelas contohnya konflik dengan rakan – rakan , konflik dengan guru atau pensyarah atau siapa saja.





Dari pembacaan saya , terdapat 2 jenis konflik iaitu yang pertama , konflik isi. Konflik isi ini berpusat pada benda – benda , perkara – perkara, peristiwa – peristiwa ataupun individu – individu. Manakala yang kedua adalah konflik perhubungan di mana jika di tempat kerja orang bawahan tidak mahu patuh pada ketua , ketua gagal menguasai orang bawahan dan sebagainya. Di sini , yang menjadi pusat konflik adalah perhubungan itu sendiri. Dalam kehidupan seharian kita , konflik terjadi dengan gabungan kedua – dua jenis konflik di mana isi konflik mungkin hanya di sebabkan oleh suatu tugas , tapi konflik juga melibatkan siapa yang menjalankan tugasan tersebut.



Suatu konflik itu biasanya membawa kesan buruk adalah melalui teknik – teknik yang digunakan apabila kedua – dua belah pihak itu berkonflik. Terdapat teknik – teknik menangani konflik itu yang hanya memburukkan lagi keadaan , merosakkan suatu perhubungan dan banyak lagi yang hanya menimbulkan kesan – kesan negatif. Perlu di fahami bahawa konflik itu bukanlah berfungsi untuk mendedahkan segala sifat buruk yang ada dalam diri mnusia , tapi sebenarnya adalah strategi pergaduhan yang digunakan ketika berkonflik. Contohnya , jika suatu konflik itu ditangani dengan cara serang dan hentam , maka cara itu hanya mendedahkan sifat negatif yang ada pada peribadi individu itu.



Kita biasa memahami bahawa suatu konflik itu akan menyebabkan kedua – dua belah pihak itu saling membenci. Hal ini di sebabkan oleh 2 perkara. Yang pertama adalah teknik berkonflik yang digunakan di mana teknik tersebut adalah sangat tidak adil kepada salah satu pihak. Manakala yang kedua adalah kepada fokus semasa berkonflik di mana mereka biasanya akan melukai hati dan emosi pihak lawn .... bukan mencari penyelesaian konflik itu sndiri. Kedua – dua perkara ini hanya akan menyebabkan perasaan marah , benci dan pelbagai lagi perasaan yang negatif. Salah satu tindakan yang mungkin di lakukan adalah menyisihkan diri. Jika direnungi sebaiknya , suatu konflik itu kecil saja tapi mampu melarat hingga menjadi besar dan akhirnya ruang komunikasi antara 2 belah pihak mula tertutup. Pada waktu itu palbagai perkara yang negatif mula timbul di mana masing – masing mula tuduh menuduh , lebih berminat untuk menunjukkan kekuatan masing – masing dan mula menimbulkan isu baru untuk berkonflik...dan lama kelamaan , akan menimbulkan isu peribadi.





Semasa dalam berkonflik , kedudukan kedua – dua belah pihak adalah satu menang dan satu kalah....dan jika tidak ditangani dengan baik , kedua – duanya adalah kalah belaka. Biasanya , pihak yang berkonflik akan berkeras untuk mempertahankan kedudukan masing – masing , tapi tidk cuba meliht konflik itu dari sudut pandangan pihak lawan. Kesannya , kedua – dua belah pihak hanya akan memburukkan lagi keadaan dan mula mencari penyokong bagi melawan pihak lawan. Lalu , konflik baru pula yang mula timbul.


Suatu konflik itu sebaiknya di leraikan semasa mereka masih boleh bercakap antara satu sama lain. Sehinggalah pada suatu waktu , mereka sudah tidk boleh bercakap dan perasaan marah berubah menjadi benci. Pada keadaan inilah akhirnya , kedua – dua pihak berada di pihak yang kalah.



Dalam menyelesaikan suatu konflik pula , terdapat 4 peringkat yang mesti dilakukan iaitu :

1. Mengenal pasti , apa sebenarnya yang menjadi perkara yang diperbalahkan

2. Cuba memahami sifat – sifat masalah tersebut

3. Cuba mencipta beberapa teknik penyelesaian masalah

4. Pilih teknik yang terbaik



Baiklah , kita sudah mengetahui serba sedikit tentang pengenalan dan situasi suatu konflik itu berlaku. Cubalah kita sama – sama melihat diri kita bagaimana kita menangani suatu konflik dalam kehidupan seharian kita terutamanya konflik perhubungan. Adakah cara kita itu hanya menambah buruk keadaan atau cuba menjernihkan keadaan. Adakah konflik yang kita pernah laluinya yang dulu kecil....kini menjadi lebih besar. Saya cuba muhasabah diri , anda perlu muhasabah diri....kita sama – sama muhasabah diri. Kita semua dalam proses belajar tentang erti kehidupan. Suatu pertikaian itu tidak mampu di selesaikan dengan istilah...’ini cara aku’. Carilah cara – cara tertentu....cara yang di yakini dan dibuktikan lebih baik.


Sehingga bertemu lagi di lain post...sambungan dari ’ Sejauh Mana Kita Berkonflik’ dalam isu jalan keluar konflik.






Rujukan penuh :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd

No comments:

Post a Comment