Monday, August 23, 2010

`~aku , kamu dan waktu itu ~

Rasa ini jiwa aku
Tangis ini derita hati
Tawa ini lukisan di sebalik rasa hati
Senyum ini sembunyi 1001 cerita di sebalik sebuah lembaran kehidupan.

waktu itu..
kamu pasti pergi
dan aku ....
pastinya akan merelakan kepergian itu
biar aku selindungkan air mata di balik gelak tawa
biarkan aku simpan
sakit dan perit menahan rasa

jauh...
bukan jarak yang aku gusarkan
bukan masa yang aku gundahkan
tapi kamu...dan aku
terasa semakin jauh di balik hati
terasa semakin jauh di persada rasa penuh cinta
dan kerana itu..
semakin lelah aku di amuk perasaan
semakin sesak aku dibungkam pelbagai rasa
dan semakin sukar untuk aku mengerti erti di sebalik kata

aku...
mungkinkah layangan perasaan tanpa sempadan
mungkinkah jiwa yang di amuk rasa tidak terbelenggu
mungkinkah rasa yang tidak dimengerti tafsirannya..
namun...
semalam membawa aku ke satu jalan tanpa tujuan
merobek hati satu persatu
bila masa waktu itu datang...
tidak sesekali aku mengharapkan semua belaian rasa itu turut pergi
tapi...
jika itu suratan buat sebuah kehidupan
aku layarkan sebuah harapan agar bisa redha menerima
aku lontarkan sauh di pesisir pantai
agar ada yang bisa menggapai tangan ini
untuk kembali ke jalan asalku...

kamu..
tidak ku pinta hadir menghiasi di setiap hari ku
tidak pernah terduga akan bisa hadir di malam - malam ku
tidak pernah aku mimpi...
akan hadirmu sebagai penakluk hati ku
namun kamu ...
entah siapa buat ku di hari muka
kini...perlahan - lahan mencarik rasa lalu berdarah
sebab yang aku sendiri tidak pasti di mana
mungkinkah kerana waktu itu begini rasaku pada kamu..?

kita...
tidak tahu di mana penghujungnya
hanya masa bisa menjawabnya
biarlah kita biarkan saja masa dengan urusannya..
dan kita...
dengan jalan pilihan kita
sampai waktu dan ketikanya nanti
pasti masa dan waktu itu...
akan memaklumi kita di mana destinasi seterusnya...


created by :
nazura 2010


Monday, August 16, 2010

~ salam ramadhan ~

Sesungguhnya aku tak ada apa nak di ucapkan melainkan selamat menjalani ibadah puasa walaupun rasanya dah hampir seminggu kita berpuasa. Rasanya masih belum terlewat..sebaiknya kita menghayati Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah...






Tuesday, August 10, 2010

~ sebuah kisah geng bas sekolah ~


Tanggal 6 , 7 dan 8 Ogos 2010 , aku join satu program anak angkat di Muar. Muar mana ? Muar johor la ...Hmm...mula – mula memg malas gile nak pegi. Lagi masa malam meeting , aku memang hot gile. Kenapa ? Tak payah story la ... tak baik. Haha...aku packing barang2 pun pagi b4 pegi. Aku kumpul sume atas katil , then masuk beg n jalan. Tak de fikir – fikir macam selalu.


Sampai sekolah ape tah nama dia. Seri mahkota kot ... serius tension tahap nak nangis. Pasal apa ? Sebab kedai – kedai yang aku anta untuk projek final aku a.k.a psm 2 kerja call then bagitahu problem sana – sini. Huwaaaa.....memg nak nangis and nak balik sangat – sangat. Bila fikir keluarga angkat yang entah macam mana , aku lagi lah serabut. Waktu tu , aku rasa ... bagus kalau tak ada siapa nak aku jadi anak angkat. Senang cerita. Waktu tu aku memang tak de perasaan n tak de mood langsung nak berkenalan dengan siapa – siapa.





inilah rupanya bakal keluarga angkat aku yang sangat best!


Bila dapat keluarga angkat , aku diberitahu kami di ambil oleh keluarga angkat yang lain. Bila jumpa je adik beradik angkat. Wow..??! 7 orang termasuk aku. 4 lelaki dan 3 perempuan termasuk aku. Waktu aku datang pada diorang , aku dalam kebengangan n kebingungan sebab ima ( classmate merangkp adik beradik angkat ) xde kat situ. Then , one of somalilan boy greeting me. Nama dia mohamad. Waktu tu dia terus offer bawa beg aku yang macam nak patah tangan aku bawk. Aku mula – mula tak nak bagi. Dah dia tarik beg aku , bagi je la.huhu..tapi bagus gak. Hehe..




u are really nice and good guy , mohamad..hehe
- mohamad -

Then , sorang budak lelaki agak cute , tapi aku budgt dia muda dari aku. Dia kata nama dia .... afif. Waktu tu dia tengah bawak anak pokok. Sebab aku xbw apa2 dah ...then , dia dah bawk beg dia ...aku offerla nak bwk anak pokok. Dia kata berat...hm...anak pokok je pun. Hehe..tak la berat pun.




ini pun seorang lagi lelaki budiman yang mengaku dirinya cute..tett..cute ke..?? haha
- afif a.k.a palapes.- he



Dan..sorang lagi budk lelaki yang cute , dan aku tahu dia memg muda dari aku ....nama dia hafiz. Haha...rupanya , dia tak ingat aku ada waktu kem di bukit chamang. Bukan nak riak , tapi aku ni kira kuat ingatan. (Untuk kenal orang la. Kalau benda2 study ni ... tak de maknanya jadi kuat.) Satu sebbnya , bila aku tengok seseorang , aku akan teliti apa yang membezakan dia dengan orang lain. Kenapa aku boleh ingat hafiz ? Hahaha...sebab masa aku pelawa dia makan keropok aji na moto , dia tak mau. Dia kata tak baik untuk otak. Kalau hafiz baca post ni...soalan aku....betul tak hafiz..???? hehe..




inilah budak kecik yang selalu mengatakan dirinya handsome..hahaha..nasibla memang agak cute .tettt..he
- hafiz-
( kalau tak hidup pokok tu , maka ko la yang bertanggungjawab sebab kau yang tanam...hahaha )


Okey..teruskan dengan adik beradik angkat yang tak habis di perkenalkan. Tiba – tiba datang pulak seorang lagi budak lelaki somalia. His name Yasir. Student ICT.




this is yasir .. dia sangat suka orang amik gambar dia. hehehe...
- yasir -


Girl plak...Ima. Ima Rashida. Dia classmate aku. Before ni aku tak la rapat sangat dengan dia , but everything ok. Bila kita membuka hati kita untuk menerima tanpa prejudis , then ... u can easy to accept anyone beside u.



ima ... jangan serius sangat ok...pesan mohamad kepada ima..haha
- ima rashida -


Then , Athirah. She is master in education student. Even she is a master student , but she is really cool. Sampoi gile. Memang gile – gile macam kami semua. Hahahaha...




don't sedey - sedey ... kena gelak selalu biar jadi makin cute. hehe

- athirah -



Okey...moment2 yang menarik adalah waktu bersama mereka di dalam rumah. Dari situ kami baru nak kenal...baru nak tahu....tapi kami boleh bergurau n mengusik macam dah lama kenal. Orang yang paling aku suka sakat adalah ..... tak lain afif la. Kami panggil di palapes. Dia memang budak palapes. Tapi , aku panggil dia palapes sebab cerita pertama dia pada kami adalah tentang palapes. Then , aku tahu lah kawan aku yang bernama Hafizullah tetap mencipta nama di arena ketenteraan ( ko jadi tentera je lah pis ya , nanti ) hahaha...Then , yang buat aku boleh rapt sikit dengn budk palapes ni sebab dia sangat banyak mulut. Aku pun banyk mulut gak. Lagi plak , aku kesian kalau orang bercakap tapi tak de sape nak layan. Jadi , aku je la layan. Hahahaha ( kalau afif baca , jangan mara .... main – main je ) hehehe. Pastu , dia tak sudah – sudah cakap nak masak , tapi Cuma mengacau orang mask. Tak pun tengok orang masak. Hahaha...Mula – mula tu aku ingat dia muda dari aku. Muka pun macam tak berapa nak matured...mungkin sebb dia kecik. Tapi rupanya , sebaya je dengan aku.hahaa..Dalam tak matured tu pun , ada nampak juga kematangn dia. Especially dalam melayn budk2 .... hm....i think he can be a good teacher la. hahaha




ya ampuunn...siapa plak yang tak de kepala nie...hm..ish3x



yes , masing - masing da kena gigit semut...haha...

Then , hafiz plak....1st impression aku pada dia ... hm , susah sikit aku nak dekat dengan dia mula – mula. Sebb dia pendiam. Lama – lama sikit tu , okey je. Bila aku gurau dengan dia. Hm...pandai jugak budak kecik ni lwyer buruk. Hahahaha.... tapi , satu yang aku akan ingat tentang dia .... hehehe....dia suka kucing and tak suka subject math macam aku jugak. Hahaha... Dengan Hafiz , aku tak tahu banyak sangat tentang dia. Yang aku yakin dan pasti dia paling muda di kalangan kami. Jadi ....inilah nama dia budak kecik yang comey.haha.. Dalam pada tu , rupanya dia sangat pandai melayan budak – budak. Sampai adik – adik di keluarga angkat kedua menangis sebb dia balik. Haha...hafiz memg bestla. Mungkin dia ada adik – adik yang kecik lagi kot. Macam aku , adik – adik aku da besar – besar dah.







pastikan pokk tu hidup ya hafiz...he

Mohamad...yeah , he is so nice guy. Nice friend .... Mula – mula tu agak kekok aku nak biasa dengan dia. Sebab aku tak pernh ada kawan selain melayu. Tapi aku jauh dari yang aku sangka , he is friendly. Aku pun tak berapa ok nak speaking english , tapi dengan dia .... tak de kira grammar ke apa , aku hentam saja. Yang penting faham. Serupakah kami semua yang malay. Hentam sajalah labu. Terlupa vocab , boleh lagi tanya satu sama lain. Memang cool. Haha....Dia student civil. 1st year lagi. Masih Fresh kat UTHM. Then , alhamdulillah dia ok dengan aku and aku pun boleh adapt dengan dia. Tapi ... hm...entah siapa yang mengajar dia cakap ‘ SAYA SAYANG AWAK ’ pada aku. ( korang berdua. Afif n hafiz , baik mengaku klau korang yang ajar dia ) hahaha.. tapi , pada aku ... bnda tu tak ada apalah. Aku balas lah...’ SAYA SAYANG AWAK JUGA’ ... since he know i have a boyfriend , then ... i feel more comfortable wif him. I know he don’t mean more than friend. Any way....he told me that i will not happy without him. Yeah...because i can laugh and really happy with him. He is so nice u know. And i will remember him ... all of my life as a really gud fren.




he is really miss his brothers n sisters...;)



he is nice friend.... n good guy. is it true ???...hm..need to think again.haha..


Then , yasir. Aku tak kenal dia baik sangat. Tapi , dia pun baik macam Mohamad. Mereka sama – sama Somalia. Actually , he talk softly wif us. Sometimes , we cannot hear him. Then , u know. He told that , at his country he is so talkactive. Then , when he comes to Malaysia , he is to be a silent boy. I still remember , he wants to marry wif a malay girl n learn speak malay. Then , when he go back to Somalia , he can speak Malay to his family. Then his family will ask him...’ what are u talking abaout ?’ hehe...that’s nice rite ? Then , masa sukaneka dia join game gladiator. And he is the winner of that game. Hahahaha... Then , bila dia bawk balik hamper...apa lagi , kami sebat la semua. Haha..





buka pakai parangla yasir .... bukn gigit.he..

Athirah plak...hm...bila aku tahu dia student master , mula – mula aku ingat dia amat skema. Aku ingat dia cam kakak yang skema tu. Tapi , dia memng sampoi. Okey je ‘kau’ ‘aku’ dengan dia. Dia orang Sarawak. Kecik je orangnya. Hmm...setahun lebih tua dari aku. Kira sebaya dengan Ima n Mohamad. Tapi , Yasir tak pastilah umur berapa. Yang aku rasa cam tak ley bla ...bila kami sepakat tak mau pergi program , dia pun ikut tak mau pergi program. W’pun dia ajk pengangkutan yang kena handle bahagian pengangkutan student. Hahahaha...memng cool lah.





apa mau jadila budak - budak ni...hehehe

Last one is Ima Rashida. Sejak dari kelas , aku biasa – biasa je dengan dia. Macam biasa , aku memang tak de rapat sangat dengan mana – mana student kelas aku. Then , bila dapat sekali dengan dia kat umah keluarga angkat....bergaul dengan semua , pada aku .... dia ok je. Aku mulakan kenali dia dengan 0. Macam aku kenal mereka semua. Sebab tu , aku boleh ok dengan dia tanpa ada rasa yang tidak – tidak. Ksimpulannya .... yeah , ima also ok n best. Dia boleh jadi ibu yang baik dan penyayang. Hahaha.... aku ingat lagi kata Mohamad. ‘ She is don’t need to be a teacher. She needs to be a housewife and to be a good mother...’ hehehe..







Hmm...apa yang lebih menarik adalah , kami dapat 2 keluarga angkat yang sangat mengalu – alu kan kehadiran kami. Bagaimana ia terjadi ? Malasla nak story. Panjang. Yang penting , kami semua dapat juga adik – adik yang sweet sangat. Adik – adik yang sangat2 hapy dengan kehadiran kami di rumah mereka. Walaupun keluarga kedua ni tidaklah sesenang keluarga pertama , tapi .... mereka sangat kaya dengan kasih sayang. Di sana kami petik buah kelapa and minum air kelapa. Best gile sebab dah lama sangat tak minum air kelapa. Lepas makan di sana , kami sama – sama buatkan kerja sekolah mereka. Tapi tak dapat mengajar lama , masa untuk pulang sudah hampir sangat. Huu...Rasanya kamilah adik beradik angkat yang sangat beruntung sebab dapat 2 keluarga angkat yang sayangkan kami semua. Syukur alhamdulillah...semuanya Allah yang aturkan buat kami.




Rumah keluarga angkat kedua kami ..



Ini komplot nak manjatuhkan aku...tolong...tolong...help me..!!! hahaha..



Macam berat je buah kelapa tu , afif...kuat ke angkat..??? hehehe..




jangan sampai terbang mata parang tu sudahlah ya...huhuhu
( semua sedang menanti masa untuk minum air kelapa..haha )



Cangkul patah pun ok je ek .. lubang jadi ....anak pokok boley masuk..hahahaha..


Dan waktu untuk pulang....hm....sedih memang sedih. Adik – adik dari keluarga kedua ada yang menangis bila kami pulang dan datang ke rumah mereka sekejap saja. Aku ingat lagi ada sorang adik tu cakap. “ bestnya rumah hari ni. Meriah sangat...” Tapi , sayangnya ..... apa boleh kami buat , kami hanya datang seketika saja. Semoga adik – adik tu semua dapat belajar sungguh – sungguh seterusnya menjadi insan yang jauh lebih hebat dari kami...peace..;)



Akhirnya di rumah keluarga pertama semula. Suasana memang agak berat untuk berangkat pulang. Kami terpaksa pulang lewat sedikit sebab menunggu mak cik pulang dari mengajar tusyen. Rasa tak best kalau pulang tanpa jumpa makcik. Bila mak cik pulang..barulah kami pulang. Sebelum pulang ... adik – adik angkat , along n angah baru tegur – tegur n gurau dengan kami. Rupanya mereka pun happy dengan kehadiran kami. So far , sorry adik – adik semua. Kami pinjam bilik – bilik adik – adik untuk 3 hari. Thanks a lot sebab terima kami dengan tangan yang cukup terbuka. Thanks jugak buat mak teh yang selalu mask sedap2 untuk kami sepanjg kami di sana. Tak pasti siapa nama kakak tu...mungkin kak ina kot , semoga selamat ke hari perkahwinan dengan tunang tersayang. Hehe..Buat adik – adik di keluarga pertama , along , angaah n adik .... semoga kalian berjaya menjadi insan – insan yang boleh menjadi kebanggaan keluarga. Jangan buat mama sedih ok...;)







adik & angah



kami akan selalu rindukan dapur ini...




dan rumah ini ....:)

At last....kami dengan van sekolah ( sebb tu kami geng bas sekolah ) , di pulangkan semula kepada UTHM setelah pak cik dapat panggilan untuk hantar kami segera. Ha...satu yang aku ingat adik kata ....’ balik lambat , sebab kitalah family paling happy...’ then , waktu pak cik hantar kami di sekolah tu .... hm...nmpk sangat pak cik sangt sedih. Dia peluk n cium yang boys. Sungguh menyayat hati. Then .... sangat kesian pada Mohamad. He is homesick. He miss both of families. Dan kami .... sama – sama buat mohamad cool and join his friend again. At last ...for athirah , mohamad , hafiz , afif , yasir and ima .... i’ll miss u all forever. And for both of families .... i also will miss u all ever n ever. Insya – Allah .... kami akan datang semula ke sana...;)









mana ima...??? huhu...camera girl x masuk daaa...



haaa...baru ada ima... hehehe


thanks for everything n see u all again....babai...