Tuesday, June 29, 2010

Iktibar di Sebalik Laut Mati

Mari kita cuba meneroka ke luar dari Malaysia. Laut Mati. Siapa tak tahu tentang Laut Mati. Mesti pernah dengar. Tapi mungkin tak berapa nak kenal. Tapi sebelum tu , kenapa tiba – tiba aku tertarik nak story tentang Laut Mati pula...? Hm...baru – baru ni , macam biasalah baca Al-Quran. Cuma aku baca yang ada tafsirannya. Tak tahu macam mana lepas habis baca tu , pergilah belek – belek statement kat bawah setiap muka surat. Belek punya belek...jumpa tentang Laut Mati. Baiklah. Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418m di bawah aras laut , kedudukan terendah di atas daratan dan tasik masin terdalam sedalam 330m. Air di Laut Mati ini mempunyai kemasinan kedua tertinggi selepas Laut Asal di Djibouti dan lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari air laut. ( sumber : Wikipedia Ensiklopedia Bebas ). Menurut satu post di dalam blog ustaz amin , Laut Mati tidak didiami oleh sebarang hidupan memandangkan tahap kemasinan air tersebut.




peta kedudukan Laut Mati


Ok...kita buat soalan sains pulak. Kenapa kapal boleh terapung di atas air laut dan tenggelam pada air sungai...??? Soalan Fizik SPM tu...dalam silibus Sains PMR pun ada. ( Mentang – mentang nak jadi cikgu ,kan..)


Tapi , pernah tak kita tahu apa sejarah sebenar Laut Mati ni....??? Dan macam mana aku boleh jumpa kisah Laut Mati dalam tafsir Quran tu...??? Jawapannya adalah Laut Mati merupakan lambang atau pun bentuk atau kesan kemurkaan Allah terhadap umat yang mendustakan perintah-Nya. Umat apa....? Ya...Kaum Nabi Lut , di mana mereka mengamalkan gaya hidup homoseks ( lelaki + lelaki ). Klimaks kemurkaan Allah adalah apabila Allah menghantar Malaikat yang menyamar sebagai lelaki tampan yang tinggal bersama Nabi Luth. Sebaik saja mereka mengetahui tentang lelaki tersebut , mereka datang ke rumah Nabi Lut dan merogol lelaki tersebut. Maka , Allah memerintahkan Malaikat agar menterbalikkan kawasan tersebut ke bawah. Namun begitu , pengikut Nabi Lut telah diselamatkan Semasa zaman Nabi Luth , Laut Mati merupakan sebuah Kota iaitu Kota Sodom. Menurut satu komen di dalam satu laman blog , perkataan sodom itu adalah dari perkataan Sodomy yang bermaksud Liwat.

Dalam satu komen di satu laman blog , dalam satu hadith ada mengadakan bahawa nabi mengarahkan unta – untanya cepat bergerak supaya dapat melalui tempat itu dengan cepat kerana tempat tersebut pernah di turunkan bala dan dilaknat oleh Allah. Para sahabat juga dilarang untuk pergi ke sana. Mereka akan menundukkan kepala supaya tidak melihat laut tersebut lantaran benci terhadap laut tersebut. Dan satu persoalan di sini. Bukan soalan fizik lagi. Memandangkan laut mati iti tempat yang dilaknat Allah s.w.t , maka sesuaikah kita enjoy di sana....???





Baiklah...di sini , satu iktibar yang perlu di ambil dan wajib di ambil oleh semua. Begitu kemurkaan Allah terhadap suatu umat , maka di hapuskan umat itu di atas muka bumi ini. Lihat saja hari ini. Segala macam jenis kemaksiatan melanda generasi hari ini. Tidak tertinggal gaya hidup kaum Nabi Lut yang mendapat kemurkaan Allah itu juga menjadi gaya hidup sesetengah masyarakat hari ini. Tidak perlu dilihat sosial yang berlaku di negara Barat. Pandanglah Malaysia. Pandanglah anak – anak Malaysia hari. Adakah mereka care tentang semua itu....???? Saya pernah mengenali seorang lelaki tapi perempuan. Macam mana tu...? Macam tu lah. Type2 lembut and memang pantang nampak lelaki handsome. Dia akan usya...walaupun dia tu tak lawa. Saya pernah berbual dengannya , di mana dia sedang plan untuk attend satu fucntion yang di hadiri oleh type2 mereka di satu club. See....jika mereka boleh melakukan semua itu , bermakna tidak sedikit golongan itu di Malaysia. Itu baru di Batu Pahat. Bagaimana dengan Johor...? KL...? n Malaysia...?




Saya kurang ingat liputan dalam satu rancangan di dalam televisyen...mereka mahu pihak kerajaan membebaskan mereka dari kesalahan. Bermakna , kerajaan perlu demokrasi terhadap mereka di mana mereka mahu melakukan hubungan tersebut secara terbuka. Bukan sembunyi – sembunyi...Wow...menarik , kan.
Itu baru yang Gay...Macam mana yang Lesbian pulak....??? That’s so terrible. Di sekolah saya dulu , ada seorang budak lesbian. Memang pantang nampak budak cantik...Hmm...macam mana dgn mereka semua ni..?? Kita pernah fikir tak tentang mereka..?? Jangan kata tak ada kaitan. Bila Allah nak turunkan bala , semua dapat. Macam kes di Acheh dulu. Ada Allah pilih2...? Mana sempat selamat...selamatlah. Yang tak sempat..selamatlah bertemu Allah.
Cuma , kalau di dengar – dengar dan di perhalusi...mayat – mayat yang bergelimpangan di Acheh dulu ada pelbagai rupa. Ada satu mayat perempuan tu...elok je pakai kain sembahyang. Subhanallah....beliau di bawa pergi dengan keadaan yang suci walaupun pergi di sebabkan bencana. Kalau kita...??? Cuba fikirkan...





Jadi...terbayang tak kita kalau Allah nak datangkan bala...nak menunjukkan kemurkaan-Nya pada kita ni di Malaysia. Jangan ingat Malaysia ni aman sangat. Aman sebab tak ada askar datang perang. Tak ada bom meletup sana sini. Cukuplah bila anda rasa tidak selamat , maka tidak aman lah tu. Analisis kadar jenayah di Malaysia. Terokai kadar kemaksiatan...dari segala jenis bentuk maksiat...dari yang paling ringan dan paling berat. Sebenarnya Allah sudah beri 1001 peringatan buat kita. Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa...Tsunami 2004 yang melanda utara Malaysia....tidakkah itu cukup menggerunkan...Lantas mengapa kita tidak mahu mengambil itu semua sebagai iktibar...??
Pilihan di tangan kita. Kita wajib mengubah diri kita...dan perlu mengubah masyarakat Islam Malaysia. Perlu mengubah Malaysia jika kita benar – benar sayangkan Islam dan Malaysia. Dengan semangat perkauman....dengan melayu sana melayu sini...bukan itu lambang kita sayangkan Malaysia. Celikkan mata kita. Adakah mahu hingga sampai bumi Malaysia ini di terbalikkan...? Konsep 1 Malaysia itu bagus....bagus jika memang ia betul di aplikasikan...betul jika betul konsep asasnya bersandarkan Islam. 1 Malaysia but not 1 relegion..

Bersama kita mengambil iktibar di setiap yang ada di atas muka bumi Allah ini..



Wassalam.




Laut Mati





Monday, June 28, 2010

tudung dan aurat perempuan



Hari ni aku tertarik utk cerita tentang tudung. Semestinya ia fokus kepada insan yang bernama perempuan dan muslim. Lately , banyk sangt fesyen tudung. Tebal...jarang...besar...kecik...keras n lembut pun ada. Tapi persoalannya...untuk apa bertudung..? nak tutp kepala sebb panas ke...? atau ...fesyen terbaru dan masa kini...? atau...nmpk cam ayu2 gitu bila pakai tudung...? atau juga...tudung adalah wajib utk menutup aurat..? so...di mana pilihan sang wanita itu memilih tudung sebagai satu daripada pemakaiannya..


Okey...cuba kita pandang2...jeling2...jangan orang lain dulu. Pandang diri kita dulu wahai wanita. Tanya hati kita....kenapa kita bertudung..? Sekarang ni....selalu tak tengok perempuan tu sekejap dia bertudung...sekejap tak. Jangan tengok artis. Artis is artislah...diorang memang kuat berlakon. Yang biasa , biasa je. Mungkin kawan kita ke...cuba tanya mereka. Adakah mereka tak tahu memakai tudung dengan sempurna itu wajib...? Adakah mereka tidak tahu di mana aurat seorang wanita itu...???? Jika mereka tahu...adakah mereka sedang menghalalkan yang haram...??? Astaghfirullahal’zim....semoga aku terhindar dari perbuatan dan niat seperti itu.







Mari kita sama – sama check :


Dalam Surah An-Nur ayat 31 , maksudnya :


31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.



Kan...sudah tertulis dalam Al-Quran tentang kewajipan bertudung. ’ hendaklah menutup belahan leher dengan tudung’ Siapa saja yang bernama Muslim tentu saja tahu kan. Kenapa perlu diingkari kewajipan yang amat mudah itu sedangkan banyak lagi kewajipan – kewajipan yang mungkin lebih berat untuk dilaksanakan.



Apabila hilang rasa aurat dalam diri seorang wanita itu...maka tidak akan timbul rasa malu dalam diri mereka untuk melakukan apa saja menurut kehendak nafsu di hadapan khalayak. Cubalah kan...kita yang perempuan ni pakai tudung elok...pakaian pun tak ketat sangat...nak , nak lagi yang berstoking....adakalanya mereka ini pun ber’couple’....adakalanya mereka juga keluar ’dating’ ..... tapi , tergamak ke mereka berpeluk dengan pasangan di hadapan khalayak..? Mungkin tidak. Buat masa ni... saya tak pernah jumpa lagi.



Okey..bukanlah nak kata dah elok pakai tudung boleh buat maksiat yang lain. Kalau yang di namakan dosa...salah tetap salah...dan hukum tetap dosa. Tapi sekurang - kurangnya , dengan menjaga satu perkara...akan terlindung perkara yang lain...tidak banyak , sedikit pun memadai.



Kita tengok yang lain :

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."



Seterusnya , soal melabuhkan jilbab. Aku bukanlah ahli dalam memperkatakan soal aurat kerana aku sendiri tidak terlalu sempurna menjaga aurat. Tapi , post ini adalah peringatan buat aku dan semua. Untuk menulis post ini , aku perlu cari dan kaji sedikit apa yang berkaitan dengan aurat. So far...di situ juga aku memperoleh ilmu dan ingin aku kongsikan bersama semua.



Baiklah , menurut pengalaman aku...mengikut nasihat dari orang2 yang selayaknya...bertudung melepasi bahagian dada , dan berpakaian longgar tanpa memperlihatkan bentuk tubuh yang sebenar itu memadai untuk memelihara aurat yang paling minimum. Dan adalah lebih baik lagi jika wanita itu menggunakan tudung yang lebih labuh..berstoking...menggunakan stokintangan...that is much betterla kan



.

indah seorang wanita itu terletak pada pakaian dan pekertinya..



Jadi , buat mereka yang sederhana...buat mereka yang memang jenis pakai ketat – ketat , mantap dan sentap tu...ingat – ingatlah semula siapa diri kita. Kita adalah identiti kita. Identiti kita adalah identiti seorang muslim.



Marilah kita perlahan – lahan berubah kepada yang lebih baik. Kita mungkin tidak mengunjungi usrah – usrah para muslimat...mungkin tidak juga lahir dari keluarga yang menitik beratkan soal aurat...tapi , manusia itu punya akal. Kita boleh fikir...boleh bezakan mana baik...mana buruk. Kan berfikir sebelum melakukan sesuatu itu adalah langkah yang bijak.



Kenapa perlu di tonjolkan aset yang ada dalam diri kita...? Bukankah di simpan untuk yang berhak itu lebih baik..Kita beri peluang untuk mana – mana lelaki menikmati pemandangan indah susuk tubuuh kita....tapi mengapa marah bila mereka lihat...???


’ i tak suka dia. Dia tu scanner. Boleh plak dia sentuh – sentuh i...’


Kita bagi free...siapa yang tak nak...??? Tanya sape je lah. Aku pun nak jugak. Tapi percayalah , lelaki jadi makin nakal...kemudian makin jahat pada kita...bila kita izinkan semua tu berlaku.


Ada juga orang kata :


’dia tu pakai baju kurung , pakai tudung...kena rogol gak...’


Kat sini , aku kadang – kadang terfikir. Berapa banyak pakai baju kurung betul – betul tutup aurat. Kebanyakan baju kurung , kain nipis....kalau kena warna cerah...bukan main jarangnya. Mungkin ada yang sensitif...dia akan buat apa saja asalkan aurat terjaga. Apa lagi bila kita pakai tudung tak jatuh bawah dada...serupa tak tutup aurat. Jadi , jangan ingat pakai baju kurung...pakai tudung tapi tak sempurna tu sudah menutup aurat. Pernah dengar perempuan yang baik – baik...yang tutup aurat elok...kena rogol...? Aku belum dengar buat masa ni.



Mungkinlah...aku penah jugak dengar...aurat dah elok...tapi tiba – tiba mengandung tak sangaja...macam mana pulak tu...? Jangan salahkan cara dia berpakaian. Cara dia berpakaian dah cukup elok dah..dah cukup menjaga identiti sebagai muslimah..tapi , dia gagal mengawal godaan nafsu. Jangan main – main dengan nafsu. Jadi kita....janganlah tengok dia macam tu , kita yang tak tutup aurat ni kata....:


’ aku yang tak tutup aurat ni pun tak buat benda keji tu...aku lagi baik dari dia. Konon tutup aurat...tapi buat tak senonoh..baik tak payah tutup aurat..’


Tapi berkatalah dalam hati dan jiwa kita...:


’ bagusnya kalau aku mampu tutup aurat seperti dia dan dapat mengawal nafsu seperti aku..mesti aku akan jadi lebih baik...’


Bukankah itu kata – kata motivasi sebagai pembangkit hati dan jiwa kita untuk menjadi lebih baik. Jadi...fikirkanlah...


Semoga Allah sentiasa membuka jalan kebenaran buat kita semua.


Wassalam..






Sunday, June 27, 2010

sejauh mana kita berkonflik ( volume 3 )


Akhirnya aku kembali berkesempatan menyambung post aku yang masih tergantung. Sejauh mana kita berkonflik...? Klau ada yang baru terbaca post ni , ada 2 post lain yang anda tertinggal. Maka carilah. Kenapa aku rasakan post ini penting...? Sebb kita semua pasti akan berkonflik. Sebb kita semua diamanahkan untuk menjadi seorang pemimpin di dalam dunia ini.

Seorang pemimpin perlu bijak mengatasi konflik. Perlu mampu meleraikan konflik...bukan menambah konflik. Contoh menmbah konflik...? Senang je. Katakanlah kawan baik kita berkonflik dengan seorang kawan kita....kita menyibuk sekali nak berkonflik dengan alasan sebagai sahabat sejati. Bagus menjadi sahabat sejati. Tapi secara tidak langsung ia sudah menambah konflik baru dan mengusutkan silaturrahim yang terbina. Jika anda rasakan anda layak untuk menjadi seorang pemimpin , maka ....belajarlah cara bagaimana menjadi orang tengah untuk meleraikan konflik bukan menempatkan diri anda di tengah – tengah konflik tersebut.


Okey. Stop to talk about it. Post yang lepas telah terhenti pada strategi bersaing dalam menghadapi konflik. So , kita akan sambung dengan strategi yang lain.



Strategi Bertolak Ansur


Strategi bertolak ansur biasanya dianggap teknik yang baik untuk menyelesaikan konflik. Tapi , itu adalah anggapan individu yang tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik berunding. Strategi bertolak ansur popular kerana ia dapat meleraikan konflik dengan cepat. Menggunakan strategi bertolak ansur dapat menunjukkan sikap bertimbang rasa kepada pihak lawan kerana mereka tidak mahu menang sendiri. Oleh itu , orang sekeliling akan melihat mereka sebagai seorang yang bertimbang rasa , adil , tidak mementingkan diri sendiri dan mampu menampilkan nilai positif pada imej mereka. Namun , strategi ini tidak memberi kepuasan kepada kedua – dua belah pihak.




bertolak ansur biar kena pada tempatnya...pun mesti biar kena pada situasinya..jangan sampai orang berani pijak kepala...


Maka , strategi ini hanya sesuai digunakan dalam beberapa keadaan :

1. Apabila bnda yang menjadi isu itu jumlahnya adalah terhad jumlahnya

2. Apabila seseorang itu mahu menjaga hubungan yang ada
3. Apabila seseorang itu tidak cukup masa

4. Apabila masing – masing pihak mempunyai alternatif – alternatif yang lain


Namun , perlu diingat. Dalam melakukan apa saja dalam dunia ini , perlu ada satu prinsip untuk dipegang. Apa gunanya prinsip...? Ya , ia sebagai tidak tolak....di mana tindakan kita itu boleh di terusnkan , atau dihentikan.
Oleh itu , jika kita hendak menggunakan strategi bertolak ansur , ada beberapa prinsip yang perlu digunakan supaya tidak ada mana – mana pihak yang berat sebelah :

Prinsip – prinsip tersebut adalah :


1. Sesorang itu perlu memastikan apa yang dia mahu dan apa yang dia tidak mahu

2. Seseorang itu perlu memastikan apa yang paling mustahak bagi dirinya

3. Seseorang itu perlu memastikan apa yang sangat mustahak bagi dirinya dan berapa banyak dia sanggup bertolak ansur

4. Seharusnya bukan kita yang memulakan tolak ansur kerana orang yang memulakan tolak ansur disifatkan sebagai seorang yang lemah

5. Memulakan tolak ansur dengan perkara yang kecil

6. Apabila dia memulakan tawaran , pastikan pihak lawan faham apa maksud sebenar tawaran tersebut

7. Apabila seseorang itu hendak menamatkan tolak ansur , caranya ialah dengan mengecilkan dan mengurangkan tawaran

8. Jangan bertolak ansur sebagai jalan terakhir , nanti pihak lawan menyangka kedudukan seseorang itu yang sangat lemah

9. Seseorang itu jangan terlalu cepat mengalah nanti akan terasa bodoh

10. Salah satu tolak ansur adalah hubungan baik yang dapat di jaga

11. Pihak lawan mungkin menggunakan tektik kotor

12. Jangan terlalu kuat menolak pihak lawan

13. Jangan sangka tolak ansur bermakna kedua – dua pihak mendapat sama banyak

14. Strategi bertolak ansur boleh menghasilkan sama – sama dapt

15. Tawaran yang dikemukakan oleh seseorang itu hendaklah tawaran yang diperlukan oleh pihak lawan

16. Jangan membuat sebarang tawaran jika diri ditekan

17. Ingat , bahawa bukan semua perkara yang kita mahu kita akan dapat



Strategi Mengalah


Strategi ini adalah strategi yang digunakan oleh individu – individu yang sangat memntingkan hubungan baik yang ada. Oleh itu , mereka menganggap isu yang diperbalahkan tidak berapa penting. Matlamat bagi strategi ini adalah supaya pihak lawan seronok , gembira dan puas hati. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang sedia ada.

Strategi mengalah sesuai digunakan bagi mencapai matlamat berikut :


1. Memupuk dan mengukuhkan perasaan saling percaya

2. Sebagai teknik untuk menunjukkan seseorang itu amat menghormati dan menghargai budi baik pihak lawan
3. Bagi mengambil kira perkara – perkara lain yang ada dalam perhubungan itu

4. Bagi menyeronokkan pihak lawan.




say sorry...adalah cara yang paling mudah untuk tunjukkan yang kita mengalah.hm..?



Strategi ini sesuai digunakan dalam perhubungan kompleks di mana banyak kepentingan perlu dijaga seperti persahabatan , keluarga dan sebagainya. Strategi ini digunakan untuk mengelakkan perbalahan bagi perkara yang kecil.

Namun , sesuatu yang perlu diingat adalah jangan terlalu kerap menggunakan strategi ini kerana lama kelamaan orang akan mengambil kesempatan pada diri kita. Ada orang yang tidak pernah merekod berapa banyak kali dia menang dan dia kalah. Oleh itu , dia akan mahu selalu menang dan menang. Oleh itu , perbuatan orang yang selalu mengalah hanya akan menambah buruk perangai buruknya saja.


Strategi Mengelak



Strategi ini adalah strategi tidak berbuat apa – apa. Matlamat strategi ini adalah untuk melengah – lengahka perundingan. Oleh itu , dengan mengelak daripada berunding , seseorang itu tidak akan rugi apa – apa . Strategi ini sesuai apabila perhubungan dan isu tersebut tidak penting baginya. Dalam keadaan di mana seseorang itu melihat hasil rundingan tidak akan menguntungkannya , maka strategi mengelak adalah alternatif yang baik.


Terdapat 2 teknik menggunakan strategi mengelak iaitu digunakan secara aktif dan kedua digunakan secara pasif. Apabila seseorang itu mengelak secara aktif , dia langsung tidak mahu berunding. Apabila seseorang itu mengelak secara pasif , dia tidak mahu datang berunding , atau dia datang tapi tidak mahu bercakap apa – apa. Oleh itu , rundingan itu akan tertangguh dan mati di situ.


Strategi Mengelak boleh digunakan dengan berkesan dalam 3 keadaan. Iaitu :

1. Apabila seseorang itu boleh menang dan boleh dapat apa yang dia mahu tanpa melalui rundingan

2. Apabila seseorang itu mempunyai alternatif yang lebih baik

3. Apabila seseorang itu tidak berminat untuk berunding
Strategi Bekerjasama

Apabila berlaku konflik , dan seseorang itu cuba untuk menyelesaikannya , strategi bekerjasama merupakan sebaik – baik strategi. Kedua – dua belah pihak mempunyai matlamat jangka masa panjang dan mereka sedia bekerjasama. Oleh itu , mereka cuba untuk mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua – dua belah pihak.
Apabila menggunakan strategi bekerjasama , perkara yang tidak konkrit tetapi berharga dianggap sangat peting dan diberi perhatian dalam rundingan. Perkara seperti nama baik , maruah dan prinsip keadilan cuba dijaga.

Oleh itu , ketika berunding , masing – masing pihak perlu bertenang.
Kedua – dua belah pihak tidak cuba memutarbelitkan fakta. Matlamat mereka adalah untuk mencari penyelesaian. Oleh itu , mereka menekankan perkara yang menjadi kepentingan bersama. Adakalanya seseorang itu , mahu menyelesaikan konflik yang ada dengan bekerjasama namun gagal.




mengelak tu penting untuk pastikan diri tak terkorban..hmm...betul ke macm tu..???


Strategi Bekerjasama


Apabila berlaku konflik , dan seseorang itu cuba untuk menyelesaikannya , strategi bekerjasama merupakan sebaik – baik strategi. Kedua – dua belah pihak mempunyai matlamat jangka masa panjang dan mereka sedia bekerjasama. Oleh itu , mereka cuba untuk mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh kedua – dua belah pihak.


Apabila menggunakan strategi bekerjasama , perkara yang tidak konkrit tetapi berharga dianggap sangat peting dan diberi perhatian dalam rundingan. Perkara seperti nama baik , maruah dan prinsip keadilan cuba dijaga. Oleh itu , ketika berunding , masing – masing pihak perlu bertenang.


Kedua – dua belah pihak tidak cuba memutarbelitkan fakta. Matlamat mereka adalah untuk mencari penyelesaian. Oleh itu , mereka menekankan perkara yang menjadi kepentingan bersama.


Adakalanya seseorang itu , mahu menyelesaikan konflik yang ada dengan bekerjasama namun

gagal.



amalkanlah bekerjasama dalam apa jua keadaan..



Antara faktor yang menyebabkan gagalnya kerjasama itu adalah :

1. Dia tidak mempunyai kemahiran bekerjasama. Dia mungkin akan berhadapan dengan pihak lawan yang hanya mahu menang sendiri.

2. Salah satu pihak mungkin tidak tahu menjaga suasana.
3. Terdapat individu yang ada sikap suka berlawan ikut masuk campur dan mengapi – apikan pihak yang berkonflik.


Terdapat beberapa perkara yang jangan sesekali dilakukan jika hendak menyelesaikan konflik dengan menggunakan strategi bekerjasama :


1. Jangan sangka tiada jalan keluar secara bekerjasama

2. Jangan ada sikap hendak menjaga dan mempertahankan kepentingan sendiri saja
3. Barangkali seseorang itu pernah ada sejarah berkonflik dan berjaya mendapatkan apa yang dikehendaki dengan strategi berlawan
4. Jangan menyangka pihak lawan tidak mahu bekerjasama
5. Jangan bawa individu yang suka berlawan ikut masuk campur dalam konflik dan perundingan

6. Jangan gopoh semasa mencari jalan penyelesaian



Memilih Orang Tengah


Pada satu tahap , terdapat kedua – dua belah pihak yang berkonflik tidak lagi boleh untuk bercakap. Jika bercakap pun , pergaduhan besar pasti akan meletus. Dalam keadaan begitu , orang ketiga adalah diperlukan untuk membantu proses perundingan. Orang yang paling layak untuk menjadi orang ketiga adalah orang yang tidak mempunyai sebarang kepentingan pada hasil perundingan tersebut.



Tugas orang tengah adalah :

1. Mengurangkan ketegangan kedua – dua belah pihak

2. Memperbaiki komunikasi pihak yang berkonflik
3. Mengubah dan menuntut alternatif yang dituntut oleh kedua – dua belah pihak
4. Mengubah jumlah individu yang terlibat
5. Menyusun semula isu yang dirundingkan
6. Membantu mencari titik persamaan antara kedua belah pihak


Persoalannya , bilakah orang tengah perlu dibawa masuk ?

1. Tahap emosi kedua belah pihak sangat tinggi

2. Komunikasi antara mereka sudah rosak sama sekali

3. Tingkah laku kedua – dua belah pihak sudah menjadi negatif
4. Perbezaab dan pertentangan pendapat berkenaan isu menjadi konflik sudah tidak dapat dirundingkan
5. Perbezaan kedua belah pihak menjadi sangat luas
6. Mereka sudah tidak boleh duduk berunding
7. Kedua belah pihak bertentangan pendapat berkenaan isu yang mesti diselesaikan

8. Salah satu pihak atau kedua belah pihak tidak dapat mematuhi peraturan penyelesaian konflik

9. Belum ada peraturan khusus berkenaan teknik menyelesaikan isu dalam konflik tersebut




orang tengah merupakan orang yang di jadikan tempat bergantung kepada 2 pihak yang berkonflik...so , sebagai orang tengah , jangan pernah khianati mereka..


Langkah membawa orang tengah masuk adalah bagi mencapai objektif berikut :

1. Bagi menyelesaikan konflik di mana hasil perundingan tersebut dianggap sangat penting
2. Orang tengah di bawa masuk bagi menghentikan pergaduhan yang meletus

3. Di harapkan orang tengah dapat mengurangkan konflik yang sedang meruncing dan dapat mengurangkan kesan buruk akibat konflik.


Dalam menghadapi konflik pelbagai perkara mungkin berlaku kerana konflik biasanya melibatkan kestabilan emosi individu yang berkonflik. Dalam emosi yang tidak stabil , pelbagai tindakan bodoh yang mungkin di lakukan.

Maka , belajarlah mengawal emosi dan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik. Tapi , jika tidak mahu menyelesaikan konflik , jangan sesekali menambah konflik dengan menekan pihak lawan. Kerana salah – salah lawan , kita akan menerima padah.
Maka , berakhirlah post sejauh mana anda berkonflik.

Di harap , jika hari ini anda sedang melalui konflik , atau mungkin akan datang melalui konflik....anda...saya dan kita semua mampu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Kita mempunyai kaedah yang lebih sistematik untuk bergelar manusia yang bersistematik. Bukan manusia yang hanya menurut hawa nafsu dan akal sendiri mahupun akal kumpulan sendiri untuk menyelesaikan suatu perkara. Bermulalah untuk berfikir dengan cara berbeza dan skop yang lebih terbuka.


Sekian , wassalam.



Rujukan penuh dan diolah dari :

Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat Kerja
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd