Wednesday, September 29, 2010

Reunion 2010 - Rawatan Terbaik Untuk Jiwa Yang Sakit -

Reunion 2010 aku sifatkan satu event yang tidak kurang pentingnya dalam rentetan hidup aku apa lagi sepanjang 2010 ini. Tak perlu aku terjemahkan apa yang mungkin aku rasa untuk itu...hanya dengan sebaris ayat yang pasti semua boleh faham betapa aku mensyukuri semua detik itu ...


.' thanks my fren ... will luv u ... always miss u...'


iftar ramadhan 2010



miss n luv u all a lot ...today...tomorrow n forever..



Raya yang happening...



for all that...i'll miss u all ...


thanks a lot my frens
u give a chance to know...
how nice something that we called frenship
and...

give me a time to think
i still have a nice fren...

Thursday, September 16, 2010

Kisah itik & ayam..


Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk menulis di dalam blog ini. Lama aku memikirkan tajuk ini .... tapi baru hari ini aku rasa berkesempatan dan selesa untuk menulisnya. Ya lah ... nak tulis pun perlu ada susunan ayat yang baik , kan. Kalau ayat tunggang langgang , sendiri nak baca pun tak selera. Walaupun aku bukanlah seorang penulis yang baik .... tapi , biarlah aku rasa aku penulis yang baik untuk diri aku dan sepanjang kehidupan aku.


Al-kisah itik dan sekumpulan ayam. Mana aku dapat idea tentang mereka...? Tak jauh dari kehidupan aku. Hari – hari di depan mata. Tak lain tak bukan ..... mereka adakah ayam – ayam dan itik – itik aku yang ada di rumah. Walaupun aku tak menjaga mereka serapi aku menjaga kucing – kucing aku yang comey .... tapi , terbit juga rasa sayang aku pada mereka



Pada mulanya , itik di rumah ada 5 ekor dan hampir 60 ekor ayam. Di takdirkan satu waktu , mereka di serang satu penyakit yang entah apa nama dia pun aku tak tahu. Satu – satu ayam kat umah aku mati. Dan aku adalah antara penggali kubur dan penanam bangkai ayam yang tidak kurang handalnya.. Dan tiba satu malam , waktu aku bangun keluar dan keluar dari rumah .... itik – itik yang 5 ekor tu bising sangat seperti di kejar pemangsa. Mereka berterabur lari .... sampai ada yang sudah berada di depan pintu umah. Dari riak itik tu , jelas mereka dalam ketakutan yang amat sangat. Kucing – kucing kat dalam rumah yang baru saja nak melangkah keluar, berlari semula masuk ke dalam. Hakikatnya , hanya golongan haiwan saja yang tahu apa yang terjadi di dalam gelap itu. Mana ayam...? Ayam macam biasa , tidur dalam reban. Itik – itik jenis tak reti masuk reban ....merayap tawaf keliling umah sehari suntuk.






Then, esok pagi ..... tahu2 tinggal 3 ekor. Mana lagi 2 ekor...??? Pastinya menjadi korban pemangsa malam tadi. Siapa ?? Wallahualam .... tak dapat di kenal pasti... Maka tinggalkan 3 kawan itik ke sana ke mari...Aku suka pandang mereka. Tentu mereka rasa kehilangan kawan – kawan mereka , kan. Tapi .... tak lama lepas tu .... 2 ekor itik mati akibat penyakit yang datang menyerang ayam – ayam di rumah aku. Penyakit tu juga menyebabkan ayam kat umah tinggal bape ekor je. Tapi , alhamdulillah .... ayah aku sempat dapatkan vaksin untuk mereka yang tinggal. Sayang juga sebab vaksin yang ayah aku pesan datang lambat sangat.



Baiklah ... apa kisah itik tu...??? Boleh bayangkan tak ..... dari dia hidup bersama 4 ekor kawan – kawan dia .... hari ini dia tinggal sendiri. Dulu ... ke mana – mana mereka akan pergi berlima. Hari ini dia sendiri. Dia perlu melalui hidup dia sendiri. Tak ada kawan. Kalau dia pandang kiri kanan .... dia Cuma akan nampak ayam ..... dia nampak manusia ... nampak kucing.... semua tu lain sangat spesies dengan dia. Boleh tak bayangkan betapa sedihnya semasa dia nampak kawan – kawan dia minta tolong menjadi mangsa kepada haiwan lain ? Boleh bayangkn tak perasaan dia ..... dia nak tolong kawan dia , tapi dia pun perlu selamatkan diri. Aku nampak sendiri. Lepas dia selamatkan diri ke tempat terang .... dia balik semula ke tempat dia datang sambil bising – bising. Hati aku cukup yakin ....lepas dia selamatkan diri , dia sedar kawan – kawan dia tak ada. Dia datang semula cari kawan – kawan dia ....tapi....sayang. Dah terlambat...







Dan akhirnya ..... dalam kesedihan itu ..... dia terpaksa menghadapi kematian kawan – kawan dia. Sedih....sungguh sedih. Kalian yang baca. Cuba anda bayangkan jika anda berada di tempat itik tu. Anda tinggal sendiri di tempat yang anda tidak kenal sesiapa....bagaimana anda nak hidup di kalangan mereka...???


Dan akhirnya , itik ini berkawan dengan ayam – ayam yang tinggal di rumah aku. Masa mula – mula tu .... bila aku bagi makan , itik tu selalu beralah. Bila mereka berebut makanan...itik tu selalu menjauh. Sebab itik tu tak ada sesiapa...dan makin lama .... aku nampak itik tu semakin pandai bergaul dengan ayam – ayam tu. Mereka boleh saling berebut makanan .... mereka boleh saling bersama di dalam satu kumpulan ..... dan mereka boleh berjalan bersama mencari makanan... sedalam itu kah pemerhatian aku...???? Ya...memng aku sentiasa perhatikan mereka. Setiap gerak mereka ... setiap riak mereka.






Jadi , apa sebabnya aku cerita tentang itik ni...? Pastinya bukan suka – suka. Pastinya ada yang tersirat dari yang tersurat. Apa yang anda bayangkan jika berada di tempat itik tu..? Pasti sedih ... pasti sngat hilang keyakinan untuk hidup. Tapi , itik tu mampu juga terus hidup di kalangan ayam. Walau pun kadang – kadang kucing – kucing aku mengacau mereka. Tapi , jika itik itu tidak tinggal sendiri ..... sampai bila – bila pun itik tu takkan kenal budaya ayam. Sampai bila – bila pun .... itik tu takkan pandai bergaul dengan ayam. Nampak tak ....? Allah menjadikan setiap yang berlaku dengn hikmah.


Apa kaitan itik dengan kita plak...??? Macam kita .... jngan cepat sangat nak putus asa bila bersendirian. Jangan cepat sangat kata down .... bila tak ada teman sekelas .... atau teman baikla senang kata. Jangan cepat sangat kata ..... aku tak boleh tak ada kawan. Tak apa aku buat macam ni macam tu sampai orang pijak kepala ... asalkan aku ada kawan. Aku tak boleh hidup tak ada kawan...Pada aku .... inilah kata – kata orang yang langsung tidak yakin dengan diri dia. Macam itik tadi. Dia boleh saja hidup dengan kumpulan ayam. Dan manusia .... anggap saja dalam satu klas. Kalau tak ada siapa dari dalam kelas yang sudi berkawan dengan kita ..... cubalah berkawan dengan org dari kelas yang lain. Mungkin fakulti yang lain jika di universiti. Mungkin jabatan yang lain kalau di politeknik... Hakikatnya, jangan musnahkan diri kita dengan kata negatif pada sesuatu yang kita belum cuba lalui.


Aku pernah dengar dari seorang kawan aku. Dia kata dia sangat down bila dia rasa seolah – olah semua orang takut untuk berkawan dengannya. No...ingatlah. Hidup kat dunia ni sekejap je. Di kubur nanti kita juga akan sendiri. Realitinya , siapa yang tidak perlukan sesiapa di atas muka bumi ni. Tapi , kurangkan kebergantungan hidup kepada manusia lain tapi jadikanlah diri kita tempat manusia lain bergantung. Kerana apa ? Kerana untuk menguji katahanan diri kita perlu lihat sejauh mana kita memaksimumkan kemampuan diri kita tanpa orang lain...hanya Allah dan kita. Kenapa Allah...? Sesungguhnya tiada daya walau apa saja di atas muka bumi ini tanpa keizinana Allah Azza Wa Jalla.






Dunia adalah pentas lakonan yang amat senget. Kadang kala kita tidak tahu jika orang di sekeliling kita ikhlas atau tidak. Mungkin nampak saja ikhlas membantu .... hati dia mana pula kita nak tahu. Mungkin saat kita mohon pertolongannya , bukan keadaan yang baik buatnya. Dan kerana itu .... kita perlulah sensitif dan peka pada persekitaran.


Moral of da story.... janganlah sesekali takut bersendirian atau kehilangan kawan. Kerana kawan itu ada di mana – mana dengan syarat kita sentiasa membuka hati kita untuk berkawan. Dan kepada kawan – kawan yang sudah pun meninggalkan aku sendirian ..... terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi aku peluang untuk mengenali insan – insan lain yang aku kira lebih baik .... malah jauh lebih bagus dari kalian. Aku mungkin tidak berdendam .... tapi aku pasti akan ingat sampai nafas aku yang terakhir kerana telah menabur racun di atas benih yang aku semai. Thanks a lot. That’s we called as .... truely friend with da truely friendship... I’ll miss everything u have done!