Tuesday, May 24, 2011

~ aku & masa lalu .. ( volume 1 ) ~

Assalamualaikum ..
hehehee ...
apa khabar kah kamu yang sedang membaca ini entry ..?? hoho ...


Hmm ... hari ni tiba-tiba rasa nak mengulang zaman-zaman penuh kepoyoan aku. hahahaha ... actually .. hari ini aku kena hantar dan ambik adik aku sekolah. Since tengok budak-budak sekarang kat sekolah ... teringat masa zaman purba kalor warna dulu... hahahahaa ... masa latihn mengajar dulu ... tengok my student ... tak la nampk aku dalam diri diorang sebb kami lain aliran. Aku pakai uniform sekolah biasa .. tak macam diorang pakai baju korporat.

So far bila ingat balik masa sekolah ... waaa ... rasanya zaman itu sangat dan cukup indah kowt. Ingat lagi masa sekolah rendah. Masa sekolah rendah I sekolah dekat SK Seri Puleh. Sampai sekarang cikgu yang aku still contact adalah cikgu bahasa melayu aku dari darjah 1 sampai darjah 5. Nama dia Cikgu Roselina. Walaupun cikgu nih memang suka mengata mulut aku banyak gila ... tapi aku sayang cikgu ni dunia akhirat. Ingat lagi masa hari terbuka, cikgu ni cakap dengan mak aku ...' saya tak tahu lah kak nazura ni ... saya letak kat mana pun dia ... mulut dia tak berhenti ...' waaaa ... hebat kot. hahahaa ...

Masa darjah 1 and darjah 2 ... ingat lagi ... tu zaman kegelapan bagi aku. Tak tahu kenapa all da girl pulau aku. Jadi, aku kawan dengan lelaki lah kan. Sebab ...?? Entahlah .. memang ada sorang girl tuh ... mulut dia jahat gilerrr waa cakap ... at last bila dia pindah ... jadi elok semula dengan semua girl kat kelas. Kawan yang dulu baik sangt dgn girl yang mulut jahat tuh ... jd kawan baik aku .. memang tip top lah.



~ pertama kali kena pakai lencana ... ingat lagi jakun masa masuk sekolah ~
p/s : darjah 1 n darjah 2 ... baru masuk sekolah pun dah pandai gaduh ... memang kaki gaduh la nazura nih ..

Masa darjah 4 ada seorang girl nih rompak bestfren aku. Sumpah... aku bila dah kawn dgn orang ... syg separuh mati. Aku pun tak tawuu pasal apa ... tiba-tiba plak .. in da many situation dia g tarik2 bestfren aku nih .. tak cam hawau plak ... memang sakit ati gile ... masa bestfren aku nak pindah .. aku bagi surat kat dia ... habis aku kutuk dia aku kata .. kawan tak guna n wat so ever ... at the end .. after dia pindah ... bape bulan lepas dia kat tempt baru .. dia call aku semula and kami saling minta maaf and get close semula. Sampai sekrang ... dia ada kat USM ... kan Siti Asnah binti Jasmin. Walaupun sekaran tak la rapat cam dulu ... tapi aku still ingat dia sebagai org yang pernah jd kawan bek aku. hehehee

Masa sekolah rendah, dari darjah 4 sampai darjah 6 aku pengawas. Hahahaaaa ... glamour kot kononnya. Masa darjah 6 aku ada seorang pak we ... tapi banyak scandal. Macam hawauu perangai. hahahaa ..Hubungan dgn pakwe aku ... pasang surut la. kejap putus ... sambung balik ... putus lagi ... sampailah form 2 ... putus n tak sambung2 sampai sekarang. hahahahaa ...



~ blok baru SK Seri Puleh masa tahun 2000 ~
p/s : ingat lagi gelanggang nih ... tapak perhimpunan, main badminton, main bola tampar ... waaaa kenangan-kenangan ..
gambar blok tuh ... makmal sains and bengkel KH aku dulu ... heeee


Kisah darjah 6 ada satu kisah yang lucu sangat ... dan aku memang takkn lupa sampai sekarang. Di takdirkan aku seorang yang sangat berterus- terang. Aku suka kat seorang mamat sekelas aku nih ... dan aku bagi surat kat dia aku kata aku suka dia. Tapi .... bila mamat ni dapat surat aku ... dia sindir aku depan kawan-kawan perempuan aku ...' ko tengok aku ni. De perempuan bagi surat cakap suka kat aku ... ada aku layan ...?? Tak payah layan ....' macam siotkan lelaki ni. Memang berderau darah aku masa dengar dia cakap tu. Rasa nak tumbuk kat situ gak. Depan-depan aku dia cakap.

Tapi lepas tu ...tak lama dari kejadian itu .... aku cam pelik dengan mamat tu. Apa hal cam baik sangat dengan aku ni??? Aku plak ... kalau dah kena sekali pandang pun aku tak hengen ... hoho .. ayat tak ley blah ... satu hari, seorang kawan aku nih pun sama minat kat mamat ni and dia ajak aku teman pergi jumpa mamat ni. datinglah kononnya... Macam biasalah kanak-kanak dan puppy love ... hahahahaaaa ... tapi .... masalahnya pulak ... mamat ni tak sudah-sudah follow aku. Aku geram ... aku cakap ...' hei, yang nak dating dengan ko tu dia... bukan aku. Reti ???!! ' waaa .. memang garanglah aku time tuh. hahahaaa

Dan paling aku tak boley terima adalah ... masa 3 hari sebelum UPSR. Aku duduk sorang-sorang kat tingkat paling atas bangunan baru sekolah. Kononnya melayan hati dan perasaanla kan ...hoho ... poyo giler kot .. tiba-tiba aku nampak mamat tu dgn kawan dia kat bangunan sebelah. Aku buat tak nampaklah ... aku malas nak buat orang perasan ... bertambah perasan!! Ingat hensem sangatlah tu aku suka. Dah la pendek! huh .. ceit, penuh emosi nampaknya. hahhaaaa ... ha, sambung story ... aku ingat dia buat apa lah kat tingkat paling atas dekat bangunan setentang dengan aku tu ... tiba-tiba ....' Nazura, aku suka kau !!!' tak ke gila dia pergi jerit macam tuh. Rasa nak baling dengan kasut je ... Tercengang aku sekejap. Lepas tu aku terus lari macam kena kejar hantu. Maluuuuuu gilerrr!!!! Ingat cite hindustan ke nak jerit-jerit macam tu.



~ ni bukan gambar masa sekolah rendah ~
p/s : aktiviti merayau-rayau bawa motor macam tak de rumah adalah aktiviti kegemaran aku .. sampai ke mana-mana kebun aku redah .. nak short cut kat sini ...?? meh ty aku .. tip top!

( perasannnn ... hahahaaa )



Tapi ... aku rasa sayang kat diri aku adalaah .... hahahahaaaa .... aku buat bodoh je dengan incident tu. Ingat aku murah-murahan ke ... u tak nak u sindir-sindir bagai ... u nak ... u cari balik ... gud bye lerrr .... aku tak nak lelaki terasa kacak nih. hahahaa .. jadi, aku pun teruskan relationship dengan bf aku tu. ehmmm ... bila ingat-ingat balik, dia memang baik dengan aku. Gatal pun tidak. Tapi entahlahh ... tak ada jodoh kot. hahahaaa ..

'pesanan untuk my bf sekarang ini ... sila jangan jelas ye yunk ... u pun dulu ada gf .. i tak jeles nih .. tak jeles .. hahahahaaa ...'

Tapi, satu penghargaan yang aku cam ingat lagi sampai sekarang adalah ... cikgu-cikgu bahasa melayu memang sayang kat aku sebab sejak darjah 4 sampai darjah 6 ... bm karangan aku tak pernah dapat selain A. Markah 90-96 itu memang hak milik tetap aku. Tapi ... untuk mngajar aku supaya tidak terlalu riak ... bongkak dan ujub serta sebagainya ... BM Karangan aku masa UPSR I got B. Sumpah FRUST nak mati !!! 2A 3B ... pada hal antara calon 5A... ish, memang tak bijaksana. hahahaa .. Suatu yang mengejutkan bila Math dapat A sedangkan dari awal bismillah ... dapat C tu biasa ... nak dapat B .. entah bila ... dapat A ... mustahil lah ... Tapi, Allah dah atur semuanya. Itu lah pengajaran budk over confident cam aku. ( tu lah ... pegi buat karangan cerita hantu pasal hape .. tahyul betul! errkkkk !!)



~ keputusan UPSR yang sangat mem'frust' kan ... hohoho ~

Then, cam bangga gile kot masa tuh bila majlis ape tah tu namanya ... tapi dalam majlis tuh untuk penyerahan sijil UPSR ... kira last sekali lah untuk budak darjah 6 ... cikgu minta aku jadi pengacara majlis. Full .. dari awal sampai akhir. Perghhhh .. pada hal ramai lagi kot pengawas yang berkaliber dari aku. Siap dapat pujian lagi dari guru besar... macam pengacara TV 3 ... hahahahaaa ... kanak-kanak kot masa tuh ... kembang setaman la hati time tuh. Tapi ... tak la riak. Cuma rasa ... saya sayang diri saya. hahahahahaha ...

Tu lah kisah - kisah yang seronok masa sekolah rendah. Tak cite lagi ... kisah tergolak kat kebun sayur belakang sekolah masa tengah dating. Maluuuuuuuu siottt. Tah hape2. Kononnya terer main lompat2 tali .... ha kau, sekali tersangkut kat kaki ... jatuh tergolek. Abis kena gelak dengan kawan bek and pak we masa tuh. Tapi control macho punya pasal ... muka toooyaaaa je lahhh ... hahahahaa ..



~ cikgu-cikgu SK Seri Puleh ~
p/s : tapi cikgu-cikgu yang mengajar aku dah ramai pindah dahhh ...;(



By da way .. tu kot al kisah masa zaman sekolah rendah ... cuma masa sekolah rendah ni .. ada sorang mr.secret ni aku memang admire .. lama wooo ... nanti cite ..story sekolah menengah ...??? will be continue r ... hahahahaa ... ( macm lah ada org nak follow kisah ko nih nazura .. poyo je semangat! huh !!!! )

okeh la derr ...
chaw chin chawww ..

wassalam ...

Sunday, May 22, 2011

~ iktibar ... atau sekadar hukum alam ..?? ~

Assalamualaikum ...
Waalaikumussalam ......

Entry kali ini aku tak berapa rasa bagus untuk bergelak ketawa cam org gonjeng .. hoho. Sediakan hati kita untuk bermuhasah ... jangan la asyik nak bermadu kasih tak kira masa... hati mereng duk sibuk melayan benda yang tak de faedah ...adoiiiyaiii ... huhu ... ucapan takziah aku buat mangsa, keluarga mangsa dan yang terlibat sebagai mangsa tanah runtuh di Hulu Langat. Sesungguhnya ujian Allah itu melebihi jangkauan akal manusia. Maka bersabarlah .. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Rasanya tak perlu aku nak story penuh follow da perkembangan kejadian tu satu per satu sebab dah banyak sangat blog atau web site cite pasal tu. Jadi ... ini apa saja yang aku terfikir tentang kejadian itu.





Kat atas tadi, aku baru je cakap tentang sabar kan ...? Sabar ... satu perkataan yang sungguh yang senang nak di ucapkan ... perkataan yang selalu sangat kita sebut untuk orang - orang yang menerima musibah. Tapi sebanyak mana kita mengerti erti sabar itu sendiri ? Aku pun bukanlah fahm sangar erti sabar .. tapi yang aku tahu ... perkataan itu adalah terlalu sukar untuk di aplikasiikan. Sungguh susah. Kita yang kadang-kadang baru sikit je yang jadi pun tak boleh nak sabar ... apa lagi org yang kehilangan mereka yang diorg sayg dalam keadaan yang macam tu. Semoga keluarga mangsa dapat melihat hikmah jangka panjang di atas semua yang berlaku.
( sumpah aku terkejut n rasa cam sedey gila bila dengar berita tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim ini )

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Apabila sesuatu musibah menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, ''Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini." Tetapi katakanlah, ''Allah telah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki- Nya, Dia perbuatkan." Ucapan "kalau- kalau" itu hanyalah membukakan peranan syaitan
. (Riwayat Muslim).



Tapi .. sebagai Muslim, yakinlah bahawa kejadian itu tidaklah berlaku dengan saja-saja. Allah tidak menjadikan suatu kejadian tanpa sebab dan musabab.

So far, aku tak mau bercakap panjang lebar ... bercakap bukan-bukan ( takut nnt jadi merapu .. ) ... nasihat orang macam aku pandai sangat ( terasa cetek ilmu ) ... so, jom kita tengok petikan beberapa hadis dan fiman Allah supaya dari situ kita boleh sama-sama muhasabah diri kita. Sesungguhnya kita ini adalah hamba Allah yang selalu lalai hatinya.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT mahu merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat."

(Surah ar-rum: ayat 41).

Surah Al Hadid ayat 22 :

' tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..'


Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallah 'anhu berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "tidak terjadi hari kiamat sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi...."

(HR. Bukhari, no. 978).


Dalam Musnad Imam Ahmad, ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam duduk-duduk bersama para
sahabatnya, di antaranya Salamah bin Nufail perawi hadis ini, beliau menyebutkan sebuah hadis
yang di antara isinya; "sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan,dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi."


"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana
lagi Maha Mengetahui”'
(Al An'aam:73)

"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)


Sesungguhnya bersama-sama lah kita muhasabah diri kita. Bencana yang berlaku adalah peringatan buat kita yang masih terselamat supaya kita mahu berfikir. Janganlah terlalu lalai dibuai kemanisan dunia sedangkan terlupa bala Allah bakal tiba bila-bila masa. Jangan pula terlalu asyik dengan asmara cinta manusia yang hanya sementara lantas terlupa dengan janji Allah yang pasti akan berlaku. Bersama-sama kita menjaga agama Allah di atas muka Bumi ini supaya kita tidak tergolong di kalangan manusia yang rugi.



Sekian entri kali ini
Semoga kita semua berfikir ..

Wassalam ..;)





Friday, May 20, 2011

~ bila orang kata pawagam tempat haram ... ~

Assalamualaikum ...
Waaalaikumussalam ... hehehee
Sesungguhnya aku telah menyelamatkan mereka yang tak terfikir nak menjawab salam ..
~ ngeee .... ~

Waaaa ... tajuk yang aku tak terfikir before nih, tapi aku jadi macam hott .. n hottest sikit bila bc satu article tuh. Milik siapa artikel tuh ...??? Wallahualam ...

Aku pun tak mau ambik petikan dari artikel tu. Cuma aku nak komen dari persepsi aku ... dari pandangan mata hati aku sendiri.


Dalam artikel tuh .. dia menyindir mereka yang kata pawagam tuh tempat haram. Dia kata orang yang cakap macm tu ... kolot. Dan bila org tu ilmu agama tinggi sikit ... semua nak kata haram. Tu haram ... ni haram. Apa lagi ada yang menyindir Negeri Kelantan tiada pawagam.
Aku yakin .. kaki-kaki pawagam mesti sakit hati kan bila dengar orang kata pawagam tu tempat haram.

Bagi aku ... aku tak rasa nak marah pun .. malah kadang kala ada benarnya dari cakap mereka yang kata pawagam tuh tempat haram. Sebab ...??? Ini sebab dari pendapat aku. Sape nak terima ... sila lah terima. Tak mau terima ... aku tak de paksa okeh.


Pertama :
Aku pernah 2 kali tengok wayang. Sekali dengan member ... sekali lagi dengan kawan kelas untuk buat assignment. Okeh .. untuk dua-dua kali tuh ... aku rasa sungguh sakit hati sebab aku terpaksa solat zohor pukul 3.45 macam tuh ... dan yang kedua ... solat asar pukul 6.40 petang. Memang lepas tuh aku sape-sape ajak aku tengok wayang ... aku akan tolak. Betul waktu solat boleh adjust. Kadang-kadang kita tak tahu berapa jam movie yang kita nak tengok tuh. Kadang2 kita sampai ... beli tiket .. terus masuk. Tak sempat nak solat zohor .. bila habis ... waktu dah nak habis. Bagi orang yang rasa solat is nothing ... mungkin tak rasa apalah kan. Tapi .. bagi aku ... ada logiknya bila ada yang kata pawagam tempat haram ... sebab itu antara tempat yang boleh membuatkan kita terlepas solat. Soo .. tengok la wayang after mid night. Cuma .. bagi aku, waktu malam adalah waktu di rumah. Kecuali keluar yang mendesak.


Kedua :
Kenapa jadi tempat haram ...??? Bila masuk ... keadaan memang gelap. kan ...??? Kalau ko duduk ramai-ramai ... grouping dengan member satu jantina .. fine. it's nothing kot. relaks je kan. Tak nampak mana yang haram pun. Tapi ....cuba dalam keadaan gelap gelita ... yang tak ada siapa yang nampak ... ko duduk dengan couple ko .. duduk dgn gf ke ... bf ke ... sape yang nampak kalau pasanga tuh buat tak senonoh ..??? Dia nak meraba mana tempat diorang nak pun .. tak ada siapa nampak. Kalau lah korang nampak ... korang rasa korang g sound ke diorang ..?? hohoho ... aku story sini sebab aku dengar banyak cerita dah ... Ada couple kata ... ' kitorang tengok movie je kot ... mana de buat pe ...' kalau memang tak buat pe ... alhamdulillah. Tapi kalau rasa nak buat pape ... boleh tak rasanya dengan tempat yang gelap macam tu ? Apa lagi pergi masa time tak de ramai orang ... fikirlah sendiri. Alangkan duduk berdua ( terang ke gelap ) yang ketiga adalah syaitan. Kalau duduk berdua .. dalam keadaan gelap gelita macam tu ...??? Rasanya yang ketiga tuh da king of syaitan kowt. huhuhuu ...



~ berapa ramai ( perempuan ) yang masuk pawagam dan betul menutup aurat ..??? ~


Abis tuh .. banyak bnda la yang ley kata tempat haram. Hotel tuh boleh je kot jadi tempat haram. Habis .. kalau hotel tak de, musafir nak duduk mana? Masjid ...?? Sebab tuh la ... ada masanya ... hotel kena serbu. Jalan masuk hotel berdua laki dengan perempuan ... orang dah akan curiga. Tapi cuba masuk pawagam ... org tenang je. Kau nak masuk pawagam peluk-peluk pun orang diam je. Paling-paling diorang mengutuk dalam hati. Ada diorang panggil badan pencegah maksiat ...? Tak de nya .. Banyak tempat boleh jadi tempat haram. Memang brgantung kepada individu. Macam disko ... tak de apa kot kalau setakat kita duduk situ .. dengar lagu ... minum coca cola ... pastu balik. Tapi yang jadi jahatnya tempat tuh adalah ... apabila kebarangkalian untuk terjadinya maksiat itu tinggi. Sebab tu timbulnya isu haram.




~ jangan beromen .. maknanya tempat tu ada potensi utk beromen ke ..??? ~

Isu Kelantan tak ada pawagam. Itu usaha mereka untuk mengurangkan maksiat. Salah ke ...?? Tak ada pawagam tak boleh tengok movie ke ? Boleh je kan ... CD .. DVD banyak kowt. Cuma kepuasan mungkin tidak sehangat di pawagam kot. Tapi ... mana lebih baik ...??? Usaha kurangkan maksiat atau hanya kepuasan duniawi kita semata-mata ...???
Hmm ... tu lah manusia. Kadang-kadang cakap tak pandang jauh. Mereka kata haram tu .. adalah sebabnya. Sebenarnya mereka memandang jauh lebih jauh dari pandangan kita. Kita cakap pakai nafsu kita ... tapi mereka cakap atas pertimbangan dosa pahala ... dunia akhirat. Kalau agak-agak rasa macam tak setuju sebab macam tak memuaskan keinginan kita .. diam je. Soal agama ... hukum haram dan halal ... jangan suka-suka nak perlekeh. Selidik betul-betul kenapa ada yang kata haram. Adakah haram sebab nak puaskan hati dia sorang ... atau dia cakap haram untuk kemaslahantan umat Islam sejagat. Apa lagi yang cakap tu .. tinggi ilmu agamanya banding kita ... para ulamak ... mereka ada sandaran mereka sendiri. Kita ...? Pegi selak Al-Quran n Hadis bila nak kondem mereka balik.





Apa lagi pulak ada yang sinis sangat kata ...' filem islamik tayang tempat haram ...' sumpah aku rasa cam sakit hati gila dengan manusia tuh. Pada aku ... filem islamik .. dengan para pelakonnya sendiri hanya berlakon macam lah bawa jati diri orang Islam ... hafal skrip semata-mata tapi tak menghayati dan mengaplikasi dalam kehidupan realiti ... pada aku tu sama je cam memperlekeh Islam tuh. Mereka buat filem islamik sebab rating penonton tinggi .. bukan sebab kamu ikhlas lillahitaala mahu memberi pengajaran kepada penonton. Sebab kalau memang itu niat kamu ... sumpah itu bukan kamu dalam hidup sebenar. Jadi ... tak yah backing sangat filem tuh filem islamik .. bagus tu bagus ni .... itu cuma perniagaan. Adakah ISLAM itu boleh di perdagangkan ...???? Inilah gejala AKHIR ZAMAN.






Orang akan kata ...' buat filem islamik salah ... tak buat pun salah ....memang tak penah puas hati ..' yup .. tak salah sebenarnya. Kalau kau nak kata filem tuh bagus ... bagi banyak pengajaran it's ok lah .. tapi tak yah nak sinis sangat cakap cam harem. Macamlah ilmu agama tinggi sangat nak mengutuk orang-orang yang lebih berilmu. Hanya gara-gara suka dengan filem tu .. kutuk orang yang berilmu macam tu. ( niat di hati bukan nak mengutuk filem n pelakon dia sangat ... asalkan ada baiknya still ok... tapi nak bagi org tu sedar sikit. jangan excited sangt dgn cerita tuh .. huh !! ) Huh ... sungguh penuh dengan emosi, kan.

Actually ... memang entry kali ni hati aku sikit panas kot.

Cuma ... aku ada sedikit kot suggestion. Hanya suggestion.

Pertama tentang pawagam. Rasanya tak salah kot kalau tempat duduk dalam pawagam tuh di asingkan lelaki dan perempuan. Kalau nak tutup semua pawagam ... macam tak rasional la kot .. mungkin akan menjejaskan industri filem-filem ( sebab bukan semua filem buruk .. ada gak yang baik ) .. lagi pulak, mungkin orang yang memang kaki wayang ... akan shock. So ... aku tak tawuula aku suggest utk sape ni. Aku suggest kan untuk diri sendiri la kot. Mungkin dengan mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam pawagam boleh mengurangkan sikit kadar maksiat dalam pawagam. Movie pun ... biarlah yang xde unsur maksit n smthing like that ... dan paling penting ... tak buat kita lewat or tertinggal waktu solat. Gila!





Dan suggestion utk filem melayu yang berunsurkan Islamik ... mungkin boleh cari pelakon yang berpada-pada sikit real life dia. Memang dia berlakon pun. Tapi ... macam sakit je mata ... watak dia bawak bukan main baik ... seolah-olah faham Islam .. tapi kenapa dia tak nak hayati Islam tuh sendiri. Kalau dia berlakon bagus ... dia cuma hayati watak .. hayati skrip ... tapi nothing kat hati dia. Kalau dia boleh buat orang muhasabah diri .. kenapa dia tak nak muhasabah diri ...??.So .. untuk pelakon yang dapat offer movie n cerita-cerita islamik begitu ... secara tidak langsung tu adalh jalan Allah beri untuk anda melihat n menilai indahnya Islam. Bergantung kepada anda untuk memilih jalan seterusnya. Ada orang kata ...' kalau real life dia baik .. tak de la nanti adegan romantik ... peluk2 ke hape ...' lihatlah betapa telah dikotori fikiran kita. Suka melihat sesuatu dosa itu terus berleluasa. Think about that.



~ nur kasih ... aku tahu filem ini ada baiknya .. tapi jangan kerana suka sangat dengan filem nih sampai buat kita menghina orang yang lebih berilmu .. ~


So .. sory bagi mereka yang tak puas hati dengan entry aku kali ni. Mungkin menghentam sesiapa ... atau tak kiralah apa saja. Ini adalah pendapat aku semata-mata. Cuma main prpose aku adalah ... aku geram dengan orang yang menyindir mereka yang berilmu hanya untuk kepuasan diri sendiri. Selagi mana kita merasa kita berada di tempat yang benar .. teruskan lah. Mereka berkata untuk kemaslahatan semua. Sesungguhnya apabila Allah menurunkan suatu bala .. Dia tidak pernah memilih orang itu beriman atau tidak. Jadi hati-hatilah. Bila ada antara mereka yang mahu membawa kepada kebaikan .. terimalah. Sesungguhnya mereka lebih baik dari kita yang tak buat apa-apa untuk menjaga Islam.

sila berkunjung ke laman blog ini :

http://amalbahtera.blogspot.com/2009/12/hukum-memasuki-dan-menonton-wayang.html

okehlah ..
panjang sangat aku membebel

Sekian

Wassalam ... ;)



Thursday, May 19, 2011

~ this is not about the moneyyyyyy ...! ~

Assalamualaikumm ...
haiiiiii bebeh ... what's upp ...??!! hee

Masih di dalam mud bercuti ... dan tidak mahu bekerja. Waaa ... tah hape-hape la aku nih. Time ni la nak cari duit ... kumpul duit ... dari duduk diam je kat umah, kan ...??? hohoho ...



~ my rumah ... kecik je ... tak lawa pun mcm umah org lain ... tapi nice di hati kowt ... ~

Orang pun da bising je kat aku sebab tak mau kerja. Kerja .... dapat duit. Tu memang ada dalam otak almost semua orang. Buy da way ... bukan tak mau kerja or cari kerja ... aku da cari kowt. Dah org tak mau ambik aku kerja ... cam mana kan .. kan , kan ....???? hahahaha .. So, kerja aku sekarang adalah sebagai guru tusyen bahasa melayu budak darjah 3, 4 dan 5. Okey kot tuh ... satu jam RM 10. Sebulan dalam RM 100 ... cukup la untuk aku sorang. Bukan pergi mana pun kan ...???? Buat kerja kat umah ... jadi bibik terhormat .... dapat gak duit dari parents aku. huwaaaa hahahahahaa ... ( bertuah punya budak !!! )




~ ala-ala ... cikgu tusyen macam budk sek menengah ... erkkkk ... perasan muda kowt ~
p/s : dari elektrik pegi air cond ... dari air cond pegi bahasa melayu ... gaul sebati otak aku ...
haahahaaaa ...

Kalau nak kerja yang gaji lagi okeh ... ada je. Kedai fotostastat .. kerja sampai pukul 7. Kerja kat kedai topup .. sampai pukul 10 malam. Kerja dekat kedai celcom broadband .. sampai pukul 7 malam. Kerja dekat Guardian sampai pukul 11 malam. Kerja dekat kedai kain ... sampai 10 malam. Kerja dekat kilang Malinja Kebab .... bila buat OT .. sampai pukul 12 malam ... gaji memang tip top. Tapi .... hati aku tetap kata ... this is not about the money okeh ...

Bagi aku ... ini adalah waktu rehat buat aku. Ada macam-macam benda aku nak buat time ni. Time ni adalah waktu untuk aku buat sesuatu yang aku nak buat dah lama ... tapi aku tak boleh nak buat masa tengah busy belajar.

Benda pertama adalah ... menaip cerita yang tah hape-hape. Tak kisahlah nak di terbitkan sebagai novel atau pun tidak ... menaip cerita ... membuat satu novel atau cerpen itu adalah perkara wajib yang perlu aku buat. Almost 2, 3 tahun jugak aku tak sempat nak menaip cerita gara-gara menaip tesis yang comel itu. Hahaahaa ... taip tesis pun jadi buku gak ek ...??? hahahaa ... tapi tak kisahlah. Dan menaip cerita dan kisah-kisah rekaan aku ... maka aku akan banyak belajar suatu benda yang baru. Untuk buat satu kisah mana leh tibai hentam je kan ... kena ada fakta saintifik gak kan ...??? hahahahaa ... so .. that's something yang aku nak buat ... dan aku takkan mampu buat kalau aku bekerja siang sampai malam ... macam cari duit utk bela anak 10 orang. ( padahal anak 4 ekor je pun ...) hahaahahaha ...



~ ala-ala comeyyy anak aku tuh .. sj je nak interframe.. yang lain law profile la plak ~
p/s : nama dia lala ... ada 3 lagi anak-anak yang comey yang selalu teman aku kat umah ...
i stay up pun diorang teman ... setia betul anak-anak i ... heheheee
- okehla kot mak kucing ... dari mak ayam ... ahaksss ... hahahaa -


Benda kedua adalah .... aku sangat rindu untuk duduk dan baca buku-buku yang bukan bidang aku. Walaupun orang kata ... tah hape-hape lah ... tapi memang itu lah benda yang aku nak sangat buat ... tapi aku tak sempat buat sejak beberapa tahun ni. Sumpah memang tak sempat. Buku Alexander Adalah Zulkarnain yang bf aku bagi ms bfday aku tahun lepas pun ... baru habis latihan mengajar hari tu aku sempat baca. Dan ada satu lagi buku yang aku dah aim lepas ni ... iaitu Armegedon 2012. Ayah aku dah beli ... tapi tak nak bukak dulu. Nak surprise sikit. huwaaaahahahahaa ... !!!!!




~ letak lagi sekali la buku comeyy nih ... heee ... ~

Nak story sikit tentang Alexender Adalah Zulkarnain ... aku rasa buku ni memang seronok. Bagi mereka yang minat sejarah. Perkaitan dari pelbagai sumber hinggalah terdapatnya satu kesimpulan yang memungkinkan suatu perkara itu. Isu tentang siapa Socrates ... adakah boleh di simpulkan Socrates sebagai Luqman Al-Hakim seperti dalam Al-Quran. Kita yang blurr tak tahu apa-apa ... pasti spontan kata ...' erkkk ... logik ke..??? mengarutlah! ...' tapi bila baca buku ni ... tengok text-text dari pelbagai sumber ... kita boleh kata ... ' ada logiknya ...'
Soo ... banyaklah membaca dan kita dapat melihat dunia ini hingga ke akar umbinya. Banyak-banyak buku aku dah baca ... buku ni aku boleh sifatkan TERBAIKKK !!!

Untuk itu ... terima kasih kat bf aku sebab hadiahkan buku tuh kat aku .. walaupun aku yang mintak ( sebab dia tak reti pun nak bagi2 hadiah kat awek. kalau nak, mintak. kan aku mintak PSP padan muka ! hahahaha ) Tak kisahlah. Hentam sajaaaa ... Orang couple 2,3 hari .. dapat cincin ... aku couple dah dekat 4 tahun .... hareeemmm ... cincin RM 2 pun tak penah dapat. Cakap nak bagi gelang pun .... hmmmm .... tinggal kenangan je laaaa. Bunga ..? Apatah lagi ... Teddy Bear ...?? Tak yah mimpi laaa ... Tapi ... dengan hadiah buku ni ... aku rasa .. dah cukup untuk gantikan semua tu. Muahahahahahaa ... ni buat i sayang lebey kat u, derr ... hahaahaha



~ ape je la budak tuh buat dengan pokok tuuu ... ~

Dan seterusnya ... dengan tak kerja juga aku rasa ... banyak kot aku boleh buat untuk semua orang. Bila aku ada kat rumah ... semua kerja settle kecuali masak ( i tak confident nak masak tuk org la derr ... ). Cakap je apa .. insyaAllah beres ! Hantar kereta rosak ke bengkel ...?? Settle. Buat semua kerja rumah ...?? Selesai. Pergi pasar ...? Siap ... Pe lagi ...??? Then masuk bulan 7 nanti adik aku yang perempuan yang kononnya cute tu nak buat LI. Before tu banyak bnda dia kena buat. Nak minta tolong sape ...??? aku tahu ... jawapannya aku lah ... hahahahaa ... berbuat baiklah selagi boleh . Sebab kebaikan itu tidak lain hanya mnyenangkan ... bukan memberatkan. hahahaa ...



~ adus, budak yang selalu terasa dia cute ! huh ... ~

Soo ... sebenarnya, banyak benda dalam dunia ni yang tak boleh kita bandingkan dengan duit. Duit itu memang keperluan untuk hidup. Tapi perlu juga ingat ... sesetengah benda tak kan boleh kita dapat dengan duit. Bagi aku ... bukan aku tak perlukan duit. Buat masa ni ... aku perlukan duit ... tapi ia bukan perkara yang terlalu mendesak. Kalau aku tak rasa duit tu penting, aku takkan pernah fikir untuk kerja pun lepas ni. Cukuplah aku rasa cukup bagi aku rasa okey .... dengan banyak benda lain yang aku nak buat aku dapat buat. Jadi ... kedua-dua aku akan berpuas hati untuk aku sendiri. Bila mana tiba waktu untuk aku betul-betul di situasi aku perlu betul-betul mencari duit ... aku bukan manusia yang akan pernah main-main dengan apa yang aku buat. Itu janji aku pada diri aku sendiri.




~ ho yea ho yea ..!!! banyknye duit tapi bukan duit aku ... hahahahaa ~


Jadi ... bagi sesiapa yang kenal diri dia, dia akan bolehh buat keputusan terbaik untuk diri dia. Bukan aku anti orang cari duit. Bukannn .. cuma, bila memang kita mahu cari duit ... cari betul-betul. Buat sungguh-sungguh. Tak kisah sementara atau selamanya ... buatlah sungguh2. Cuma .. entry ini sekadar mahu membuka sedikit fikiran sesiapa yang terlalu memandang duit itu adalah segalanya. Sebab ... ada terlalu banyak perkara yang kita tak boleh dapat dengan duit.

okeh bebeh ...
Wa chawwww dulu der
Wassalam ...;)


Wednesday, May 18, 2011

~ adoyyyyaiii bowling ! ~

Assalamualaikumm ..
hehehe ... what's upp ... bebeh ..???


Adoiii .. bowling lagi. Kali ini berbowling dengan org lain pulak. hahaha ... Tak tawuu story apakah yang menariknya dalam kisah bowling kali ini ... tapi, thanks all ... i'm hapy wif that. Walaupun time ni .. aku sorang je perempuan ... huuuhuuu ... tapi tak kisahlah. Hentam sajalah. I kan always available.. huhu.



~isam tak agak-agak .. kononnya tunggu member pastu dia tinggal aku sikit punya jauh ~
p/s : kalah teruk dengn cara terhormat kot aku.. hahahaa


Cuma before pegi tuh, ahmad hisyamudin tanya ... 'jalil bagi tak ...?' hohoho .. boyfren i yer ..?? dgn boyfren i tak minta izin okeh ... i cuma inform. Mintak izin kat parents kot. hahahaha ... lagi plak i tawuuu encik jalil saari fahm kot siapa kawn - kawn girlfren dia nih.




~ sopian bin robian ~
aku sangt excited nak letk pic dia sebab aku snggh terkejut dia boleh ketawa dan lepak dengn kami sekarang ... heee ... cayalah pian !! hee

p/s : champion 1st game ... - kata tak pandai main derr ... -



~ pian n ahmad hisyamudin ~
p/s : tengok, pian da pandai buat 'peace' sekarang ... hehehee ..



~ ahmad hisyamudin n firdaus ~
p/s : kawan baik yang aku respect dulu, kini n akan datang .. hehee
- marekalah manusia yang aku refer before aku couple dulu ... hahahahaha -




at last .. harussssslah gambar aku sendiri budak kalah main bowling ..!
~ ngeee ... ~
bangga walaupun kalah. hahaha

p/s : oleh sebab aku berlainan jantina, tangkp pic sendiri sudaaa .. jgn dekat2 dgn org kat sebelah sana tuh ... hahahaaa !


hoho .. by da way ... bila tengok2 balik ... ramai gak kan kawan aku. Awat selama nih kata tak de kawan...?? Hai la nazura, tak pandai bersyukur betul kamu ni. hehehee ... mereka - mereka tu semua kawan masa sekolah. Hapy kot dapt spent time together dgn diorang. Rasa macm zamn sekolah - sekolah gitu.


Actually, agak susah kowt aku nak kuar sorg permpuan dgn yang lain lelaki. Cuma bila dgn diorang ni je aku boleh go on. Mungkin diorang dah lama jadi sebahagian hidup aku kowt. Jadi, tak de rasa yang pelik bila keluar melepak dengan diorang.




kat belakang tuh dari kiri : ... firdaus n ahmad hisyamudin
kat depan plak dari kiri : atikah kosnon, aku ( da poyo one ) and zila ... hehee


Especially untuk pian ... sumpah aku terkezzzzzuutt beruk tengok dia sekarang. Dengan dulu kat sekolah tak mau cakp dengan perempuan ... hidup dgn life sendiri ... sekarang dah boleh bersosial. hahhhaha ... nice nice. Nazura like it. Tu lah kan .... manusia pasti berubah dengan masa dan persekitaran. Tapi, harus ingat yer kawan-kawan ... berubah itu ada positif dan negatif. Silalah pandai-pandai memilih yer ...hheheee ..

okeh laaaa ..
waaa chawww
Wassalam .. ;)


Monday, May 16, 2011

~ hapy teacher's day ... ~

~ Assalamualaikum ...~
What up ... semua ..?? heee


16 Mei bila-bila tahun pun ... wish to all of teachers in da world ... ' Hapy teacher's Day ...' Hahahahaa ... excited bagai nak wish teacher's day kan. Harusssla kot .. I kan dah jadi cikgu. Tiba-tiba plak suka ek jadi cikgu. hahahaha ...

By da way ... every years memang tak penah miss wish hapy teacher's day kat cikgu-cikgu lama. Dekat lecturer ley wish hapy teacher's day gak tak ...??? hahahaha ... boley lah. Hentam sajaaaa. hee

So ... to all of my teachers, especially ....

Cikgu Zaharah, Cikgu Rohaidah, Cikgu Faridah, Cikgu Jaafar, Cikgu Masitah, Cikgu Wahid, Cikgu Junaidah, Cikgu Jaheni, Cikgu Roselina Musanib, En.Ramlan Zainal Abidin ( Lecturer UTHM ) ..... Thanks a lot for being my teacher. Love You all soooooooooooooooo much !!





Alhamdulillah ... hubungan aku dengan mereka tidk berhenti hanya di sekolah. Hinggalah hari ni aku insyaAllah bakal benar-benar menjadi guru ... diorang tetap cikgu-cikgu yang da BEST in my life. Actually ... dengan diorang .. aku benar-benar menjadi seseorang yang pelbagai. Macam mana tu ...??? hahaha .. Aku pernah menjadi seorang budak sains tulen, aku pernah juga menjadi seorang budak sastera, pernah juga menjadi seorang budak yang saaaaaaaangat mencintai bidang psikologi dan kaunseling .....menjadi seorang yang mengenali agama aku iaitu ISLAM dan menjadi seorang budak teknikal. How much i can b in da same time ... hahahahaha ... kerana sebab itu aku sangat sayangkan mereka ...

Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang ...

OUR PARENTS IS OUR DA BEST AND DA BEST TEACHER .... DUNIA DAN AKHIRAT.



~ my dad n my mum ... hoho ~
p/s : nasib aku tak letak mak aku pakai sun glasess .. mau kena hentam klau mak aku tawuu .. huwaaaaahahahaa ... nasib mak aku la dpt ank mereng cam aku. hahaha .. gila!

So ... silalah wish Hapy Teacher's Day kepada parents kita. Mereka adalah guru pertama yang kita jumpa ... guru pertama yang bersama kita. Hingga hari ini ... mereka tidak pernah berhenti menjadi guru kita.

Hapy Teacher's Day to my parents ... aku rasa aku sangat berbangga menjadi diri aku hari ni ( suka atilah nak kata aku riak ... bek aku berbangga dgn diri aku daripada aku kata aku sgt tak berbangga dgn diri aku ... huwaaaahahahahahaa ). Semua ini adalah hasil didikan dan gen-gen yang diturunkan oleh parents aku gak. hahhahahaaha ...

Hapy Teacher's Day jugak kat semua kawan-kawan aku ... sebab lebih mengajar aku tentang life. Life is nothing without laugh and cry. Tangisan itu mengajar manusia erti tabah ... dan mencari penyelesaian. Dan ketawa ini mengajar manusia erti berjaga-jaga. Kerana perkara yang paling dekat dengan tawa adalah tangisan. Dan semua itu ... kawan-kawan semua adalah guru paling berkesan mengajar aku tentang life yang sebenar.

Hapy Teacher's Day untuk diri aku sendiri sebab selalu mengajar aku erti sabar ... selalu motivate aku dalam keadaan jatuh ... dan push diri aku untuk terus berjalan setelah aku bangun.



~ aku memang sayang diri aku sendiri ... huwaaahahahaa ~
p/s : rasa rindu pulak masa zamn rempit merempit dulu ... ni aku masa sekolah dulu. Tak de maknanya shawl n ayu bagai ... hahahahaa ..


' seorang guru itu ... bukan saja yang mengajar 1,2, 3 ... bukan saja yang mengajar dari A hingga Z ... bukan saja yang mengenalkan dari Alif sampai Ya ... tapi seorang guru itu adalah sesiapa saja yang pernah memberikan 1001 pengajaran kepada seseorang ... dan guru yang terbaik adalah mereka yang dapat menjadi guru kepada diri sendiri ....' ( pandai-pandai aku je buat falsafah sendiri ... nak ganti Socrates ke hape ....?? ) hahahahaha

okehlaaaaa ...
at last ... hapy teacher's day to all
Wassalam ...
;)


Saturday, May 14, 2011

~ falling in luv ~

~ aishiteru ~

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

~ huhu .. sesungguhnya aku memang falling in luv dengan lagu ini ~

Wednesday, May 11, 2011

~ fearship or frenship ..??? ~

Assalamualaikummm ..

adoiiii .. rasa nak berkata-kata plak di kala pagi hari nih. Bermalas-malasan nak buat kerja ... tapi sangat rajin untuk kerja taip menaip yang tah hape - hape nih. ~ ngeeee ...~
hehehe ...

hari nih mau cite2 pasal persahabatan plak. hahaha ... lama sudaa tak story mory pasal frenship,kan ..?? tapi nape title tuh bagi fearship or frenship ek ..?? hahaha ... saja jaaa bahhh .. frenship is persahabatan ... fearship tuh pe bendaalahnya plak. fear is takut .. sooo ... fearship tu perkataan ciptaan aku kepada ... hubungan yang menakutkan. huwaaaahahahaha ... sungguh pandai-pandai aku merosakkan bahasa.


Adooiiiyaiii ... siapa yang benar-benar faham erti persahabatan tuh ...?? hoho .. cakap senang .. kau sahabat sejati ku ... kau sahabat aku dunia akhirat ... time kawan ... time baik ... ok la cakap cam gitu. cuba gaduh ... cuba kawn tu marah sikit kat kita ... tegur kesalahan kita ...' pegi kau. kau bukan kawan aku lagi ...!! ' ceit, bertuah betul dapat kawan cam gini ...( hahahaha ... emosi nampak ...~ngeeee~ )




Aku suka dengan kata-kata blogger nih tentang persahabatan. Indon mari. hahahha :

Seorang sahabat tidak
akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya,
karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.


http://www.emfajar.net/friends-of-mine/makna-persahabatan



see .. nice kan kata-kata tuh.Persahabatan itu hubungan yang cukup indah sebenarnya. Tapi ... tetap saja ada di antara kita dah menghancurkan indahnya persahabatan itu. ' Seorang sahabat tidak pernah menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan ...' Kita pandang kiri kanan kita. Ada tak di antara mereka yang kita kata sahabat itu menegur kesilapan kita ...?? atau ... mereka mengata kat belakang .. tapi bermanis muka di depan. Kalau itu kita kata sahabat ... salahlah kita untuk selamanya.

Kebanyakan dari kita lebey suka memilih mereka yang sama saja dengan kita. Dari segi sikap, mentaliti n everything. Ini kerana sebenarnya kita sangat takut di tegur. Takut dikritik. Tiada keterbukaan dalam menerima teguran dan kritikan. Justeru .. sehingga kiamatlah kita bawa sikap kita itu. Kalau salah ... salahlah selamanya. Kalau betul ... alhamdulillah.

Satu masa dulu, aku memandang persahabatan adalah satu hubungan yang sangat sangat sangat best. Sangat sangat nice. Tapi everything suddenly change bila aku face banyak sangat trouble wif frenship. Bak kata Lenka ... trouble is a fren. hahahaha ( giler ! ). Then, frenship is to b fearship ( huwaahahahaa .. pandai2 aku jerk )

Tak kisahlah bagaimana makna persahabatan tuh pada kita. Asalkan kita dah berjumpa mereka yang digelar sahabat sejati .. maka, jagalah mereka. Mungkin pernah kita kehilangan sahabat yang benar-benar ikhlas dengan kita di sebabkan oleh kesilapan kita, anggaplah itu satu pengajaran dan tidak akan berulang kembali.



~ boley guna pakai lagi ke madah tu untuk aku ...???? hoho ~

Ramai orang kata bersahabat lebih mudah dari bercouple. Ye ke ....??? Tak tahulah untuk orang lain ... tapi bercouple lebih simple bagi aku dari bersahabat. Tau kenapa ...?? Sebab aku couple dengan lelaki. Nak bersahabat yang close ... kenalah dengan perempuan. Tu la masalahnya. ( ceit ... macam lah aku ni tak perempuan ). Apa lagi bila kita ada istilah 'geng'. Lagi pening kepala nak jaga. Ye lah ... hati sana nak jaga ... hati sini nak jaga. Kadang-kadang ... dalam geng tu bukan semuanya satu kepala. Bukan semuanya sepesen. Lagi-lagi kalau ada yang perangai pelik-pelik. Lagi lah payah.



~ bersahabat dengan kucing lagi seronok sebenarnya ... hahahaha ~

Dalam situasi yang ramai begitu ... satu je pengajaran aku dari kisah aku before nih ... jangan pernah dengar cerita sebelah pihak bila ada di antara kita yang berselisih. Akibatnya buruk sekali. Sebolehnya ... jika kita tidak terlibat dalam perselisihan tersebut ... why dont kita jadi peace maker. Kan tu lebih baik daripada kita tumpangg sekaki bergaduh. Buruk betul perangai cam gitu. Jelas ketidak matangan manusia. Cam budak darjah 1 je gamaknya. hohoho.

Dan bila mana pulak kita pernah lukakan hati sahabat kita ... jangan nak banyak bunyi plak bila sahabat kita tu jadi dingin dengan kita even dia dah kata ' it's ok. semuanya benda lepas...' hati manusia wehh. Lagi plak kalau sahabat kita tu sebenarnya ikhlas dengan kita. Tak pernah sekali pun berkira dengan kita. Selalu bersama kita susah n senang. Selalu juga kita menyakitkan hati dia... tapi dia tak pernah ungkit. Sekali orang seperti ini terluka ... sekian terima kasih lah. Apa lagi kalau apa yang kita dah terlepas lakukan tu ... terlalu amat sakit dia lalui. Once they hurt ... there's no point to trust u anymore. Orang seperti ini beri kepercayaan pada kita sekali saja.

Kita plak sebagai kawan ... janganlah nak mengada-ngada sangat. Kerja nak terasa je 24 jam. Buruk sungguh. Sikit-sikit terasa. sikit-sikit kecik ati. adoooiiiiii .. rimas der ! Merajuk minta pujuk. Selagi tak pujuk ... tarik muka. Waaaa .. ingat muka tuh cantik sangat ke ..??! Ingat kawan kita tu bf kita ke ... adoiii pleaseeeeee laaa. hohoho ..( emosi gile mangkuk nih ...)

Lagi lagi nak cemburu. ish3x. Ni satu lagi masalah bila berkawan. Cemburu bila sahaabt kita keluar dengan kawan yang lain. Bercerita dengan kawan yang lain. hohoho ... tak sessssuaiii laaa. Keluar sikit dari kepompong. Dunia ni hanya untuk kita dan sahabat kita je keee ..?? huwaaahahahaaa



~ ala ala ... comeynya kucing tuh .. mawuu kawan dgn burung plak yerrr sayang ..?? hehe ~


Actually ... banyak benda yang perlu kita care dalam persahabatan. Cuma kadang kala terlepas ... janganlah emosi sangat. Kalau kena sembur sebab buat salah ... redha je la. Dah memang kita salah. Nasib kawan kita yang sembur ... kalau org yang lebih tinggi taraf dia ... cikgu kita ke ... pensyarah kita ke ... majikan kita ke ... tak ke lagi maluu tu. Ego besar tu namanya bila salah tapi tak leh kena tegur or marah. Nak nangis ke hape ... buatlah. Adatla kena marah.Tapi tak yah nak simpan lama-lama dalam hati. dush dush !!!

Macam-macam ada dalam persahabatan nih. Ikutkan hati yang sedang kuciwaaaaa nih ... there's no frenship in this world. Tapi tak boleh plak, kannnn .... bukan semua org sama. Kita bukan sama macm mreka yang mengkhianati keikhlasan kita ... jadi, tentu ada org lain yang macam kita. Cuma mungkin kita belum jumpa kowtttt ..( pesanan buat mereka yang frust bersahabat ... hahaha )

Bagi aku ... walaupun aku kata tak boleh memandang semua org pada sisi yang sama ... frenship is a fearship. Sumpah takut untuk kecewa lagi. Apa yang cukup mengecewakan ...?? hahaha ... ditinggalkan tanpa alasan ... aku masih boley terima mereka lagi. Burukkan aku di belakang aku ... pastu minta maaf... tu pun aku still leh ok lagi. Tapi ... ikut sama masukkan aku dalam 'penjara' tanpa dengar penjelasn aku ... hukum aku tanpa kesalahan yang jelas ... lepas tu datang minta maaf, aku tak tahu aku boleh terima lagi atau tidak. ( waaa .. kecewa giler nampaknya nazura ..) hahahahaha.




~ sesungguhnya aku tidak mencari sahabat yang sentiasa bersama aku sepanjang masa tapi seorang yang tahu menghargai aku sebagai seorang sahabat dalam hidup mereka ...~


So far ... untuk yang sedang indah bersahabat ... jagalah ukhwah yang Allah anugerahkan itu. Bagi yang masih mencari ... teruskan mencari. Mencari sahabt tak jauh beza macam mencari pasangan hidup. Aku mencari ...??? hoho ... tidak kowt. Aku tak mahu mencari sebab aku tak nak menambah yang sedia ada. Makin di cari ... kan tah hape-hape yang datang. Huwaaahahahahaa ..

ok lahh ... waaa chawww
Wassalam ..