Wednesday, June 29, 2011

~ segalanya tentang sahabat ~



Assalamualaikum ..
pe khabar kah semua ..??

Pagi ni .. aku just nak sharing-sharing tentang sahabat. Walaupun aku tak berapa ada ramai sahabat, tapi tips ini bagus untuk mereka yang masih mempunyai ramai sahabat. hehehehe

Tips nih aku dapat dari buku 'Falsafah Hidup' tulisan Prof.Dr.Hamka. Biasakan dengan Prof.Dr.Hamka ...?? Bagus, bagussss ... hehehee

Dalam buku tuh muka surat 452 adalah ditulis bahawa persahabatan itu adalah perkahwinan roh dan fikiran.
Maka, tips bersahabat yang diberi adalah :

  1. Jangan ada maksud yang tidak jujur
  2. Hendaklah di streng kepada kita pada waktunya, tidak mengambil-ambil muka. bersikap terus terang, bukan mengia-iakan perbuatan kita, pada hal nyata salah.Sanggup menyalahkan pekerjaan kita yang salah, walaupun pahit bagi kita menerima.
  3. Kalau perlu, dia suka berkorban untuk kita pada waktunya, sebagaimana kesanggupan kita berkorban pada waktunya pula. Jangan menerima sahaja, harus sanggup memberi.
  4. Tahan hatinya melihat perangai kita yang kerapkali berubah-ubah dan tabiat buruk yang ada tiap -tiap orang, sehingga tidak segera dia naik darah melihat keburukan itu. Bahkan dia sabar. Kelak, apabila datang angin baik, suka dia menunjukkan kesalahan kita itu dengan laku yang patut.
  5. Dia terus terang dengan kita, tidak pernah berbohong walaupun dengan berdusta itu menurut pertimbangannya dapat memelihara hati kita.
  6. Dihormatinya rumahtangga kita.
  7. Hendaklah lebih utama budinya dan kita, luas akalnya mulia tujuannya. Sehingga di bawanya kita ke atas, bukan dijatuhkannya ke bawah.
  8. Kalau perlu, dia sanggup mengorbankan apa saja dan mahal buat kita.
  9. Dipersetujukan jalan fikirannya dengan jalan fikiran kita.
  10. Rahsia kita disimpannya, tidak diumpat di belakang kita, zahir dan batinnya sama rata di dalam perkara berhubung dengan kita ..

Payah kan nak mencari sahabat sekarang. Boleh jumpa sahabat yang macam tu ..?? hmm .. tak yah mmpi lah kalau kita tak berusaha untuk jadi sahabat yang begitu.

Okeh, yang ni plak ... dari Sayidina Umar bin Khathab tentang petanda untuk meneguhkan persahabatan :

  1. Kalau dia berbuat suatu kesalahan kepadamu dengan mendurhakai Allah, balaslah dengan jalan taat kepada Allah.
  2. Letakkanlah pekerjaan kawan itu di tempat baik sampai datang bukti yang cukup atas yang sebenarnya.
  3. Jangan lekas menyangka salah terhadap perkataan seseorang pada hal masih ada jalan lain untuk membawanya kepada erti yang baik
  4. Siapakah tegak di tempat tuduhan, jangan marah jika orang bersangka jahat kepadanya
  5. Selama masih teguh memegang rahsia, selama itu pula masih terpegang kebaikan di tangan
  6. Carilah sahabat yang jujur.
  7. Jujurlah. Walaupun kejujuran itu membunuh mu
  8. Jangan suka mengorek-ngorek perkara yang bukan perkara mu
  9. Jangan di tanya barang yang tidak ada. Lantaran sebab di tanya, barang yang tidak ada menjadi ada.
  10. Jangan meminta tolong menyampaikan hajatmu kepada orang yang tidak suka maksudmu
  11. Jangan berkawan dengan orang durjana, sebab berkawan dengan mereka mengajar engkau kenal pada kedurhakaan.
  12. Jauhi musuh mu
  13. Hendaklah awas kepada seseorang, sebelum dipercayai benar
  14. Tidak ada kawan yang boleh dipercayai, kalau dia tidak takut kepada Allah
  15. Hati-hatilah mengucapkan perkataan
  16. Teguhkan hati menjauhi maksiat.

Dari Abu Hatim, beliau berfatwa :

'... orang yang bijaksana, tidaklah mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya, kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya dan pada waktu mudanya hidup bergaul dengan orang-orang yang shalih. Barangsiapa melalaikan percintaan sahabatnya, tidaklah dia merasai buah persaudaraan orang itu. Barangsiapa memutuskan persaudaraan lantaran "takut kena", hiduplah dia tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan melebihi putus persahabatan ..'


Kata Hikmah tentang Persahabatan

  1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kebebasan kita. Banyak perkara yang tidak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun, tapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan
  2. Supaya beroleh sahabat, hendaklah diri sendiri cukup buat disahabati orang
  3. Sahabatmu suka kepada mu, tapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu sahabatmu
  4. Kesenangan hidup memperbanyak teman, tapi bukti persahabatan yang setia pada waktu kesukaran
  5. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan perkenankan permintaannya sebelum di minta.
  6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat orang seorang
  7. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang, kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.
  8. Jika engkau memberi sesuatu kepada sesuatu kepada sahabatmu, bererti memberikan kepada dirimu sendiri
  9. Pengubat jerih manusia adalah dua. Pertama : Iman kepada Allah. Kedua : Percaya kepada sahabat
  10. Bila orang yang merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang ceria yang sanggup membuka matanya.
  11. Kalau sahabatmu telah banyak menyelidiki keadaan engkau, bukanlah buat diampunya
  12. Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan
  13. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan, alamat umur mu telah lepas dari zaman bercinta ..

okeh ..

wassalam .. ;)



Tuesday, June 21, 2011

~ macam-macam jadi .. ~

Assalamualaikum ..
hehehee ... apa khabar kah semua yang membaca ..??

hmmm .. lama betul tak up date blog nih kan. Tak pe lah .. bukan ada yang kisah pun kan, kan , kan .... hehehe. by da way .. masih tak de mud nak menyambung kisah2 lalu aku. Tak tahu lah kenapa. Tapi di sebbkan ke'busy'an yang melanda membuatkan aku sangat malas dan lemah gemalai nak mengupdate blog. hehehehee

Macam-macam aku buat beberapa minggu ni. Pertama, start buat tusyen yang baru. Merayau pergi KL. Keluar makan dengan cikgu-cikgu SMVBP. Kereta tak mau hidup. Aduhhh ... mcm2.

Tusyen yang BEST

Ha, start bape hari bulan tah aku mula tusyen. Pertama tusyen di Pusat Tusyen Minda Pragmatik. Alaa ... mengajar Bahasa Melayu budak sekolah rendah je. Ok je ... small da matter.






~ kat atas tu semua student tusyen aku kat Pusat Tusyen Minda Pragmatik subjek Bahasa Melayu .. ~ -atas sekali darjah 3, pastu darjah 5 then bawah sekali darjah 4 -

Then, aku start buat tusyen aku sendiri. Buat untuk anak-anak orang kampung. Tusyen Sains & Math sekolah rendah dan Math sekolah form 1 sampai form 3. Aku ambik tak ramai, sebab tnanti tak fokus. Bayaran pun, memang tak mahal. Memandangkan tempat pun tak sewa, soo ... kecik2 je la aku minta payment. heheheee ... suasana mengajar, memang seronok. Budak-budak sekolah rendah lah paling happening. Lucu and comel2 semuanya. hahhahaha.





~ kat atas ni plak ... student kelas tusyen aku yang Sains & Math sekolah rendah ~



~ ini student math sekolah menengah ... heee ~

hahaha .. aku pun tak faham macam manalah aku boleh jadi cikgu lagi. Selalu je cakap tak mau jadi cikgu. Tak suka jadi cikgu.Tak reti jadi cikgu ... senang kata ... 'oh no!!!' pada kerja sebagai guru. Hahaa .. tapi, bila mengajar tusyen ni ... aku willing jadi guru. Tak ada siapa pun paksa. Tak ada siapa pun yang suruh. Mula-mula tuh ... memang agak mementingkan payment. Tapi bila dah mula mengajar .. aku tak fikir sangat pun tentang payment. Yang penting .. aku dapat sampaikan ilmu yang aku ada .. dan harap mereka boleh gunakan ilmu yang aku sampaikan tuh. Ada dua orang adik beradik nih ... memang anak orang susah. Jadi, aku tak minta payment pun untuk diorang. Since tempat yang aku guna tuh adalah sekolah tadika tempat mak budak-budak tuh mengajar, aku cuma kata ... cukuplah aku buat tusyen di situ tanpa apa-apa payment. Lagi plak, yang salah seorang adik beradik tuh nak ambil PMR. Budak tuh pandai sebenarnya. Aku boleh detect dia cepat ke lambat. So ... aku cuma harap ... dengan ilmu yang aku bagi .. buku-buku yang aku bagi kat dia ... boleh bantu dia untuk PMR. Bagi dia lebih semangat.!! Chaaaayokkk .. keh3x.

Dalam kelas ni plak .. aku suh diorang panggil aku Kak Nazura .. kadang-kadang terpanggil cikgu gak. Kenapa aku suh panggil Kak Nazura ? sebab aku tak suka gap. Kelas tuh bukan kelas formal. Aku nak diorang mesra dengan aku. Nak diorang tak sembunyi atau takut-takut dengan aku. Bila aku ada salah ... diorang akan terus cakap. Itu benda yang aku nak. Tapi kalau formal kat sekolah .. tu lainlah kisahnya kan ...hehehehe


Merayau pergi KL.

Tang ni, memang menarik. Bukan sebab best sangat pegi KL. Tapi .. adalah peristiwa yang tak akan di lupakan. hahahaa ... Niat asal nak teman adik aku balik poli dia kejap. Tapi sebab lecturer dia emergency tak ada, so .. jalan-jalan je la. Naik bas dari BP pukul 8.30 pagi. Sampai TBS pukul 11.30 lebih kurang. Then, naik train turun Mid Valley. Owhhhhh ... buhhhhsannya Mid Valley. Tak menarik hati ku. Menariknya makan tat telur and tat blueberry yang sedap dan mahal je. Pusing-pusing .. dah buhsan, amik train turun kat Bank Negara. Hoho ... Sogo lah pe lagi.



~ muka kesejukan dalam bas pergi KL ~
- buat muka suci macam tuh lagi .. padan muka kena tipu .. huh!!!! -


Jeng-jeng-jeng ... keluar je train ingat nak pergi solat dulu. Then ... kena tahan dengan mamat badigol + setan toncit ( sebb lelaki ni memg bertoncit cam jin .. sekian ) .. tah apa benda alah dia cakap ... sokonglah orang melayu .. tu lah ini lah ... minta jadi member MFC ( kononnya singkatan tuk .... Malay Fan Club ) dan untuk pertama kalinya aku tertipu dengan bnda yang macam tu. Aku rugi RM 30. Itu pun sebab dia pun kena tipu dengan aku. Aku kata duit aku tinggal RM 100 je. Mula-mula dia minta RM 100 tapi ... aku kata, mana boleh. Kalau ikut plan asal aku ... nak bg RM 10 je kat dia. Tapi adik aku yang malang + tak reti menipu langsung ... dia rugi RM 100. Penipu nak menipu kaki penipu .. hmm ... takla rugi sangat. Tapi bila penipu menipu budk extra jujur ... hmm ... tak ley kata apa lah. Sebab diorang asing aku n adik aku ... that why aku tak dapt nak back up adik aku. Macam hawauuuuuu la lu mamat. Aku doakan ... hidup kalian 'diberkati' dunia akhirat. Allah itu Maha Melihat. Tapi .. aku pujuk hati n adik aku ... aku kata ... kalau duit tu memang bukan kita punya, Allah akan tarik macam mana cara pun. Dan .. ini adalah pengajaran buat kami. Bagi aku ... itulah pertama ... dan terakhir. Tapi .. tak leh blahhh ... ramai dah yang buat payment. Sampai RM 200 pun ada. Ish!!!! Orang Melayu suka menindas Orang Melayu sendiri. Sampai bila Melayu nak maju. Harap kalian bakal jadi manusia paling mundur di atas muka bumi ini. Sekian, terima kasih.

Okeh ... habis kisah tu. Kami shopping-shopping di Sogo. Adik aku dapat wedges yang aku cari berbulan-bulan. hahahaaa .. tapi, tak kisahlah. Aku da dapat wedges kesayangan. hahahaa .. pastu pergi jalan TAR pulak. Aku ingat adik aku tahu lah mana jalan TAR ... rupanya ... aku yang dari kampung ni jugak yang cari. hahahahaaa ... nak buat macam mn ... antara kelebihan aku lah cari jalan ni. Sebab aku senang imagine posisi bangunan tuh. Lagi pun aku pernah pergi sekali dulu. So, masih ingatla sikit-sikit. Kat jalan TAR beli kain baju kurung yang 3 pasang RM 50. Tu untuk mak aku lah. Dapat kemeja .. 2 helai RM 50 ... ni ... sharing2 dengan adik aku. Lepas tu ... terpandanglah shawl yang tersangt comel di mata kami. Harga asal RM 28 ... pastu pujuk punya pujuk si pakistan tuh ... dapatlah RM 20. hahahahaa ... pastu pilih brouch plak ... banyak betul aku beli. Sampai RM 20. Memang selamatlah duit aku di sana.



~ ayoyo .. shawl baru ... nak jugak melaram masuk sini .. hahahaha ~

Tapi, adik aku still frust sebab tak dapat Baju Kurung yang dia aim ... dengan seluar untuk LI nanti. Hmm ... sape jugak yang suh taste tinggi sangat. Nak baju yang sampai dekat 200. Manalah nak mampu. ( mampu je rasanya .. duit dia tebal lagi even dah 'sedekah' kat penipu dua ekor tuh ... hahhahaha ) Pastu ... kami dah penat n tak larat kami nak balik. Lalu balik kat Sogo tuh ... pastu adik aku nak tukar kasut. Nak pakai wedges 3 inci dia tuh. Wahhh ... nak melaram nampak. Tapi ... dia tuh tak pernah pakai hill ... jalan sikit sakit kaki. So, dari Sogo sampai train .. aku yang kena pakai wedges dia tuh. Sengal gak kaki. Huh!!! Masa tunggu train ... aku tanya adik aku ...' cuba ko bayangkan ... masa nak masuk, wedges ko nih tanggal pastu tertinggal kat lubang bawah tuh ...' kahakahkah kahakah ... then train sampai. Pulak. Betul-betul tercabut tali wedges tuh dari kaki aku. Aku dengan sungguh hati2 jalan masuk train. Dah lah padat. Nasib masih ok lagi masa aku masuk tuh.

Sampai TBS dalam kul 6.00 petang. Huh ... lepas azab. Train yang padat dan sesak. Then, beli tket balik kul 7.00 malam. Ok lah ... tapi yang tak bagusnya ... demam aku da makin worst. Badan da mula panas ... perut rasa tak best ... tekak rasa pahit. Memang tak makan pun dari tadi tuh. Masa bas stop kejap ... makan pau sekejap ...ok lah sikit. Sampailah BP dalam kul 10.30 kot. Dan sampai umah .... lega !!!!!

Keluar Makan dengan Cikgu SMVBP

Haaa ... ni pulak. Tiba-tiba dapat mesej dari Fakhrul, cikgu ko-ko SMVBP ajak makan di Crystal Inn. Kononnya jamuan makan untuk bekas guru pelatih SMVBP 2011 lah. Bunyi macam formal. Tapi ... duk makan sembang-sembang je. Memang sampoii lah. Time tuh ada Pengetua, GPK Ko-ko Cikgu Omar, Setiausaha Sukan Cikgu Zaim, Cikgu Kamalia a.k.a Kak Kama .. and Cik Ma. Guru pelatih ... aku dengan Fakhrul je yang ada. Yang lain tak dapat di kesan. Ceehhhhh ... hahahahaa . Ada je .. cuma masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. hehehee ... By da way .. thanks ya cikgu-cikgu sekalian ... belanja kami. hehehe ...



~ lagi sekali nak masuk ... tak kira ... nak masuk gak .. hahaha ... ~




~ fakhrul dengan cikgu Kama .. ~



~ Cikgu Omar & Cikgu Zaim ~
- syok betul diorang story mory ... aku dengar je laaaaa ... suka dengar .. hahahaha ~

Hoho .. tak de gambar pengetua and Cik Ma sebab diorang duduk sebelah aku. Gambar-gambar ni pun aku curi-curi snap. keh3x.


Kereta Tak mau Hidup Plak ...

Hahahaha ... macam-macam bila pkai kereta lama kan. Banyak benda nak rosak ... banyak benda nak kena ganti. Kali ni ... bateri kereta plak kering air. hahhaha .. bukan kerja aku. Kerja kakak aku. keh3x. Walaupun kerja kakak aku buat air bateri sampai kering kontang .. tapi aku yang kena settle everything. huhuhu .. memang kerja aku lah tu ... kereta rosak ... usaha lah macam mana sampai elok.

Letih .... memang letih. Dari pagi sampai ke petang kerja kan kereta punya pasal. Ingat nak buat sendiri ... hmm ... tapi .. tak boleh jugak sebab bateri kereta memang dah rosak .. huhuhu. Even dah hantar charge .. tapi still tak masuk. Jadi terpaksalah tukar bateri lain. Tambah tukar belting yang dah koyak-koyak. hahahhaaaa ..



~ tengok tuh .. hilang dah bateri aku bawak lari ... kah3x ... ~

By da way ... ada untugnya pakai kereta lama ni even rosak-rosak. Penat ... pening kepala semua ada bila pakai kereta tua nih. Tapi, bagi aku yang baru-baru dengan kereta .. ye lah .. belum ada 5 tahun kowt pakai kereta ... pengalaman rosak ... berhenti tepi jalan tuh sebenarnya banyak betul gunanya. Sekurang-kurangnya aku tak lah di kategorikan sebagai perempuan yang cuma tahu bawak kereta je. Tapi tahu lah jugak sikit-sikit tentang kereta.





~ taraaaaaa ... kereta kesayangan !!! ... heee ... ~

Kalau setakat check air radiator, dalam tank lagi satu tu, check minyak enjin, air bateri ... kereta tak hidup sebab starter tak function, tak hidup sebab bateri wick, kereta tak ok sebab minyak enjin kering ... air dalam radiator kering .. pe jadi bila minyak enjin kering ... sebab lampu handbreak menyala all da time, lampu reverse still tak menyala even dah tukar mentol ... tu semua, aku dah faham. Ada pulak satu bengkel kereta nih .. memang dah rapat sangat. Dengan pak cik makanik tuh .. cik Kamal ... memang kamcing. Selalu gurau-gurau. Kalau kereta berhenti tepi jalan .. besanya memang aku terus call dia lah. Tu kalau stop kat parit raja lah. hahahaha .. nanti dia akan hantar Abg Din ( pekerja dia ). Dengan abang Din pun sporrrting gilee..banyak aku tanya tu ini dengan dia. Banyak jugaklah aku belajar dengan dia. hahahahaaa..





~ yang nih kereta ayah aku ... sejak ada kereta nih .. kereta yang putih tuh dah macam hak milik aku dah ... hahahahaha ... ~
- tapi kalau aku rasa nak bawak yang nih ... pun aku bawak je ... best kowt buat berlumba ... kah3x... mantap sikit sebab berat . Paling laju aku penah cecah meter 140 lebih sikit kat highway. hahahaha Dating pun selalu guna kereta nih .. hahahaa -


hahaaha .. even kereta aku nih kereta tua .. buruk lagi ... tapi memang saaaaaaaaaaaaayang giler dengan kereta nih. Dulu pernah terdengar-dengar ayah aku kata nak jual kereta tuh ... tukar kereta lain. Hohoho ... memang aku menangislah kan. Tak tahu lah nape hati aku touching sangat. hahahaha ... yelaaaa .. kereta nih banyak berjasa kot. Inilah kereta aku pergi dating ... boleh bawa buah sawit bertandan-tandan ... boleh bawak mesin basuh ... boleh bawak barang org pindah .. boleh bawak almari buku yang gile berat tuh masa family aku pindah dulu ... memang banyak berjasalah ini kereta. Jadi aku extra saaaaaaaaayang kat dia. hahahahahaa ..



~ nih enjin dia ... gile complicated ... tak ley nak faham .. tapi setakat tempat minyak enjin, tempat isi air, belting dengan bateri .. masih boleh tahu la yang mana ... hahahaha .. tapi bila rosak, maintenance dia harga berganda-ganda dari kereta lama aku tuh walaupun nih pun kereta lama gak ... huhuhu ~

Soo .. bagi perempuan-perempuan yang dah boleh drive tuh ... banyaklah belajar tentang maintenance kereta plak. Penting tuh. Tapi jangan marah ya perempuan ... sebab aku selalu mengutuk perempuan bawak kereta. huhuhu .. certain-certain perempuan lah. Ye lah ... kadang-kadang tuh drive punyalah lembap ... duduk tengah-tengah. Nak masuk simpang .. punya lah lembap .. sampai kereta belakang terpaksa berhenti... pastu bila jalan sempit sikit .. muka cam nak marah plak ... adoiiii .. kereta kancil je kot ... kereta Honda Accord yang baru tuh lalu relaks je .. erkkkk ...!!!! Aku bukan nak belagak tauu .. tapi .. tu ingatan kepada perempuan. Take da challenge. Ramai orang mengata perempuan itu ini ... so, jadi kan diri kita perempuan yang jauh dari semua tu. Bila atas jalan ... be confident. Orang boleh nampak kita confident ke tak. Jadi lah perempuan yang energetic .. bukan yang tu tak tau .. ni tak tahu .. bila tak tahuuu .. perlu belajar. Perlu cepat ambik tahu. Jom sama-sama kita yang perempuan berubah!!

Oklah ...
Sampai sini je cerita ..
Waaa chaww
Wassalammm ... ;)


Saturday, June 11, 2011

~ aku bukan anti-duit okeh ... ~

Assalamualaikum ...
wat up semua
hari ni tak nak sambung kisah dulu tuh.
nak story benda lain ..

Okeh, actually .. tadi aku baru jumpa dengan org yang aku dah tercari-cari sejak habis matrik. Bukanlah jumpa face to face .. cuma aku dapat tengok prkembangn dia je. Tu pun cuma sampai 2009. lepas tuh dia lesap entah mn ... tak minat nak tahu. hahahahaha ..

Aku jumpa blog dia. Dan blog dia cerita tentang life dia yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat passion dengan duit dan dia bgtahu betapa borosnya life dia. Wat ever lah. Cuma dalam hati aku terdetik ... alhamdulillah .. aku tak pernah jatuh hati dengan dia sebab aku hampir jatuh hati dengan dia dulu.

okeh ... tentang tajuk di atas. All about Money okeh. Aku pernah remove sorang fren dari frenlist fb aku sebab dia terlalu taksub dengan duit. Keje dia ... upload gambar susun duit bertimbun-timbun ... baring atas katil ... tabur duit atas badan ... apsal ko tak nak baring atas kubur then tabur duit??? Sebab ko cuma ingat duit itu untuk dunia .. tapi ko tak pernah nak sediakan duit untuk saham ke akhirat. is it true, right ...???



Ramai gak la orang yang bercakap dengan aku ... cakap tentang duit .. then espect aku anti-duit. Is it not me. Tak payah kot nak ceramah aku cakap tentang duit. Semua orang tahu kepentingan duit di zaman sekarang ni. Keterdesakan duit itu kadang-kadang kala menyebabkan individu salah tingkah ... dari blog kawan aku ... dia kata .. yang kaya bertambah kaya .. yang miskin bertambah miskin. Tapi adakah si kaya pernah terfikir ... yang miskin itu adalah tanggungjawab dia ...?? Sila sediakan jawapan kat akhirat nanti ya. Duit tu dia punya ke ...?? Berbalik kepada iman. Duit itu milik Allah. Allah bagi pinjam kejap je la. Janganla nak belagak sangat cakap orang miskin tak de effort nak mengubah life dia.

Duit itu penting .. tapi jangan terlalu dipentingkan. Duit itu perlu jadi hamba kita, bukan kita jadi hamba duit. Kekayaan itu di tuntut juga ... tapi jangan terlalu dibanggakan. Ingatlah ... orang yang miskin dengan keimanan dia pada Allah .. disertakan sikap sabar setelah keras berusaha .. lebih dulu masuk syurga berbanding u yang kaya .. tapi tak ingat akhirat. Dunia kejap je. Tak yah nak excited sangat.

Kita selalu terfikir nak jadi kaya. Banyak duit. Boleh beli itu ini. Tapi pernah tak kita terfikir .. semakin banyak duit kita .. semakin banyak tanggungjawab kita. Ingat tak janji kita .... hidup dan mati hanya untuk Allah. Segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan kita jadikan sebagai ibadah. Di akhirat nanti .. akan ditanya .. ke mana kita gunakan duit untuk agama Allah ..?? adakah dengan hanya bersedekah di rumah anak yatim dapat memperkukuh agama Allah di atas muka bumi ini ..??? fikirkan sesuatu. Sedekah memang bagus. Sangat bagus. Tapi hendak kita tanya hati kita ... sejauh mana kita ikhlas bersedekah...?? Untuk semua itu .. berhati-hatilah dengan duit. Ia boleh membawa kita kepada syurga .. tapi tergelincir sikit ... ia lebih mudah membawa kita ke neraka.





Siapa pula kata kaya tak bagus. Bagus .. apa lagi bila kaya, kita gunakan duit itu betul di atas jalan Allah ... kita bantu orang-orang miskin. Kita perlukan orang islam yang kaya .. yang berharta untuk buktikan Islam itu tidak pernah membenci kekayaan. Malah .. kekayaan yang di tuntut oleh Islam itu lebih berkat. Dengan zakat .. sedekah ... semua itu yakinlah. Rezeki dari Allah untuk sama-sama dinikmati oleh mereka yang kurang bernasib baik. Tapi .. nak kaya tu kaya lah .. kaya dengan usaha yang keras. Kaya dengan kau tahu erti kesusahan. Kaya dengan kau pernah melalui jatuh dan bangun. Kaya dengan kau tak tidur malam. Kerana dengan kaya yang sebegitu membuatkan kita seorang yang kuat. Membuatkan kita seorang yang begitu menghargai rezeki. Membuatkan kita tidak pernah lupa rezeki itu dari Allah. Membuatkan kita ... seorang yang tahu maknanya bersederhana.

Sama ada terima ke tak ... tak tawuu lah. Tapi itulah aku. Adakah aku pasrah je .. bakal bergelar pekerja makan gaji ...??? ayah aku pekerja makan gaji. perlu ke aku nak memandang rendah pada pekerja makan gaji sedangkan selama hari ini aku hidup dengan hasil duit makan gaji ayah aku. Tak lah besar. Tapi rezeki itu milik Allah .. selagi yakin berkat itu ada .. rezeki itu ada di mana-mana. Adakah aku nak kata .. cukuplah gaji RM 2000 lebih ...

Ingatlah ... siapa pun menuntut wang yang besar. Tapi .. muhasabah diri kembali. Niat untuk dapat duit itu. Jika untuk mencukupkan keperluan dunia .. sampai mati pun tak kan cukup. Tapi jika jalan mendapatkan duit yang besar itu ... penuh dengan keberkatan .. penuh dengan kebajikan ... tidak ada erti tidak cukup ... melainkan syukur. Belajarlah hidup dalam kesederhanaan bukan berbangga hidup dengan keborosan. Itu adalah jalan paling mudah syaitan menyesatkan manusia.

sekian saja, wassalam ...



Tuesday, June 7, 2011

~ aku & masa lalu .. ( volume 5 ) ~


Assalamualaikumm ..
wakakaka ...
lagi tentang masa-masa lalu .. heee

Kisah yang ni aku baru teringat malam tadi. Setelah berbalas comment dengan Cik Liana Azua di fb tentang masa kami di sekolah. By da way ... ada satu kisah yang aku rasa macam nak berguling-guling gelak bila ingat semula. hahahaaha ...

Ini kisah aku kerja. Kerja main-main je. Kerja masa lepas SPM. Cikgu aku .. GPK Kanan SMK Tun Ismail masa tu, Cikgu Jaheni. Cikgu ni spooorrrrrrtiiiinggg giler. Memang baik .. sangat nice bagi aku. Cuma ada lah certain things tuh dia tu tak 'ok'. Dengan cikgu nih .. aku ingat masa form 2. Dia ajar aku geografi. Benda yang paling suka bagi kerja adalah lukis peta ... adoiiiiyaiiii ... dah bagi peta tuh .. nak kalor2 plak tuh. Nanti kalau tak kalor dia cakap ....' ko suka kalaua tengok TV hitam putih je ...??? ' hahahahaa




~ cikgu jaheni versi tak tua sangat time nih .. hahaha ...~


One day tuh aku memang tak kalor. Aku ingat dah nak PMR dia tak la check beriya. Then ... dia tengok peta aku ... naik rotan dia kat kepala aku. Tapi tak kiat laaa ... ala-ala manja gitu. hahahahaha ... pastu dia tanya ...
' yang ko nih apsal tak kalor ...' aku dengan penuh rasa lawyer buruk pun jawab ...' tak de kalor cikgu ...' dia tanya lagi ...' ko tak mampu ea nak beli ...?' ...' a'ah .. tak mampu nak beli ...' perghhhh ... dia dengan gelak-gelak lalu berkata ...' budak-budak semua ...' announce satu kelas tuh gila! malu cam hapeee!!! semua pandang derr ...
' korang petang ni .. ko datang komplek penghulu .. rumah anak wak nasir ... ko sedekahkan kalor-kalor yang dah kontot-kontot kat umah tu dekat budak nih ..' adoiii .. macam hape dah. Semua gelakkan aku. Dengan aku sekali gelak. wakakakaakaa ..

Okeh .. skip that story lah. Mak cikgu tuh ada lagi. Umur mak cikgu tu area 70 lebih r cam tuh. Masa tuh, mak cikgu ( nenek ) tuh sakit. Baru lepas kena strok pas raya. So .. nenek tuh tak leh nak berjalan. Dia guna wheelchair or jalan guna tongkat. Before tuh ada ada budk tolong jaga ... tapi dah berhenti. Sooo ... aku pun dengan tak tawuu apa-apa tolong je laa. Apa yang aku kena buat ...?? Hoho .. kena masak ... and tengok-tengok kan nenek je.




~ nih gambar ms raya ... just nk mention rumah cikgu jerrr .. hehe ..~
p/s : tapi terasa budk pakai baju koko tuh cam tah hape-hape plak .. haha


Dusshhh!!! Macam kena hempap batu. Masakkk...???? Ya Ampun ... I dont know anything!!! Jadi ... jalan aku adalah ... aku pun mencari Cik Liana Azua. '.... Liana, liana .... ko tolonglah aku. Ko ajar aku masak seminggu pun jadiiiii lah ... hahahaha' lalu kami pun kersama-sama kerja kat umah cikgu tuh ... Cikgu tu bagi kami pinjam motor dia .. buat ulang alik. keh3x.

Pengalaman paling best ... masak. Wakakakakaa ... kalau nak kata aku bodoh, memang aku lah orang tu ( bab masak je ) hahahahaa ... aku tengok je Liana tuh masak. Goreng Ikan. Ya Ampunnn ... aku tak pernh tahu pun selama hari tu .. goreng ikan kena tambah kunyit and garam. Tak ke hawauuu macam tu ... pastu belajar masak sayur ... masak kicap ... banyak gak kot. hahahahaa ... tapi versi masak tuh agak jauh dari versi masak family aku. Cam aku ... ayah aku ajar masak ... banyak guna sos .. sos tiram ... kicap. So .. macam masak ala cina gitu. hahahaha ..



~ mawuuu juga letk gmbr aku satu ms dulu .. hahaha ..~
p/s : sup tuh macam menyelerakan je .. laki i, u bila nak teman bini u makan ...???
tak yah mimpilahhhh nazura oiiii ... hahahaa


okeh ... seminggu je perjanjian dengan liana. Pastu everything kena buat sendiri. Bila time buat sendiri ... goreng ikan ... adoiiiiii ... ingat lagi .. goreng ikan timah. ikan ni lembut sangat. Bila masuk dalam minyak ... kena tunggu garingg sikit .. baru balik kan. Jadi, tak melekat kat kuali. Sebab aku tak tahu ... aku pun hentam saja. Aduhhhh .. lekat semuanya. Api pun tak pandai setting .. memang fail bab goreng menggoreng nih. Separuh ikan yang aku goreng hanggggussss !!!! hahahhahahaa ... macam sengal.



~ ikan goreng versi bukan aku yang goreng ... hahahaha ~
p/s : tapi sekarang da ok sikitlaaa even still tak pandai masak lagi.huhuhuhu ...





Pastu masak sayur .. entahhhhlaaaa .. memang teruk betul. Jadi, aku pun tak ada cara ... aku terkedek-kedek jumpa nenek tu .. aku pun mengaku ..

'nek ... saya sebenarnya tak reti masak. Pe kata nenek ajar kan. Nenek cakap nanti saya buat ...' hahahahaa ... nenek tuh gelakkan aku. Tapi nenek tuh best sangat. Dia pun kata dah bosan duk bilik ... dia duk kat wheelchair kat dapur .. then, dia cakap macm mn nak masak ... pe dia nak makan semua ... hahahahaa .. so aku masak ikut selera dia. hehehehee



~ ini telur dadar dari google .. masa kacau tambah sardin ... jadilah telur dadar sardin .. erkk, betul tidak namanya macam tuh .. hahahaha ~


Satu hari plak ... aku buat kan telur sardin. Telur tuh aku pukul rata dengan sardin. hahahaa.. waaaa .. nenek kata sedappp . heeehehe.. bangga sikit. erkkk!!! Pastu satu ari tuh .. nenek tuh nak makan masak kicap .. kentang ... bawang .. telur .. masak kicap. alaaaa .. simple-simple lauk je. hahahaa .. tapi .. macam hawau aku buat. goreng kentang .. semua dah okeh. Tapi bila masuk kicap ... aku jadi fail .. aku tak pernah jumpa lauk tuh .. mana ley letak banyak-banyak kicap. masiiinnnnnn la der. erkk ..!!! masak tuh ... fail!!! ambik kau nazura. hahahaaaa ... lagi parah ... aku g letak minyak panas dalam mangkuk kaca .. perghhhhh .. bersepai. adoiiii .. mn aku tawuu kaca tuh nipis sangat. kat umah selalu mak aku letak relakssss je mangkuk tuh. steadyyyy jeee ... hahahahaa.




~ pecahhhh sudaaaa ... hahaha ..~

Sebab rasa bersalah .. bila cikgu balik .. aku pun cakap :
' cikgu .. tadi saya pecahkan satu mangkuk cikgu ..' nada penuh sedih n rasa bersalah. Pastu cikgu gelakkan aku dia kata ...' tu, pinggan mangkuk satu lori lagi dalam almari ...' ' waaahhhh ... boleh pecahkan lagi r cam ni ....' kah4x. Nenek pun gelakkan aku. hahahahaaa

Satu hari .... nak goreng ayam. Masa tuh cikgu ada kat umah. Aku termenung kejap tengok ayam yang ptong lagi. Aduhhh .. mana penah potong ayam besar gitu. aku duk setting-setting pisau kat badan ayam tuh semua tak kena. Last-last aku jumpa cikgu aku cakap ...

' cikgu ... macam mana nak potong ayam ...?? saya tak tawuu laaa ...' wakakakaaaaa ... aku dengan cikgu pun pegi dapur. Ingat cikgu tuh tawuuu sangat. 2 x 5 je dengan aku. cincang baikkk punya. hahahahaa .. pastu aku goreng. Time tuh dah expert sikit .. tapi still tak de skill mainkan api tuh. Soo .. luar cantik ... dalam basah sikit. hahahahaa ..



~ makkkk aiii ... sedap betul ayam goreng versi google nih ...huhu ~


Lepas tuh .. goreng ubi. Aku pening sekejap macam mana nak potong and goreng. Adoooiiiyaiii .. aku pun tanya cikgu. alahhh cikgu pun bih kurang aku gak ... aku pun tanya nenek. Pastu aku cakap dengan cikgu ...' ohhh .. nak kuning kena letak kunyit ....'
pastu cikgu cakap ...' ye lah ... ko ingat letak kalor air? kalau kalor air boleh gak ... ko letak warna merah, biru, hijau ...' wekkkk .. menganjing. Cikgu pun bih kurang je. Tu pun nenek yang cakap. hahahahaa .... tapi memang kurang selesa bila cikgu ada sebab kena always pakai tudung. Panas der .. bila masak pakai tudung. Lagi lagi dengan masak yang serba tak tahuuu.. hahahaha

Bab masak memang benda paling teruk sekali aku buat. Tapi kemas .... memang cantik punya aku buat. Aku kemas bilik cikgu .. susun semua buku-buku dalam rak buku kat bilik dia .. bersihkan sawang ... habuk-habuk ... kemas kat ruang tamu ... tukar sarung kusyen .. tukar langsir ... menyapu .. vakuummm .. perghhh .. memang tip top r aku buat. Satu hari cikgu dengan nenek datang umah .. saja nenek nak jumpa mak aku ... cikgu cakap .... memang bersih aku kemas umah dia. Luar dalam derr ... everything clean n clear ... rapi je aku susun. hahahahaha ... pastu mak aku kata :

' nazura memang pandai bab mengemas ... bersih ... tapi masak ... terukkk !' adushhh ... hampehh ... hahahaha ..

Satu hari tuh ikut cikgu pergi senggarang. Cari soto. Sebab nenek teringin nak makan soto. Naik kete dia yang comel lagi smarttt tuh. hahahahaa ...

Cikgu cite '.... awak okey je tak kerja .? ' hahahahaa ....' ok cikgu. masak je lah .. memang tak penah masak pun before nih ...' kah3x. ' .... maknanya ko buat latihan praktikal sekali r nih kat parit kadir ...' hahahahaha ... macam siot ayat. haha ...' sebenarnya .. nenek suka dengan awak. Dia kata ada kawan berbual. Macam yang lepas ... budak-budak tak nak berbual dengan dia. Tidoooo je ...' wakakakakaaa ... ' saya tak pandai sangat tido tengah hari ...'



~ ini kete kecik cikgu ... dah cat baru derrr .. heee ~
p/s : aippp .. dah ada model baru plakkk..??? .. huu .. shuib ( tiada dalam gambar ), bila rasanya kita nk berjaln jaln dengn kete tuh ekkk...?? raya tahun nih la ea .. nanti aku rompak kunci .. small da matter .. hahahahaa


Actually, seronok berbual dengan orang tua. Macam-macam aku tanya kat nenek tuh. Zaman dia muda-muda ... anak -anak dia .. cucu ... banyak lah. Termasuklah pasal cikgu tuh. Hahahahaa .. tak cite pun yang cikgu tuh duda .. tak de anak. Duk sendiri je jaga mak dia. keh3x.

Then, bila dia dapat pembantu indon ... nama kakak tuh .. eyarti .. kakak tuh pun best. Even kakak tuh ada .. aku still datang sembang-sembang dengan kakak tuh. Tanya life dia before nih. Tanya life dia kat indon ... hahaha ... seronok derr ..!!

Masa result SPM keluar ... cikgu tuh yang ambik dari pejabat batu pahat. Dapat result je .. cikgu terus call aku. Maknanya .. aku lah student pertama kat sekolah yang tahu result SPM ... kah4x.... Masa dapat matriks ... before pergi .. datang lah jumpa nenek semua ... dapatlah ang pow .. RM 100. keh3x. Sampai sekarang ... kadang-kadang tuh menjejaki jugak rumah cikgu.



~ yesssss .. cikgu jaheni versi nak bersara sudaaaa ... jahat betul aku .. hahaha ~

Aritu call cikgu ... tanya nenek sihat tak .. cikgu sihat tak. Story gak pasal dah couple dengan cikgu. Pastu cikgu cakap ...' ko bila nak kenalkan dengan bapak angkat ko nih ..???' hahahaa ... ' nanti saya kenalkan cikgu. kena tengok pendapat ayah angkat dulu ea sebelum ayah betul ...' hahahahaa ..

Pengalaman yang tak kurang manis nya masa tuh. Tapi jarang-jarang dah aku pegi umah cikgu. Aku kan dah besar. Cikgu tuh duda. Kena jaga tertib gak kan. Jiran-jiran pandang pun tak berapa elok. Walaupun cikgu and student .. still rasa tak selesa even de pembantu rumah. So far .. nak pegi ... aku ajak kawan perempuanlah. Macam dulu .. aku berbuka puasa kat umah cikgu .. datang dengan Atikah Razali. ngeh ngeh ngeh ...



~ aku versi sekarang ... hehehe ..~
p/s : siapa sangka budak ngokkk ngekkk masak kat dapur ley jadi cikguuu ...
wakakakakaaka


heee .. so far .. tu je kisah kerja aku. Masih rasa manis hingga sekarang. Itu lah kisah menarik bagi aku sebelum menjejaki matrik. Matrik ...??? itulah tempat air mata bagi aku. kenapa ...??? hahahahaa .. nanti-nanti story lagi. hahahahaa ..

okehhh
chawww chinn chawwww
wassalammm ;)


Sunday, June 5, 2011

~ pesona cinta ku ~




Kilauan cinta
buat yang bernama dunia
sebanyak mana cinta ini menghias hati
sedalam mana
cinta ini merasuk jiwa yang sepi

ohhh pesona cintaku
kau alpa bersama lautan asmara
kau hanyut bersama balikan ombak
yang tersadai di pesisir pantai
rasa yang cukup indah
tanpa kau sedar
kau terlalu jauh dari sang cinta yang hakiki..

ohh .. pesona cintaku
mengapa kau terperangkap
di perangkap si durjana
mencanang cinta terindah ke lembah yang curam
lalu membunuh jiwa yang tenang
lalu mematikan sebuah hati penuh kedamaian.

hai si durjana cintaku ..
kau robek hati ini semahunya
kau junamkan aku di posisi terburuk
kau berjaya membawa pesona cinta ku ke langit ke tujuh
namun kau juga berjaya
membawa pesona cintaku
ke darjat paling hina di sisi Tuhan ku
ohh ..
Tuhan ku Ya Allah

hai si durjana cintaku
jangan kau hampiri pesona cinta ini
biarkan pesona cinta ini mencari cinta hakiki
jangan kau buat pesona cinta ini berpaling
lalu berpaling dari Tuhan ku

Ya Allah ..
Ya Tuhan sekelian Alam
Yang Menguasai seluruh rasa cinta
Di Alam Jagat Raya ini

Kurniakan aku
Sebuah cinta penuh kudus di dalam dakapan Mu
Jangan sesekali
Pesona cinta ku ini
Tersungkur bersama air mata duka
Lantaran hilang arah destinasinya

Duhai cinta hati ku
Indahnya pesona ini
Ku ingin ia tersulam indah bersama cinta Allah
Agar ianya indah bersemi
Bersatu di dalam bunga-bunga cinta dari syurga
Wangiannya hingga menusuk ke dasar kalbu paling indah
Tidak terluah dek kata-kata
Tidak ternilai dek seisi dunia
Tidak tergambar indahnya rasa itu hingga segalanya terasa damai

Wahai dunia ku ...
jangan pernah kau jauh dari akhirat ku
agar pesona cinta ini
tidak pernah jauh dari cinta Tuhan ku Yang Satu
akan sentiasa bersatu
akan akhirnya bertemu
hinggalah destinasi terakhir ..
pesona cinta ini melepasi titian sirat
kerana di sana
pesona cinta ini adalah terindah merentasi segala yang ada.

created by
- nazura 2011 -




Saturday, June 4, 2011

~ aku & masa lalu .. ( volume 4 ) ~

Assalamualaikum ...
wat up ..???
masih mud bercerita tentang zaman dahulu kala .. hahahahaa

Macam entry yang lepas .. kisah persahabatan aku. Dan kali ni mawuuu cerita tentang aku dan insan yang bernama lelaki. wakakakaa ... ayat cam player je ek. tak lahhh ... mana ade player .. hoho.

Okeh .. aku mula berjinak-jinak ( cehhhh ... berjinak-jinak ...) dengan lelaki masa aku lepas form 3. Di sebabkan oleh bergaduh dngan kawan aku ... aku jadi close dengan 2 orang kawan .... nama dia raden farah alwani dan liana azua. kuang3x.



Dua orang manusia ini telah membawa aku mengenali internet ..... dan dunia chatting. Waaaaa .... lambat benar kenal internet. hahahaa .. memang lampi!!!. Tak kisahlah ... chat room yang aku guna time tu besanya kampungchat.net atau kampungchat.com ( betul tak ek ...??? betul kot ...) tapi besanya memang aku guna kampungchat.net. Dan selalunya aku tak guna nama palsu-palsu nih ... memang akan guna nazura. hahahaha

Dari sini lah aku kenal ... baaaaaaaanyak lelaki. Baik ... jahat ... macm lanun ... macam penyamuuuunnnnn ... gila benda tuh pun penah terjumpa. Errrkkkk ... kalau yang gila benda tuh ... memang aku tinggal terusla. Tak chat. hahahahaa ..



Okey ... kawan chat yang pertama ... orang sarawak. Aku ingat lagi dia study kat kolej swasta ambik aeroangkasa. trade mark dia ... keh keh keh keh ... waaa .. ingat lagi tu. Sejak chat tu ... banyak kali bertukar-tukar email ... dia ajar aku math ... dia wish macam-macam ... frenship and tah pape bagai. Then, bila dia dah kerja .. jarang email. Then ... at last tak dapat contact terus sebab email dia block. Bagi aku ... lelaki ni ... okey laaaaa ... biasa2 saja. hahaaaha .. boleh lah buat kawan. Bila ada masalah .. selalu gak story mory dengan dia tanpa niat selain kawan. jeng4x.Tapi sampai sekarang .... waa tak tahuuu nama dia derr. hahahaha

Seterusnya ... nama dia Khairul Benjamin bin Suhaimi. Dulu dia duduk seksyen 21 Shah Alam. Waaa ... ingat lagi tuh. Dia ni sebaya dengan aku. Dengan dia memang sangat close. Almost setiap bulan bagi surat kat dia. Pun pernah dapat kad raya dari dia. Simpan lagi kowt. hahahaa .. Dari form 3 ... sampai form 5 kawan. Lama gak tu .. hahahaa ..aku ingat lagi .. dia kata dia suka aku bagi surat kat dia. Banyak kali borak kat phone. Lama gak bila bergayut. At last ... sekali tu dia datang johor ... dia call aku nak bagitahu dia kat johor. Then ... dia pernah ada awek .. dan dia putus dengan awek dia ... dia kata sebab aku. Wakakakakaa ... memang malanglah kau benjy... gila!!! then ... adik dia nama mira. Jadi adik angkat aku. One day .. masa tu form 5. Aku ingat lagi masa tu balik dari kem. Dia call aku ... tanya okey ke tak ... sihat ke tak .. then aku kata aku letey sangat tak cukup tidur ... then, before letak phone .. dia kata. ' okey ... i love you ..' terkejut sekejap. Tapi aku tak terasa nak membalas pun walaupun rasanya masa tu .. aku macam suka gak kot kat dia.



Sejak tu ... banyak kali gak dia kata i love u .. i miss u ... tapi aku tak penah balas pe dia cakap. Cuma ... satu hari tu ... bila aku rasa dia memang suka aku ... aku kirimkan satu surat ... dengan satu .. apa nak cakap ek benda tu ... satu kertas keras aku decorate cantik-cantik ... then kat situ .. aku letak gambar aku. Tapi tak penuhlah gambar tu. Tahu kenapa aku bagi gambar??? hahahahaa ... sebab aku tahu, orang memang senang suka aku bila tak kenal siapa aku. Then ... aku tulis kat situ ...' satu tahu lepas ni .. awak mungkin tak nak pun kawan dengan saya lagi. tapi ... tak kisahlah asalkan awak tak tertipu dengan saya .....' Dan, memang betullah dugaan aku. Sejak tu ... kitorang tak close macam before ni ... at last lost contact macam tu je. That's boy. Mana nak kawan dengan girl yang tak comel cam aku. ( ayat penuh duka lara ... kah3x )

Seterusnya ... waaa ... ada lagi. Nama dia fadly. Okeh ... dia ni study kat ITTAR dulu. Dia ni tak lebih aku anggap sebagai abang angkat. Dia memang baik.Caring .. sporting. Setiap kali aku menangis ... aku ada masalah .. aku akan cari dia. Aku sanggup berhabis beringgit-ringgit nak call dia ... dan dia pun selalu call aku. Messge ... yup, memang selalu sangat. One day sorang girl call aku cakap jngn kacau dia. Aku tersedak sekejap. Then ... aku cakap dengan dia, dia kata tu bukan girl dia ... prempuan tu memang syok kat dia. Dan dia pun kenalkan aku dengan girl dia. Girl dia sebaya dengan aku. Kami berkawan ... berbalas2 surat ... kad raya ... soalan periksa masa nak SPM ... yang penting ... baik je. Sejak tu pun ... aku dah jarang-jarang contct Fadly. Kadang2 pun that girl guna phone Fadly utk msg n call aku. Satu hari tu ... that girl beriya nak gambar aku. Maka aku yang bengong lagi lurus bendul tahap tegak nak hape pun bagilah gambar. Bla bla bla ... tapi sampai sekarang that girl tak bagi-bagi gambar dia dengan fadly tu. Dan sekarang ni ... langsung tak contct ... aku pun tak faham kenapa...???



~ berhubung cara gini .. cam lagi menarik je ... patah balik pada sistem lama .. hahaha ~


Cuma ... tak lah baru sangat ... area aku tahun 2 kat UTHM macam tu, Fadly contct aku semula. Dia cerita dia dah clash dengan girl dia tu. Sekarang sedang membawa hati. Bila aku tanya kenapa ... dia tak cakap pulak sebabnya. Cuma kata tak ada jodoh. Hohoho .. begitukah ...??? Tapi sorry ... time nih ... I tak minat nak tahu dah ...hahhahahaha

Satu lagi ... sorang boy. Aku nampak dia masa aku darjah 6... dia form 1. Lama gak aku suka dia. Tak pernah kenal ... tapi selalu usya dia balik sekolah. Dia tak sama sekolah dengan aku. Dia sekolah arab parit raja. Nama dia hafiz. Aku kenal baik dgn adik dia sebab adik dia satu sekolah dgn aku. Tapi, bila dia masuk form 6 sekolah aku .. memg excitedlah. Lama aku suka dia. Sejak darjah 6 sampai form 5. Apa yang buat aku jadi menyampahhhhh giler dengan dia ..? Bila dia tahu aku suka dia dari adik dia ... adoooiiiiiii ... please lahhhh kenapa nak buat muka budgettt macm tuh. I bukan suka u sebb u handdddsomeee okeh ... u biasa2 sajaaaa ... mcm mn aku tahu dia perasan ...?? sbb ... aku kan pengacara perhimpunan tetap ... tiap2 minggu muka aku terpacak atas stage dewan terbuka tuh. Bila terpandang muka dia ...dia akan senyum-senyum ... tapi buat muka kerekk ... bila terserempakk ... lagilah buat muka kerek .. mcm control everything ... aduuhhhh sumpah. aku tak leh blah dengan org cam nih ... memg sejak tuh .. aku tak pernah usya dia. Kalau terserempak pun .. aku tak jeling sikit pun. Tak tahuu lah nape .. hati aku serta merta out dengan orang cam ni.

Actually ... banyak lagi kot. Tapi ... kisah yang tu je yang aku minat nak story sebab aku rasa sedikit bermakna dalam hidup aku. hahahaha ... Dalam personaliti Libra, gadis Libra adalah seorang yang mata keranjang. Hohoho .. ye ke ..??? boleh caya kot. Dulu .. aku boleh sukakan ramai lelaki dalam 1 masa. Teruk betul aku kan ... tapi masa tuh aku tak faham perasaan suka dan sayang. Dan sejak dengan bf aku .. barulah aku boleh compare .. perasaan suka .. suka-suka ... dan suka + sayang. ohhh ... hahahahhaha



~ ayoyo .. memang tak cute .. nak buat mcm mn ...~
p/s : kalau dah bf sndiri pun kata tak comel langsung ... haruss terima hakikatlah ..
dalam dunia ni semua nak yang cantikkk ...
( nada poyo + pura-pura rendah diri ... hahahaha )


Pengalaman aku dengan lelaki cukup mengajar aku jadi seorang yang .... ' jangan mudah sangat nak percaya dengan lelaki ni ...' hohoho .. kadang-kadang perempuan ni cepat perasan. Bila lelaki cakap i luv u ... terus angauuu. Aku tahu ... lelaki-lelaki di atas tuh cuma menganggap aku ni cun melecun ... comel .. cantik ... n bla bla ... pada hal aku jauh sangat dari semua tu. That's really not me. Bila tahu aku tak comel ... diorang tak kawan dah. Soo ... aku sangat tidak percayakan kawan chat ( even ada yang betul ikhlas terjadinya persahabtan or percintaan ) ... itu bukan pilihan aku. Dengan lelaki jugak, aku tak pernah ambik serius bila diorang panggil aku dgn panggilan 'sayang' ... bila diorang puji-puji .. bagi aku, mulut lelaki memang manis begitu. Tapi hati diorang biasa-biasa saja. Tak bermaksud pape yang lebih. So .. as a perempuan .. aku sangat mengajar diri aku ... tolong jangan cepat perahsaan ye nazura !

Sejak kenal diorang ( kawan chat ) dan putus dengan diorang macm tu ... aku tak pernah chat. Pada aku ... lelaki yang aku kenal dari sana semuanya plastik. Apabila korang berkawan dengan orang yang korang tak pernah nampak ... apa espectation ( tah betul tidak aku tulis nih ) korang ..??? Mesti yang bagus-bagus je kan ...??? Bila call suara cam sedap je ... pada hal ... hmm ... i tak kata apa-apa okeh ..??? hahahaha .. kadang-kadang kita mungkin ikhlas berkawan ... tapi orang tu ... ikhlas ke ...??




~ kawan chatting .... segalanya question mark ... hahahaha ~


Sebab tu .. lepas sekolah, aku tak pernah percayakan mana-mana lelaki kecuali kawan-kawan lelaki sekolah aku sampailah aku jumpa bf aku sekarang ni. Aku memang tak nak kenal mana-mana lelaki lain. Sebab tu masa dekat matrik ... kawan-kawan lelaki praktikum aku ... susah nak tegur aku. Sebab ... hati aku tak minat pun nak kenal diorang. Biasalah ... dari hati akan nampak pada wajah ... so, tak leh kata apa lah kalau memang lelaki tak nak berkawan dengan aku masa matrik. kah3x.

Apa lagi masa tu ... dalam hati aku macam ada Mr.Secret. Even berapa ramai pun lelaki yang aku pernah suka ... Mr.Secret is always ada dalam hati. Wakakakaa .... siapakah Mr.Secret itu? Hmmm ... lain entri je lahh ... hahaha.

okeh ...
chaw chinnnn chawwww ..
wassalam ..


Wednesday, June 1, 2011

~ aku & masa lalu .. ( volume 3 ) ~

Assalamualaikum ...
wakakakaa ...
wat up ... bebeh ???

Okehlah .. hari ni mau sambung lagi tentang kisah-kisah di masa lampau. Kuang3x. Hal ehwal dan perjalanan hidup aku ... dalam mengenali sebuah erti PERSAHABATAN di sekolah. Entah dah berapa banyak kali aku story ek ..??? Tapi .. aku story je lah lagi. Saja nak syok sendiri. hahahahaaa..

Okey .. aku dah story kisah menyayat hati persahabatan aku dengan kawan aku masa form 3. Lepas kami bergaduh tu ... perghhh ... aku memang tak boleh pandang muka dia. Asal aku pandang ... aku sedih ... aku sedih ... aku menangis. Bila aku menangis ... aku migrain ... dah tu telah ubat berbiji-biji. Aku rasa dah berjuta-juta lemon pil masuk dalam badan aku nih. hahahahaa



~ ingat lagi kawasan dewan terbuka nih ... kenangan... kenangan ... ~


Bila masuk Form 4 ... aku cuba terima hakikat ... kawan aku tu ... memang dah buang aku. Susah babe ... kita sayang sangat kot masa tu. Bayangkan lah ... pak we yang memang korang sayang ... ada je kat depan mata ... lagi-lagi dia couple dengan girl lain ... sumpah sakit giler perasaan tuh. Setahun tu ... sepanjang tahun aku memang tak tegur dia. Waa ... dosa besar tuh. 3 hari tak bercakap dgn saudara seIslam. Masa tu mana ada aku kira. Yang penting ... aku memang tak boleh nak bercakap dengan dia. Sumpah, tak tipu. Bukan main-main punya sakit perasaan tu ... tiap malam aku menangis ... aku tak boleh nak buang sayang aku kat dia even aku dah ada kawan yang lain. Siapa ?

Yeahhh ... ni dia kawan-kawan baru aku. Nur Atikah Razali, Liana Azua, Ruzila Md Khamin .... n Raden Farah Alwani ( aku masih mengaku kawan utk masa itu yer ). One day ... tah macam mana .... bla bla bla .... someone yang cakap dengan kawan aku yang Atikah tu... even Nazura baik dengan kau Ika, tapi dia akan lebihkan Liana dengan Farah. Wat the hell ... nak cakap macam tu ...???? Dia tahu ke hati aku...? Gila!.

Sudahnya ... kawan aku yang Atikah tu kata ....' even kita baik dengan Kak Nazura, tapi kita tak boleh nak jadi kawan baik dengan Kak Nazura ...' dia memang panggil aku Kak Nazura sebab dia muda setahun dari aku. hahaha ... aku pun ... lantaklah ... semua orang nak rampas kawan-kawan aku ... aku bukan mati pun tak ada kawan. Berkecamuk gila perasaan aku time tu. Serabut..!!!! Pada aku diorang semua kawan-kawan baik aku ... dan aku sayang Atikah tuh sama macam adik-adik aku. Bila dengar dia cakap macam tu ... gila ... memang kecewa.



~ raden farah alwani & liana azua ~


Ye lah ... aku mungkin pembawa anasir buruk kowt. Mana leh kawan dengan aku. Kan rosak plak perangai kan ... tapi ... yang menjadi kehairanan aku .. beberapa hari Atikah tuh jauhkan diri dari aku. Tapi lepas tuh ... dia okey semula. Aku pun tak nak banyak tanya. Aku kawan dengan siapa yang nak kawan dengan aku. Tak mau kawan ... mana boleh paksa kan. Soo ... everything ok lah.

One day ... kawan lama aku yang bergaduh dengan aku nih ... buat bfday party kat kelas. Bagi akuuu .... sorry and sumpah aku tak boleh attend. Aku cakap dengan kawan-kawan aku ... korang sambutlah. Aku tak boleh. Aku kena keluar. Dahhh ... masing-masing berderet ikut aku. Adoiiii ... last-last .... budak-budak lain dalam kelas semua blame aku .. sebab hasut yang lain. Nangis-nangis kawan yang bergaduh dgn aku tu. Then, datanglah sorang budak ni kata nak sound aku. Silakan ... aku kata, jom jumpa. Kita face to face. Waaa ... nak back up nampak. No halll derr ...



~ aku, atikah n zila ... time anugerah kualiti 2005 ~


Alamak ... bila jumpa, tak buat pe plak. Buang masa aku je datang kalau sekadar nak beramah mesra. Aku tak minat laaaa ... bila balik umah aku nangis sampai tak tawuuu nak cakap pe. Migrain aku satu malam bila ingatkan kawan yang bergaduh dengan aku tu. Even gaduh ... tu zahir je. Tapi hati aku ni ... full of love kowt. Bak kata adik aku ... muka ganster tapi dalam hati ada taman ... kah4x

By da way .. lama-lama tu aku cuba terima kenyataan. Aku patut bersyukur ... even aku hilang kawan yang sangat aku sayang, Allah gantikan dengan 4 orang kawan yang sangat baik. Yang sentiasa ada dan support aku .. all da time. Aku tak tipu or pura-pura bila aku kata aku sayang diorang. Wakakaka ... ingat senang ke nak dengar aku cakap sayang kat orang. Payah derr ..!!

Then, masa form 5 ... everything jadi cool semula. Dengan kawan aku yang bergaduh dulu pun ... aku dah terima kenyataan even ada masanya bila teringat .. menangis lagi. Sampai kawan aku, Liana Azua kata aku ... lesbian. Perghhh ... tak agak-agak tuduhan ko tu Liana oiii.



~ miss u all .. miss our memories together ... ~

Hinggalah satu waktu tu ... aku minat kat sorang senior. Abang form 6. Babe ... aku betul cakap memang aku minat giler kat abang tuh. Tak tahulah pasal apa. Mungkin dia nampak much hensem than other kowt. Pada hal taklah handsome mana. erkkk ...!!! Geng aku semua tahu ... yes, memang tahu. So, one day ... kawan aku yang bernama A ( bukan nm sebenar ) ni tiba-tiba bagitahu aku ....' Naz, aku dah couple dengan Abang Ipul ...' perghhhh ... berderau darah aku dengar. Tapi cool je lah. Aku gelak je lah. Takkan aku nak kata ... kawan tak guna ... ko tikam aku dari belakang ... ala ... pasal lelaki je kowt ... small da matter lah. No hal ... tapi yang aku menyirap sangat ... dia pergi cakap kat Abang Saiful tu yang aku suka kat Abg Saiful tu ... Maluuuuuuuuu gilerrrr. Kau nak couple ko couple je laa ... ada aku kisah ..??? Tapi janganlah nak sebut-sebut nama aku. Tawuuuu la aku memang dah famous satu sekolah. Retilah sikit jaga air muka kawan derrr ...!! Sumpah lepas tu, aku tengok pun tidak muka Abang Saiful tuh sebab mamat tu dah perasan. Bila nampak aku ... buat muka budget2 ... senyum2 ... aku memang tak leh pandang. Ingat dia handddddddsome sangat ke. Errkkkk!!!!!



Lepas tuh ... si A tu kena tinggal dengan Abng Saiful tu. Dalam hati aku ... huwaaaaaahahahaha .. padan muka kau!! erkk ... jahat betul aku. hahahhaa ... Dan sorang lagi kawan aku, si B ( bukan nama sebenar ). Dia pegi cakap kat kawan aku satu kelas yang aku suka dia, Mr X. Macam bangang! Sumpah ... yang ni aku memang betul-betul marah. Lepas dia cakap kat Mr.X tu ... Mr.X tu suka pancing aku bercakap dengan dia. Bila aku bercakap dengan dia ... dia akan gelakkan aku ... pastu dia pandang kawan aku ... then dia cakap ...' weh dia cakap dengan aku ....' then diorang gelak-gelak. bengang tak bengang. Kalau aku boleh sepak ... aku sepak dah laju-laju laki macam tuh. Tapi aku cuma boleh tengking je. Tu pun berbaloi kot kena tengking dengan aku masing-masing. Tak berakhir macm tu je ... dia email kat aku tah hape benda benda jiwang-jiwang ... ' ku menanti cinta mu ... jangan salahkan daku jika kita tak bersatu ...' tah hape bendalah. Mawuuu muntah sudaaa. Lepas tu ... selamat tinggallah that boy. Till this day ... aku ingat satu-satu pe dia da buat. At least .. I know ... who are You.



Then .. si C pulak ( pun bukan nama sebenar ... hahahaha ). Kawan yang nih special kes sikit. Dia ni ... apa-apa hal semua akan story pada aku. Cukup close. Dia ni perangai cam pelik2 sikit kadang-kadang. One day dia bagitahu aku dia suka pada sorang boy, Mr. Y tuh. Rasa cam pedih gak lah rasa kat hati ni. Memang time tuh suka-suka gak kat Mr.Y tu tapi ... at da same time aku kena dengar C cerita macam-macam. Tapi ... masa tu atau sampai sekarang ... sumpah aku tak pernah marah C. Dia tak pernah tahu aku suka Mr.Y tuh. Lagi plak .. mungkin Mr.Y tuh agak bermakna buat dia time tuh ( tak mungkin bermakna lagi utk masa ini bagi C .. hahahahaa ). Then, one day Mr.Y tu call aku .. cakap dia suka dengan C and blah blah .. hati aku masa tu .. tak tahu nak kata lah. Tapi ... bagi aku .. tak ada apa yang lebih penting dari kawan yang aku sayang .. aku pun bagitahu C ... sedangkan hati aku ... erkkk ... hancur cam kaca bersepai ...( cehhh ayat tak ley blahhhhh ..hahahaha ). Tapi, diorang kawan tak lama sebab Mr.Y tuh hmm ..ntahlaa ..tak bgus tak bgus ( nada penuh menyampah ni ) ... buat C ... You buat yang terbaikk dear. Walaupun aku sembunyikan macam-macam pasal Mr.Y dari C ... tu tak lebih dari aku tak nak tengok C sedih time tuh. Sebb yang kena tuh aku ... aku tak nak bila aku cakp .. nmpak macm aku buat-buat cerita. Alhamdulillah .. Allah sayangkan C and bagi jalan yang terbaik buat C. Terbaikklah sayang ....;)



Then, di takdirkan one day .. kawan yang aku bergaduh dulu menerima takdir yang mak dia meninggal. Sumpah aku terkejut. Tapi ... secara spontan aku pergi merompak handphone ayah aku .. and terus call dia. Aku ucap takziah ... then dia kata ...' Naz, kau kawan aku yang pertama call aku ...' Ya Allah .... Allah makbulkan harapan aku selama ni. Aku ingat lagi tekad aku ... aku nak jadi kawan dia yang pertama ucap takziah .. atau di sisi dia masa dia mengalami masa sangat sukar ... ( bila terjadi sesuatu pada mak dia yang sangat-sangat dia sayang ). Dan waktu tu .. aku yakin .. aku semakin menerima kenyataan. Aku mula berkawan dengan dia macam biasa ... tak ada marah .. tak ada dendam ... cuma hingga sekarang .. masih tetap sayangkan dia. ;))




Tak lama lepas tu ... kawan aku si B nih plak ... ayah dia sakit agak teruk. Tapi yang aku hairan .. kenapa tak nak share dengan kami semua. Kawan-kawan dia ...??? Dia tunjukkan depan kami ... dia bercerita dengan kawan yang lain. Bukan kami ... aku, A, C dan D. Masa tuh .. dia jadi jauh sangat dengan kami ... terkilan .. memang terkilan. Kecewa sangat-sangat sebab dia tak cerita sepatah pun pasal ayah dia yang sakit teruk. Masa ayah dia meninggal ... aku tak datang. Aku masih shock! Tawuu pasal apa ...? Sebb pagi tu ... masa aku marah sangat aku kata ....' kalau jadi pape dengan ayah dia .. biar kawan yang dia cari tu ada depan mata dia. Bukan aku. aku bukan kawan dia lagi ... dia takkan nampak aku masa tu..' dan aku betul-betul buat apa yang aku cakap. Zalim ... sumpah zalim. Sebenarnya .. walau apa pun .. aku tak boleh buat macam tu. Tapi ... aku rasa aku adalah satu-satunya kawan dia yang menangis berhari-hari di sebabkan itu. Sampailah ... cikgu aku ... Cikgu Masitah pujuk aku ... barulah aku pergi ziarah dia dengan cikgu aku. Masa pandang muka dia tu ... tak tahu kenapa hati nih sebak sangat. Macam bodoh je menangis depan orang. Errrkkkk !!!!



Kenapa tak ada kisah aku dengan D ...? By da way ... D ni sebenarnya tak banyak kerenah. Dia okeh je pada aku. Tak menyakitkan hati ... cuma ada satu benda yang aku tak pasti apa benda ... aku marah kat dia. Mungkin masa tu dia sorang couple ... jadi, masalah dia adalah isu couple dia lah. Lain-lain aku rasa ... tak ada yang terkesan di hati aku. hahhahaa

Tapi ... semua tuh ... buat aku sangat teruk untuk face SPM. Gangguan tuh ... buat aku menangis setiap malam. Adooiiiii ... nangis lagi. Patutlah migrain makin teruk. Baru aku perasan .. air mata memang sahabat sejati aku. hahahha ... hinggalah aku terpaksa pergi jumpa kauselor. First time aku jumpa kaunselor dan cerita tentang masalah. Aku ingat lagi kaunselor, Cikgu Jaafar cakap :

' Nazura, saya tengok awak berhadapan dengan banyak sangat kerenah manusia .. saya rasa ... satu masa nanti, atau bidang kerja awak nanti ... awak akan berhadapan dengan banyak sangat ragam manusia. Keadaan sekarang ni ... untuk buat awak lebih bersedia .. supaya tak shock dengan kerenah manusia kat luar nanti ...'

Wakakakaa ... betul rupanya. Bidang kerja aku insya Allah ... banyak bersangkutan dengan orang ramai. Pelajar ... parents ... guru-guru .. hoho. Banyak ragam nak face tuh. hahahaha

Then, cikgu tu cakap lagi :

' kalau tengok dari ujian sikap yang awak buat nih ... awak seorang leader .. dan tak boleh nak bekerja bawah orang. Tak suka di arah ... and bla bla ....' aku tak ingat dahh. hahahaha

Dan aku akui ... semua itu betul. Hahaha ... tapi perlulah sediakan diri untuk bekerja dengan arahan. Sebab itu yang akan aku face lepas nih. hahahahaa



Dan di sebabkan oleh semua itu ... aku pun minta maaf pada semua kawan-kawan aku. Tapi ... masa tu, bila aku minta maaf dengan hati aku sebenarnya luka berdarah .. buat aku semakin jauh dengan kawan aku .. especially .. si B. Aku tak marah .. tak dendam ... tapi, satu perasaan yang aku tak dapat nak dscribe. Cuma tu lah bendanya. Tapi, untungnya kawan aku si C tuh ... berusaha aku berbaik semula. Macam-macam dia buat supaya kami baik semula macam dulu ... dan alhamdulillah .. dia berjaya. Hati aku ... taklah keras mana. Sama jugak, macam mana aku boleh berbaik dengan kawan yang aku gaduh dulu. Pun usaha si C yang buat kami boleh berkawan semula. hahahaaaa





Sooo ... persahabatan di sekolah menengah sangat memberi tawa dan air mata buat aku. Gembira dan derita. Sumpah.!! Walaupun kadang kala marah .. sedih ... kecewa .. bagi aku mereka yang terbaik. Sebab sentiasa di sisi aku waktu aku jatuh. Waktu semua orang tidak mahu bersama aku .. diorang tetap setia di sisi aku. Dan kerana itulah .. sebanyak mana diorang menyakiti aku .. aku masih mampu lupakan sebab ... terlalu banyak kebaikan mereka untuk aku. Sakit itu bukanlah apa sangat melainkan permainan syaitan untuk menghancurkan sebuah persahabatan. Aku tidak pernah rasa sendiri .. apa lagi rasa di tinggalkan masa itu .. kerana mereka sentiasa ada. Itulah persahabatan yang selalu buat aku ketawa dan menangis sendiri hingga hari ini.



Itulah kisah persahabatan aku di sekolah menengah. hahaha .. hmm .. ada kisah yang lain. Kisah betapa kasanovanya aku masa sek menengah. hahahahaaa ... kasanova ke..?? erkkk ... macam cantik sangat. ceit...!! kisah bagaimana aku mengenali lelaki .. dan akhrnya buat aku jadi matang dengan insan bernama lelaki. Tapi tu.. nanti je story .. erkk ... haahahaha

okeh ...
chaw chinnnnnn chaww

wassalam .. ;)