Tuesday, September 6, 2011

~ when u say .. i love you .. ~



Assalamualaikum ...
apa khabar raya anda semua ..?
bagi yang beragama Islam .. hehehe
masih mahu ucap selamat hari raya
tapi tak hengat dah raya yang ke berapa .. kih3x

Okeh .. hari nih mud untuk story mory berjiwa jiwa sikit. Sikit sajaaa .. memandangkan gambar-gambar raya masih tak masuk-masuk dalam ini lappy, jadi .. tah bila nak kuar cite raya tuh. Mungkin takkan kuar kowt ..
~ ngeee ~
( sape je lah yang nak tahu pasal raya aku ek ..)


I love You .. siapa kata perkataan ini keramat ? Ye ke .. sebut banyak kali .. ada pape tak ? Takkan ..hm .. tak keramatlah tuh. hoho .. Actually .. I love You .. saya cinta awak ... saya sayang kamu .. bukanlah keramat mana pun. Tapi pada aku ia mempunyai makna atau erti kata yang sangat besar. Tidak kira You say I love You tu kat sape. Parents .. siblings .. fren .. boy or girl fren .. husband n wife .. or who ever .. ia membawa makna yang sungguh besar.

Kasih Sayang Tanpa Sempadan

Okeylah .. kasih sayang tanpa sempadan .. errkk .. macam tak bagus je kan bunyinya. Lagi-lagi dengan bf or gf. Aku rasa tang tu .. ia patut dikecualikan. hahahahaa ... kasih sayang tanpa sempadan aku maksudkan di sini adalah .. kasih sayang yang ikhlas. Kadang-kadang kasih sayang kita tu .. mcm stop sekejeap .. sebab bla bla bla .. cannot like that ok. Bila kita dah lata I love You .. especially for parents lah kan .. kita kasihkan mereka seluruh jiwa dan raga kita. Macam mereka sayangkan kita. Dont ever once kita curiga dengan kasih sayang mereka. Kita kasihkan mereka .. bukan dengan limpahkan harta benda .. bukan dengan kata-kata n peluk cium segala .. tapi bagaimana kita menerima keburukan dan kelemahan mereka.

Waaa .. susah der wa cakap. Kita nak terima baik org memang senang. Nak terima buruk orang senang ke? Dengan kawan-kawan .. mungkin kadang kita boleh tinggal blah je .. dengan parents .. adik beradik? Hm .. besar tanggungjawab perkataan I love You tu. Kalau perkataan tu kita sebut tak ikhlas dari hati .. tak berserta dengan perbuatan .. hm ... tak de ke mana pun. huhu

Percaya

Dalam mana-mana hubungan .. mana-mana organisasi .. percaya itu penting. Kalau kita sentiasa menaruh syak wasangka tah hape benda lagi .. makin cepatlah hubungan tu break. Tang percaya .. mungkin tang spesific pada hubungan kekeluargaan .. tapi more pada gf, bf, husband n wife .. opsss .. terlupa satu .. fren. Okey ... lima hubungan ni selalu bergolak dengan koflik percaya.

Persoalannya .. kenapa kita berkawan .. bercinta or berkahwin dengan dia kalau kita tak percaya? Wat for ..? errkkk .. buat sakit hati. Cukup bulan boleh masuk hospital mental. Syak wasangka .. aku rasa itu antara penyakit jiwa yang sangat kritikal. Serius .. memang sakit woo ..

Tapi .. kita boleh tak percaya bila pasangan kita tuh .. memang spesies tak boleh percaya. Kalau kawan kita tuh memang makhluk tak boleh percaya. Hmm .. kalau dah memang spesies begitu .. buat apa nak teruskan hubungan ek ? Confuse sekejap dengan statement aku. hahahah .. jadi, kalau dah memang kita tak boleh percaya dengan someone tuh .. dahlah .. tak usah nak merapat-rapatkan diri dengan orang yang begitu. Sekian terima kasih.

Setia

Setia juga lebih kepada hubungan berpasangan. kih3x. Once You say I love You .. means ... sayang kita hanya untuk dia. Kalau hari ni .. cakap I love You dengan yang ini .. esok dengan yang sana plak .. adoii .. parah gak nih. Mana satu yang serius nih?

Okey .. fine. Kawan je. Ni mungkin nasihat dari orang yang tak bertauliah .. even berkawan .. ni untuk sahabat baik yang berlainan jantina .. elakkanlah sebut perkataan I love You tu. Tawuu sebab apa ..?? Ia boleh menimbulkan macam-macam konflik dan spekulasi. Rasanya memadai nak kata ...' aku sayang kau sebagai kawan aku ...' biasakan sebut perkataan ' sebagai kawan aku ...' supaya .. tak ada yang perasan atau terperahsaan. Maknanya .. sipolan yang menerima tahu .. sedar .. dia adalah sekadar kawan buat kita.

Berbalik kepada setia .. bila kita dah say I love You ( more hubungan cinta ) maka setialah pada dia. Jangan kata .. aku banyak choice lagi .. muda lagi .. bagi aku ia berkait rapat dengan moral. Jadilah seseorang yang tahu menghargai.

Bersedia untuk menerima

Bila kita memang sayangkan seseorang tu .. kita perlu bersedia menerima buruk dan baik dia. Tapi pun .. tengok jugaa apa buruk dan baik dia. Kalau dah memang kaki pukul gitu .. tak layak di sayang orang begitu. Tapi rasanya ramai jugak yang sayang kaki pukul kan ? Macam mana tu ek? Hm .. tak tahulah. Tak mau cakap banyak .. aku pun tak tahu nasib macam mana kan ?

Maksud aku kat sini .. terimalah si dia seadanya. Kalau perangai kuat merajuk tu .. masih boleh layan lagi. Kalau kuat ego .. boleh layan tak? Depends lah .. kadang-kadang ada orang yang bijak psikologi boleh menundukkan sikap-sikap begini. Tapi .. kalau dah bertahun-tahun bercinta ... then .. bertahun-tahun kahwin ... tiba-tiba cari orang lain sebab ungkit kelemahan pasangan itu ini .. hmm ... not fair lah. Bukan sehari dua dia jumpa benda tu. Kenapa dulu-dulu tak may ungkit .. bila jumpa orang lain .. nak ungkit bagai? Terasa diri dah laku lah tu ..errkkk ...

Bersedia untuk kecewa

Haa .. pernah tak dengar orang kata ... orang yang kita sayang tu lah yang akan lebih mengecewakan kita. kih3x. Mana-mana hubungan pun akan melalui kecewa. Kalau yang bercinta .. akan lalui putus cinta. Yang bersahabat .. putus sahabat. Yang dah kahwin .. di duakan atau bercerai or wata so everlah kan. Segalanya yang berkaitan dengan kecewa.

Apa saja yang berkaitan dengan kecewa .. serius. Tak senang nak lalui. Jadi, jangan hairanlah kenapa ada orang sampai bunuh diri sebab putus cinta. Tapi kalau yang Muslim aku cuma nak kata .. cinta yang mereka agungkan adalah tanpa iman. Nafsu semata-mata. Cayalah. Cinta bersama iman .. insyaAllah ... bukan bunuh diri pengubatnya.

Orang tak pernah putus cinta, takkan tahu sakitnya macam mana. Orang tak pernah putus sahabat .. takkan dapat faham bagaimana sakit dan deritanya. Orang tak pernah lalui level kecewa yang maksimum .. tak mungkin akan dapat merasai sakit .. derita .. pedih yang ditanggung.

Maka .. itulah persediaan yang perlu dilakukan. Tanpa persediaan, kita akan gagal mencari cara untuk mengatasi kekecewaan itu. Sakit memang sakit. Macam mana nak menonggeng tuh .. biarlah antara kita kita. Tapi .. jangan pernah lupa .. luahkan pada Allah. Itu yang paling penting. Bagi aku .. itu adalah cara paling baik supaya kita tidak melakukan benda yang tidak-tidak. Bila kita dekat pada Allah .. Allah akan dekat dengan kita. Percayalah .. ada sedikit ketenangan kat situ.

Bersedia untuk berkongsi

Kalau kita hari -hari say I love You .. tapi tak boleh nak sharing .. payahlah. Kita ada bf or gf .. tapi tak pernah nak share masalah .. suka .. or duka .. nak buat hape hubungan tu? Tak ada kepentingannya pun. Lagi teruk kalau hubungan husband n wife. Hidup nafsi-nafsi. hmm .. payah gak tuh. Actually .. better cari someone yang memang kita mampu untuk share dengan dia. Supaya kita akan lebih mudah dalam banyak perkara.

Ikhlaslah bila ucapkan I love You ..

Ucapan I love You tu .. ada gelombang yang tersendiri. Kalau kita sebut dengan hati yang ikhlas .. berserta dengan tindakan dan tingkah laku .. ia akan dapat dirasai oleh siapa yang kita katakan tu. Tapi .. kalau kita sebut sebab pura-pura .. sebab nak jaga hati ... baik tak payahlah. Orang yang menerima tu tahu .. cayalah.


By da way .. tak yah mudah sangat nak say I love You kalau kita rasa tak mampu nak sayang dia sungguh-sungguh.
Sesetengahnya kata elok .. tapi .. hahahaa .. kadang tu menyusahkan.
pengalaman aku .. aku pernah jumpa someone yang memang suka-suka sebut I love You kat sape-sape
bila dia sebut kat aku ..
hati aku cuma kata ...
'indah di mulut je ..erkk .. meluat sekejap ..'
You say I love You ..
Tapi bila nampak buruk dia .. You tinggal
You say I love You ..
Tapi .. bila dia kena fitnah .. You terus tinggal dia ..
You say I love You ..
Bila dia cuba merapatkana hubungan .. You lari ..
You say I love You ..
But at the same time .. You cari orang lain ..
So ..
Wat the love You have?
Wat the love You mean by that ..?

Aku ..
Memang spesies susah nak say I love You
Agak bosan orang yang kerja nak say I love You ... tapi makin menyakitkan hati
hakikatnya ..
aku memang tak suka orang yang suka mengayat
drama je tu ..
kih3x

Sekian ..
Wassalam ..;)


Sunday, September 4, 2011

Life Begin at 40th



Assalamualaikum semua ..
waaa .. selamat hari raya sudaaa ..
Selamat Hari Raya ke .... 6.
okeh .. tepat.

By da way .. macam-macam nak story masa sebelum raya .. and masa raya. Tapi .. nantilah dulu. Rasa nak bercerita tentang benda yang lebih penting.

Okeh .. life begin at 40. Siapa pernah dengar statement tersebut? Biasanya statement tersebut prefer pada manusia yang bernama lelaki. kih3x. So .. mana yang tak pernah dengar lagi .. or yang mungkin pernah dengar .. sila klik sini.

Dah baca dah ...?? hehehehe .. okeh. Aku jadi tertarik untuk story di sini sebab aku melihat beberapa keadaan yang boleh sama-sama dijadikan iktibar. Yup .. raya ini .. masa pergi beraya di beberapa buah rumah beberapa keadaan membuatkan aku sangat berfikir tentang life ni.

More positif .. I salute them!

Ia berkaitan dengan insan yang bernama lelaki .. di usia over 40. Cerita pertama. Aku pergi beraya ke sebuah family ni. Aku kenal dia dah banyak tahun juga. Tapi .. sejak umur suami dia ni mencecah over 40 .. aku nampak satu perubahan yang sangat ketara. Alhamdulillah positif. Yup .. yakin positif. Nampak sangat dia mula menitikberatkan soal agama .. dari segi perkara yang dia story .. serius aku cam rasa ... 'waaa .. bagus betul dia ..' sampai ada someone cakap dia ni kerja mengaji je .. erkk .. begitu kah ..?? aku tahu, kata-kata tu berbau sindiran. Sebab aku kenal si tukang cakap pun dah lama.

Apabila yang -ve tetap juga tidak berubah

Okey .. dan satu lagi ... aku pergi pula beraya ke rumah seorang lelaki .. yang umur dia sudah masuk over 50. Sejak lama aku kenal dia .. aku cuma berdoa supaya Allah beri hidayah pada dia. Tapi .. hakikatnya, dia tidak pernah berubah. Sedih tu .. sedih juga .. sebab orang yang kita sayang .. tapi .. mentaliti .. sikap .. dalam keadaan yang tersangat membimbangkan.

Dan .. seorang lelaki .. pada umur 40 tahun ke atas mula rasa mahu bercinta semula. Waaa .. yup, ini kedengaran sedikit membimbangkan. Terutamanya bagi kaum wanita. Sila berjaga-jaga dengan suami anda ya ..;)

Ini adalah perkara yang sangat banyak berlaku. Perkara ini juga berlaku kepada orang-orang terdekat aku. Bagi aku ... susah untuk aku salahkan pihak lelaki saja. Ada kalanya aku melihat suami yang begini adalah suami yang terabai. ( hoho .. suami pun boleh terabai tau ) Pihak perempuan juga ada silapnya. Banyak perkara perlu di muhasabah dalam soal rumahtangga nih. ( waaa .. macam nak kahwin je gaya aku ...) hahahaa .. tapi inilah realiti. Aku bercakap dari pengalaman aku .. mendengar pengalaman orang lain. Melihat konflik dan penderitaan dalam sebuah keluarga. Hakikatnya .. jiwa-jiwa yang tidak normal ini adalah jiwa yang sakit. Kasihani mereka. Bantu mereka untuk sembuh. Jangan biarkan mereka kalau masih ada sayang pada mereka. Sakit itu bisa membunuh mereka.

Isu Kahwin Lain

Dalam soal kahwin lain .. cari perempuan lain .. si lelaki seharusnya mempertimbangkan banyak perkara. Bagaimana penerimaan anak-anak...?? Bagaimana hati dan perasaan si isteri yang selama hidupnya begitu banyak berkorban. Isu kewangan .. masa dan kasih sayang .. imej masyarakat sekeliling ... dan banyak sangat perkara perlu di titik beratkan. Tapi .. kalau niat berkahwin itu untuk membantu janda yang memerlukan perlindungan .. dan lebih bersifat kebajikan .. mungkin ada rasionalnya.

Isu kahwin dengan anak dara

Tapi .. kalau berkahwin dengan perempuan anak dara yang jauh lebih muda .. silalah berfikir semasak-masaknya wahai lelaki. Fikirkan semula prioriti kehidupan ini. Adakah di umur over 40 .. adalah masa yang sesuai untuk memikirkan cinta dunia sedangkan aset ke akhirat terabai? Silalah kembali ke tujuan asal perkahwinan dengan si isteri. Adakah memang sudah tiada sisa cinta kepada isteri itu ? Tidak di nafikan .. mungkin timbul rasa jemu memandang si isteri yang tidak tahu berhias. Mungkin timbul rasa mual dengan sikap isteri yang kadang kala tidak tahu memanjakan. Tapi pernahkah si suami memandang semula kelemahan yang ada pada dirinya? There's no perfect in this world.

Berterus teranglah

Why not berterus terang dalam banyak perkara. Wat da things you like n dislike. Kadang kala lelaki lebih suka diam .. dan simpan. Kononnya malas nak gaduh. Tapi .. kalau terus tunjuk protes dengan cara itu .. bukan gaduh kecil .. boleh jadi perang begitu. huhuhu ... So, berterus terang itu ... much better rite .. banding korbankan kasih sayang dan kebahagian sebuah keluarga yang sekian lama di bina ...?? Silalah berfikir dengan kemanusiaan wahai lelaki ... bukan berpaksikan nafsu dan akal singkat. Takut nanti memakan diri sendiri.

Hai lah perempuan .. berhiaslah !

Bila isu kahwin lain .. pastinya si isteri atau secara generalnya adalah perempuan. hmm ... by da way aku pun perempuan. Aku pun berisiko dengan isu di madukan. Aku juga mungkin akan menjadi mangsa isu orang ketiga. itulah realiti. Apabila kita bersedia menerima sebuah perkahwinan, maka kita perlu bersedia untuk melalui keadaan itu. Tidak kiralah suami kita itu ustaz .. biasa-biasa .. lagi teruk playboy. Persediaan paling penting bagi si isteri adalah berhiaslah untuk suami. Apalagi kalau suami tu jenis suka bergaya. Okey .. my dad pun kuat bergaya. Cuba bayangkan .. suami bergaya bukan main ... berjalan dengan isteri yang pakai sembarang je .. tiba-tiba yang sengeh meleret tuh sikit punya cun .. hati mana yang tak terpaut. Nafsu mana yang tak terikut.

Jaga sikap

Ini adalah perkara yang perlu di ambil berat juga oleh si isteri. Masa kan bertahun-tahun kahwin tidak kenal lagi apa yang suami senang .. apa yang suami tidak senang. Kalau kita membebel-bebel ... marah-marah then suami blah .. tanda dia tak suka lah tu. Tapi dia diam. Silalah hati-hati dengan lelaki jenis ini. Lelaki macam ni .. sampai satu masa dia akan meletup di luar jangkaan kita. Jadi .. cubalah kita kawal-kawal sikit emosi kita tu. Lebih berlembut dan bermanja dengan suami. Lelaki mana yang tak suka bila perempuan bermanja dengannya? Tapi .. kalau memang sudah ada yang lekat di luar tu ... wallahualam. Tapi, silalah bertindak sebelum segalanya terlambat.

Sediakan diri dengan perpisahan

Material

Okey .. ini apa yang aku terfikir. Risiko sebuah perkahwinan .. siapa pun tahu .. iaitu perpisahan. Jadi, buktikanlah pada diri sendiri .. walaupun kita seorang perempuan tapi kita boleh teruskan hidup tanpa suami. ( kalau ditinggalkan ..) Boleh teruskan kehidupn .. walaupun diabaikan ..( kalau di duakan ..) cehhh .. tak ley blah..!! hahahaha. So, jalan yang aku fikirkan adalah .. pastikan ada kerjaya yang tetap. Tak kiralah apa kerja .. tapi jangan sampai putus duit. Duit memang tak boleh terlalu dipentingkan .. tapi ia tetap penting untuk teruskan kehidupan. Macam mana nak menyara anak-anak masih kecil kalau duit tak ada? Macam mana nak menyara pelajaran anak-anak bila duit tak ada. Tak apa kalau si suami abaikan anak-anak. Lantak p lah .. tapi .. yang penting .. kita kena jaga aset paling berharga tuh. Jangan kita pun ikut sama abaikan anak-anak. Tu tak bijak langsung namanya. Politik kena baik yerrr ... kih3x

Hati dan Minda

Siapa tak sedih bila orang yang kita sayang kecewakan kita? Alangkan putus cinta pun frust macam nak hape .. ni kan pula sudah pernah hidup bersama. Apa yang aku boleh kata .. jadikanlah kekecewaan itu buster untuk bangkit. ( bak kata Dr.Tuah Iskandar ). Tanamkan dalam hati .. setiap ujian yang Allah berikan itu adalah untuk menguji iman kita. Mungkin juga peringatan buat kita yang telah lama lupa. Itu adalah tanda kasih sayang Allah pada kita. Fikirkan semula. ...' aku hilang sedikit sayang manusia .. tapi aku dapat sayang Allah ...' susah. memang susah. Sumpah tak senang. Tapi .. bila kita berjaya lakukan .. kita adalah manusia paling berjaya walaupun akademik sekadar darjah 6. Pandanglah ke langit. Katakan pada hati .. ' aku mampu lakukan yang terbaik ...!!! ..'

Sebenarnya semua itu adalah iktibar bagi aku. Benda yang perlu aku fikirkan. That's why aku share di sini. Satu masa nanti, mungkin aku juga akan melalui benda yang sama. Aku tak tahu. Tapi .. harap dijauhkan dengan semua tu. Bagi yang sedang melalui .. kuatkan hati. Berusahalah untuk ambil kembali kebahagiaan lalu. Pesanan pada isteri .. jika rasanya sayang suami itu masih ada lagi buat keluarga .. tariklah dia kembali. Jangan biarkan saja dia pergi dengan orang yang belum tentu dapat menyayanginya sebagaimana kita menyayanginya.


semoga ada sesuatu untuk difikirkan
wassalam ..:)