Monday, December 24, 2012

~ astaghfirullahaladzim ~



Assalamualaikum
selamat malam
hye .. apa buat tak tidur lagi
wat's time now, babe ?!

12.29 am
yeah ! still cannot sleep like me ya ?

hati yang tak ok
oh Allah .. 
entah dah berapa banyak dosa aku dah buat kan sepanjang hidup ni
baru 2 minggu sakit dah fikirkan mati
sakit itu kifarah dosa.
yeahhh .. actually, untuk aku fikir kembali segala dosa kering yang dah buat
so malam ni
jom kita tenangkan hati

let's crying wif me babe !


' berubahlah wahai nazura .. semua itu hanya menghancurkan diri sendiri '

Saturday, December 22, 2012

~ hapy bfday, dear ~


Assalamualaikum
hye dear, readers !

hari ni tak mau membebel panjang-panjang
ohhh .. kesihatan lagi.
apa lagi kan ...??
yeah ! hari ini cedera parah sebab kena cakar dengan kucing bergaduh
bijak sangat kan pegang kucing baru sangat lepas bergaduh !!!
ohhhh sangat sakit

Tapi, dalam kesakitan ni jugak
just wanna wish
hapy bfday
to
my beloved fren ever
Nur Atikah bt. Razali


' selamat melangkah ke umur 23 tahun, sayang. doakan kamu terus berjaya dalam hidup dunia akhirat. Terus melangkah menjadi seorang Muslimah sejati, seorang Isteri solehah, Ibu buat anak-anak yang soleh dan solehah .. May Allah bless u and ur family, ever .. '

 
yeah ! the chipmunks so cute there !!
don't know either u'll see this entry or not
it's not the matter for me
as long as u always in my mind ever
it's the matter for me !
 
Have a gud day, dear
muahhh
 
 

Wednesday, December 19, 2012

~ result oh result ~


Assalamualaikum
hye dear readers !!
waaa .. bangun tak berapa nak pagi dan tak berapa nak segar
tapi .. hidup perlu diteruskan
even sakit .. sakit .. dan sakit
kena jugak kuat semangat kan ...??? hehehe


Waaa !!!! 19 Disember 2012. Result PMR keluar !
Hahahahaha .. aku adalah orang yang tak berkaitan untuk berdebar .. dan untuk gembira. kan ..???
kih3x. Tapi pernah berkaitan. kan ..?? Fine. Sebelum cerita tentang result result exam .. aku nak bagitahu sesuatu iaitu .. 



~ yeah ! Diana Amir. Malam tadi tertengok cerita ' Mak Sanggup ' .. dia bukan watak utama pun. Tapi .. seriously terpikat kat dia. Sejak dia bertudung .. dia nampak maaaaaaaakin caaaaaannnntik sangat ! Apa lagi dia betul-betul tutup aurat. Even berlakon pun dia still pakai stokin .. tak tahulah dia tak sengaja  atau memang alasan tutup aurat kan. Kat situ aku memang sangat salute. seriously great !  ~


Alhamdulillah .. aku yang dah memang sejak azali bertudung pun boleh terpikat dengan perubahan dia, rasanya mesti ramai lagi teen kat luar sana yang berhajat nak mencontohi dia kan ..?? That's a gud job ! 

Okeh ! Back to result exam kan ?
PMR, SPM, STPM, Matrikulasi .. dan result result kat Universiti.
Masing-masing dan setiap dari kita ada target masing-masing. Nak 8A la .. 10 A laaa .. 4 plat laaa.
Ohhh .. sangat besar target itu. 

Bila target tak tercapai .. mulalah frust menonggeng n tertonggeng tonggeng ! Dalam hidup aku .. aku cuma pernah frust 2 kali je dengan result aku. 
Pertama : UPSR
Kedua   : Matrikulasi Sem 1

Kenapa ..?? Sebab masa tu aku meletakkan harapan yang sangat tinggi dengan struggle yang amat tinggi. Tapi .... HAMPEH .... ;(

Masa PMR, SPM dan result result final kat U, aku hanya ada usaha, tawwakal dan redha.
Bila result tak berapa ok .. aku cuma letakkan sesuatu dalam otak aku iaitu .. ada yang lebih baik untuk aku. 
Even pernah kena hentam dengan lecturer pasal result aku tu tak melayakkan aku untuk sertai program yang maaaaaaaacam bagus sangatla kan .. tapi aku motivate hati aku :

'student yang doktor pilih tu bagus sangat ke ..?? result gempak .. attitude ke laut .. tak boleh nak pakai laaaa'

Sejak masuk ke U, aku tak pernah meletakkan 4 plat sebagai target aku. Tak teringin pun. Nak dapat anugerah Dekan pun tak pernah berhajat. Tapi, ada sesuatu yang aku cari dan aku dapat. 



~ sory dik, pinjam result jap ~
8A ! Siapa pun nak result tuh !! Tapi adakah kualiti diri kita sebagus keputusan PMR kita ??
Think about it !!

Attention to budak-budak yang masih akan mengambil result exam :
Hai budak-budak ! Result akademik bukan segala galanya. Jangan terlalu memandang Keputusan peperiksaan itu menjanjikan kehidupan yang baik bagi anda. Dan jangan terlalu prejudis, keputusan yang tak berapa elok tu hanya menjanjikan masalah dalam hidup.

Itu kesilapan yang terlalu amat besar !
Kenali hidup anda. Dalam hidup ni kita ada macam-macam yang perlu di jalani seiring. Jadi, seimbanglah terhadap sesuatu. Jangan terlalu mengejar pencapaian akademik hingga anda mengabaikan keperluan rohani dalam hidup. Sosial, agama, attitude .. motivasi diri .. ohhhh .. semua itu tersangat jauh lebih penting dari result akademik anda. Result akademik anda hanya sekadar hiasan tanpa elemen elemen di atas !

Faham ?!
Dah faham. Bagus.! Apa pun result yang bakal anda terima sekejap lagi .. sekejap nanti .. atau lama lagi nanti, yakinlah itu terbaik untuk anda setelah anda berusaha. Bagi yang tak berusaha .. rasanya tak kecewa kot even result teruk. Jadi, atur langkah seterusnya dengan lebih baik. Yeah ! anda masih mampu melangkah ke arah lebih baik selagi anda mahu !

Gud luck dear sis, everywhere u are !
Wassalam
 

Monday, December 3, 2012

~ antara aku dan kucing jalanan ~


selamat senyum semua
snap !!!!
haaaa ... kan suweet klau snap pic macam tuh
hehehe

Assalamualaikum
hapy morning day .. hapy monday all ..

Today is a gud day
So .. kita akan story mory kisah yang gud gud saja okeh !
bahekkkkkklah ! heee

Siapa penggemar kucing kat sini ..??
fine. angkat jari saja. hahaha
Penggemar kucing pun ada macam-macam jenis. Kan ..? Ada yang memang sayangkan tak kira jumpa kucing dari mana .. ada yang suka yang comel comel je .. ada yang sekadar suka pandang tapi tak berniat untuk memiliki .. dan ada juga yang tak boleh hidup tanpa kucing. Macam aku. heh heh heh heh ..

Allah menciptakan aku sebagai manusia yang memang sayang kucing.
Entah lahhhhh .. aku pun tak faham dengan perasaan yang datang time pandang kucing 
comel ke .. tak comel ke ...
nampak kucing je .. wow ! they are look like a baby la dear 
kih3x

Kisah 1

Fine, kali pertama aku kutip kucing kat jalan masa tahun 2011. September 2011. Aku ambik dia sebab dia buasir. Huhu .. kisah jaga dia, memang menyayat hati. Setiap kali teringat dia mesti menangis. By da way .. dia dah mati dah. Mati tuh .. dia tak sihat lagi. Mungkin dah ada masalah pada sistem cerna dia. huhu .. nama dia .. Si Mon a.k.a Simon.


~ ni gambar si momon masa aku baru ambik dia. kesian dia nak makan tapi tak boleh nak makan nasi. kolon dia akan sentiasa keluar setiap kali nak membuang dan .. aku lah yang masuk kan semula kolon dia tu. huhu .. tabah tak aku .. huhuhu ~
 

~ ini gambar si momon setelah sebulan ke dua bulan dalam jagaan. macam hero zaman agogo tak ..??? hahahaa .. time nih dia dah jadi tersangatlah temuk and bulat. kerja dia adalah makan makan dan makan .. ~
rindu kamulah si momon. !!!


~ saat kematian si momon. huhuhu .. temukkkk !!!   ~


Kisah 2

Kisah yang ni pun aku ambik kucing ni dari komplek niaga parit raja. huhu .. kucing ni tak sakit. okey je. tapi aku kesian sebab dia sangat kecik and tak ada ibu.
nama dia ... Snowy !!


~ ini gambar Snowy lepas dah siap di mandikan .. dan tidur. Time tu dia baru bangun tido .. ~

Kisah Snowy nih sedikit tragis. Since aku dah ada baaaaaaaaaanyak kucing kat umah, jadi agak masalah bila bertambah dan bertambah. Jadi, aku pun bagi pada kawan aku yang memang sedang mencari kitten. Tapi sayangnya, seminggu je dia duduk dengan kawan aku tuh .. but then dia mati sebab di langgar.
hmm .. mungkin dia duduk dalam tayar dan orang tak perasan.
ohhhh .. tragisnya kematian dia !!!! huhuhu

Kisah 3

Lepas Snowy .. adalah kucing aku kutip di Institut Pertanian Ayer Hitam. Ini pun kitten lebih kurang sebulan lebih umur dia. Dia lagi kesian. Mata dia ada masalah. Mengikut pengamatan aku, mata dia rosak sebelah. keadaan dia memang sangat kasihan. huhuhuhu ..

gambar ..?? huhu .. yang ini tak de gambar sebab tak sampai sehari pun dengan aku. Lepas aku mandikan dan letakkan ubat pada mata dia .. aku letak dia dekat sebuah rumah yang tuan rumah dia saaaaaaaaaangat care dengan kucing. Aku tunggu kucing tu datang kat rumah tu dan tengok tuan rumah tu ambik dia.
Jadi, aku pun senang hati dan balik.
kui3x.
Nasib dia sekarang, wallahualam ..

Kisah 4

Okeh .. setelah beberapa lama duduk dekat JB.
Aku ada jumpa kucing kat satu mini market kat Taman Nusantara, Nusajaya, Gelang Patah.
Tapi aku tak ambik atas dasar kemampuan.
Kucing tu kecik lagi. Kaki belakang dia ada masalah dan dia banyak duduk je. Aku nk ambik .. tapi aku tak ambik-ambik. Lagi masa tuh aku dah ribut dengan masalah aku kat sekolah baru. huhuhu .. Jadi, aku biar je lah. Serahkan keselamatan dia pada Allah. Lagi pun kat mini market tuh ada jual bahan basah. Aku nampak juga orang yang jaga kedai tuh bagi dia ikan mentah kadang-kadang.
Harap dia ok ! huhuhuhu ..


Kisah 5

Okey, yang ni setelah aku pindah ke Taman Perling, JB
Masa aku balik dari sekolah dekat maghrib, aku ada nampak satu kucing tua la jugak .. then, ada kitten kecik jugak baring dekat dia. Jadi aku assume tu anak dia since warna dia sama je.
Malam tuh hujan.
Then .. esok tengah hari aku tengok kitten tuh terbaring lagi kat tangga belakang rumah jiran. Aku dari dalam keta, tak sedap hati then aku stop and panggil dia. Ingat dia da mati kan. But then .. dia bangun ! Huhuhu .. bangun nak jalan tapi dia seret kaki belakang dia. huhu .. kaki belakang dia mungkin di langgar
Yang tu, aku kata aku tak boleh biar ... aku terus ambik dia bawak pergi vet kat BBU. Tak apalah pergi sekolah lambat sikit
Dekat vet, after buat check virus semua .. aku tinggal. Dalam pukul 8 malam, aku terus ambik kat vet, bayar ubat ... dan bawak balik kampung kat BP.

Disebabkan kucing kucing kat rumah ni semua penyamun, jadi aku terpaksa sembunyikan dia dalam bilik aku ... dalam kotak. Tapi yang paling sedih bila dia nak manja dengan kucing besar. Yang betina semua garang .. jadi, terpaksalah aku pujuk si Hensem nih manjakan dia sekejap.


~ kitten tuh dengan si Hensem ~


~ bila Hensem ubah tempat, dia pun datang jugak dan peluk Hensem ~
 

~ tapi nak buat macam mana kalau sudah ajal .. akhirnya dia pergi juga .. pagi Isnin ~
huhuhu ..

Tapi yang paling sedey .. si Hensem hilang sejak malam tuh.
Dia tak balik balik sampailah sekarang
huhuhu 
Assume Hensem pun dah pergi 
ohhhh my Hensem. Kalau dah pergi, mesti Hensem tengah berbahagia kat syurga, kan ..??? 


~ the latest of my hensem. huhu .. hensem in memory ~


Kisah 6

Kisah ni lucu sikit. Aku jumpa dia kat lubang tepi jalan. Besanya, tepi jalan yang ada tempat pejalan kaki akan ada lubang yang terus hubung ke longkang. Tujuan lubang tu adalah untuk mudahkan aliran air terus ke longkang bila hari hujan.

Dijadikan cerita, masa aku drive .. aku dengar bunyi anak kucing menjerit. Aiii .. aku tak tahu macam mana telinga aku nih boleh peka sangat. Masa tu aku di line ke 3 nak buat U-turn. Aku pandang punya pandang, aku nampak kepala kucing tuh kat lubang tuh. Dia nak keluar tapi takut sebab kereta semua laju laju kat situ. huhuhu

Jadi, aku pusing balik .. ingat nak ambik. Bila lalu kat tempat pejalan kaki tuh, aku boleh tak nampak lubang tuh. Kitten tu pun tak bunyi langsung. Jadi, aku assume tu cuma perasaan aku je. Jadi, aku pun terus nak pergi BP ambik adik aku. Time tuh dah dekat kul 12 malam.

Tapi, masa lalu balik kat tempat tu nak pergi BP .. aku nampk lubang tuh. Adoiiiiii .. tapi aku terus je pergi. Dekat BP hati aku tak sedap. Balik ambik adik aku .. teringin nak makan KFC. Pergi KFC dulu .. then lalu lagi tempat tuh. Aku stop jauh sikit and jalan dengan adik aku kat situ. Aku panggil-panggil kitten tuh and .... taraaaa !!! dia pun menjerit. 


Aku pun terus ambik dia. Tapi .. malu sikit ada dua org laki dalam kete tegur
'ehhh .. dia ambik anak kucing !'
aku pun pandang diaorang yang stop kat traffic light tuh then aku cakap
'apsal ? nak bela ke ?!'
hahahaa .. then aku blah

Aku panggil dia Tonet
Dia tak lama pun kat umah sebab kawan kakak aku ambik dia.
Dia saaaaaaaaaaaaaaaaangat becok. Bising sangat
Kata kawan kakak aku .. si Tonet tu kuat buli sebab dia ada satu lagi kitten yang lagi kecik dari Tonet tuh.
So .. jaga diri Tonet. hehehehe


Kisah 7

Okeh. Ni kisah last dalam tahun 2012
hahahaha
Kitten ni plak adik aku yang laki jumpa. Dia lepak kat umah kawan dia then .. kitten nih duk merayap kat tepi tayar. Sudahlah malam .. gelap gulita lagi dia .. ada jugak yang leper nanti.
Kata adik aku .. adik dia dah mati kena langgar. 
Dan kawan adik aku kata .. kitten ni pun dah pernah kena langgar sebab tu dia tempang 
huhuhuhu


~ haiiii .. my name is Namo !!   ~

Malam masa tengah tido, tiba-tiba adik aku pegi letak kitten tuh atas aku
terkejut aku !
Sebab tak ada siapa nak dia .. jadi, aku pun decide biarlah bela je.
Lagi pun .. aku sungguh hairan kenapa si Minnie ( kucing paling tua kat umah ) jadi saaaaaaaaaaayang sangat kat dia. Nama dia ... Tamo a.k.a Namo !!!


~ tengok ... Namo kesayangan Minnie. agaknya Minnie teringat kat anak dia yang mati dulu kot .. huhu ~


~ Ini anak-anak Minnie time kecik lagi. Baru lahir gak la. Si kecik yang kat depan tuh la yang mati sebab tak sihat. Memang lahir tak sihat. Yang kat belakang tuh nama dia Lala .. a.k.a Cik Sombong. Errrkkk .. ~

Minnie tuh tak pernah suka dengan mana-mana Kitten. Dulu masa aku bawa balik Si Momon tuh .. 3 bulan dia tak mau duduk dekat dengan aku. Bila aku ambik dia marah aku. Pergggghhhh .. mogok ! Bila si Momon dekat je habis kena pukul. Tak cukup sebelah kaki dia bedal, dua dua kaki naik ke muka ! Tapi bila datang si Namo ni .. sombong jugak dengan aku. Tapi asyik berkepit dengan Namo.


~ hai .. nama saya Minnie yang comel. Saya sedang ugut Mummy .. kalau Mummy tak nak bangun dari kerusi, Minnie tak mau bangun dari laptop mummy .. yeeaaaahaaaa ~

Dengan aku pun nak berebutlah mak cik ni. Kalau aku dah duduk kat kerusi tuh, tak kira macam mana dia mesti tolak tolak aku suh aku bangun ! Yerkkkk .. dengan Mummy pun nak berebut !

But, lately .. Namo murung je. Demam dan tadi ... alami kekejangan
Alhamdulillah ni dah okeh sikit even nampak weak sangat.
huuhuhuhu .. harap dia akan bertambah elok.
Cuma takut dia ada kesan sampingan sebab pernah kena langgar kan. ;(


Yuhhhhuuu ..
Itulah kisah aku dan kucing jalanan. Sikit tentang kucing yang memang dah lahir kat rumah nih.
Actually, sayang kucing .. bela kucing ada indahnya even kau kena handle najis dia kan.
Alhamdulillah .. even kucing kat rumah ni ada 9 ekor
dalam rumah tak ada bau bauan yang menyayat hati. hahahaha 
Ada juga diorang kencing sana sini .. si pemalas keluar membuang pun ada. Tapi kena terus bersihkan. Cari bau sampai jumpa. Jadi, ia mmang memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi.

Nasihat aku ..
sayangilah kucing di alam semesta .. !!!!
Waaaachhhaaawww
Wassalam 

Sunday, December 2, 2012

~ babai Istanbul .. yuhuuuu ~


Yuhhuuuu ..
Assalamualaikum semua
hye readers !
how bout ur day ..??
yeah .. marvelous rite !!! kui3x


Ehmmm .. orang kat sekeliling duk sibuk bercakap tentang Istanbul Aku Datang.
Aku plak baru je habis tengok selepas .. dan jadi air sejuk dah cite tuh. hahahaa .. means bila cerita tu dah boleh download kat u-tube, kira dah sejuk la tuh kan ...??? hahahaa. Sejuk ke suam ke panas ke ... aku memang susah nak tengok movie. Well, bagi aku .. duduk dan tengok tanpa hasil tuh macam membazir. Upppssss .. sangat skemas kan my otak ! Wayang ..?? lagi lah tidak. So, my sis yang excited download even dia dah hadap cite tuh kat panggung .. then paksa aku tengok. Jadi, aku pun tengok !!!

Taraaaaaa !!!!
How bout the movie ..??? Well .. bagi aku. Honestly .. suweeeeett .. fun .. just for enjoy!
There's no big message to audience. Senang kata .. cerita tu hanya menyampaikan mesej .. sila bergembira dan ketawa. So, okeh ! Itu bagus untuk men'release'kan tensen ! hehehehhe ..

But then .. bila tengok watak Tomok and Lisa .. yeah ! Just teringatkan my bf kat Sabah.
Hohoho .. Sabah ke sekarang. No ! Cuti sekolah kan .. sedang memaksimumkan masa dia di rumah di .... Yuhuuu .. Perak ! Masih jauh juga kan ..? lalalalaa ..

Dalam cerita tu .. 7 tahun berkawan. Ehmm ... aku .. baru lepas tahun ke 5 .. lama jugak tuh. 
Aku cuma terfikir ... am I will be cheated like Dian ..?? hoho .. almost all gf will think bout that when ur bf is not around u kan ..?? 


~ see, jodoh dian ditentukan oleh si penulis skrip .. dan jodoh kita  di tentukan oleh .. penulis skrip untuk kita laaa. Allah .. jadi berharaplah Allah temukan jodoh yang terbaik untuk kita .. ~


Kata my bf .. ' sy bukan macam aaron aziz pun ' but then aku kata .. ' kalau awak macm aaron aziz mmng saya tak suka awak lah kan. dont wory ! ' sebab i memang tak minat aaron aziz. kalau dia nak jadi bf aku, time tu jugak aku kata .. sory, i can't. ( waaaaaa .. budget kau lawa sangat la ea gile ! )

U know wat .. aku tak la comey  .. and my bf pun bukan lelaki idaman malaya, rite ! Tapi .. pernah tak kita terfikir .. untuk org jatuh hati dengan kita, tak perlu muka yang menjadi idaman setiap orang. Statement ..
'tak lawa macam saya, siapa lah yang nak' then, when gf saying that to her bf .. means .. even u rasa u tak cantik .. bf u nak jugak kat u. bila bf u nak kat u, maknanya .. ada potensi untuk orang lain nak kat u. betul tak ..???
 
Setiap orang ada tarikan yang tersendiri. Bak kata UAI, perempuan Afrika yang rambutnya ceceiput, kulit gelap ( this is not means to menghina okeh !) yang kita pandang tak cantik, tapi tetap cantik di mata puak dia. So .. jangan hairan kenapa kita tengok kadang-kadang isteri tu caaaaaaaaantik tapi suami dia ehhmmmm .. selekeh je orang kata. Begitu juga sebaliknya.
 
Fine ! Back to isu kena tipu kan.
Ada juga yang tanya kat aku .. tak takut kena tipu ke bf jauh. berbulan bulan bulan tak jumpa. No skype .. just message message and message. Call pun .. seminggu sekali mungkin. 
 
Yeah ! sometime memang terfikir. Tapi aku perlu motivate diri aku untuk tidak terlalu fikirkan. Kalau tak, haiii ... aku kena fikirkan kerja jugak. errkk !!! Percaya. But then .. jangan tipu sebab bagi aku .. there's no 2nd chance and I never ask the 2nd chance to others. Kecuali Allah. huhuhu .. Dan aku pulak sejenis manusia yang tersangatlah pantang orang duk jeles jeles tak tentu hala. Alhamdulillah .. my bf tak pernah lagi buat hal macam tu.
 

~  8000 km mencari cinta .. tapi sape tahu cinta kita tuh tak sampai 1 km pun dari tempat asal kita kan..?? ~
 
 
Selebihnya, serahlah pada Allah. Jika dia memang jodoh kita .. Allah akan pelihara dia di hati kita dan kita di hati dia untuk menjadi jodoh. kui3x. Sila positifkan fikiran dan hati kita semua. Dan kalau bukan jodoh .. usahalah macam mana, tetap bukan jodoh kita. :) let smile .. macam Istanbul Aku Datang. Macam-macam Dian buat supaya Azad propose dia. Gila kan ?!! Tapi .. kalau Azad bukan jodoh dia, maknanya .. bukanlah ! Yuhuuu .. 
 
So .. to all gf and bf ..
Kalau anda tidak bersedia untuk percaya dan kehilangan ..
Sila jangan bercinta. Sebab itulah risiko yang perlu anda lalui. Kalau tak bahagia, duka. Kalau tak bersama, berpisah. kui3x.
Selamat tersenyum semua. peace !
Wassalam.   

Tuesday, November 27, 2012

~ Hitler dan di sebalik perang dunia ke II ~




Assalamualaikum
hai readers ..
huhuhu .. ;(
harus bersedih ketika ini sebab menaip dalam keadaan yang hanya Allah saja yang tahu
tak boleh tidur punya pasal
sakit punya pasal ..
haaaa .. meh korang plak dengar aku bebel
kah5x. gelak paling jahat dalam dunia !!!!


Malam nih, nak bagi entri ilmiah sikit. Sikit je. Since aku bukan makhluk Allah yang cukup ilmiah, jadi untuk berangan jadi ilmiah .. cuma boleh komen sikit je laaaaa. hahahahaha

Oritte!!! Hitler. Adolf Hitler. 
Siapa yang tak kenal dia ..???!!! Bagi tahu aku. Yes. Aku lah makhluk Allah tuh. Sumpah babe, aku memang tak kenal langsung dengan si mangkuk tuh. hahahaha .. boley aku panggil dia mangkuk ek ..?? Siapa yang kenal dia .. agak samar-samar .. pasti dia akan di kaitkan dengan NAZI. Makkkkk aiiii ... NAZI pun tak kenal ..?? Tak belajar sejarah ke ...??? Haaa .. tu pun aku orangnya. Aku pun tak perasan dalam sejarah form 5 ada cerita pasal NAZI nih. Selama aku hdup nih ... mati-mati aku ingat NAZI nih ajaran sesat. Yelah .. sampai satu dunia haramkan dia bagai. Adoooiiiyaiii. Dan Halocoust .. lagi lah hidup hidup aku ingat dia nama orang. Punyalah bangang punya manusia kan ...??? kuang3x.


~ si misai kuntut ~

Fine ! Jadi ... disebabkan semua ketidaktahuan aku tuh .. menjadikan aku manusia paling buta pengetahuan dalam dunia. hahahhaa .. So, apa yang membuatkan aku tiba-tiba di malam yang buta ini nak story mory pasal dia ???!!! Haaaaa .. apa sebab ...?????

Bermula bila satu hari my sis cakap tentang satu statement dari H//mmmmmitler :
aku boleh musnahkan semua yahudi di saat aku berkuasa, tapi aku tinggalkan sedikit untuk kalian ketahui siapa Yahudi.

Macam tuh la lebih kurang. Jadi, aku pun sedikit heran. Ish, banyaklah yang aku heran. Apa yang aku heran ..???? Haaa .. meh tengok pe yang aku heran !

  1. Sape Hitler nih? 
  2. Aik ..?? Bila plak Yahudi kena bunuh ni ..??
  3. Dia bukan Islam, kenapa bunuh Yahudi plak ..??
  4. Pe benda alahnya NAZI nih ..??
Di situlah bermulanya exploration aku tentang Adolf Hitler dan NAZI dan Perang Dunia ke II. Haiiiiyoooooo .. seminggu lebih jugak aku explore dan explore !! Dan akhirnya otak aku jammed sampai mengakibatkan sakit yang teruk iaitu sakit pergi shooooppppppingggg ! Oh gila sungguh penyakit itu. kui3x.

So far, aku bukan orang sejarah .. bukan budak berlatar belakangkan pendidikan sejarah .. bukan juga manusia yang mengikuti sejarah .. bukan manusia yang boleh beri komen yang panjang lebar secara ilmiah tentang sejarah. Aku hanya budak yang buta sejarah .. tapi minat untuk mengetahui sejarah. Minat pun ada sebabnya. Sebagai mana aku explore segalanya tentang Constantinople .. begitulah aku explore tentang Hitler nih. Semuanya di sebabkan aku tertarik dengan sesuatu tentang mereka. Masa constantinople, aku tertarik dengan nama dia. Tapi dengan hitler, aku interest kat statement dia.

Okeh. Back to Hitler !
Bagi yang tak tahu tentang Hitler, meh aku kenalkan sikit sebagaimana masyarakat umum ketahui. Dia adalah Fuhrer Nazi ( pemimpin Nazi ) yang telah menyebabkan berlakunya Perang Dunia ke II antara Jerman menentang Amerika Syarikat, British dan Perancis. Hitler dikatakan sebagai diktator .. dan mengarahkan pembunuhan secara beramai ramai terhadap orang Yahudi yang dikatakan telah membunuh seramai 6 juta orang Yahudi. Disebabkan kekejaman Hitler, selepas selesai Perang Dunia Ke II, Nazi telah diharamkan berikutan peristiwa Halacoust iaitu peristiwa pembunuhan bangsa Yahudi secara beramai ramai.



~ buku yang telah ditulis oleh Hitler semasa beliau berada di dalam penjara ~


Itu masayarakt umum tahu. Budak budak kat sekolah satu dunia pun tahu begitu. Tapi, bagaimana boleh timbulnya pelbagai cerita di sebalik itu semua ? Apa ceritanya ..??? Aku tak boleh nak ulas apa ceritanya sebab kisah yang sangat penuh dengan tanda tanya akhirnya. So, bagi korang yang nak tahu .. jom, terjah mereka ini :

http://apizalong88.blogspot.com/2010/07/adolf-hitler-dan-misteri-sejarah-yang.html

http://electro-rk86.blogspot.com/2012/03/adolf-hitler-antara-islam-dan-yahudi.html

http://takusahrisau.wordpress.com/2010/07/29/11-fakta-benar-mengenai-hitler/

http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/09/bukti-pembohongan-yahudi-mengenai.html

http://mak-andak.blogspot.com/2012/03/polisi-hitler-terhadap-bangsa-yahudi-di.html

http://mrbelia.pun.bz/trajedi-pembantaian-ke-atas-yahudi-oleh.xhtml

http://www.unikaneh.com/2012/04/sisi-lain-seorang-adolf-hitler-yang.html 







 ~ mungkinkah seorang yang begitu dekat dengan kanak-kanak .. mempunyai jiwa keras yang tidak mempunyai belas kasihan hingga membunuh jutaan bangsa Yahudi tanpa mengira umur mereka ..?? ~
Ini juga mampu di keluarkan tanda soal ( ????? )


blogger blogger kat atas tuh semuanya ... menyingkap tentang siapa sebenarnya Hitler dan NAZI di pandangan mata secara kasar di sebalik cerita yang digembar gemburkan oleh Yahudi. Namun, ada juga sesetengah mereka yang berfikir lagi jauh dengan mengatakan, sisi pandang positif tentang Hitler sekadar mengaburi mata masyarakat semua. Hitler dikatakan lebih kepada kambing hitam bagi Yahudi mengikut bukti-bukti tertentu. Nak tahu ? Korang pegi la terjah diorang nih plak ... adoooiiiyaiiiii ...

http://petikanbuku.blogspot.com/2009/10/siapa-hitler-siapa-pula-di-belakang.html

http://beritasemasa.com/adolf-hitler-nazi-dan-yahudi

http://serenemaklong.blogspot.com/2012/04/yang-tersirat-dari-perang-dunia-1-dan-2.html

http://hikmatun.wordpress.com/2010/07/22/kaitan-antara-hitler-nazi-zionis-dan-illuminati/ 

okeh ..??? baca dah. aiiiyoooo .. tak payah baca semua kot. tapi baca semua pun bagus. so .. apa yang korang fikir ..?? entah .. mana lah aku nak tahu kan ..??? jadi, aku tulis je apa yang aku fikir. lalalalala .. heeee. jangan mara.

Ni kesimpulan yang mampu aku buat. Memandangkan aku tak de kat zaman tuh ... pelbagai pendapat ada. Mungkin juga pelbagai pembohongan boleh dilakukan Yahudi selepas semua itu terjadi. Jadi, pendapat aku lah kan .. jadi, tak perlu ada mana-mana sumber yer. Sumbernya adalah kepala otak aku sendiri. kui3x.

Pandang sisi positif tentang Hitler mengatakan, Hitler merupakan mangsa Yahudi. Pembuktian Halacoust sebagai mitos, mari kita ambil sebagai pegangan. Maknanya, Hitler tidaklah sekejam yang dipukul canang oleh masyarakat antarabangsa. Kalau tidak sekejam itu, apa yang menyebabkan berlakunya serangan bagi bangsa Yahudi di Jerman ? Itu pun sangat banyak pendapat. Antaranya, Hitler berpendapat Yahudi adalah punca kejatuhan ekonomi Jerman. Ada juga yang kata Hitler mahu membalas dendam  terhadap Komunis Poland dan tentera NDVK(Russia) berketurunan Yahudi terhadap warga Jerman yang berada di Danzig, Poland.


 ~ sekiranya Hitler dikenali dengan sikap bengis dan kejam yang tiada taranya .. mungkinkah dia menjadi icon si kecil dan sangat penyayang terhadap mereka ..??? ~
mungkin juga kan ..?? bukankah Firaun juga pernah menyayangi Nabi Musa ..??? tapi dia juga yang telah mengarahkan semua bayi lelaki perlu dibunuh ..???
semua itu tetap tanda soal. let's think 


Ada juga pendapat yang mengatakan, Hitler mahu ambil semula Poland untuk menjadi tanah Jerman kembali. Jadi, mana jawapan yang tepat ..??? Hitler saja yang tahu apa tujuan sebenarnya. Baik, sebab pertama dan kedua malah ketiga .. ketiga-tiga sebab itu ada logiknya bagi Hitler melancarkan perang. Sebabnya, dia mahu kembalikan hak Jerman. US, Perancis dan British waktu itu adalah penjajah. Jadi, perjuangan Hitler perlu di salute sebab dia punya motivasi yang cukup tinggi untuk mengambil kembali haknya. Betul ???  Fine, kalau salah.

 Seterusnya, peristiwa Holocoust semula. Kenapa Yahudi simpan baik baik peristiwa ni ? Ya, untuk menarik simpati masyarakat antarabangsa. Sedangkan .. Ahmadinejad sendiri kata peristiwa tersebut sebagai mitos. Bagi sesetengah pendapat mengatakan peristiwa itu yang membawa kepada penghijrahan bangsa Yahudi ke Palestin.

Jadi, Hitler sengaja mencipta peristiwa itu supaya Yahudi dapat jadikan Halacoust sebagai alasan penghijrahan ke Palestin. Betul ke Hitler mencipta peristiwa itu, atau Yahudi sengaja mencipta sejarah itu dan menggunakan nama Hitler ??? Sedangkan Bangsa Yahudi sememangnya telah berjaya menuntut tanah di Palestin sebaik saja selesai Perang Dunia Pertama apabila Palestin berjaya di tawan oleh penjajah ( US, British dan Perancis ). Pihak penjajah telah bersetuju untuk mengiktiraf penempatan Bangsa Yahudi di Palestin dan menafikan hak rakyat Palestin ...???   


          Pada 24 Julai 1922, mandat British ke atas Palestin diisytiharkan oleh Majlis
Persatuan Liga Bangsa Bangsa yang turut menyentuh bahawa ‘hak asasi dan agama kepada
penduduk bukan-Yahudi di Palestin’. Penjelasan dokumen ini adalah signifikan dan nyata
menunjukkan bahawa orang Palestin tidak diiktiraf sebagai rakyat tetapi adalah komuniti bukan-
Yahudi yang tidak mempunyai hak politik. Berikutan kuasa mandat yang diperolehi oleh British,
menaikkan semangat dan harapan bangsa Yahudi untuk menubuhkan negara mereka di Palestin
(Rogan & Shlaim, 2001: 19).


Di antara tahun 1919-1920, terdapat lebih daripada 10,000 imigran
Yahudi memasuki Palestin. Sebahagian besar daripada mereka adalah golongan pekerja dan
lebih kurang 8,294 memasuki Palestin pada tahun 1921. Persaingan pelbagai puak di antara
golongan pekerja ini membawa kepada pertelingkahan di antara Arab-Yahudi (Smith, 1992: 72).


Seterusnya dilihat pertambahan yang ketara bagi pendatang Yahudi dilihat berlaku pada
tahun 1946, iaitu seramai 608,800 berbanding 1.269 juta orang Arab. Dengan nisbah 1 : 2, bangsa
Yahudi memiliki aset lebih kurang 1.6 juta dunam, iaitu sebanyak 20% tanah pertanian.
(Smith, 1992: 137).

sumber asal :
© International Journal of West Asian Studies
EISSN : 2180-4788 Vo. 3 No 2 (pp 19-39) DOI: 10.5895/ijwas.2011.08 19
First World War, Balfour Declaration and Their Impacts on Palestine


Jadi, sememangnya Yahudi sudah merancang malah sudah mengatur strategi cukup lama untuk merampas tanah Palestin. Sekitar tahun 1919 - 1944/45 adalah jangka masa cukup lama untuk merancang suatu strategi. Ada kemungkinan, di mana pihak Yahudi sengaja membangkitkan kemarahan Hitler dan Tentera Nazi agar menyerang mereka dan mengambil kesempatan tersebut untuk meletakkan kesalahan di tangan Hitler. Jika semua orang mengata Hitler adalah sekejam-kejam manusia, tapi mengapa ada yang mengatakan dia seorang yang sangat di sayangi oleh orang bawahan ??? Maknanya di situ ada tanda soal. Jawapannya ??? Jawapannya adalah mereka yang pernah menjadi pengikut Hitler.

Lagi .. ada juga yang mengatakan Hitler sengaja berbaik dengan Palestin sewaktu itu, untuk mengheret umat Islam di dalam kancah peperangan dan menunjukkan Islam menganjurkan keganasan. Dengan bersahabat dengan Hitler dan menyokong Nazi .. Islam dilihat menyebelahi Hitler dalam siri Perang Dunia ke II. Palestin juga dipertanggungjawabkan ke atas peristiwa Halacoust. Begitu ???

Menurut aku .. melalui otak aku yang biasa biasa nih .. Hitler menjalin hubungan persahabatn dengan Palestin ketika itu adalah kerana Jerman dan Palestin antara pihak yang tertindas selepas Perang Dunia Pertama melalui Perjanjian Verseille. Biasalah bagi mereka yang tertindas, mereka akan datang kepada mereka yang turut sama di tindas. Betul ...????? 

Misi mereka sama saja. Hapuskan Yahudi. Adolf Hitler dikatakan seorang penganut Kristian yang setia. Aiiiyoooo .. Islam dan Kristian, sama-sama tahu betapa bahayanya Yahudi. Meskipun ibu Hitler merupakan seorang Yahudi, kalau Hitler dibesarkan dengan persekitaran bukan Yahudi .. itu boleh juga membuatkannya menjadi seorang yang bukan Yahudi.

Pernah baca novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazi ?
Siapa perempuan tu ek namanya ..?? Adoooiiii .. lupa plak !
Okeh. Linor atau Sofia 
Girl nih .. adalah anak Palestin yang di ambil menjadi anak angkat oleh keluarga perisik Israel ( ringkasnya ) dan akhirnya menjadi perisik Israel bagi menghancurkan Palestin.
See .. lihat bagaimana suasana seseorang itu membesar akan mencorakkan siapa dia sebenarnya.


Ada lagi pendapat dan persoalan yang mengatakan, jika Jerman dahulu yang membunuh bangsa Yahudi, mengapa mereka tidak membalas dendam terhadap Jerman ..? Kenapa mesti umat Islam di Palestin ...??? Maka terbuktilah jawapannya .. Holocaust adalah satu penipuan besar besaran dan sasaran mereka adalah Palestin berikutan apa yang mereka pegang dari kitab Injil 




Palestin, terutamanya al-Quds merupakan tempat suci orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi. Namun begitu orang Yahudi mendakwa mereka lebih berhak terhadap Palestin daripada orang lain. Mereka juga mendakwa bahawa mereka mempunyai hak pemilikan terhadap Bayt al-Maqdis sekalipun hubungan mereka dengannya telah terputus semenjak dihalau oleh Maharaja Rom pada tahun 135M. Orang Yahudi pernah tinggal di situ dalam tempoh beberapa dekad yang pendek sahaja. Mereka hidup dalam keadaan bertebaran di seluruh dunia di luar Palestin lebih daripada lapan belas kurun 
(Eeman Mohamed Abbas, 2002: 497)


Kongres Pertama Zionis yang diadakan di Basle, Switzerland pada tahun 1897 menetapkan matlamat
“establishment of a national home for the Jews in Palestine”. Untuk mempopularkan tuntutan mereka terhadap Palestin, pihak Zionis berhujah dengan kandungan kitab Injil sebagai bukti,
iaitu terdapatnya janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim bahawa mereka akan dikurniakan tanah yang
terletak di antara Sungai Nil di Mesir sehingga ke Sungai Dajlah. Zionis melihat bahawa wilayah
Israel adalah terletak di antara kawasan yang dijelaskan dalam Injil tersebut. Walau
bagaimanapun, A. Guillaume menafikan interpretasi daripada Injil itu hanya untuk bangsa
Yahudi sahaja, tetapi adalah untuk orang Islam dan Kristian yang juga mempunyai pertalian
salasilah dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
 (Shameem Akhtar, 1968: 233).



~ buku yang ditulis oleh Hitler sewaktu di dalam penjara ~
teringin nak baca .. kalau Yahudi berjaya menipu 90% segalanya tentang Hitler dan NAZI dan Perang Dunia ke 2 di mana kebenaran 10 % yang tinggal ..?? Pasti ada di mana-mana ..


Akhirnya .. mengapa terdapat banyak sangat versi tentang Hitler ..?? Selepas mendapat maklumat dari sisi positif Hitler .. setelah habis dipukul canang betapa jahat dan kejamnya Hitler terhadap bangsa Yahudi, mengapa keluar pula pelbagai maklumat tentang mereka yang berada di belakang Hitler sewaktu itu adalah Yahudi ..?? Orang-orang dan syarikat syarikat yang telah menaja pembabitan Hitler di dalam dunia politiknya.?? Mungkinkah apabila rahsia yang disimpan ketat selama ini mulai terbongkar satu per satu, maka mereka mencipta satu lagi propaganda agar Hitler tidak dipandang positif oleh Umat Islam ? Motif ?? Motifnya adalah untuk terus memastikan peristiwa Halocoust kekal relevan. Maknanya, Hitler telah diupah oleh mereka dan mereka sanggup mengorbankan bangsa mereka sendiri untuk misi dan matlamat mereka. Isu bahawa mustahil untuk Hitler bangun dari seorang askar Jerman biasa menjadi seorang Pemimpin Nazi yang paling berpengaruh jika tiada sebarang penaja di belakangnya. Ya, itu ada logiknya. Kenyataan tersebut tidak boleh di tolak mentah-mentah. Tetapi, psikologinya ... setiap orang diciptakan dengan aura yang tersendiri. Ya, Hitler mempunyai aura yang memukau saat berpidato. Perwatakan dan etika pemakaiannya menggambarkan kredibiti dan karisma yang ada padanya. Jadi, mungkinkah Hitler ditaja ..?? Jawapannya hanya Hitler juga yang tahu.




antara petikan petikan paragraph terakhir surat yang dijumpai dalam bilik tmpt hitler dibunuh ( keracunan arsenik) :
  " aku tinggalkan sebahagian yahudi di bumi ini walaupun aku mampu menghapuskan semuanya dulu adalah kerana aku mahu kamu semua kenal sifat2 buruk kaum ini ( yahudi) "

Rasa tak ada yang confuse di situ ??? Kalau Holocaust itu mitos semata-mata, bagaimana boleh timbulnya statement begitu ..? statement itu adalah surat yang dijumpai di bilik hitler mmbunuh diri. Mungkin ke statement tersebut hanya ungkapan yang digunakan untuk membuktikan Hitler telah benar-benar menjalankan Halocoust.? Adakah benar, itu adalah statement dari Hitler ...??? Ya, jawapannya hanya Hitler juga yang tahu.



 ~ benarkah mereka yang mati hanya bangsa Yahudi ..?? benarkah mereka yang mati di sebabkan pembunuhan yang kejam itu atau disebabkan kesan peperangan seperti kebuluran dan wabak penyakit ?  ~



~ bukti di mana kajian terhadap bilik yang dikatakan tempat pembunuhan bangsa Yahudi adalah mitos ~
 Pada akhir 2005, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pula mengeluarkan kenyataan dengan menggambarkan Holocaust sebagai ‘mitos pembantaian orang Yahudi’.

Beberapa penentang mengenai kebenaran Holocaust itu sendiri bahkan terdiri daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut. Misalnya pada tahun 1964, Paul Rassinier yang merupakan mangsa yang terselamat dalam korban Holocaust telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘The Drama of European Jews’. Dalam bukunya, beliau menyatakan bahawa sebenarnya tidak terjadi pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi terhadap Yahudi, jumlah korban tidak sebesar itu (6 juta), dan tidak ada bilik gas beracun.




Okey, andaikan Hitler sememangnya telah ditaja oleh Yahudi untuk memanipulasikan keadaan .. mengapa akhirnya Hitler menjadi bahan cemuhan dan tohmahan ..? Adalah lebih baik jika mereka meletakkan Hitler sama seperti posisi Barack Obama hari ini. Lihat peristiwa Osama bin Laden. Mereka berjaya menggunakan Osama bin Laden hanya dengan satu helah yang cukup mudah. Begitu juga Hitler. Disebabkan pendiriannya terhadap bangsa Yahudi ketika itu, maka mereka menjadikan itu sebagai penguat alasan Hitler dan Nazi merupakan mereka yang bertanggungjawab dalam siri pembantaian bangsa Yahudi. Sedangkan .. terdapat juga pendapat .. melalui sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa gambar mayat-mayat yang mati bukan saja bangsa Yahudi, tetapi terdapat juga rakyat Jerman. Mereka itu adalah mereka yang mati akibat kebuluran, pelbagai penyakit yang menular akibat peperangan dan mangsa bedilan meriam selayaknya peperangan. Malah tidak ada satu bukti juga yang dapat meyakinkan mereka bangsa Yahudi yang mati itu adalah disebabkan gas beracun di dalam sebuah bilik beracun. 

Kematian Hitler yang terus menjadi tanda tanya hingga hari ini. 1945 mencatatkan Hitler dan isterinya telah membunuh diri di bunker. Logik akal .. mungkinkah seorang lelaki yang berjiwa besar, seorang pemimpin tentera .. atau menurut masyarakat antarabangsa .. seorang yang tersangatlah kejamnya .. membunuh diri akibat kekalahan yang ditanggung oleh Jerman ?? Bagi aku .. kalau selamaa beberapa tahun dia memperjuangkan pendiriannya .. pelbagai cara dia bangkit dari kejatuhan .. mungkinkah semuanya berakhir dengan bunuh diri selepas gagal dengan perjuangan. Okeh, itu mungkin saja. Tapi .. 2010 membuktikan bahawa Hitler tidak mati bunuh diri. Jadi, ke mana ...???? Ada yang mengatakan dia mati di Argentina. Dan penemuan yang terbaru, Hitler mati di Indonesia memandangkan perwatakan dan beebrapa bukti yang mengatakan seorang tua Jerman yang dikenali sebagai Dr.Poch mempunyai perwatakan dan ciri-ciri yang sama sebagaimana Hilter. Penemuan beberapa bukti juga menjurus kepada Dr.Poch adalah Hitler. Jadi, di manakah kebenarannya ..???? Wallahualam .. itulah rahsia hidup ! Inilah permainan hidup !!


Hingga hari ini .. siapa pun Hitler tetap menjadi tanda tanya. Bahkan aku sendiri .. sampai migrain bila baca semuanya tentang Hitler dan perang dunia kedua. Sejarah itu adalah milik mereka yang menang. Mereka yang menang boleh saja mencipta apa saja mengikut cita rasa mereka.

Siapa pun Hitler .. apa yang sebenarnya yang berlaku sewaktu WWII tidak lagi penting. Apa yang paling penting hari ini adalah hati hatilah dalam menerima apaa saja khabaran. Apa lagi dari media yang begitu mudah dicapai hari ini. Mereka boleh saja mengolah mengikut cita rasa mereka. Mereka boleh memperbodohkan kita dengan pelbagai cerita. Maka, jadilah masyarakat ... individu yang sentiasa mengambil tahu. Individu yang mencari tahu agar tidak sentiasa di perbodoh. Yahudi telah membuktikan kepada kita bahawa selama ini kita telah diperbodoh dengan cerita dongeng mereka melalui buku buku sejarah. Lihatlah bagaimana mereka mampu menipu sejarah. Mungkinkah segala sejarah yang kita pelajari di sekolah itu adalah penipuan mereka semata mata ...??? Itu mungkin. Ya, sangat mungkin !!

Sekiranya, Hitler itu berada di tempat yang benar. Maka, ambillah dia sebagai contoh. Insan yang tidak pernah mengaku kalah. Insan yang berpendirian teguh dengan prinsipnya. Insan yang mampu membawa semangat yakin diri kepada rakyat Jerman. Tidak mahu penjajah ikut campur dalam urusan mereka. Berani melawan apabila meyakini mereka berada di tempat yang benar dan mereka sedang ditindas.  Hitler dan rakyat Jerman merupakan masyarakat bukan Islam yang turut diperdaya dan dipermainkan oleh Yahudi laknatullah.



~ sekiranya Hitler ini adalah kaki konspirasi dan propaganda .. ya, dia memang tetap hebat. bila lagi umat mahu jadi lebih hebat dari dia ..???   ~


Tapi, jika Hitler berada di pihak Yahudi .. maka, lebih berhati-hatilah kita semua terhadap segala rancangan jahat musuh musuh Islam. Ya, musuh Islam ada di mana-mana. Sebagai umat Islam, kita jangan terlalu mempersoalkan bagaimana mereka memperbodoh kita, tapi .. tanya balik pada diri kita .. bagaimana kita dapat memperbodoh mereka ...??? Hanya mereka yang berkuasa dapat memperbodoh mereka yang lemah. Maknaya ...?? Fikir sendiri. Sampai bila umat Islam mahu selamanya di pandang lemah ..??? Jawapannya ada di tangan kita,. Untuk bangkit kuat ... maka kuasailah sejarah. Kita belajar tentang hidup melalui sejarah.
 

Nampaknya ini adalah masa tidur yang paling sesuai buat aku setelah segala apa yang aku simpan berhari hari muntah di atas entri ini. So far, segala pendapat yang ada hanyalah pendapat aku semata mata. Semata-mata. By da way .. aku memang sedang mencari buku-buku tentang WW I dan WW II. Harap aku akan jumpa nanti. ;)

Bak kata student aku waktu aku mengajar sejarah sekejap. Setiap kali aku bertanya :
' apa jadi lepas tu ..? '
pelajar cina ni akan jawab :
' semua pergi mati la cikgu '
 hahahahaa .. ye. akhirnya sejarah adalah kematian. Disebabkan kematian itulah pelbagai cerita boleh timbul. Sekejap begitu .. sekejap begini. Jadi mana yang paling benar ..??? Tak ada. Setiap masing-masing mempertahankan benar itu adalah di pihak mereka. Walaupun entri aku di atas seakan memihak kepada Hitler dan Nazi, tapi boleh saja segala apa yang aku usulkan adalah sebaliknya. Jadi, ingatlah .. dalam kita menilai, kita perlu mempunyai jati diri. Kita perlu punya keyakinan diri.

Siapa pun Hitler .. itu sudah tidak penting. Apa yang paling penting adalah .. ambillah seberapa banyak pengajaran yang boleh di ambil di sebalik kisah yang di paparkan oleh pelbagai pihak.


Marilah aku beredar. Chaw guys !!!!!
' adakalanya memandang ke belakang itu penting untuk kita menyusun langkah untuk ke masa hadapan '
( nazura, 2012 : nazura-nasir.blogspot.com )
hahahahahahaa
wassalam .!!


Tuesday, November 20, 2012

~ hiduplah bagai Mercedes Benz ~


Assalamualaikum 
hye readers !
selamat pagi .. dan selamat ... selamat papelah
asalkan selamat
hahahaha!

Okeh ! boleh hembus nafas lega bila PBS telah berjaya di selesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah ... kegigihan satu punca kejayaan ! hahahahaa ..

Haaaa .. tengok tajuk atas tuh. Gempak tak ?!! hahahaha
Aiiiyooo .. bukan nak cite pasal Mercedes Benz .. tapi, sesuatu yang boleh kita aplikasikan dengan Mercedez Benz. Well .. sejak dah pakai, dah drive .. baru boleh cerita kan ..?? 

Mak aiiiii .. bukan baru kot. Aku ambik merce lama je kot. Gila ko nak pkai yang baru. Aku tak sekaya itu. Berbanding kawan-kawan yang pakai Myvi baru ting .. Viva baru ting .. haiiiiyoooo .. tu lagi mahal harganya berbanding kereta lama tuh ! hahahaa .. 

Tapi .. kenapa bila pakai merce lama  pun orang tetap akan cakap ..

' ehhh .. dia pakai merce ..'
' wahhh .. hebat. Dah pakai merce ! '
' ehh ... dia tu yang pakai merce tuh kan ?'

Tapi pernah tak dengar bila orang tuh baru je tadi beli kete biasa yang baru ting ting .. berkilat dari 100 meter .. ada juga org cakap .. tapi .. kenapa perkataan yang keluar pada Mercedes Benz tahun 1998 sama hebat dengan Myvi 2012 ???? Cer bagitahu kenapa ..???? 
( ini bukan entri riak okeh .. ! Ini entri motivasi, gile .. )

Tentu saja tentang kualiti ! 
Itu perlu diakui oleh semua. Sumpah ! Aku bukan nak pandang rendah pada kereta Malaysia dan pandang tinggi pada kereta luar. Family aku pun ada kereta Malaysia. Aku pun tak ada masalah pakai proton saga tahun 1985 bertahun tahun dulu waktu semua kawan-kawan pakai myvi or viva baru.kui3x. Tapi maksud entri ini adalah .. mengapa kita tidak mengambil Mercedes Benz sebagai motivasi hidup ...?? Ini aku terfikir masa nak tidur malam tadi !

1. Kekal Unggul Bersama Zaman.

Kenapa aku kata kekal unggul ? Macam aku cakap kat atas tadi .. Merce tahun 1998, pun masih orang pandang hebat .. pada tahun 2012. Kira dah berapa tahun tuh ? 14 tahun. Tu bukan jangka masa yang sekejap je ? 1998 tuh aku baru umur 10 tahun kot. 

Jadi, hidup kita ni .. biarlah tetap unggul .. kekal unggul semakin unggul. Jangan semakin meningkat usia, semakin merudum keunggulan kita. Tak mahu begitu ya !!

2. Tua yang berguna

Kenapa tua ? Merce masa baru keluar .. tak kira zaman bila pun, dia adalah kategori kereta mewah. Kan ? Tapi .. bila tua .. tak kira zaman bila pun dia lahir, tetap boleh berjalan walau hanya sebagai teksi. Orang akan gunakan dia semaksimum mungkin. Sebab apa ?? Dia tahan lasak. Sparepart dia pun ada je. Memang ada yang terduduk kat tepi semak, itu pun setelah dia begitu puas di pakai.


Jadi, kita sebagai manusia .. sediakanlah diri kita sebagai seorang yang berguna sampai tua kepada semua orang. Jangan kata muda je berguna untuk semua orang .. dah tua pun kena berguna untuk semua orang !! Jangan pulak muda tak berguna .. dah tua lagi la .. orang perasan pun tidak. adooiiiiyaiii .. memang masalah !

3. Gagah dan mantap di atas jalan

Bila nampak merce je kita akan kata .. kereta besar dah macam lori ! kah3x. Tapi .. bila dia jalan atas jalan raya .. maka terserlah kemantapan dia berbanding kereta lain. Mungkin akan nampak setanding dengan kereta kereta yang seangkatan dan semahal dia waktu baru. kan ..??Kalau accident sikit sikit pun .. dia mungkin tak seremuk dan separah kereta biasa, kan ? Actually, Merce lama bapak aku tu pun .. aku pernah langgar dengan honda aku tuh. Tapi tak kuat. Kiss kiss je pun. hahaha .. tapi, pernah juga masa baru dapat lesen dulu, aku go stand .. cium merce. !! Mak aiiii ... apa lagi. Cabut !!!. tapi dia okeh je. Suka kot kena cium dengan proton saga lama aku dulu tuh. hahahaha

So, kita nak nampak gagah jugak ke ..?? Jawapannya .. Yes !!!
Memang perlu nampak kuat .. stay strong !! Itu paling penting. Jadi macam merce yang kuat hadapi ancaman di jalan raya. Macam juga kita .. kena kuat untuk hadapi ancaman kehidupan. Sedih .. suka .. duka .. kecewa semua tu adalah ancaman kehidupan. Macam merce .. untuk jadikan dia kuat hadapi ancaman jalan, engineer dia sediakan dia dengan pelbagai sistem keselamatan yang .. tip top !!! Jadi kita .. untuk hadapi ancaman kehidupan .. sediakan diri kita dengan kekuatan fizikal dan mental .. jaga emosi .. kuatkan motivasi. Yes, like that !!!

4. Biar kadang kala not a friendly user, tapi tetap memberi kepuasan kepada orang lain

Bagi aku .. merce lama je kot .. merce baru mana lah pernah bawa kan .. kurang friendly user. Kenapa ..??? Adooiiiyaiiii .. semuanya keras. Signal keras, pedal minyak berat .. stereng, lagi lah berat. Kata auto .. tapi, dah macam proton saga lama yang tak auto stereng !! Senang kata .. untuk perjalanan nak masuk sana, masuk sini .. memang tak sesuai yawwww !! Sekali aku bawa pergi sekolah. Cukuplah 3 hari. Sakit sakit badan aku .. sengal segala bagai .. sebab aku kan kaum yang lemah. Semua tulang dah reput belaka .. hahahaha .. That's why .. merce adalah pilihan lelaki dewasa biasanya.!! Kekuatan diorang berganda berbanding aku yang cikudut nihh !!! hahaha. Tapi .. dia sangat memberi kepuasan dalam pemanduan. Speed 150km/j macam speed 90km/j kereta biasa. Even Honda aku tuh .. 150 km/j tuh macam speed 110 km/j Honda lama tuh. 

So, biar kadang-kadang kita ni dipandang macam-macam oleh orang ramai. Ada yang kata kita garang, ada yang kita sombong .. ada yang kata kita bagus .. kan ..? Tapi, biarlah apa saja pandangan orang pada kita, asalkan kita tetap berikan yang terbaik untuk mereka semua. Sebab dengan keikhlasan kita memberikan yang terbaik .. kepuasan terbaik pada mereka disekeliling kita .. mereka tidak akan memandang negatif kita tapi akan mencari positif kita !! ayuh positif babe !!!

Okeh ! Cukuplah 4 kan ..?? Rasanya 4 perkara tuh pun agak susah untuk kita aplikasikan, betul ..??? Tapi usaha lah kan .. let's smile !

Aku pun sebenarnya macam orang lain juga asalnya. Fikirkan kereta beru untuk di jadikan hak sendiri. Kereta yang pernah aku usya .. Alza dengan Persona. Tapi, bila fikir semula .. bila dah terlalu banyak drive .. jauh atau dekat .. apa yang paling penting bagi aku .. bukan baru. Tapi selesa dan selesa dan selesa. Itu saja !! Baru tuh aku dah letak nombor paling last.

Jadi, aku pun bagitahu ayah aku .. aku nak terus pakai Honda lama yang 21 tahun tuh .. ayah aku, carilah merce sebijik sama-sama bayar untuk kereta family. Tapi jangan lama sangat. Kalau tak lama sangat, tak la aku nampak klasik sangat, kan ..?? hahahaa ..



Even dia memang bukan friendlu user .. aku bawa pun jarang, tapi ... hasil kepuasan ??? Yes ! Aku puas hati. Alhamdulillah !



Sekian, selamat memotivasikan diri kita dengan Mercedes
Wassalam.