Thursday, February 23, 2012

Cikgu bercinta dengan anak murid ..???


Assalamualaikum semua ..
alhamdulillah
aku akhirnya di beri idea berkoyan koyan nak menaip di blog ini
hahahaa ..
mana dapat idea ni ..?

hahahaa .. ok. actually .. dalam kebuhsanan aku dan ke fade up an aku dengan studnt kat sekolah tadi, aku pun merayap dalam internet baca cite-cite bangang lagi sengal kot. hahahaha. then, aku pun terjumpa tajuk forum ... guru perempuan dan anak murid bercinta, mungkinkah ..??? haaaa .. mungkin kah ...????

Jawapan anda ...??? mungkin ke tak mungkin ..??? hahaha
Jawapan saya adalah mungkin ... hahaha

Yup. Memang mungkin. Sebab .. bila adanya lelaki dan perempuan .. tidak mustahil timbulnya perasaan. Perasaan itu dari hati. Dan pernah tak dengar pepatah kata ... ' ikut hati mati ...'. Ok .. kalau tak pernah sila terjun sungai. Tak logik tak pernah dengar ! erkk





~ ini cikgu dan ini student .. cuba bayangkan mereka bercinta .. huhuhu .. confirm .. sure .. weird gilerrrrrr !!!! hahahaha ~


So, bila ikut sangat hati dan perasaan ia akan jadi suatu perkara yang ... yang apa ek ... benda yang pelik pelik la. cikgu 29 tahun bercinta budak 12 tahun. .. bla bla bla. ha .. so weird kan ..?? itu lah realiti. Itulah masalah jiwa. Guru yang belajar kaunseling .. belajar psikologi seharusnya tidak terjebak dengan gejala yang begitu sebab seharusnya mereka sudah tahu psikologi seorang budak lelaki atau perempuan yang baru nak meningkat remaja.





~ cinta tu tak salah kot nak kata dia buta. Tak pasal-pasal dia OKU. Orang yang bercinta tu je yang selalu membutakan hati mereka. Perbezaan usia bukan disebabkan orang bercinta tu buta atau cinta tu buta. Tapi bercinta ikut nafsu tu lah sebenarnya yang membutakan hati mereka yang bercinta .. ~


Aku pun cikgu. Bagi aku memang masalah besar bagi seorang cikgu yang masih muda ( rasa diri muda kot. hahahaa ) apabila perlu mengajar pelajar yang dah besar. Maksudnya remaja. Budak2 mengusik tak payah tunggu cikgu tu cun melecun .. asalkan cikgu tu happening melayan dia, memang habis ko kena kacau. Aku yang tak cun pun kena kacau. Kena kacau nak buat apa ...??? menggedik or layan perasaan ...?? jawapannya adalah .. anggaplah itu gurauan yang buat kita selalu senyum setiap hari. Itu saja.

Aku ada seorang kawan. Perempuan. Dia cikgu. Even dia ni dah 20 lebih .. tapi fizikal .. n riak muka .. sikap dia .. tak macam 20 lebih. Bukan di buat buat .. tapi dia memang begitu. Siapa yang jumpa dia mesti akan tanya ... form berapa.? mengarut kan ...?? sangat mengarut. Then .. bila jadi cikgu .. memang dia selalu kena usik. Pada hal .. honestly aku kata dia memang tak cun pun.





~ sayangi student .. sebab mereka memang perlukan kasih sayang. Kasih kan mereka sebagai anak. Kasihkan mereka sebagai adik .. kasihkan mereka sebagai teman. ~


Bagi aku .. yang menjadikan seorang guru itu selalu diusik .. senang di dekati .. adalah kerana karekter dia. Tahu kan karakter. Sila jangan kata tak tahu okeh .. bukan sebab dia cantik or bla bla bla. Ada sesuatu yang berbeza antara dia dan guru lain. Cara dia layan .. cara dia bercakap .. lebih kurang je dengan budak-budak tu. That's why budak2 jadi selesa bergurau dengan dia. Budak-budak lelaki .. umur baru nak remaja .. memang suka mengusik. Waima dia anggap kita kakak sekali pun. So, sebagai manusia yang lebih tua .. bertindaklah matang. Even muka or karekter tu macam budak umur 17 tahun .. tak salah kalau minded umur 27 tahun kan ..?? awet muda tu penting. Tapi otak tak matang tuh parah.

Bagi mana-mana guru yang sudah terjatuh hati kepada student .. ( aku cakap sebab aku ada baca statement org lain yang dah jatuh hati kat student dia form 1 okeh ) .. fikirlah dengan matang. Bagi yang dah kahwin tuh .. jatuh hati kat student form 1 tu .. aku rasa macaam dah pelik kot. Jadi, aku taklah -ve sangat bila orang kata dia bla bla bla ( sila faham sendiri ok ). Tapi untuk guru yang masih single .. bagi aku benda tu tak salah. TAPI :

1- Sila jangan tunjukkan perasaan tu selagi dia masih student kita. ( mknanya budak tu tak habis sekolah lagi )

2- Jangan ajar budak tu bercinta selagi dia tak habis sekolah. Pun tak bermakna boleh ajak bercinta pas habis sekolah kan ... bia budak tuh matang .. tahu erti tanggungjawab.

3- Hmm .. tak payah bercinta lah. Kahwin terus. Habis kisah. Orang pun tak banyak spekulasi .. tinggal kata .. ' dah jodoh .. nak buat cam ne ..' hohoho. Kesimpulannya, ckgu jangan nak buat perangai budak2 plak nak couple2 dgn student. erkk .. huhu




~ kalau memang sudah jodoh seorang guru perempuan dan pelajar lelakinya .. jangan pula kita mengata bagai. cakap cikgu tu gatal laaa .. tah pape je kan. kalau mereka nak kahwin .. doakan je diorang bahagia. Asalkan si lelaki tu memang dah cukup untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Tak salahkan lelaki muda kahwin dengan wanita berumur .. ~


Pengalaman aku sebagai cikgu dengan budak-budak, even aku layan diorang macam kawan .. aku selalu ingatkan diri aku mereka semua adalah insan yang perlu aku bantu sedaya upaya untuk menjadi 'manusia' dunia akhirat. Aku tetap orang yang lebih tua. Aku adalah orang yang perlu bantu mereka untuk tunjukkan jalan yang betul untuk mereka. Bukan aku tolong duduk sama-sama dalam jalan yang salah untuk mereka.

Bagi aku .. pujian, usikan mereka untuk aku tu .. adalah penghubung kemesraan antara guru dan student. Satu hari student aku kata :
' ishhh cikgu. Buruk gile muka bukak spect ..'
aku jawab :
' la .. muka aku kot. macam aku kisah ..'

Even statement tu cam kasar, tapi kalau kita rasa budak tu hanya budak .. dia fikir gurau .. kita takkan ambik hati. Tapi, kalau kita rasa serius .. kita rasa ada something dgn budak tu .. kita akan kecil hati. Dekat kelas .. tak nak cakap dengan dia. Ala ala budak-budak jugak la kita respon. So .. wat da point kita jadi cikgu. Jadilah student balik, kan..?




~ ni pun kisah cinta perempuan tua lelaki muda. tapi jangan ikut style ni plak sebab cam bodoh gile cite ni. serius tak ley blah .. hahahaa ~


Ada jugak dikalangan student aku nak aku jadi kakak angkat .. panggil aku kakak bagai .. it's still ok. Tapi kalau aku rasa ada masanya msg tu macam tak sesuai hubungan guru n student, aku tak layan. Senang cita. Kadang-kadang kita perlu juga tahu, mereka ni kurang kasih sayang .. perlukan perhatian. Tak salah kita nak sayang. Tapi, sayanglah dengan akal. Bukan dengan nafsu. Kita care dia .. nasihat dia buat benda yang baik .. selalu ingatkan dia dengan benda yang baik .. that's care. Itulah cara yang baik dalam mendidik. Tapi kalau bergayut .. sms tah hape2 .. berat dah tu. Actually .. semua benda.. rasional itu adalah asas kepada kebaikan dan kemaslahatan. That's it !





~ tapi cite ni macam sweet sikit sebab perempuan nampak childish and sweet. tak nampak sangat lelaki tu tua. hahahahaha ... kalau nak bercinta dengan student .. buat perangai cam tu yer. hahahaha .. tapi tak leh gak sebab diorang couple yang tak betul ! wekkk .. hahaha ~


Hmm .. bila terjumpa kes yang begitu, best agaknya kalau dijadikan novel kan ..??? hahahaha .. mengarut dah tu. hahaha ...

So, bakal cikgu .. sila bersedia untuk menghadapi kemungkinan pelajar suka kita or kita suka pelajar. Letakkan rasional itu di tempat paling tinggi. Insya Allah .. selamat dunia akhirat ..

So, mari kita semua muhasabah diri
wahai cikgu sekalian
wassalam ..


Tuesday, February 14, 2012

~ kamu lelaki dan aku perempuan .. waaaachhhaaaa !!! ~



Assalamualaikum semua
apa khabarkah anda semua ..??
huhuhu ...
rite .. mood malam ini adalah
SUAM SUAM KUKU
hahahaha ..

Kenapakah terjadinya suam suam kuku. Tu laaaa .. orang kata, tak de pasal jangan cari pasal. Tapi aku memang suka cari pasal kot. Hmm .. perangai buruk benar, kan ..?? hahahaha

owhhhh .. 14 Februari .. apa yang korang ingat ..?? hahaha ... apa? valentine's day ..??? hmm .. tak kot untuk aku. Sebab bagi aku .. 14 Feb tu sangat diingati sebab lesen kereta mati. wakkakakaa ... kalau tak hengat, alamat bawak kete tak berlesenlah aku. kui3x.

ok laaaa .. malas kot nak story pasal valentine nih. Ramai kot dah tawu ... hukum sambutan dia haram .. sejarah dia bla bla bla .. so, malam ni nak merapu gak pasal loving2 nih. Lama tak sebut and story kat sini .. sebab tu nak story. hahahhaa ..




~ love is always make people ... ~
sambung sendiri .. hahahaha


baca ini

Dah baca ..?? tak mau baca pun tak pe. Just comparison between man and woman.
Lelaki dan perempuan memang diciptakan Allah dengan sifat dan sikap yang berbeza. Even kadang tu, kita rasa kita sangat mempunyai persamaan dengan lelaki itu ( bg perempuan ) tapi hakikatnya itu adalah dari segi pendapat .. mentaliti atau sebagainya. Sifat seorang lelaki tetap lelaki dan perempuan itu memang sifat seorang perempuan.

' Lidah lelaki bagaikan pisau, dan lidah perempuan bagaikan pedang ..'

Aku tak berapa nak faham maksud dia sebab dari artikel yang aku baca, there's no explanation. Cuma bagi aku .. dari pengalaman aku berkawan .. or berkasih ... ( waaa .. berkasih ke ..?? geli aku ... hahaha ) .. kata-kata seorang lelaki even menyakitkan hati tapi masih belum sampai meninggalkan kesan yang sangat dalam pada hati.

Ibaratkan pisau dengan pedang. Pisau .. bila sekali hiris .. ia mungkin luka. Tapi tak lah dalam mana, kan ..? Tapi kalau pedang .. sekali hiris .. bukan kata luka je .. mungkin boleh putus terus. wakakakaka .. itu memang kelebihan perempuan kot. hahahaha ..




~ wakaka .. ini nama dia tak ley blahhh .. hahaha ~


Contohnya masa dekat sekolah budak lelaki dan perempuan bergaduh. Perempuan tu cakap sikit je .. budak laki tu marah sampai baling kerusi kat budak perempuan tu. Sebabnya, lelaki kurang pandai nak berkata-kata membalas balik cakap that girl .. so, baling kerusi is more effisien kot pada dia. Sebab cepat dan berbaloi. hahahaha.

' perempuan menganggap pernikahan adalah jalan terakhir dalam hidupnya, tapi lelaki memandangnya sebagai salah satu jalan pilihan, selanjutnya dia akan melanjutkan perjalanannya ...'

Yang ni aku tak pasti betul ke tidak. Mungkin ya kot bagi kebanyakan perempuan. Perempuan dan lelaki mempunyai cara fikir yang berbeza tentang sebuah perkahwinan. Mungkin kerana tanggungjawab yang besar pada seorang lelaki, jadi .. dia terlalu banyak berfikir tentang tu dan ini. Bagi perempuan, mungkin itu salah satu tanda dia membuktikan dia begitu mencintai lelaki itu. erkkkk !!!! hahahaa. ayat tak ley blah. kelakar sendiri.




~ bagi aku .. bila aku rasa bersedia untuk dinikahi .. means aku bersedia untuk menghadapi perbezaan dan bersedia untuk berubah .. dan bersedia untuk memandang telunjuk orang lain ~


Bagi aku pula .. perkahwinan .. hmm .. ada sesuatu yang mendesak kot. Oppsss .. apa yang mendesak. ..?? Pertama .. bagi aku, dosa la kan. Macam mana pun kita perlu akui bercinta or bercouple .. sangat terancam dengan dosa. Kedua .. aku nak selesaikan satu dari matlamat hidup aku .. supaya mudah jalan aku mencapai matlamat yang lain. Since, soal kahwin melibatkan dosa dan pahala .. dan keperluan budget yang agak tinggi, bagi aku mungkin itu perlu di dahulukan. Maybe .. hohohoho. Jadi, baru aku boleh plan untuk sambung belajar lagi. kui3x. ( kuatnya aku berangan .. ). Bukan sebab aku terdesak nak kahwin sangat yer. hohoho .. mungkin, kalau masa ni aku belum ada pasangan, soal kahwin mungkin akan diletakkan di tempat yang kedua .. ketiga .. or tak tahu. hahhahaha ( punyalah teruk ).

' di sebalik perempuan yang sukses terdapat cinta yang gagal, tapi di sebalik lelaki yang sukses terdapat wanita yang dicintai ...'

Waaaa .. statement macam tak ley blahhh. hahahaa .. ada yang perlu di akui kebenarannya. Ada logik pada statement tersebut. Tapi malas nak explane. Ramai di kalangan perempuan yang gagal dalam cinta .. frust menonggeng .. mengembalikan kekuatan dalaman dia dengan menampilkan dirinya yang jauh lebih hebat dari seorang lelaki. Ni kira nak balas dendam cara positif kot.




~ perempuan bukan saingan yang baik untuk lelaki .. tapi jangan terlalu mencabar perempuan kerana jika emosinya menguasai akal .. apa saja mungkin boleh berlaku .. ~


Aku pernah jumpa dengan cikgu kaunseling aku dan aku cakap pada dia aku nak sambung belajar terus lepas habis degree. By da way .. dia kata, kerjalah dulu .. kumpul duit .. kahwin ..( errkkk .. aku cam badi je dengan statement kahwin tu .. hahahaa ) lepas tu sambunglah belajar dengan suami. Kahwin itu adalah puncak kebahagiaan hidup di dunia ni. Maknanya, bila awak dah kahwin .. awak dah dapat separuh kebahagiaan kat dunia ni .. tinggal macam mana awak nak kendalikan perkahwinan tu. Dan kerana nasihat itu jugak .. aku kuburkan seketika niat sambung belajar tu. Tapi hari ni .. hmm .. ada baiknya kumpul duit untuk sambung belajar. waaakakakakaka ..sengal !!




~ may be it's gud untuk mereka yang sedang frust .. kecewa .. dan yang seangkatan dengannya ... hahahaha ~

' Lelaki letih mencari ketenangan, tapi perempuan tidak tenang kecuali dengan mencari keletihan ..'

Fine. Aku tak tahu ini tepat ke tidak. Bagi aku .. tepatlah kot untuk aku sebab aku memang suka cari pasal. Dah cari pasal .. dah gaduh .. puas hati ! ( sengal punya pompuan ..) Sila jangan jadi perempuan yang macam aku okeh. Tak berbaloi. Macam nak kena bagi penampar je kot. hahaha

' Perempuan menginginkan anak yang menyerupai kekasihnya, tapi lelaki menginginkan anak yang menyerupainya, bukan isterinya ...'

statement dari artikel tuh kata .. lelaki ingin mengulangi wujudnya, sedang perempuan ingin mengulangi kekasihnya. Rite, statement ini menunjukkan bahawa seorang perempuan sangat suka mengulangi kenangan yang indah dalam hidup dia. Kekasihnya ... insya-Allah, ada yang indah antara mereka kan. So, bila dia nampak muka anak tu macam muka laki dia .. then dia akan ingat yang indah2 berlaku antara dia dan laki dia.




~ aku tak tahu di mana kebenarannya .. hahahaha. depend kat individu tu jugak, kan ..?? ~


Kalau perasan, perempuan suka cerita kisah dia jumpa bf dia .. kisah dating .. pergi holiday .. .. sebab dia prefer mengingat saat-saat indah tu. Lelaki ..?? mungkin ada segelintirnya. Ada pula segelintir tu rasa .. benda tu tak penting pun. Benda dah lepas .. lepaslah. Tak yah nak ingat sangat. Means .. lelaki lebih memandang ke hadapan .. tapi perempuan lebih banyak menoleh ke belakang .. lalu langkah dia seringkali terhenti. Lalu .. itulah pentingnya lelaki untuk memimpin tangan perempuan agar terus berjalan. ( jangan pandang belakang okeh !! )





~ ukur sendiri dan anda tentukan .. ~


Cinta antara lelaki dan perempuan. Secara logiknya buat pe lah .. bercinta dengan orang yang confirm .. jelas dan nyata perbezaannya. Tapi itu lah uniknya perasaan yang Allah beri pada kita iaitu .. setiap pasangan adalah saling melengkapi. Kadang tu kita selalu fikir pasangan kita terlalu banyak berfikir .. tapi kita tak sedar, saat dia memandang suatu perkara itu mudah ... kita pula yang terlalu banyak berfikir. Dari sebesar-besar perkara .. sampailah sekecil-kecil perkara. Macam tu lah sebaliknya.




~ rokok membahayakan kesihatan okeh .. perempuan sayang nyawa .. hahhahaha ~




~ macam sengal .. !!! ~


So, moral of da story ... aku pun tak tawuuu. hahahaa ..
Conclusionnya : Lelaki itu memang ditakdirkan untuk perempuan .. macam tu jugak sebaliknya. Hanya tinggal bagaimana kita nak mengendalikan perbezaan yang ada. Perkataan perpisahan itu memang mudah je nak kata .. ' jom break ' .. senangkan. Tapi tak mudah kot nak menghadapi keadaan tu. Sama ada kita mengambil perbezaan itu menjadi pandangan yang positif .. atau pun negatif. depand on us !!




So ..
jom buat kerja lain ..
chaww dulu
hehehe
wassalam


Sunday, February 12, 2012

~ this is a sweet day .. ~



Assalamualaikum ..
semua !!
hahahaa ... apa khabar kah anda semua ..???
orite ..
mud hari ini adalah ..
BAIK !!
hahahahaha ..

oklahh .. actually, hari ni baru je balik dari Plaza Angsana, JB. Since, aku n my fren tak balik ke BP this week, maka terpaksalah kami mencutikan diri sendiri di Plaza Angsana. wakakakaka .. sebab semalam, hari Sabtu sekolah. Dekat pukul 3 baru balik. Jadi, tak berbaloi kot nak balik BP. huhuhu ..

Keinginan pergi Angsana pun sebab nak beli kek untuk bfday cik maira yang ke setahun. hoyea .. hoyeaa .. maira dah setahun !!!!. Hapy bfday to you, girl ..



~ ini dia bfday girl ( 9 feb 2012 ) dengan muka yang sangat tiutttt miuttt .. hahaha ~



~ bfday girl wif ibu .. nik farida ismail .. ~
p/s : sian dia tak dapat jumpa ayah .. kui3x




~ cik maira wif me ... ~
p/s : ini bukan anak saya okeh .. sy cuma ada anak kucing .. hahahaha


Aku pun .. dari semalam, tiba-tiba mengidam sangat nak makan kek. Pasal apa ..??? uhuhuhu .. rindu punya pasal lahhhh. Siapa yang bersalah ..?? Hmm .. mestilah my bf yang bersalah. Siapa suruh buat aku rindu kat dia. sengal !!! erkkk ... i tak suka okeh rindu rindu kat u .. ;P

dah dapat kek .. duk lepak kat marry brownn. owhhhh .. sory .. saya harus berterus terang bahawa pilihan saya adalah sangat silap sebab tak boleh g dengan tekak saya. huuhuhu




~ lucky plate marry brown .. huhuhu ~



~ black forrest .. nice !! ~


Abis makan ... jalan lagi. Mana lah tawuuu ada show si Najwa Latiff kan. Ehmm .. tak tengok sangat pun. Lalu sajaaaa. Saya tak minat artis. Sekian, terima kasih. hahahaha.. ada jugak artis perempuan lagi seorang. Hmm .. since aku tak kenal, jadi aku assume dia memang tak famous. hahahaha.




~ tu dia najwa latif pegang gitar .. aku ambik gambar sambil brjalan semata-mata nak masukkan dalam blog. hahahaha ~




~ saya adalah model sambilan di plaza angsana .. comel kan saya ..??? hahahahaa ~



~ muka tak ley blahhh ini budak .. dari tak de rambut tiba-tiba ada rambut panjang .. hahahaha .. ~



~ hoyea hoyea ... maira sayang ibu .. muah muah .. ~


Penat jalan sana sini .. i jadi photgrapher kat si drama queen ini .. kami pun balik dengan hati yang gembira. Thanks Allah .. give me a good day .. a nice day .. after You gave a very tension day lately. So far, tomorrow .. I'll face da tension day again n again .. ;) smile .. and keep it out. I can face it well .. better than before. hahahahaha ..



~ so ... jom kita senyum untuk teruskan hari seterusnya ... ;) hehehe ~

ok lahhh
layan cerita aku lagi nanti
fine !!!
wassalam ...


Wednesday, February 8, 2012

~ aku dan kisah persahabatan ~


Assalamualaikum semua
hye readers
wat's up ??!!
mesti u all sume dalam mud yang ok
yang best
yang bagus ..
betul tak betul tak ..??
hahahaa
mud aku jugak yang tak berapa nak bagus.



oklah .. pernah tak korang dengar statement :
' aku tak naklah kawan dengan orang Kelantan. Diorang kuat assabiyah .. '

Mesti pernah, kan ..?? Haaa .. cerita tentang orang Kelantan. Sejak aku kecik, aku punya mentaliti adalah orang Kelantan ni baik. Orite. Cukup aku mention sebagai baik, so itu merangkumi beberapa perkara yang lain.

Bila aku habis sekolah, masuk ke matrikulasi .. arwah rumet aku seorang .. orang Kelantan. By da way .. bagi aku dia memang baik. Yes. Baik. Tak banyak kerenah. Dalam banyak perkara dia memang nice.
Tapi, kawan kat praktikum aku .. tak ada plak orang Kelantan. Kebanyakannya orang Selangor .. orang KL.

Orang KL .. or orang Selangor. Aku selalu dimomokkan dengan statement :
' budak bandar .. diorang seksi .. diorang sosial ' and bla bla bla .. yang seangkatan dengannya laaa.

Tapi .. aku kenal .. budak KL yang ok .. dan budak KL yang tak ok. Fine .. ! hahahaa
So, mengadili seseorang melalui negeri untuk dijadikan sahabat memang langsung tak accurate okeh.





Bila masuk UTHM .. aku tertakdir berkawan baik dengan dua orang budak Kelantan .. dan seorang budak Kedah. But then .. dua-dua budak Kelantan ni sekejapnya kawan dengan aku. Lepas tu diorang bla dengan alasan yang tak diketahui. So .. tak kisahlah. Then, budak Kedah ni plak .. aku plak lebih kepada tak selesa dengan dia. Pun tak kekal lama.

Dengan kehilangan 3 orang tu .. aku jumpa pulak dengan seorang budak Kelantan. Pun kawan kelas aku jugak. Bagi aku time tuh .. mungkin dia berbeza kot. Sekitar 3 tahun kami berkawan baik. Sayang pun mesti dah sayang, kan ..? Tapi, orang kata kita tak kenal sesiapa kalau kita tak gaduh. Yang pasti saat itu buat aku rasa .. everything is over.

Dalam nada yang lebih romantik aku cuma nak kata .. biar aku dengan hidup aku even aku tak pernah hapy. hahahaha ... boley plak ayat gitu, kan ..?

Memang aku sangat penipu kan kalau aku kata aku hapy hidup sendiri macam ni. Even taklah begitu sendiri pun ... hakikatnya semua itu bukan mengikut fitrah hati aku.





Hari ni, aku kenal dengan seorang lagi budak Kelantan. Bukan budak saja okeh .. tapi family dari Kelantan. Since dia pun dah ada suami dan anak. Honestly, dia bagus pada aku. Dia pun tua 2 tahun dari aku, so .. bagi aku sikap dia lebih matang. Dan tak tahu kenapa, masa mula-mula kenal dia aku rasa something .. dan itu buat aku jadi serumah .. dan sebilik dengan dia di rumah sewa ni. Allah Maha Tahu mengatur sesuatu untuk kita, kan ..? Dan hari ini, aku sangat tahu kenapa Allah meletakkan dia di sisi aku .. dan aku di sisi dia. Cukup setakat itu.

Okey .. kenapa banyak sangat tentang Kelantan, kan ..?? hahahaa. Aku tak nafikan hidup aku memang banyak dikelilingi dengan mereka yang berasal dari Kelantan. Kenapa kita kadang-kadang judge mereka bersifat asabiyyah ..??

Kita judge mereka begitu sebab apabila mereka berada di negeri yang lain, mereka pasti akan rasa terasing dengan loghat mereka yang berbeza dengan standard bahasa melayu. So, apabila mereka berjumpa dengan mereka yang mempunyai persamaan dari segi pertuturan .. dari segi asal .. mereka akan rasa mudah serasi. Itu kat mana-mana pun mungkin berlaku. Waima kita pun .. kalau pergi oversea .. bila jumpa orang dari Malaysia, kita akan rasa berteman, kan ...?? So, itu adalah fitrah manusia kot. Bukan masyarakat Kelantan saja .. tapi kebanyakan dari kita.

Aku pernah dimomokkan dengan statement :
' aku sudah serik dengan orang Kelantan ..'

Soal serik. Serik kenapa ? Serik berkawan dengan orang Kelantan ..? Macam yang aku cerita kat atas .. aku pernah berkawan baik .. aku pernah rasa disakiti .. pernah rasa ditinggalkan oleh kawan dari Kelantan. Jika kita teliti fitrah berkawan .. hakikatnya ia memang begitu. Tak kira dia Kelantan .. tak kira dia dari negeri mana sekali pun .. persahabatan memang akan menerima tidak pertemuan dan perpisahan. Tapi untuk sebuah persahabatan itu berterusan adalah ... carilah titik persamaan. So, please. Dont ever judge a person from where they are come from. Apa yang perlu kita lihat adalah .. bagaimana sahsiah dan sikap individu tersebut. Kan ?





Sebenarnya persahabatan itu hanya boleh kekal bertahan apabila kita mempunyai nilai .. pendapat yang sama dalam banyak benda dengan sahabat tu. Aku tak nafikan .. rasa sayang aku pada kawan aku yang Kelantan tu masih kuat. Serius. Masih kuat. Yes, semuanya mungkin akan makan masa yang lebih lama untuk aku buang perasaan tu jauh. Mungkin masa tu, baru aku boleh terima hakikat yang berlaku.

Orang kata cari pasangan hidup tak senang .. begitu juga dengan persahabatan. Siapa kata nak cari sahabat tu senang. kan ..?? Tapi sekurang kurangnya aku perlu syukur masih ada sahabat yang cukup memahami .. yang cukup setia bersama aku. Mereka tak pernah kata berkali kali mereka sayang aku. Mereka kurang sangat katakan i miss u ... i luv u pada aku. Tapi sesungguhnya aku sangat tahu nilai sayang dari mereka. Ikhlas. Sayang .. tak perlu dituturkan setiap masa sebab lama kelamaan .. ia hanya subur di bibir tapi bakal pudar di hati.

Biarlah ia tidak pernah diucapkan .. tapi rasa kasih .. rasa sayang itu boleh dirasa pada setiap kata-katanya. Kadang tu aku terfikir .. kenapa aku perlu menagih sebuah kasih dan persahabatan yang telah aku buang jauh. Sayang aku mungkin tak cukup bermakna untuk dia, kan ...? 1001 alasan aku guna untuk membuang dia dari hidup aku .. tapi aku cuma jumpa 1 saja alasan yang membuatkan aku tak mampu lupakan dia adalah SAYANG.





Setiap hari aku cuma kata .. masa tu semua sudah lama sangat berlalu. Kenapa aku perlu kenang sesuatu yang dah tak ada ..? Tak berbaloi kan ..? Dalam setiap kata semangat yang wujud dalam blog ini adalah kekuatan untuk hati aku sendiri supaya aku tak pernah kalah dengan perasaan aku.

Aku cuma harap .. masa untuk aku terima kenyataan itu akan segera tiba. Sebab aku takkan pernah buat u-turn dengan apa yang aku katakan. Aku takkan tarik kembali setiap kata-kata aku. Ego? May be .. andai ada yang boleh beri hati aku yang 2 tahun lepas, aku yakin .. ia takkan separah ini. Orang kata luka fizikal senang sembuhnya. Tapi luka di dalam .. Allah saja yang tahu.

So, kenangan ... sila tinggal masa aku yang hari ini .. dan masa depan aku. Sebab kamu tiada kaitan lagi dengan hidup aku. Jika kenangan itu hanya cukup mengundang air mata dan melemahkan seisi jiwa aku .. aku tak nak ia kembali. Sebab yang pergi tetap pergi. Will never come back ! Itu memang hukum alam.





So readers .. hargai sahabat yang anda ada. Anda tidak pernah tahu dengan siapa anda bersahabat sebenarnya. Tapi aku harap .. u all tak kan jumpa sahabat macam aku. Sebab .. tak tawulah sebab apa. Tapi aku cukup menghargai mereka-mereka yang tak pernah pergi dari hidup aku :

Ahmad Hisyamudin, Nur Atikah Razali, Cikgu Zaharah bt. Hj. Hamzah, Liana Azua Abd Hamid, Jalil Saari, Nurul Mahzahidah Mazlan ..

And thanks pada mereka yang baru saja datang dalam hidup aku :
Hanida Shariff and Nik Farida Ismail. ;)

Aku sangat tidak bersyukur kalau aku kata aku tak pernah jumpa sahabat. Sebab aku sudah pun ada sahabat yang tersangat baik. ( even setiap manusia ada kelemahan masing-masing ). Aku cuma nak kata .. pasti aku bukan yang terbaik buat mereka yang telah pergi, sebab aku cuma menganggap mereka semua pernah menjadi yang terbaik dalam hidup aku. Satu saja prinsip aku dalam persahabatan : Kegembiraan kawan aku adalah kegembiraan aku. Jadi, buat sesuatu yang menyenangkan teman di sisi aku adalah perkara utama bagi aku.


So ... Thanks all
Banyak sudah merapu, kan ..?
wassalam ..




Thursday, February 2, 2012

~ hari ini .. hari untuk ... ~


Assalamualaikum ..
semua ..
fine. entri ini adalah berbau amarah ..
hohoho ..
tajuk sebenar adalah ..
hari ini hari untuk meradang !!

haaa ..?? jarangkan aku meradang dalam blog. by da way .. arini aku memang bengang gile. actually dari semalam. Aku tak pasti dengan siapa aku bengang .. tapi memang serius aku bengang. Ok laaa fine! Tak perlu aku bercakap dengan siapa aku bengang. Dan aku harap .. sipulan ini tidak akan pernah baca statement di dalam entry or jumpa blog aku yang tak pernah femes ini.

Orite. Apa yang buat aku bengang sangat ..??
This is about adab kot. Tak kira kat mana .. adakah benda itu perlu atau tidak untuk di marah... bila nak marah kat someone .. must be personaly. Itu menurut aku lah kan.


Ok .. mungkin ada yang kata .. wat u give u get back.
sebab masa kat UTHM dulu .. 2 orang kawan aku marah gile sebab aku marah. Diorang kata .. aku marah diorang depan semua kawan-kawan sedangkan masa tu cuma ada 2 org saja pelajar lelaki n may b seorang dua pelajar perempuan.

Ok .. stop that story there. So, apa yang aku bengang sangat. Aku bengang sangat bila seorng student chinese aku keluar kelas dengan alasan nak hantar homework kat bilik guru then dia tak masuk kelas aku .. tapi masuk kelas lain. Then, dia cakp cikgu kat kelas lain yang aku tak mengajar dalam kelas. Then .. cikgu tu datang kelas aku .. cakap kat aku depan student semua :

'Nazura kenapa ada student awak masuk kelas lain ni ..? Dia cakap Nazura tak mengajar dalam kelas. Nazura relief ke ..? Kalau Nazura tak mengajar .. nak marah ni ..'

Serius. Depan student dalam kelas .. semua student terdiam.
Aku pun senyum je la. Cuma kata aku baru masuk kelas tu n tak kenal student dalam kelas tuh. Fine ..





Ok .. aku mungkin nak membayangkan sesuatu ..
Dalam subjek sivik .. u kena explain kat student tentang kerjaya .. laluan laluan untuk kerjaya .. maknanya u kena bercakap, kan ..?? betul tak ..?

Tapi, since that chinese dont ever understand malay .. just speak in BI .. she said i'm not teaching. Sebab dia kata .. dia tak buat apa-apa. Just baca novel.

Boleh tak aku nak kata ... kepala hotak kauuu !!! Dah kau tak nak dengar .. dah kau tak faham bahasa .. kau nak kata aku tak mengajar.

Tu budak. Then .. cikgu plak ..?? Tak de mind ke marah cikgu lain depan student ..?
Sory to say ok !!!

And hari ni .. masa aku relief satu kelas. Tiba-tiba datang cikgu subjek tu .. dengan tak bagi salam .. dengan tak menyapa aku terpacak kat depan tu .. dia terpekik dengan student.

'ehh .. awak kenapa tak buat kerja saya. siapkan lah kerja semalam .. saya bertugas pun saya ingat awak tau. ehh .. awak kan semalam yang masuk TV tu ..'

Then .. blah !!
Boley tak aku nak kata cikgu nih pun tak de sivik. Yes!! Cikgu cikgu tu semua kat sekolah dulu memang tak belajar sivik. Sebab tu perangai tak de sivik !!! Fine ...

Rite. Actually .. aku pun tak seharusya membuat entri ini. may be .. tapi .. i'm sooo .. geram.
But then .. biarlahkan. Aku pun tak de la buat muka .. or cakap pada mana-mana cikgu lain pasal cikgu tu.
Etika kerja .. u must be a profesional.
Itu masih dikatakan hal kecik. Masih boleh dipertimbangkan. Masih boleh di buang jauh dari hati even memang geram or sakit hati kan.





Moral of da story ..
Jom kita sama-sama menjaga sikap kita. Etika kerja kita. Even aku pun bukan seorang yang sangat menjaga etika dalam setiap aspek. Pesanan buat aku .. please easily .. forgive n forget. Berjaga jaga dalam setiap perkataan yang keluar dan sikap kita.
That's it !!!

huuu .
wassalam ..