Thursday, March 29, 2012

~ hargailah sebelum terlambat .. ~



Assalamualaikum ..
~ lalalala ~
dengan mud yang suam suam kuku nih
aku terasa nak menaip plak kat blog
huhuhu

Aku tak tawu la entri nih ada kaitan dengan tajuk atau tidak. huhu .. Hmm .. perasan tak dalam hidup ni kadang-kadang kita akan rasa kita telah membuat benda yang paling baaaaaaaaaangang dalam dunia. huhu .. ish. percayalah aku. Setiap dari memang pernah buat benda paling bangang .. waima aku sendiri.

Sejak dulu sampai sekarang .. memang kira banyaklah benda bangang n bengang yang dah aku buat. Benda bangang yang akhirnya membuatkan aku bengang. hahahaha .. ~ lalalala ~

Benda bangang yang kita buat terhasil daripada kepala otak yang kurang waras. Adoiii .. bukan gile okeh. Bagus sikit dari gile. hahahaha .. dan biasanya ia dipengaruhi oleh nafsu yang kurang waras. ~ tah hape aku merapu nihhhhh .. ~





Okeylaaaaa .. straight to da point la kan. Actually, beberapa bulan yang lepas ni, aku dah buat benda yang seharusnya aku tak buat. Dari dulu aku memang tak nak buat .. tapi aku buat kali ini. Ia bermula dengan kata hati yang dipenuhi perkataan ...

'kau cabar aku kan ...?? aku tunjukkan ...'

Perkataan tu ada +ve dan -ve nya. Bagaimana ia boleh jadi +ve dan bagaimana ia boleh jadi -ve ?
Jom kita tengok sini :

Positif : Kau cabar aku kan yang aku tak boleh dapat 4 plat .. aku tunjukkan kat kau yang aku boleh !
Negatif : Kau cabar aku kan tak ada siapa nak kat aku .. aku tunjukkan kat kau yang aku boleh dapat banyak lelaki. Ingat aku tak cantik !!!!!

Begitu lah gaya bahasanya. hahahaha ..
Manusia yang otak dia positif, kadang kala akan terpengaruh dengan pemikiran negatif sekiranya dia ditekan dan dibebani oleh kepositifan otaknya. ( wahhhhhh .. ayat macam ahli falsafah plak kan ... )
Hasilnya .. satu masa dia akan sedar ( saat dia rasional ) dan mendapati bahawa dia telah melakukan perkara yang bangang dan membuatkaan dia bengang termasuklah aku. hahahaha ( ambik kau ! )

Sedar tak kadang-kadang kita lupa menghargai sesuatu yang kita ada setelah kita rasakan ada sesuatu yang lebih kita dapat daripada apa yang perlu kita hargai. Reti tak bahawa .. menghargai sesuatu bukan dengan apa rupa di luar .. apa secara zahirnya .. tapi nilai sebuah penghargaan itu adalah dari apa nilainya dalam hati. ( lagiii putar belit ayat )






Maknanya .. sesuatu yang perlu kita hargai itu bukan dari luarannya .. tapi di dalamnya. Contohnya handphone. Kita nak tukar nak tukar sebab berkenan dengan yang lebih cantik .. lebih menarik .. lebih da booooommmm .. tapi pernah tak kita sedar handphone yang sudah bertahun tahun dengan kita tu baaaaaaaanyak sangat berkhidmat untuk kita. ( so .. bolehlah ditukarkan analogi tersebut dengan manusia okehhhh )

So, apa kaitan dengan aku ..?? huhu .. yup, entah macam mana aku boleh tersedar yang aku lupa sekejap tentang apa yang perlu aku hargai. Mungkin kerana shock .. mungkin juga kerana sakit hati .. mungkin kerana godaan luar, aku jadi lupa. Lumrah hidup sebagai manusia. Adakalanya lupa tentang perkara yang tak boleh dilupakan. Kata orang .. ikut hati mati. Kan ..?? Sesuai lah tu.

Moral of da story .. sila jangan terlalu ikutkan perasaan pada benda yang tak rasional. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Hargai dan syukurilah dengan apa yang ada.





So far .. thanks to someone who never be far away from me. You are the best thing i ever had. I love You for the rest of my life. Insya Allah ..

k la guys
huhu
wassalam babe !


Tuesday, March 27, 2012

~ seminggu yang akhir ... ~



Asslamualaikum
girls and boys
wat up beb !!
huhuhu

orite .. today is tuesday
and tomorrow is wednesday
a day after tomorrow is thursday
and da day after a day after tomorrow is da day i'm waiting for
wakakakaka
apa ke belit aku punya ayat daaa
hahaha

okeh .. kalau anda seorang guru pasti tahu apa tu guru interm, rite. yeah. i'm da one of that person okeh. Since january untill march .. there's many thing happen to me. kui3x. nak berbahasa inggeris la plakkkk dahhh. macam expert sangat la kan kan kan kan .. ?

9 Januari 2012 hingga 31 March 2012 itu adalah kontrak aku sebagai guru interim. Dan aku ditugaskan di .. SMK .. dot dot dot. Tak perlulah tahu di mana .. yang penting di Johor Bahru. Life di sini .. not bad. Bagi aku semuanya ok hinggalah aku menjejakkan kaki keluar tak lama lagi insyaAllah. Rumah sewa .. dan sekolah semuanya berjalan dengan lancar even terlalu banyak perkara yang buat aku turun dan naik. Ok .. kisah tu akan dibincangkan kemudian. hahhahaaha

So far .. aku cuma nak story mory tentang benda yang happening je la sekarang. hahhahaa .. rite, di minggu terakhir aku dan kawan2 interim yang lain di sekolah ni .. kami spent time together after dapat gaji. kui3x.



~ baby humaira, nik farida n nik nurmaizura ~




~ azizah ~
manis sangat senyum tuhhh .. semut datang kan nanti ..
hahaha




~ anak dan ibu ~
sory maira .. ayah tak ley tak de okeh .. nnti je kuar dangan ayah yerrrrr.
hahaha




~ ecehhhh .. nak manja kununnnnn ~




~ ni pun sama gakkkk .. hahaha ~




~ dengan bangganya ini adalah santapan kami berempat .. hehehe ~





~ at last .. haruslah tukang karutttt .. hahaha ~


by da way .. kenapa aku tunggu sangat hari aku melangkah pergi dari sekolah tu ..?? suka sangat ke ..??? kui3x. sedey ...??? pun tak de jawapan dalam hati ni. Tapi, yang penting aku menunggu hari tu dengan penuh debaran. Yes, berdebar2. Macam - macam perasaan ada nih. hahhahaha ..
Tak tawuuu la. Ye lah .. dalam hidup nih semua benda datang dan pergi.

Apa pun .. aku harap untuk posting nanti, aku tak dapat sekolah ni lah. Bukan sebab aku tak suka sekolah ni. Sekolah ni pun ada memori yang best untuk aku. Bukan juga aku tak suka mengajar subjek yang aku mengajar di sini. Rasa berdosa klau aku tak suka sebab aku mengajar tentang agama aku sendiri. Dan bukan juga sebab aku takut untuk mengajar subjek bukan opsyen .. tapi, aku cuma nakkan pengalaman yang baru. Sesuatu yang baru. I think it's much better for me. Berkenalan dengan sesuatu yang baru itu membawa kita belajar dan mengenal banyak benda dalam hidup nih. hehehehe

ok lah .. jauh sangat merapu dahh ni. Aku nak mempersilakan diri aku blah dari entri aku sendiri. Sesungguhnya mesti ramai orang da bosan nak baca, rite ! hahahaha

okay sayang semua ..
daa ;)
wassalam ..


Sunday, March 11, 2012

~ pelajar, guru dan undang-undang sekolah ~


Assalamualaikum semua ..
huhuhu ..
hmm .. macam malam sebelum ni
masih tak ada idea ..
cerpen apa aku nak tulis untuk pertandingan tu ..
huhu

Tapi tak apa. Tak payah fikir tentang cerpen .. aku nak cerita tentang diri aku sebagai seorang cikgu. By da way .. aku nak bercakap sebagai seorang cikgu lah kan ...??? hahahaha

Ok .. fine.
Sebagai seorang guru .. cikgu lah senang kata .. aku sangat berhadapan dengan pelajar, guru dan undang-undang sekolah. Bagi aku .. dalam hati seorang guru .. perlu ada hati seorang pelajar dan seorang guru. Barulah kita akan dapat memahami suatu keadaan itu secara lebih jelas.

Undang-undang sekolah ... pasti akan berkait rapat dengan pelajar dan guru. Guru adalah orang yang akan melaksanakan undang-undang tersebut dan pelajar adalah pihak yang perlu mematuhi undang-undang tersebut. Itulah realiti dunia ni.

Dalam hal ini aku memandang ketiga-tiganya adalah sangat berkait rapat. Undang-undang dan hukuman kepada pelajar biasanya berkait rapat dengan tatatertib dan disiplin pelajar. Hukuman adalah demi memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan baik tanpa menimbulkan kekacauan dari pihak pelajar.

Contohnya kes pergaduhan. Kes gaduh sesama pelajar bukan kes yang ganjil lagi. Tapi perlu juga diteliti .. dari mula hingga akhir. Apakah punca pergaduhan tersebut ..?? Contohnya, seorang pelajar A datang mencaci memaki atau mengambil barang dari pelajar B. Lalu, pelajar B yang mulanya diam .. tiba-tiba bertindak memukul pelajar A. Jadi, siapa yang salah ..??



~ buli dan bergaduh adalah dua benda yang berbeza pada aku. bergaduh apabila ada yang cari pasal. tapi buli .. memang sendiri cari pasal .. sendiri hangin .. pastu belasah orang .. jadi, pelajar membuli memang seharusnya mendapat hukuman yang setimpal .. ~



Kalau aku .. senang aku cakap. " dah kau cari pasal, jangan marah kalau kena belasah. dah memang kau mintak kena belasah kalau macam tu ..." jadi, hukuman buat mereka adalah sama. Si A sengaja membuat kekacauan .. dan si B bersalah sebab memukul. Kalau hukumannya rotan, dua - dua kena rotan. Kalau kena surat amaran .. dua dua kena surat amaran. Kalau dua - dua kena gantung .. or buang sekolah .. maka dua-dua perlu diambil tindakan demikian.

Suatu kes takkan terjadi jika sendiri. Pasti ada partnernya, kan ...??? Tak adilkan .. kalau salah seorang je yang dihukum .. tapi yang seorang lagi terlepas.

Dalam menjalankan suatu hukuman, pada aku siasatan yang mendalam perlu dijalankan bagi memastikan hukuman dan keputusan yang dilakukan itu adalah bertepatan dengan kesalahan yang dilakukan.

Contohnya, dalam hukuman buang atau gantung sekolah .. hukuman tersebut terletak di tangan pengetua atau guru besar berdasarkan budi bicara dan laporan - laporan disiplin pelajar yang lalu. Hukuman buang atau gantung sekolah adalah hukuman terakhir setelah di rasakan tiada jalan penyelesaian yang lain yang difikirkan sesuai untuk pelajar tersebut.




~ budak budak sekarang .. perempuan pun nak jadi samseng .. erkk .. tak mengerti aku ~


Dalam menetapkan hukuman tersebut kepada pelajar, pengetua mungkin boleh memikirkan secara semasaknya kerana ia melibatkan masa depan pelajar tersebut. Mendengar pelajar tersebut membela diri adalah perkara paling penting untuk dilakukan. Dan jangan sesekali menetapkan hukuman tersebut dengan pengaruh emosi. Apabila timbulnya pengaruh emosi, maka akan terhasillah keputusan yang tidak tepat.

Meletakkan hukuman terhadap pelajar, perlu juga difikirkan apakah pelajar tersebut sememangnya JAHAT atau NAKAL ? Itu adalah 2 konsep yang berbeza. Nakal perlulah dinasihati .. dan diberi peluang kedua. Tapi Jahat, mungkin tidak berbaloi untuk di pertahankan , namun perlu juga mengikut prosedur seharusnya agar keadilan tetap ada baginya. Itu adalah haknya.

Satu hari .. aku diganggu oleh seorang pelajar. Kata-katanya .. tidak jauh dari satu fitnah yang mengaibkan .. yang boleh menjatuhkan maruah aku sebagai seorang guru. Dan aku sebagai guru .. boleh je melaporkan hal tersebut kepada tindakan disiplin sek atau pihak atasan agar pelajar tersebut dikenakan tindakan tatatertib. Cuma aku tak buat.

Aku perempuan dan dia lelaki. Aku tak fikir tentang status tersebut ... tapi aku perlu fikir, aku dewasa dan dia masih seorang budak yang perlu dibentuk. Kata-katanya adalah satu gurauan yang berlebihan yang membawa kepada aib dan menjatuhkan maruah seorang guru perempuan. Jadi, aku cuma mengambil keputusan memberitahu beberapa orang guru lama untuk dapatkan nasihat dan menasihati dia. Waktu dia minta maaf pada aku .. aku cuma diam. Bukan aku benci .. tapi aku harap dia boleh jadikan pengajaran dan lebih mengawal tingkah laku dia lepas ni.




~ bagi aku .. hukuman rotan masih wajar bagi pelajar. tapi ... rotan pun janganlah melepasi had mengajar yer .. ~


Jadi, bagi aku ... sebelum menjatuhkan hukuman yang berat kepada seseorang pelajar .. telitilah kembali keputusan yang bakal diambil. Adakah dipengaruhi emosi atau memang selayaknya pelajar tersebut menerima hukuman sebegitu.

Hari terbuka tempoh hari. Seorang pelajar perempuan pesan pada aku supaya tak bagitahu apa-apa tentang sikap dia di sekolah sebab nanti dia kena belasah. Adakah aku perlu kesiankan dia yang mungkin akan dibelasah, atau aku perlu kasihankan masa depan dia ..??? jawapannya aku memang kesiankan masa depan dia. Serius aku tahu dia memang marah gile dengan aku. Marah sampai menangis. Tapi aku perlu selamatkan dia sementara dia masih diperingkat awal. Sama ada usaha itu berhasil atau tidak, tak tahu lah kan.

Bagi pelajar, sila jangan memaksa guru mengambil tindakan yang mungkin di luar kehendak guru. Tidak ada guru tak sayangkan pelajar. Bagi aku sebagai guru ... jangka masa 3 bulan sudah cukup untuk aku sayangkan pelajar-pelajar aku. Nakal .. biadap .. kurang ajar .. cukup aku lihat dalam kelas. Aku marah dalam kelas. Luar kelas .. anggaplah semua itu selesai. ( kecuali kes kes tertentu ).




~ bengong !!! hahhaa .. ~


Seorang pelajar, seharusnya sedar tentang tingkah laku yang melanggar tatacara seorang pelajar di dalam kelas dan sekolah. Seorang pelajar seharusnya tahu adab dan limit yang perlu ada di antara pelajar dan guru. Guru itu baik dengan pelajar, bukan untuk di ambil kesempatan .. tapi seharusnya di hargai.

So, conclusionnya .. sebagai guru kita ada kuasa untuk menghukum. Tapi fikirlah kembali adakah hukuman tersebut setimpal atau tidak dengan kesalahan yang dia lakukan. Adakah hukuman tersebut berlandaskan apa yang seharusnya. Sekiranya tidak .. kita telah tidak berlaku adil padanya. Kita telah berlaku zalim padanya. apa lagi sekiranya dia tidak bersalah dan kita telah mengakibatkan musnah masa depannya. Jadi, sediakanlah jawapannya di akhirat nanti.

Sekian saja ingatan buat guru dan pelajar.
Bagi guru .. harap dapat hadir ke sekolah sebagai seorang guru yang disayangi pelajar dengan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Ikhlas kasihkan pelajar .. ikhlas mendidik pelajar.
Bagi pelajar .. harap dapat juga hadir ke sekolah sebagai seorang pelajar yang disayangi guru. Nice dan menghiburkan di hati guru. Bukan pelajar yang terlalu pandai yang guru inginkan .. tapi pelajar yang baik akhlaknya, pelajar yang ada semangat untuk belajar dan pelajar yang ada sesuatu untuk guru kenangkan.

ok lah
mari kita tidow
wassalam ..


Saturday, March 10, 2012

~ this is for my students ~


Assalamualaikum
sayang semua
today ..
u are 5 PPU rite..?

Alhamdulillah .. saya masih berkesempatan menyambung silaturrahim dengan awak semua even dah lama saya tinggalkan SMVBP. 4 PPU .. dan hari ni 5 PPU. Saya harap .. masih happening .. masih best macam dulu. Seriously miss u all. ;)

Masa saya masih di SMVBP .. mengajar korang semua, saya rasa korang memang nakal betul. Masih ingat lagi pembaris saya berlubang .. Mizuan or Fadzly lubangkan pemegang hammer dengan drill machine .. saya kena baling dengan sarung racket .. yang tu Mizuan yang buat. Saya kejar Zharif dengan rotan. Gosip dengan girls .. tengok korang makan maggi .. u know, even masa tu rasa macam ..." bengongnya korang .. geram siot !!! " tapi korang sangat sweet n menghiburkan. serius !



~ cantik betul jadinya pembaris ni .. siapa la yang buat ekk .. ~


Hari ni, saya tak dapat tengok perangai-perangai awak tu semua. Tapi, saya selalu rindukan korang semua. Walau hanya 3 bulan. Kata orang biar tak lama, tak sempat rasa jemu kan..?

Cuma, saya harap .. korang jadilah kuat antara satu sama lain. Hargailah kawan yang ada. Kalau dia salah, nasihatlah dan beri peluang untuk dia berubah. Jangan terus menghukum tanpa memberi peluang. Sedangkan Allah memberi peluang hambanya berubah dan bertaubat, apatah lagi manusia.

Persahabatan sesuatu yang sangat indah. Jika hari ini kamu tak rasa hebatnya persahabatan di antara kamu di dalam kelas, insya-Allah, susah untuk kamu rasa nikmatnya persahabatan di luar sana. Yakinlah, teman di dalam kelas .. sahabat di dalam kelas .. itu adalah pergantungan kamu di sekolah. Kamu tidak mungkin boleh ketawa gembira jika tiada keletah teman yang melucukan. Kamu mungkin takkan rasa sedihnya hati saat salah seorang teman kamu pergi. Di situlah kamu akan rasa betapa hebatnya persahabatan.




Sayang-sayang saya semua,

Kalian akan berpisah tak lama lagi. Dan siapa saja tetap akan berpisah. Gunakanlah masa yang ada untuk mencipta manisnya persahabatan, bukan membina permusuhan di atas nama persahabatan. Kalian punya matlamat yang sama. Kalian punya tujuan dan laluan yang sama. Tiada alasan untuk kalian tidak kekal sama sehingga kalian tiba di destinasi yang sama. Jika ada yang tercicir .. tariklah dia agar dia dapat tiba bersama kalian di destinasi terakhir itu. Andai dia tersungkur dan tidak boleh lagi bangun, sama-samalah kalian papah dia agar kalian tiba pada masa yang sama. Jangan biarkan teman itu sendiri. Jika hari ini kita berjaya mementingkan diri sendiri, insyaAllah .. akan ada orang yang akan berjaya mementingkan dirinya sendiri dan meninggalkan kalian.

Korang akan hadapi SPM. Korang akan menghadapi penentu masa depan korang lepas ni. Berjuanglah untuk masa depan korang. Tapi jangan abaikan persahabatan. Korang takkan rasa hapy kalau pun korang berjaya tapi korang hilang yang dinamakan persahabatan. Jadi, jaga lah keduanya.




Saya sayangkan awak semua .. buktikanlah pada semua yang awak semua mampu berjaya. Boleh berjaya. Dan layak berjaya. Tak kira siapa pun awak di mata sesiapa .. tapi awak buktikan awak boleh berjaya. Bagaimana awak boleh berjaya ..?? Yup, struggle. Struggle bersama. Bukan sendiri. Binalah persahabatan di atas satu semangat.

Satu pesan saya. Dalam kelas, perlu ada persefahaman .. tolerate .. dan paling penting care antara satu sama lain. Kalau seorang saja meninggikan ego dan kepentingan diri ... tak mustahil kekuatan ikatan boleh saja terlerai.




Untuk SPM .. saya harap awak semua dah bermula dari sekarang. Tak pernah sebut perkataan tak boleh, sebab sekali saja awak kata tak boleh ... seluruh fungsi tubuh akan bergerak menurut kata tak boleh. Katakan saja boleh. Tidak kira awak rasa awak pandai atau tidak .. tetap katakan boleh.





So far, untuk yang lelaki ... jaga tingkah laku awak. Jika rasa ada yang salah, berubahlah sebelum terlambat. Zaman dewasa awak bermula dengan zaman remaja. Bentuklah hidup sebagai remaja yang luar biasa bagus untuk menjadi seorang dewasa yang lebih luar biasa bagus.




Dan yang perempuan .. pesanan yang tetap saya nak bagi adalah .. jaga diri awak, maruah awak, aurat awak .. jadilah anak yang tidak menarik ayah ke neraka. Ingat tu sayang ...? Tak ada yang lebih indah dalam dunia ni kecuali menjadi seorang perempuan yang dihormati dan terhormat.

Berkawan lelaki dan perempuan .. bagi saya tidak ada salahnya. Tapi jagalah batas pergaulan kalian. Jagalah batas pergaulan kalian. Jagalah. Saya tak nakk tengok awak seperti sesetengah pelajar di sekolah baru saya mengajar. Dan saya harap awak semua bukan begitu.





Doa saya, semoga Allah berikan awak semua taufiq dan hidayah Nya. Semoga Allah beri awak semua kekuatan dan semangat untuk menghadapi apa saja yang awak semua lalui dalam hidup. Dan semoga Allah limpahkan awak semua dengan limpah rahmat Nya .. dan memperoleh keputusan yang baik dalam SPM nanti.



Awak semua terbaik di hati saya sebab awak semua adalah pelajar saya yang pertama dan selamanya.
Thanks all sebab beri saya kenangan yang best !
Miss u all ... miss u a lot !
Gud luck

Sekian, wassalam.
Ikhlas dari :
Cikgu Nazura
( Guru Praktikal 4 PPU 2011 )


Tuesday, March 6, 2012

~ kalau sudah jodoh .. ~



Assalamualaikum ..
hye semua ..
apa khabar mud anda ..??
mesti bagus, kan ..?? hehehee ..
harus bagus, okeh !
mud yang tak baik selalu itu adalah penyakit dalam hati
untuk mengelakkan penyakit hati
senyum dan gembira selalu yerrrr ..
dan ingatlah bahawa semua yang datang .. baik atau buruk
semua itu dari Allah
hehehehe ..


Ok lah. Soal jodoh adalah perkara yang mungkin paling best untuk dipersoal dan dibahaskan. Hakikatnya .. bagi Muslim, yakinlah bahawa jodoh kita telah Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Hidup .. Mati .. Jodoh semua itu telah Allah aturkan buat kita.





Hari ini kita mungkin bercinta or bercouple dengan orang lain. Tapi .. belum tahu lagi berkahwin dengan lelaki atau perempuan yang kita couple tuh. Alasan mencari itu adalah satu usaha .. itu ada betulnya. Cuma .. mencarilah pada kadar umur yang sesuai.




~ kan ...?? cantik tu sementara je . carilah orang yang boleh buat kita rasa hidup kita indah dunia dan akhirat .. insya Allah bahagia ~


Contohnya, waktu tingkatan 1 bukan masa yang tepat untuk mencari jodoh. Waktu lepas SPM pun belum tentu tepat. Jadi bila ..???

Carilah apabila kita rasa waktu kita mampu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri itu sudah hampir. Yakinlah kalau si dia memang jodoh kita .. insya Allah .. tetap milik kita.




~ ini bukan jodoh yang baik untuk orang baik .. tidak kira lelaki atau perempuan ~


Bila kata dah jodoh .. tak kira lelaki muda perempuan tua, perempuan muda lelaki tua .. lelaki duda perempuan anak dara atau perempuan janda lelaki bujang .. itu semua ketentuan jodoh. Apa yang penting adalah sikap ikhlas kita dalam menerima pasangan. Bagaimana kita mahu menghala tujukan kehidupan selepas berumah tangga itu.




~ bacalah doa ini saat kita mula mencintai .. dan bacalah juga saat kita tidak ketahui ~
puitis pulakkkk dahhh .. hahahaa


Budak-budak memang suka bila kita cakap soal kahwin. Sebut je soal kahwin .. yang demam boleh jadi kebah .. yang mengantuk terus segar bugar. Kenapa jadi begitu ..?? Itulah kesan reflek. hahahahaa .. bila sebut kahwin .. lelaki akan ingat perempuan dan perempuan akan ingat lelaki. Itu realiti.




Walaupun jodoh tu telah Allah tetapkan .. pesanan aku .. carilah pasangan .. berdoalah pada Allah supaya ditemukan jodoh dengan perempuan atau lelaki yang baik. Macam mana nak dapt lelaki or perempuan yang baik ..?? yeahhhh .. jadikan lah diri kita lelaki atau perempuan yang baik. Allah itu Maha Adil. Insya Allah DIA akan sediakan kita dengan jodoh yang setaraf ( dari segi sahsiah ) dengan kita. Sebab .. soal jodoh dan pasangan bukan bertitik tolak dengan hati dan perasaan semata-mata .. tapi perlu juga difikirkan tentang hari akan datang. Termasuklah semasa di akhirat nanti. Sebab cinta yang suci .. cinta yang Allah redha .. insya Allah .. akan bersatu kembali di syurga. Jadi, mari kita sucikan hati kita dalam mencintai, dicintai dan bercinta. Cubalah elakkan dari suatu yang haram. Jangan cemarkan sesuatu yang suci.




~ indah kan kalau kita bertemu dengan jodoh dalam keredhaan Allah ~


Hmm .. so far, itu je lah untuk story mory pasal jodoh. Lain kali kita story lagi yerrr. hehehe
sama - sama kita muhasabah diri yer sayang .. ;)



~ persoalan ini akan terus ada selagi kita belum dicabutkan nyawa oleh Allah ~



ok lah ..
chaw dulu
wassalam ..


Monday, March 5, 2012

~ bersangka baiklah dengan Allah ~


Assalamualaikum semua
apa khabar anda ??
hoyea hoyea ..
kalau boleh blogwalking di sini
sure confirm mud elok
kalau yang tak elok pun .. jom kita elok elokkan mud
mud yang baik menjamin awet muda ok ..
hehehehe ..
sengeh selalu macam aku
senyum tak best sangat .. kih3x.

Orite, tajuk kat atas je dah tahu kan aku nak story pasal apa. Bagi yang Muslim, there's no problem kot to understand, kan ..? For non-Muslim .. itu mungkin sesuatu yang baru yang dapat anda tahu pada hari ini tentang Allah. hehehehe

Actually, aku just nak share satu pengalaman. Berkaitan dengan aku .. masalah .. dan rahmat Allah. Lately ni, aku tak nafikan certain keadaan sangat menguji sabar aku. Bukan saja masalah di sekolah dengan budak2 yang macam hape dia punya nakal .. macm biasa, masalah duit ( bagi aku yang bekerja tapi masih tidak bergaji ) .. dan adalah beberapa perkara yang lain.

Semuanya datang serentak. Semuanya datang bertimpa. Apa perasaannya ... hanya Allah je yang tahu. Macam biasa, aku tak bukan tak tahu pada siapa aku nak luahkan masalah. Macam mengajar agama Islam tingkatan 1, dalam tajuk Adab Berkawan.

Yeah, berkawan. Siapa pun ada kawan. Even aku selalu kata aku tak de kawan, tapi aku ada kawan sebenarnya. hahahaha .. serius! Tapi, aku lebih memilih Allah untuk mengadu. Bukan dengan Boyfriend .. bukan dengan kawan .. dan bukan dengan family. Sebab aku yakin aku ada Allah. Aku yakin Allah dengar bila aku mengadu pada Dia. Dan aku yakin .. semua yang datang dari Allah .. dan hanya pada Allah juga aku perlu kembali untuk meminta pertolongan. Sebab dalam banyak hal, siapaa juga yang akan tolong kita ..?? Yup, Allah !!





Itu, keyakinan aku. Dan aku yakin, itu adalah keyakinan pada setiap Muslim. Alhamdulillah. Apa yang aku nak share adalah .. apa yang aku rasa kebelakangan ni. Waktu dibelenggu dengan 1001 masalah .. 1001 tekanan .. akhirnya aku jumpa saat yang paling tenang waktu solat. Aku tak nafikan .. ada masanya kita solat .. sekadar menuntut kewajipan sebagai seorang Muslim. Tapi, kalau kita solat .. dengan harapan kita nak 'jumpa' Allah .. nak bercakap dengan Allah .. insyaAllah .. hanya hati kita saja yang akan dapat rasa ketenangan tu. Hanya hati kita je yang akan dapat rasa betapa Allah dekat dengan kita.

Sama juga macam orang lain. Iman kita .. termasuk aku .. ada pasang surutnya. Waktu kita senang .. selalu je kan kita lupa Allah .. tapi bila susah .. barulah kita sedar yang kita sudah jauh dari Allah. Jadi, kalau susah itu membuatkan kita bertambah dekat dengan Allah, biarlah kesusahan itu sering datang agar kita semakin dekat dengan Allah. Semakin dekat kita dengan Allah .. semakin besar kecintaan kita kepada Allah .. semakin mengecil kecintaaan kita kepada dunia.






Ada masanya Allah tidak akan memberi kita terus apa yang kita harapkan. Berminggu-minggu, berbulan bulan .. kita berdoa pada Allah. Kita merayu pada Allah .. tapi tak juga Allah beri apa yang kita minta. Tapi bersangka baiklah pada Allah. Di situ Allah mahu menguji sejauh mana kita ikhlas meminta .. sejauh mana kita dapat sabar .. Yakinlah ... ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN SESUATU YANG TIDAK MAMPU HAMBA-NYA TANGGUNG ..

Teruslah berharap .. teruslah berdoa. Allah akan datangkan kemudahan pada kita pada sesuatu yang kita tidak sangka. Pada sesuatu yang tak pernah kita duga. Muhasabahlah kembali diri kita saat Allah tidak pernah mengabulkan permintaan kita. Mungkin ada dosa besar yang pernah kita lakukan yang menghalangi doa kita dari dimakbulkan oleh Allah ..

Sesungguhnya :
Allah itu Maha Mendengar .. Maha Melihat ... Maha Mengetahui terhadap segala hal ...



hmm ..
sekian saja tazkirah tengah hari
huhuhu ..
bukan tazkirah kot
hanya perkongsian apa yang aku rasa
well ..
chaw ..
wassalam