Saturday, June 23, 2012

~ walau hanya saguhati ~



Assalamualaikum
pagi semua !!!
ceriakan hari anda .. hari kita
dengan
yeah !! bertenaga sekali dan penuh dengan cas cas positif
okeh !!

wat up u guys ..???!!
gooooooddd .. bagus kan hari anda. hehehe .. alhamdulillah hari saya juga. hehehe
today, i have a gud news to share here. kih3x. Apa dia ..??? 
Tarrrrrraaaaa .... !!!!!


Sungguh tak sangka even dapat saguhati. Dalam hati kata .. mesti yang masuk tu senior senior yang terror kan. Siapalah aku kan ...???? hahahaha .. ayat touching bengong !!

Tiba-tiba plak masa baru habis kelas kat sekolah nusajaya, dapat call. Speechless !! Sampai pengurus yang call tuh kata .. ' tak hapy ke ..??'

Hahahaa .. gile tak hapy !! Setelah beberapa tahun tak menulis, rupanya aku masih boleh menulis. Alhamdulillah. Novel ??? kui3x. Novel aku tuh masa lepas matrik aku menulis. Habis menulis masa tahun 2008. Lepas tu memang tak ada menulis lagi. Mungkin sebab tu lembap sikit untuk novel seterusnya setelah manuskrip kedua di reject. 

Kenapa ..?? okey .. secara logiknya komen yang aku terima semua betul. Dan aku sedang cuba memperbaiki kelemahan yang ada. Jadi buat masa ni aku terpaksa rehat dulu memandangkan baru je mula kerja kan. Semuanya sangat busy di samping sedang mencari idea idea bagus untuk menulis lagi.

Dannnnn ..
mungkin cerpen Dalam Dakapan Kasih boleh dijadikan novel pulak.
kui3x.
Akan di fikirkan sebab aku pun sedang mula menulis untuk manuskrip yang baru. Cuma terlalu lambat sebab tak ada masa yang banyak untuk stay depan laptop. hu3x.


Macam mana pun ... thanks a lot to Allah. Alhamdulillah ... sangat !!!
Bakat ni anugerah Allah. InsyaAllah ... tidak akan disia-siakan. hehehe ..
My dad pernah tanya ..

' .. kau tak pernah terfikir ke nak jadi jutawan dengan menulis ...???'

kui3x. 
Pernah. Tapi mungkin bukan sekarang. Plan aku untuk sambung master dalam psikologi pendidikan atau bimbingan kaunseling sekurang kurangnya .. masih 50-50. Tapi tekad tu masih segar lagi !! Insya Allah .. bila aku dapat taraf pendidikan yang lebih tinggi aku mungkin akan cuba untuk menulis bahan ilmiah. Buat masa ni ilmu tak cukup lagi kan ...?? hahahaha ..

So, bagi sesiapa yang ada peluang tentang apa yang anda impikan .. jangan takut .. terus grab. Sebab peluang tidak datang 2-3 kali. Hanya sekali. Anggaplah hanya SEKALI. Dengan sekali itu, anda dan saya tidak akan pernah kata ....

' ... kalau lahhhh aku ....' bla bla bla ..


Perkataan tuh tak seharusnya kita sebut okeh ! kui3x.
Mari kita majukan diri kita sehabis baik. Yup, sehabis baik !!!!

okey guys ..
sampai sini dulu
lain hari ... story lagi.
Waaaaaaachhaaaaaaaaa!!!!
wassalam .. heee


Saturday, June 9, 2012

~ hmm .. this is new life ~



Assalamualaikum 
semua readers.
ok .. senyum dulu. okeh !!! dah senyum baru boley sambung baca
~ cehhhh .. mcm syiok je kan content entri kali nih ~

Alhamdulillah .. Allah masih bagi nyawa kat aku untuk teruskan hidup nih. Fine !
Hari nih Sabtu. Khamis dan Jumaat aku dah pergi sekolah. Sekolah kat mana ?? Hmm .. SMK Taman Nusajaya, Gelang Patah. So, dalam masa dua hari tuh aku berulang alik rumah-sekolah. By da way .. tiba-tiba je rasa perjalanan tuh tak jauh pun. Hmm .. dalam hotak nih rasa :

' aku nak duk umah je boley tak ...???? '

Tapi, my parents memang tak galakkan la. huhu .. perjalan sekitar 80-90 km sekali jalan tuh jauh mungkin. Jauh tak ek ..?? hahhahaa .. jauh jauh. Tapi, disebabkan aku pakai kete lama nih kan .. jadi, perjalanan macm sekejap je. Lagi bila balik. Speeding maintain 100-110-120 km/j. Mana tak gile ! My mum kata :

' muka kau tak de 100 tu tak bawak kete agaknya .. ' dushh !!!


~ JDK 3978 - kereta yang sangat berjasa pada aku sepanjang tempoh bekerja di JB dan Gelang Patah ~


Orait ! Sikit je cite pasal kete tuh.
Sekarang mawu cite pasal jadual baru. Aku terkebil kebil sekejap bila dapat jadual. Serius memang tak dapat opsyen. But it still okeh !

Amalana Bahasa Melayu ( ABM ), Pendidikan Moral, Pendidikan Seni.
( saya opsyen Teknik dengan Vokasional ) - tapi okey je. Sebab tu subjek yang simple tapi sangat susah  nak mengajar. Percaya tak ???? hahahaa .. gile tak percaya !



~ jadual saya ~


okeh .. kenapa tiba tiba nak cakap pasal jadual ???
Hmm .. ABM and Moral .. semua tuh adalah subjek yang semua student adalah Cina dan India. 
Peralihan 1, Peralihan 2 dan Peralihan 3 .. 3 kelas peralihan aku perlu masuk
So how ...???
Mereka mungkin susah nak faham bahasa Melayu. errhmmm .. ish3x.

Masa di sekolah tasek dulu .. aku tak sangat tertekan dengan pelajar Cina dan India. Apa lagi aku memang baik dengan student peralihan sekolah tuh. Dan sekolah nih .. aku tak pasti lah macam mana kan ..???

Macam mana pun, aku kena perform yang terbaik.
Di sinilah cabaran. Tentu ada sebabnya .. ada hikmahnya kenapa aku diletakkan di posisi yang begitu kan.

Life kat sana aku tak tahu macam mana.
Cuma buat masa nih .. aku kira tumpang di bilik sorang cikgu yang sama posting dengan aku kat sana. Nak kata selesa .. cukup sebagai tempat berteduh. Aku pun mungkin akan selalu balik ke rumah sebab rumah pun tak de lah jauh sangat kan ..? So, in case terlewat ke ... tak dapat balik rumah aku ada tempat kat sana, kan ..?? kui3x.

Apa pun .. permulaan kerja di sana memang berhadapan dengan sedikit masalah.  Tapi, jangan sampai masalah masalah tu semua menjejaskan reputasi kita dalam menjalankan kerja. Kerja is kerja. ;)

okehlaahhh
jom kita jalan hari sabtu nih
~ lalalalalaa ~
wassalam ..


Friday, June 8, 2012

~ meniti rindu hati ~ ( vol 2 )



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
[Al-Ankabut: 2-3]


Assalamualaikum semua ..
Awal pagi yang baik untuk kita sama-sama muhasabah diri kembali di atas setiap dosa serta kesilapan kesipan kecil dan juga besar yang telah kita lakukan.

Kita tanamkan dalam hati bahawa Allah sentiasa bersama kita. Sekiranya kita ini Muslim, yakinlah .. pasti akan datang satu ujian bagi kita untuk Allah menguji sejauh mana keimanan kita pada-Nya. Sejauh mana kecintaan kita pada-Nya.

Astaghfirullahaladzim .. sedikit benar rupanya semua itu bagi kita. Belum pun besar ujian Allah datangkan kepada kita, cepat benar iman kita menyerah dengan menyalahkan itu dan ini. Cepat benar iman kita lenyap dengan kejijikan tingkah kita sendiri. Sesungguhnya para syaitan tidak akan pernah berhenti membisikkan dengan sesuatu yang hanya akan bisa membawa kita kepada satu penyesalan yang dahsyat.

Sekali lagi .. aku tidak menujukan semua ini untuk sesiapa kecuali diri aku dan mereka yang mahu sama-sama mencari iktibar. 

So .. lets go to school today, bebeh.
Jumaat yang indah
perlu berangkat ke Gelang Patah seawal pagi
hoyea hoyea !!!!
Marilah senyum dan gembira untuk kerja yang menyenangkan !!! peace ..
hehehehe
Wassalam 


Wednesday, June 6, 2012

~ meniti rindu hati .. ~


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain".

Semua orang pasti merasai apa yang tertulis di atas, kan ..???
Jadi, jika suatu yang dosa itu tidak lagi dianggap satu dosa malah biasa. Apa lagi dengan bangga di pamerkan dan dihebahkan ke orang banyak .. berhati hatilah. Mungkin sudah hilang sedikit demi sedikit iman dalam hati.

Dan jangan pernah sekali melupai Allah dengan meninggalkan Solat. Meskipun bukan dalam khusyuk yang dalam, even sedikit pasti ada terlintas tentang dosa yang telah dilakukan. Mungkin solat tidak berjaya membuatkan sesetengah orang terhindar dari perbuatan mungkar atau maksiat .. tapi sekurang kurangnya ada rasa malu yang kuat pada dosa yang dilakukan. Jika tidak .. maka hancurlah nilai Islam dalam diri seseorang itu.

Berfikir dan muhasabahlah
Walau hanya 1 saat 


Monday, June 4, 2012

~ ini cikgu saya .. ~




Assalamualaikum
hehhehe
mari buat senaman wajah dengan senyum
sengeh dan ketawa selalu
~ lalalalala ~

Hehehe .. title di atas adalah tentang cikgu. Siapa kat sini yang tak pernah ada cikgu ...??? huh !!! confirm menipu. Kenapa menipu ..?? mak ayah kita tu adalah cikgu paling awal untuk kita. Bagi yang lahir memang dah tak ada mak ayah .. penjaga lah .. mungkin atuk .. mungkin nenek .. dan bla bla. Siapa saja yang mendidik kita itu adalah cikgu kita. Faham ...???!!!!

Ok lah. Sekarang saya sudah rasmi menjadi cikgu. Yup .. cikgu sekolah okeh !!
Tak nak story aku sebagai cikgu. Tapi nak cerita pasal saya punya cikgu. ~ lalalalaa ~
Dulu kat sekolah .. aku lebih rapat dengan cikgu bahasa. Even duduk kat kelas sains tulen, aku memang tak rapat langsung dengan cikgu sains. Kenapa ..??? hahahahaa .. haruslah ! dah homework tak pernah buat .. test selalu fail .. exam pun fail. Nasiblah SPM tak fail. kui3x. 

Dan cikgu yang paling aku rapat sampailah sekarang adalah : Ustazah Zaharah
Aku mula rapat dengan cikgu bila aku jadi setiausaha persatuan agama islam. By da way .. mungkinlah sebab kami ada satu pemikiran yang sama .. pendapat yang sama .. dan aku memang akan refer cikgu zaharah bila ada masalah. Tak kira masalah apa. Waima masalah dengan bf. Masalah atau plan plan perkahwinan. Cehhhh .. hahahaa

Di takdirkan pula aku memang tak ramai kawan untuk bercerita. Yup, dulu aku memang ada Ahmad Hisyamudin untuk bercerita semua .. tapi hakikatnya .. perempuan memang lebih selesa dengan perempuan. Oleh kerana aku tak ada kawan perempuan yang senang untuk aku bercerita dan memberikan pendapat secara dewasa .. aku memang selalu datang rumah cikgu. Kadang kdang bila jumpa Atikah Razali memang aku tanya pendapat dia. Yup .. even dia muda dari aku .. tapi aku tetap respect pendapat dia. Aku tak menilai dia lebih muda atau tua dari aku. Tapi aku menilai pendapat dan idea dari dia. 

' Tq atikah .. even pertemuan yang sekejap itu. Tapi aku lega lepas cerita pada kau .. dan pendapat dari kau ..'


~ Nur Atikah Razali & Cikgu Zaharah ~
Okeh .. tadi pula. Pergi rumah Cikgu Zaharah. By da way ... aku memang sangat lega lepas bercerita dengan dia. Macam mana pun aku berhadapan dengan masalah .. aku perlu pendapat yang lebih matang kan. Hmm .. yup. Alhamdulillah .. aku rasa  sangat release setiap kali jumpa cikgu. Bukan dari cikgu je. Tapi dari suami cikgu gak. Cikgu Abd Jalil. Macam-macam perkara membina .. berbincang perkara serius .. berpendapat tentang isu isu semasa .. yes !! that's something musch much better. By da way ... diorang memang pasangan suami isteri yang comel n sempoi. sumpah ! hahaha

Tu la kan .. aku menangis bila kawan-kawan pergi. Aku sedih n rasa sendiri bila hilang mereka. Tapi sebenarnya .. aku punya seorang sahabat .. cikgu .. penasihat .. tempat berbual yang sangat bagus di sisi. So, tiada istilah sepi dan sunyi sebenarnya bagi aku. Kerana mereka lebih dari seorang kawan. 
Bak kata Cikgu Zaharah :

' ... ni mak angkat dah marah ni .. hahahahaha ..' hahaha ;)

So sebenarnya .. apa pun yang jadi dalam hidup kita ni, ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Apa saja yang hilang pasti akan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Moral of da story .. bila jadi cikgu, jadilah cikgu yang ada something pada student. Cikgu bukan hanya di sekolah. Jadilah cikgu di mana-mana. Jadilah cikgu yang akan di cari pelajar walaupun sudah tamat waktu belajar. kui3x.
hehhehehe

okeh .. wassalam.
nak sekype sekejap.
hahahaha


Sunday, June 3, 2012

bila jalan itu .. buntu !



Assalamualaikum
pagi semua
macam mana dengan pagi anda ..??
kui3x

Pagi ni .. jom la kita termenung sekejap. Think about life .. bila fikir dalam dalam sebenarnya hidup kita ni terlalu banyak dengan persoalan .. terlalu banyak dengan statement yang entah apa-apa. Allah memberikan kita kehidupan untuk kita gunakan sebaik mungkin dengan satu jalan di mana ia mesti berpaksikan IBADAH KEPADA ALLAH


~ cukupkah 3 perkara dalam hati kita ..??? dalam hati aku ..??? ~

Bagi aku dan kebanyakan manusia yang membaca ( for sure la manusia yang membaca kan ...) berapa banyak yang telah kita gunakan dalam sehari untuk ibadah kepada Allah. Aiiiyooo .. ibadah kepada Allah .. bukan saja solat, puasa, haji ... tu semua saja. Ibadah ni ada sangat luas pengertiannya yang aku pun tak pandai nak explain macam ustazah yang explain kan. Cuma yang aku tahu .. bila mana suatu perkara itu tidak mendatangkan dosa .. malah memberikan kebaikan .. itu dikira sebagai ibadah. Okey .. contoh paling senang adalah kahwin. Apa saja dalam sebuah perkahwinan boleh juga dikira sebagai ibadah melainkan benda - benda yang mudharat dan mendatangkan dosa. Okey !!!

Dalam setiap kehidupan kita .. kita memang akan jumpa dengan banyak benda. Baik atau buruk. Kata orang .. dosa tu macam kita sesat jalan. Bila dah sesat .. carilah jalan balik. Bila dah jumpa jalan balik .. takkan nak pegi balik jaln yang salah, kan ...??? klau pergi balik .. for sure la orang tu bengong + bangang ! ( okeh .. macam aku ! ) means .. dah tahu jalan tu salah .. buat apa la plak nak lalu jugak banyak kali. Dah tahu .. dah ada jalan yang betul. Even traffic jammed  1 km pun .. mesti nak lalu jalan yang betul kan ..??? sebab destinasi kita cuma akan sampai selepas melalui jammed 1 km tuh.

Tapi .. klau kita tetap degil .. untuk lalu di jalan yang salah tu dengan harapan kita akan jumpa jalan yang lain untuk sampai ke destinasi tanpa melalui jalan yang terpaksa berhadapan dengan jammed 1 km tuh .. pun boleh. Tapi .. betul kah kita akan sampai ? klau kita sudah lalu di jalan yang salah .. mungkin akan bertemu juga dengan berapa banyak traffic light .. berhadapan dengan jammed juga mungkin .. mungkin juga tiba tiba kereta rosak .. tapi akhirnya tetap tak sampai ke destinasi. Macam mana ..??? Rugi sungguh masa kita kan ..???

Akan tetapi .. memang besarlah masalah klau kita tak tahu yang kita sesat jalan. Bertanya tak mawu. Tapi terus je lalu kat jalan yang salah tu. Sudahlah sesat .. makin jauh pulak perginya. Niat hati nak je KL. Tapi .. lalu tol dari ayer hitam masuk Johor Bahru. Keluar terus tol Johor Bahru. Dengan lagi tak tahunya .. masuk pula tol desaru .. pusing pusing .. keluar balik ulu tiram .. terus pula ke johor bahru .. sampai jalan tebrau. Dah jalan tebrau .. niat hati memang nak ke KL lagi .. jalan lagi merapu .. masuk line woodland. Okeh !! sampai singapura kena tahan sebab tak de passport. Hilanglah kisah nak ke KL tapi kena tahan di jalan masuk ke Singapura. Fine !!

That's life !
So .. bagi aku sendiri. Memang aku sedar. Banyak sangat dah salahnya dalam hidup aku ni. Bukan tak tahu jalan kembali. Tapi sebab ada satu perasaan yang sangat tidak yakin .. akhirnya melemahkan diri sendiri di tengah jalan .. dan take da easy word in this world .. 
' .. aku redha je ...' wat da .... of me lahh !!!

Orang selalu kata .. sayang tanpa Allah selalu membutakan hati manusia yang berkasih sayang. Fine .. aku juga tahu tu ! Tapi sejauh mana manusia memahami pengetahuan mereka tu menjadi suatu yang positif. Bukan untuk orang lain statement tu .. tapi untuk aku. Jika aku perlu mencari jalan keluar, maknanya aku perlu sendiri keluar. There's no one guide me. There's no one wif me. Kadang-kadang aku terfikir .. untuk apa aku fikirkan orang lain sedangkan kat akhirat nanti aku sendiri tak boleh nak menuding jari ke arah orang lain untuk dipersalahkan maka hukuman bagi aku di ringankan .. ohhhh .. inilah kebodohan manusia.. !!

Aku suka dengan apa yang aku baru terbaca tadi :
 
Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata:
Amal yang sedikit tapi sempurna lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda dengan maksud:
"Tergopoh-gopoh itu pembawaan dari syaitan, kecuali dalam lima perkara;
1. Mengkahwinkan anak perawan jika telah sampai waktunya.
2. Membayar hutang jika sudah sampai janjinya.
3. Menguruskan mayat bila datang ajalnya.
4. Menghormati tetamu di kala ia datang bertandang.
5. Bertaubat setelah mengerjakan dosa.
 
Yang nombor 1 confirmlah bukan lagi untuk aku. Tak de anak kan ..?? hahahaa .. ke-2, ke-3, ke-4 dan ke-5. Dan bertaubatlah setelah mengerjakan dosa. Aku .. dan kita semua. Seberapa segeralah kita bertaubat setelah mengerjakan dosa. Tahu dosa. Tapi .. dalam hati kata ..
 '.. nantilah bertaubat. nanti kan buat lagi. tunggulah rasa memang boleh tak buat lagi ...'
macam mana klau sekejap je lagi mati ..?? sempat ke bertaubat ..?? astaghfirullahaladzim ...
 
Yup, manusia memang sentiasa dibisikan dengan bisikan syaitan. 
Atau pun .. syaitan bisikan dengan dengan taubat. Kemudian buat lagi .. taubat lagi .. buat lagi. Dan syaitan pun kata .. :
' relaks r .. Allah Maha Pengampun. Semua dosa Allah ampunkan kecuali dosa syirik ..'
boleh macam tu ..??? 
 
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

 “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi) 
 
Hmm .. kau bukan lah sibuk sangat nak menasihatkan orang sana sini. Bukan lah nak tunjuk baik dengan post entry macam nih. Tidak lain hanya satu perkongsian .. juga muhasabah bagi aku .. yang mungkin juga jalan buntu yang sedang dilalui oleh ramai orang kat luar sana. Jika bukan aku yang jumpa jalan keluar yang sebaiknya .. mungkin orang lain setelah baca entry ni. hmm .. kata kata aku confirmlah tak sebagus mereka yang berilmu .. tapi hanya sekadar apa yang aku rasa .. bagi pihak aku ... dan untuk aku. 
 
 
 
dan muhasabahlah. semoga ada jalan kebaikan untuk kita semua.
wassalam ..