Monday, December 24, 2012

~ astaghfirullahaladzim ~



Assalamualaikum
selamat malam
hye .. apa buat tak tidur lagi
wat's time now, babe ?!

12.29 am
yeah ! still cannot sleep like me ya ?

hati yang tak ok
oh Allah .. 
entah dah berapa banyak dosa aku dah buat kan sepanjang hidup ni
baru 2 minggu sakit dah fikirkan mati
sakit itu kifarah dosa.
yeahhh .. actually, untuk aku fikir kembali segala dosa kering yang dah buat
so malam ni
jom kita tenangkan hati

let's crying wif me babe !


' berubahlah wahai nazura .. semua itu hanya menghancurkan diri sendiri '

Saturday, December 22, 2012

~ hapy bfday, dear ~


Assalamualaikum
hye dear, readers !

hari ni tak mau membebel panjang-panjang
ohhh .. kesihatan lagi.
apa lagi kan ...??
yeah ! hari ini cedera parah sebab kena cakar dengan kucing bergaduh
bijak sangat kan pegang kucing baru sangat lepas bergaduh !!!
ohhhh sangat sakit

Tapi, dalam kesakitan ni jugak
just wanna wish
hapy bfday
to
my beloved fren ever
Nur Atikah bt. Razali


' selamat melangkah ke umur 23 tahun, sayang. doakan kamu terus berjaya dalam hidup dunia akhirat. Terus melangkah menjadi seorang Muslimah sejati, seorang Isteri solehah, Ibu buat anak-anak yang soleh dan solehah .. May Allah bless u and ur family, ever .. '

 
yeah ! the chipmunks so cute there !!
don't know either u'll see this entry or not
it's not the matter for me
as long as u always in my mind ever
it's the matter for me !
 
Have a gud day, dear
muahhh
 
 

Wednesday, December 19, 2012

~ result oh result ~


Assalamualaikum
hye dear readers !!
waaa .. bangun tak berapa nak pagi dan tak berapa nak segar
tapi .. hidup perlu diteruskan
even sakit .. sakit .. dan sakit
kena jugak kuat semangat kan ...??? hehehe


Waaa !!!! 19 Disember 2012. Result PMR keluar !
Hahahahaha .. aku adalah orang yang tak berkaitan untuk berdebar .. dan untuk gembira. kan ..???
kih3x. Tapi pernah berkaitan. kan ..?? Fine. Sebelum cerita tentang result result exam .. aku nak bagitahu sesuatu iaitu .. 



~ yeah ! Diana Amir. Malam tadi tertengok cerita ' Mak Sanggup ' .. dia bukan watak utama pun. Tapi .. seriously terpikat kat dia. Sejak dia bertudung .. dia nampak maaaaaaaakin caaaaaannnntik sangat ! Apa lagi dia betul-betul tutup aurat. Even berlakon pun dia still pakai stokin .. tak tahulah dia tak sengaja  atau memang alasan tutup aurat kan. Kat situ aku memang sangat salute. seriously great !  ~


Alhamdulillah .. aku yang dah memang sejak azali bertudung pun boleh terpikat dengan perubahan dia, rasanya mesti ramai lagi teen kat luar sana yang berhajat nak mencontohi dia kan ..?? That's a gud job ! 

Okeh ! Back to result exam kan ?
PMR, SPM, STPM, Matrikulasi .. dan result result kat Universiti.
Masing-masing dan setiap dari kita ada target masing-masing. Nak 8A la .. 10 A laaa .. 4 plat laaa.
Ohhh .. sangat besar target itu. 

Bila target tak tercapai .. mulalah frust menonggeng n tertonggeng tonggeng ! Dalam hidup aku .. aku cuma pernah frust 2 kali je dengan result aku. 
Pertama : UPSR
Kedua   : Matrikulasi Sem 1

Kenapa ..?? Sebab masa tu aku meletakkan harapan yang sangat tinggi dengan struggle yang amat tinggi. Tapi .... HAMPEH .... ;(

Masa PMR, SPM dan result result final kat U, aku hanya ada usaha, tawwakal dan redha.
Bila result tak berapa ok .. aku cuma letakkan sesuatu dalam otak aku iaitu .. ada yang lebih baik untuk aku. 
Even pernah kena hentam dengan lecturer pasal result aku tu tak melayakkan aku untuk sertai program yang maaaaaaaacam bagus sangatla kan .. tapi aku motivate hati aku :

'student yang doktor pilih tu bagus sangat ke ..?? result gempak .. attitude ke laut .. tak boleh nak pakai laaaa'

Sejak masuk ke U, aku tak pernah meletakkan 4 plat sebagai target aku. Tak teringin pun. Nak dapat anugerah Dekan pun tak pernah berhajat. Tapi, ada sesuatu yang aku cari dan aku dapat. 



~ sory dik, pinjam result jap ~
8A ! Siapa pun nak result tuh !! Tapi adakah kualiti diri kita sebagus keputusan PMR kita ??
Think about it !!

Attention to budak-budak yang masih akan mengambil result exam :
Hai budak-budak ! Result akademik bukan segala galanya. Jangan terlalu memandang Keputusan peperiksaan itu menjanjikan kehidupan yang baik bagi anda. Dan jangan terlalu prejudis, keputusan yang tak berapa elok tu hanya menjanjikan masalah dalam hidup.

Itu kesilapan yang terlalu amat besar !
Kenali hidup anda. Dalam hidup ni kita ada macam-macam yang perlu di jalani seiring. Jadi, seimbanglah terhadap sesuatu. Jangan terlalu mengejar pencapaian akademik hingga anda mengabaikan keperluan rohani dalam hidup. Sosial, agama, attitude .. motivasi diri .. ohhhh .. semua itu tersangat jauh lebih penting dari result akademik anda. Result akademik anda hanya sekadar hiasan tanpa elemen elemen di atas !

Faham ?!
Dah faham. Bagus.! Apa pun result yang bakal anda terima sekejap lagi .. sekejap nanti .. atau lama lagi nanti, yakinlah itu terbaik untuk anda setelah anda berusaha. Bagi yang tak berusaha .. rasanya tak kecewa kot even result teruk. Jadi, atur langkah seterusnya dengan lebih baik. Yeah ! anda masih mampu melangkah ke arah lebih baik selagi anda mahu !

Gud luck dear sis, everywhere u are !
Wassalam
 

Monday, December 3, 2012

~ antara aku dan kucing jalanan ~


selamat senyum semua
snap !!!!
haaaa ... kan suweet klau snap pic macam tuh
hehehe

Assalamualaikum
hapy morning day .. hapy monday all ..

Today is a gud day
So .. kita akan story mory kisah yang gud gud saja okeh !
bahekkkkkklah ! heee

Siapa penggemar kucing kat sini ..??
fine. angkat jari saja. hahaha
Penggemar kucing pun ada macam-macam jenis. Kan ..? Ada yang memang sayangkan tak kira jumpa kucing dari mana .. ada yang suka yang comel comel je .. ada yang sekadar suka pandang tapi tak berniat untuk memiliki .. dan ada juga yang tak boleh hidup tanpa kucing. Macam aku. heh heh heh heh ..

Allah menciptakan aku sebagai manusia yang memang sayang kucing.
Entah lahhhhh .. aku pun tak faham dengan perasaan yang datang time pandang kucing 
comel ke .. tak comel ke ...
nampak kucing je .. wow ! they are look like a baby la dear 
kih3x

Kisah 1

Fine, kali pertama aku kutip kucing kat jalan masa tahun 2011. September 2011. Aku ambik dia sebab dia buasir. Huhu .. kisah jaga dia, memang menyayat hati. Setiap kali teringat dia mesti menangis. By da way .. dia dah mati dah. Mati tuh .. dia tak sihat lagi. Mungkin dah ada masalah pada sistem cerna dia. huhu .. nama dia .. Si Mon a.k.a Simon.


~ ni gambar si momon masa aku baru ambik dia. kesian dia nak makan tapi tak boleh nak makan nasi. kolon dia akan sentiasa keluar setiap kali nak membuang dan .. aku lah yang masuk kan semula kolon dia tu. huhu .. tabah tak aku .. huhuhu ~
 

~ ini gambar si momon setelah sebulan ke dua bulan dalam jagaan. macam hero zaman agogo tak ..??? hahahaa .. time nih dia dah jadi tersangatlah temuk and bulat. kerja dia adalah makan makan dan makan .. ~
rindu kamulah si momon. !!!


~ saat kematian si momon. huhuhu .. temukkkk !!!   ~


Kisah 2

Kisah yang ni pun aku ambik kucing ni dari komplek niaga parit raja. huhu .. kucing ni tak sakit. okey je. tapi aku kesian sebab dia sangat kecik and tak ada ibu.
nama dia ... Snowy !!


~ ini gambar Snowy lepas dah siap di mandikan .. dan tidur. Time tu dia baru bangun tido .. ~

Kisah Snowy nih sedikit tragis. Since aku dah ada baaaaaaaaaanyak kucing kat umah, jadi agak masalah bila bertambah dan bertambah. Jadi, aku pun bagi pada kawan aku yang memang sedang mencari kitten. Tapi sayangnya, seminggu je dia duduk dengan kawan aku tuh .. but then dia mati sebab di langgar.
hmm .. mungkin dia duduk dalam tayar dan orang tak perasan.
ohhhh .. tragisnya kematian dia !!!! huhuhu

Kisah 3

Lepas Snowy .. adalah kucing aku kutip di Institut Pertanian Ayer Hitam. Ini pun kitten lebih kurang sebulan lebih umur dia. Dia lagi kesian. Mata dia ada masalah. Mengikut pengamatan aku, mata dia rosak sebelah. keadaan dia memang sangat kasihan. huhuhuhu ..

gambar ..?? huhu .. yang ini tak de gambar sebab tak sampai sehari pun dengan aku. Lepas aku mandikan dan letakkan ubat pada mata dia .. aku letak dia dekat sebuah rumah yang tuan rumah dia saaaaaaaaaangat care dengan kucing. Aku tunggu kucing tu datang kat rumah tu dan tengok tuan rumah tu ambik dia.
Jadi, aku pun senang hati dan balik.
kui3x.
Nasib dia sekarang, wallahualam ..

Kisah 4

Okeh .. setelah beberapa lama duduk dekat JB.
Aku ada jumpa kucing kat satu mini market kat Taman Nusantara, Nusajaya, Gelang Patah.
Tapi aku tak ambik atas dasar kemampuan.
Kucing tu kecik lagi. Kaki belakang dia ada masalah dan dia banyak duduk je. Aku nk ambik .. tapi aku tak ambik-ambik. Lagi masa tuh aku dah ribut dengan masalah aku kat sekolah baru. huhuhu .. Jadi, aku biar je lah. Serahkan keselamatan dia pada Allah. Lagi pun kat mini market tuh ada jual bahan basah. Aku nampak juga orang yang jaga kedai tuh bagi dia ikan mentah kadang-kadang.
Harap dia ok ! huhuhuhu ..


Kisah 5

Okey, yang ni setelah aku pindah ke Taman Perling, JB
Masa aku balik dari sekolah dekat maghrib, aku ada nampak satu kucing tua la jugak .. then, ada kitten kecik jugak baring dekat dia. Jadi aku assume tu anak dia since warna dia sama je.
Malam tuh hujan.
Then .. esok tengah hari aku tengok kitten tuh terbaring lagi kat tangga belakang rumah jiran. Aku dari dalam keta, tak sedap hati then aku stop and panggil dia. Ingat dia da mati kan. But then .. dia bangun ! Huhuhu .. bangun nak jalan tapi dia seret kaki belakang dia. huhu .. kaki belakang dia mungkin di langgar
Yang tu, aku kata aku tak boleh biar ... aku terus ambik dia bawak pergi vet kat BBU. Tak apalah pergi sekolah lambat sikit
Dekat vet, after buat check virus semua .. aku tinggal. Dalam pukul 8 malam, aku terus ambik kat vet, bayar ubat ... dan bawak balik kampung kat BP.

Disebabkan kucing kucing kat rumah ni semua penyamun, jadi aku terpaksa sembunyikan dia dalam bilik aku ... dalam kotak. Tapi yang paling sedih bila dia nak manja dengan kucing besar. Yang betina semua garang .. jadi, terpaksalah aku pujuk si Hensem nih manjakan dia sekejap.


~ kitten tuh dengan si Hensem ~


~ bila Hensem ubah tempat, dia pun datang jugak dan peluk Hensem ~
 

~ tapi nak buat macam mana kalau sudah ajal .. akhirnya dia pergi juga .. pagi Isnin ~
huhuhu ..

Tapi yang paling sedey .. si Hensem hilang sejak malam tuh.
Dia tak balik balik sampailah sekarang
huhuhu 
Assume Hensem pun dah pergi 
ohhhh my Hensem. Kalau dah pergi, mesti Hensem tengah berbahagia kat syurga, kan ..??? 


~ the latest of my hensem. huhu .. hensem in memory ~


Kisah 6

Kisah ni lucu sikit. Aku jumpa dia kat lubang tepi jalan. Besanya, tepi jalan yang ada tempat pejalan kaki akan ada lubang yang terus hubung ke longkang. Tujuan lubang tu adalah untuk mudahkan aliran air terus ke longkang bila hari hujan.

Dijadikan cerita, masa aku drive .. aku dengar bunyi anak kucing menjerit. Aiii .. aku tak tahu macam mana telinga aku nih boleh peka sangat. Masa tu aku di line ke 3 nak buat U-turn. Aku pandang punya pandang, aku nampak kepala kucing tuh kat lubang tuh. Dia nak keluar tapi takut sebab kereta semua laju laju kat situ. huhuhu

Jadi, aku pusing balik .. ingat nak ambik. Bila lalu kat tempat pejalan kaki tuh, aku boleh tak nampak lubang tuh. Kitten tu pun tak bunyi langsung. Jadi, aku assume tu cuma perasaan aku je. Jadi, aku pun terus nak pergi BP ambik adik aku. Time tuh dah dekat kul 12 malam.

Tapi, masa lalu balik kat tempat tu nak pergi BP .. aku nampk lubang tuh. Adoiiiiii .. tapi aku terus je pergi. Dekat BP hati aku tak sedap. Balik ambik adik aku .. teringin nak makan KFC. Pergi KFC dulu .. then lalu lagi tempat tuh. Aku stop jauh sikit and jalan dengan adik aku kat situ. Aku panggil-panggil kitten tuh and .... taraaaa !!! dia pun menjerit. 


Aku pun terus ambik dia. Tapi .. malu sikit ada dua org laki dalam kete tegur
'ehhh .. dia ambik anak kucing !'
aku pun pandang diaorang yang stop kat traffic light tuh then aku cakap
'apsal ? nak bela ke ?!'
hahahaa .. then aku blah

Aku panggil dia Tonet
Dia tak lama pun kat umah sebab kawan kakak aku ambik dia.
Dia saaaaaaaaaaaaaaaaangat becok. Bising sangat
Kata kawan kakak aku .. si Tonet tu kuat buli sebab dia ada satu lagi kitten yang lagi kecik dari Tonet tuh.
So .. jaga diri Tonet. hehehehe


Kisah 7

Okeh. Ni kisah last dalam tahun 2012
hahahaha
Kitten ni plak adik aku yang laki jumpa. Dia lepak kat umah kawan dia then .. kitten nih duk merayap kat tepi tayar. Sudahlah malam .. gelap gulita lagi dia .. ada jugak yang leper nanti.
Kata adik aku .. adik dia dah mati kena langgar. 
Dan kawan adik aku kata .. kitten ni pun dah pernah kena langgar sebab tu dia tempang 
huhuhuhu


~ haiiii .. my name is Namo !!   ~

Malam masa tengah tido, tiba-tiba adik aku pegi letak kitten tuh atas aku
terkejut aku !
Sebab tak ada siapa nak dia .. jadi, aku pun decide biarlah bela je.
Lagi pun .. aku sungguh hairan kenapa si Minnie ( kucing paling tua kat umah ) jadi saaaaaaaaaaayang sangat kat dia. Nama dia ... Tamo a.k.a Namo !!!


~ tengok ... Namo kesayangan Minnie. agaknya Minnie teringat kat anak dia yang mati dulu kot .. huhu ~


~ Ini anak-anak Minnie time kecik lagi. Baru lahir gak la. Si kecik yang kat depan tuh la yang mati sebab tak sihat. Memang lahir tak sihat. Yang kat belakang tuh nama dia Lala .. a.k.a Cik Sombong. Errrkkk .. ~

Minnie tuh tak pernah suka dengan mana-mana Kitten. Dulu masa aku bawa balik Si Momon tuh .. 3 bulan dia tak mau duduk dekat dengan aku. Bila aku ambik dia marah aku. Pergggghhhh .. mogok ! Bila si Momon dekat je habis kena pukul. Tak cukup sebelah kaki dia bedal, dua dua kaki naik ke muka ! Tapi bila datang si Namo ni .. sombong jugak dengan aku. Tapi asyik berkepit dengan Namo.


~ hai .. nama saya Minnie yang comel. Saya sedang ugut Mummy .. kalau Mummy tak nak bangun dari kerusi, Minnie tak mau bangun dari laptop mummy .. yeeaaaahaaaa ~

Dengan aku pun nak berebutlah mak cik ni. Kalau aku dah duduk kat kerusi tuh, tak kira macam mana dia mesti tolak tolak aku suh aku bangun ! Yerkkkk .. dengan Mummy pun nak berebut !

But, lately .. Namo murung je. Demam dan tadi ... alami kekejangan
Alhamdulillah ni dah okeh sikit even nampak weak sangat.
huuhuhuhu .. harap dia akan bertambah elok.
Cuma takut dia ada kesan sampingan sebab pernah kena langgar kan. ;(


Yuhhhhuuu ..
Itulah kisah aku dan kucing jalanan. Sikit tentang kucing yang memang dah lahir kat rumah nih.
Actually, sayang kucing .. bela kucing ada indahnya even kau kena handle najis dia kan.
Alhamdulillah .. even kucing kat rumah ni ada 9 ekor
dalam rumah tak ada bau bauan yang menyayat hati. hahahaha 
Ada juga diorang kencing sana sini .. si pemalas keluar membuang pun ada. Tapi kena terus bersihkan. Cari bau sampai jumpa. Jadi, ia mmang memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi.

Nasihat aku ..
sayangilah kucing di alam semesta .. !!!!
Waaaachhhaaawww
Wassalam 

Sunday, December 2, 2012

~ babai Istanbul .. yuhuuuu ~


Yuhhuuuu ..
Assalamualaikum semua
hye readers !
how bout ur day ..??
yeah .. marvelous rite !!! kui3x


Ehmmm .. orang kat sekeliling duk sibuk bercakap tentang Istanbul Aku Datang.
Aku plak baru je habis tengok selepas .. dan jadi air sejuk dah cite tuh. hahahaa .. means bila cerita tu dah boleh download kat u-tube, kira dah sejuk la tuh kan ...??? hahahaa. Sejuk ke suam ke panas ke ... aku memang susah nak tengok movie. Well, bagi aku .. duduk dan tengok tanpa hasil tuh macam membazir. Upppssss .. sangat skemas kan my otak ! Wayang ..?? lagi lah tidak. So, my sis yang excited download even dia dah hadap cite tuh kat panggung .. then paksa aku tengok. Jadi, aku pun tengok !!!

Taraaaaaa !!!!
How bout the movie ..??? Well .. bagi aku. Honestly .. suweeeeett .. fun .. just for enjoy!
There's no big message to audience. Senang kata .. cerita tu hanya menyampaikan mesej .. sila bergembira dan ketawa. So, okeh ! Itu bagus untuk men'release'kan tensen ! hehehehhe ..

But then .. bila tengok watak Tomok and Lisa .. yeah ! Just teringatkan my bf kat Sabah.
Hohoho .. Sabah ke sekarang. No ! Cuti sekolah kan .. sedang memaksimumkan masa dia di rumah di .... Yuhuuu .. Perak ! Masih jauh juga kan ..? lalalalaa ..

Dalam cerita tu .. 7 tahun berkawan. Ehmm ... aku .. baru lepas tahun ke 5 .. lama jugak tuh. 
Aku cuma terfikir ... am I will be cheated like Dian ..?? hoho .. almost all gf will think bout that when ur bf is not around u kan ..?? 


~ see, jodoh dian ditentukan oleh si penulis skrip .. dan jodoh kita  di tentukan oleh .. penulis skrip untuk kita laaa. Allah .. jadi berharaplah Allah temukan jodoh yang terbaik untuk kita .. ~


Kata my bf .. ' sy bukan macam aaron aziz pun ' but then aku kata .. ' kalau awak macm aaron aziz mmng saya tak suka awak lah kan. dont wory ! ' sebab i memang tak minat aaron aziz. kalau dia nak jadi bf aku, time tu jugak aku kata .. sory, i can't. ( waaaaaa .. budget kau lawa sangat la ea gile ! )

U know wat .. aku tak la comey  .. and my bf pun bukan lelaki idaman malaya, rite ! Tapi .. pernah tak kita terfikir .. untuk org jatuh hati dengan kita, tak perlu muka yang menjadi idaman setiap orang. Statement ..
'tak lawa macam saya, siapa lah yang nak' then, when gf saying that to her bf .. means .. even u rasa u tak cantik .. bf u nak jugak kat u. bila bf u nak kat u, maknanya .. ada potensi untuk orang lain nak kat u. betul tak ..???
 
Setiap orang ada tarikan yang tersendiri. Bak kata UAI, perempuan Afrika yang rambutnya ceceiput, kulit gelap ( this is not means to menghina okeh !) yang kita pandang tak cantik, tapi tetap cantik di mata puak dia. So .. jangan hairan kenapa kita tengok kadang-kadang isteri tu caaaaaaaaantik tapi suami dia ehhmmmm .. selekeh je orang kata. Begitu juga sebaliknya.
 
Fine ! Back to isu kena tipu kan.
Ada juga yang tanya kat aku .. tak takut kena tipu ke bf jauh. berbulan bulan bulan tak jumpa. No skype .. just message message and message. Call pun .. seminggu sekali mungkin. 
 
Yeah ! sometime memang terfikir. Tapi aku perlu motivate diri aku untuk tidak terlalu fikirkan. Kalau tak, haiii ... aku kena fikirkan kerja jugak. errkk !!! Percaya. But then .. jangan tipu sebab bagi aku .. there's no 2nd chance and I never ask the 2nd chance to others. Kecuali Allah. huhuhu .. Dan aku pulak sejenis manusia yang tersangatlah pantang orang duk jeles jeles tak tentu hala. Alhamdulillah .. my bf tak pernah lagi buat hal macam tu.
 

~  8000 km mencari cinta .. tapi sape tahu cinta kita tuh tak sampai 1 km pun dari tempat asal kita kan..?? ~
 
 
Selebihnya, serahlah pada Allah. Jika dia memang jodoh kita .. Allah akan pelihara dia di hati kita dan kita di hati dia untuk menjadi jodoh. kui3x. Sila positifkan fikiran dan hati kita semua. Dan kalau bukan jodoh .. usahalah macam mana, tetap bukan jodoh kita. :) let smile .. macam Istanbul Aku Datang. Macam-macam Dian buat supaya Azad propose dia. Gila kan ?!! Tapi .. kalau Azad bukan jodoh dia, maknanya .. bukanlah ! Yuhuuu .. 
 
So .. to all gf and bf ..
Kalau anda tidak bersedia untuk percaya dan kehilangan ..
Sila jangan bercinta. Sebab itulah risiko yang perlu anda lalui. Kalau tak bahagia, duka. Kalau tak bersama, berpisah. kui3x.
Selamat tersenyum semua. peace !
Wassalam.