Thursday, May 31, 2012

kahwin ohhhhh kahwin ..



Assalamualaikum ..
selamat pagi owhhhh semua warna manusia
di planet bumi
bernama
Malaysia.
~ hahahahahahahahaaha ~


' .. selamat pengantin baru ... selamat ... berbahgia ...'
lalalala .. kahwin .. kahwin oh kahwin ... hahahaha. Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Pasangan yang baru seminggu dua menjadi pasangan suami isteri .. freshie gitu. Harap untuk 10 hingga 20 tahun akan datang hingga ke akhir hayat pun akan tetap fresh begitu. hehehehe ..

Okey .. terima hakikat bahawa umur sudah 24 tahun. Fine. Baru 24 tahun. Orang selalu kata umur saya macm 20 tahun .. 19 tahun .. 18 tahun .. okeh .. tak boleh undur lagi. hahaha .. Perangai saya ... hmm .. memang tak macam orang umur 24 tahun yang layak kahwin. hahahaha ..

Orang tanya ...
' .. bila nak kahwin ..??'
'..  mesti tak lama dah nak kahwin ni .. '

Waaaa .. isu kahwin bukan isu sensitif pun pada aku. Mungkin sebab aku muda lagi kot. ( okeh .. sedang perasan muda ). Mungkin juga aku rasa ada banyak tanggungjawab. Mungkin juga aku rasa ada banyak benda aku aim sebelum aku bergelar isteri orang. Jadi, aku rasa it's okey klau kahwin itu ditangguhkan sekejap sementara menunggu si lelaki itu bersedia dari segi fizikal, mental .. ekonomi .. sosiologi .. psikologi n banyak lagi benda mengarut. hahahaha .. Bila orang tanya bila nak kahwin : aku akan jawab ... ' .. relaks laaa .. muda lagi kot ..' kui3x



Tapi, pasti isu perkahwinan itu akan menjadi isu yang sangat perlu dipercepatkan pada aku sekiranya .
dah bertahun tahun couple .. then .. pasangan terdedah dengan maksiat ( especially yang membawa kepada zina ). Berkahwinlah segera bila masing masing sudah ada kerja tetap. Sebab .. bagi aku, life is nothing without Allah. Di manalah indahnya hidup .. klau setiap saat hidup bergelumang dengan benda haram di mana ia boleh di halalkan dengan ikatan perkahwinan. Jadi .. berkahwinlah. Tak perlu tunggu duit beratus ribu dalam akaun baru nak kata diri mampu. Tak perlu nak tunggu pelamin indah and vogue baru kata itu kahwin. Tak payah berangan majlis sehebat Yusri & Lisa baru nak kahwin .. tapi bersederhanalah. Nikahlah .. dengan niat, lillahitaala .. tanamkanlah tekad dalam hati kita mahu mencari yang halal untuk memastikan kehidupan seterusnya menjadi lebih baik. Allah sentiasa bersama hamba Nya yang selalu ingin dekat dengan-Nya. Dan selepas itu .. jalanilah kehidupan dengan sederhana, terancang .. insyaAllah .. semua yang sulit dapat dihadapi dengan mudah.

Bagi pihak lelaki .. bagi aku, tak perlulah terlalu banyak alasan. Adakah anda yakin bahawa rezeki itu milik Allah ...?? Ya, rezeki itu Allah yang bagi dengan kita mencari. Kita sudah usaha mencari .. kita sudah usaha menyimpan .. bila mana cukup sekadarnya, percepatkanlah. Perkahwinan itu menambah rezeki. Hargailah jika si perempuan willing untuk hidup sederhana dengan anda .. jangan hingga bila mana anda rasa ia cukup selesa bagi anda, si perempuan kata ... ' saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk kahwin ..' masa tu, mungkin anda boleh simpan je dalam dalam angan-angan untuk berkahwin dengan that girl lah.


Kadang - kadang aku terfikir .. semakin banyak kita beralasan untuk melakukan sesuatu yang baik .. akan datanglah 1001 alasan untuk kita menangguhkannya. Bukankah perkahwinan untuk dapat mendekatkan kita kepada Allah ..??? Maka syaitan akan mendatangkan apa saja alasan untuk kita menangguhkannya. Bila rasa kerja dah ada .. tunggulah 2-3 tahun nak kumpul duit. Bila dah 2-3 tahun kumpul duit .. tempat kerja pula jauh dengan pasangan. Jadi .. tunggu dekat pula. Bila dah dekat .. bla bla bla ... yup, itu semua kerja syaitan untuk menanam ragu dalam hati manusia. Tapi tak pernah pula menanamkan ragu dalam hati manusia untuk melakukan maksiat. Tak pernah pula dia tanamkan malu dalam hati manusia saat melakukan maksiat. Tidak sesekali tidak.

Wahai perempuan .. jika benar lelaki itu memang ikhlas inginkan kamu, dia tidak akan memberikan kamu 1001 alasan untuk hidup bersama kamu. Jika hari ini alasan dia ini .. esok .. alasannya lain. Lusa .. tulat .. minggu depan .. bulan depan .. dan tahun depan .. alasan dia lain lagi, maka .. tak salah kalau anda bersedia untuk melihat lelaki yang lain. Bagi aku .. orang yang terlalu banyak memberi alasan itu sebenarnya tak lain hanya mahu mengelak. Macam aku selalu cakap pada student yang selalu tak bawa buku .. atau bagi alasan tak bawa buku ... :
' .... saya tak nak dengar even satu pun alasan. Kalau bawak awk duduk tempat awak .. tak bawak .. sila bersila duduk di lantai .. saya fade up nak dengar apa apa alasan ! ..'


Waaahhhhh .. bercakap macam aku dah kahwin pulak kan ..??? hahahaa ..
Di pihak aku .. tak tahulah macam mana, kan ..?? Bila pasangan dah dicampakkan ke sabah .. semua jadi blank seketika. hahaha .. mungkin perlu mengambil sikit masa untuk plan sebaik mungkin. Sebab bukan jangka masa yang pendek untuk dia berada di sana. Mungkin 3 mungkin juga 4 tahun untuk dia di sana. Jadi, biarlah aku beri masa untuk dia stabil berada di sana. Dan aku juga dapat stabilkan keadaan keluarga aku dulu di sini. Mungkin ada hikmahnya Allah menjarakkan kami dengan jarak begini. Dan sesekali .. terdetik dalam hati aku. Aku WAJIB redha jika jarak itu akan menghentikan jodoh kami. Semua itu adalah rancangan Allah. Manusia hanya mampu merancang mana yang dia rasakan baik untuknya. Allah lebih tahu mana yang terbaik kan ...???
 

~ nur atikah razali bersama pasangan ~

Jadi, tahniah untuk kawan kawan yang dah pun bergelak suami atau isteri .. tahniah juga bagi kawan-kawan yang sudah bertunang .. menunggu masa untuk sebuah perkahwinan .. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya buat anda semua. Selamat menempuh alam yang penuh mencabar .. selamat berkasih sayang. Buat sahabat aku .. Nur Atikah Razali selamat menimang cahaya mata ( even lambat lagi mungkin ). Doakan anda dan pasangan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Itu saja kisah kahwin dari otak aku
hahahaha ...
mari kita hantar kereta pergi bengkel untuk diservis
adoooiiiyaiii ..
tak de anak .. belek kereta je la nampaknya.
kih3x
chawwww .. wassalam ;)

Monday, May 28, 2012

~ jauh .. semakin jauh .. ~



Assalamualaikum 
apa khabar kah anda semua ..??
kui3x
mood : taktahunakkatahape ..
hahahaha
~ ketawa guling guling sampai jatuh katil ~


Apa mawu kata yerrr ...??? tak perlu kata apa apa. Kalau nak nangis boley nangis .. nak gelak pun boley gelakk. hahahahaha .. ( statement untuk aku saja yerrrr )

Macam entry lepas aku ada bagitahu aku sudah pun dipostingkan di SMK Taman Nusajaya, Gelang Patah. So far .. sama la jugak macam kawan2 aku yang lain yang turut dipostingkan. Waaaaa .. termasuklah my bf.
My bf ...????? 

Yup. My bf. Since kami yang perempuan dalam cos teknik vokasional tak dapat dicampakkan ke sekolah teknik or vokasional .. maka, kami pun tercampak di sekolah menengah harian. By da way .. ramai cikgu tanya, teknik vokasional tu KH ke ...??? Hmm .. penat nak jawab. Aku pun nak tanya ... boleh ke kami ni ajar KH ? Kami tak belajar akaun, kami tak belajar pertanian, kami tak belajar masak, kami tak belajar jahit ... klau macam aku yang ambik elektrik ... aku cuma boleh ajar satu topik saja dalam KH form 1 sampai form 3. Since teknik vokasional ni .. more pada engineering ... much better klau mereka suruh kami mengajar math form 1 sampai form 5 atau fizik. Waaaaa .. dengan belagaknya. Tak laaa .. mungkin tu lebih mudah bagi kami untuk study sebb tak lama kami tinggalkan 2 subjek tu. Apa lagi masa di matrik kami semua budak sains fizikal .. so, basic kami memang math n fizik.

Ok .. tinggalkan semua tu. Tak penting okeh !!!
Berbalik pada my bf. Ada satu entri aku yang dulu story pasal PJJ .. adoooiyaiii .. percintaan jarak jauh. Bagi aku .. Johor-Perak tuh cukup jauh dahh. hahaha .. tapi bila check negeri posting aritu .. terkejut beruk aku tengok. Nak nangis ada. Lost in sudden. !!!! huwaaaa ... 
Sabah kau !!! 


~ okeh .. saya tak kenal anda .. kejap lagi jadi orang Sabah dahhh .. ~
p/s : cari awek sabah .. siap kau !!! erkk ..

Kot ya pun nak jauh .. agak2 lah wehhhh. Sabah kau pergi, wahai pak we aku !! haihhhh
First tu .. memang susah nak terima hakikat. Bila ingat je dia nak memberangkatkan diri ke sabah tu memang sedey lah kan. Dah la sedey .. kena marah lagi sebab sedey. apa punya pak we lah. sedey pun salah ke ..?? Untung aku sedey .. kan kalau aku suka meroyan kannn ... haaaa, ada yang spoil la tuh. errkkkk !!

Jadi, dia pun menunaikan janji dengan datang ke Batu Pahat aritu. Jumpa lah sekejap je kan .. 
Macam biasalah kami klau keluar dari dulu. Yang pasti nak keluar tu kena bagitahu my dad la kan. Waaaa .. malu2. hahaha .. 
Masa keluar tu tak lah rasa pape .. rasa biasa je. Tapi bila nak hantar dia balik tu .. rasa lah sedey tuh. Tapi nak buat macam mana kan ...???


~ promosi promosi ... beriani power .. !!! dari kecik sampai besar duk batu pahat .. baru nak pergi beriani power. pergi pun pakai gps .. tah hape punya mangkuk daaaa. Yang penting .. bessttt !!!  ~

Jauh ... semakin jauh.
Kadang tu aku rasa .. panjang ke tidak jodoh kami ni ..?? Orang tua kami dah tahu .. klau kata tunang secara tak rasmi .. lama dah pun. Secara positifnya .. aku cuma akan  kata, ni ujian kami. Mungkin ada banyak baiknya kami jauh dari kami dekat. Siapa tahu kan ..?? Allah lebih tahu. Allah yang susun semuanya untuk kami.

Kadang tu terpengaruh jugak bila ada yang kata orang Sabah macam tu .. macam ni ..  tapi, kalau dah jodoh ... macm mana pun tetap jodoh. Kalau tak .. tetap tak. Ramai tanya .. bila nak kahwin ..?? Ramai nasihat .. cepatlah ikat ... n bla bla. Dah boleh mula plan .. n banyak la. Cuma ... kadang tu aku tak yakin. Adakah perkahwinan tu macam couple couple nih ..?? Full of commitment. Biarlah semuanya follow da flow. Parents kami pun tahu  status kami. Selagi mereka tak berbunyi apa-apa tentang hubungan kami .. biarlah dulu.


~ aku ...???? tetap orang johor okeh .. ~
 
Cuma dalam menghadapi hubungan yang semakin jauh ni ... yang entah bila akan jumpa .. aku rasa apa yang perlu ada adalah percaya and jujur. Biarlah jujur .. sekali pun pahit untuk di telan. Pasti akan datang 1001 prasangka saat kita jauh dengan pasangan. Tapi jika benar kita kenal pasangan .. maka akan adanya kepercayaan. Cuma bagi aku ... sebanyak mana pun percaya, jangan hilang terus curiga sebab itu adalah tiket untuk pasangan mengambil kesempatan. Percayalah ... tapi bukan sepenuhnya. Jujurlah .. biar jujur sepenuhnya. Waima datangnya lintasan hati menaruh hati pada yang lain .. jujurlah. 

Apa pun .. selamat berangkat ke Tawau, Sabah. Selamat menghadapi cabaran dan hidup baru di sana. 

 

~ tinggalkan ini je untuk saya ..??? tak cukup kowtttt .. hahahaha ~
p/s : kita tengok berapa lama gelang n cincin tuh boleh bertahan di tangan budak ganas nih ..
lalalalalala


Dan aku .. pun selamat menghadapi kehidupan baru di nusajaya. Tapi, aku masih syukur n happy sebab kawan baik aku dunia akhirat .. ahmad hisyamudin ada di sana. Even tak dapat jumpa punnnnn ..;)
Hidup ni akan ada banyak cabarannya. Akan jumpa banyak dugaaannya. Semoga Allah bersama kami. 

Okey babe !!!
Jom kita pergi jalan di musim cuti sekolah ni.
hehehehee ... 
chawwwww. Wassalam .. 

Sunday, May 27, 2012

smktu 2 in memory



Assalamualaikum
kui3x
Lama kan tak update blog. 
huhuhu 

Kenapa ..?? hmm .. banyak sangat jawapan untuk soalan kenapa tu. Cuma satu je jawapan yang paling tepat. Busy. Busy. Busy ...

Kenapa busy ?? 23 Mei 2012 adalah hari yang bersejarahla jugak bagi aku .. well .. aku mula menempuh zaman pekerjaan tetap. Jadi apa ..??? hmm .. jadi cikgu la hape lagi. adoiiiyaiiii ..

Ok .. tak perlu story macam mana keadaan aku sekarang ..
Tapi aku nak story tentang Tasek Utara 2 yang ditinggalkan. huhuhu ..

SMKTU 2 .. aku datang ke sekolah tu dengan perasaan yang cukup hambar. Cukup bosan. Cukup menyakitkan. Masa tu rasa budak budak sekolah tu .. macam tak tahu nak kata apa perasaannya. Susah nak gambarkan. 



Bila 31 Mac 2012 .. aku sepatutnya ditamatkan perkhidmatan sebagai guru interim. Perasaannya bercampur campur. Sedih dan gembira. Sedih sebab akan tinggalkan sekolah .. tinggalkan pelajar dan rakan guru kat situ. Tiba-tiba ... tak jadi !!! Aku adalah orang yang cukup bersyukur. Aku ada masa lagi bersama pelajar aku.

Dan 21 Mei 2012.
Bila penempatan diagihkan. Tahniah ! Anda ditempatkan di SMK Taman Nusajaya
Hati aku hambar. Tak tahu nak kata apa time tu. Bila pandang pelajar aku .. hati aku cuma terdetik ... ' aku akan tinggalkan diorang ..'

Aku tak dapat dengar lagi gurauan pelajar 
' .... cikgu ni cantiklaaaa ...'
' .... cikgu, saya geramlah dengan cikgu ni. semua purple !!! ..'
dan yang paling sweeet .. bila ada yang nyanyi ..
' nazura ..... kau lah sinar hidupku ....'

Semua tu nostalgia yang tak mungkin dilupakan. Pelajar peluk aku .. pelajar cium ( perempuan okeh ! ) semua tu sangat dirindui. Even aku masuk kelas dalam keadaan tak stabil .. marah macm nak gile bila berhadapan dengan pelajar nakal ..tapi itu semua sangat manis untuk dikenang.

Semua tu datang dan pergi. Bila pindah tempat mengajar .. maka aku pun perlu pindah tempat tinggal. Sungguh .. itu juga perkara yang sukar untuk diterima. 5 bulan bersama diorang ( Nik Farida, Masidah n Kak Zah ) buat aku sangat selesa. Honestly, aku bukan manusia yang sangat mudah selesa dengan orang. Aku mungkin boleh mesra dengan ramai orang .. tapi bukan pada erti kata selesa.



Bila peluk ida time dia nak balik .. yes, there's something different deep in my heart. Serta merta air mata bergenang. Tapi masih aku cover ! You know what .. rumah sewa tu adalah rumah sewa pertama bagi aku. Kalau cakap pasal kenangan .. semuanya adalah kenangan.

Keluar rumah pagi pagi ... hantar baby ... berkejar pergi sekolah .. itu semua adalah rutin yang akan selalu dirindui.

Tapi kata orang .. biar sekejap tapi memberi kesan yang positif .. jangan lama .. tapi akhirnya berantakan menjadi negatif.

Rutin SMKTU 2 adalah rutin yang manis sekali. Hati memang sebak sangat bila lalu depan SMKTU 2. Teringat pun kadang kadang jadi sebak. Bila datang pagi .. selalunya mesti terlewat. Nanti berkejar nak punch .. kadang tu pengetua akan tunggu kat depan. ( owwwhhhh .. sangat dasat ). Lepas tu turun ke dataran kejat setiap hari untuk perhimpunan .. hmmm ..

Alhamdulillah .. hubungan aku masih baik dengan cikgu cikgu sampailah masa aku melangkah keluar dari sekolah tu. Kalau cikgu interim lain rasa mereka ada satu mentor .. aku rasa aku ada ramai mentor.



Pn. Chan Wei May .. GKMP Sains Kemasyarakatan.
Bagi aku, Pn.Chan cukup baik. Cukup bagaimana aku mengenali dia .. buka bagaimana orang lain kenal dia. Bagi aku .. setiap manusia ada buruk dan baiknya. ya, dia memang baik. Sebagai ketua .. aku sangat respect sebab dia banyak support untuk aku lebih banyak belajar. Dia tunjukkan aku cara untuk buat kerja dengan baik, kemas dan teratur. Aku suka cara kerja dia. Dalam banyak perkara, dia sentiasa motivate aku supaya terus berusaha untuk majukan diri. Serius .. teringat kata-kata dia setiap kali tanda buku rekod mengajar aku.

Ustaz Maalim bin Mamat  GPK Hem
Aku berada di bawah ustaz sebab aku penyelaras denggi dan perlu mengajar subjek agama Islam. Bagi aku .. ustaz adalah ketua yang baik dan sangat tolarate. Tak melampau aku kata kalau aku dah anggap dia macam cikgu aku kat sekolah dulu. Bagaimana aku sentiasa membuat setiap arahan .. dan membuat setiap tugasan sehabis baik yang mungkin.

Pengetua
Kenapa pengetua ...?? ramai orang cakap dia garang .. bla bla bla ..
Bagi aku .. dia memang garang. Dia memang strict. Tapi aku sangat respect cara kerja dia .. dan ada waktunya aku suka cara dia melayan studnt.

Dalam bersama komuniti guru .. aku lebih suka meletakkan negatif seseorang di sebelah tepi. Sebab itu tidak lain hanya akan membuatkan kita rasa kurang senang dengan sipulan. Setiap orang ada kelemahan .. ada kekurangan. Tapi jika kekurangan dan keburukan itu saja dipandang manusia .. maka tidak ada manusia yang bagus dalam dunia ni.



Aku hanya mahu mengenali seseorang dari sudut pandangan mata aku. Dan aku sangat berhati hati dengan sudut pandangan mata orang lain. Sebab ... bukan semuanya kita boleh nampak. Jangan pandangan orang .. kita buang lantaran dah suka dengan individu tersebut. Tapi .. adalah baik jika berhati hati.

Okey lahhhhh
aku yakin .. sebaik saja melangkah meninggalkan sekolah tu .. aku akan rindukan Kak Nim, Kak Nik, Kak Erniey .. Kak Rozi, Kak Isma, Tan, Masidah dan semua. Mereka semua adalah guru-guru yang selalu menjadi mangsa aku. Mangsa apa ..?? Mangsa kena kacau je. Lepas ni .. aku tak dapat kacau diorang lagi dahhh.

By da way .. SMKTU 2 adalah kenangan bagi aku. SMKTN .. adalah masa depan bagi aku.
Dulu .. aku ingat lagi macam mana aku sangat stresss .. aku sangat sangat ingin keluar dari SMKTU 2 .. bagi aku tu adalah sekolah paling teruk. Bagi aku student kat sana semua .. snagat menjengkelkan. Tapi hari ni .. aku cuma nak kata ..' aku sangat sedey sebab tidak kekal di sana ..'



Lepas ni, aku harap aku dapat survive dengan baik di Gelang Patah. Aku bawa bersama kenangan di Tasek Utara 2 agar aku boleh tetap tersenyum di SMK Taman Nusajaya.

Thanks all.
Luv U all .. Miss U all ...


Friday, May 11, 2012

~ hurrrmm .. indah sebenarnya hidup ni ~




Assalamualaikum semua
selamat pagi pagi buta
siapa yang tak dapat tido malam ini sila celik !!!
~ lallalalala ~
hehehehehehe

Malam ni .. hmm .. masuk pagi dah kot. Aku tak dapat nak tido. Adoiiiyaiii .. mana nak tido. Baru bangun tido .. memanglah tak dpat nak tido lagi. hahahaa

Actually .. hari ni adalah hari yang bagus untuk aku. Kenapa bagus? Hmm .. sesungguhnya aku dapat mengaplikasikan perkataan ' hari ini lebih baik dari semalam '. Hoyea ! hoyea !!!! hahaha

Semalam ..?? silap lah. Tak boleh semalam. Semalamnya lagi. Okeh !
Semalamnya lagi .. means hari Selasa, mud aku merewang tah mana. Ke laut .. hmm .. Laut China Selatan kot. Dihanyut ombak .. bla bla bla .. bukan ombak rindu yer. sila mengerti !

Kenapa ..?? Ya, kenapa ek ..?? hahaha
Kan selalu dengar .. hidup kita tak kan indah bila tak ada air mata. sebab kita takkan tahu nikmatnya gembira klau tak pernah berduka. ~ lalalalaala ~

Perkataan sedih dan air mata bukan benda yang asing bagi aku. Benda yang sangat biasa sampaikan kadang-kadang aku tertanya-tanya ' bila aku nak menangis nih ..' haaa .. kan ? Serius !! Itu memang KELEMAHAN aku yang paling besar.

Diciptakan oleh Allah .. aku ada hati yang tersangatlah lembut. Kadang tu .. benda yang dah berlaku 2 tahun lepas pun aku rasa macam baru je berlaku 2 hari lepas. Tapi .. aku selalu pujuk diri aku sendiri, itulah motivasi kita. Itulah MOTIVASI okeh !!! 


Aku tak mengalami pahitnya putus cinta. Tapi aku mengalami pahitnya .. sengsaranya putus SAHABAT. Macam mana boleh putus .. entah. Malas kot nak cerita. hahahaha. Hakikatnya .. memang ada kesalahan dari keduanya. Cuma .. hati aku kata, hukumlah aku pada kesalahan yang aku buat .. tapi jangan hukum aku pada kesalahan yang orang lain buat. Sebab aku akan menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka buat.

Siapalah aku untuk menghukum mereka sedangkan banyak juga kesalahan aku pada orang yang lain tapi tidak juga di hukum. Betul kan ...??? My bf pun kata ... ' awak jangan terlalu berdendam ..'
yup .. pada asalnya memang ia kelihatan seperti satu dendam yang aku tak izinkan ia terlerai begitu saja. Pada aku .. wat u give, u'll get it BACK !! Waaaa !!! hahahaha. Tapi silalah PERCAYA bahawa ALLAH itulah yang lebih berhak memberi balik dalam apa bentuk sekali pun.

Jadi, keputusan aku adalah .. aku melepaskan semua yang aku panggil kenangan. Aku takkan pandang semula ke arah mereka .. berpatah balik mencari kegembiraan yang pernah kami kecapi dulu. AKU SPESIES TAK PANDANG BELAKANG. Apa yang aku terima aku redha dan aku teruskan walaupun rasanya sangat sakit ... sangat sunyi .. rindu + sayang .. tapi terpaksa dibiarkan berlalu bersama masa. Sebab aku yakin .. sangat yakin Allah akan gantikan dengan yang lain.


SMKTU 2 membuka lembaran yang baru dalam sesi hidup aku.
Walaupun langkah pertama tu di rasakan cukup pelik .. asing dan hambar. First time duduk di rumah sewa. First time jauh dengan family .. it's something difficult to adapt, kan ..?? by da way ... dengan housemate yang cool ... lebih matang dari aku ( Masidah, Nik Farida n Kak Zah ) .. membuatkan aku cepat utk adapt dengan persekitaran yang baru.

Berhadapan dengan budak JB .. apa lagi di sekolah yang tak bertaraf ( SMK biasa je la kan .. bukan sekolah pilihan ) buat aku shock ! Persekitaran .. percampuran Melayu, India dan Cina .. semua tu sangat baru bagi aku. Dengan budak yang tak makan tengking .. semua tu adalah pengalaman sebagai seoranag guru untuk mencari cara terbaik untuk mendidik.
Semua tu membuatkan aku berfikir setiap malam ...' apa agaknya aku nak buat dengan budak tu esok ek ..?? '


hmm .. mungkin itu kot yang difikirkan oleh kebanyakan cikgu sekolah. Mungkin juga semua cikgu yang memang niat di hatinya .. ' aku perlu betulkan student aku ..' tapi lama-lama .. semua tu jadi sesuatu yang bertukar perlahan-lahan. Dari perasaan sangat bosan untuk ke sekolah berjumpa dengan student .. buat aku sangat tak sabar untuk ke sekolah pada hari esoknya. Kenapa ...?? Pelajar sekarang bukan pelajar yang boleh di pukul tengking lagi. Mereka spesies tak takut. Kalau dengan polis pun diorang boleh sumpah seranah depan-depan. Kalau dengan kayu cota pun diorang tak heran .. apa lagi setakat dengan marah cikgu perempuan umur 24 tahun yang belum ada pengalaman setahun pun mengajar. Sila buat perbandingan !!!

Cukup aku kata .. kebanyakan mereka adalah di kalangan mereka yang kurang kasih sayang. Sama ada kurang menerima kasih sayang atau kurang memberi kasih sayang. Aku tak pernah bermimpi untuk menjadi seorang guru. Aku pernah cuba menggagalkan test MEDSI aku waktu di matrikulasi. Aku pernah cuba menggagalkan sesi interview aku sewaktu di UTHM dulu. Tapi .. Allah tahu mana yang terbaik buat aku. Bagi aku .. waktu itu .. guru adalah masuk kelas dan mengajar. Tapi .. sebenarnya itu adalah tugas guru yang langsung tak terbeban. Apa yang menjadi sangat sukar adalah .. guru perlu memastikan .. mengusahakan agar student itu .. generasi yang akan mempelopori negara satu masa akan datang .. baik Melayu, Cina dan India .. mereka menjadi generasi yang membangunkan negara dengan cara yang baik dan betul ! Serius !!! Di situlah pentingnya motivasi, psikologi, kaunseling dan agama. That's my passion !!!! 

Itu dengan pelajar. Macam mana pulak dengan komuniti guru ???
Aku pernah dengar satu statement .. ' untung jadi cikgu voka .. duduk bengkel je. tak payah campur dengan cikgu-cikgu kat bilik guru. banyak gosip !  '

hahahaha .. hakikatnya memang begitulah. Menjadi guru bukan hanya berhadapan dengan pelajar .. tapi juga guru yang banyak juga kerenahnya. Kalau cikgu ada 100 orang .. pasti ada sekurang kurangnya seorang guru yang membuatkan kita rasa .. ' ish. aku tak suka dia ni ...'

Tapi, bagaimana nak menghadapi situasi ini ..?? Adakah dengan menggunakan sikap kebudak budakan .. dengan bermasam muka n tak bertegur dengan dia ??? Aku cuma memegang prinsip ..
' since u dont touch me .. i will not touch u ..' maknanya .. selagi mana belum ada sesiapa yang mengganggu gugat aku .. maka aku takkan kisah.

Aku ada kerja aku .. dan mereka ada kerja mereka. Cara apa dan bagaimana mereka tak puas hati dengan sesetengah orang itu bukan urusan aku. Mereka boleh luah ikut kehendak mereka sebab itu hak mereka. Mereka dipersilakan untuk berkelakuan bagaimana pun .. sebab itu hak mereka. sebab mereka pun tak mengganggu hak aku. Bak kata my bf ... ' kurangkan bercakap .. banyakkan mendengar ..' Dan aku akui .. itu adalah cadangan yang baik buat aku. Sejak sekolah rendah .. aku sangat dikenali
sebagai seoranag yang terlalu banyak bercakap. Minah kepoh ! Wowww !!! hahahaha. Tapi lately .. aku memang hilang gelaran itu. Aku pun tak pasti mana pergi !

Soal kerja .. memang ramai kata guru interim nih akan dibebankan dengan banyak kerja. By da way .. aku cuma memandang semua itu sebagai satu tanggungjawab. Hmm .. entahlah. Cukuplah aku kata .. aku datang ke sekolah untuk membuat kerja .. untuk busy. Bukan untuk berjalan-jalan. Tapi klau terlalu busy pun payah jugakkan. Cuma buat masa ni .. aku tak pernah sampai bawak balik kerja di rumah
 ( tak macam Cikgu Masidah yang tak berhenti buat kerja .. ish3x. Bakal guru cemerlang 2012 !!! )

Aku tak nafikan .. ada juga tanggungjawab yang aku perlu pikul even hanya sebagai guru interim. Penyelaras Denggi Sekolah, Guru Penasihat Kelas Perpustakaan, Guru Kelas B untuk 2 kelas, Setiausaha Panitia PSK & Agama Islam. Ada juga tugas lain yang sampingan. Apa yang paling penting .. aku tak boleh tangguhkan kerja walau hanya 1 hari. Itu kan memang cara aku kerja sejak dulu sampai bergaduh besar besaran punya dengan cousemate. hahahaa ..

Dan yang paling latest ... ' nazura, nazura kena tolong kak nik buat instrumen untuk PBS form 1. Form 1 kita berdua dengan ustaz maalim. Ustaz Maalim ( GPK HEM ) mestilah busy, kan .. nanti nazura tolong kak nik, yer ..?? '.. hahahaa .. ' orite ! '


Kenapa orite ??? 
Wahai anda yang baru saja bekerja tak sampai setahun .. grablah apa saja kerja sebagai satu pengalaman. Jika kita ambil tugas itu sebagai pengalaman .. untuk kita belajar suatu yang baru .. insyaAllah, semuanya akan jadi mudah. Belajarlah apa saja walaupun ia bukan bidang tugas kita. Itu semua adalah pembelajaran yang takkan terkandung dalam mana mana buku pun.



SMKTU 2 adalah sekolah yang pasti akan aku rindu jika ditakdirkan aku dipostingkan di sekolah yang lain memandangkan tak ada opsyen aku di sekolah tu. Memandangkan tak ada juga subjek kosong yang bersesuaian dengan opsyen aku. 

Bagi aku .. dimarah dengan pengetua .. hahahaha. Memang tak boleh lupa saat kena jerit dengan pengetua dari tingkat 3. Geram. Marah. Sedih. Malu semua tu ada. Tapi rasionalnya .. cukuplah aku anggap dia orang tua yang tak perlu sangat aku ambil hati dengan marah dia. Tapi teguran dia yang baik .. perlulah aku ambil sebagai nasihat. Sama juga macam GPK yang lain. Aku tak menganggap mereka sebagai bos aku .. aku tak anggap mereka sebagai ketua aku .. tapi aku anggap mereka adalah cikgu-cikgu aku. Sebab aku tersangat muda untuk menganggap mereka ketua aku = rakan sekerja.


Aku yakin .. kadang2 akan ada juga sikap antara rakan kita yang keterlaluan. Tak kira dari segi bahasa dan perbuatan. Cuma bagi aku .. cukuplah .. yang buruk tu memang kita tak suka .. ( tak suka dengan sikap itu bukan orangnya ) tapi yang baik .. perlu untuk kita suka. Jika nasihat dan pandangan itu baik .. maka dengan senang hati dan terbuka perlulah kita terima. Kalau buruk sikap mereka .. maka dengan senang hatilah perlu untuk kita tak suka. Jika begitu, bukanlah kita lalang .. tak juga kita kaki kipas .. komen orang lain tentang buruk seseorang yang lain jangan kita anggap itu fitnah .. tapi luahan perasaan. Sebab jangan kita memandang seseorang itu baik saja .. mesti ada buruknya. Maka, dari situ buat kita lebih berhati-hati dengan setiap orang.


Yakinlah .. dengan begitu kita akan gembira dengan semua orang. Menerima baik dan buruk seseorang itu.Bergembiralah dengan hidup yang ada. Aktiviti mengata di belakang .. hmm .. benda biasa kot. Aku pun dengan senang hati pernah cakap someone is Angry Bird ! ~ lalalalaa ~ Angry Bird .. comel kowt. Aku siap minta angry bird lagi kat kawan aku masa konvo aritu. hahaha. Tapi janganlah hingga terbawa bawa menjadi kan kita seorang yang tak profesional. Tak suka .. is tak suka lah. Tapi jangan kerana yang dimarahnya orang lain .. kita pulak yang over benci kat dia. 

p/s : tolonglah faham .. itu adalah sikap segelintir kaum hawa ( kebanyakannya ). huhuhu

By da way .. SMKTU 2 .. dan program guru interim .. thanks to give me a valuable gift for this life. Sungguh.!! Ini adalah pengalaman yang sangat mematangkan. Ia mungkin berbeza apabila terus mendapat DG 41 .. DG41 yang terus menjadi guru tetap ... setiap bulan menanti gaji. Tapi guru interim .. gaji tak sebanyak guru tetap tapi kerja sama dengan guru tetap. Setiap akhir bulan perlu berjuang untuk dapatkan gaji. Tak pernah cepat .. wajib lambat. hahahaa .. tapi itulah aku nak kata. Ada yang terlalu sangat berharga berbanding gaji. Ya .. ada !!



Wachaaaaa !!!!! tak sedar panjang giler entry ni.
huhuhu .. cukuplah cukup. Bosan giler orang baca. hahahaha
saya berambus dulu yer ..
tido la tido ..
nite !
Wassalam ..;)