Saturday, May 4, 2013

~ giler giler PRU 13 ~



Assalamualaikum
hye readers !
waahhhhh .. lama sungguh tak memaksa diri menaip blog 
yer ! harus perlu dipaksa
memandangkan terlalu super banyak kerja yang perlu di buat dan di paksa.
hoyea hoyea  !!!!!

giler memang giler. lagi 2 hari menjelang pilihan raya. Kalau sebelum ni, bahang tak begitu terasa tapi kali ini terlalu sangat amat ketaranya.


Sana sini bendera. Sana sini .. menunjukkan hebat yang memang cukup hebat. Tidak kira di bahagian kerajaan mahu pun pakatan rakyat. Yeaahhh .. kebangkitan rakyat bagi kedua belah pihak tak mampu dibendung lagi. Itu yang perlu semua pihak terima untuk PRU 13 ini.

Kenapa dan mengapa hingga begitu respon rakyat untuk PRU 13 kali ini ..??? Jika dulu .. ramai yang memilih untuk tidak mengundi, tapi aku yakin kali ini .. orang yang memilih tidak mengundi itu adalah orang yang paling tidak berguna untuk negara. ( kecuali atas sebab-sebab yang lebih besar dan tidak dapat dielakkan ).

Kalau PRU dulu .. aku dan kawan-kawan adalah generasi kanak-kanak yang tidak layak mengundi, tapi kali ini kami sudah boleh mengundi. Kami sudah mampu bertindak menentukan masa akan datang negara. Kalau dulu, aku lebih banyak bercakap tentang politik itu dan ini, tapi kali ini aku lebih banyak diam dan menyokong di belakang. Kalau PRU yang lepas .. adik lelaki aku masih budak sangat, tapi kali ini dia antara orang yang begitu sibuk dalam urusan jentera pilihanraya walaupun masih tidak mampu mengundi. Sekurang-kurangnya dia juga tahu dan berusaha menentukan hala tuju negaranya. 

Di Johor Bahru .. kereta aku tak ada fungsi apa pun kecuali menjadi teman aku untuk pergi dan pulang ke sekolah. Tapi, bila balik kampung .. yeaahhh !! sebesar besar bendera di kibar dengan kereta aku yang super comel itu. hahahahaha .. !! Best kalau aku dapat join. kan ??? hahahahha

Bila lalu di hadapan mereka di tepi jalan yang mengibar bendera tanpa mengambil kira kaum dan agama .. yeaaahhhh .. rasa semangat mereka. Terharu. Jadi, hon mereka tanda sokongan.! Kita tidak mampu bersama mereka yang berada di lipatan sejarah .. jadi, sokonglah mereka. Semangat mereka. Kekuatan mereka. Keberanian mereka. Pernah kita terfikir satu hari nanti .. jika sesuatu berlaku kepada negara, merekalah orang-orang yang paling dahulu mendahului barisan perajurit bersama perajurit terlatih negara. Ohhh !! Yeah .. yakinlah mereka itu semua kita perlukan.


Alhamdulillah ! Malaysia sangat memerlukan anak muda yang kuat semangatnya. Malaysia perlukan anak muda yang terbuka mindanya. Malaysia perlukan anak muda yang kental jiwanya. Mereka bukan taksub dengan pemimpin. Mereka bukan fanatik dengan parti. Tapi mereka berjiwa besar terhadap negara mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk negara mereka. Mereka lakukan semua itu tanpa paksa .. tanpa gaji, tanpa elaun. Mereka lakukan semua itu untuk menikmati sebuah kesejahteraan di dalam sebuah negara. Maka, hargailah mereka semua !!

Siapakah mereka itu ...??
Sesiapa saja di fikiran anda semua. Kita semua mempunyai tafsiran dan penilaian yang berbeza. Saya dan anda semua. Jadi, walau siapa pun mereka di mata dan pandangan kita, mereka adalah yang terbaik ikhlas dari hati kita. Tiada insan sempurna untuk dipilih menjadi pemimpin kecuali Nabi Muhammad S.A.W
Tapi .. carilah pemimpin yang dapat menjamin kebajikan rakyat dan ketelusan dalam membangunkan negara bersama rakyat. Tiada racist. Tiada lagi ungkapan .. ' kau balik negara kau ' or so on !! Bagi aku .. tiada apa yang membezakan setiap kaum kecuali agama. Sekiranya sama agamanya, maka bersaudaralah kita .. tiada apa lagi yang membezakan kita semua kecuali amal soleh. Kaum ni begini .. dan kaum ni begini. Percayalah, itu semua individual attitude. Bukan kaum. Bukan bangsa. Bukan agama. Positive and u'll always so nice !  


 

 

 

  

~ gambar-gambar di atas semua tanpa caption. itu bermakna anda berhak melihat dan menilai. ikut keperluan dan kesesuaian individu. manusia berhak memilih .. aku hanya bagi anda yang membaca sesuatu untuk menilai. siapa pun pilihan anda, itu adalah apa yang mahu untuk negara. silakan memilih .. let's smile ~
 
Selamat mengundi bagi yang boleh mengundi. Semoga Allah mengiringi langkah kita semua dengan pilihan yang terbaik. Semoga Allah bersama kita untuk menentukan hala tuju Malaysia ke arah yang lebih baik. In-Shaa-Allah. 

Wassalam.