Thursday, February 25, 2016

wat the mommy's routine



Assalamualaikum
ohhh hai wat up dear ? .. 
ohhh my ! jumaat ... yeayyyhhh CUTI ! okeh, this is JOHOR yer. Setiap minggu sangat menanti hari Jumaat dan Sabtu. Sangat teruk kan cikgu nih. Tapi, alhamdulillah, Ahad sampai Khamis .. berlalu dengan sangat baik. Kerja berjaya dibereskan hampir 80%.

Tunggu tak de kerja .. mana ada tak ada kerja. mommies yang 2 tempat bekerja lagi akan faham situasi dan keadaan yang namanya kerja.

alhamdulillah, masuk 7 bulan bergelar mommy. semuanya berlalu dengan cukup pantas sampai tak sedar aku dapat lalui semua itu. Allahuakbar! soal penat, serabut .. kelam kabut tu tak payah nak ceritalah. yang penting semua kerja settle !

Kalau dulu, time umar tak keluar dari perut lagi, bangun pagi sangatlah bermalas malasan. Bangun solat subuh .. terus berlunjur balik atas katil. Mentang mentanglah pergi kerja pukul 12, jadi gunakan semua masa lengang yang ada dengan tidur tidur dan tidur. Time tuh fikir tidur itu adalah rehat yang sangat amat diperlukan.

Bila bersalin,  aku dapat cuti 2 bulan 10 hari je bersalin. Even masa naik sekolah masih ada lemah yang tersisa, tapi semuanya dapat dihadapi dengan baik juga. Okeh, since umar keluar .. semuanya bertukar 360 darjah. Since umar sentiasa terikat dengan temujanji klinik dan hospital, jadi perkara yang paling aku perlu ingat adalah tarikh temujanji. Apa lagi temu janji dengan pakar. Masalah besar kalau aku lupa tarikh temujanji tuh.

Cuma bila dah masuk 7 bulan ni, aku cuma perlu alert dengan tarikh temujanji di hospital je. Dah kurang temu janji di klinik. huk3x. Biasanya, bila bangun tidur, hal pertama yang aku buat adalah pergi dapur dan siapkan makanan umar. huhuhu. Sebenarnya, aku bagi umar mula makan masa umur dia sebelum 6 bulan pun. TAk silap aku masa nak masuk 5 bulan aku dah mula bagi makan kat umar. Semua tu pun bila sebulan dia mengalami cirit yang agak teruk.

Mula tuh semua orang kata biasa bila dia tak stop menyusu dan tak menampilkan riak sakit or wat so ever. Tapi makin lama aku tak senang mata pulak nak tengok kalau dalam 10-15 minit dia akan biyak. tekstur najis dia cair sangat dan berlendir. Bila bawak pergi Poliklinik Nge, dia bagi ubat cirit dan alkali. Then doktor kata, umar perlu kurangkan susu.

Bila kata kurangkan susu, apa aku nak buat bila umar lapar ? SO, that's why aku start solid food kat umar. Alhamdulillah, dalam 3 hari najis umar kembali normal. Tak lagi cirit, tak ada lagi najis cair berlendir tuh.  Untuk solid food yang pertama aku bagi je macam orang tua-tua dulu. Masakkan tepung beras campur dengan cerelac. Kononnya nak bagi campuran berkhasiatlah cam tuh. Alhamdulillah sangat umar tak banyak masalah dengan aktiviti makan.

Bila pergi klinik, barulah nurse suggest untuk aku bagi makanan yang lebih fresh. Hmm ... macam mana pun cerelac tu tetap makanan segera kan ? So, since that day ... bagi lah umar makan campuran bubur nasi, sayur dan ikan bilis sikit then blande all.  Mula tuh, sentiasa licin makanan dia. Tapi, bila mula pandai makan macam macam dan macam .. mula lah memilih. Bosan dengan nasi, aku gantikan dengan kentang pulak. Tapi, tetap ada sayur dan protein. Itu pun kadang bergaduh dengan mama bila nak makan. Tengok apa mud dia time tu.

So, time hari .. seawal 6.30 pagi aku dah mula masak makanan umar. pukul 7 macam biasa akan bersama channel 119. Time tu biasanya umar dah bangun. Nasibnya, rutin umar ssama saja setiap hari. Pukul 7 dia akan bangun. Masa tu, makanan dia dah mula nak ready, jadi pukul 8 dia dah boleh mula breakfast. yeaaaayyyyy !!!
lepas makan, terus makan ubat ... mandi dan siap untuk keluar.

yup, setiap hari memang kena bawak umar keluar berjalan. jadi sebelum pukul 10, aku sendiri perlu dah bersiap nak ke sekolah. So, setiap hari memang mencari pelbagai alasan untuk keluar waima beli air batu di kedai. hohohoho .. dan biasanya, sekitar pukul 9 lebih ke 10 lebih .. itu waktu tidur umar lepas dia main menggila. So, time tu lah aku guna untuk siapkan semua barang nak ke sekolah. kalau ada pape dokumen untuk print out, jadi itulah masa yang akan aku guna.

semestinya, bila tinggalkan anak dengan mak, semuanya sudah cukup lengkap. dari mandi, makan dan susu. jadi, waktu tinggalkan dengan my mom, dia banyak tidur sebab dah puas main dan berjalan waktu pagi. So, rutin dia .. bila aku nak pergi sekolah, dia akan bangun. nanti lepas zuhur dia akan tidur semula n bangun semula nak masuk asar. bangun, main .. makan .. dan bila aku balik dari sekolah, terus mandikan. Jadi, sepanjang tinggalkan dengan mak, segala keperluan pampers, susu dan botol susu bersih ada kat sebelah je. So, mak aku tak perlu bangun duduk banyak kali.

Dan alhamdulillah sangat, umar tak banyak kerenah bila dengan mak. Sampai my mom kata, tak pernah lagi jaga baby senang macam umar. Alhamdulillah .. semoga terus menjadi 'umar' untuk semua ya.



~ ni masa umar demam. terkejut balik sekolah mak kata badan umar panas. terus check dengan termometer. tengok suhu tak normal. lepas solat maghrib terus keluar berdua bawa umar pergi klinik. Macam biasa pilihannya Klinik Sinar Pura Kencana. Balik dapat ubat, terus menggila nak makan ubat. Overdose punya budak ! Dalam dua hari demam, tak boleh minum susu. Tapi mujur dia makan banyak dan banyak minum air kosong. Since masalah kesihatan umar, kami bagi minum air zamzam gantikan air masak. Itu pun sebagai ikhtiar kami. Kan air zamzam penawar segala penyakit dengan izin Allah ~


Lepas maghrib, biasanya dia akan ikut aku makan .. dan sekarang, apa yang aku makan, bagi lenyek2 or kunyahkan .. masuk mulut dia. Senyap. Puas hati duduk kat meja makan. Malam adalah waktu melayan kerenah umar. Biasanya, aku akan bagi umar ubat seawal mungkin. Bila dah lewat, takut aku pun terlupa, tertido ... sampai esok pagi tak makan ubat. Dan selalunya, umar akan masuk tidur sekitar pukul 11.00 malam ke 12.00 malam. Lewat ! Sumpah kadang tak larat sebab aku balik kerja pun dah pukul 7. Seharian kat sekolah, nak duduk pun kadang tak sempat. Berkejar ke sana ke mari.

Tapi entah macam mana Allah tetap bagi kekuatan tuh. Kalau dulu masa anak dara, pukul 8.30 tuh memang dah lama beradu. hohhoho.
Bila umar semakin membesar, keperluan perkembangan dia perlu diambil perhatian. seharian aku tak ada dengan dia. Malam itulah masa untuk dia. DAn waktu pagi itu ... aku memaksa menyempatkan diri untuk bawak dia keluar supaya aku ada masa berdua dengan dia. So far, tak tahulah kan cara aku tu betul atau terlalu memanja. Tapi, itu antara usaha untuk spend quality time together setiap hari.

Macam suami pun selalu pesan
' ... jangan cepat sangat minta orang jaga anak kita ...'
maknanya, jangan rasa susah sikit, mintak orang jaga.
Contoh, kalau aku nak keluar beli barang di mall or wat so ever. Susah ke senang, tetap bawa umar .. atau tangguhkan dulu. Pernah dulu niat di hati memang nak buat urut dan spa. Sometimes, badan kita perlu relaks dan bagi fresh semula. Kita kerja dua alam kot. Tapi, bila dah datang pusat rawatan .. dan tengok masa ... oke, tak jadi. Sebab umar dah bangun sebelum habis spa. JAdi, buat urut saja. Dan paling penting, aku cuma akan tinggalkan umar bila dia tidur saja kecuali pergi sekolah.

Dalam hal kerja rumah, biasanya .. basuh kain, jemur kain dan lipat kain akan berlaku sebelum jam 8.00 pagi. Perlu ambil masa yang betul betul tepat. Selalunya, bila lipat kain, umar akan duduk sebelah sambil 'baca' buku cerita versi dia. Dia boleh bertahan sampai baju siap lipat dan jemur. Jadi, memang tak ada masa nak hanger or lipat baju dengan lemah gemalainya. Time tuu lah breakfast, buat kerja .. tengok kan umar. See ! 3 kerja 1 masa.

 


Dalam soal kerja rumah, ya .. aku lebih selesa selesaikan sendiri. Bila ada suami, pernah juga dia tolong hanger baju, jemur baju. Tapi macam ada saja tak kena. ya, dalam sesetengah hal, aku memang cerewet. Kalau hanger baju, ada senget pun aku jadi spoil nak pandang.  Jadi, bila suami balik, aku lebih selesa suami tengokkan umar. Lagi pulak sebulan sekali suami dapat bersama dengan perkembangan umar, so aku memang bagi suami spend lebih banyak masa dengan umar setiap kali suami balik. Alhamdulillah, walaupun lama suami tak balik, tapi umar akan terus mesra bila bersama suami. Setiap kali keluar dari kereta, pasti dia akan hulur tangan ke arah suami minta suami yang ambil dia.


Dan alhamdulillah, walaupun dihujani dengan kerja kerja dan kerja
aku tidak pernah sempat membawa kerja di sekolah untuk pulang ke rumah
di sekolah adalah masa untuk kerja dan social aku
di rumah .. adalah masa untuk diri sendiri dan anak ... dan family
since suami aku jauh, jadi spending time with him lebih rumit. 24 jam perlu bersama phone sedangkan kerja di rumah tidak pernah surut. Hubungan kami hanya melalui phone .. jadi, aku juga perlu sediakan quality time dengan phone. Bersembang. Bercerita tentang apa jadi hari itu dan ini. Tidak boleh dalam keadaan 'sambil'. Yelah, bila bercakap tapi tak fokus .. nak jadi hape kan ...?? So, pengurusan dan pembahagian masa aku perlu sangat sangat tepat. huhuhuhu

That's why .. dalam kendalikan umar, aku sangat sensitif dengan masa. Setiap aktiviti dia perlu sangat mengikut ketepatan masa. Ni lah mama yang kejam. Kalau aku perlu kerja seawal jam 7 pagi, maknanya .. pukul 6 pagi umar sudah bagun untuk mandi dan siap. Jadi, aku tinggalkan dengan my mom dalam keadaan yang bersih. Dalam hal itu, umar sangat mudah. Walau gerak pada jam berapa pun, dia akan bangun dan ketawa. Dan bila mengantuk lagi, dia akan mintak susu versi dia dan tidur semula. Mungkin jugak dia sudah sangat biasa sejak dalam hari lagi sebab aku terpaksa bangunkan dia lebih awal untuk ke HSA JB seawal 6.45 pagi. Itu pun akan tempuh jammed di tampoi .. MAcam tu jugak situasinya bila perlu hantar papa dia ke Senai untuk balik ke TAwau.  hohohoho

 

~ beberapa minit sebelum papa masuk ke departure hall ~

Bila ramai kata umar sangat manja, aku tetap kata dia seorang anak yang sangat pandai survive in every situation. YA lah, Allah bagi adalah yang terbaik untuk kita dan situasi kita. Bila masa dia bermain, dia akan bermain sendiri. Biasanya aku akan tengok kan saja even dia jatuhkan semua barang-barang dia atas meja. Bila dia terlentang untuk mengesot .. sampai dia betul betul menangis barulah aku datang kat dia. Aku memang mama yang tak ada perasaan.  Since aku dah nampak dia sangat teruja dengan buku, aku belikan buku .. tak kisahlah apa dia nak buat. Buku okeh ! aku belikan flash card mahal mahal .. dia campak je. Belikan kereta lego kat ikea pun dia campak je. haihhhh !!!

so far, rutin aku as a mom .. single mom in almost every day, bagi aku sangat mencabar. setiap masa, memujuk dan memberi semangat pada hati
' ... ramai orang boleh lalui, kenapa aku perlu mengeluh. kenapa aku tak boleh ? ..'
boleh ! semuanya boleh jika mahu.
itu saja
bila otak kita kata BOLEH !
tindakan kita ke arah BOLEH !
lalu bantuan Allah pasti tiba. percayalah. tak perlu terlalu banyak berfikir akan hal yang tidak pasti. tak perlu melampirkan kebimbangan yang keterlaluan. semua itu tidak lain hanya hal yang sia sia.

 

Wallahualam
wassalam


Saturday, February 13, 2016

~ dan ... tenanglah duhai hati yang gundah ~



Astaghfirullahaladzim
' Ya Allah .. ampunkan aku di atas setiap khilaf ku. salah dalam sengaja apa lagi tidak '
sesungguhnya Kau Maha Pengampun atas dosa dosa hamba Mu


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih dikurniakan nyawa untuk berkongsi di sini
mungkin ada yang menanti
ada juga mungkin yang terjumpa entri ini tanpa sengaja

Muhasabah
dan muhasabah lah diri kita untuk kita merenung setiap dosa yang sedang kita kejari
ohhhh my !
manusia mana yang sedang mengejar dosa sendiri
gila !!
tapi begitulah manusia
kadang sudah sedia tahu suatu hal itu berdosa
jelas malah sangat terang di depan mata
namun tetap juga dipenuhi tuntutan dosa itu
bagaimana ???

beginilah peringatan untuk diri sendiri
memarahi diri sendiri
mempersalah diri sendiri kerana tidak bisa melawan tujahan nafsu melorong ke arah dosa yang pasti

adakah begitu fitrahnya manusia ...??
mengapa ada saja datangnya onar mengganggu menggugat tenangnya hati
namun, di situlah ujian tiba 
menguji sejauh mana kuatnya iman menahan godaan nafsu yang membuas

astaghfirullahaladzim
kejahanaman apakah semua ini ?

mungkin begitulah kiasan bahasa yang boleh aku gambarkan betapa bodohnya aku dan mungkin sesiapa saja yang sedar akan kesalahan mereka namun masih tegar melakukan hal yang tersebut.

masih samar ?
mudah saja. hal yang sangat dekat dan sering juga kita lakukan bersama
tidak lagi ada dalam sejarah manusia yang lekang dari situasinya berselisih kata dan faham dengan teman mahu pun kenalan
namun, dalam kata tidak mahu mengendah kegilaan sipulan yang tersebut, kita tetap saja bercerita akan setiap sudut hal buruk tentang sipulan tersebut.

bagi aku yang pernah mengalami situasi yang sebegitu
ya Allah, betapa kejinya perbuatan itu
sungguh aku tahu ia salah. malah sangat salah !
tapi, tetap juga aku lakukan hal yang sama. kononnya melepaskan rasa yang kental terbuku dalam hati. rasa itu ibarat virus yang merebak ke seluruh pelusuk hati

lama aku memujuk hati
' Biarkan. Allah Melihat. Allah Tahu. kenapa perlu menyimpan amarah yang panjang ? Jika salah di sisi mereka, biarkan. Allah ada. Jika benar di sisi mereka, biarkan. Allah Tahu. Sekali pun mereka benar atau mereka salah, pasti ada sesuatu untuk mereka dan kita '

ya, seharusnya aku membiarkan
seharusnya aku sekadar melihat
biarkan hati mereka tenang dan bahagia mempersenda
biarkan mereka rasa 
' aku benar. kau sangat buruk '
kerana di situ mereka sedang memperkata tentang diri sendiri

Kali ini aku lupa
Kali ini aku sudah gagal

Duhai teman dan pembaca
jangan lagi ulang sebagaimana aku melakukan kesilapan yang sangat bodoh dan dangkall
sekali pun kalian dipersenda sesuka hati
biar saja mereka gembira dan terasa menang 
biarkan mereka rasa seakan benar di mata setiap manusia
biarkan !
sebab yang benar, mereka sendang begitu hampir dengan kebinasaan
menjauhlah dari mereka
pergilah
tidak perlu lagi kenal insan insan ego dan bongkak seperti mereka
kerana hidup ini punya ramai lagi manusia yang cukup indah pekertinya
hiduplah dengan tenang bersama redha Allah
hiduplah dengan penuh aman bersama nikmat nikmat Allah

lalu
tenanglah duhai hati yang gundah
Allah Ada
Allah Tetap Ada

Wallahualam
Wassalam