Friday, July 28, 2017

~ dipantau oleh pemantau yang memantau ~

Assalamualaikum
Waaaa ... alhamdulillah hidup lagi smpai ke hujung minggu nih.
Wat the pack of week !
Hari last semalam di sekolah .. bila masuk kelas tengak dinding dah bergoyang goyang, dah tawu dah habis dah energy. Masuk pulak lambat ke kelas. huhuhu .. mngaku je lah kau bersalah, nazura.
Sampai kelas budak cakap ... ' cikgu, tadi pk 1 masuk cikguuuu ...' makkkkk aiiihhh.

Haaaa .. situasi aku tu memang jadi kegerunan ramai cikgu cikgi, kan. Dulu masa sekolah lama, pengetua memang raaaaaaaaaaaajin sangat meronda. Kadang rasa sehari tu dia tak mau duduk bilik econ ke. huhuhu. Banyak kali jugak aku terkena time tu. Apa lagi masa tu 90% dalam kelas tu pelajar Cina yang nakal. Ada yang tido. Dan passssti , ya dia memang tido. hahahahahaha

Oke, pengalaman di pantau dan pentadbir meronda ni bukan isu baru pun pada aku. Sejak interim, tah bape banyak kali kelas kena sergah. huhuhuhu .. bukan dengan pengetua je. Dengan pegawai JPNJ pun pernahhhhhh. huhuhuhu. Mendapatla kau sebab sekolah sebelah JPN. huhu

Moment pertama kena pantau time interim, masa tu masuk relif. Sebelum tu, masa perjumpaan dengan pengetua, dia ada sebutt ..
' cikgu perlu mengajar masa waktu relif. Mengajar ikut subjek cikgu walaupun cikgu tak mengajar kelas tu '

Bila pengetua ni bercakap kau kena alert baik baik. Suka tak suka kena buat. Kalau tak buat, dia sergah kat kelas .. kau jangan nangis kalau kena marah dan tu jugak. Ni memang style dia. Tapi serius aku salute dia. Lagi time perhimpunan. Dia boleh kenal nama budak, kelas mana. Sumpah ni dia memang terrrrrrrrrbaikkk.

Jadi, walaupun aku ni sejenis insan yang kuat melawan .. tapi, untuk benda yang macam tu aku memg buat. Mungkin orang tua yang bercakap kottttt. huhuhuhu

Jadi, satu hari aku dapat relif. Aku mengajar kelas tu tapi time tu aku tak rasa nak mengajar subjek yang aku ajar. Jadi, aku pun prepair dengan Matematik.  Budak budak memang confuse laaa kejap. Aku pandai math ke ...??? Haihhhhh ! Tengok kaki laa ai tak pandai math. hahahaha .. Masa tengah buat aktiviti, bagi soalan then budak tulis jalan kerja di white board ....

Jeng jeng jeng .... hambek kau !!!
GKMP ( Mentor ai ) tiba-tiba berjalan dengan sorang pegawai memg aku tak kenal .. tup tup masuk lalu belakang. Makkkkkk aihhhhh. Terkujat gile time tu. Bila tanya mana buku rekod, cakap tak bawk. Kena ambik kat bilik guru. Bagi buku rekod kat pegawai tu .. then sambung mengajar sampailah masa habis.

Bila habis kelas semua dia panggil. First benda paling utama

SAMPAH

Masuk saja kelas sepatutnya aku kena minta budak clear kan semua sampah. Tak perlu menyapu beriya. Memadai kalau minta pelajar kutip sampah yang besar besar tu.

TEKNIK MENYOAL PELAJAR

Aktiviti aku dah betul. Tapi bila aku tanya pada pelajar, dia baru nak terfikir fikir aku dah pindah ke pelajar lain. Itu buat down motivasi dia.

PERHATIAN PADA PELAJAR

Aku tak perasan ada pelajar dah mula tertidur masa awal dia masuk tadi.

TULIS REFLEKSI DALAM BUKU REKOD

Kena tulis bilangan pelajar di dalam kelas. Guna nombor bulat. Jangan guna peratus. Nanti nilainya ada ketidakboleh percayaan.

4 perkara ni memang aku still apply sampai sekarang. Bak kata orang, bila sekali orang bercakap kena la reti bahasa. huhuhu. Lepas tu bersembang pulak dengan pegawai tu. huhuhu .. tah kenapa orang tua tua suka bersembang dengan aku. Mungkin aku ni sejenis muka budak innocent yang suka sangat mendengar.
Dengar la dia berceritaa bla bla bla .... and last yang aku paling ingat dia cakap :

' bila kami ni masuk, janganlah menggelabah sangat. Kami bukan nak cari salah cikgu pun. Mana mana cikgu pun suka rasa macam tu. Rasa terganggu. Tapi, kami masuk ni nak bantu cikgu mengajar lebih baik. Awak muda lagi ni. Jauh lagi perjalanan. Bila ada teguran ambil positif ....'

Aku pun angguk angguk dan senyum. Alhamdulillah, rasa pegawai tu bagussssss sangat.

Dengan pengetua, dua kali kelas kena sergah. Alhamdulillah, dia tak ada marah pun. Tapi macam tak percaya bila aku terpandng dia depan pintu dia angguk kepala je pastu jalan. Tapi masa tu memng macam nak berguguran jantung aku. huhuhu

Pernah ada satu kes, dia masuk kelas sorang cikgu. Cikgu tengah explain kat budk msa budak datang kat meja cikgu. Budk keliling meja cikgu, budk kat belakang berterabur macm hape cikgu tak nampak. Pengetua datang hamun budak, cikgu terasa pengetua marah dia. Kes tu masuk meeting. Pengetua cakap .. saya memang marah. ibarat sindir menantu marah kan anak            ( gitu ke ek bunyinya ) hahahaha. Pengetua explain keadaan masa tu. Logik jugak kenapa cikgu tak boleh duduk.  Then masa tu, ramai backing cikgu tu, salahkan budak tak reti diam, kecam pengetua. Tapi entah kenapa, mmg ckgu tu salah pun. Kita yang kawal kelas tu. Cara kalau tak berapa betul, kena tanya orang lebih berpengalaman. Bila orang tegur, maknanya ada yang silap. Cuma bergantung bagaimana kita ditegur. Itu rezeki masing masing.

Since that day, memang peristiwa tu melekat dalam kepala hotak aku. Sampai kalau budak datang kat meja ( kadang aku mmg duduk pun. Ada masa memang tak larat ) aku akan cakap.
' tolong jangan halang pandangan saya pada kawan awak. kan tiba tiba kawan awk bertegur jadi monster saya tak nampak '

Dan hal paling aku tak sangka dengan pengetua tu. Tak tahu macam mana time tu aku boleh jalan berdua dengan dia sambil turun tangga. Dia tanya :

Pengetua :  'habis interim ni nak buat apa '
Aku  : 'balik kampung je laa'
Pengetua : Tak nak sambung ke kat sekolah ni terus ?
Aku : Tak kisah. Kalau memng dapat posting sini, oke je ..'
 Lepas tu dia angguk angguk, senyum then jalan terus .

Hakikatnya, mmg sedey jugak tinggalkan sekolah tu. Ko tawu .. tengok pengetua senyum macam anugerah dari langit tau. Sebab dalam setahun, kau boleh kira bape kali dia senyum. huhuhu

Lepas tu pindah lagi sekolah. Sekolah posting tak de apa sangat. Posting lagi sekali. JB jugak.
Masuk pengetua baru. Dah macam huru hara sekejap satu sekolah. Aku dapat rasa sekejap sangt dengan pengetua lama.
Bila masuk yang baru :

Kena pantau masa ajar budak PJPK pakai Wadges 4 inci gile !!! Boleh terbenam tanah even budak tumit kecil. Tu kena tegur dengan PK 1.  Oke. Then, kadang duduk padang pun pengetua akan datang ke padang tengok budak main ke panjat pagar. Ko rasa time tu ..? Tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa. Memang budak budak sedang PJ, jadi tak de effect besar pun. Lagi pulak bila aku dah start pakai baju PJ, memang akan main sama sama bergolek golek dengan budak main bola baling ke. bola jaring ke. Galah panjang ke ... bhaaaahahahaha. Paling best main badminton.

Then, disebabkan oleh pengetua ni mmg super rajin berjalan memantau, sekali tu .. dia masuk kelas aku tengah mengajar dia kejut budak tidur. Budak tu memng ada masalah. Aku pun kesian sangat dengan dia. Tapi tak boleh membantu. Pengetua masuk kejut dia pelan pelan, suh dia bangun cuci muka.  Pastu pengetua pun keluar. Lepas tu tak de pulak jadi isu. Oke je pengetua tu dgn aku. huhuhuhu ..

Bila program pengarah turun padang. Semua orang menggelabah termasuk laaaa aku. Orang lain risau buku rekod n mengajar je. Aku tambah lagi risau dengan Fail PPGB. Seperti yang aku jangka memang selalu terjadi. Pagi tu aku masuk je kelas sejarah macam biasa. Memang sumpah redha gile kalau pegawai jpn nak masuk. Sekali tiba tiba ada sorang cikgu muncul kat tangga dengan sorang pegawai.

Adooooiiiiiiii kelas aku lagi yang kena. Huwaaaaa !!! Nasib nebes 1 minit je .. pastu mengajar macam biasa. Lepas tu bersambung pulak dengan cikgu lain. haihhh. SELAMAT AKU ! Hahahaha

Bila ending dah nak balik sekolah tu .. ada sorang akak datang panggil kat bilik guru.
' Nazura, cepat. Pengetua dengan pegawai nak jumpa ...'
Woooiiiiii masa tu Allah je yang tahu aku punya jantung laju mana. huhuhuu ...
Sepanjang jalan fikir
Aku buat salah apa lagi.
Ni mesti sangkut kat Fail PPGB.
Huwaaaaaa... nak nangis banyak2.

Bila masuk bilik meeting, semua pentadbir ada. Pegawai pegawai pengarah turun padang pun ada. Wooiiii .. debar aku tak mau habis weeehhhhh. Tiba-tiba pengetua cakap :

' Ha, ni la nazura yang tadi '
Aku rasa kelat sungguh aku senyum time tuh.

Pegawai tu pun gelak gelak tengok aku :
' Sebenarnya cikgu nazura ni paling bertuah hari ni. Pagi pagi dia dah kena pantau. Bila kami masuk pejabat, fail cikgu nazura pulak kami pilih. Jangan risau. Tak ada apa pun. Semuanya bagus di sini. Tapi, sebab cikgu nazura ni tak sah jawatan lagi, kita tak boleh bagi markah lebih 80, terpaksa la bagi markah 79..'

Pehhhhh ... sumpah aku memang hingat sebijik sebijik dia cakap. Masa tu semua duk gelak kan aku, Mungkin nampak kot aku punya nebes tuhhhh. huhuhuhu ..

Then, masa tu la kali kedua aku dengar. Pegawai tu kata :
' kita datang bukan nak cari salah cikgu cikgu. kita nak sama sama baiki kerja kita. mana yang tak betul sama-sama kita betul kan. kalau cikgu susah nak kawal pelajar, kami cuba bantu lah dengan cara kami pula. Kami tak cari salah cikgu. in sha Allah ..'

Lepas tu berpindah la lagi aku. Sebelum pindah, jumpa pengetua untuk serah tugas dia ada kata :
' awak ada buat rayuan ke ...? '
jawab : ' tak la hajah. hari tu tak dapat pun. tiba tiba keluar surat ' ( time ni sedeyhhhh oke. sebab dah syg dengan sekolah ) Kalau la sekolah tu boleh aku angkat letak sebelah rumah ... huhuhuhu.

Pengetua :  kalau awak tak nak, saya boleh terus minta tolong ppd untuk tak lepas kan awak
Aku :  Tak apalah hajah.  Ayah saya tengah sakit. Mungkin dengan saya balik, banyak saya boleh buat untuk dia. Lagi pun dah nak kahwin ni, saya tak buat apa pun lagi hajah.
Pengetua :  Tak apa lah kalau awak cakap macam tu.  Tapi sekolah sangat rasa kehilangan awak. Apa lagi aku baru saja habis kan PITO. Kita sangat perlukan cikgu sejarah opsyen di sini.

Masa tu hanya mampu berhuhuhuhu .. sebak gak time tu.
Di sekolah baru, Sekali je pengetua lalu tengok aku mengajar. Masa tu dah oke dah jiwa. Suka pengetua tu. Senyap. Tapi tegas. Tapi ayah ayah sangat. ( nampak macm aku kurang kasih sayang. hahhahahaha )
Lepas tu di pantau pdpc, ya ... ada leaking di sana sini. Masih dalam cubaan untuk membetulkan banyak benda.

Bila masuk PK1 baru, dia memang suka memantau. Actually, kita memang kena terima itu kerja dia. Tugas dia. Kalau dia tak buat, maknanya dia tak jalankan tanggungjawab dia. Kan dia tak buat, kata dia tak buat kerja. Bila dia buat, kita pulak menyampah. Cakap dia nak cari salah kita. huhuhuhu.

Jadi, berbalik kepada pengalaman aku di JB dulu .. yang terus menerus di datangi pemantau. Bukan saja pentadbir, tapi pegawai JPN .. aku cuma didik hati dan kata

Mereka masuk untuk betulkan kita mana yang salah
Mereka nak bantu kita kawal kelas
Mereka nak bantu kita lihat keberkesanan cara kita mengajar.

Hampir semua guru punya pemikiran, apabila pentadbir masuk kelas mereka akan claim pentadbir nak cari salah mereka.  Percayalah. Kalau kita tak salah, mereka tak tegur. Kalau kita ada kekangan, kita mengaku salah. Siapa kita nak membantah teguran daripada mereka yang hanya tinggal 3-4 tahun nak pencen. Sesungguhnya, masa ini lah kita nak mengutip segala pengalaman dan ilmu yang ada daripada mereka.

Masa jumpa PK1 untuk sign report LDP, dia tanya :
' awak dah kena cerap ? Bulan Ogos ni ..?
' belum '
Lepas tu dia diam, angguk angguk je.

Adakah dia bakal terjah aku dengan ketiba tibaannnn sajaaaaa ...???? BUKU REKOD TAK SIAPPPPP !!!!!!

Wallahuaalammmm
Wassalam.

Sunday, July 23, 2017

.... salah pilih profession ke..??

Assalamualaikum
hahahaha ... tah pape. belum belum dah gelak.
Apa lahhhh tiba tiba cakap pasal profession kan .. hmm, sebenarnya aku memng tak sangt nak bercerita dan bercakp banyak sangat tentang profession aku.
Di luar tempat kerja, aku jarang nak cerita tentang hal kerja. In case la ada hal hal yang superb sangat kan. hahaha

Lama lupa tentang salah pilih profession.
hahaha .. sebenarnya seseorang bertanya dengan nada bergurau. So far, aku pun tak tak ambik serius, tapi tiba-tiba teringat dan tersenyum.

Terima kasih untuk seseorang yang bertanya. Actually, u are one of the reason why i can smile today. ! Serious.

Bila ditanya begitu, teringat waktu mula mula interim. Masa tu tak biasa sangat dengan mengajar pelajar menengah rendah. Tak reti nak handle budk kecik. Sepak meja sampai budak tu terkujat pun pernah. Mas tu susah lagi nak control aku punya baran. ( thats why sampai ni aku sangat jarang pegang rotan )

Masa tu tak nampak langsung dunia cikgu tu macam mana, Then, memg aku perlu mengaku aku jadi cikgu sebab arwah abah yang suruh. Aku memg kalah dengan orang tua. Satu je aku pegang. Bila kita gembirakan hati org tua, orang tua akan redha kita. Dalam redha orang tua, ada redha Allah. Itu pasti.

Tapi, dalam masa interim tu banyak aku belajar daripada GKMP. Belajar tulis buku rekod. Belajar handle pdp. Dengan pengetua pulak, even masa nampak pengetua macm jumpa harimau, tapi akhirnya aku sangat belajar sesuatu tentang dia yang aku bawa hingga hari ini. Sejarah paling buruk aku adalah pengetua jeritkan aku dari tingkat tiga bangunan. Masa tu rasa tragik n malu gile. Lagi pulak masa tu tengah demam. Tapi alhamdulillah, aku tak pernah berdendam dengan dia. Hingga masa akhir aku di sekolah tu, aku teringin sangat nak cakap sesuatu kat dia. Tapi aku cakap kat sini je laaa. hehhehe ..

' terima kasih sangat sebab ajar saya buat kerja bersistem. terima kasih sangat sebab ajar kan saya bekerja dengan betul dan berperaturan '

Masa tu rasa kanak kanak sangat kat sana. Bukan jiwa aku yang sentiasa rasa aku budak budak, aku memang di layan macam budak budak. Kadang-kadang ada sorang ustaz, ayah ayah sangat. Dia akan tegur

' nazura, bawak kereta tu jangan laju sangat.'

Habis interim, aku posting ke sekolah yang lain. Daerah JB jugak. Masuk sekolah tu pun macam macam bunyi. Tapi aku cuma angguk angguk geleng-geleng.  Tak kuasa nak campur urusan orang.  Masa tu duk pening aku nak cari rumah sewa yang selesa. Dan masa tu jugak, aku berulang Pt.Raja - JB hampir setiap hari. Berulang sampai accident. Time accident tu kelakorrrr. Dah kena langgar pun duk sibuk menggatal nak berkenalan segala bagai. Laki aku kata ; Len kali langgar je lagi. Baru dia tahu erti penyesalan. bhahahahahahaaaa ... kejam. Ingat laki aku tak dak perasaan. Berperasaan rupanya dia. Time tu tak tunang pun lagi.

Tak lama lepas tu pindah lagi. Sekolah tu oke je. Happy dengan students sana. Even ramai cina india, tapi sampai hari ni, belum ada lagi student yang bila kita bukak pintu dia datang dan peluk kita. Dan tak ada lagi student berbeza bangsa dan agama kata  :

' cikgu, dekat sekolah ni u my mama, meyyhhh .. '

Dan di sekolah itu jugak, aku dengan sorang kawan Indian, duk sibuk google nak cari kerja lain. Walaupun dah sayang sangat dengan sekolah tu, students sana .. aku tetap apply tukar balik kampung. Masa tu arwah abah mula sakit. Mendadak dan terus kritikal. Semuanya ibarat taufan untuk kami apa lagi masa tu tinggal bape bulan je nak kahwin.

Terima kasih sangat pada pengetua sekolah tu. Ya, dia sangat tegas. Tapi dalam tegas nya dia jelas keibuannya. Dalam masa keadaan kritikal dan memerlukan, dia tidak pernah mengecewakan. Tak kira berapa ramai orang membenci dia, tapi aku sngat belajar tentang kesempurnaan dalam membuat kerja.

Kemudian, aku tukar lagi ke sebuah sekolah. Dalam keadaan hampir 2 tahun aku dilatih dan dihadap dengan insan-insan profesional dalam tugas, kali ini aku jumpa sesuatu yang sangat berbeza. Terlalu banyak ehhhh .. ehhh ..
Dan aku perlu akui, nak tak nak, sedikit sebanyak aku hampir menjadi seperti mereka. Hingga sampai masa aku sedar

' apa benda kerja macam ni ...??!! '

Aku sendiri cuba mengubah diri aku. Cuba mencari kepuasan dalam kerja. Sampailah akhirnya aku bekerja melibatkan fail. Ohhhh ... terlupa aku rupanya. Fail, kertas, laptop dan printer is my passion. Kat situ baru aku gembira dengan kerja aku.

Dengan budak .. masih suam-suam kuku. Ada kalanya aku masih terbawa bawa .. aku budak sek bla bla bla. Kenapa aku perlu bantu mereka. ( tak payah nak kecam sangat, aku tawu la benda tu salah ).

Tapi, saat aku jumpa cikgu cikgu lama aku semua tu sangat menyentuh hati aku.

' tak, saya tak terbayang nazura jadi cikgu. saya bayangkan nazura jadi engineer ke ( sebab karakter aku sangat kasar ), jadi peguam ke ( sebab aku outspoken ) .. tapi saya sangat bangga nazura pilih jadi cikgu ...'

' ... ya, cikgu tu nak bawak awk balik ke STI.. STI sangat alu alukan pelajar dia balik semula ke sekolah ...'

' .... angah, balik la STI. Nak buat sesuatu, buat apa buat kat sekolah orang. balik STI ...'

' .. Ya Allah, nazura. Bangganya saya awak mengajar Bahasa Melayu ..' ( Alhamdulillah, cara cikgu mengajar kami, itu yang saya campurkan dalam pdpc saya. Siapa kata Cikgu SMK Tun Ismail tak bagus ???!! )
Itu lah cikgu terbaik sebab rela hati menerima kami pelajar 'jahat' dan 'tak cerdik' berbanding sekolah lain.

'.... kau pakai jugak cara jaheni mengajar kan. cara tu jaheni je yang buat ...'

Ya, aku usaha nak balik STI. Tapi jodoh aku masih belum sampai.

Akhirnya, aku masih di sekolah yang sama-sama. Seseorang dan kemudian seseorang datang.  Aku masih pendengar yang sangat peka dan pemerhati yang sangat suka memerhati.

Suami pernah kata :
' awak tu kalau bercakap, mulut lagi laju daripada otak '
aku pegang ayat tu. nampak sentap kan. Tapi aku ambik yang positifnya.  Maka, lahirlah nazura yang baru sikit .. kurang sikit bercakapnya.

Satu statement suami aku :
' orang yang banyak sangat cakap ni, kerja mesti tak jalan. Jarang orang boleh bercakap sambil tangan buat kerja. Mesti ada salah satu  yang terhenti. Biasanya kerja la yang berhenti. Mulut tetap jalan '

Hmmm .. betul jugak. Dan aku memg akui .. suami mmg tak banyk cakap. Nak bertelagah dengan org ni lagi dia malas. Dia main angguk je semua. Tapi bila bab kerja, entah bila tah dia buat kerja tawu tawu fail dia cantikkkkkk je. Lagi cantik daripada fail aku. Tapi, facilities untuk kerja mmg cukup lengkap. Laptop kena laju, mouse, hard disk, pen drive tak payah cite la punya banyak, printer antara yang high quality. Kertar dah boleh buat kedai fotostat kat umah.  Tu pattern laki aku. So, kat situ jugak aku belajar bekerja.

Oke, balik dengan sekolah tadi.  Di situ , sangat banyak benda aku belajar daripada mereka. Bgaimana mereka mengendalikan manusia. Berhadapan dengan masalah. Belajar lagi buat kerja ikut procedure. Bila termasuk ke bahagian pengurusan fail, terlibat dengan pegawai luar ... baru lah aku nampak betapa sangat penat dan susah nya apabila hasilkan kerja yang tak ada.  Benda tu lagi penat daripada buat kerja ikut procedure atau kadang orang sebut spi. ( sebenarnya spi pun aku tak taw hape.. huhu ) .. cuma boley agak ape benda. huhuhu

Then, baru la aku kenal dialog prestasi. Menilai pencapaian pelajar. Analisis cara pengajaran sendiri.  Kalau pengajaran sendiri tak berkesan, apa cara yang mungkin lebih baik. Keep trying another way. Try and errorr. Dan kadang benda tu seronok dan puas bila certain cara budak dapat terima.  Alhamdulillah, rupanya ini yang aku cari.  Bila kadang budak buat sungguh sungguh apa yang kita bagi .. yes ! cara ni rupanya untuk diorang.  Mungkin 4 tahun sebelum ini masa aku banyak terbazir dengan memikirkan ...

' aku tak boleh dah jadi cikgu .. tak larat dh nak hadap semua ni ...'
' atau aku nak buat fulltime writer ...??? ' ( bukan tak ada yang tanya, tapi aku sendiri tak cukup masa untuk kembali menulis )

At last, aku fikir sendiri. Aku takkan pernah gembira kalau aku tak pernah ikhlas dengan kerja aku. Dan tahun ini juga, aku berjaya menerima students datang ke rumah. Baru tahun ini, aku ada rasa sayang .. dan sangat terlupa yang mereka bukan pelajar sekolah di mana aku sekolah dahulu.

Suami pernah kata :

' belum belum awak dah buat banding beza. memang tak pernah ikhlas la kerja awak. gaji ambik, tapi buat kerja tak semenggah ..'

Agak agak berdesing tak kalau dapat ayat macam tu. hahahahahaaa ..

Maka, dengan masa yang dah berlalu aku tak sedar rupanya tahun ini adalah tahun paling bermakna dalam aspek kerja aku selama 5 tahun. Banyak lagi yang aku nak belajar daripada diorang. Macam-macam benda. Tapi aku tahu, semua tu takkan pernah habis.

Dan sebab itu, rupanya aku terlupa impian aku nak sambung master .. dan cari kerja lain.
Kembali kepada soalan tadi ..
Nazura salah pilih profession ke ...???
Jawapan saya :
Alhamdulillah. Terima kasih kerana hari ini 'awak' berjaya buat saya rasa saya tak salah pilih profession. Betul pilihan arwah abah untuk saya.
Kerana dalam profession ini  ada semua passion saya. Psikologi, Manusia, Bercakap, Fail, kertas dan data.

Bukan bermakna aku cukup sempurna mnjalan semua kerja. Tapi aku masih gembira untuk belajar banyak benda, Sebab itu juga aku rasa mungkin aku perlu tangguhkan dulu impian untuk sambung master in psikologi. Suami tak pernah halang tapi dia kata :

' kajian student master or phd yang muda muda ni tak cukup matang. Nanti dia akan jadi sekadar kajian, tak cukup untuk jadi rujukan manusia ...'

Aku perlu akui kebenaran kata-kata dia.

Sebab itu aku tak pernah banyak bunyi bila 'orang tua' bercakap. Bak kata orang banyak komplen. Aku masih terlalu muda untuk melihat dunia kerja yang sebenar. Bak kata teacher Lyn

'ikut je nazura. orang tua ni pandangan dia jauh. in sha Allah, diorang tak aniaya kita. Mereka hanya fikir baik untuk kita '

Sebak kan statement tu. Aku masih terlalu muda. Terlalu muda untuk semua ini.
Even suatu masa dulu aku pernah dilabel kaki komplen. budak muda yang sentiasa tolak tugas. Andai hari ini, orang yang pernah kata aku kaki komplen, cuma sekadar pandai jadi cikgu dan tak payah bising-bising.

Hari ini juga aku suka nak beritahu :
Terima kasih sebab buat aku mencuba profession yang lain. Aku penulis sebelum bergelar cikgu. Maknanya aku boleh terus menulis kalau aku mahu. Aku tahu berapa income untuk sebuah novel. Novel aku pun pernah dilamar pengarah Osman Ali. Nama pena pernah masuk ke utusan dan di beri penghargaan sebagai penulis berpotensi untuk masa akan datang. Cerpen aku pernah berjaya di DBP Wilayah Selatan. Aku juga pernah diminta untuk sertai DBP Wilayah Selatan. Catatan dalam blog haprak ini pernah juga menjengah surat khabar. Catatan pengurusan PBS dapat soalan bertalu talu daripada readers bagaimana aku mengendali PBS dalam usia belum ada setahun bekerja.  Aku pernah buat business online. Aku jumpa sifu terbaik untuk boost up product. Hanya satu saja langkah untuk aku pergi jauh. Tapi aku berhenti di situ. Dan hari ini aku dengan rela hati meninggalkan semua itu, dan memilih profession ini.

Dan hari ini, izinkan saya bertanya pada awak ... adakah awak tidak komplen dan bising ????

Saat aku kecewa mneruskan langkah. Seseorang berkata :

' nazura, ikhlaskan kerja awak. lupakan semua tu. itu kisah lama. Dendam hanya akan makan diri awak. Cari kepuasan dalam kerja awak. Abaikan mereka ..'

Terima kasih. Terima kasih untuk insan insan bermakna dalam dunia kerjaya ini. Anda semua inspirasi terindah.
Setiap kali cakap dengan suami nak berhenti kerja, dia mesti akan jawab :  JANGAN
Ringkas tapi cukup buat aku DIAM.

Hari ini, bila orang tanya ... ' nazura nak pindah sekolah ke ...? '
Jawapannya :
' nanti dulu. aku masih ada benda yang nak belajar daripada mereka .. '

Aku belum betul. Aku masih banyak salah. Aku masih perlukan teguran. Tidak kira bagaimana bentuknya.
Pernah dengar kan satu statement :
Dalam menerima teguran, kita bukan melihat SIAPA yang menegur. Tapi kita melihat TEGURAN yang diberikan. Semua kita cukup sempurna ke untuk tidak menerima teguran. Untuk menerima dan menolak cara dan bentuk teguran. Ambillah cerita yang indah indah saja. Aku pernah di tegur. Di marah. Alhamdulillah, dengan semua itu aku masih gembira menjadi diri aku.  Hidayah Allah itu hadir dengan pelbagai cara dan bentuk. Berlapang dadalah. Itulah seindah jiwa.

Lagu ini hadiah untuk insan insan istimewa dalam membangun jiwa dan hati yang telah lama punah. Suatu hari nanti, aku pasti kehilangan mereka.  Namun, cerita tentang mereka mustahil akan padam. Kerana mereka juga cikgu-cikgu indah dalam dunia aku. ( sebakkkkkkk laaaa ehhh )



Serious, sumpah, demi Allah
Aku rindukan cikgu cikgu aku
Cikgu Jaheni, Cikgu Zaharah, Allahyarhamah Cikgu Masitah ( seriously miss u, cikgu ), Cikgu Jun, Cikgu Rohaidah, Cikgu Jaafar
Terima kasih kerana anda paling setia mendengar suka duka dunia saya
Kerana anda, saya di sini.


Wallahualam
Wassalam.

Thursday, July 20, 2017

~ hapy belated bfday umar anaqi ~


Assalamualaikum
hahahhahaa .. dengan tanpa rasa bersalahnya baru ada masa  siapkan entri untuk umar anaqi
alahaaaaiiiiii .. buat entri je kot. macam nak set up event je gamaknya. bhahahaha


Selamat berumur 2 tahun ye umar anaqi
tanggal 13 Julai 2017

Semoga Allah kurniakan awak kekuatan untuk menghadapi ujian kecil ini sejak kelahiran awak
Siapa tahu, ujian kecil yang awak galas itu adalah pelajaran pertama untuk awak sebaik saja menjengah dunia.
( dahhh le keluar keluar duk kira jari tak mau nangih ... haihhhh )
 Siapa tahu Allah uji awak sedikit sebagai latihan untuk awak menggalas tanggungjawab besar suatu hari nanti
Siapa tahu keistimewaan yang mungkin 1 dalam 10 000 orang,  yang dianugerahkan kepada awak membawa 1001 hikmah untuk Bumi Allah.

no one knows. Hanya Allah Tahu.
2 tahun awak hidup dengan dunia kecil awak ..
i know that u are the strong one
Teruskan jiwa awak. 
Satu hari nanti awak akan melihat dunia ini hanya penuh dengan amanah dan tanggungjawab
Tidak kita hadir di atas dunia dengan sia-sia
Hanya kita jua yang sering mensia siakan dunia dan masa kita.
 

Satu hari nanti awak pasti akan tahu apa itu tanggungjawab
Sedang usia sekecil ini, awak sudah menggalas tanggungjawab atas diri awak.
Apa tanggungjawab awak ???
Awak dan kencing, awak buang sendiri pampers dalam tong.
bhahahahahahaa ...

I just pray for u the best
dunia akhirat
Allah kurniakan segala kebaikan dunia akhirat untuk Allah
Allah beri 1001 hikmah atas diri awak
Allah sentiasa berikan jalan terbaik atas setiap masalah awak
Allah sentiasa meredhai awak dunia akhirat
dan Allah menjadikan awak seorang khalifah di atas dunia ini
lalu mudah bagi awak untuk melalui mahsyar Allah.
Aaminn 




~ oke laaaaa tu dapat dah hadiah tuh. hahahaa  ~

Yaaa .. I love u and always we love u.
Sesuatu awak perlu ingat
Jadilah seseorang yang di sayangi, kerana dalam kasih sayang itu ada rahmat Allah yang pasti
( huhuhu .. gaya bercakap macam anak tu umur 20 tahun. hahhahaa)

Wallahualam
Wassalam

Wednesday, July 12, 2017

~ dedicate to 2014 ~


masa yang pergi itu tetap terus pergi
meski meniti jalan cukup panjang untuk dilalui
meski kadang tersungkur di tengah kenangan
ia tetap tidak bisa membawa hari itu melangkah ke hari ini

jalan itu telah tersusun mengikut aturan Ilahi
meski sakit
meski punah segala senyuman
meski penuh calar di setiap penjuru hati dan jiwa seorang manusia
meski terlalu pedih dan sakit untuk ditelan
ia tetap sesuatu dan terus menjadi sesuatu

kadang terduduk meski sudah tiba di destinasi
kadang lelah melihat kembali sesuatu yang dipanggil kenangan
sumpah .. itu bukan jejak yang akan di putar kembali
meski dalam kerlingan masa
tidak sudi lagi cerita itu bersambung dengan hari ini
demi hari ini yang pasti
dan akan datang yang belum tiba lagi
setiap sakit yang dirasai
masih terlalu segar dalam lipatan jiwa yang ku kira sudah lama menjadi sejarah

rasa sakit yang dibajai kesumat itu hanya bisa tersembunyi dek senyuman yang pasti
jika hari ini ombak bisa mengubah pantai
jika masa hadapan si penguasa mengubah jalan masuk negaranya
jika bila bila saja masa si marhean bangun meruntuhkan kejamnya si penguasa
hari ini .. jiwa dan hati ini
adalah semua itu

sampai ketika juga semua ini tetap akan pergi bersama masa
dan sampai ketika juga cerita dusta dan pembunuhan jiwa itu kekal segar bagaikan terbaca setiap masa
mengubah haluan dan langkah mungkin cerita yang mungkin terjadi
meneruskan bab bab dalam denai hidup
meninggalkan dunia penuh dusta dan kepura puraan
selamat jalan si penggubal cereka
Cereka itu kekal tersimpan hingga mana jasad hancur bersama tanah
Agar nantinya kita bertemu di Mahsyar Allah.
Itu pasti

Nukilan
Nazura binti Mohd Nasir

Saturday, July 8, 2017

~ hari terbuka sangat ~

Assalamualaikum
waaaaa ... rajin pulak update blog kan. ehhh .. macm banyak ea benda nak story

Kalau ada yang like and follow iium confession tu mesti pernah terjumpa tajuk pendidik yang memusnahkan 1 and 11. hahaha
Giler kena kecam baqqqq hang dia. Aku pun nek kesian. Tah. Mungkin readers ni baca sekali imbas then buat conclusion kott. So far, aku pun cikgu yang sekadar di pinggiran. Menanti detik nak pencen jugak. ( bhahahahaa ,, imagine skrg nih dah 2046 ke macam mana ) hahaha. Fine, actually lama lagi nak pencen. haihhhhh!! Then, aku tak rasa pun confessor tu perlu dikecam begitu.

Duk kecam budak tu dapat A ke spm. duk kata adik dia memang dah jenis tak pandai. adoiiiii ...
thats not the point of that confession laaa. haaaa .. kan. cakap separuh separuh bahasa inggeris kan aku plak kena kecam. hahaha .. ada aku kesah !! Sian budak tu. Mungkin dia terkebil kebil saat membaca komen komen berikutnya sampai dia buat confession kedua. hahahaha .. so that, dia ni perempuan. Perempuan memg sangt terkesn dengn kecaman manusia separuh akal cam tu. Emosi mungkin terganggu. Actually tak perlu pun buat confession kedua sebab orang tak baca the whole story pun. diorang baca tajuk je kebanyakannya. Bila cakap pendidik .. tak boleh komplen. Pendidik, guru or cikgu bukan malaikat. Kami semua ni pun manusia biasa .. perlu ditegur untuk bangunkan kami yang kadang kadang lena. ( nampak tak positifnya aku ) hahahaha

Punya panjang nak sampai point.
Point confessor tu adalah tentang seorang guru yang sudah hampir tamat tahun bertugas, bagi nasihat kat mak dia ( pun cikgu jugak ) supaya redha je anak yang nak PT3 banyak tak lulus. Kadang anak tak pandai ni la yang akan jaga ibu ayah. Anak yang tak kerja bagus ni lah anak soleh. Jadi, jaga akhlak dia. Kalau dia tak boleh go dengan akademik, jangan paksa.

Gitulah yang paham situasi mak confessor ni dengan cikgu tu.
Yang orang jadi kecam bila confessor guna perkataan 'cikgu tua nak pencen'. Ya, bunyinya mungkin tak sedap .. tapi dari segi penggunaan bahasa dan struktur ayat macam betul je kot. bhaahahahaa .. ye la. kurang sikit adabnya gitu.

Actually, as a teacher macam tak wajar jugak nak cakap macam tu pada parents since parents tanya apa yang mungkin mereka boleh buat pada anak yang lemah macam tu. Macam mak confessor ni, even dia cikgu sebenarnya bila berkaitan dengan anak kita di sekolah, guru lebih nampak karakternya.

Kejadian hari terbuka di sekolah. Parents seorang pelajar lelaki datang. So far dia puas hati dengan result anak dia secara keseluruhan. no 1 dalam kelas. No 6 dalam tingkatan. Tapi duduk kelas sesi petang kelas kedua. Bukan salah cikgu dalam bahagi kelas. Tapi sebab result upsr dia memang tak berapa ok. ( macam aku la dulu. 2A je upsr ). Tanpa kelas tuisyen .. dia boleh score oke, cuma perlukan penambahbaikan dalam math dan bahasa inggeris dan tu biasa. Macam biasa la, bila bab math ni mintak dia buat banyak latihan untuk tackle soalan. Dan harapannya, next year .. akan berlaku macm this year. streaming kelas, ada pelajar dari sesi petang dapat ditukar kelas ke kelas berprestasi tinggi. Sebab dia berpotensi.

Bila mak dia tanya, so far dia macam mana cikgu dalam kelas ? Sebab kat rumah dia banyak diam kadang kadang dia usik adik dia.

See ! His mom looks so professional person while his dad yang nampak macm serabai .. tapi bila tanya soalan kita tahu .. he is somebody. Muka serius, seriau aku orang serius ni. Nasib mak dia nice sangat.

Then aku cerita laaaa.
Dia ni dalam kelas tak banyak cakap, tapi bila kita minta dia bercakap dia mampu beri idea. ( his mom soooo shock ) dan sangat teruja pulak nak tahu idea yang macam mana. ( aduhhh .. time tu pulak aku kena pk contoh soalan karangan ) then .. lagi teruja bila aku bagitahu dia boleh hurai fakta ikut idea dia dan kita boleh terima. Based on karangan lah.

Tambah lagi mak dia tak sangka bila aku cerita .. time aku bagi satu tips, dia sorang je akan tulis dalam note book. ( mak dia super teruja sebab mak dia yang ajar cara tu ) then, mmg mak dia tak sangka dia buat benda tu sebab masa mak dia cakap dia no respon. Maknanya, di rumah .. mak dia akan berikan beberapa tips itu ini. Support his study. Tak dengar pulak mak dia kata tanya dia punya homework tu semua.

Lepas tu pulak mak dia tanya lagi kalau ikut result dia, dia kuat dekat bidang mana ? ( adoiii .. terkebil sekejap nak jawab.)
Aku pun tengok sekejap result budak tu .. then aku cakap la. Kalau dari result dia nampak talents dia lebih kepada bahasa. Dia tak perlu struggle too strong. Benda tu datang daripada diri dia sendiri. Then, tengok result math and science .. dia mampu score kalau dia keep struggle. Sebab boleh score C tanpa tusyen. See!! Maknaya dia sudah menguasai hampir semua asas matematik.

Actually, apa yang aku nampak pada budak ni adalah benda paling basic adalah daripada parents. Ayah dia nampak serius dan diam tapi sekali bercakap .. thats the point. Itu aku nampak karakter dia. Bila bercakap dengan mereka, aku boleh detect penggunaan bahasa mereka di rumah. Aku suka kata .. mereka guna bahasa buku. Ayat dan perkataan yang betul. Sebab tu bahasa karangan dia cantik. Then, mak dia kata dia memang suka membaca daripada internet .. then, thats why fakta dia ada info dan pergerakan 'maya' dia dipantau.

Oke. Tu parents pelajar berpotensi. Aku pernah jumpa parents kelas hujung.
Bila datang .. tu la cikgu dia malas. SAYA TAK TAHU NAK BUAT APA.
Benda tu aku agak panas bila dengar. Anak kau kot. Kalau ko sendiri tak tahu nak buat apa, ko harap cikgu buat apa??? adoiii
Biasa macam tu aku diam je laaa.
Bila kita mintak parents tolong pantau anak untuk lebihkan bacaan di rumah.
Jawapannya : SAYA MANA ADA MASA CIKGU. SAYA KERJA. ISTERI KERJA. ANAK KECIK KECIK NAK TENGOK.
Dah tuuu. ko harap cikgu ni nak tengok anak yang sorang tu 24 jam ke. Klau ko sebagai parents pun tak de masa nak tengok, kami yang cikgu ni lagi laaaaaaaa 2,3 kali ganda tak de masa.

Oke. mungkin aku sedang membanding parents pelajar kelas hujung dengan pelajar berpotensi. Oke. Ambik satu contoh lagi. Pelajar kelas depan .. tapi pelajar lemah. Subjek kritikal F. Especially math. Aku tak mengajar math tau. Tapi parents ni tanya aku apa sistem belajar sekarang. Especially bentuk soalan math. Sebab dia kata, dia dah anta anak dia tusyen. Tapi cikgu tusyen tu budak U. Then, aku boleh detect kelemahannya di mana. Since aku pernah jaga exam subjek math form 2., jadi aku nampak sikit bayangan soalan math sekarang.

JAdi, aku boleh kata soalan math sekarang tak sama lagi dah macm kita dulu. Percentage basic question sangat kecil. Jadi, dia kena banyak kan latihan soalan KBAT. Cikgu tusyen dia ( budak U ) mungkin tak tahu tentang bentuk solaan sekarang. Mengajar basic matematik berulang ulang dengan budak sekarang adalah kerja sia sia dan mengecewakan pelajar. Kadang kadang mereka bukan tak tahu buat .. tapi tak faham soalan. Tu benda dia. Jadi, aku cadangkan .. carikan buku latihan yang ada tulis tepi soalan tu 'SOALAN KBAT' atau ' KLON PT3'  atau 'PT3 tahun berapa' . Sebab bentuk soalan tersebut in sha Allah tak lari jauh sangat dengan soalan PT3. Benda yang kita nak tackle sekarang ni adalah BENTUK SOALAN.

Tu tips aku. Kalau aku boleh score A dalam masa kurang 6 bulan masa PMR, kurang sebulan dalam SPM dengan cara tu .. in sha Allah, pelajar yang parents pun effort macam tu dari sekarang, pelajar boleh go. Itu usaha. Lebih tu serah pada Allah. Kalau tinggi usahanya, in sha Allah ... kalau Allah tak bagi A, Allah takkan bagi juga F. Mungkin B. ( tapi semua tu kehendak Allah )

Kenapa aku pandai pandai bagi tips..?? hebat sangat ke masa sekolah. ??? Takkk
Tapi alhamdulillah, Allah bagi sesuatu pada aku. Ya, aku antara pelajar last minute score. Kenapa last minute score ?? Sebab aku tak pernah tak failed science subject, ( KIMIA, FIZIK, ADDMATH ) tapi hampir capai A masa real exam. Cara aku, itu saja ! Aku tak struggle untk exam sekolah, tapi aku struggle untuk exam besar. Lebih .. serah pada Allah.
Cuma untuk pelajar aku, aku tak galakkan la buat macam tu. Kalau aku dengan confidentnya tinggal kosong soalan 10 markah waktu spm, takkan aku nak ajar student aku cam tu. aku mungkin lepas. student aku belum tentu. Sebab tu aku mengamuk diorang hantar kertas exam kosong. hohoho

Jadi, begitu lah kisah positif negatif parents hari ini. Iktibar untuk aku yang ada anak jugak. Budak tu memang begitu. Tapi, bagaimana parents tu sangat mainkan peranan penting. Tahun ni tahun pertama aku pegang kelas berpotensi. So, baru tahun ni aku boleh compare. Memang tak pernah silap. Parents sangat penting untuk membentuk anak tu bagaimana.

Oke, back to confession tadi. Sebagai pendidik, janganlah sampai keluar ayat begitu untuk parents. Itu sangat mematikan effort semua orang. Berilah apa saja galakan walaupun memang dah nampak kekalahan di hujung peperangan. Miracle from Allah. Siapa yang tahu. Biar nanti, meski pun kalah ... kalah lah dengan cara paling bermaruah.

Sekian, terima kasih
Wallahualam
Wassalam

Friday, July 7, 2017

~ cerita raya sendiri ~



Assalamalaikum ..
huhuhu .. waktu menaip nih seminggu dah ehhh raya. Kira dah suam nak panas dah pun. Tapi kat Johor nih, macm biasa lahhh .. seminggu pun masih rancak lagi orang nak beraya. Macam aku yang dah masuk generasi 'tak bape nak kenal sedara' .. esok pun dah mula kerja, tak de nak beraya dah la pun. huhuhuhu

Tapi tu lah. Bila nama pun raya ( even aku tak dak perasaan dengan raya pun ) .. sama ada datang beraya ke rumah orang, orang datang beraya tempat kita .. macam macam benda nampak. Bnda yang tak sangka jadi pun tiba tiba jadi depan mata. Haihhhh ... bukan depan mata, kena kat diri sendiri. hu
Jadi, pesanan aiii sebagai penaja :
huhuhu .. adik adik, kalau lelaki .. tunjukkan anda lelaki. kalau perempuan sila beritahu mata orang bahawa anda perempuan. Kalau dah certain orang tanpa dengar suara anda jadi confuse gender anda, huhuhu .. berat nih dik. kakak mintak maaf sangat sebab termalukan awak. Harap peristiwa tuh buat awak terfikir dan kembali kepada fitrah. Sory sangat.huhuhu .. rasa bersalah sangat sebab termalukan awak depan orang even tanpa kata-kata. sob3x.

Baikkkk .. back to cerita nak raya. So far, raya tahun nih turn raya batu pahat dulu. Parit raja okehhh!! Bila sebut parit raja orang akan dapat imagine how pack parit raja bila nak raya. Dulu dari jb pindah parit raja ingat nak tempat yang separa kampung dan bandar. Bolehhh la aku describe parit raja macam tu. Tapi sekarang .. kuar kampung pun jumpa Tesco, McD, KFC, Guardian segala bagai. Sampai kan sekarang nak cucuk duit pun tak pernah guna dah atm bank asal sebab tak pernah tak jem. huhuhu. Kadang malam buta pun beratur panjang. Kaya betul orang parit raja nih. huhuhu ..

Raya kat sini, tahun ni selesa sikit kot untuk kami adik beradik. Macam aku pun dah duk umah sendiri, dahhh tolong my mom masak apa yang perlu .. aku lari balik umah aku. Sambung masak kat umah plak. Opppssss .. aku masak untuk raya??? Alhamdulillah, suami yang masak. Aku tolong potong bahan je. hahahahaha ... sebab lepas tuh aku kena mengemas rumah, basuh dan lipat segala kain sebelum ditinggalkan hampir seminggu, kemas semua beg nak balik ke tangjung malim plak. huhuhuhu. JAdi, sistem gilir pengkhususan kerja itu dilihat suatu hal yang paling effective dalam melancarkan perjalanan suatu proses kerja. kannnnn ..

Siap masak kat umah, petang raya baru lah bergerak balik ke rumah mak. Eeeccccehhh .. macam jauh la plak kan umah mak aku. 10 minit je dari umah kalau drive macm hantu. hahahaha .. Petang raya n malam raya ada kat umah mak. Tahun ni sepatutnya semua adik beradik ada dengan mak. Tapi disebabkan oleh next raya nanti akan tinggal mak sorang dan adik bongsu kat umah, jadi .. terpaksa lah betulkan turn. So, kakak beraya umah mertua sekali lagi tahun ni. So, next year ... in shaa Allah, ada la jugak teman mak tu nani.

Raya pertama

Oke. Cerita raya pertama biasa biasa je. Macam kami dari dulu .. tak de pun suasana macam kat TV ... mintak ampun duk berbaris sambil dapat duit raya. Kalau sebelah suami, memang buat. Entah lahhhh .. kenapa suasana tu tak de. Dah tak de. Aku nak buat macam mana kan. Cuma pada aku .. minta maaf bukan pagi hari Raya je. Bila bila masa. Setiap kali buat salah, terus datang minta maaf. Habis dah pagi raya tu tak de buat gaduh .. happening je laaaa. huhuhuhu .. oke. Jangan kecam. ! huhuhu
Lepas diorang solat Raya ( aku terpaksa bertapa tunggu si ketot tak mau bangun ) .. ambik gambar then pergilaaaaa melepak umah mak sedara. Istilah melepak, means akan stay berjam jam, bergosip cam tak hengat dunia. Gosip tahun ni .. yb turun kapal n  misi menjual kereta dah tak mampu nak biaya plus member teruja pkai iphone. bhahahaahaha.

sempatla honor10 tolong ambik gambar. family kakak je tak de time nih.
Tiba` tiba !!!! Mak mertua adik nak datang umah mak dengan segala ipar duai adik aku. Hahhhhh !!! Nak hidang ketupat je .. aku sendiri nak terjeluak dengan ketupat n rendang bagai. Jadi, macam lipas kudung laaa aku balik kena tolong adik n adik ipar masak. Mak dah surrender tak larat nak masak. JAdi, dari umah mak cik, family aku n adik la kena angkat kaki dulu. Berbekalkan ilmu tak pandai masak yang lebih besar daripada pandai masak, maka terhasillah sup ayam by me .. dengan dipantau oleh laki aku. huhuhuhu .. Setengah jam, siap sup ayam .. ayam goreng berempah .. sambal kicap dan segala mak nenek untuk sup ayam. tapi habs dapur mak aku kena selongkar. So far, aku bukan biasa pun dapr mak aku. Aku masak kat dapur aku je. Dapur orang lain aku tak sentuh. huhuhu. Nasib pantas sikit adik aku mengemas. Nasib adik ipar tolong cuci ayam. Kalau aku dengn pakai jubah n shawl kena basuh ayam, hmmmm .. fine ! Bagus team memasak kali ni. tangkas !!! hahaha
Alhamdulillah, sup pun berjaya dilicinkan oleh tetamu dek masing masing mungkin dah xboleh g dah dengan ketupat rendang sama macam aku. huhuhu

 si kupu kupu biru yang gedeng gedeng aka muhammad yusuf. ni family kakak.


Habis tetamu balik, terus pulak berkejar ke Kulai. That is soooooooo penat. Pukul 11 baru sampai parit raja semula. BAlik umah sendiri la ceritanya. Aku selesa, adik aku kat umah mak pun lebih selesa.

Raya Kedua ( Beraya Atas Jalan )

oke .. ni bnda paling tragik. Niat di hati nak bergerak ke Besout tu awal pagi. Tapi dek penat yang keterlaluan, jadi bergerak la kami lebih kurang pukul 12. Barang bawak pun tak banyak. Ada 4 beg je. 3 beg kami .. 1 beg comforter. ( sebab umar selalu akan leaking bila tidur. Tu tak berani guna cadar n selimut mak mertua. huhu ). Tapi aku pun confuse, diorang yang bawak barang bayk2 diorang isi apa ek. Packing barang sampai berhari hari sebab tak sampai 1 jam siap semua beg n barang nak balik besout n balik umah mak aku. Siap sampai termenung depan beg. ' aku ada tertinggal apa apa ke ? Barang aku tak cukup ke? haihhh ..' mungkin tu ikut masing masing. Sebab aku bukan jenis nak matching warna baju kami. hari ni pakai baju ni. hari esoknya baju ni. aku jenis pakai je laaaa. YAng penting tutup aurat. Baju aku n umar, aku kemas. Baju laki aku, laki aku kemas. Sebab aku memng tak suka tentukan pakaian orang. Dia ada kehendak. Bialah dia pilih mana selesa. Dan kebanyakan mak mak memang tak macam aku. Hmmm ... sebab tu kadang aku pelik dengn aku. huhuhu .

Otw balik Besout, baru sampai UTHM kereta kena hentam dari belakang. Terkejut jugak. Suami terus keluar tengok, aku duk tak de perasaan lagi main dengn Umar kat dalam kete. Then suami masuk, dia kata xde pe lah. Terus jalan. hahaha. Nampak x laki bini tak de perasaan. Laki aku keluar, tengok bumper calar sikit .. tanya kete brother tu oke tak .. salam cakap selamat hari raya, terus jalan. hahaha. Tapi tengok brother tu dah cam rsa bersalah sebab slow gile kat belakang kami pastu. Mungkin nak pegi beraya kot dengan anak beranak. Biar lah. Kalau kitorang banyk sangt cekadak setakat calar sikit nak mintak ganti bagai, kan ke spoil mud diorg nak beraya. Mungkin duet nak raya pun cukup cukup je. Tapi kalau Honda Accord yang sebat, mungkin banyak kot cekadak kami. bhahahahahahaa ...

baru nak pack ! dari jauh dah nampak merah merahhhh dah. nasiblaaa .. raya kan. huhu

Then, macam biasa, balik ke Besout, kami akan masuk tol ayer keroh. Makkkkkkkk aiiihhh. panjang pulak perjalanan hari tu. Tapi kereta bergerak je laaaa even banyak kereta kan. Nak masuk tol ayer keroh, kami keluar dekat depan maidin mall melaka. haihhhhhh .. kat situ pack gile sampai masuk tol. Dah masuk highway ... ingat jalan bertenang je. Sampai Senawang ... makkk aihhhh. berhenti terus. pastu tenang sekejap .. sampai seremban  pun stop jugak. Nasib laaaaa. Nama pun raya. huhu.. redha je lah. Dah lepas jem tu .. hujan pulak selebat lebat hujan. Kalau aku yang drive malam tu .. mmg tak berjalan dah kete sebab xdak cermin mata. Tah mana lah duduk spect aku tu sekarang. hahahaha .. sebab suami dah balik sini, tak lah perlu sangat spect tu. Cuba suami kat sabah. tak de siapa nak tolong jadi driver .. mmg dah buat baru dah. huhuhu

Tiba-tiba Umar di dapati telah Poooo pooo. Pampers pulak dah penuh time tu. Mana nak berhenti. huhu .. Aku cuma boleh berharap agar dia tak kencing time tu. huhuhu .. makanya time tu jugak dia kencing .. dan aku rasa macam aku sekali yang kencing. Huhuhu .. Exit Behrang terus cari Toilet. Masuk toilet, dia dengan penuh rasa teruja mandikan aku. Nak cepuk kannnnn .. tak baik plak. Dia tengah rasa benda tu seronokk kan .. jadi, macm tu lah. huhuhu.

Sampai umah mertua. Ada sorang abang ipar kat umah dengan family. Masuk umah, anak sedara plak teruja ada Umar. Huhuhu .. maka, terpaksalah melayan keterujaan mereka tuh sampai pukul 1 lebih. Aku nak pitam dah. Sebab seharian dalam kete bukan aku tido pun. Duk teman laki drive je. huhuhu .. Lepas kemas bilik semua, paksa Umar masuk bilik .. gaduh lagi dengan dia .. dekat pukul 2 baru tido. huhuhu .. That is sooooo penat ! hu

Raya Ketiga ( Beraya kat Genting )

Raya ketiga .. have no spesific plan for us. Ajak ayah balik kampung kat Kuala Kurau, ayah tak mau. Sebab baru sangt balik kampung. Masa puasa aritu. Jadi, terkebil kebil lahhh kitorang kat umah. Bangun pagi tu tolong kemas ruang TV umah mak. Lipat segala kain mak yang tak terlipat tu. Sapu segala mak nenek yang bersepah .. baru laaaaa duduk. Berurut la sekejap. Sebab ada Takasima nak tolong urut kan. huhuhu

nasiblaaaa si ketot ni tak bertindak masuk ke dalam kolam air tersebut. huhuhu
Nak tengah hari, suami ajak pergi IKEA. Sebab mmg ada barang pun nak beli kan. Sampai tengah jalan .. jalan ke KL pack gile. Maka, berubahlah plan kami .. naik ke Genting. Nasib masa naik tu jalan tak pack sangat. oke oke je. Genting pun, pergi GHPO je. Fine ! Memang best. Even Outdoor .. tapi nyamannnnn je. Macam ada aircong plak. Hahahaha .. dah sambar 2,3 benda .. balik laaa kami.

Raya Ke-4 ( Beraya kat IKEA )

Raya keempat. Kami pun nak bertolak balik parit raja dahhhh. Abang ipar tanya gak kenapa balik cepat sangat. Ada pape ke kat umah. huhuhu .. entah. In fake, tak de urgent pun. Mak aku pun dah beraya sakan 2 hari dengan kakak n abang ipar aku.  So far, suami aku yang plan perjalanan. Bila balik kampung dia, dia akan decide. Bila sebelah mak aku, aku akan decide. Jadi, aku tak tahu n tak akan tanya pun kenapa cepat ke lambat. pape pun .. bila hal balik kampung ni, tolak ansur je laaaaa. Tak payah gaduh banyak sangat laaaa dah akhir zaman nih. hahaha

Haaaa ... keluar je dari umah mak. belum ada 5 minit perjalanan .. baru perasan cermin depan crack panjangggggggg dari tepi sampai tengah. hmm .. tengok pun xde perasaan. Dah crack .. nak buat mcm mana. Terus call pusat servis .. check insurance n set up appoinment.
* insurans untuk cermin cover lain tau. Tak termasuk dalam insuran yang bayar tiap taun kalau kita tak request nk insurans yg cover cermin. Harga berapa tu .. xpasti. huhu

taraaaaaa .. cam sedey je kan tengok crack tu. hahahaha
Then suami ty. Nak pergi IKEA tak cermin dah macam ni. Dengan tak de perasaannya jawab.
' Pegi je lah. Kalau balik pun bukan cermin tu boleh oke pun. Nak stress pun penat je ..'
hahahahaha .. nampak sangt positif kan.

Ingat time raya ni orang tak pergi IKEA rupanya tetap pack macm selalu. hahahaha ..
Sampai umah, suami collaps .. umar dengan mak dia still segar. Duk sibuk set up barang shopping. hahahaha
Sekali check banyak barang tak de. Ni mesti sebab orang yang beratur belakang kami masa kat kaunter letak barang dia depan barang kami. huhuhu. 

orang demam .. dah lapar, tunggu makanan tak sampai sampai. huk3x

Dah sampai Parit Raja tak de pergi mana buat apa pun. Teman mak aku dengan mak cik pergi beraya ke JB. Sebuah rumah je ... selebihnya beraya pulak kat Tesco. Bawk orang tua. Memang terkebil kebil diorg kat Tesco time raya. hahahaha
Sampai aku pun naik tak tawu nak buat apa. hahahha

Raya ke-6, sesungguhnya aku baru kemas rumah untuk raya. Halaaaahhh .. kemas umah pun sibuk kan tempat untuk umar. bukan untuk tetamu. Rumah orang tak pergi beraya, mana ada orang datang beraya. hahahaaa. Tapi puas hati bila seharian kat umah, semua dapat di kemas. Senang la hati dalam sejam dua sementara Umar tak bangun tido lagi. Once dia bangun je .. pitam ! hahahaha.
Demi sesungguhnya mngambil masa hampir sehari suntuk mengemas, Umar sepah balik dalam masa tak sampai 15 minit. huwaaaaaaaa !!!!

ini pun acah impian mama je. tak sampai bape minit benda tu terletak .. ni la dilema mak mak yang konon nak kemas umah

sekejap je teruja main kat situ. sekejap lagi dia geram kan benda tu tak jadi macm dia nak, maka terbang lah benda tu dari tempat asalnya.

Dan sesungguhnya, cuti Raya ini telah digunakan sepenuhnya dengan melabur di mall mall dan tido. bhahahaha
Sekian, terima kasih
Sebenarnya cite ni nak bagitawuuu .. raya tahun ni aku tak dengar takbir raya. Tu tak rasa hari itu hari raya puuuuunnnn. Macam mana boleh tak dengar, jangan tanya. Sebab memang tak dengar. Dengar lagu Robocar Poli je.
hohohoho
Maka begitu lah cerita hari raya yang orang pun tak tanya. Saja lah syok sendiri. hahahaha

Wallahualam
Wassalam.