Tuesday, February 23, 2010

Tahukah Anda ???

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008 , nisbah kecairan tunai ( Liquidity Ratio ) Kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta ( Tunai 36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta ) berbanding dengan tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor. Tahukah anda siapakah yang mentadbir Negeri Selangor dan Pulau Pinang.


Perbelanjaan / baget Negeri Johor adalah lebih kurang RM785 juta setahun @ RM 65 juta sebulan.Ini bermakna jika tiada penghasilan baru maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja.


Keadaan kewangan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan baget bagi tempoh 3 bulan berturut – turut adalah defisit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit baget adalah sebanyak RM2.04 juta ( baget 2008 ) , RM2.746 juta ( baget 2009 ) dan RM1.5 juta ( baget 2010 )


Hutang kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 % dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM 1.01 bilion (2008)



Hutang terkumpul Johor Corporation (Jcorp) adalah berjumlah RM4.032 billion. Pada 2002 , Jcorp telah menerbitkan Bon ( Surat Hutang ) berjumlah RM 4.032 bilion dengan kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon – bon tersebut adalah pada 2007 , 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor pada 8/9/2009 , Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta ( bon yang matang 2007 ) dan RM 694.98 juta ( bon yang matang pada 2009 ).Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah 3.58 bilion!!



Keuntungan sebelum Cukai Jcorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012 , dijangkakan Jcorp hanya akan mampu menjana RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah Jcorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM 2000 juta itu ? Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon – bon yang diterbitkan oleh Jcorp , perlu menampung kekurangan tersebut pada tahun 2012 ? Tetapi persoalannya , di manakah kerajaan negeri nak cari duit dalam keadaan kewangan negeri yang tenat ?



Kegagalan Kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau 2000 juta ini boleh menyebabkan Kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis pada tahun 2012. Kecuali jika kerajaan negeri dan Jcorp terpaksa mengambil jalan pintas dengan menjual aset – aset atau hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh mengagak jawapannya kenapa Jcorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan Negeri Johor menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua – dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pula yang akan dijual ? Tahukah anda , aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan Jcorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor..





Diterbitkan oleh :

Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Johor