Monday, December 23, 2013

~ after six month ago ~


Assalamualaikum
helloooo guys
huhuhu
alhamdulillah .. baru berjaya melepasi waktu-waktu genting
waktu-waktu busy yang sangat suntuk
huhu

six month ago
ohhhh my ! 6 bulan dah berlalu
alhamdulillah .. masih baik dengan pertunangan yang sudah berusia 6 bulan
huk3x

Upppsss .. dah 6 bulan ek ..?
So far .. masa nak bertunang dan baru lepas bertunang tuh memang tak rasa nak mention kat sape pun
But then ..
Bila nak jemput ke majlis .. orang tanya bila plak bertunang
hik3x
Ada lagi kawan aku siap marah lagi 
ohhh ... sorilah liana oii

Bukan berniat tak ingat kawan u 
tapi .. rasanya itu bukan hal yang penting untuk dihebahkan kepada orang beriya
unless dah semakin dekat waktu begini

kui3x
Lagi plak .. aku buat majlis yang tersangatlah sooooooo simplenya.
simple mananya ..?
tak peraya ??? sangat u know 
tapi pada aku .. biarlah simple asalkan cukup selesa bagi kami kedua belah family


~ there's no pelamin or anything .. seriously .. that's my style anyway ~



~ sebelum diorang datang .. ohhh make up sendiri nampaknya saya ~

~ wif my lil brother .. oh my! wat bout ur hair over there .. sooooo huduh u know !  ~
 


~ a very simple e-day .. not even all da family here ~


 ~ da very rushing to prepare everything .. that's something funny bout da hantaran there .. it's really not da matter. hahahaha ~


 Soooo .. bila nak kawennya ..??
huk3x. Lambat lagi .. relaks dulu .. hahahhaha
Buat masa ni hidup cuma ada kerja, kerja dan kerja

So far .. my wedding seriously will b soooooo simple too
ohhh my ! my cutie fren ask me if i will make my dream since in scndary school will become true .. 
yeaaahhh .. about this wedding laa
hurrrmmmm .. i do not know.
perhaps yes .. or perhaps noo
then, i dont know !!
hahahahaha

Soo .. it's just a story a long time ago
i need to focus to my way rite now since it was postponed again and again
hope .. everything will b done perfectly
gud bye
gud day oh my dear

wassalam







 

Monday, September 23, 2013

~ yakinlah .. hikmah itu rahsia Allah ~



Assalamualaikum
sayang-sayang semua
huhuhu

update blog hanya pada masa rehat di sekolah
ohhh .. ada plak masa ek nak update blog
so far .. kerja dah siap.
ada 15 minit nak masuk kelas
kelas dan kelas
sampai pukul 1
yeeeaaahhhhhhhhh  !!!!!


see .. !!! huhu ..
ohhh my 
datang lagi surat
bila mahu tunaikan impian nih ..????
bilakah bilakah bilakah ..??

dah kerja .. dah ada gaji
takut makin lama makin hilang semangat tuh nak sambung belajar
huhuhu
tapi .. kena selesaikan satu satu hal
lepaskan satu satu

u know wat ..??
setiap yang berlaku tetap ada hikmahnya
setiap yang terhalang .. pasti ada yang lebih baik menunggu
kannnn ...??

yakinlah .. hikmah itu rahsia Allah
kita tak pernah tahu mana yang terbaik buat kita
kita hanya merancang segala yang kita fikir terbaik
tapi Allah lebih tahu
terhadap semuanya !!

mari pergi kelas
jumpa budak2
lalalala
wassalam 

Friday, September 20, 2013

~ this is the thing i should face ~



Assalamualaikum 
hye all 
yeaaahhh .. i'm just wake up from a gud sleep
waaaaaa .. osem !
tido tido dan tido
sangat menarik rupanya hidup begitu
hahahha ..

aikkk ...? tak de keje ke ...? orang duk sibuk kata keje cikgu bertimbun sampai bawak balik umah 
haaaa .. depends kat ckgu la
bagi ckgu yg buat PBS 
mungkinla mereka tak de masa yang cukup panjang macm aku nih
bagi ckgu yang mengajar sejarah menengah atas cam aku
ohhhhhhh my !
sebenarnya sedang menyediakan seberapa banyak tenaga
untuk menanda kertas exam yang super duper banyak
dan memualkan 
huk3x
that is job ! terima dengan redha okeh
enjoy it !

ohhh my !
aku bukan nak cite pasal kerja aku pun
bosan kot cite kerja kerja dan kerja
but i've no idea la how to start

so far ... dah hampir 2 tahun hidup jauh dgn  ..
ok .. dengn tunang ( pd hal baru bape bulan bertunang ) kui3
itulah hal yang aku kena terima dan redha
kawan-kawan n orang sekeliling ada bagi respon positif .. negatif pun ada

contoh negatif :
' tak takut ke dia cari lain. kalau aku laaaaa ....'
' tengok je la lepas kawen .. duk jauh .. nanti ada la tuh pmpuan lain ..'
' boleh ea tak jumpa berbulan bulan ..? kalau org cari lain dah ..'

 contoh positif :
' it's ok .. kawan kita tu okey je .. yang penting hati individu tu '
' akak sebelah ni okey je ... tak ada apa lah. sama-sama jaga la hubungan tu '

aku tak nafikan semua tu antara perkara-perkara yang mempengaruhi aku dengan dia. 
cuma .. dalam banyak hal aku kena berubah positif
aku tak tahu kat mana semua tu bermula
ada jugak yang kata
' ko boleh laaa .. macam aku nih. tak boleh la ..'

so far, setiap orang boleh sebagaimana minda dia katakan boleh pada diri.
siapa pun ada perasaan sedih bila jauh dengan orang yang kita sayang
aku tak sayang tunang ke ..?
gile la soalan tuh
aku bukan kenal dia seminggu dua .. makan tahun
bila dah tunang .. maknanya cukup kuat rasa sayang tuh


~ thanks for being the best one for me ~
 
cuma bagaimana rasa sayang itu diekpresskan
tuntutan kerja adalah salah satu tuntutan kehidupan
jauh .. memang jauh
dipisahkan dengan laut china selatan
hahahaha
 tapi .. motivate diri untuk terima
creat 1001 alasan untuk mengatakan hal itu terbaik dan ada kebaikan
susah .. siapa pun ada rasa susah
dekat pun .. janganlah expect senang selalu

dalam situasi aku sekarang
aku cuma berkata .. aku belum lagi berkahwin
kawan-kawan aku ramai je yang terpisah begitu lepas kahwin
itu adalah cabaran perkahwinan mereka
masing-masing ada cabaran masing-masing untuk menguji keutuhan hati masing-masing
maka jangan risaulah bagi yang berjauhan
dan jangan terlalu selesa bagi mereka yang duduk dekat jumpa hari-hari
 kita semua ada bahagian tersendiri

bukanlah maksud aku 
dah duk jauh tuh .. tak payah buat apa-apa untuk hidup dekat
tapi .. jangan terlalu stress dengan apa yang sedang kita lalui
hidup ni singkat untuk terlalu stress pada setiap sesuatu
enjoy ur day
everyday

say hi to ur partner everyday
biarlah jauh
tapi jangan pernah kurang komunikasi
sebab komunikasi itu yang menentukan dekat atau jauh hubungan kita dengan pasangan
dekat pun .. kalau kurang komunikasi
lama-lama pun akan jadi jauh
timbulkan suasana selesa setiap hari
tidak kira lelaki atau perempuan
yang paling penting
saling percaya antara satu sama lain
apabila kita yakin dia itu adalah yang terbaik buat kita
yakini dia
jika tidak .. sampai bila pun tak bahagia


~ i am the one who really miss u ~


huhuhuhu
( ini adalah siri motivasi untuk diri sendiri dan bagi mereka yang mahu menerima )
aku tak tahu perjalanan hidup selepas kahwin bila berjauhan begini
tapi aku harap
semuanya cukup baik untuk dilalui
lakukan apa saja yang indah untuk buat kita tersenyum setiap hari

daaaaa
wassalam
 


Tuesday, September 17, 2013

~ akhirnya dapat jugak .. ~



Assalamualaikum semua
hehee
there's something i really excited to share here
lalalalala

jumaat lepas, akhirnya aku berjaya menangkap kucing yang aku selalu bagi makan kat rumah sewa lama.
huuhuhuhu
aku berjaya tangkap sekor je .. nak tangkap lagi tak berpeluang plak.

so far .. i hope he will hapy wif his new life wif me here
by da way ..
 thanks to my sayang
beriya suh aku bawak dia balik jb

actually aku dah bawak balik batu pahat .. pagi nak balik jb tuh cari tak jumpa
bila start kete .. boley plak dia tunjuk muka dia kat aku
adooiiiii mochi .. !!
dengan kelam kabutnya aku cari barang - barang untuk dia
balik sekolah .. terus cari mana yang penting untuk dia
thanks jugak kat my sayang sebab sponsor semua
huhuuhuhuhu ..


~ ni mochi bila dah mula selesa kat dalam rumah. masa ni kat rumah parit raja ~



~ yeaaahhhh .. dah pandai guling-guling ~


~ dan posing dengan macam-macam gaya ~


~ ish3x ~


~ ni tempat baru mochi dekat jb. dalam kotak tuh pasir untuk buang najis. so far, dia memang terus pandai buang najis kat situ. then, nak elak kan bau .. aku beli penyerap baru. langsung xde bau. tapi najis memang aku terus buang. tak boleh tangguh. ( memg penat sikit la ). pasir .. bawk dari umah la. hahahha .. bekas najis sebenarnya dah beli tapi xmau guna lagi sebab tutup kotak tu masih available sebab aku alas dengan tikar getah. jadi, tak de la kotor kotak tuh .. hehehhe  ~
 


~ ni bila sampai jb. adooooiiiii ... pening la mochi ... ~


~ jadi .. mochi dah penat .. mochi nak tido .. jangan kacau mochi ~

bila tengok dia tido nyenyak 
aku tiba-tiba terfikir
' lepas bape tahun dia hidup kat belakang umah orang .. terbiar .. kadg orang bagi makan .. kadang orang maki .. akhirnya rasa jugak dia tidur dengan selesa dekat tempat yang selesa .. '

aritu masa belum jaga dia 
fikir macam - macam
susah .. n wat so ever
tapi sebenarnya bela kucing yang kita kutip dari tepi jalan lebih senang
tak banyak cekadak

alhamdulillah
sepanjang kat umah sewa 
dia tak nak kuar bilik sebab masih takut dngan housemate lain
so far .. thanks to my housemates
harap dia tak menyusahkan korang

tapi .. sian kat maira
nak main dengan mochi
tapi mochi sangat sangat takut dngan dia
huhuhu



~ nanti mochi dah biasa .. baru main dengan mochi yer maira .. hehehee ~


orite bebeh
that's da story bout mochi
gud nite olll 
muah

wassalam
 
 

Sunday, September 8, 2013

~ yes i'm not the best one .. ~



Assalamualaikum
salam gud morning semua 
lalalala ..
how ur life today ..??
is it gud ..?? yes .. i hope

when we talk best or tak best 
means .. we talk about who are we .. ? 
that is sooooo complicated  to talk about

ohh my !!
 no need to be so serious okeh !

actually .. 
okeylah. sebenarnya .. bila tengok kawan-kawan dah macam cendawan tumbuh pegi kawen .. hahhahha .. terdetik dalam hati 
' macam mana bila giliran aku pulak nanti ?'
'mampu tak jadi isteri ?'
mampu tak ..? boleh tak ..? ohhh .. apekah ..??

tapi .. macam mana la nak urus rumahtangga kalau hal paling dekat dgn diri pun masih tak terurus. ?
adoooiiiyaiiii
ya, hal yang paling dekat dgn kita adalah diri kita
hati kita ..
segalanya tntang kita ..
huk3x

contoh hal yang paling dekat bagi aku adalah ..
hmm .. ya, hati aku
mengendalikan kenangan menjadi suatu yang lebih positif itu lah yang tak berjaya dan belum berjaya

melarikan diri dari semua tu bagi aku adalah jalan terbaik
bukan nak bergaduh dan terus bergaduh
cuma keadaan tu terjadi pada waktu yang salah
aku tahu itu adalah kesilapan yang tidak sesiapa sengaja kan
itu adalah tindakan luar matang yang mendorong sesiapa pun melakukan hal yang di luar duga

aku tahu semua itu tidak sengaja
tapi .. akibat dan kesan itu aku yang rasa
aku yang tanggung.

aku tak pernah membeza siapa pun kawan yang aku ada
bagi aku .. kawan yang aku ada itu adalah sesuatu yang Allah bagi yang perlu aku jaga dan aku sayang

semuanya .. ya semuanya
tapi Allah menguji kita dan sentiasa menguji
mungkin juga bukan aku sorang yang rasa sakit tu
aku tak tahu siapa dan perlu ke aku ambik tahu ...???? 
masalahnya ..
apa kaitan aku dgn masalah mereka hingga aku yang tak ada kena mengena terbabit sama
dan aku lagi jadi mangsa

lupakanlah ..
dah hampir 3 tahun semua tu berlalu
tunang kata 
' diorang smua dah kawen la yunk .. '
jadi ...??
' well i'm not marry yet ..'

lupakan hanya kat mulut .. boleh !
tapi masalah aku adalah 
' aku seorang yang tersangat sangat sangat susah lupa '

aku nak juga hidup macam manusia lain
gembira tanpa bnda-benda mengarut macam tu
bagi aku
'kau dah hulur .. jadi aku ambik'

bukanlah maknanya aku nak bergaduh sampai mati
but .. give a time to be calm .. 
aku perlukan waktu yang panjang untuk lupakan setiap rasa sakit yang aku rasa
kalau certain orang rasa dengan sekali maaf boleh buat korang lupa ibarat hilang ingatan .. aku ucap tahniah sebab itu tersangtlah bagusnya
but is it not me !! 

aku tak benci .. aku tak marah
aku cuma tak boleh
 aku belum boleh

so far .. kalau kita jumpa
aku tak ada masalah langsung untuk senyum malah tegur
tapi .. aku cuma tak mahu selalu memandang
sebab itu akhirnya
hanya akan menghimpit aku

aku dah rasa selesa dengan apa yang aku ada sekarang
jadi, izinkan aku menikmati rasa selesa yang seketika ini
mungkin ini akan membuka jalan dan peluang untuk persahabatan kita semula

tahniah kepada teman-teman UTHM dan STI 
yang dah jadi suami atau isteri orang
doakan perjalanan rumhtangga korang sentiasa mendapat redha Allah

yes, i'm not the best one who can always manage everything well
i'm just a woman
who has my own life .. wif my own way
this is the way i choose

i'm so sorry girls
wassalam
 

Wednesday, September 4, 2013

~ raya !!!!! ~



Assalamualaikum
raya ohhh raya
masih mud raya lagi ker korang ..??
hmm .. lama dah habis raya
lallalala

macam mana pun
selamat hari raya 
aku tetap tak dapat merasakan indahnya raya
memandang 
aku sudah hilang nikmatnya puasa 
huk3x.


~ body guard paling cute di pagi raya ~
hahahaha

  

~ tengok ... petang raya dah tak de baju raya dahh .. ~
( aku ada baju raya ke tahun ni ..???  )


~ haaaaaa ... bergambar sekejap sebelum sampai kat destinasi ~
felda besout sungkai, perak



~ si kembar yang sangat tiiiiiuuutttttt. sumpah nakal yang happening  ~



~ apa lagi ... kami ber4 memang sangt suka melaram .. posing sana sini .. budget tersangatlah cute dan muda all da time .. hahahaha ~

ok lahhhh
itu lah cerita raya yang tak menarik
wakakakaka
wassalam 
 
 

Tuesday, September 3, 2013

after a long long time ... huk3x



Assalamualaikum
selamat pagi
huuu ... selamat hari bekerja 
dan selamat pergi dan pulang dari kerja

kali ni cuma nak ambik mud update blog setelah berbulan bulan bulan bulan tak update kan. huhuhu .. banyak hal dan kejadian berlaku 
nak share
tapi ... ish3x
super duper busy girl ..
( eh .. am i still a girl ..??? )
please .. the fact is i am a woman rite now !!!
ohhhh my ! i am getting old yaww
that's not a big matter la dear
since u know who u are
since u wanna always a young lady ..
yes, that's u are !
seriously .. dont ever believe it ?!!!
we'll share it later

i need to go to school rite now .. ;)
ohhh .. i still a school studnt okeh ... !!!
hahahahaa ..
prahsaan betul. 
yeahhh .. always a teacher .. hope will be a gud teacher
( even .. i just plan not going to be a teacher forever and ever )
i wish it to Allah
i hop that i'll find the way for it.
Not because i am so bored wif this job
but i need to improve my talent .. my life .. step by step. 
just it !

gud day dear ..
see u again and again ..
muahh ..
wassalam ..

Saturday, May 4, 2013

~ giler giler PRU 13 ~



Assalamualaikum
hye readers !
waahhhhh .. lama sungguh tak memaksa diri menaip blog 
yer ! harus perlu dipaksa
memandangkan terlalu super banyak kerja yang perlu di buat dan di paksa.
hoyea hoyea  !!!!!

giler memang giler. lagi 2 hari menjelang pilihan raya. Kalau sebelum ni, bahang tak begitu terasa tapi kali ini terlalu sangat amat ketaranya.


Sana sini bendera. Sana sini .. menunjukkan hebat yang memang cukup hebat. Tidak kira di bahagian kerajaan mahu pun pakatan rakyat. Yeaahhh .. kebangkitan rakyat bagi kedua belah pihak tak mampu dibendung lagi. Itu yang perlu semua pihak terima untuk PRU 13 ini.

Kenapa dan mengapa hingga begitu respon rakyat untuk PRU 13 kali ini ..??? Jika dulu .. ramai yang memilih untuk tidak mengundi, tapi aku yakin kali ini .. orang yang memilih tidak mengundi itu adalah orang yang paling tidak berguna untuk negara. ( kecuali atas sebab-sebab yang lebih besar dan tidak dapat dielakkan ).

Kalau PRU dulu .. aku dan kawan-kawan adalah generasi kanak-kanak yang tidak layak mengundi, tapi kali ini kami sudah boleh mengundi. Kami sudah mampu bertindak menentukan masa akan datang negara. Kalau dulu, aku lebih banyak bercakap tentang politik itu dan ini, tapi kali ini aku lebih banyak diam dan menyokong di belakang. Kalau PRU yang lepas .. adik lelaki aku masih budak sangat, tapi kali ini dia antara orang yang begitu sibuk dalam urusan jentera pilihanraya walaupun masih tidak mampu mengundi. Sekurang-kurangnya dia juga tahu dan berusaha menentukan hala tuju negaranya. 

Di Johor Bahru .. kereta aku tak ada fungsi apa pun kecuali menjadi teman aku untuk pergi dan pulang ke sekolah. Tapi, bila balik kampung .. yeaahhh !! sebesar besar bendera di kibar dengan kereta aku yang super comel itu. hahahahaha .. !! Best kalau aku dapat join. kan ??? hahahahha

Bila lalu di hadapan mereka di tepi jalan yang mengibar bendera tanpa mengambil kira kaum dan agama .. yeaaahhhh .. rasa semangat mereka. Terharu. Jadi, hon mereka tanda sokongan.! Kita tidak mampu bersama mereka yang berada di lipatan sejarah .. jadi, sokonglah mereka. Semangat mereka. Kekuatan mereka. Keberanian mereka. Pernah kita terfikir satu hari nanti .. jika sesuatu berlaku kepada negara, merekalah orang-orang yang paling dahulu mendahului barisan perajurit bersama perajurit terlatih negara. Ohhh !! Yeah .. yakinlah mereka itu semua kita perlukan.


Alhamdulillah ! Malaysia sangat memerlukan anak muda yang kuat semangatnya. Malaysia perlukan anak muda yang terbuka mindanya. Malaysia perlukan anak muda yang kental jiwanya. Mereka bukan taksub dengan pemimpin. Mereka bukan fanatik dengan parti. Tapi mereka berjiwa besar terhadap negara mereka. Mereka mahukan yang terbaik untuk negara mereka. Mereka lakukan semua itu tanpa paksa .. tanpa gaji, tanpa elaun. Mereka lakukan semua itu untuk menikmati sebuah kesejahteraan di dalam sebuah negara. Maka, hargailah mereka semua !!

Siapakah mereka itu ...??
Sesiapa saja di fikiran anda semua. Kita semua mempunyai tafsiran dan penilaian yang berbeza. Saya dan anda semua. Jadi, walau siapa pun mereka di mata dan pandangan kita, mereka adalah yang terbaik ikhlas dari hati kita. Tiada insan sempurna untuk dipilih menjadi pemimpin kecuali Nabi Muhammad S.A.W
Tapi .. carilah pemimpin yang dapat menjamin kebajikan rakyat dan ketelusan dalam membangunkan negara bersama rakyat. Tiada racist. Tiada lagi ungkapan .. ' kau balik negara kau ' or so on !! Bagi aku .. tiada apa yang membezakan setiap kaum kecuali agama. Sekiranya sama agamanya, maka bersaudaralah kita .. tiada apa lagi yang membezakan kita semua kecuali amal soleh. Kaum ni begini .. dan kaum ni begini. Percayalah, itu semua individual attitude. Bukan kaum. Bukan bangsa. Bukan agama. Positive and u'll always so nice !  


 

 

 

  

~ gambar-gambar di atas semua tanpa caption. itu bermakna anda berhak melihat dan menilai. ikut keperluan dan kesesuaian individu. manusia berhak memilih .. aku hanya bagi anda yang membaca sesuatu untuk menilai. siapa pun pilihan anda, itu adalah apa yang mahu untuk negara. silakan memilih .. let's smile ~
 
Selamat mengundi bagi yang boleh mengundi. Semoga Allah mengiringi langkah kita semua dengan pilihan yang terbaik. Semoga Allah bersama kita untuk menentukan hala tuju Malaysia ke arah yang lebih baik. In-Shaa-Allah. 

Wassalam. 
 

Monday, April 1, 2013

~ wat a life ?! ~



Assalamualaikum
halllloooooo
hye dear ! Wat up babe ?!

Oh .. wat a very sad story for da entry before, rite ? Then today .. i can laugh and continue my dear life cheerly. ! Ohhh my dear life !! Then i hope i can going to school wif full of spirit to continue my job .. yeahhh ! my responsibility to my dear students. Yeaahhh. everything is dear dear and dear.

Apakah ?! Semalam penuh dengan duka dan air mata. Dendam dan benci .. tapi hari ini, alhamdulillah, semua itu seakan berlalu pergi. Pergilah dan pergilah. Never want to remember that anyway. So thanks to my dear bf, Jalil Saari sebab suruh aku tengok video Mat Luthfi. Ohhh .. wat a cute guy he is?! Then my bf said .. hello, suruh tengok video bukan tengok mat lutfi okeh. I jeles. Yuuuuhuuu .. he's never jeles actually. hahahahha ..

*************

ohhh my !! wat a life
baru saja selamat menggali lubang dan menguburkan my poor cat
ohhh Bubus 


~ this is Bubus one time ago ~
masa nih dia kecik lagi. sihat sangat. tapi tak tahu kenapa lepas tuh dia sakit, teruk bulu dia gugur dan jadi sangat kurus


~ gambar Bubus beberapa jam sebelum dia mati ~

yeaahhhh .. by da way. perlu terima kenyataan dia dah tak ada. Mungkin sebab aku tak ada dengan dia setiap hari jadi, berkurang kesedihan aku. Cuma aku percaya, Allah meminjamkan dia dan yang lain agar kami dapat membina pahala di situ. 

**************

So, i need to share something bout cat
yup, kucing
dari persepsi Islam

Dulu aku selalu kata, tak apa kucing ni or itu or ini 
mati nanti akan tunggu kita kat syurga
sebab kita semua tahu di dalam syurga adanya haiwan, kan ..?
So, mari kita tengok adakah benar ia begitu ..?


 jawapannya .. ok ! 
u know da answer if u watch this video, rite ?!

Then, berbuat baiklah dengan setiap yang hidup kerana semua itu ada nilaian pahalanya.
Jika harapkan ibadah kita semata-mata, serius .. bukan senang nak peroleh ganjaran pahala
tapi, Allah pinjamkan makhluk makhluknya yang lain untuk membantu kita memperoleh lebih banyak pahala  

( Masuk syurga sebab kucing - ustaz azhar idrus )



ok lah sayang sayang semua
i'm just really tired
1.42 am
mari kita tido
hoyea hoyea
selamat tinggal Bubus.
Kamu kembali kepada asal kejadian kamu

mood : sedey
nangis dalam tido
Wassalam

Sunday, March 31, 2013

~ .... ZzzzZZzzzz .... ~



Assalamualaikum
hye readers !
wat a bad day for me today.
hurmmm

tido .. tido dan tido sepanjang hari
lepas solat tido lagi
tak perlu makan .. tak perlu apa-apa. apa yang perlu adalah melupakan .. menghilangkan semua tu dari ingatan. Hanya dengan tido ! heaven !!!




Aku yakin setiap dari kita memang akan berhadapan dengan sesuatu yang sangat menyakitkan. Lalu, bergantung kepada individu itu sendiri untuk menghadapinya. Jika ia berkait dengan individu yang lain .. maka akan timbul isu memaafkan atau terus berdendam atau tidak melupakan.

Yeahhh ! Aku tahu .. aku pernah berhadapan dengan hal yang sama beberapa kali. Ya, berulang kali. Dan terus berulang. Oleh kerana ia berulang .. aku pernah ada seorang kawan satu masa dulu dan dia kata :

' aku tak tahu siapa yang bermasalah sebenarnya ..? benda ni jadi banyak kali pada kau. sama ada kau yang bermasalah atau kau yang sering bertemu dengan hal yang sama '

Yup, memang aku mencari. Di mana salah aku? Di mana khianatnya aku pada kawan-kawan? Demi kerana aku mencari dan terus mencari mana salah aku .. maka, itu lebih menyiksakan pada aku hingga aku menjadi terlalu sangat benci pada diri sendiri. Menghukum diri sendiri tanpa tahu apa kesalahannya. Wat a poor girl of me that time !



~ i'm fine and always fine ~


Semua tu memang berlalu dan pergi dengan pantas. Ada masanya ia pergi ada kalanya ia akan datang kembali. Tapi sayang, bayangnya tetap datang mencari. Langsung tidak pernah melepaskan aku hidup dengan hidup dan cara aku. Ya, aku memilih untuk sendiri. Aku memilih untuk melalui semua .. melalui suka dan duka aku sendiri. No need fren. Aku kuburkan lebih 10 kaki perkataan frenship itu.

Why?why? why?
Aku pernah terserempak dengan seorang kawan lelaki dan dia kata :

'ai, korang ni yang perempuan sikit sikit kecik hati .. tak payah lah. be matured '

Hmm .. perkataan kecik hati sering dilabelkan pada manusia bergelar perempuan. Tapi apa yang aku lalui bukan kecik hati. Bukan merajuk. Semua itu bukan ! Ia lebih membawa kepada perkataan FOBIA. Lebih kepada MENTAL TORTURED. Lebih kepada SOCIAL DEMAGE. Terima kasih tidak terhingga buat insan-insan yang sudah begitu berjaya membuat aku ke tahap itu kerana itu sebenarnya bukan hal yang mudah untuk berlaku pada aku.

Katakan TIDAK pada persahabatan. Apa yang aku rasa adakalanya ia berlaku sebagaimana berlakunya migrain pada otak aku. Ia perlu dimulakan dengan trigger factor yang menyebabkan segala macam hal lama datang tanpa mengira waktu dan ketika.

1. Memandangnya berulang kali

Facebook adalah tempat paling mudah untuk aku pandang dia. Walau hanya melihat dia, perasaan itu mulanya sedikit terkesan dan lama ke lamaan ia akan bertambah hilang kekuatan.

2. Orang yang disayang bersama dengannya

Aku perlu akui my bf adalah kawan satu kelas dengan dia dan tunangnya. Aku perlu terima hakikat kalau mereka akan bergurau, mereka akan saling berinteraksi dengan cara yang baik. Salah? Tentu sekali tidak. Aku tidak mungkin akan mencampurkan masalah aku dengan my bf. Itu cukup tidak adil bagi dia kan ..??? Walaupun sebenarnya, hanya dengan melihat my bf ucapkan tahniah di atas apa saja kepada mereka itu sebenarnya adalah kesakitan yang paling dan amat sakit pada aku. Ia boleh menghancurkan tembok-tembok kekuatan aku bertahun tahun. Ia umpama .. my bf sendiri mengucapkan tahniah  pada mereka kerana berjaya menyakitkan aku seteruk ini walau hakikatnya TIDAK. Ya, memang tidak !

3. Menonton/mendengar kisah persahabatan

Itu adalah 2 hal yang aku akan elak selagi aku mampu. But, sometimes there are something that we can't predict wat the story about, rite ?! The Lemonate Mouth antara movie yang akhirnya memberi kesan air mata pada aku. Kebanyakan lagu nasyid juga. That's why aku tak pernah layan lagi lagu nasyid sedangkan lagu nasyid adalah pilihan aku satu masa dulu. But i've been stop everything bout it !

Then, wat should I do ?!
Jawapannya adalah aku perlu mencari cara untuk memulihkan roh aku kembali. Caranya masih juga bukan pergantungan pada orang lain. Adakah aku perlu minta pada bf aku untuk tolong aku pulihkan semula roh yang sakit ni? Jawapannya tentu sekali tidak. Sejak dahulu aku kenal dia, dia lebih mengajar aku untuk selesaikan segalanya sendiri. Pernah juga dia cadangkan aku untuk jumpa aku jumpa kaunselor or psikiatri. Tapi aku tak mahu !


Aku pernah juga bercerita pada orang tertentu yang aku kira ada tauliah dalam bidang tersebut dan jawapan caranya adalah sama dengan apa yang aku fikirkan. Tapi, apa yang berbezanya adalah .. mereka hanya sebut dan memberi cara tanpa mereka faham sebenarnya untuk melakukan hal tersebut memerlukan 1001 kekuatan yang mungkin akan tersungkur di tengah jalan.

Ada juga orang lain yang cukup bertauliah tapi tidak punya karakter untuk aku percaya dan rasa kagum pada individu tersebut. Jadi, perlu ke aku jumpa mereka semua ? Jawapan aku adalah TIDAK. Tapi ada seorang individu yang cukup aku kagum, iaitu Dr.HM Tuah Iskandar. Ya, bagi aku nasihat beliau cukup bernas. Dan aku tak tahu di mana kekuatan aku contact dia melalui facebook. Ini jawapan dari dia :


' tak salah tanpa kawan dan boleh hidup bersendirian, cuma perlu kekuatan untuk mengelak kesunyian. jika anda jenis suka bersendiri, adalah lebih baik menyepi dari bersama kawan2 yang memungkinkan anda terbuat dosa. nisbah sahabat ialah 1: 1000, bermakna di kalangan 1000 anda hanya perlu seorang. yang anda katakan sahabat tadi tu bukanlah sahabat tapi sekadar kawan. sahabat adalah mereka yang menangis dan tertawa bersama kita, boleh bergurau kaw-kaw tanpa terasa hati. boleh saling menegur dan mengutuk tanpa kecil hati atau dendam. dia memancu anda ke tahap iman dan kejayaan duniawi. saya sendiri hanya ada seorang sahabat, selebihnya adalah kawan. keluarga kita sememangnya yang terbaik andainya mereka boleh memahami kita '


Ya, aku perlu menyepi dari kawan-kawan. Biar aku pergi sejauh mana yang aku boleh. Aku perlu jauh dari trigger-trigger factor yang ada. Aku perlu bermula semula dari bawah kerana semuanya kekuatan yang ada selama ini hilang dan hilang. Ibarat anda membina tembok dengan menyusun batu bata .. lalu belum juga tembok itu cukup kukuh dengan paduan konkrit yang cukup kering .. dan ibu anda tiba-tiba terlanggar lalu runtuh sebab anda membina tembok itu di tengah laluan. Ya, itu sebenarnya yang aku lalui dengan my bf.

Jadi, biarlah aku bina semula tembok kekuatan aku di tempat lain supaya saat dia melalui jalan lama itu aku tidak tahu dan tidak pernah tahu. Aku tidak mahu tahu. Tapi, aku tak tahu apa akan jadi bila waktu jodoh kami panjang lalu berkahwin. How can I manage it ?! Dia mungkin mahu ke majlis perkahwinan mereka. Dia mungkin mahu melawat mereka waktu Raya. Dia mungkin mahu sertai dalam mana-mana program reunion. Jika semua membawa pasangan, adakah dia perlu sendiri ? Baiklah. Sila kahwin seorang lagi. Ohhh My !!!!



I dont know. Biar masa yang tentukan apa yang akan terjadi beberapa waktu akan datang. Sama ada waktu itu nanti aku boleh berjaya buat tidak tahu. Atau waktu itu aku tidak lagi hidup. Siapa tahu ..? Aku yakin Allah telah sediakan jalannya akan datang. Mungkin juga apa yang aku tindakkan kali ini menjadi persoalan ramai manusia dan mungkin juga dipandang begitu sinis oleh sesetengah orang .. tapi pernahkah mereka bertanya, apakah kesan setiap tindakan kita pada seseorang? Berkata maaf memang mudah sebab ia hanya sekadar ungkapan yang tidak perlu disertai dengan apa-apa tindakan. Tapi, manusia yang perlu menerima maaf ini perlu melakukan banyak hal yang ada kalanya melampaui kemampuan jangka pendeknya.

' banyak kali aku minta maaf, tapi kau je yang tak pernah nak maafkan ..'

adakah dengan minta maaf itu disertai dengan jalan mengubat rasa sakit dan siksa yang aku lalui berbulan-bulan hingga hari ini menjadi bertahun? adakah ungkapan maaf itu disertai posyen yang dapat membuat aku lupa tentang banyak hal ..?? Tidak sama sekali. Tidak pernah. Maka yang sakit dan terus sakit itu aku. Yang berusaha dan terus berusaha menghadapi rasa sakit itu juga aku. Yang bergelumang dengan air mata itu tetap juga aku. Bukan kamu. Bukan kalian.


Berusahalah Nazura
Selagi mana hidup perlu diteruskan
Selagi itu bahagia perlu di perjuangkan
Wassalam

Monday, March 25, 2013

~ Asmaul Husna ~


Assalamualaikum
hye readers
for those Muslim readers
mari hayati sifat-sifat Allah
kalau pun tak mampu nak hayati .. rasailah ketenangan dengan zikir
Astaghfirullahaladzim
hati yang tenang saat mengingati Allah itu adalah hati manusia yang masih punya iman
Jangan sampai kita hilang Iman dalam jiwa 




Thursday, February 28, 2013

~ manusia pengotor, kenapa kucing yang salah ? ~


Assalamualaikum
hye readers !!
this is just a short entry
i'm just so tired for todaay but i need to talk bout it!
yeahhh! really not fair to kucing okeh !
why ..???

Orite ! this is first time aku tinggal di sebuah taman perumahan. sebuah rumah sewa. Sebelum ni, memang duduk di rumah. So far, rumah kampung kan. Keliling dengan kebun. There's no problem for be wif kucing-kucing yang banyak. But then, sejak aku tak menjaga kucing di rumah, macam-macam kerenah jugak si anak-anak manja itu !!! grrrrr ..


orite, cerita pasal kucing yang ada dekat sekitar rumah sewa ni. actually, rumah sewa tempt aku ni rumah org kaya-kaya. so, mentality diorang kebanyakannya ..
' jangan bagi kucing makan, nanti kotor. tak suka kotor kotor nih '


wat the ..??? 
Yes, u are may be so educated person but u know wat ..?? u ever do not know how to compare between otak dengan akal.


soal kotor .. bagitahu aku, apa yang kotor ?
najis dia atau hal makanan yang di bagi pada kucing ..?
senang cerita laaaah, kalau manusia tuh memang pngotor .. tak bagi kucing makan pun dia memang pengotor. 
kalau kata najis dia .. actually, kucing tak buang najis dia bersepah. unlesss accident ! dia bergaduh ke sampai buang najis.

Okeh ! kalau kucing jalanan .. yup! sometime dia mmg akan buang najis atas tar or something like that. Tapi, Allah sudah menjadikan sesuatu itu mudah. Najis yang ada atas tar itu apabila ia kering dengan panas, dia akan hilang bau. Kering tu pulak, it's just like a rubbish. Hanya berupa seperti sampah.

So wat ..??
Kucing tak de akal ada otak. Manusia ada otak ada akal. Kenapa nak salah kan kucing ..? So, kalau rasa nak bagi makan, boleh je kan bagi makan elok2. Letak dalam bekas. Janganlah main campak sisa makanan atas jalan belakang rumah. Ni kadang tuh, hampas kelapa, nasi basi campak atas jalan kononnya bagi kucing makan. Kepala hotak dia la. Mana ada kucing makan sisa basi macam tuh.!!! Kan kasar dah bahasa aku !

Jadi, siapa yang pengotor ? Orang ke kucing ..? Kalau still kata kucing, meh aku ketuk kepala biar otak je yang tinggal, akal hilang. Mahu ..???

Kadang tu, kucing cuma nak tumpang berteduh je time waktu hujan. Itu pun kena halau. Aku tak faham lah kalau manusia kat bandar nih semuanya dah hilang perikemanusiaan. Peri apa pun aku tak tawu. Sebab haiwan pun masih tahu erti belas !

So far, u all yang nak bagi kucing makan tuh, bagi lah elok - elok. Lagi mudah bagi je lah makanan kucing yang timbang kilo. Tak payah beli yang mahal. Untuk kucing tepi jalan je kan. Sedarlah. Setiap kali kita bagi dia kenyang ... seribu kali dia doakan kita. 

Kalau seorang pelacur yang memberi anjing minum saat dahaga, boleh masuk syurga .. apatah lagi kalau kita besarkan rasa belas kita kepada makhluk yang tak berupaya tuh. Jangan megah sangat hidup sebagai manusia sebab Allah boleh tarik semula nikmat manusia yang kita agungkan tuh .. menjadi lebih hina dari seekor kucing jalanan yang penuh dengan penyakit !

Sekian, wassalam.
Fikirlah elok - elok !!