Tuesday, August 23, 2011

~ wat u give then u get it back ~





Assalamualaikum semua ..
Salam 23 Ramadhan ..

Hmm .. agak lama kan tak post. hahaaha .. biasalah. A very busy girl rite now. Wohoho ... bukan buat kuih raya okeh. Ada yang lebih penting dari kuih raya. kih3x.

Actually, apa yang aku nak post nih dah lama .. tapi tak ada masa dan mud yang okey untuk menaip di sini.
Hm .. by da way .. siapa yang yakin dengan title entry kali ni? Yup .. bagi aku, memang aku yakin. Sebab hidup nih akan ada silih pergantiannya. Jika baik kita lakukan pada orang itu, maka insyaAllah .. baik jugalah yang akan berbalas. Atau sebaliknya.

This is happened to me last week. Sempena bulan puasa ni, aku gantikan kelas tusyen aku kepada hari Sabtu dan Ahad pagi. So far .. budak-budak slow sikit .. ramai tak datang gak. Alaa .. biasalah kan budak-budak. Kadang-kadang parents diorang je yang semangat. Tapi anak-anak ... hm .. macam kita gak lah dulu.

Bila aku tengok diorang time belajar .. Ya Allah ... main je lebih. Bercakap tak nak kurang. Kadang sampai naik sakit tekak kita jadinya. Dengan kita .. hm .. diorang buat macam kawan-kawan diorang je. hahaha .. Kadang mud diorang ok nak belajar .. memang rajin. Time malas diorang datang .. terlentok sana .. terlentok sini .. main lipat kertas lah .. hm .. budak oh budak.

Bila tengok perangai diorang yang macam tu .. teringat aku time sekolah rendah dulu. Sampai cikgu aku pening kepala kenapa mulut aku tak nak berhenti cakap. Ada je benda nak cakap. hehee .. sampai cikgu pindah-pindahkan tempat duduk. ( samalah macam yang aku buat kat budak budak tuh ). Tapi still banyak cakap. Then .. tak bolehlah aku nak marah n merungut bagai perangai diorang macam tuh .. that's me long time ago. hahahaa ..




Okeh .. then, incident yang berlaku ahad yang lepas. Aku tersentak juga .. tapi .. must be a positive kan. Tiba-tiba one of boy cakap ..' kan sebenarnya tak boleh pakai tudung macam tu semua. pakai tudungkan kena tutup semua. kena labuh. kalau pakai macam tu .. nanti nampak semua ..' serius aku tersentak. Sebab apa yang boy tu kata .. merujuk pada aku and semua girl yang ada. Semua terdiam. Aku cuma cakap .. ' betul. cume sekuran-kurangnya .. labuhkan tudung ke depan .. dan tutup bahagian dada..'

Tiba-tiba seorang lagi bunyi ...' lepas tu orang pakai tudung sekarang ada bonggol-bonggol. Mana boleh. Kak Nazura kalau pakai tudung mesti ada bonggol kat belakang ...' dushh!!! memang sedas aku kena.

Then .. aku cakap. ' .. yang tak boleh tuh .. bila bonggol tuh tinggi atas kepala .. then .. tudung tuh di tarik ketat dileher hingga membentuk bentuk leher dan nampak bentuk telinga ..' by da way .. aku time tuh pakai shawl. Bonggol tuh pun bukan tinggi atas kepala. Cuma agak besar ke belakang .. dari tengah belakang ke bawah. Sebab aku pakai sepit rambut.

Firstly perasaan aku .. ada gak perasaan bengang tuh. Tapi .. cepat-cepat aku teringat. Takkan aku nak ulang semula apa yang pernah lecturer aku buat pada aku sebab aku berbeza pendapat dengan dia? Adakah salah teguran student aku tu ??? 100 % not. Mereka betul .. fikiran mereka adalah fikiran seorang budak 11 tahun. Salah ke bila diorang kata perlu bertudung labuh untuk tutup bahagian tertentu ? ( merujuk kepada tudung labuh ) .. tak. diorang betul. Dan salah ke diorang kata tentang bonggol tu ? Tak juga .. tapi di situ mungkin ada salah faham. Aku pun ada tanya kawan. Dan rujuk beberapa artikel tentang tu .. dan rasanya ia taklah menyerupai bonggol unta yang dimaksudkan. klik sini



~ ni yang aku pakai time tusyen tuh. tapi aku pakai baju kurung masa tu .. ~

Dalam hal ni .. aku perlu terbuka dan rendahkan ego aku. Mereka menuntut ilmu dengan aku .. dan begitu juga aku dngan mereka. Kadang-kadang kata-kata mereka itu adalah peringatan buat kita. Kalau aku buat apa yang pernah aku alami .. bukankah dengan itu aku membuatkan pelajar tersebut akan down .. secara tidak langsung aku akan membuatkan pertumbuhan psikologi mereka terbantut.

Yup .. aku perasan. Lepas diorang cakap .. ada riak berbeza pada wajah diorang. Aku tak pasti apa. Tapi cepat-cepat aku tegur .. dan gurau denga diorang macam biasa walaupun hati aku ada sedikit janggal. Aku pun manusia. Sensitif and tersentuh bila ditegur secara direct begitu. Apa lagi oleh seorang student .. di hadapan student lain. Tapi .. selagi apa yang mereka tegurkan itu baik .. terimalah dengan hati terbuka.

Actually .. student tusyen aku tuh kebanyakannya adalah murid sekolah rendah agama dan tahfiz. See .. how must I adapt wif them. Mereka tahu tentang agama. Mereka faham tentang aurat dan pakaian. Malu betul kan. hahahaaa .. tapi serius .. I love them seriously. Mereka memang adik-adik yang sangat nice. Nakal. Comel. Baik. Manja and wat so ever.


So .. buat adik-adik yang sangat comel itu .. Kak Nazura sayang kamu semua. ;)
Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya sayang sayang semua ...



Just it ..
thanks n wassalam ..

Friday, August 12, 2011

~ .. di mana Islam di hati kita ..?? ~



Assalamualaikum ..
salam 12 Ramadhan ..

Jam 0355
Kita tarik nafas dalam-dalam n hembus kembali. Alhamdulillah ... masih hidup lagi. Pandang kiri dan kanan. Nampak tak apa yang jadi di sekeliling kita ..?? okeh fine .. biasa biasa sajaa .. macam selalu gak ' life aku ... pergi balik kerja .. pergi balik kuliah .. masak .. makan .. tidur .. n bla bla ...'

Persoalannya : adakah itu saja hidup kita kat dunia ni ...?? adakah kita sedar dan sedang membuka mata apa yang sedang terjadi di dunia sebenar ..? Tak payah tengok jauh-jauh ... Malaysia sudahhh ..


Yes, isu terbaru Ramadhan ini adalah :
1. Mengapa hingga timbul isu Haj Sitt Alwuzara ...?
2. Serbuan JAIS ke gereja berkaitan dengan
Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh ( telah murtad )

Okeh, isu ni bukan isu simple-simple .. bukan benda ... ' alaaa .. biasalah tue ' ... bukan juga isu ... ' biarlah Jabatan Agama buat kerja dia ..' ... dan bukan juga ... ' masalah pemerintah tue .. biar p diorang settle ...'

Tapi adakah kita tanya diri kita .. ' apa aku perlu buat untuk Islam ..?' ... ' apa aku perlu buat bantu perkara itu dibendung ..? '

Aku terfikir untuk diri aku dan mungkin juga boleh di fikirkan bersama oleh yang membaca .. bagaimana benda tersebut boleh terjadi ..?

Isu Hajjah Sitt Alwuzara :

Mengapa individu tersebut begitu berani mengeluarkan kata-kata yang begitu kesat terhadap Allah s.w.t n Nabi Muhammad s.a.w ..?? Kalau ikut rasionalnya .. seseorang yang mengeluarkan kata sekesat itu .. pasti mempunyai satu tanggapan dan pendapat yang sangat buruk tentang Allah .. Nabi Muhammad dan Islam. Pasti ada satu punca yang begitu terkesan hingga timbul kebencian yang begitu. Aku tak tahu ..

Bagi aku individu ni .. memang sumpah dia gile melampau.. dia ini adalah golongan Atheis. Golongan Atheis yang tidak percaya kewujudan Tuhan. Yang aku bengang .. ko dah tak percaya Tuhan, pe hal plak ko nak maki sumpah seranah pegangan n akidah Islam...? Errkk .. start nak maki dah ni. ish2x.

http://1peluru.blogspot.com/2011/08/wajib-baca-hajjah-sitt-alwuzara-melayu.html

atas tuh adalah link yang berkaitan isu ini .. dan bersih 2.0 yang berlangsung bulan lalu. by da way .. memang akan menjadi isu .. tapi perlu diingat bahawa bersih 2.0 tiada kaitan dengan sentimen agama. Golongan Kristian .. Atheis .. n Islam .. ada hak untuk menyokong kerana ia berkaitan dengan konsep keadilan. ( tak de siapa pun kat dunia ni tak suka kan keadilan ..). Jadi, even mungkin Hajj Sitt Alwuzara tu penyokong Bersih 2.0 or tak .. apabila dia mengutuk dan mengeji Islam dengan cara paling dahsyat .. ala-ala mulut tak de insuran .. sesungguhnya dia dan yang seangkatan dengannya adalah musuh Islam yang wajib diperangi.

http://sozcyili.blogspot.com/2011/08/kenapa-arlene-tan-di-anggap-sebagai.html

http://sozcyili.blogspot.com/2011/08/artikel-penuh-luahan-kemarahan-hajjah.html

Sila baca link-link tersebut. Satu yang aku tak faham .. pe pasal ko dah maki Allah tapi nak bertakbir bagai ?! Tahu pulak bulan Ramadhan. Jiwa kacau ke manusia ni ...??? erkk .. memang aku confuse! Dalam satu statement mak cik tuh kata Arlene Tan bukan golongan murtad tapi golongan Islam Liberal. Oh yeah?!! .. Islam is Islam. There's no liberal .. there's no sekular n wat ever it is .. Apabila menafikan apa yang termaktub dalam Al-Quran .. dan yang seangkatan dengannya .. layakkah kamu untuk digelar seorang Islam ..?? Think about it ..

Kisah pasal Hajj sitt alwuzara nih antara kes mengejut gak bagi aku. Tak tahulah apa disebalik ni semua. Mungkinkah ada kaitan dengan fenomena politik hari ini .. aku tak pasti. Cuma aku sangat menantikan siapa manusia ini .. yang pasti Allah melaknat mereka selagi mana mereka tidak bertaubat. Kalau pun individu ini terdedah .. apa agaknya hukuman yang akan dijatuhkan pada dia ek ..??? * sedang berfikir ..

Isu Gereja

Okeh .. ini merupakan antara isu-isu yang datang selepas isu di atas tuh.

http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/gambar-penganjur-majlis-berbuka-puasa.html

http://sozcyili.blogspot.com/2011/08/isu-bantuan-gereja-saya-tiada-pilihan.html

Bantuan dari gereja ..? Yeah .. itu memang bukan isu baru. Lama sudah. By da way .. semua tu berbalik pada iman kat invidu tuh sendiri. Kita boleh nak salahkan pihak gereja. Mereka memang akan menarik mana-mana orang untuk menyertai mereka. Tapi kita nih yang Islam .. macam mana caranya kita nak tarik orang agama lain kepada Islam ..?? Hmm .. susahlah kalau kita nak tarik orang kepada Islam kalau Islam pun kita tak faham. Islam asal solat. Tak nice langsung di mata orang bukan Islam.

Pemerintah ..? Yeah .. mungkin ada sikit-sikit. Tengok bagaimana mereka ini menghulurkan bantuan kepada golongan fakir .. muallaf .. semua itu perlu ditimbang semula. Isu berkaitan Islam .. bukan isu pemerintah semata-mata. Tapi juga isu semua umat Islam.

http://amenoworld.blogspot.com/2011/08/pengakuan-sebenar-orang-islam-yang.html

http://drmaza.com/home/?p=1534#more-1534

http://amenoworld.blogspot.com/2011/05/agenda-kristian-untuk-orang-melayu.html

Kita sebagai umat Islam .. perlu prihatin. Sekurang-kurangnya tampilkan lah diri kita sebagai seorang Islam yang sebenar. Lakukanlah sesuatu sebelum terlambat. Jangan terlalu menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tapi tanya balik kat diri kita .. apa kita buat untuk Islam. Kalau kita sendiri tidak pernah memandang penting pada Islam, orang lain akan lebih mengambil kesempatan.

Contohnya .. kalau kita buka kedai makan .. sebelah pun kedai makan .. pelanggan datang kita buat endah tak endah .. tapi kedai sebelah layan pelanggan memang bagus .. pelanggan sure lah pergi kedai sebelah. Ini adalah iktibar untuk semua pihak. Perlu dibincangkan secara serius oleh pihak pemerintah.

Yakinlah, hukum bunuh yang telah Allah tetapkan terhadap golongan murtad ada 1001 hikmah. Silap-silap .. Haj Sitt Alwuzara tuh pernah tahu Islam .. then keluar Islam .. then, buat mulut longkang kat luar. ( aku tak pasti ... ikut logik aku je lah ). Golongan murtad .. tidak akan pernah diam untuk mengumpul sebanyak mana orang untuk mengikut jejak langkahnya. ( may be that's da rasionalnya kenapa mereka WAJIB di bunuh ). Mereka ini golongan yang lebih bahaya dari golongan kafir.

http://sozcyili.blogspot.com/2011/08/pas-umno-tolak-mentah-mentah-usul.html

* untuk semua link .. sila baca sampai habis komen pembaca. Banyak perkongsian dan pendapat yang boleh difikirkan bersama. thanks ..


So, moral of da story ..
Jangan pernah tinggal 1 pun benda dalam Al-Quran.
Kenapa mereka ini jadi berani ..?
Sebab kita tidak menjaga Islam itu dengan baik ..
Contohnya :
' kalau kita tak jaga aurat n diri kita dengan baik .. tu tandanya kita sediakan diri kita untuk diambil kesempatan oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan ...'
Dalam banyak isu ..
Dalam banyak perkara dalam dunia nih ..
Kembalilah kepada Al-Quran
Allah dah bagi jalan
Tinggal kita nak ikut ke tak nak ikut ..

Sekian,
Wassalam ..


Thursday, August 11, 2011

~ sikit sangat tue ... hmm ..~


boy :
' jangan hanya pandai cakap tentang agama, tapi kita semakin lemah bila diuji ..'
girl :
' ok .. saya nak bersendiri dulu ...'

Assalamualaikum ..
salam 11 ramadhan ....

that's da dialogue between boy n girl when da girl really down wif her life. May be not her life la .. tapi more pada something that she aim but she cannot get it in a several time. something like that lah.

okeylah .. dalam life kita ni, kita akan lalui macam-macam keadaan. suka .. duka .. susah .. senang .. bangkit dan jatuh. Tak kisahlah kita ni di kategorikan sebagai yang berpengetahuan dalam soal agama .. atau tidak .. seorang psikologist n may be as a kaunselor. Apabila namanya manusia .. kita semua akan lalui benda itu.

Dan apabila namanya manusia .. kita akan ada kehendak. Tapi perasan tak kadang-kadang kehendak kita tu .. lama .... baru lah tertunai. Kadang-kadang Allah tangguhkan sekejap je .. kita dah mengeluh macam-macam ( termasuklah aku ..). Di sinilah sesi muhasabah diri berlaku.

actually .. kita tahu Allah sedang uji kita. Tapi kita memang selalu mempersoalkan itu dan ini. Kenapa dan mengapa ..? Bagaimana dan ... hmm ... macam-macam lagi.

Ingatan buat aku n da readers sekalian :
Allah tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu lalui. Allah itu Maha Tahu takat mana kekuatan dan kelemahan kita. Setiap ujian yang Dia beri kat kita ada sebab musababnya. Kadang kala kita tak mampu pun nak tengok hikmahnya .. tapi semua itu Allah dah tahu lebih awal. Maka ... terima dan bangkitlah untuk sebuah dugaan

Dan ada masanya kita akan menimbulkan 1001 pertanyaan .. mengapa orang lain ..? Mengapa bukan aku ..? Kenapa orang lain boleh ...? Dan mengapa aku tak boleh ..??? Actually persoalan ini akan wujud dalam minda kita yang setiap hari mengejar sesuatu yang dia nak. Tapi ada waktunya Allah tangguhkan dulu. Allah tak bagi dulu. Kenapa ...? Allah juga yang tahu. So far .. kita manusia biasa, susah untuk lari dari mengeluh. Tapi segeralah sedar.

' Jangan pertikaikan .. tapi cuba fikir dan faham. Allah jadikan sesuatu tu ada sebab. Kita ni hamba yang naif. Takkan faham. Kita cuma pandai mengeluh je. Jadi janganlah kita jadi macam tu ...'

That's nice advice for me.

' Allah telah tangguhkan kehendak aku untuk aku .. tapi Allah tidak pernah tangguhkan kehendak aku untuk orang banyak .. maka bersyukurlah ...'

Kita musahabah kembali. Apa yang telah Allah tangguhkan .. dan apa yang telah Allah tunaikan. Lalu bersyukurlah. Kita hidup bukan untuk hidup sendiri .. tapi untuk orang lain juga. Semoga pilihan Allah ini adalah yang terbaik.

wassalam ..


Wednesday, August 10, 2011

~ uppss .. my istana sangkut .. wakakaka .. ~




Assalamualaikum ..
hehee ..
salam ramadhan ke ...
okeh .. ke - 10 .. ;)

Jam 0122
huhu masih lagi dalam mud demam berangan semata-mata. hahaha

Okeh .. today is wednesday. Harap maklum. Tiada kena mengena dengan entry ini. kih3x. actually .. berapa hari lepas tertengok cerita do re mi. alaaa .. siapa tak tahu tuh memang tak patutlah kan. So .. satu hari si Do dengan Re tu kenal dengan Mi then .. Mi pun ajak diorang pergi ke istana sangkutnya ... kih3x. Tu lah idea datangnya si istana sangkut ini ...

By da way .. setiap orang ada impian kediaman mereka sendiri. Tanyalah siapa pun. Budak-budak pun kalau kita tanya .. da besar nak rumah macam mana .. macam-macamlah diorang jawab. Cuma kita yang semakin dewasa ni .. segalanya bergantung kepada keadaan semasa dan kemampuan. Tak bolehlah nak macam budak-budak .. main sebut je semua ... main berangan je semua .. tapi tak tengok mampu ke tidak.

Okeh .. time to share something. Kalau ramai mungkin mengimpikan kediaman yang indah-indah .. bessssssarr punya .. mungkin bukan aku lah. Sebab aku tahu aku tak mampu. kih3x .. so .. sila berangan ikut kemampuan ya kawan-kawan ..

Rumah

Sebelum berkisahkan yang kat dalam .. kita cerita yang luar dulu. Rumah macam mana akan jadi pilihan ...? haa ... kalau baru kerja takkan nak terus beli rumah pulakkan ..?? sekurang-kurangnya sewalah dulu. Sewa pun .. jangan sewa yang mahal-mahal. Nanti tak de saving. Bagi aku .. yang macam kat bawah ni pun dah cukup. Tak besar sangat .. taklah kecik sangat. Kalau anak dah ramai .. boley lah nak besar-besar. Sebab aku takut duk umah besar-besar ( sesungguhnya aku memang spesies penakut. harap maklum .. hahaha ..)



Cuma untuk keselamatan .. kena letak gate, kan ..?? hahaha .. tak kisahlah da bersuami or belum .. rasanya nice je kan. Bukan ramai pun nak duduk. hahahaa .. tapi, kalau I kahwin dengan taukey supermarket ke .. ahli perniagaan kereta mewah ke .. tak mau lah rumah besar gitu. Bagi ketuk sikit .. kih3x. ( gurau jerk ..)

Ruang Tamu

Benda yang paling mula-mula kita akan jumpa bila masuk rumah adalah ruang tamu. So, aku aim sebuah ruang tamu yang simple n tak serabut dengan perabot. Itu supaya bila kita masuk rumah otak kita jadi cool je. hahaha .. Bagi aku .. ruang yang padat dengan perabot nampak sungguh serabut. So .. macam yang ni pun okeh .. hehehee



Tu .. susunan yang aku suka lah. Nak buat rupa macam tuh ... tunggu aku kahwin dengan ... dengan sape-sape lah yang kaya. kih3x.. lampu-lampu bagai tuh tak payah pun tak pe. Tak de faedahnya .. hahaa .. so far, aku ambik susunan yang agak-agak sesuai untuk sebuah rumah yang biasa-biasa kat Malaysia nih. hahahaa .. Satu lagi, bagi aku .. kat ruang tamu tak suka ada TV. Waktu untuk menonton TV adalah waktu rehat. So .. macam tak nice kalau waktu tu ada tetamu kan .. hmm .. tak suka tak suka. Dan paling lagi aku tak minat bila ada bunga yang banyak-banyak colour. So far .. lebih suka warna hijau .. and bunga putih. Nice kowtt .. hahaha

Tapi .. untuk sofa, aku prefer yang kat bawah ni kot. Tak tahu kenapa .. memang minat yang kat bawah nih. hahaha .. tu nama dia, ikut suka aku lah .. ;)



hmm .. by da way .. kat ruang tamu aku tak minat ada almari yang letak perhiasan bagai tuh. Tapi kalau almari untuk letak trofi .. or frame .. or something yang bermakna okeh je. Satu lagi .. aku tak minat kat dinding pergi letak gambar sendiri .. pape je lah .. time konvo ke .. family ke .. no, no .. tak suka .. huhu. So far .. kat dinding tuh .. letak something yang general. Bukan bila someone tengok .... ' ... owwh .. dia ni .. bla bla bla ...' simpan sendiri sudaaa ..



okeh .. ni nama dia almari sekat. Aku dapat dari blogshop indonesia. Harga dia Rp 4.5juta .. kalau convert Malay berapa ek ..? Tengok almari nih tiba-tiba aku dapat idea. So far kalau ruang tamu tu cukup besar untuk sebuah susunan sofa cam kat atas tuh .. then, letak almari ni kat tengah .. bahagian separuh ke dalam boley jadi ruang TV. Wahhh .. jimat space sudah .. hahahaa ...sebab rumah yang aku imagine tuh .. ruang tamu dia panjang lagi dari yang atas mula-mula tuh. Sebab bilik kat bahagian dalam. huwaaahahahaha ..

Ruang TV

Okeh .. ni pun agak-agak penting gak la dalam sebuah rumah. Mungkin kalau rumah yang orang selalu panggil rumah murah area RM 20k cam tuh .. tak dapat kot nak sediakan ruang ni. Pape pun .. depend kat ownerlah kan. Bagaimana nak menjadi kreatif. kih3x. Bagi ruang TV .. do need lah banyak-banyak benda sangat. Bagi aku .. ruang yang tak besar pun okeh ..



Kat atas tuh cam gilerr simple plak kan. Okeh je .. depan TV tuh .. ada bantal n alas tuk melepak lepak dengan bahagianya .. hahahaa .. then .. ada sofa yang aku gilerrr teruja tengok dia. Soooo cute !!! heee



Akan tetapi .. sesungguhnya aku tak tahu berapakah harga mereka ini setiap satu. huhuhu ...
TV plak .. aku tak minatlah yang ada home teater bagai .. TV mahal-mahal sampai beribu .. sebabnya aku adalah manusia yang paling tak minat tengok TV. Kadang-kadang je lah. Ada masa tuh .. sampai 2 hari aku tak tengok pun TV. So .. dari membazir mahal-mahal .. baik yang murah-murah sudah. Asalkan selesa bila tengok. Settle !!

Dapur ..???

Hahahaa .. ini antara ruang yang antara aku patut letak atau pun tidak sebagai angan-angan aku. hahahaa .. kenapa ..?? My bf .. kalau u bc .. sila gelak kan i guling-guling yer .. hahaha. Okeh lah .. tak kisahlah. Tapi, mana-mana umah pun .. dapur itu wajib ada even hanya untuk masak air or masak nasi aje okeh .. hahaha. Aku tak pk untuk sebuah rumah sewa .. aku boleh fikirkan dapur yang aku memang nak. Tapi .. macam nih pun okey. Dapur umah biasa-biasa pun bukan besar ... hahaha.



kih3x ... giler simple dapur dia, kan ..?? tak kisahlah tuh. Yang penting boleh guna dengan baik, kan ...? Hm .. antara benda yang wajib ada kat dapur .. almari barang-barang, rak pinggan n peti sejuk. Tak perlu banyak-banyak yang penting .. simple n kemas. Tu memang prinsip aku .. tak kira dalam pe benda pun. huhu ..

Then .. untuk menjimatkan banyak benda .. better pakai velva magic cooker. hahaha .. berbaloi-baloi. Semua boley guna .. so, tak yah beli kuali banyak-banyak or periuk or oven .. or tempat kukus semua tuh ( macam pandai je nak masak macam-macam .. haru betullah .. )

Ruang Makan.

Hm .. actually, ruang makan tak perlukan ruang yang besar pun. Agak-agak comey pun okey. Kalau ikut imagination aku .. macam rumah sewa kawan aku dulu tuh .. ruang TV boleh sharing dengan ruang makan sebab tempat tu panjang .. then tak lebar sangat. So .. cukuplah untuk letak sebuah meja makan. kih3x ..



Tapi yang kat bawah ni pun okeh gak. Nice kot makan ala-ala sopan cam si jepun. kih3x.




Alaa .. tempat makan je pun. Tak payah nak canggih-vogue bagai. Duduk makan je pun .. lepas makan blah dah pergi tempat lain ... kih4x.

Bilik Bacaan

Haaaa .. ini adalah tempat yang aku tersangat-sangat impikan. Aku harap ini aku boley realisasikan sebab aku tersangatlah teruja dengan buku. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi .. memang aku suka. Okeh la tu kan aku suka buku .. dari aku suka shopping .. tak ke bankrup nanti. kih3x.

By da way .. macam rumah sewa kawan aku tuh .. ada 3 bilik. Rasa okey je kot untuk satu jadi bilik bacaan. Waaa .. nicenya otak aku. ( puji diri sendiri ) hahahaa ..

Benda yang perlu ada dalam bilik itu adalah ...:




hmm ... haruslah ada rak buku yang cantik .. sofa kat situ pun nice, kan ..??? hahaha



and this one .. haruslah meja n komputer .. bagus juga ada sofa kan. alaa .. yang besa-besa sudahhh .. hehehe


Bilik Tidur ..

Okeh .. at last. Bilik tidur. Kenapa last ..? Alaa .. da penat berkemas .. barulah tidur. kih3x ... Untuk bilik tidur pun aku tak rasa nak vogue sangat. Alaa .. zaman mahal lah sekarang ni. Kita cerita benda yang sederhana ya semua .. hahahaa

Dalam bilik tidur .. benda yang wajib ada ... haruslah katil .. hahahaha. So, macam ni pun nice, kan ..?? hahaa



hahahaa .. yang nih nice sangat. Tak pe .. kita buang dinding belakang tuh .. lampu tuh .. haaa .. jadi murah sikit. kih3x.



hmmm ... macam biasalah kan .. almari baju n cermin. Almari kena besar .. sebab baju banyak. Almari aku yang ada sekarang pun macam nak roboh .. kalau sharing takat besar yang aku punya sekarang ... hmm .. tak buleh ..! hahahaa. Dalam bilik tidur pun tak suka letak barang banyak-banyak .. semak! hehehee ..


hehehee ...
it's just my dream...
semuanya akan bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri. Sama jugak macam kita pilih kereta. Bila aku angan-angankan semua rumah yang siap dengan perabot bagai .. aku jadi terfikir .. dengan apa nak beli semua tu kalau duit dah habis dengan kenduri kahwin yang grand n vogue ..??!!
ish3x ..

Bagi aku .. dalam pemilihan perabot or barang-barang kat umah .. aku tak lah cerewet sangat. Ye lah .. kena jugak ikut kadar kemampuan kan ..
2nd hand pun okey ..
kan banyak kedai perabot yang second hand ..
cuma bagi sesetengah orang ..
' mana standard beli yang second hand ..!! '
hmm .. yo lah standard .. bawa ke mana lah standard tuh.
okey je sebenarnya kalau tak de niat menunjuk.
Orang datang rumah pun tak de tanya ...
' ehh .. almari ni beli baru ke beli second ..??'
hmm .. tapi kalau ada yang tanya kat aku ... pe nak jawab ek ...??
' entahlah .. tak perasan pulak beli baru ke second .. ' hahahahahahahahahaa
yang penting .. kita.
kalau beli yang second .. varnis lah balik ke .. cat semula ke ..
perabot second bukan macam TV second .. pakai 2, 3 hari .. meletup !
waaa .. melampau ! hhahaaha



Tapi .. kalau memang mampu tak kisah lah kan
aku bercakap tentang orang yang tak berapa nak mampu .. tapi sibuk menunjuk
cukup bulan ... bayar hutang keliling pinggang.
tak bahagia hidup penuh hutang macam tuh
ada banyak benda lain yang lebih penting yang perlukan hutang ..
huhuhu ...
lagi tenat kalau hutang ah long ..
errkk .. sila lah jangan berhutang dengan ah long wahai mereka yang tak berapa nak kaya ..
huhu ..


So .. da moral of da story ..
bersederhanalah dalam banyak benda ..
insya Allah
itu yang terbaik ...
Wassalam .. ;)






Monday, August 8, 2011

~ ohh .. kereta in my dream .. erkk !! ~



Assalamualaikum ...
salam ramadhan yang ke ...
berapa ek ..? 8 eh ...??
hehehee ..

Pagi-pagi nih .. lepas kekenyangan makan sahur .. terasa mahu story mory pasal kereta plak. Kereta lah kereta. Hidup aku setiap hari ... memang kereta. Kereta rosak .. kereta calar .. kereta tu .. n kereta ni. Kadang-kadang sampai kat bengkel tu .. diorang dah naik kenal dah muka aku nih. Mana lah tidak .. tiap bulan aku datang tayang muka. kah3x. Sampai ada abang sorang kat bengkel tayar tu cakap .. 'banyak kereta .. aritu kereta lain .. ni kereta lain plak ..??' hohoho .. aku jawab ...' bukan kereta saya .. kereta orang .. tolong anta bengkel jerk ..!!' hahahaha ..

Isu kereta bukan isu baru dalam life aku. Dalam life semua orang kot. Habis belajar ... nak kerja ... benda pertama ... nak kereta. Tak kiralah lelaki or perempuan .. nak kereta. Aku ..? Mustahillah aku yang dah lama drive nih tak mengimpikan berkereta sendiri, kan ...? Takkan sampai bila-bila nak pakai kereta ayah aku .. takkan dah kahwin .. nak pakai kereta suami, kan ..?? hahahaa ..

Aku pernah lah borak-borak dengan my bf dulu .. kereta apa yang best.kih3x .. aku penah cakap .. kalau boleh aku memang tak nak kereta kecik. Mungkin sebab aku tak pernah bawa kereta kecik kot. Dulu sekali tolong keluarkan kereta kancil kawan aku .. rasanya kekok giler. Satu sebab dia pendek .. jarak tempat duduk dengan cluch pun pendek .. senang kata .. that's da simple one la. Aku takla pandang rendah .. tapi ye la .. aku yang tak pernah drive kereta kecik .. bnda tu jadi tak biasalah kan. huhuhuhu. Lagi .. aku paling hilang sabar bila kereta tak de pick up. Orang yang memang da experince je ley beza pick up sesebuah kereta tuh.

So far .. my bf sampai sekarang syok giler dengan Proton Saga BLM tuh. Tapi yang SE kot tak silap aku. Tapi .. aku pulak tak minat. Mungkin .. rupa kot tak menarik minat aku. Tak kisahlah .. minat masing-masing kan. Then .. aku survey-survey .. banyak yang kata tak de pick up .. lagi bila buka air-cond. Tapi aku tak pernah drive la kan. Tapi .. Saga SE tak tahu lah. May be much better kot. (
protonmalaysia.wordpress.com ). Boleh juga tengok nih untuk Saga : http://www.arenakereta.com/proton-saga-fl-kereta-rakyat-sebenar/






<!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4
Masa time tengah belajar .. tengok Myvi cam menarik je kat hati. Even 1.3 tapi .. pick up dia bestla .. may b sebab body dia ringan. Tak siapa pun sangkal body perodua nih cam tin milo .. ( erkk .. ye ea ..hahaha ). Pemanduan mungkin susah handle .. pe lagi kat selekoh S .. hm .. boleh terbalik kalau salah teknik. huhu ...( org kata .. aku belum pernah cuba .. huhu ). Tapi .. masa tuh pun .. mcm gitu-gitu je lah. Tak lah aim sangat. Sebab kecik. Kata my bf .. aku belagak. Sebab nak kereta besar je .. adoiiyai. Dia pernah kata ' .. awak nak kereta besar-besar nak buat apa ..?? awak kecik je pun ..' adoiii .. that's not da point lah yunk oii ..





Bila Alza keluar pun cam berminat sikit. Sebab dia panjang. kih3x. Bukan sebab dia MPV kononnya. Sebab kalau nak MPV .. dengan 3rd sit dia yang kecik giler .. yang sesuai untuk anak-anak bulues aku yang ramai itu .. tak best kot nak jadi MPV. Tapi aku still minat sebab dia panjang sikit dari MyVi. hahahaha .. Banyak aku survey .. ramai kata enjin dia pun okey sebab cam Avanza tapi dia 1.5 cc.. pickup pun baik .. Kalau nak fikir isi sampai 7 penumpang .. rasanya tak sesuai kot untuk Alza. Tapi .. aku fikir untuk muatan kereta sedan biasa .. n agak jimat minyak untuk aku ulang alik pergi kerja nanti. ( kononnya lah .. hahaha ). Tapi kalau dah kahwin .. aku campak anak aku area 4-6 tahun kat sit belakang tuh .. 2, 3 orang ley muat gak, kan ...?? hahaha .. so sit tengah buley bawak parents or my parents in law ..wakakakakakakaaa .. ( bangang punya statement. Memalukan sungguh3x ). Boleh tengok di sini untuk Alza : http://www.arenakereta.com/mpv-kompak-perodua-alza






Aduhh .. jauh sungguh yang aku pk. Tah hape-hape plak, kan ...?? Tapi .. da real car I dream is ... jeng3x.
Yup Toyota Alphad or Honda Stream. Ohh .. bila lah mau dapat mereka ini ..??? hm .. bak kata aku .. kalau beli kereta tuh .. berumah dalam kereta je lah. Tak yah pk benda lain. hahhahaaha



~ honda stream ~

So .. itu tah bila lah kan. Tapi dapat second pun ok wat. Even dah beberapa tahun pakai kereta 2nd hand .. betulkan sikit-sikit .. taklah rasa serik. Masih berbaloi2. hahahaa .. Tapi maintenance .. hmm .. pastikan mampulah yer. Jangan terpaksa ikat perut sudahlaaa .. tu yang tak berbaloi2. huhu ....



~ toyota alphad ~

Hm .. for da short term ... I may choose Alza kot. Buat masa nih la. Tak tahulah akan datang. Tak tengok gaji lagi. Tak tengok lagi kerja mana kan ..sewa rumah .. semua tuh perlu di fikirkan banyak banyak dan banyak kali. hahahaha ... Ye lah .. kalau monthly kena bayar area RM 600-RM 900 ... hmm ... bila nak saving, kan ..??? hahaha ..


Perodua Alza 1.5L Standard M/T Perodua Alza 1.5L Premium M/T Perodua Alza 1.5L Standard A/T Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM55,490 Solid – RM60,490 Solid – RM58,490 Solid – RM63,490
Metallic – RM55,990 Metallic – RM60,990 Metallic – RM58,990 Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM56,190 S. Metallic – RM61,190 S. Metallic – RM59,190 S. Metallic – RM64,190


By da way .. dalam pemilihan kereta .. semua benda wajib diambil kira. Bukan just rupa .. harga mothly .. minyak pada setiap 1km ..maintenance .. power enjin tuh .. keselesaan .. semua tu perlu dipertimbangkan. So .. mana jadi keutamaan individu .. pilihan aku...?? huwahahaha ... since aku adalah pemandu .. jadi, aku pilih mana yang sesuai dengan pemanduan aku lah. Dan jimat minyak pun penting. Kalau aku nak memotong kereta yang cuma 1 line je jadi terkedek-kedek .. buat aku menyumpah je nanti ... huhu ( kasarnya bahasa ...). - bawa bersabar yer Nadia Mohd Nasir .. saya memang kurang sabar drive kereta anda .. huhuhu -

hmm .. so far .. semuanya bergantung kepada kemampuanlah kan. Kalau rasa hutang yang ditanggung tuh terlalu besar .. perlulah kurangkan sikit nafsu pada kereta tuh. Bersederhana. By da way .. kereta 2nd hand pun okeyy kalau tak mampu. Yang penting .. kena rajin melawat bengkel. Macam aku. Tiap bulan pergi bengkel .. cluch dia ok tak .. macam mn simptom cluch abis .. kat mana nak adjust cluch .. nak pasang bateri .. tambah minyak enjin .. kenapa temp naik mendadak even baru tukar radiator .. bunyi -bunyi pelik tuh semua .. mesti rajin study untuk mengelakkan duduk di tepi jalan mahu pun tengah jalan ..


Apabila sebut pasal kereta .. semua itu adalah mengikut kemampuan. Kemampuan untuk bayar monthly .. kemampuan untuk maintenance .. kemampuan untuk biayai minyak .. itu paling penting. Hm .. tapi ... kalau tak mampu juga, then tak de kereta yang berkenan di hati .. aku modified je la Proton Saga lama aku tuh .. kah3x. Aritu nampak satu kereta cam aku .. plat pun JCA gak .. smart gak buat semula. Pokok pangkalnya kita yang bawa .... hahahaha


okeylah ..
chaww dulu sayang ..
wassalam ..