Wednesday, August 3, 2011

~ menutup aurat .. siapa kata senang ..??? ~

Assalamualaikum ..
salam ramadhan ...
untuk hari yang ketiga.. ;)

Jam 0410. Baru saja blogwalking then .. terfikir tentang satu perkara nih. Yup .. tajuk kat atas tu lah. Menutup aurat. Sebut pasal menutup aurat .. hati macam .. erkk .. balik-balik cakap benda yang sama kan. ( especially tuk girl la kan.. ) Girl cam aku lah. Ceit .. terasa diri girl even da semakin tua. kih3x.

Lelaki selalu kata .. kenapa n bla bla bla .. perempuan macam tuh n macm nih. Kenapa perempuan pakai baju ketat .. seluar ketat .. macam lah lelaki suka tengok .. tak pakai tudung n banyak lagi lah. Pegilah jalan-jalan blog lelaki .. paling kurang 1 mesti ada cerita pasal perempuan macm tuh n macam nih. Tapi .. bila tengok balik awek .. or wife diorang .. menutup aurat tak ...???

Sebenarnya kita nak bercakap tentang perkara yang kita tak alami memang senang. Giler mudah wa cakap lu .. tapi bagi perempuan .. benda tu susah giler. Sebab ...??



Perempuan diciptakan dengan 9 nafsu. Mereka .. or kita ada pelbagai kehendak. Sikap seorang perempuan salah satunya amat suka dipuji and nampak cantik. Cuma kadang-kadang konsep cantik di mind diorang terpesong jauh 360 darjah.

Kenapa perempuan tak nak pakai tudung ?

aku tak pasti ini betul ke tidak. Ini sekadar menurut pemerhatian dan conclusioan aku lah. Perempuan tak nak pakai tudung .. kadang-kadang bukan sebab rimas or panas .. or tak pandai nak pakai or wat ever. Tapi diorang rasa rambut diorang cantik .. then, diorang rasa diorang akan nampak cantik bila tak pakai tudung. Perempuan memang suka tengok cermin. Pantang jumpa cermin. ada aje yang nak dibelek kat muka tuh .. or apa je lah.
( termasuklah aku sebenarnya ). Kalau kat umah tuh .. rambut buat macam-macam gaya .. nak macam Siti Nurhaliza lah... macam Lisa Surihani lah .. Lady Gagap lah .. macam-macam. Nanti diorang kata dalam hati .. owhh .. cantik-cantik .. hahahaha .. tu yang bawa ke luar. Jarang sangat kita nampak girl yang freehair .. rambut tak rebonding. Kenapa nak rebonding ..??? nak nampak cantiklah pe lagi. Mana-mana perempuan pun .. tanyalah orang asli sekali pun .. mesti nak nampak cantik punya. Supaya lelaki puji. Tapi di sinilah kecantikan tu disalah tafsirkan .. hoho.

Kecuali ..
Perempuan-perempuan solehah yang sentiasa menjaga auratnya yang memandang cantik itu dari perspektif yang berbeza. Perspektif yang lebih hakiki. Kecantikan itu dari dalam. Kecantikan itu dari hati. Kadang-kadang perasan tak .. kalau letak gambar girl yang sedang free hair .. n gambar dia yang bertudung ... nampak lagi cute kan..??? tapi kenapa diorang tak perasan ek ..?? Girl yang freehair yang read this entry .. try korang pakai tudung jap .. duduk depan cermin then snap pic. Bandingkan dengan tak pakai tudung. Mana lagi cute ...?? Surelah yang pakai tudung. Lelaki pun mengakui benda yang sama .. jadi ... apa alasan tak bertudung ..?? hoho .. nampak kolot ke ...??? aiyakk .. Irma Hasmi pun dah pakai tudung dah.. ( waaa .. cutenya bila tengok irma sekarang kan ..?? kan ..?? hahahaha )



~ wardina n irma hasmi ~
walaupun mereka tidak sempurna menutup aurat .. tapi .. mereka ada inisiatif untuk berubah
mereka ni nice sangat bila dah bertudung ..

Kenapa nak pakai yang ketat-ketat ...??

Hmm ... banyak kali gak lahh .. aku tanya girl kenapa pakai ketat .??? " mana ada ketat. aku tak biasalah pakai besar-besar. rimas ...!! " lagi jawapan yang biasa ..." alaaaa .. aku bukan perempuan alim pun .. " lagi ..." hmm ... i pun sentap gak ..."

adoooiiiyaiiii ... jawapan pertama bagi aku .. mereka yang pakai ketat nih sebenarnya tak nampak yang pakaian mereka tuh ketat. Mungkin sebab cermin kat bilik hostel .. or rumah .. or rumah sewa .. cuma nampak tang muka je. So lepas nih ... sila beli cermin yang sampai ke kaki tuh. Boleh belek dari atas ke bawah. Boleh nampak mana-mana yang seharusnya di tutup. Ok gak tuh ek ..??? berbaloi-baloi. Tapi satu benda yang aku hairan ... kenapa marah ek bila lelaki pandang body tak berkelip ..?? Dah memang nak tunjuk .. tapi kenapa marah ..??? Owhh .. mungkin saja-saja je kot. Marah ... tapi hati di dalam berbunga-bunga. huhuhu ...

Jawapan kedua. Hmm .. jawapan yang aku rasa macam tak patut betul di jawab oleh seorang manusia yang berakal...?? hoho .. terlalu kasar tak bahasa aku ..? Tak lah .. bukan ke berubah kepada kebaikan itu adalah ciri-ciri manusia yang berakal. ada sesiapa yang normal akal dan jiwanya nak jadi makin jahat ..? atau .. redha dan suka menjadi jahat atau tak baik ..?? okehlaaaa .. mungkin tak nak hipokrit. Tapi tak payahlah sampai nak pakai ketat nampak shape sana sini. Tak nafikanlah .. aku pun pernah berfikiran cam tuh. Tak nak hipokrit. Tapi perlu ke sampai 'menjual' shape body sana sini. No need kot. Tak nak hipokrit tuh bagus .. tapi .. jaga-jaga lah juga prinsip agama. huhu ..




~ aku tak kenal siapa dia ... ~ actually .. aku pun ada baju type tu .. tapi aku akan guna cardigan untuk cover bahagian atas. kalau guna inner .. still tak sesuai sebab inner akan melekat dengan body .. huhu ..


At last .. i pun nak sentapp !!!
Waaaa .. i sungguh berbangga dengan body i. I sungguh berbangga dengan shape i ..?? wakakakaa ... u ada ? tak secantik i kowttt !!
Tuh ayat aku lah. Pastinya mungkin bukan itu kot yang terlintas di fikiran diorang. Soal nak sentap or apa sekali pun .. tu hak masing-masing. Tapi janganlah sampai menjual maruah sendiri di khalayak ramai. Bukan nak paksa suh pakai berselubung jubah n tudung labuh pun ... sekadar sedap mata memandang okeh la kot. Nak sentap pun .. pegilah sentap benda lain. huhu .. ( sedey sampai tak tahu nak kata apa ...)




~ tolonglah jangan pakai benda nih .. tolonglah .. aku merayu guling-guling sebab aku geli giler dengan orang yang pakai benda alah nih. Kalau nampak sure confirm aku kutuk .. huhu .. tambah lagi dosa aku ..erkkk ...~


Kenapa nak pakai yang jarang-jarang ...??

Yang ni .. aku jarang tanyalah. Tapi .. more pada rimas. Tahu kan cuaca kat Malaysia nih macam mana. Sana rimas .. sini panas. Macam-macam lah. Jadi .. malas nak lining or double anything. Wahai perempuan-perempuan sekalian .. aku pulak yang kadang-kadang naik segan bila pandang. Tahu kenapa ..?? Dah aku pun perempuan jugak .. kalau u pakai jarang ... tapi benda tuh i tak de tak pe. Kita sama je jantina. adooiiyaiii .. faham-faham je lah yerr.

Satu lagi ... baju kurung kain jarang. Ni memang sumpah popular. Sana sini kain nak jarang. Sampai nak cari yang tak jarang pun susah. Kenapa timbulnya kain yang jarang-jarang nih..? sebab permintaan tinggilah .. siapa yang beli...? Perempuan lah .. mana de lelaki pakai baju kurung. huhuhu ... Okeh lah .. fine nak pakai baju yang jarang. Tapi dalam tuh kenapa just pakai tiub or spegheti ..?? tak boleh ke pakai inner yang longgar sikit ..?? opsss .. lupa. Bila pakai baju kurung .. mesti longgar kan. Kalau longgar tak nampaklah shape .. tak nampak shape .. tak cantik ..tak cantik .. bf tak suka ..bukti bf suka ... dia pegang sana sini ..hoho ..



~ yang jarang baju .. n tak jarang tu kain .. ~ kenapa nak bagi beza ...? kalau tak jarang semua tak leh ke ..??? aku pun ada banyak gak kain macam nih .. memang susah gile nak cari yang tak jarang sekarang. so alternatif aku guna .. aku pakai inner yang panjang

Alasan lain aku prnah dengar adalah panas .. rimas .. or nampak gemuk bila pakai inner longgar. Alasan panas n rimas tuh susuh sikit nak terima. Kalau kain baju kurung yang jarang tuh .. kain dia sekeping jerk. Macam kertas tuh ha nipis dia. Lagi nipis aku rasa. Kalau tak pakai baju kurung ... pakai t-shirt biasa .. tak panas plak ..?? alasan ... alasan .. Then, nampak gemuk. Hmm .. susahlah. Semua benda yang kita pakai .. yang kita buat nak bagi orang nampak. huhuhu ... tak pe tak menutup aurat .. nampak sana sini .. asalkan orang nampak cantik. asalkan orang suka tengok .. ( da macam jual barang kat pasar la plak ...huhu )

Everything is fesyen ..

Dan .. kenapa susah sangat nak tutup aurat ...??? Sebab nak ikut trend fesyen sekarang. ye lah .. pegi ikut fesyen Lady gaga .. memanglah tak trend. Ikut fesyen Lisa Surihani .. pun tak trend .. hmm .. by da way .. berfesyenlah ikut cara mana pun ..nak pakai guni dari atas ke bawah pun boleh .. asalkan bersesuaianlah dengan kehendak Islam ( bagi yang Muslim ) .. bersesuaianlah dengan kehendak moral sekurang-kurangnya. Kalau dah .. apa yang tersembunyi di dalam kita zahirkan keluar .. jadi apa gunanya berpakaian ..??? ( kasar lagi eh .. bahasa aku ??? ). Fesyen tuh pilihan kita. Kita yang mencorakkannya. Terpulang bagi kita untuk membuatnya.



actually aku minat gile dia nih .. cuma cara pakai tudung dia agak kurang sempurna sebab tak menutup dada.. tapi bagusnya aku belum pernah lagi nampak dia pakai baju ketat ..so, tak de lah membentuk sangat shape body tuh ..


Wahai lelaki ....
Janganlah hanya bercakap tentang wanita di luar sana, tapi .. pandanglah mereka di sekeliling kita. Kadang-kadang sebelum couple .. bukan main pandai cakap perempuan tu perempuan ni .. tapi bila couple .. jatuh hati dengan awek yang tak tutup aurat .. u all jadi bisu. Takut awek marah. Takut awek merajuk. Takut awek lari .. that's da dayus one. Serius!!. Kalau memang kamu lelaki .. tegurlah mereka. Kalau memang kamu sayangkan mereka .. bimbinglah mereka. Pimpinlah mereka. Kalau kamu sayangkan dunia dan akhirat kamu .. peliharalah mereka. Kerana bila sampai waktu kamu berkahwin .. mereka antara orang-orang yang menentukan syurga dan neraka kamu. Kamu adalah ketua .. kamu diciptakan Allah sebagai pemimpin .. please .. manusia yang bergelar perempuan perlukan bimbingan anda.



wahai lelaki ..
jangan jadikan perempuan-perempuan yang anda sayang
menarik anda ke neraka setelah selangkah anda ke syurga ..


Menutup aurat .. siapa kata ianya senang ...? Siapa kata ianya mudah ..? Di zaman hari ini. Zaman hari ni yang semakin dibelenggu budaya jahiliyyah .. mungkinkah kita mahu sama-sama kembali kepada zaman jahiliyyah ..??? Tentu tidak, kan ...??? Jadi .. manusia yang namanya perempuan perlukan support anda. Apa lagi jika anda adalah lelaki mereka dunia dan akhirat. Apa lagi kalau anda mereka sayang setengah nyawa .. ( hoho ) .. kata-kata anda sangat bermakna buat mereka. Sekali je anda cakap ..." Sayang .. u pakailah tudung. I rasa lagi manis You pakai tudunglah ..." insya-Allah .. mungkin garenti .. esok dia keluar date dengan You dia pakai tudung. Tapi .. kalau dia tak pakai tudung .. pakai ketat n sentap pun You kata cantik .. hmm ... selamatlah jawabnya. Nampaknya tak yah jadi pemimpin lah gitu. Perosak lagi adaaa ... ( huhu .. kasar lagi tak bahasa aku ..?? huhuhuhu ...)

Wahai perempuan ...
Menutup aurat ... siapa kata senang ..? ( hanya orang yang dah memang sejak azali complete menutup aurat je kata senang .. ) aku pun sendiri .. kadang-kadang terlepas pandang sana-sini. Aku pun berpakaian .. kadang-kadang tak cukup syarat menutup aurat. Tapi ... berusahalah untuk perbaiki sedikit demi sedikit. Entry nih bukan nak menghentam kaum sejenis aku yang tak menutup aurat .. tapi sebagai satu motivasi untuk kita sama-sama perbaiki diri kita. Perbaiki penampilan kita. Tak apa kalau tak ada lelaki nak support .. takkanlah hidup nak bergantung terus dengan lelaki, kan ...? Bangkitlah untuk berubah. Perlu ada satu keazaman yang kuat untuk tampil lebih baik demi mencapai redha Allah. Aku .. kamu dan kita semua. Aku pun sama dengan kalian. Aku bukan type girl yang pakai jubah n tudung labuh. Aku bukan type perempuan yang pakai stokin n stongan. Tapi aku hanya seorang perempuan yang hanya bersederhana dalam aspek menutup aurat ... yang mahu menjadi lebih baik .. yang mahu semua girl sama-sama menjadi lebih baik. apabila kita berjaya melakukan perkara yang susah ... maka kita adalah individu yang berjaya dan cemerlang. Menutup aurat itu memang susah .. sebab perlu melawan syaitan .. perlu melawan nafsu .. tapi itulah namanya perjuangan.



~ seorang perempuan itu cukup indah ... apabila dia menutup aurat ..~


okehlah ..
harap ada satu motivasi personaliti sempena Ramadhan ini ..
berpesan-pesanlah kepada kebaikan ..
jangan tunggu hingga kita sempurna
kerana kebaikan itu ada di mana-mana ..

wassalam ..

3 comments:

  1. irma hasmie dh pkai tdung?ske3..die cute sgt..like wardina too.. :)

    ReplyDelete
  2. eh mak cik .. aku da tukar email. aku tak dapt nk bukk blog ko. invite balik derr ..nazznazura@gmail.com

    ReplyDelete
  3. ak buat permission public dh..kdg2 buat personal sbb nk edit blog..ni ok dh..klu xdpt bkk gtau cni ek..

    ReplyDelete