Friday, January 29, 2010

hmm..cakap tak serupa bikin ? Pernah ke..

Malam tadi , siapkan tesis utk Bab 2 punya pasal aku tak tido sampai pagi. Tapi bnda biasa je. Aku pun memg type manusia yang suka berjaga malam. Tak pe , buat keje amal. haha..Dah pent macm tu aku terpandang buku Dr.Tuah. Mesti semua kenal dia. Pakar Motivasi yang kecil comel je tu. Hehe..

Satu tajuk dalam buku dia bila berkata tentang seseorang yang bercakap tak serupa bikin. Lama aku fikir...kadg2 aku terasa gak. Ye la...bukan semua bnda yang kita tahu....kita mampu aplikasikan. Bukan semua ilmu kita , mampu kita amalkan. Apa lagi menyentuh soal agama. Kadang - kadang aku nampak ia salah...tapi bila aku tengok balik diri aku , mampu ke aku amalkan ilmu yang aku ada tu. So...aku diam je la.

Tapi , dalam satu pendapt yang lain...tidak ada manusia yang perfect dalm dunia ni. Apabila seseorg itu menegur demi kebaikan...apa lagi membawa kepada jalan yang baik , why not kita terima. Bagi aku , jika dia menegur benda yang salah...tidak kira dia tua atau muda , tidak kira dia pernah buat atau tidk pernah buat....muhasabahla diri. Kita perlu saling mengingatkan.

Aku ada seorang kawan. Dia aku lihat memg seorg yang ada karisma tersendiri di pandangn pertama. Kalau dah mula bergaul n berkawn lama dgn dia , mgkin akan ada persepsi yang berbeza. Dia memg observer yang baik. Kadg2 tu menegur , tanpa ada berbasa basi. Sekali dengar pedih gak. Tapi dia memg bukan jenis alim...kdg2 tu aku dgr , subuh pun byk kali tinggal. Letak bom jangka kat sebelah pun belum tentu bangun. Tapi , ada certain2 teguran yang dia bagi...especially tentang dating , tentang aurat perempuan...wlaupun kdg2 terasa , tapi...kenala terima dgn positif. Zaman sekarang ni tak ramai org yang ada perasaan care sesama Muslim , especially tentang ingat - mengingatkan. Hidup nafsi - nafsi. Dosa kau , kau punya. Dosa aku , aku punya.

Soal agama bukan soal persendirian. Ia tanggungjawab bersama. Berpesan - pesan kepada kebaikan tu , jelas dalam Surah Al-Asr. Siapa yang akan menjaga hak Islam kalau bukan org Islam sendiri. Kalau sudah ada prinsip 'lantak kau' , maka tak jauh beza kita berkata 'lantakla Islam'. Aku pun bukan jenis yang alim - alim. Cuba utk menjadi perempuan yang baik - baik tapi ada je yang tak kesampaian. Apa pun , kita kena improve. Tidak kira kalau hanya sebesar zarah.

Berbalik kepada kawn aku ni , walaupun ramai yang kritik dia cakap tak boleh pakai , dia cakap dia tak buat....tapi pada aku , aku respect dia sebab dia ada perasaan care terhadap sesama teman - teman dia. Bukan semua org boleh jadi seperti dia. Kalau pun betul , dia tak buat apa yang dia cakap....sama - sama doakan semoga dia dikurniakan hidayah Allah supaya dapat mengamalkan ilmu yang dia ada. Macam org barat yang duk kaji Al-Quran , akui Rasullullah the best leader sume tu...tapi dia tetap tak beriman kepada Allah. Kenapa ? Jawapannya , ada pada Allah. Allah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki.

Jadi , kalau kena tegur dgn org2 yang mungkin cakp tak serupa bikin , ambillah yang positif dari nasihat dia ( kalau bg nasihat klau tak , tak yah layan ) dan doakanlah dia supaya dapt mengamalkan ilmu yang dia ada.

wassalam.

Thursday, January 21, 2010

sungguh menyakitkn..hmm..that life

'jangan harap orang lain respect kita , kalau kita sendiri tak pandai nak respect diri sendiri'

itulah bahasa yang aku guna untuk diri sendiri. sesungguhnya setiap hari yang kita lalui pasti akan bertemu dengan pelbagai laluan yang berbeza. Hari ini mungkin sangat menyenangkan. Hari esok belum tentu lagi kita akan sesenang hari ini. Mungkin juga hari esok bisa menjadi titik permulaan perubahan sebuah kehidupan. Sama ada perubahan itu masih kekal di atas dunia yang amat fana ini atau memulakan satu perubahan di alam yang lain. Alam Baqa'. Itulah hakikat kehidupan ni.

Hukum hidup ini , u give...u get back. Tapi kadg2 bila aku renung semula...knp byk sangt benda yang aku dapat bukn bnda yang aku prnah bagi. Dan kebanyakan masalah aku adalah berpunca daripada sikap - sikap manusia. Aku ingat lagi waktu form 5 yang begitu hampir dengan SPM aku terpaksa berjumpa kaunselor sebb aku betul2 tak blh fokus disebbkan oleh seorang manusia ni. Aku pegang kata - kata kaunselor tu ( Cikgu Jaafar ) sampai hari ni. ' Nazura , saya tengok awak selalu sangat bermasalah dengan sikap orang disekeliling awak. Mungkin akan datang , kerja awak akan berhadapan dengan kerenah sikap manusia. So...ini adalah permulaan bagaimana awak nak berhadapan dengan sikap manusia yang pelbagai kerenah '


Aku tak tahu kalau aku ni selalu respect org atau tidak. Tapi seingat aku...dan mngikut naluri aku , aku sgt ingin menghormati org lain. Tapi kalau ada sesiapa yang aku jadi kurg ajar , mungkin ada yang kurg normal pada aku waktu itu. Dan banyak juga , aku jmpa org yang sgt2 tidk pandai menghormati hati org lain. Bila kena pd aku...satu je bnda yg aku boleh pujk hati aku utk tidk mrh iaitu ...' knp aku nak mrh org tak hormati aku , sdgkan aku sendiri pun tak hormat diri aku..' sebagai manusia biasa , aku dah terlalu byk bt perkara - perkara yang sgt biadap terhdp diri aku sendiri. membawa diri sndiri kpda keburukn , sudh cukp aku katakan aku tidk mnghrmati diri aku sndiri.


Satu hari , aku terima satu penghinaan yang mungkin tidak di maksudkan tetapi cukup dalm msuk ke dalam hati aku. Macam anak panh beracun tertusuk ke jantung. Pedih memang pedih. Nak menangis tp tak tahu mcm mn. Tak tau mcm mn , tiba2 ego yang aku tak tahu tinggi mn datg dlm hati aku. Dah la aku ni memg jenis ego tinggi tp nasb baik hati lembt. So , bolehla balance. Aku tak prnah rsa terhina mcm tu. Mgkin kat U aku memg kurg bergaul dgn org , so pengalaman aku byk di sekolah untuk jd prbandingan. Masa sekolah dulu , aku bukn student yang pasif. Aku bukan student yang silent. Bukan juga student yang cuma berada di dalam kepompong. Bukan student yang cuma duduk menanti arahan...atau student yg cuma tahu belajar 24 jam. Aku ingt lagi gelaran yang kwn aku penh bagi pada aku iaitu Ahli Fikir. But why...tiba - tiba aku jadi pasif seperti hari ini..???? Aku jadi sungguh terhina dan cukp memberontk dengan kata - kata 'dia' apabila ia menyentuh soal kemampuan dan kelebihan yang memg ada dalm diri aku tapi aku simpan cukp dalam. Not even once ia terjelma dalm diri aku.


tapi , kata - kata 'dia' buat aku benar - benar ingin bangun bukan sebagai seorang guru. Bukan aku memandang rendah pada guru. Aku amat2 menghormati mereka yang mampu menjadi guru kepada seseorang sepanjang hayat. That the real teacher. Aku cuma melihat , aku tidak mampu untuk menjadi guru yang baik. Apa lagi sebagai guru engeneering. Itu benar - benar bukan jiwa aku. Kata org , kerja dulu baru ada minat. Tapi sekarang , 3 tahun aku dalm bahagian pendidikan berasaskan engeneering...but i still cannot match with that. so how...? i can talk...but cannot teach. Tapi , kalau aku masih ditakdirkan menjdi guru , aku tetp akan cuba mnjadi guru yg terbaik walaupun aku student sgt pasif n tak berapa berguna di universiti. That my promise.

Tuesday, January 19, 2010

saat aku tensen...hmm..no one perfect

entah apa yg aku nak tulis kat sini. tp..aku cukp tensen. tp aku pun tak tau pe yg aku tensen. kata bayk keje tuk psm...memgla , tp aku tak la tensen sgt.

huu...aku nak sgt jumpa cikgu sekolah aku dulu. Cikgu Zaharah. Rindu sgt kat dia. Rindu nak dgr nasihat dia. Macm2 aku nak cite kat dia. Skrg ni aku sgt sush bercerita kecuali pada org tertntu. Hm...kan bagus klau zaman sekolah tu tak prnah berakhir. tp dulu ms sekolah , aku gak tak tahan nk duk lm berdepan dgn semua yg jadi. tp ok la...at least waktu sekolah n waktu aku kat U sekarg ni takla seteruk n se kronik masa kat matrik dulu. Itulah zaman kegelapan utk aku. Zaman yg menjtuhkn motivasi n psikologi hidup aku selama ni.


Patutnya , aku tak boleh salahkn keadaan waktu tu. Dan seharusnya aku kuat menghadapi situasi tu. Aku ingt 6 buln je aku berhadapn dgn Incredicle Huck or The Dark Witch tu...rupanya setahun. Sakit yg terlalu sgt. Sampai sekarang aku masih terpk2 , pe bnda yg dia benci sgt kat aku ? Jadi benci sbb pendpt yg aku bg ??? Kalau tak boleh terima sesetngh pndapt tak yah minta pendpt. Mungkin dia sakit ati pendpt aku yg tak menyebelahi dia , dapt sokongn student kelas. Ikutkan hati yg jahat ni , padan gak muka dia. Dan aku rs sebb prmusuhn aku dgn dia la aku dpt band 2 ms muet. Aku ingt smpai mati pe dia buat kat aku. Tak pe r , band 2 pun result jugak. Aku lebh bersyukur dpt band 2 dari dpt band 6 tp talam 2 muka. Sokong sume bnda yg tak sepatutnya di sokong.


Tapi , kata org tak baik nk berdendm kan. So far...aku tak la dendam kat dia , tapi memg setiap perkataan yg kuar dari mulut dia sindir aku , cara dia pandang aku , setahun dia tak pernah sekali pun sebut nama aku dlm kelas kecuali nk sindir aku....never care aku dmm ms pg Cameron, dia cuba bgtau kwn2 aku yg aku benci dia....aku akn ingt smpai bila2. Sampai bila2. Sebb sampai hari ni , aku masih ada ragu bila sesiapa minta opinion. Especially lecturer. Walaupun kdg2 aku rlx dgn semua tu...tp aku tak nafikn ia adalah suatu cerita yg sgt menakutkn utk dirasai atau teringt kembali.


Tapi satu janji aku pada diri aku , insyaAllah satu ms nnt aku tetap akan ada student...aku harp aku bukan that kind of teacher or lecturer. Bagi bakal cikgu yg baca story ni , jadikan pengalaman aku ni sbg panduan kalian. Jgn sesekali merosakkan mentaliti student anda. Jgan sesekali merosakkan motivasi mereka. Jgn cepat melatah apabila student anda memberi pendpt yg berbeza dgn anda. Teliti pendapt mereka , mgkin kita yg silap. Jgn ego hanya kerana kita status kita lebih tinggi dari mereka. No one perfect in this world. Mereka manusia , dan kita manusia. Terbukalah menerima tentangan dan perbezaan. Be open minded.



Saturday, January 16, 2010

perlu ke suatu perubahan ??

kehidupan sebenarnya sangat menuntut kepada perubahan. Dulu , masa sekolah aku selalu berazam yang aku akan berubah. tapi...semakin jauh aku meninggalkan zaman sekolah semakin aku rasa...'alangkah baiknya kalau aku tetap aku yang dulu'

yup , dulu sememangnya banyak kurgnya aku. Mungkin bergaya seperti perempuan itu memang tak prnah ada dalam kamus hidup aku. Dan hari ni , aku dah pandai dengan semua tu. Dulu aku sangat menjaga dan prihatin pada kawan..hari ini...wallahualam. Dalam Islam juga amat menuntut sebuah persahabatan. Tapi...entah kenapa semua tu seperti hilang tiba - tiba. Tidak ada istilah fren 4 eva. Tak ada lagi istilah bestfren dalam hidup aku. Semua yang berlaku menjadikan aku NAZURA yang benar - benar berbeza. Aku dapat rasakan betapa jauhnya aku hari ini dan aku yang dulu. Orang pernah kata , suatu yang membunuh seseorang itu adalah melalui kesunyian. Hari ini aku benar - benar faham kenapa kata - kata itu wujud. Seorang yang sunyi akan melakukan apa saja supaya kesunyian dia hilang. Kadang - kadang dia tidak pernh fikir pun kalau cara yang dia buat tu salah atau betul.

Walaupun aku masih ada teman yang best hari ini ( Sya , nurul , assma n nabila ) , tapi...org kata luka sekali parut tak hilang smpai mati. Begitulah istilahnya. Menghadapi semua dugaan tanpa support dari teman yang amat dirindui , terlalu sakit rasanya. Tapi aku yakin semua tu berjaya membuat aku lebih kuat dari dulu. Lebih stabil menghadapi masalah. Terima kasih kepada 2 lelaki yang sentiasa bersama aku.

Jadi hari ini , perlu ke sekali lagi aku berubah ? Aku terima terlalu banyak tekanan hingga mengalami perubahan psikologi yang amat ketara. Orang mungkin tak perasan , tapi aku dapat rasa. Aku buat sesuatu yang amat aku benci dulu. Aku buat sesuatu yang sangat melanggar prinsip hidup aku. Itulah sesuatu yang amat aku kecewa tentang diri aku.

Tapi satu je yang aku yakin aku tak mampu berubah. Buat part-time job dengar masalah kawan-kawan. So far , thanks pada teman- teman yang percayakan aku untuk berkongsi masalah. Mungkin aku tak perlu jadi cikgu engeneering...tapi berubah menjadi kaunselor. Harap keadaan akan terus berubah.

Kepada yang membaca , carilah perubahan yang membina diri kita bukan memusnahkan hidup kita. Kehidupan menuntut perubahan. Tapi perubahan yang bersandarkan pada Islam. Itulah yang terbaik.