Thursday, December 23, 2010

~ saat kamu benar-benar pergi ~

Assalamualaikum ...
Masih bukan mud untuk berfikir dan berkongsi pelbagai informasi baru di sini. Waktu ini jiwa dilanda kekacauan yang tidak kurang hebatnya. (agaknyalah) .. hoho.


23 December 2010 jam 8.30 pagi Aku tolong hantarkan bf aku n kawan aku halim ke bus stand untuk balik ke Perak. Lepas ni kami semua akan jalani Latihan Mengajar. Hanya tinggal beberapa minggu je lagi. Tapi semangat mengajar entah mana tak datang-datang. Yang ada hanya sedih ... suram ... dull sungguh..!!

Satu benda yang aku sungguh terpukul adalah bila bf aku pergi dah. Rasa bagai ditinggal suami. hoho .. bengong sungguh bunyinya. Tapi tu lah hakikatnya. Bukanlah selama ni aku kerja berkepit je dengan bf aku ... tapi tiga tahun lebih kami bersama dia jarang sangat jauh. Cuti sem yang panjang pun dia selalu je dengan program kat UTHM. Jadi, sedikit sangat rasanya waktu berjauhan. Kelas pun sama .. jadi, cukuplah tengok dan tahu dia ada dekat dengan aku. Bukan nak dia duk dating dengan aku hari-hari pun.

Tapi lepas ni .. tak de lagi dah. Jauh sangat dah kat utara. Dia latihan mengajar di Kedah. Tah bila tahun tah nak jumpa. hoho ... sudahlah dia tak de internet kat sana. 3G pun tak dapat kat umah. Hmm ... memg class lah kan. Cuma ada phone je. Tu je lah alat penghubung. Tak apalah. Mungkin itu saja yang perlu digunakan sebaik mungkin.

Masa aku hantar tu ... dia dengan kawan aku halim turun je, air mata dah jatuh dah. cuba cool down .. sbb nak kena drive balik ni, tapi hampeh .. sampai salah masuk jalan drive sambil menangis. hebat betul, nazura. hohoho... bukanlah jiwang sangat bf balik nak nangis2 segala. Tapi sumpah sedey gila. Sume bnda area batu pahat - parit raja tu kenangan aku dengan dia .. dengan kawan-kawan aku BBV 2007-2011. Bila lalu depan umah diorang yang kosong macam tu lagi lah sedey. Selalu ade je motor2 diorang. Lalu depan UTHM lagi lah .. kenangan macam2 kat dalam tu. Jalan-jalan kat Parit Raja pun, selalu nampak je kelibat mereka. Wahhh ... serius memang semuanya menyedihkan buat aku. hoho.. Bpmall, summit ... n carefour .. rasa macam tak nak masuk je lagi. Masuk dgn org lain mungkin tercover kot perasaan tu. Kalau masuk sorang ... sure boley menangis. hahaaahaha..






last date kat pizza hut, bpmall .. kui3x

Tapi hakikatnya ... setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Harap perpisahan yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Mungkin sehari dua wajar untuk aku menangis dan ingat pada org yang aku syg n kawan-kawan semua ... tapi lepas dari itu aku perlu fokus pada aim aku. Sasaran jangka masa pendek adalah latihan mengajar. Sasaran jangka masa panjang ... after latihan mengajar. Itu lebey penting. Takkan aku nak duk melamun teringat diorang plak kan .. termasuk bf aku. Ada perkara yang lebey penting untuk aku utamakan lepas ni.


Kahwin....?? wah ... sejak2 ni banyak sangat org meroyan nak kahwin ... dah kahwin ... terkahwin .. terpaksa kahwin ... hmm ... it is so early for me. Tak perlu kot nak fikir tentang kahwin dulu masa nih. Tapi mungkin boley mula di fikirkan masa 2012 nanti. Fikir je ... belum action lagi. hoho.. Banyak benda perlu di selesaikan. Lagi pun, kalau jodoh tak ke mana. Kalau tak jodoh ...??? huhuhu ... kalau tak jodoh pun tak ley buat apa. pasrah and redha je lah. Allah lebey tahu mana - mana yang terbaik untuk kita. Asalkan kita sudah berusaha mencari yang terbaik ... lakukan yang terbaik ... berdoa dan terus berdoa .. seterusnya adalah tawakal. Maka itu sajalah kemampuan seorang manusia. huhuhuhu ..

Hm .. panjang dah ni. tak mau cakap lagi. letey sudaaaaa. hehehee .... by da way thanks to all of u. give me a nice memory here. dan tak ada lagi tuan punya .... BKK, PJF,PJE, AFR, WJE, JGX, BHQ, KCP,KCB, WQL, WCU, AEN, JLR, JER, JMA .. kat sini lagi. ( jie... sumpah tiba2 aku lupa no plat moto ko...hoho.. sory beb ).. hehe

thanks to my boyfren .. Jalil Saari ... berikan senyuman dan air mata selama mana kita kenal. I'll never forget all about that. thanks a lot ... May Allah bless us, okeyyyy .... hehehe

p/s : jangan lupa awak ada hutang lolipop dengan saya ... sy tuntut bulan 4 nnti okehhhh .. hahahahaa

Sekian, wassalam ..


Wednesday, December 22, 2010

- warkah buat kamu -



Assalamualaikum ..

buat kamu yang pernah aku panggil sahabat.
mungkin kamu tak tahu kalau semua ini untuk kamu. Dan aku pun tak perlu state nama kamu di sini. sebab aku rasa semua tu tak penting.

Dalam mana waktu - waktu ini aku rasa aku bahagia tanpa kamu, tiba-tiba rasanya aku masih merindui kamu. Walaupun terlalu banyak sakit yang aku rasa kerana kamu .. tapi aku merindui saat aku ketawa bersama kamu. aku masih rindu saat aku menangis bersama kamu. Ketawa dan menangis bersama. Bagi aku, itulah saat terindah buat aku. Berkongsi tentang segalanya dengan kamu. Walaupun aku tidak pernah beritahu kamu betapa aku sayang kamu, tapi aku yakin ... kamu sedar tentang itu sejak dulu lagi.

Di antara kamu dan teman lain, kamu ada tempat istimewa dalam hati aku. Kamu ibarat seorang kakak bagi aku. Mungkin kamu lahir sebagai seorang kakak kepada adik-adik, lantas kamu juga begitu care dengan aku. Walaupun ada waktunya kamu buat aku begitu kecil hati, tapi masih belum mampu melunturkan rasa sayang aku pada kamu. Aku ingat lagi waktu aku bagitahu kamu nama boyfriend aku. " Jalil? Naz ... klasiknya nama? Carilah nama sedap sikit ..." aku rasa macam kena hempuk dengan batu besar time tu. Aku bagitahu sebab aku rasa kamu memang kawan baik aku. Tapi .. sangat mengecewakan. Mula-mula .. yes. Aku rasa cam malu je bila ramai orang pandang macam tu pada boyfriend aku. Tapi hari bila orang tanya aku awek siapa ... senang je aku jawab... " awek jalil..." tapi hari ni, aku tak lah rasa apa-apa sangat dengan sikap kamu yang begitu. Aku mungkin tak secantik kamu .. untuk dapat lelaki -lelaki handsome kononnya di mata kamu. Tapi ... rasanya bf kamu pun bukanlah handsome n hebat sangat kalau suka sangat nak membanding-bandingkan. Nama pun biasa je.

Baru-baru ni aku terserempak kamu. Tapi aku tak berhajat untuk bertegur sapa dengan kamu. Apa lagi nak bertanya khabar. Bukan berdendam ... tapi rasanya ganjil sekali untuk aku bermesra seperti dulu. Baru-baru ni jugak, aku lalu di hadapan rumah kamu. Aku nampak kereta kamu. Boleh saja aku datang beri salam kalau aku mahu berjumpa dengan kamu. Tapi ... hakikatnya aku tak buat begitu. Aku hanya lalu tidak jauh dari rumah kamu. Dari jauh aku nampak itu kamu. Ya .. kamu angkat kain di ampaian dengan tudung hitam. Aku kenal bentuk muka kamu walau dari jauh. Tapi cepat saja aku pergi dari situ. Untuk apa aku datang pada kamu ...?



Kamu datang pada aku waktu kamu jatuh. Waktu semua orang memberi satu pandangan negatif pada kamu. Aku cuba membetulkan pandangan itu meskipun keadaannya seperti menegakkan benang yang basah. Tapi aku cuba juga untuk kamu. Tapi ... bila mana kamu senang hari ni. Mungkin kamu sudah berada di posisi cukup selesa, aku kamu lupa macam tu je ? Wahh .. that's my bestfren, rite?

Kamu kenallah. Hati aku di mana waktu aku dengar semua bahagia kamu selepas kamu berair mata ..? Jangan pernah salahkan aku kerana aku membuang kamu dari menjadi seorang teman buat aku. Rasanya tidak ada apa yang ruginya untuk kamu hilang seorang kawan yang tidak punya apa-apa. Sekali aku kata kamu pergi, maknanya aku tidak akan pernah kembali. Tapi ... di kala kamu kembali, aku yakin tidak akan pernah terucap perkataan pergi tu.

Maafkan aku kerana mungkin pernah kasar pada kamu. Jika hari ini kamu begitu bahagia dengan hidup kamu ... maka berbahagialah. Dan aku tidak akan pernah wujud dalam hidup kamu .... selagi kamu tidak datang sendiri. Aku bukan ego. Tapi ... sebanyak mana aku membuang ego aku pergi ... sebanyak itulah hati aku hancur. Kamu pijak-pijak seperti semuanya tiada makna. Jadi, aku sudah selesa tanpa kamu. Jika kamu berhajat untuk tidak lagi menjadi teman aku ... maka aku relakan kamu lenyap dari hidup aku selamanya.





Terima kasih, teman. Kerana telah memberikan warna-warna indah dalam rentetan hidup aku.
thanks a lot ..

wassalam ..

Friday, December 17, 2010

- gelap sungguh masa depan -

Assalamualaikum ..

hai .. semua. hari ini .. tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu. Dan mungkin bermakna kot untuk aku share di sini. Huhu ..Oleh kerana aku pun dah free sekarang, jadi aku ada banyak sungguh masa untuk membebel bebel di sini.hahahaha ..

hmm .. penah tak dengar orang kata ..bila anak-anak dapat result best gempaq ke dapat masuk U ke ... orang kata 'baguslah ... cerah masa depan budak ni nanti ..' tapi .. bila result cam tak best .. cam hampeh tahap sengal ..' ehmm gelaplah masa depan kau ..' hohoho ... dulu masa PMR aku dapat 8A. (ceh .. nak riak dah ni) ..tapi masa dapat result tu hati aku kata .. sumpah tu bukan result aku. Maksudnya tak setimpal dengan kemampuan aku. Tu result yang Allah nak bagi .. mungkin sebagai ganjaran aku mula 'kenal' Dia. Masa tu semua orang kata aku hebat .. orang kata aku pandai ... tapi hakikatnya aku kenal siapa aku. Masa SPM aku dapat 4A4B2C. Cam bangang kan result tu. Tapi bagi aku .. tu aku sangat2 bersyukur. Sebab before tu result aku berderet D,E,F ... mana lah aku tak syukur sangat, kan. Tapi ... adalah sorang ni bila tahu aku just dapat 4A dia kata ...' eee.. bodohnya .!!' Huh .. lantaklah kan. Kalau bodoh pun aku bukan mintak duit kat dia. Macam sengal je orang cam ni.

Apa sebenarnya aku nak sampaikan ? Nak bagitahu aku dapat 8A and 4A ke...? Owh .. sama sekali tidak. Aku cuma nak semua orang yang baca blog aku hari ni sedar .. dan bukak mata ... bahawa masa depan kita semua gelap. Gelap sangat. Bukaklah mata besar mana .. masa depan tetap gelap. Letaklah lampu kalimantang berderet .. pun takkan terang gak. Hohoho .. ni mesti ramai tak puas ati dengan aku ni. Ye lah ... belajar pandai2 sampai oversea .. takkan gelap lagi masa depan, kan. Fahamilah konsep gelap yang sedang aku katakan.




ni betul-betul gelap .. ish3x

Dalam perjalanan hidup ni ... kita takkan pernah tahu apa yang ada kat depan tu. Macam berjalan dalam gelap, kan. Nampak tak ??? Takkan ..? Kalau guna lampu suluh pun, jaraknya terlalu terhad. Kalau dah namanya gelap, tetap gelap gak. Okey ... cakaplah result best .. masa depan cerah. Tahu ke pe nak jadi akan datang ? Putus cinta pun boleh menggelapkan masa depan yang kita bayangkan cerah n terang menderang. Tak caya ? Cayalah ... benda dah ada yang jadi. Sebab tu aku boleh cakap.

Kalau result cam sengal ke hape ... usaha terbaik untuk capai yang terbaik ... so, boleh tak cerah masa depan ? Pun belum tahu gak. Hakikatnya .. masa depan kita ni gelap sungguh. Kita dapat ramalkan apa yang jadi. Boleh rancang apa yang mungkin jadi ... tapi takkan dapat pastikan itu yang akan jadi. Tawakaltu'alaallah.

Sama jugak macam bercinta ... bercintalah macam nak gila hari ni ... esok2 tak tahu apa jadi. Jadi kahwin ke tak jadi kahwin, pun tak tahu. Gelap sungguh semuanya. ( hoho .. ingatan untuk aku jugak yang kononnya sedang bercinta ) kuang3x. huhu ...

Post kali ni bukan nak meruntuhkan motivasi orang. Tapi .. kena beringat dengan semua benda. Jangan sampai kita terlalu selesa di zon selesa. Sampai waktunya kita akan berada di zon paling teruk. Kan ke orang kata hidup ni pusingan roda. Jika hari ni ... kita rasakan masa depan kita teruk, sebanarnya kita tak pernah nampak apa yang ada di masa depan. Lalu .. teruskan melangkah untuk satu tekad. Teruskan hidup penuh semangat untuk melalui masa depan yang tidak pernah pasti. Masa depan yang terlalu gelap untuk di lalui. Bila ia akan cerah ...???? akhirat. Sama ada syurga atau neraka ... itulah penamatnya.




sebelum tiba di penamatnya ... berusahalah untuk mencapai yang terbaik meskipun perlu berjalan meraba di dalam gelap. hehehe ...

okey .. harap ada sesuatu yang memotivasikan kita semua pada hari ini.

chaw bebeh , wassalam ..


Monday, December 13, 2010

~ good bye ..~

Assalamualaikum ..

Waahhhhh ... diam tak diam, bising pun tak bising sangat, habis dah waktu-waktu study di UTHM. Hohoho ... bagi aku UTHM tu tak lah akan hilang ke mata. Tetap menatap UTHM yang begitu mengagumkan ...huk3x ( usaha mempromosi UTHM ) Kenapa ? sebab UTHM tu sejengkal je dari umah aku. hahhahaha ..




Hari - hari terakhir di UTHM bagi aku tak ada apa sangat yang memberangsangkan. Tak sempat nak bersedih ... tak sempat nak fikir ' apa la nasib aku semua kawan-kawan dah blah ..' dan tak sempat juga nak memadu kasih di kala kekasih hati bakal meninggalkan aku sendiri di sini ( ayat nak jiwang tak leh bla ...hahhaahaha ). Semuanya sungguh serabut dengan PSM dan final exam. Ada juga jamuan perpisahan or something like that la .... pun tak mampu membuka ruang kesedihan di hati aku. Kenapa ek ..???? hahahahah ... macam biasalah manusia, kan. belum terjadi .... blum nak rasa lagi. dah sampai waktunya ... maka, rasalah penangannya nanti. hehe

hari ni, baru aku tergerak untuk ucapkan perpisahan buat semua kawan-kawan 4BBV seksyen 1. sebab ada juga kawan-kawan yang dah balik kan .. jadi, haruslah untuk aku ucapkan selamat tinggal. ( aik .. bukn terbalik ke? diorangla kena ucap selamat tinggal kat aku ek ...) tak kisahla tu .. yang penting ucapan perpisahan.

banyak kenangan yang ada antara aku dengan mereka. Sejak mula masuk dulu ... sampailah hari ni. Banyak sungguh ketawa n air mata dengan mereka.. ( cehhh ... ayat nak best ). Sejak tahun 1 sem 1 aku tak kenal sesiapa pun antara mereka ... sampailah hari ni, yang rata-rata mereka aku dah boleh baca perangai masing-masing. Semuanya ... ada pro n contra. Ada positif n negatif. Sama jugalah dengan aku, kan.


Walaupun satu waktu ada detik-detik yang sangat menyakitkan hati ... tapi banyak juga yang menyenangkan hati. Aku mungkin tak terlalu rapat dengan mereka. Sebab aku duduk di rumah, maka ... banyak benda yang terbatas. Bukan rasa di kongkong, mungkin dalam satu sudut yang lain ... aku pun tak berminat tentang suatu perkara tu. Contohnya cam melepak ramai-ramai, melepak or berjalan sampai lewat malam .... or smthing like that la ...Kalau aku nak, that's not a problem cuma atas diri aku sendiri yang tak minat dengan semua tu. So individualistik, kan. Tak sosial .... but independent ( puji diri sendiri tu ...hahaha ).

So kawan - kawan ... sorry for everything yerrrrrrr. Mungkin banyak event korang ... aku tak join. Tapi, mana yang aku rasa aku boleh join ... aku rela join ... aku selesa untuk join ... yes, i will join u. At last ... bagus2lah kalian jadi cikgu lepas ni yer. Pas LM nanti korang akan datang UTHM semula. Masa tu .. datanglah rumah yer. InsyaAllah .... ada news aku nak share kat semua. hehehehehe ...

Harap kita boleh bertemu lagi ... dengan jiwa yang berbeza. Jiwa seorang guru yang sejati. ( untuk korang dulu ... hati aku masih nak tak nak je g LM ... huhuhu )

Ok . good bye semua ..

Sayang kalian semua. Wassalam ..











semoga kenangan kita abadi selamanya ...

Saturday, December 11, 2010

nama pun psm ..

PSM
' projek sarjana muda ..' ' projek separuh mati ..' ' projek satu malam ..' ' projek siksa manusia ...' ' projek sampai mati ...' ' projek sangat menyiksakan ...'


tu la gelaran yang macam - macam aku dengar n aku bagi sendiri. Walaupun hakikatnya bunyi PSM tu sedap ... 'projek sarjana muda' tapi istilah yang lain - lain tu lah kronologinya. Hakikatnya, aku tak pernah terfikir akan hadapi saat yang begini payah ... letih .... penat ... tersiksa ... dan macam2 perasaan yang seangkatan dengannya. Sudahlah projek aku pun ... mcam nak gila siapkan ..( itu pun masih ada yang perlu di betulkan ) ... buat penulisan pun satu punya perit ... nk pegi hantar pun siksa ..???? this is we called ' ujian Allah ' dan harga yang perlu aku bayar untuk dapatkan sesuatu yang berharga.
Sesungguhnya tak ada benda free sekarang ... kasih sayang ? free x ...? hehehe .. depend la. ;-)




-makmal pendawaiaan elektrik - aku akan sentiasa rindukan tempat aku berkelah buat projek


setelah 2 kali aku bukak n jilid semula tesis aku, harap lepas ni takkan ada masalah lagi. aku betul - betul .... sangat2 tak larat nak betulkan n keluar duit lari. Sumpah dah hampir masuk seribu untuk psm saja. mana lah aku tak kering kontang sem ni ... huhuhu

cuma satu benda yang sangat aku rasa ...' waaaa .... aku boleh buat rupanya ..' aku buat empat kerja dalam 1 masa. handle psm aku n bf aku ( mnta tolong print je ) ...final exam ... n satu bnda lagi yang mungkin tak sesuai kot aku nak story di sini. Aku pernah rasa buat kerja bertimpa - timpa masa sekolah dulu .. tapi .. yang ni lagi mencabar. lagi sangat perlukan kesabaran.

Satu lagi masalah aku ... kalau boleh semua nak perfect. Memang kadang - kadang tu ... tesis yang aku hantar tu dia boleh excuse .. dia boleh terima walaupun macam tak bape nak ok ... maka aku dengan perasaan yang begitu sedih ... bukak n print semua semula. Kali ni aku print je terus kat kedai ..dan buat dalam keadaan sangat-sangat letey ... banyak betul yang salah dan menyebabkan aku di cas begitu tinggi. ' Nazura ... kenapa kamu ni sengal sangat ???? ' hoho .. apa yang jadi sangat meleteykan lagi adalah tesis aku tebal macam hape n banyak gambar. huhuhu



tah bape banyak paper dah habis hanya sebab psm tersayang ...



ini pulak teman aku setiap malam bila aku stay up .. bnda paling berjasa dalam proses menyiapkan psm tercinta .. huhu



inilah benda yang amat menguji kesabaran ... walaupun dah siap semua .. tapi kena juga bukak balik n print semua semula ..


dan akhirnya dengan rasa penuh putus asa .... aku tak tahu bila semua ni akan siap. Walaupun rasa syukur sangat - sangat untuk psm aku dah dapat A, tapi masih rasa tak free bila ada banyak lagi yang tak settle. tapi .. thanks a lot to my family yang sangat faham kesibukan n kegilaan aku lately ni. thanks for all da support. thanks gak to my bf ...yang sentiasa bagi support.

Sayang kamu .... sayang kamu semua .. huhu

Wassalam ..

thanks for all that.



Thursday, December 2, 2010

Aiii ... kasut...kasut

Assalamualaikum ...

huhu ....dalam mud bengang + sedey sesungguhnya.. huhu
misi keluar panas2 petang tadi adalah untuk mencari kasut. untuk pe? untuk LM r pe lagi. Kenapa awal sangat ? Excitedkah nazura nak pergi LM ...??? Hoho .. sesungguhnya memang tak excited langsung. Hati masih tak lagi sepenuhnya +ve untuk mengajar. Tapi, mungkin bila dah lalui keadaan tu akan jadi sebati kot ... hoho. Cerita pasal kasut. Kenapa cari awal sangat ...?? hm... jawapannya .. aku kenal sangt aku ni. Sangat2 payah nak berkenan dengan satu - satu barang.

Cuba bayangkan kalau tnggal seminggu nak g sekolah ... tiba-tiba tak de satu pun yang berkenan ... mau beli tapi tak puas hati tu. macam beli kasut masa nak masuk matrik ... sekali waktu minggu orientasi je aku pkai, pastu haram aku tak sentuh. cam tu lah bila aku kata aku tak berkenan..huhu

Berbalik pasal kasut tadi ... huhu. dah lama aku usya kat bp ... tiba-tiba satu tu aku terpandang. memang aku rasa sesuai r dengan jiwa. look smart. cam ranggi sikit. mud kasut pun ... muda remaja kot. warna pun best ... teksture pun menarik ... ketinggian pun ok ...harga pun boleh layan. mula2 pandang ritu memang dah jatuh hati dah. tapi .. aku takut cam tak sesuai ke .. aku pun ajak seorang manusia yang bernm bf aku g tengok. ok ... dah cun dah. dia pun kata cantik ... time to try ... ketatla plak. saiz 5 ... patutla. cari2 saiz 6 tak de. try saiz 7 ... besar sangatlaaaa....mn boleh. huhuhu ... salesgirl tu suggest pattern lain ... hmmm...sory ... aku pandang tak ley jatuh hati. xberani nak beli. jap g ada je kasut aku sumbat bawh katil.. huhuhu..

kuar kedai ... cari lagi satu bpmal. memang tak de yang berkenan. pegi la summit ... sbb banyak kedai kasut. pusing punya pusing ... xde jugak yang berkenan. jangan kata belek, masuk keluar balik. memang tak de yang lekat kat hati. tertarik kat mata pun tak de. round lagi cari kedai yang sama ms kat bpmall tadi. yes ...jumpa!! masuk dengan harapan dia ada. tapi .....hmmm...sungguh menghampakan. ada satu tu ... memang teksture dia sama...tnggi dia sama ...warna pun sama .. harga sama....tapi cuma tak ada tali getah kat tengah tu. jadi ... hati aku kata ... bialah dulu. that's the last choice. sebab tali getah tu la yang buat kasut tu nampak smart di mata aku. maka ... baliklah dengan perasaan yang sangat hampa. huwaaaaaaaaaaa ...




pattern kasut ni hampir sama cam kasut yang aku nak tu.. tapi tali tengah tu aku tak minat .. nak jenis getah yang ley stretch ..


aku rasa2 bf aku pun cam hangin gak kot. tapi nak buat mcam mana, kan. hati tak ley berkenan ... nak buat cam ne. mana ley paksa-paksa berkenan...huhu. memang untuk certain kes perangai aku tu ... ada keburukannya. tapi rasanya ... banyak kot kelebihannya. tahu apa kelebihannya ...??? haaa.... perangai aku tu buat aku jadi manusia ... selagi apa yang aku pakai tu memang tak uzur lg... aku takkan tukar. patutlah bf aku begitu hairan ... pkai kasut dekat 2 tahun tak tukar. hahahahaa ... tak ke jimat macam tu. sebab tu kadang2 ... da prepare duit bukan men nak g shopping, sekali balik xde bawk pe pun. sebabnya tengok sume bnda tak berkenan di hati. jadi ... safe la duit aku. hahahahahahaha ...

tapi untuk certain thing je la aku macam tu ... barang2 macam jam, gelang, beg, kasut n kereta. Dan buat masa ni, banyak2 keluaran kereta malaysia ... Myvi je yang aku berkenan. Tapi kalau orang bagi kete len, pkai la gak. Untuk beli, kenala yang berkenan di hati. huhu ... tapi kalau baju .. tudung ... wahhhh .. bukan men senang je nak berkenan. hohoho ...bf..??? haaaa ... tang tu aku tak tahu masuk kategori mn. dalam hdup aku ... cuma ada 2 lelaki je yang aku memang betul2 jatuh hati. Seorang ... aku memang suka dia sejak sekolah rendah ... sampailah ... aku couple dgn bf aku ni. dan sekarang ... bf aku je lah. kalau suh dengan boy yang 1st aku suka tu ... memang insyaAllah ... takkan. hohoho .. mcm mn tau ?? dah pernah test la .. sbb tu tawuuu. hahahahaa ...




maka ... perlukah nazura berubah dari sikap itu ...??? tak perlu kot ... hahahha


so ... ucapan terima kasih tidak terhingga buat bf aku yang sudi memenatkan diri meneman gf kamu yang mendung ni pergi cari kasut yang tak jumpa akhirnya. kuang3x.

hahahahaha...

sekian, wassalam ...



Wednesday, December 1, 2010

kucing oh kucing

Assalamualaikum ..
hoho .. walaupun esok ade 2 paper utk final, tapi aku nak gak share sesuatu di sini. Ya...fokus kepada penggemar kucing, pembela kucing, pencinta kucing atau mereka yang begitu obses dengan kucing seperti aku terutamanya.

hmm...pernah tak dengar orang cakap .... 'jangan peluk2 sangat dengan kucing. bahayala. boleh mandul nanti' huhu ... banykkan? aku lah org yang paling selalu dapt kata-kata tu. dari sape? ayah aku lah. pe lagi ayah aku kerja yang berkaitan dengan haiwan,kan ... huhu.. tapi, aku tak pernah pulak baca fakta tentang tu. jadi aku buat tak tawuuuu je la. pagi ni aku tergerak utk cari. betul ke ??

so...aku dapat fakta ni dari seorang yang memberi komen terhadap soalan sipulan ni :

Kajian telah menunjukkan bhw kucing, boleh menyebabkan kemandulan/ menganggu kesuburan wanita. Didapati bhw kucing adalah salah satu penyebab ketidaksuburan wanita yg diakibatkan oleh parasit yang bernama Toxoplasma gondii. Parasit ini disebarkan melalui kucing, dapat menghancurkan sel bernukleus, termasuk sel ovum(telur). Penyakit infeksi oleh parasit Toxoplasma gondii ini dikenal dengan nama toksoplasmosis.

Parasit ini berkembang biak di dalam usus kucing, kemudian telur-telurnya keluar bersama dengan najis kucing. Seekor kucing dapat mengeluarkan berjuta-juta telur toksoplasma dalam sehari selama dua minggu.

Bagaiamana parasit ini boleh menyebabkan mandul? Sebenarnya lebih tepat dikatakan mengganggu kesuburan. Di dalam tubuh manusia, parasit ini akan merosakkan sel-sel yang bernukleus. Secara amnya sel-sel tubuh adalah bernukleus, kecuali sel darah merah, sehingga sel telur(ovum) pun akan dirosakkan olehnya. Disebabkan itu, apabila seorang wanita berada dalam waktu reproduksi dijangkiti toksoplasmosis, kesuburannya akan terganggu. Menyebabkan wanita ini tidak mendapat keturunan, sehingga disangka mandul.

Langkah2 keselamatan yg boleh dilakukan..


1. Jangan beri makan haiwan peliharaan dengan daging ikan dan tulang mentah/tidak dimasak.

2. Mencegah kucing dan anjing berburu burung, tikus dan lalat.

3. Pasir tempat najis kucing sebaiknya dibersihkan setiap hari. Ookista yang mungkin keluar bersama najis kucing memerlukan waktu 24 jam untuk menginfeksi.

4. Setelah mencuci daging mentah, sebaiknya cuci tangan dengan sabun.

5. Untuk wanita yang sedang mengandung jangan mencuci/membersihkan daging/ikan yang akan dimasak.

6. Sebaiknya sayuran mahupun buah-buahan yang akan dimakan dicuci bersih.

7. Jangan lupa mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutama bagi yg tidak menggunakan sudu.

8. Wanita yg mengandung jangan membersihkan tempat najis kucing.



Rujukan: BUKU PARASITOLOGI PERUBATAN

Satu lagi penyebab berlakunya mandul/susah nak dapat zuriat ialah seseorang itu terdedah sinaran berbahaya, seperti pancaran/sinaran radioaktif. Ada kalanya hanya memusnahkan sel sahaja...jika tahap dedahan melebihi boleh membunuh. Kalau dah mengandung, boleh jadi keguguran. Ini disebabkan embrio amat peka kepada sinaran. Ia jug boleh menyebabkan anak yang dilahirkan cacat jika kadar dos sinaran melebihi 50sv. Boleh dikira dengan menggunakan persamaan dibawah, berapa dos yang terkena.

1Sv=100rem
1rem=10miliSv
rem=radxQ
Q=fartor kualiti yang bergantung kpd jenis sinaran
rem=dos setara
rad=dos terserap
Sv=dos setara dalam unit S.I

nilai Q(faktor kualiti mengikut jenis sinaran)

X-ray dan gama=1.0
sinar beta=3.0
neutron terma=3.0
sinar alfa(zarah)=20
neutron cepat=20

Oleh itu awas bagi mereka yang bekerja berhampiran kawasan yang mempunyai tanda amaran sinaran radiaktif.



Rujukan:


1.Prof.Dr.Ahmad Termizi Ramli. Penggunaan sinaran keradioaktifan dan tenaga nuklear. UTM/DBP.


2.Prof.Dr.Husin. Prinsip asas pengesanan sinaran bahaya. UTM.


Itulah yang aku jumpa. So...bagi mereka yang membela kucing, lakukan yang terbaik ok. Alhamdulillah .. kucing-kucing aku yang comey sentiasa mkan makanan yang di masak n pemburu tikus tapi dia tak telan. Kuang3x.

Satu lagi ... aku nak ucap tahniah kat kawan aku yang bakal bergelar ibu. Sweet kot nak jadi mama,kan. hehehe ... bagi mereka yang sangat anti dengan kucing, jangan jadikan kucing sebab utama wanita tak dapat melahirkan zuriat. Banyak lagi punca utama yang lain. Pokok pangkalnya ... semua tu rezeki Allah. Apa saja tak ada yang mustahil. Jika Allah berkehendak sesuatu, maka terjadilah. ( Ini bukan usaha memebela diri yang sangat sayang pada kucing .. kuang3x )

Wassalam ..