Assalamualaikum ..
hai .. semua. hari ini .. tiba-tiba aku terfikir tentang sesuatu. Dan mungkin bermakna kot untuk aku share di sini. Huhu ..Oleh kerana aku pun dah free sekarang, jadi aku ada banyak sungguh masa untuk membebel bebel di sini.hahahaha ..
hmm .. penah tak dengar orang kata ..bila anak-anak dapat result best gempaq ke dapat masuk U ke ... orang kata 'baguslah ... cerah masa depan budak ni nanti ..' tapi .. bila result cam tak best .. cam hampeh tahap sengal ..' ehmm gelaplah masa depan kau ..' hohoho ... dulu masa PMR aku dapat 8A. (ceh .. nak riak dah ni) ..tapi masa dapat result tu hati aku kata .. sumpah tu bukan result aku. Maksudnya tak setimpal dengan kemampuan aku. Tu result yang Allah nak bagi .. mungkin sebagai ganjaran aku mula 'kenal' Dia. Masa tu semua orang kata aku hebat .. orang kata aku pandai ... tapi hakikatnya aku kenal siapa aku. Masa SPM aku dapat 4A4B2C. Cam bangang kan result tu. Tapi bagi aku .. tu aku sangat2 bersyukur. Sebab before tu result aku berderet D,E,F ... mana lah aku tak syukur sangat, kan. Tapi ... adalah sorang ni bila tahu aku just dapat 4A dia kata ...' eee.. bodohnya .!!' Huh .. lantaklah kan. Kalau bodoh pun aku bukan mintak duit kat dia. Macam sengal je orang cam ni.
Apa sebenarnya aku nak sampaikan ? Nak bagitahu aku dapat 8A and 4A ke...? Owh .. sama sekali tidak. Aku cuma nak semua orang yang baca blog aku hari ni sedar .. dan bukak mata ... bahawa masa depan kita semua gelap. Gelap sangat. Bukaklah mata besar mana .. masa depan tetap gelap. Letaklah lampu kalimantang berderet .. pun takkan terang gak. Hohoho .. ni mesti ramai tak puas ati dengan aku ni. Ye lah ... belajar pandai2 sampai oversea .. takkan gelap lagi masa depan, kan. Fahamilah konsep gelap yang sedang aku katakan.
Dalam perjalanan hidup ni ... kita takkan pernah tahu apa yang ada kat depan tu. Macam berjalan dalam gelap, kan. Nampak tak ??? Takkan ..? Kalau guna lampu suluh pun, jaraknya terlalu terhad. Kalau dah namanya gelap, tetap gelap gak. Okey ... cakaplah result best .. masa depan cerah. Tahu ke pe nak jadi akan datang ? Putus cinta pun boleh menggelapkan masa depan yang kita bayangkan cerah n terang menderang. Tak caya ? Cayalah ... benda dah ada yang jadi. Sebab tu aku boleh cakap.
Kalau result cam sengal ke hape ... usaha terbaik untuk capai yang terbaik ... so, boleh tak cerah masa depan ? Pun belum tahu gak. Hakikatnya .. masa depan kita ni gelap sungguh. Kita dapat ramalkan apa yang jadi. Boleh rancang apa yang mungkin jadi ... tapi takkan dapat pastikan itu yang akan jadi. Tawakaltu'alaallah.
Sama jugak macam bercinta ... bercintalah macam nak gila hari ni ... esok2 tak tahu apa jadi. Jadi kahwin ke tak jadi kahwin, pun tak tahu. Gelap sungguh semuanya. ( hoho .. ingatan untuk aku jugak yang kononnya sedang bercinta ) kuang3x. huhu ...
Post kali ni bukan nak meruntuhkan motivasi orang. Tapi .. kena beringat dengan semua benda. Jangan sampai kita terlalu selesa di zon selesa. Sampai waktunya kita akan berada di zon paling teruk. Kan ke orang kata hidup ni pusingan roda. Jika hari ni ... kita rasakan masa depan kita teruk, sebanarnya kita tak pernah nampak apa yang ada di masa depan. Lalu .. teruskan melangkah untuk satu tekad. Teruskan hidup penuh semangat untuk melalui masa depan yang tidak pernah pasti. Masa depan yang terlalu gelap untuk di lalui. Bila ia akan cerah ...???? akhirat. Sama ada syurga atau neraka ... itulah penamatnya.
sebelum tiba di penamatnya ... berusahalah untuk mencapai yang terbaik meskipun perlu berjalan meraba di dalam gelap. hehehe ...
okey .. harap ada sesuatu yang memotivasikan kita semua pada hari ini.
chaw bebeh , wassalam ..
No comments:
Post a Comment