Sunday, July 31, 2011

~ bila waktu nyawa itu tiada ... ~

Assalamualaikum semua .. ;)
selamat menyambut Ramadhan ...
selamat berpuasa ya semua ..

hmm ... yup. esok nak puasa dah kan. Tadi buat solat terawikh tak ..?? buat tau .. janganlah tak buat ya. hehehe .. better buatlah berjamaah .. kalau sorang-sorang tu .. boleh jugak. Tapi biasanya feel lari. hahahaaa ..





okehlah... bersempena nak puasa .. banyak pula dengar news pasal accident yang .. Ya Allah .. sumpah mengerikan. First .. kemalangan jiran nenek kat kampung ayer manis, kulai. Lori batu yang tayar sepuluh naik atas kereta lama yang dalam tu ada sepasang suami isteri. Warga emas lah. Isteri dia meninggal .. dalam keadaan yang sangat menyayat hati .. then .. suami dia pula .. masih koma.

Then .. dengar plak kisah Aleesha Farhana meninggal setelah menimbulkan kontroversi untuk tukar nama dia kepada nama perempuan. astaghfirullah .. sekelip mata je. Baru je dengar kes dia. Harap dia sempatlah bertaubat. Wallahualam ...

Satu lagi .. pasal kemalangan bas ekspress .. sekali lagi. Semuanya dalam sekelip mata. Walaupun kita nampak semua tu sangat mengerikan .. tapi Allah tarik nyawa mereka yang mungkin mereka tidak sedar dan tidak dapat merasai kesakitan sebuah kematian.



Sana sini kita dengar tentang kematian. Tapi pernah tak kita terfikir ... bila pula giliran kita ..?? Hari ini kita mungkin tidur di atas katil. Esok ...? mungkinkah di atas katil lagi. Mungkin sudah berkelilingkan tanah dan ... wallahualam.

Sempena Ramadhan ini .. saya mengajak kita semua bersama-sama menilai kembali rentetan hidup kita. Muhasabah kembali buruk dan baik sikap kita. Marilah kita tekadkan keazaman untuk membawa hidup kita ke arah yang lebih baik .. dalam menuju cinta Ilahi. Jangan sampai bila waktu nyawa itu tiada lagi di jasad kita ... maka tiada apa pun yang dapat kita hujahkan di hadapan Allah. Tiada amalan yang dapat kita persembahkan di hadapan Allah. Waktu itu .. kita lah manusia yang paling rugi.

Maka ...
Perbanyakkanlah amalan .. kuatkanlah keazaman untuk berpegang kuat pada ajaran agama Allah .. marilah sama-sama kita perbaiki dan tingkatkan iman kita. Jalan kita sudah semakin pendek .. berebutlah untuk mengaut segala bekalan untuk tiba di destinasi abadi ..


sekian ...
wassalam ...
selamat bersahur ya semua ..

Wednesday, July 27, 2011

~ dann .. terucap syahadah .. ~


Alvin kembali memandang Sara. Dia memeluk Sara erat–erat.

Papa, I miss you a lot,” ujar Sara sambil mencium pipi Alvin.

Alvin tersenyum sambil mengangguk. “I miss you too baby. Love you...” ujarnya sambil menahan sebak. Dia tidak mampu menahan hatinya melihat wajah naif Sara. Air matanya semakin deras mengalir.

Sara memandang Alvin. “Papa, why are you crying?” soalnya. Matanya mula berkaca.

Alvin tersenyum sambil menundukkan kepalanya. “Sara...” sekali lagi air matanya mengalir. Hatinya benar–benar sebak melihat wajah Sara. “Sara, I want you know... I really really love you. Really love you. Ever and ever...” tangisnya.

Dahi Sara berkerut. Air matanya jatuh memandang mata Alvin. “Papa... kenapa papa cakap macam tu? Papa...” tangisnya, masih memandang Alvin.

Alvin tunduk sambil menyeka air matanya. Dia mengangkat mukanya memandang Sara. “Sara... lepas ni...kita...” air matanya mengalir. Dia tunduk menahan esaknya. Dia menutup mukanya lalu memandang Sara kembali. “Lepas ni kita takkan jumpa lagi, sayang,” tangisnya.

Sara tergamam memandang Alvin. “Papa... no!” ujarnya lalu memeluk Alvin erat–erat.

Alvin membalas pelukan Sara. Dia mengucup dahi Sara. Dia meleraikan pelukan Sara. “Papa mesti pergi, sayang,” ujarnya lalu mengucup lembut jari jemari Sara.

Air mata Sara mengalir deras. “No!!! Sara nak ikut papa,” tangisnya.

Air mata Alvin mengalir lagi. “Tak boleh sayang... Sara mesti duduk sini.” Dia tunduk, menahan sebaknya. Dia memandang Sara sambil menyeka air mata Sara. “Sara, janji pada papa, Sara akan jadi budak baik. Must be a good girl, okay?” ujarnya menahan sebak.

“Papa... no! Sara nak papa. Sara tak nak papa pergi.Please,” rayu Sara bersungguh–sungguh dalam tangisan.

Alvin menggeleng–geleng. “Papa tak dapat jaga Sara dengan baik sayang. Sara tinggal dengan mama ya, sayang,” pujuknya.

Sara menggeleng–geleng. “No... please... I want you too. Please papa... I beg you. Don’t ever leave me,” rayunya dalam sedu sedan.

Alvin memeluk Sara erat–erat. “Ingat... lepas ni Sara mesti dengar cakap mama ya, sayang. I’m so sorry Sara... so sorry,” ujarnya satu per satu. Air matanya jatuh.

Sara hilang kata.

Alvin mencium kedua–dua belah pipi Sara. “Neo!”

Neo menghampiri mereka. Matanya merah. “Bos...”

“Tolong berikan Sara pada Ain lepas dia sembuh. Uruskan segalanya untuk Ain dan Sara,” ujar Alvin sambil menyeka air matanya. Dia mengucup dahi Sara lalu meletakkan Sara di sofa. Dia bangun lalu melangkah meninggalkan mereka. Belum sempat dia keluar pintu, Sara berlari memeluk erat kakinya sambil menangis teresak–esak.

Alvin menelan liur. Air matanya deras mengalir.

“Papa... please... don’t leave me papa. I love you. Love you,” tangis Sara.

Hati Alvin semakin hancur. Dia tidak sanggup lagi mendengar rayuan Sara. “Neo!”

Pantas Neo datang lalu mengambil Sara.

Sara meronta–ronta tidak mahu melepaskan kaki Alvin. Namun, tenaga kecilnya tidak mampu mengatasi tenaga seorang lelaki dewasa.

Alvin terus meninggalkan mereka tanpa berpaling.

“Papa!!!”

Alvin menangis teresak–esak di dalam kereta. “Maafkan papa sayang. I’m so sorry...” ujarnya sendiri lalu menyeka air matanya. Dia menekan pedal minyak meninggalkan tempat tersebut.


Assalamualaikum ..
thanks sebab sudi lagi singgah di blog ini .. hehehe ...;)
apa khabar yang sedang membaca ..? harap semuanya alrite n ok2 je k .. heee

dann ... terucap syahadah. Bagi siapa yang sudah kenal aku .. pastinya tahu kan betapa bermaknanya terucap syadah tu bagi aku. heee .. by da way .. thanks kepada yang sudah membeli .. dan sudah membaca. thanks sangat ya. So far .. kat atas tuh .. sikit dari part yang ada di dalam novel tuh.

Bulan ni .. dah lebih 6 bulan juga Terucap Syahadah berada di pasaran. Alhamdulillah .. ada juga dapat respon dari pembaca. Kebanyakannya positif. Belum lagi dapat yang negatif. By da way .. tertunggu-tunggu juga yang begatif. Bukan tak bersyukur bila positif .. tapi .. yelah .. perlu juga tahu yang negatif supaya dapat dibaiki untuk yang kedua nanti, insyaAllah ... ;)

Ini antara komen-komen yang aku dapat dari pembaca :

' .. Pnulis novel terucap syahadah kn????Best giler novel 2...' dari Shahzian Sulaiman. ( facebook )

Atir rupanya kak lah yg mengarang novel terucap syahadah.. saya suka sgt baca novel tu.. mnarik sgt.. ( shoutmix box my blog )

' ... aslamualaikum...dik Lidya nazura tahniah lahir novel terucap syahadah.Walaupun novel TS adalah karya pertama LN,tetapi menunjukkan LN sangat berbakat.Novel Ts penuh dng pengisiaan & pengajaran yg baik.Saya doakan LN akn terus berkarya...' ( email )

Yang ini pun dari email juga :


Hi Nazura,

im nash. kita sebaya la. 1988. i pun dlu matrik gk. kat arau tp amik akaun. pas tu i dpt tawaran uitm shah alam kos marketing. dekat sikit ngn uma.

by the way, i da abis bace novel tulisan u "Terucap Syahadah". 2 hari je i abis kan. citer tu mmg best giler. n byk buat i tersentuh. lg2 perihal sara n alvin. saya kagum ngn watak alvin yg sungguh2 jaga sara. cm tu juga sara begitu skali menyayangi alvin wpun dia tau ayah dia penjenayah. begitu juga ngn perihal perkenalan ain n alvin smp mrk kawin. nak menangis rasa nye. yang paling best alvin da peluk islam.

u tau, ni novel kedua yg terBEST i bace selepas SENTUHAN KASIH by Harlina Kamarudin terbitan i book publication.

pelik kan, seorang laki saya inat bace novel2 cm ni

i harap, u dpt tulis lg cerita2 yg best. i akn beli n jadi Fans u. i sokong u. kalu ade buku baru tell me, i will buy. thank you


by da way .. thanks sangat kepada yang respon that novel. ada yang aku tak dapat masukkan dalam blog ni sebab dari facebook. Macam kawan aku Linda .. kak Love Heart Cintaz and Abg Jefri Miskuzie dan ada lah lagi beberapa orang yang lain. sayanglah kat kamu semua ..;)

Aku bagi juga pada cikgu kesayangan ... Cikgu Zaharah. Terkejut aku esoknya dia call aku sungguh-sungguh dia menangis. Dia kata touching gile. Memang sedey tapi ending yang sangat puas hati walaupun kata orang sad ending. Everything is real. Cara dakwah yang baik untuk non-muslim.

And aku bagi juga pada lecturer kesayangan .. Encik Ramlan. Dia tak lah baca. Tapi dia bagi anak dia baca sebab anak dia suka baca novel. Anak dia kata ...' bagus novel kakak ni tulis ..'

Last sekali bagi pada students aku lah. Kenangan sebelum aku tinggalkan diorang .. by da way .. bih kurang sama gak respon...seorang student aku mesej ..' cikgu, sedey giler novel cikgu. kakak-kakak form 5 semua ketawakan saya nangis sorang-sorang ...'

Alhamdulillah .. untuk semua itu .. syukur sangat pada Allah. Aku tak mungkin dapat hasilkan tulisan yang begitu tanpa idea-idea yang Allah bagi kat aku. Segala pengajaran .. buruk dan baik .. dan juga pengisian itu adalah antara apa yang Allah mahu pembaca tahu. Mungkin dari situ dakwah juga berlaku.

Bagi aku ... kejayaan aku pada novel tu bukan saja melalui berapa banyak jumlah ia terjual tapi .. seramai mana pembaca mampu menangis dengan novel tu. Aku tak nafikan novel tu memang boleh mengundang air mata. Tapi pasti ada senyum kepuasan. Tulisan begitu terhasil dari emosi aku juga masa tu. Dalam masa aku menghasilkan novel tu .. aku memang sedang melalui saat-saat air mata kerana kehilangan kawan-kawan baik yang aku sayang sangat. Part di atas adalah part di mana .. aku berfikir banyak kali untuk teruskan. Sama ada aku sampai hati atau tidak untuk situasi itu berlaku. Keadaannya seperti aku yang menentukan nasib diorang. Ye lah .. dah aku yang tulis, kan .. hahahahaa .. by da way ... tu lah part yang buat aku menangis hampir teresak-esak juga .. masa menaip. Yelah .. cuba bayangkan kalau that's da real thing .. cepat bayangkan ... hahahahaa ..



Seorang tokoh Islam yang aku tak ingat siapa nama dia pernah kata ...' seorang penyair yang dapat menghasilkan syair yang baik .. yang dapat menyentuh hati pendengar adalah apabila syair itu dari hatinya. Apabila syair itu adalah dari pengalaman hidupnya yang sebenar..'

Oleh kerana aku menzahirkan air mata aku pada novel itu .. dan pembaca yang berjaya menangis .. maka mereka telah merasai sakit dan kesedihan aku waktu itu. Thanks all ...;)

sebab itu juga aku hantar novel itu kepada alaf21. Bukan yang lain. Actually memang banyak lagi dalam simpanan yang aku tak hantar ke mana-mana macam reunion, kisah kita, cintaku hanya untuk mu, bukan cinta biasa .. tapi semua itu bukan pilihan aku untuk aku hantar. Hanya kerana Terucap Syahadah .. atau asalnya adalah Syahadah Terakhir .. ada keistimewaannya yang tersendiri dalam life aku ... maka aku rasa .. inilah manuskrip yang terbaik pernah aku hasilkan buat masa ni ... ;)

So .. kepada yang masih belum kenal dengan Terucap Syahadah .. cubalah berkenalan dengannya. Aku tidak menjanjikan kepuasan yang maksima sebagaimana hasil tulisan habiburrahman dan penulis-penulis hebat yang lain... tapi .. aku membawa respon pembaca maka anda nilailah. InsyaAllah .. ada sesuatu yang baru dapat anda lihat.

okeh ..
thanks to read this entry
wassalam ...


Sunday, July 24, 2011

~ alahaiii nak kahwinn ... ~

Assalamualaikum ...
hee ..
apa khabar sunday anda semua ..??
huuu .. by da way baru saja lepas melalui waktu yang tak best ..
but .. everything getting better rite now!!! ;)

hmm .. mud malam ni tiba-tiba nak cerita pasal kahwin. wakakakaa .. mau kahwin ka sudaaa ..?? lama lagi laaa. muda lagi kot. relakssssss dulu .. hahahaa. Tapi .. kawan-kawan aku da ramai jugak yang dah kahwin. Dah tunang lagi lah ramai. Perghhh .. memang ucapan tahniahla kat korang ya kawan-kawan. Ada jugak yang tanya kat aku bila nak tunang memandangkan aku n my bf dah lama gak bercouple kan. hahahaa ... aku kata .. relakss dulu. Muda lagi .. hehehee..

Dulu masa my bf dekat lagi dengan aku .. aku selalu la jugak cakap hal-hal kahwin ni dengan dia. At last mesti jadi perang mesej. kah3x. Kami jarang cakap benda serius face to face. Kalau face to face, kami tak cakap hal kami .. kami cakap pasal orang lain. keh3x. Kenapa jadi perang mesej ..?? Tak mau kahwin ke ..?? hahahaa .. tak laaa .. cuma bila cakap tentang kahwin .. ia berkait rapat soal tanggungjawab yang cukup berat di pihak lelaki. Sebab tu nanti my bf jadi hangin satu badan. Cuma tak keluar je ...' awek aku nih tak reti bahasa ke hape ..?? ' kah3x. mereng kuasa 3.

Lately ni .. memang kerap jugak pergi majlis nikah kahwin nih. Cousin aku ... dah 3 orang kahwin. Sorang .. tua dari aku. Sorang .. sebaya adik aku. ( bapak awal kahwin ) dan sorang tua setahun dari aku. Anak-anak parents aku je yang tak mau kahwin. kah3x .. ( bukan tak mau kahwin .. belum sampai jodoh ..) heee ..

Sama macam majlis-majlis kahwin kebanyakan masyarakat Malaysia. Waaaa .. pelamin nak indah. Make up nak tebal 2 inci. Jemputan nak ramai ( pada hal tak berapa nak mampu ) .. hantaran ..??? wallahualam .. ;) Dan aku .. aku ada persepsi aku sendiri tentang majlis perkahwinan ni. Aku tak kisah lah orang kata apa kan .. yang penting .. persepsi dan pendirian aku n my bf .. buat masa ni ... alhamdulillah .. masih tiada sebarang pertikaian.

Jadi .. apa kata aku tentang ....:

1. Pelamin

Apa nama dia ..?? Ya .. pelamin.
Sampai hari ni .. dan sejak hari tu hari tu lagi ..
aku tertanya - tanya ...
orang buat apa dengan pelamin nih ..???
Selalu aku tengok ..
pengantin duduk kat pelamin .. then ada saudara n bla bla ..
then tangkap gambar.
Tu je ke fungsi pelamin dalam suatu majlis perkahwinan ...???
Kalau itu je ..
Rasa macam membazir duit aku kot bayar beribu or beratus-ratus ..
hanya sebab untuk duduk dan ambil gambar yang tak sampai berapa jam ..
adoiiiyaiii ..
( itu pandangan aku buat masa lalu dan masa sekarang. Akan datang .. wallahualam )

Dulu .. masa aku tak couple lagi dengan my bf ..
aku pernah tanya dia
' kalau awak kahwin nanti .. awak nak bersanding tak ?'
then .. my bf jawab :
' tak nak. ayah tak suka. abang-abang kahwin pun tak bersanding. membazir...'
masa tu aku kata dalam hati :
bagus, bagus .. boley jadi bf nih. ada persamaan .. kah3x.

Then .. masa dah couple.
Aku pernah tanya dia soalan yang sama. Tapi lebih kepada nak menyakat. Bukan ujian keserasian lagi. kih3x
aku tanya :
' awak .. nanti kalau kita kahwin .. nak pelamin ea. Nak ambik gambar ..'
my bf jawab :
' tak nak lah...'
aku kata plak :
' alaaa ... nak ambik gambar. Tak pe lah .. awak tak nak saya nak. Saya ambik gambar sorang. Awak tak yah yer ..'
my bf kata :
' ok .. suka hati ...'

Memang sengal. Kalau lah awek dia ni memang mengidam nak bergambar atas pelamin .. mahu dia merajuk macam hape. Nasib lah aku ni memang tak berminat lagi dengan si pelamin tuh. hahahaa ..



~ waaa .. cantiknya pelaminn ... hahaha ~

Conclusionnya :
Insya Allah .. bila aku kahwin nanti .. there's no pelamin kot. Tak kiralah kahwin tu dengan siapa kan. Jodohkan Allah yang atur .. heee


2. Make up

adoiiyaiii ... make up pun satu hal
selalu make up pengantin .. kadang-kadang dah macam wayang pek ji .. kah3x.
macam cousin aku tuh sorang ..
dia 3 tahun muda dari aku. Tapi masa aku pergi majlis kahwin dia aku tengok dia macam tah bertahun-tahun tua dari aku plak .. ( sedang perasan muda nih ) hhahaahaa

make up tu ... mata hitam bukan men ..
bulu mata sampai 1 inci melentik sampai nak cecah kelopak mata ..
bedak .. sampai 2,3 inci tebal ..
sekali compare dengan tangan ..
alamak ... lari warna daa ..
pipi macam-macam kaler ader ..
kih3x ..
wat ever ...
tak baik mengutuk kan ..
tapi .. tu la .. aku penah cakap dengan kakak aku ..
aku kahwin tak nak upah mak andam ..
okeh tak ...???
hahaha .. okey je kan. make up sendiri pun okey wat.
yang penting .. make up yang diguna tu
kena ada brand ..
macam simply siti ke .. sweet tau kaler dia. Tak yah make up tebal - tebal ..
cantik je bila ambik gambar.
Yang penting kena lah ada ilmu make up sikit-sikit kann .. hehe ..



mungkin ramai perempuan tak setuju dengan aku ..
ye lahh .. kahwin kan. mesti nak nmpak lain dari biasa. Tapi bagi aku .. kalau muka aku dah jadi luar biasa memang aku takkan jumpa orang lah kan. Lagi plak .. kalau masa kahwin kita make up macam tu .. tapi kenapa kita tak nak make up macam tu tiap hari untuk suami kita, kan ..?? kan ke pahala .. make up macam tu untuk orang lain .. dipandang lelaki bukan ajnabi. Tapi untuk suami nanti .. malas nak make up make up ..
hmm .. bersederhana je kot..



~ bagi aku .. make up nih agak nice la .. masih sedap lagi mata memandang .. ;) ~


Bagi aku kalau make up .. muka aku dah berubah, itu adalah penipuan bagi diri sendiri. hahahaa ..
Tapi .. tak boleh cakap jugak kan sekarang. Sekali masa nak kahwin bukan men aku make up macam nak hape. hahahaa ..
Tapi .. ni aku cakap masa sekarang kan. Akan datang .. wallahualam.
Tak tahu lah kalau tiba-tiba jiwa aku dah berubah
jiwa nak kahwin kan masa tuu ..
~ ngeee ... ~

3. Baju Pengantin

waaaa ... baju pengantin !!!
pasti ini akan jadi perkara nombor 1 pada pengantin perempuan.
nak pakai baju macam mana ek cantik ??
nak yang sulam-sulam ke .. yang labuci labuci ke ...
nak tema warna apaa ...
fening .. fening ..

hahaa ... bagi aku lah yang belum ada perancangan nikah kahwin nih ..
heee ...
aku prefer baju yang simple je ..
sewa or beli or buat sendiri ...??
hmm .. prefer tempah kot .. kalau malas .. beli terus.
( ceit.. cakap macam nak kahwin minggu depan ..!! )
bukan pe .. mungkin akan lebih puas hati .. hee
dan .. mungkin tak de kot adegan tukar baju berkali-kali macam ada certain pengantin tuh aku tengok .. kejap india .. kejap arab .. kejap melayu .. adooiyaii .. tak penat ke tukar baju banyak kali .. huhu ..




~ ini pun ok .. untuk majlis akad nikah kan .. hee .. ~

dont need la yang heavy-heavy sangat ... pe lagi yang seksi bagai kan.
Lagi tak suka kalau baju tu ..
terlalu ikut potongan badan. bukan sebab badan tak solid n bla bla ..
tapi kan aku selalu pandang orang yang pakai baju betul-betul ngam potongan badan
cam tak best kot di mata aku ..
prefer yang longgar sikit .. lebih selesa dan lebih selamat ..
~ ngee ...~



~ suka design tiga-tiga tuh .. tapi nak warna dark grey .. hehe .. ~

untuk warna tema ...
aku suka warna dark-grey .. hahaha
tak kisah lah bakal laki aku suka ke tak suka...
tak suka tak yah kahwin ..
kah3x ( zalim betul ! )


4. Hantaran

Hantaran ...???
Sebut pasal hantaran je .. orang lelaki dah terduduk..
pening kepala ..
ikat perut .. makan nasi putih dengan ikan bilis jerk ..
macam-macam kerenah kan orang nak kahwin ni ... hahahaaaa
ye laahh .. mana tak jadi macam tu. Hantaran je dah RM 10 000 - RM 20 000
tu tak masuk majlis nak buat kat pihak lelaki ..
tu tak fikir nak duk umah apa lepas kahwin ..
dah kahwin ... nak ada transport. takkan motor je ..
sekurang-kurangnya kereta 2nd hand pun ok ..
Ada kereta nak bayar bulan
sewa umah ... hutang barang perabot rumah lagi ..
barang - barang keperluan setiap hari lepas kahwin .. mesti dah meningkat
woooooo ...
banyak woo nak pk lepas kahwin berbanding hantaran beribu-ribu tuh.



~ nih hantaran pak cik google yang punyaaaa ... hahaha ~

hantaran tuh untuk sehari je ..
majlis kahwin yang cuma berapa hari tuh ..
berhabis duit sampai berpuluh ribu campur sebelah lelaki n perempuan
duit kumpul bertahun-tahun .. habis time tuh jerk ..
sayangnya duit aku derr ..

yang lagi tak leh blahh ..
ada plak yang sanggup hutang ah long semata-mata nak buat majlis yang grand-grand macam orang selalu buat. then .. lepas kahwin ..
keje laki bini adalah bayar hutang ah long
ke sana sini hati tak tenang ... lambat sikit bayar .. kena kejar
nikmat kah hidup selepas kahwin begitu ...???

sebab itu Islam mengajar kita dengan sederhana
kurangkan berhutang
buatlah majlis semampu kita ..
jangan suka sangat kejar glamour .. tapi kejarlah pahala
betul kan niat nak kahwin tu. ubahlah kebiasaan masyarakat hari ini. buka mentaliti kita. jangan di kongkong dengan kerenah masyarakat hingga membawa kita kepada perkara yang di luar batas kemampuan kita.



~ ini budget orang lain .. pak cik google mari ... cuma kalau aku .. dah tentu-tentu tolak sewa pakej pelamin n baju pengantin .. n mungkin upah juru gambar tuh .. jimat .. jimat .. hahahaa .. ~


Nilai hantaran itu bukan nilai cinta
Nilai hantaran itu bukan nilai seorang perempuan itu ..
Jika nilai hantaran itu adalah nilai cinta dan nilai seorang perempuan itu ..
Alangkah ruginya ..
Alangkah murahnya harga cinta dan seorang perempuan itu ..
Letaklah nilai hantaran sebesar RM 99 999 pun ..
Ia tetap terlalu murah
Kerana nilai cinta dan nilai seorang wanita yang di cintai itu
tidak akan terbayar oleh apa yang ada di dunia ini
Itulah nilai cinta yang ikhlas dan sejati



~ adoiiyaii .. nak kena buat begini kahh ..?? ~

Jadi .. kiranya kita benar-benar sayangkan bakal suami kita
yang akan menjadi suami kita ..
letaklah nilai hantaran bersesuaian dengan kemampuannya ..
tapi janganlah sampai tak de hantaran ..
tu macam dah tak patutlah pulakkk ..
hehehehe ..

wat ..??? hantaran aku ...??
entahlah .. tak fikir pun lagi ... hahahaa ..
my bf penah tanya gak .. tapi aku kata .. suka hati kamu lah ..
ada orang kata .. duit hantaran tuh .. or check nak kena letak kat dulang hantaran ..
ye ke ..??
nak buat apa ..?
nak bagi semua orang nampak berapa ?
Pastu diorang boley cakap-cakap n bla bla ...
eeee .. sibuk aje.
duit tuh untuk parents i kot .. sibuk nak tahu nak buat hape .. tak penting okehhh ..
suka hati lah kalau 500 sekali pun ..
( wohoo .. emo nampak ..!! )

5. Jemputan dan majlis

okeh .. jemputan kan ..siapa nak dijemput ??
wakakaa ...
ikut kepala aku yang sekarang nih ..
sebab tak berniat nak berbesar-besaran .. maka macam biasalah ..
orang kampung, saudara terdekat .. kawan-kawan parents yang terdekat .. kawan-kawan aku yang rapat .. dan cikgu n lecturer yang rapatlah ..
kurang 1000 la okeh .. yang penting .. makan puas. tu baru betul nak menjamu orang makan.



~ makkkkk aiii .. giler granddd .. hahahaa .. ini level artis .. standard r .. diorang kan glamour .. majlis punn kena glamour you .. hahaha .. ~


untuk majlis pulak ..
rasanya majlis yang simple-simple je ..
lepas akad nikah ...
jamuan makan ..just ada di dewan makan supaya tetamu tahu pasangan sudah selamat diijab kabulkan ..

waima duduk kampung .. aku tetap prefer buat chatering
mudah .. simple .. n tak fening kepala.
habis citaaaa ..
tapi sebab duduk kampung .. mungkin ada lah yang perlu di pertimbangkan ..
tapi tak tawuu la pe benda .. kah3x.

there's no karaoke ..
aku memang tak leh tahan bila dengar tah sape-sape menyanyi kat kenduri kahwin
bukanlah aku mengutuk ..
lagi pun benda tu bukan elok pun.
bazir je nak upah orang buat benda tu semua kan ..
much better aku upah adik aku pasang lagu - lagu yang aku pilih sendiri ..
lap top kan banyak ..
then beli speaker yang baikk punya ..
alaaa .. bukan nak bagi dengar satu kampung pun ...
bagi ada bunyi-bunyi sudaaaa time majlis tuh .. kan?
tak laaa bunyi orang bercakap je kan ...
simple simple sudaaaa ..



~ tak nak macam ni boley tak ..?? macam malu jeee .. nanti semua orang tengok .. tak suka tak suka ...hahahaa ~

then .. last sekali ..
orang kata makan damai ..
alaaa .. mana ada makan nak gaduh plak kannn ..
nak kata ape ek makan damai ..
makan je la .. pe susah
pergi lah sewa kerusi cantik sikit .. then decorate lain sikit.
habis cite ..
hahahaa ... tapi yang penting .. dark grey .. tak mau dark grey .. tak mau kahwin ..
hahahha .. boley plak gitu ekkk ..



rasa itu je kot benda-benda penting yang selalu bermain-main dalam kepala aku bila time-time tak de kerja. Bila time-time tengok orang kahwin. Aku pun tak pastilah adakah aku memang laksanakan apa yang aku fikirkan tu bila masanya sampai nanti. ( jadi .. janganla kondem aku cakap tak serupa bikin plak .. ini kan angan-angan .. hee ) Ye lahh .. manusiakan berubah. Semua yang aku tulis kat atas tu .. sekadar angan-angan semata-mata. By da way .. aku memang tersangatlah simple. Rasa orang yang dekat dengan aku memang kenal sangat how simple I am, kan ..?? Cuma .. kalau aku berjaya melaksanakan apa yang aku state kat atas tuh satu per satu .. aku adalah antara orang yang telah berjaya melawan arus budaya kahwin masyarakat Malaysia hari ini ..
~ ngeeee ... ~

okehlahh .. sekian saja angan-angan ku pada malam ini ..
wassalam ..;)


p/s : semua gambar di atas di cari dari si google yang clever .. ;) peace .. !!!



Friday, July 22, 2011

~ tentang drive .. ~

Assalamualaikum ..
hehee ...
Apa khabar jumaat anda semua ..??

hm .. sedar tak sedar dah lama dah rupanya aku memiliki lesen untuk memandu kereta. hahahaa .. sedang jakun la plak kan ..hee. Tahun ni ... kira dah masuk 2 kali lah aku renew lesen full aku. By da way .. aku cuma ada lesen kereta je. Lesen motor telah diisytiharkan tak boleh oleh my dad. Kenapa ..? hahahaa ... siapa yang pernah naik motor dengan aku .. siapa yang pernah nampak aku bawak motor .. akan tahulah betapa pelesitnya aku bila bawak motor. Siapa yang rapat dengan aku .. akan tahulah betapa gilanya aku dengan motor. Bukan motor elektrik yang 1 fasa or 3 fasa tuh. Ni motosikal. Nak lagi yang clash mati .. memang smart lah! Aku tak suka skuter .. sebab pada aku tak challenge sebab tak ley main gear and clash. kah3x.



gilerrr smart ini motor .. serius .. memang aim giler motor nih dulu. Siap tampal kat buku lagi .. hahaa

Dulu masa kanak-kanak .. area darjah 5 and darjah 6 la macam tu .. idola aku adalah pelakon dari Hong Kong. Siapa tah nama dia. Tapi .. lakonan action dia memang best. Aku selalu berangan pakai baju and jacket smart-smart cam dia. Dan yang pasti .. bila bawak motor berkuasa tinggi memang gileeeeerrrr smart. Jadi .. misi aku pada waktu itu adalah .. ada motor berkuasa tinggi .. then .. tak nak pakai tudung apa lagi baju kurung. Waaaaa .. tak macam bengong plak misi aku masa umur 12 tahun. hahaaa .. masa tu, sumpah aku pakai tudung sebab terpaksa. Sebab kalau keluar rumah tak pkai tudung or baju ketat .. alamat kena belasah dengan ayah aku. Cayalah ganas !! hahahaaa ...

Tapi .. tu masa dulu lah kan. Semakin besar .. semakin lah kita kenal agama anutan kita. Especially Islam. Sebab itulah perlunya belajar dan terus belajar. Kalau tak belajar .. macam aku tadi .. sampai ke hari ni lah aku kata pakai tudung sebab takut kena belasah dengan ayah aku. Bila tak de ayah aku .. buka tudung ikut suka. Sedangkan termaktub dalam Al-Quran surah An-Nur tak silap .. tuntutan pakai tudung itu wajib untuk wanita muslim. Hukum dia sama je macam solat. Tuntutan solat juga wajib. Betul tak ...?? hahahaa .. tazkirah pulak mak cik nih.

Okeh .. cerita pasal lesen balik. I got my first P masa tahun 2008 tak silap aku. 14 Feb 2008. La ni dah 11 julai 2011. Lebih kurang 3 tahun lebih la kan. Alhamdulillah .. sepanjang memandu ke mana-mana ... aku belum mencatatkan sebarang saman. kih3x. Pemandu berhemah nampak .. perghhh .. jangan haraplah pemandu berhemah. Tak pernah ada istilah berhemah dalam hidup aku sebagai pemandu. ( belaagak betul )

Sepanjang aku drive .. bawa kawan yang perempuan .. ramai juga yang kata ..kecut perut bila naik kereta dengan aku. Kenapa ? Jom tengok karekter aku sebagai pemandu ..:

Apa yang paling aku pantang masa drive :

1. Pakai Tali Pinggang Kledar

Ini memang aku sangat bengang.
Walaupun sesetngah orang kata tak pakai tali pinggang kledar macam orang hulu masuk bandar tapi aku memang cukup tak suka. Apa lagi dalam keadaan jalan jam .. nak cepat .. dan seangkatan dengannya lah. Sebab tali pinggang kledar menghalang pergerakan aku untuk cepat. Nak cepat tukar gear .. nak cepat tengok peluang untuk 'cilok' masa jalan jam. hahahaa ..
by da way .. biasanya aku cuma akan pakai tali pinggang kledar bila masuk bandar .. atau perjalanan jauh.

2. Bila orang suka main break

Ini cukup aku sakit hati.
Sikit-sikit tekan break. Sikit-sikit tekan break. Kalau masa tu jalan jamed .. boleh jugak aku terima. Tapi jalan clear pun nak main break jugak. Tension aku. Then .. lagi bila aku potong tengok yang bawak tuh girl. Perghh ... memang aku tak tunjuk emosi depan-depan .. tapi aku akan cakap .. buat malu perempuan je bawak kereta macam tu ..
( huu .. belagaknya aku .... )

3. Bila segalanya slow.

Yup .. slow.
masuk simpang slow ... atas jalan slow ..
adoiiiyaiiii ...
Kes masuk simpang paling aku bengang. Dah signal nak masuk tu masuk je lah kan. Ni .. bukan men slow sampai aku kat belakang ni terpaksa berhenti. Tak logik betul. Kalau nak masuk tu ada apa-apa halangan .. tak la aku bengang. Ini jalan bukan men luas .. tak de pape .. dia masuk macam siput sedut. Memang aku hangin.
Nak-nak lagi, duduk line kanan .. tapi slow cam siput.
Tu satu hal ..
Kalau pun duk line kiri .. atas jalan 90km/j janganlah slow giler. Bila aku tunda .. meter aku dekat 50. perghhh .. agak bengang di situ.
Hang nak p bersiar-siar ka ..? nak bersiar-siar .. p jalan kebun naa ...
erkkk ..
Apa lagi yang slow??
Bila nak jalan masa traffic light turn to green light.
Adoii .. bila dah hijau .. time tu la nak masuk gear 1 .. nak turunkan handbreak ..
sangat buang masa. Ready la awal-awal.
Lagi kalau jalan jamed .. traffic light sekejap.
memang masaklah kan nak tunggu..

4. Tekan hon

huhuhu ...
aku memang tak suka tekan hon. tapi kalau tak de hon pun susah gak kan.
apa pun memang tak suka tekan hon sebab aku tak suka orang hon aku.
pada aku ..
tu tindakan yang memalukan mereka.
hahahaha ..
sebab aku tak suka kena hon. benci kena hon. Biasanya aku kena hon bila aku drive area 60 km/j ke bawah. Bila bawak slow .. kononnya nak berhemah .. mesti kena hon punyalah. Bila aku bawak laju .. cilok sana sini .. signal tak henti kiri kanan kiri kanan .. tak pulak nak hon.
huhuhu ...
sebenarnya bila kita drive slow .. kita akan banyak khayal. Banyak benda kat sekeliling kita kurang perasan. Bila drive laju .. kita akan banyak berjaga. Mata kita akan ke kiri .. ke kanan .. ke belakang .. semua cukup. Tapi ... tak sama laju dengan gelabah. tu beza okeh ...
hee ...
tapi kalau melampau sangat .. bukan men panjang hon aku tekan.
baru rasa !!! hahahaa.

5. Kereta tak de pick up !

adooiiyaii ..
ni memang aku bengang gila.
kereta tak de pick up nih .. bila memotong .. dia tak ley pecut. terkedek-kedek cam siput. Ni pengalaman aku drive kereta kakak aku iswara 1.3 la. Memang tak sabar. Sangat terasa bila drive kereta ayah aku Honda 2.0 lama denga Proton Saga lama 1.6 tuh.
Even kereta Proton Saga lama tu memang lama ..
buruk lagi ..
tapi bagi aku .. masih memuaskan untuk speed.
Kereta baru janganlah cerita kan.
So .. kalau nak beli kereta nanti ...
sure benda aku tengok adalah ... cc dia. hahaaha ... tapi pun berbeza jugak. Contoh macam proton dengan produa.
Macam produa ... even 1.3 .. tapi gila gak dia lari. Sebab dia kecik n ringan ..
~ ngeee ... ~



aku melaram dengan kereta kakak aku ..
nih time raya bila tah ... pakai baju yang my bf pilihkan ..
pilih je bukan belikan ...
dia miskin tahap wajib dapat zakat masa tuh... kah 4x


6. Lagu slow

haaa .. bila masuk kereta ..
benda wajib aku buat adalah .....
baca doa dulu ..
then ..
radio. Itu yang pasti.
channel pilihan ...
Fly.fm tak kira masa.
kenapa pilih fly.fm ....????
Okeh .. pertama sebab bila lagu inggeris .. aku kurang dapat catch up maksud dia kalau dengar sambil lewa je. Maknanya layang music je lah.
Biasanya lagu inggeris .. music dia lebih banyak yang energetic.
Energetic sangat penting bagi aku masa drive ..
supaya aku jadi energetic time drive.
tak kiralah nak laju ke hape .. buat-buat macam racing sendiri pun okeh.
hahahaaa ...
atau pun .. supaya tak mengantuk. Apa lagi kalau jalan highway kan ..
Sebab jalan dia strght je .. tak selekoh .. tak terlalu challenge ..
buat aku cepat mengantuk.
Pe lagi kalau drive sendiri... hahahaha


hahaaha ... tu je kot. rasanya banyak je lagi ... tapi ini yang paling lah kan. Cuma .. selalunya aku buat perangai giler masa drive .. bila drive sendiri. Bila dengan ayah aku ke ... memang skema cam hape lah kan. Sekali tuh aku berlumba dengan satu kereta ni ... masa tuh bawak family lah. Giler .. meter aku nak cecah 140km/j kot .. tapi at last aku mengalah. Malu sendiri kot sebab perempuan. Kalau tak .. hmm .. faham-faham je lah.

Bila pergi dating dulu pun .. sopan je drive. hahaha .. masa aku dengan my bf dekat .. dia tak ley drive kereta lagi. So .. ke mana mana .. memang aku yang drive. Even nampak cam weird la bagi sesetengah orang .. tapi cool kot bagi kami. Kalau orang lain sibuk cakap ... 'bawak anak dara orang ...' tapi aku ....' bawak anak teruna orang ...' kah4x. Tak ke cool tuh namanya. hahahahahaa ...Tapi sweet kot. Orang lain tak buat .. kami buat. hahaa. Asalkan bukan benda yang salah sangat. hahaa..

Tapi, amaran keras. Sila jangan ikut mana-mana yang tak elok. Bahaya untuk pemanduan anda kadang kala. hahahaa ... Okehlah .. penat membebel-bebel tak tentu hala nih. Pesanan kepada my bf ... sila memandu ye bila kita jumpa lagi nanti. Sy tak mau jadi driver lagik. !!. hahahaa ..

chaw ..
wassalam ...


Thursday, July 21, 2011

~ pjj dalam hubungan ... ~


Assalamualaikum ..
apa khabar yang sedang singgah di blog ini ..??

By da way .. malam-malam ni tak nak memberatkan otak dengan isu-isu yang heavy. Sesekali kena la release jap kan kepala otak kita nih. So .. malam ni aku cuma nak bercerita tentang apa yang aku terfikir. hehehee ..

PJJ ..??? Rasanya semua tahu apa kan PJJ tu. Biasanya di kaitkan dengan Pembelajaran Jarak Jauh. Tapi .. tak mau lah pakai istilah tu. Macam-macam boleh guna dengan singkatan PJJ tuh. hehehee ...

Bagi aku .. PJJ dalam hubungan tuh ... boleh pakai untuk Percintaan Jarak Jauh, Perjumpaan Jarak Jauh and bla bla. So .. that's PJJ dalam hubungan bagi hidup aku. hehehee

1. Percintaan Jarak Jauh

Hahahaa ... cakap pasal percintaan jarak jauh ni ... harus dan wajiblah bercerita tentang aku n my boyfren lah kan. Bila di kira-kira ... di kenang-kenang ... rupanya sejak bulan 12 tahun 2010 kami dah start separate. Sampailah pertengahan Julai ni ... baru 2 kali kami jumpa. Itu pun ... sebab kebetulan. Dia balik universiti sekejap .. jumpa lah sekejap. Then .. masa taklimat ... jumpa sekali .. then aku terpaksa ke Shah Alam. Bila aku balik ... dia dah balik daaaa ... hahaha.

Buat masa ni, kami memang tak ada masalah dengan jarak kami. Kebanyakan couple mungkin mereka akan mms, mesej sekerap yang mungkin ... 3G .. web cam ... call dan macam-mcamlah untuk eratkan hubungan tuh. Yup .. memang bagus. Cuma, kami tak mampu nak buat begitu. hahahahaaa ... Memandangkan my boyfren pun dah kerja sejak Jun hari tu .. masa yang kami ada memang sangat sikit. Masuk kerja pukul 10.30 pagi, balik kerja pukul 11. Biasanya kami hanya mesej bila dia habis kerja .. dan say gud nite. Kadang-kadang bila dia balik awal pun .. aku pulak ada tusyen sampai pukul 10.30 malam. So, masa yang kami ada sangat terbatas.

Masa mula-mula tuh ... memang sangat membosankan. Rasa mahu putus pun ada. Yelah .. sahari, tak sampai 1 jam berhubung. 3G apatah tah lagi. Memang tak ada. Web cam .. lagi lah. MMS pun .. cam dah bosan. Call pun ... seminggu sekai untung. hahahaa ... Pendek kata .. bosan segala lah waktu tu. Kalau lah masa ni, dia dah bertukar rupa menjadi Giant Malaysia pun aku rasa aku tak leh detect. Bulan 4 hari tu adalah kali terakhir aku jumpa dan tengok dia. hahahaha ..

Tapi, bila di fikirkan balik ...
takkan aku nak sia-siakan hubungan hanya sebab jarak kami. Buat masa ini aku masih percaya pada dia. Asalkan dia dan aku ikhlas dalam hubungan kami ni .. insyaAllah ... terhindar perasaan curiga melampau dalam hati kami. Cuma .. cara aku untuk melupakan dia sedikit dalam hidup aku hari-hari adalah dengan membusykan diri .. semaksimum mungkin. Hingga kadang-kadang aku tak terasa pun yang satu hari tu .. aku langsung tak reply mesej dia. Bukan nak buang dia jauh dari hati dan fikiran aku .. tapi, apabila terlalu banyak masa untuk berfikir tentang itu .. akan timbul 1001 curiga .. persoalan dan jawapan yang tidak-tidak. So .. jangan terlalu di layan perasaan rupa itu. Buang masa !! Banyak kerja lain boleh dibuat selain dari fikir cinta setiap masa. Bagi aku .. bosan !! Aku yakin ... bagi dia juga. Sebab dia pernah bagi tahu aku. Alhamdulillah ... kami sama tentang itu. Mungkin itu buat hubungan kami kurang masalah.
( hoho .. sila jangan riak ya Nazura ... )


2. Pertemuan Jarak Jauh


Ya .. harusnya masih tentang aku dan dia. Pertemuan Jarak Jauh ... kalau dah memang jauh, takkan ada yang dekat lah. Pertemuan jarak jauh ni berlaku bila kami 3G lah biasanya. Tu pun jarang sekali. Walaupun phone tu dekat je ... tapi ia tetap pertemuan yang jauh bila kita tak dapat rasa kehadiran dia di sisi kita. Tapi bersyukurlah kan ... at least ada juga pertemuan, kan ...??

Pertemuan seterusnya .. sama ada jarak jauh atau jarak dekat, tak pernah kami fikirkan. Kalau ada masa or rezeki .. jumpa lah. Tak mustahil juga anniversary kami pun .. takkan ada pertemuan. hahahahaa .. biasalah tu. Selama dekat pun .. bukan kami pernah sambut pun.
hahahaa ...

3. Pembelajaran Jarak Jauh

Okeh, yang ini memang selalu dengar lah kan. Aku pun .. insyaAllah .. akan usahakan untuk sambung pengajian aku dengan pembelajaran jarak jauh ni. Bila masanya tu ... Allah saja yang tahu kan. Yang penting bukan jangka masa terdekat ni. Sebab prinsip aku ... aku tak nak lagi pakai duit mak ayah aku. Aku dah janji ... untuk sambung master aku akan pakai duit aku sendiri. So .. insyaAllah .. ada rezeki aku .. aku akan sambung juga.

Tapi, itu dalam konteks pembelajaran akademik.
Dalam konsep pembelajaran kehidupan terutamanya dalam hubungan kami... jarak jauh antara aku dan dia sangat mengajar aku tentang sabar. Bukan aku je .. aku yakin dia pun. Aku tak nafikan .. kadang-kadang ada sikap aku yang sangat menguji kesabaran dia. Kadang-kadang aku sengaja je buat .. supaya kami gaduh. hahahaa ... memang bengong kot nak gaduh. Tapi ... bagi aku .. cam bosan jugak kalau hari-hari sama je .. sesekali gaduh kan manis juga rasanya. Barulah hidup ada wrna warni kan ... hahahahahaha ..

Yup, sabar. Aku sangat terasa betapa dia sangat sabar dengan aku. Mungkin bila jauh .. banyak keadaan mungkin boleh berlaku bila gaduh. Rasanya itu kot yang dia cuba elakkan.

Bagi aku pulak ... jarak jauh kami buat aku terpukul juga kehilangn dia. Dan buat aku yakin .. insya Allah ... dia adalah lelaki yang tepat buat aku. ( buat masa ni .. jodoh Allah tentukan .. tak pasti tentang akan datang .. hee )

Tak nafikan juga, jarak jauh ni mengajar aku tentang setia.
Waa.. setia ya..? hahaa .. ye lah, kalau tak fikir setia .. mesti aku dah berpoya-poya. Lagi-lagi sejak-sejak ni asyik berselisih jalan je dengan ex-boyfren kat kampung. hahahaa ...
( senget ) tapi .. tak ada yang menggugat pun. Sebenarnya ... semuanya bergantung pada hati kita. Kalau memang kita ikhlas dengan hubungan kita tu .. ikhlas dengan matlamat hubungan tu .. insyaAllah .. dengan sendirinya hati kita akan terhalang dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengkhianati hubungan kita tadi tu.
( pandai pula aku bersyarah malam-malam buta nih )




tempat last kami pergi aritu ..

4. Peneman Jarak Jauh

Hahahaa ...
Peneman Jarak Jauh. Walaupun jauh, tapi masih tak lupa antara kita adalah teman bagi pasangan. Tak tahu lah bagaimana dia kan ... sebab manalah aku leh tahu semuanya dalam hati and kepala dia, kan ..
Dia sebagai peneman aku .. maknanya dalam banyak hal aku akan minta pendapat dia .. minta nasihat dia even jauh kan. Nak tanya pun .. kenalah tengok situasi gak. Janganlah dia baru balik kerja pergi tanya macam-macam .. memang tak kenalah kan. Kalau kena hamun ... jangan nak merajuk sebulan plak.
kah kah kah kah ...

Mungkin juga ... meluahkan sesuatu dalam banyak perkara. Cuma kalau aku .. aku dah tahu lah apa benda yang dia suka .. pe benda yang dia tak suka. Apa yang dia boleh respon elok ... dan apa yang dia akan respon macam nak tak nak. Jadi, untuk tidak menyakitkan hati sendiri .. aku pun perlu bertimbang-timbang dalam beberapa hal lah. Dan kadang-kadang .. untuk benda yang aku tak pasti respon dia .. aku takkan tanya banyak bila dia bagi jawapan. Itu cara aku lah. Tak tahu lah orang lain kan. Orang lain .. pasti cara pun lain sebab pasangan kan lain-lain ... hahahahaa


5. Permohonan Jarak Jauh

Dan terakhir bagi aku ...
Permohonan Jarak Jauh. Permohonan pada siapa ? Pada Allah lah ...
Tiada yang lebih layak untuk kita memohon selain dari Allah Azza Wajalla ...

Siapa pun takkan terlepas dari dosa. Jadi .. mohonlah ampun dari Allah dengan segala macam dosa yang kita dah buat. Berdoalah untuk hubungan kita tu. Semoga Allah memberi redha ... semoga Allah kuatkan jodoh. Semoga dipermudahkan urusan untuk bersatu dengan cara yang baik ... supaya terhindar dari maksiat yang sangat-sangat menguji keimanan kita hari ini.

Untuk aku ...
Cukuplah aku berdoa setiap hari agar Allah kuatkan jodoh kami. Jika memang tidak ada jodoh antara kami .. datangkanlah apa saja halangan agar kami tidak membuang masa dengan hubungan kami ni. Berilah aku petunjuk sekiranya dia melakukan sesuatu perkara yang berupa pengkhianatan pada aku. Permudahkan urusan ijab dan qabul .. agar terhindar dari maksiat yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Kadang kadang aku bersyukur apabila kami berjauhan begini. Banyak benda yang harus kami syukuri dengan jarak jauh ini kerana aku pernah melalui saat dekat. Kalau boleh ... biarlah terus berjauhan selagi kami belum pernah di ijab qabulkan ..



semoga awan ni akan selalu pandang awak untuk saya ... ;)



Ramai kata bila jarak jauh perlu itu .. perlu ini ... tapi, cukup bagi aku jujur dan percaya. Selebihnya serahkan pada Allah. Sesungguhnya di situlah letaknya redha dengan qada' dan qadar Allah.

Wassalam .. ;)


Monday, July 18, 2011

~ aku dan rakyat Malaysia .. ~



Assalamualaikum ...
apa khabar semua ..?

Beberapa hari ni aku masih dalam mood mengupdate info isu semasa .. membaca pandangan dari mana-mana pihak .. pro-pembangkang, pro-kerajaan .. dan yang selalu kata .. ' aku neutral ..' By da way ... bukan untuk beberapa hari ni saja aku tiba-tiba tertarik .. tapi memang sejak sekian lama pun. Dulu masa sekolah .. aku antara orang yang tak boleh kena 'cuit' sikit. Cepat saja. Macam-macam hujah aku boleh keluarkan. Sebab dulu .. mana isu aku tak ambik port. Cara aku .. aku akan cari sumber sampai ke akar umbi. Kalau perlu buka buku .. pasti aku akan buka buku. Bukan untuk kepuasan aku semata-mata .. tapi supaya aku tak mati idea bila kena hentam.

Dalam Islam .. bertengkar itu memang benda yang buruk. Tapi, cara aku adalah perbincangan secara baik. Berdebat dan bertukar pendapat .. agar mana-mana yang kita tak tahu kita akan tahu dan mana-mana yang orang lain tak tahu, orang lain akan tahu.

Baiklah. Berbalik kepada aku dan Malaysia. Dulu ... aku tak nafikan, aku memang tak de semangat nasionalisma langsung. Bagi aku .. patriotik itu hanya berkisar tentang kemerdekaan saja. Errkkk ... cetek betul pemikiran aku masa tu. Tapi .. bila berlakunya perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini .. aku seperti tersedar ... besar sungguh semangat patriotik aku. Walaupun beberapa pihak mengatakan perhimpunan itu haram ... n wat so ever lah .. tapi aku semacam tidak bosan melihat video-video dari facebook and youtube. That's really Malaysian..!! Aku tak pernah terduga rakyat Malaysia jadi begitu unite. Sumpah tak pernah terfikir.

Bagi aku .. video tidak menipu. Itu adalah kejadian .. melihat mereka melindungi antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Berjalan bersama tanpa kenal .. tanpa membezakan rupa dan kaum .. aku rasa itu adalah suasana yang perlu bersemadi dalam lipatan sejarah hidup. Kita sering di momokkan dengan perbezaan kaum ... kesatuan antara kaum saja ... tapi jelas, semua itu bukan lagi sekarang. Rakyat Malaysia tidak lagi memandang sesuatu kaum sebagai point perjuangan mereka .. tapi misi dan matlamat mereka untuk Malaysia. Itu saja.

Sekiranya aku di takdirkan menjadi seorang pejuang .. bukan status aku sebagai Melayu yang aku perjuangkan. Aku akan memperjuangkan agama aku iaitu Islam dan negara aku iaitu Malaysia. Masih terdengar juga kata-kata sinis sesetengah orang yang kata ...' orang Cina tak pernah kisah apa nak jadi dengan Malaysia. Apa-apa jadi dengan Malaysia dia akan balik negara dia ...' like that??? Bagi aku .. orang seperti inilah sebenarnya mereka yang duduk di bawah tempurung. Orang yang hatinya penuh dengan prasangka. Melihat keburukan orang lain tanpa melihat kelemahan dan kejijikan pada diri sendiri. Habis tu .. orang Melayu?? Apakah asal Melayu? Kalau kata kan aku .. terjadi sesuatu pada Malaysia .. aku nak balik Indonesia ke ..??? Berfikirlah ikut rasional .. jangan main taram je ikut sedap mulut berkata-kata. Percayalah .. orang semacam ini, bila berkawan .. silap-silap .. manis di muka dan di mulut .. tapi hati penuh prasangka. Jangan kerana sesetengah Cina berperangai macam tah hape-hape .. kita label semua begitu. Jangan ingat Melayu bagus semua. Jangan tutup mata bila pandang kaum sendiri perangai buruk. Tak adil tu namanya. Tak adil ... sinonim dengan kejam.

Aku bukan membangkitkan isu perkauman di sini. Tapi bagi aku ... belajarlah menerima. Belajar dari sejarah. Bukan nak mngulangi sejarah. Sikap prasangka itulah sebenarnya yang akan mengulangi sejarah. Perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari ... pada aku, bukan saja semata-mata menuntut 8 tuntutan tersebut. Tapi .. ia memberi kesan yang amat mendalam pada perpaduan rakyat Malaysia. Aku mengikuti perkembangan perhimpunan tersebut hingga ke hari ini. Meneliti setiap komen - komen dari mana-mana laman blog tdak kira pro-pmbangkang mahu pun pro-kerajaan.

Kebanyakan peserta perhimpunan tersebut berjaya menghapuskan persepsi buruk masing-masing terhadap mana-mana kaum. Melayu, India dan Cina. Kaum Melayu .. tidak sangka bahawa ramai kaum Cina yang akan menyertai perhimpunan tersebut untuk Malaysia. Bagi kaum Cina dan India .. mereka tidak sangka kaum Melayu Islam akan bersama-sama melindungi antara mereka dalam melalui saat-saat getir. Bagi yang Muslim .. pasti saat yang cukup mengharukan apabila non-Muslim cuba melindungi mereka yang hendak bersolat di tepi jalan. Hakikatnya waktu itu .. mereka sudah tidak kenal perbezaan antara mereka .. mereka hanya tahu ... hati mereka ingin mencapai satu matlamat. Itu saja.

Bagi aku .. satu perkara yang merugikan apabila aku tidak mampu untuk bersama-sama menyaksikan rakyat Malaysia di satu kumpulan yang besar. Amat merugikan apabila aku tidak mampu bersama mereka semua. Tapi .. hati aku yakin, hati aku tetap buat rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum .. dengan penghormatan sesama agam .. aku yakin, Malaysia pasti mampu berubah.

Apa yang dapat aku lihat ... jangan pernah sesekali kita melabel seseorang itu dengan etniknya. Jangan melabel seseorang dengan agamanya saja. Melihat seseorang dengan nilainya. Aku sememangnya tidak pernah mempunyai kawan dari kaum Cina mahu pun India. Tapi, aku sangat terkesan apabila semasa menghadiri satu majlis, aku duduk di sebelah seorang budak India berumur 12 tahun .. dia tegur aku supaya menadah tangan ketika bacaan doa. Sedangkan waktu itu aku tengah khayal. Cukup pertemuan itu .. aku rasakan budak itu cukup menghormati aku dan agama aku.


wassalam ..


Friday, July 15, 2011

~ apabila muslim bertemankan non-muslim .. ~



Assalamualaikum semua ..
harap semua yang membaca berada dalam keadaan ok ok belaka ..;)

Sebagaimana post sebelum ini, ada satu firman Allah di dalam Surah An-Nisa' yang menjadi bahan fikiran saya. Kalau masih ingat ayat tersebut adalah :

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam.” (QS. an-Nisa`: 140)

Baiklah. Apa yang membuatkan saya tertarik adalah pada ayat :

'.. apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain..'

Mengapa ia begitu menarik perhatian saya? Kerana seseorang itu telah menggunakan ayat Allah tersebut untuk menyatakan pendirian dia bahawa kerjasama antara muslim dan non-muslim yang pernah mempersoalkan hukum Allah adalah tidak boleh di terima sama sekali. Mungkin menurut dia, dalam apa saja erti kerjasama. Wallahualam .. tak pasti. Maka, saya mencari beberapa rujukan lain untuk memperkatakan tentang hal tersebut. Di sini, saya bawakan lagi maksud ayat yang sama dan lebih jelas. Saya peroleh dari Khulasah Al-Quran yang dikeluarkan oleh Institut Al-Balaghulmubin Sultan Haji Omar Ali Saifuddin :

Surah An-Nisa' : ayat 140 '... Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu ( perintah-Nya ) di dalam kitab ( Al-Quran ), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek ( oleh kaum kafir dan kaum munafik ), maka janganlah kamu duduk ( bergaul ) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk memperkatakan soal yang lain, kerana sesungguhnya ( jika kamu melakukan yang demikian ), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam...'

Maka di sini, benarlah dugaan saya bahawa kita dilarang bergaul dengan mereka ketika mereka mengejek-ejek ayat Allah .. kerana itu dilihat seperti kita membenarkan semua tindakan mereka. Namun, apabila mereka tidak lagi bertindak demikian maka boleh lah kita bergaul dengan mereka. Jadi, bagi saudara yang telah menggunakan ayat ini untuk menegakkan hujah bahawa Melayu Islam yang menyertai Perhimpunan Bersih itu sebagai Munafikun .. sila fikirkan semula.

Dalam Tafsir Ibnu Katsier, muka surat 578, Allah s.w.t berfirman pada penutup ayat 140 ini, kerana orang-orang munafiq itu menyekutui orang kafir dalam kekafirannya, maka Allah mengancam akan dijadikanlah mereka ( para munafiqin dan kafirin ) bersekutu dalam Jahannam, bersama-sama menerima balasan Allah dan siksaan-Nya.

Ambiga jelas memang pernah mempersoalkan Islam itu dan ini, tapi bukan lagi di dalam perhimpunan tersebut. Malah, Melayu Islam jelas telah membuat bantahan demi bantahan, semasa beliau mempersoalkan syariat Islam dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan Melayu Islam tidak bersekutu dengannya dalam kekafirannya. Lantaran perhimpunan tersebut tiada kaitannya Ambiga mengejek dan mempertikaikan Islam ... maka ramai jugalah Melayu Islam menyertai perhimpunan tersebut.

Seterusnya, kita beralih ke bahagian yang lain. Firman Allah di dalam Surah Al-Mumtahanah 60 : 8 yang bermaksud :

'... Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama ( kamu ) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang berlaku adil ...'

Dari Tafsir al-Munir, Juz 28 :

Ayat di atas bermaksud bahawa Allah SWT tidak menegah menjalinkan hubungan dengan golongan kafir mu'ahid yang telah berjanji dengan golongan mukmin untuk tidak memerangi mereka, tidak menolong orang-orang kafir memerangi orang Islam, tidak menegah muamalah yang adil dengan orang Islam ; seperti kabilah Khuza'ah dan lain-lain yang berjanji dengan Rasulullah s.a.w untuk tidak memerangi Baginda.

Bani Khuza'ah adalah kabilah yang telah mengikat perjanjian bersama Rasulullah s.a.w untuk tidak berperang dan tidak menyokong permusuhan. Mereka telah berjanji untuk tidak memerangi dan mengusir Rasulullah s.a.w. Oleh itu, Baginda memerintahkan agar dipelihara hubungan yang baik dan harmoni dengan mereka selagi mana mereka tetap setia terhadap janji-janji berkenaan.

Dan menurut saya, sekiranya golongan kafir ini mula menunjukkan tindakan seperti cuba mempersoalkan Islam, maka seharusnya umat Islam bertindak tegas dengan pendirian walaupun golongan kafir itu dalam aspek yang lain mempunyai hubungan yang baik dengan kita. Satu contoh yang mungkin boleh saya bawakan adalah melalui link di bawah :

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4382-latarbelakang-larangan-operasi-pusat-hiburan-semasa-ramadan-di-kedah

Justeru, dalam banyak hal yang bersangkutan dengan perkara-perkara yang kita sendiri kurang jelas, maka perlulah di analisis, di selidiki secara ilmiah. Tuduhan membabi buta, caci maki yang tidak enak di dengar sebenarnya hanya permainan syaitan pada hati-hati manusia.

Walaupun kita tidak boleh terlalu menaruh rasa percaya kepada golongan kafir, namun tidak wajar jugalah kiranya kita sentiasa berburuk sangka kepada mereka. Adakah segala anggapan dan andaian kita benar belaka ? Apa yang ada di hati mereka sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui. Namun, berhati-hatilah. Saya yakin, setiap pihak .. setiap individu mempunyai pemikiran yang cukup matang dalam menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Lakukanlah pertimbangan yang sewajarnya untuk melakukan setiap tindakan. Dan jangan pula sewenang-wenangnya kita menuding jari ke arah mereka yang lebih berilmu sebagai hamba dunia, hamba golongan kafir tanpa kita tahu duduk hal sebenar. Sesungguhnya Allah mencintai golongan yang berilmu dan mengamalkannya.

Sekian,
Wassalam ...;)


Thursday, July 14, 2011

~ bersih oh bersih .. ~

Assalamualaikum ..
hehehee ..
apa khabar semua ...?

Alhamdulillah .. masih ok ok lagi setelah melalui waktu yang begitu busy. he... biasalah. Even tak kerja .. tapi masih ada banyak kerja jugak kan ..? kalau tak, tak lah namanya manusia. hehehee

By da way ... tajuk kat atas tuh dah macam alergic je ek bagi sesetengah pihak. Tapi ... tajuk kat atas tu plak ... macm dah terbayang-banyang warna kuning sana sini. hehehee .. ye lah ... setiap orang ada alasan, ada hujah masing-masing. Aku tak rasa nak memberi komen yang panjang lebar tentang perhimpunan 9 Julai itu. Aku pun tak pergi. Tapi sangat mengikuti perkembangannya ... awal hingga akhir.

Sikit saja komen aku ... berfikir secara ilmiah. Berhujah berpaksikan ilmu. Yakin dengan hati. Berdoa dan bertawakallah dengan Allah. Itu sebaiknya.

Di sini aku hanya mahu membawakan beberapa isu yang hotest-hotest tentang perhimpunan tersebut. Isu pertama adalah why ambiga is the leader in BERSIH 2.0 ...? Itu persoalan yang sering bermain di minda. Terutama umat Islam. Siapa Ambiga ...? Siapa pun tahu. Siapa tak tahu ... sila lah cari tahu. Di bawah adalah hujah yang aku rasakan bagus untuk dikongsi bersama mengenai mengapa ambiga :

http://nikabduh.wordpress.com/2011/07/08/bersih-2-0-mengapa-ambiga/

terdapat pelbagai penjelasan terhadap pelbagai persoalan. Jadi, tambah ilmu ... tambah info kita melaluinya. Saya mengajak kita semua meneliti petikan Firman Allah di bawah :

Surah Al-Baqarah ayat 8 – 16 : (Golongan munafik) Di antara manusia ada yang mengatakan, “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian”, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.

Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah oleh Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.

Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan dimuka bumi” Mereka menjawab ” Sesungguhnya kami orang yang membuat kebaikan”.

Ingatlah! sesungguhnya mereka itu orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar.

Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana oranglain telah beriman.” Mereka menjawab: Akan berimankah kami sebagaimana orang yang bodoh itu telah beriman?” Ingatlah! sesungguhnya merekalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.

Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka mengatakan, “Kami telah beriman.” Dan apabila mereka kembali kepada pembesar-pembesar mereka, mereka mengatakan “Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanyalah berolok-olok.”

Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka.

Mereka itu adalah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

Dan satu lagi :

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam.” (QS. an-Nisa`: 140)

Bila aku baca ayat ni banyak kali ... aku tertanya-tanya ... ' maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain..' hmm .. rasanya ada sesiapa tak yang sama fikirannya dengan aku sekarang ni ..? aku tak nak mengutarakan apa yang ada di fikiran aku sehingga aku jumpa tafsiran ayat tersebut dengan jelas. sebab ini ayat Quran. Tak boleh aku tafsir ikut suka aku .. kan? hehehe ..

Ini pula beberapa gambar yang aku boleh share semasa perjalanan perhimpunan tersebut. Berfikir dengan melihat. Bukan sekadar melihat saja okeh ..;)










Bagaimana pun, ini pula merupakan respon selepas perhimpunan tersebut berlangsung ..:

http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/headless-bersih-rally-still-growing-at-stadium/

http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3134-the-bersih-20-memorandum-to-the-agong.html

http://diskopi.wordpress.com/2011/07/10/sehari-selepas-bersih-2/#more-2734

Kalau lagi rajin, silalah usya-usya video semasa perhimpunan tersebut. That's the real things. Kita lihat. Kita fikir. Dalam soal membabitkan info dan ilmu yang cukup mendalam, aku tak berani nak berhujah bagai selagi aku tak jumpa fakta yang tepat. Aku hanya insan yang kurang ilmu dan sedang tambah dan tambah lagi.

At last, kesimpulan aku bagi perhimpunan ini adalah :

1. Masyarakat kita hari sudah cukup matang. Gambar-gambar tersebut .. tidak siapa boleh nafikan kebangkitan mereka. Adakah mereka bodoh sebagaimana tuduhan sesetengah pihak? Jika begitu ramai rakyat Malaysia yang bodoh .. maka sangat sia-sialah pendidikan di Malaysia selama ini. Pendidikan itu ilmu. Ilmu itu dari Allah.

2. Jangan mencabar kewibawaa mereka lagi. Mereka tidak sedia di perbodoh.

3. Mereka hanya mahukan hak mereka. Tidak kiralah apa ... mereka perlu di hormati ... bukan di binatangi.
( sory bahasa kasar sikit ). Jadi, bila mereka menjadi semakin agresif ... tanya kembali, salah siapa ?

4. This is 1 Malaysian actually. Rakyat Malaysia menyambut baik gagasan 1 Malaysia dari Najib. Melayu, India dan Cina ... satu bangsa, satu negara, satu matlamat dan satu suara. hahaha.

Okeh ..
Thanks ... and wassalam ..;)