Sunday, July 31, 2011

~ bila waktu nyawa itu tiada ... ~

Assalamualaikum semua .. ;)
selamat menyambut Ramadhan ...
selamat berpuasa ya semua ..

hmm ... yup. esok nak puasa dah kan. Tadi buat solat terawikh tak ..?? buat tau .. janganlah tak buat ya. hehehe .. better buatlah berjamaah .. kalau sorang-sorang tu .. boleh jugak. Tapi biasanya feel lari. hahahaaa ..





okehlah... bersempena nak puasa .. banyak pula dengar news pasal accident yang .. Ya Allah .. sumpah mengerikan. First .. kemalangan jiran nenek kat kampung ayer manis, kulai. Lori batu yang tayar sepuluh naik atas kereta lama yang dalam tu ada sepasang suami isteri. Warga emas lah. Isteri dia meninggal .. dalam keadaan yang sangat menyayat hati .. then .. suami dia pula .. masih koma.

Then .. dengar plak kisah Aleesha Farhana meninggal setelah menimbulkan kontroversi untuk tukar nama dia kepada nama perempuan. astaghfirullah .. sekelip mata je. Baru je dengar kes dia. Harap dia sempatlah bertaubat. Wallahualam ...

Satu lagi .. pasal kemalangan bas ekspress .. sekali lagi. Semuanya dalam sekelip mata. Walaupun kita nampak semua tu sangat mengerikan .. tapi Allah tarik nyawa mereka yang mungkin mereka tidak sedar dan tidak dapat merasai kesakitan sebuah kematian.



Sana sini kita dengar tentang kematian. Tapi pernah tak kita terfikir ... bila pula giliran kita ..?? Hari ini kita mungkin tidur di atas katil. Esok ...? mungkinkah di atas katil lagi. Mungkin sudah berkelilingkan tanah dan ... wallahualam.

Sempena Ramadhan ini .. saya mengajak kita semua bersama-sama menilai kembali rentetan hidup kita. Muhasabah kembali buruk dan baik sikap kita. Marilah kita tekadkan keazaman untuk membawa hidup kita ke arah yang lebih baik .. dalam menuju cinta Ilahi. Jangan sampai bila waktu nyawa itu tiada lagi di jasad kita ... maka tiada apa pun yang dapat kita hujahkan di hadapan Allah. Tiada amalan yang dapat kita persembahkan di hadapan Allah. Waktu itu .. kita lah manusia yang paling rugi.

Maka ...
Perbanyakkanlah amalan .. kuatkanlah keazaman untuk berpegang kuat pada ajaran agama Allah .. marilah sama-sama kita perbaiki dan tingkatkan iman kita. Jalan kita sudah semakin pendek .. berebutlah untuk mengaut segala bekalan untuk tiba di destinasi abadi ..


sekian ...
wassalam ...
selamat bersahur ya semua ..

No comments:

Post a Comment