Wednesday, July 27, 2011

~ dann .. terucap syahadah .. ~


Alvin kembali memandang Sara. Dia memeluk Sara erat–erat.

Papa, I miss you a lot,” ujar Sara sambil mencium pipi Alvin.

Alvin tersenyum sambil mengangguk. “I miss you too baby. Love you...” ujarnya sambil menahan sebak. Dia tidak mampu menahan hatinya melihat wajah naif Sara. Air matanya semakin deras mengalir.

Sara memandang Alvin. “Papa, why are you crying?” soalnya. Matanya mula berkaca.

Alvin tersenyum sambil menundukkan kepalanya. “Sara...” sekali lagi air matanya mengalir. Hatinya benar–benar sebak melihat wajah Sara. “Sara, I want you know... I really really love you. Really love you. Ever and ever...” tangisnya.

Dahi Sara berkerut. Air matanya jatuh memandang mata Alvin. “Papa... kenapa papa cakap macam tu? Papa...” tangisnya, masih memandang Alvin.

Alvin tunduk sambil menyeka air matanya. Dia mengangkat mukanya memandang Sara. “Sara... lepas ni...kita...” air matanya mengalir. Dia tunduk menahan esaknya. Dia menutup mukanya lalu memandang Sara kembali. “Lepas ni kita takkan jumpa lagi, sayang,” tangisnya.

Sara tergamam memandang Alvin. “Papa... no!” ujarnya lalu memeluk Alvin erat–erat.

Alvin membalas pelukan Sara. Dia mengucup dahi Sara. Dia meleraikan pelukan Sara. “Papa mesti pergi, sayang,” ujarnya lalu mengucup lembut jari jemari Sara.

Air mata Sara mengalir deras. “No!!! Sara nak ikut papa,” tangisnya.

Air mata Alvin mengalir lagi. “Tak boleh sayang... Sara mesti duduk sini.” Dia tunduk, menahan sebaknya. Dia memandang Sara sambil menyeka air mata Sara. “Sara, janji pada papa, Sara akan jadi budak baik. Must be a good girl, okay?” ujarnya menahan sebak.

“Papa... no! Sara nak papa. Sara tak nak papa pergi.Please,” rayu Sara bersungguh–sungguh dalam tangisan.

Alvin menggeleng–geleng. “Papa tak dapat jaga Sara dengan baik sayang. Sara tinggal dengan mama ya, sayang,” pujuknya.

Sara menggeleng–geleng. “No... please... I want you too. Please papa... I beg you. Don’t ever leave me,” rayunya dalam sedu sedan.

Alvin memeluk Sara erat–erat. “Ingat... lepas ni Sara mesti dengar cakap mama ya, sayang. I’m so sorry Sara... so sorry,” ujarnya satu per satu. Air matanya jatuh.

Sara hilang kata.

Alvin mencium kedua–dua belah pipi Sara. “Neo!”

Neo menghampiri mereka. Matanya merah. “Bos...”

“Tolong berikan Sara pada Ain lepas dia sembuh. Uruskan segalanya untuk Ain dan Sara,” ujar Alvin sambil menyeka air matanya. Dia mengucup dahi Sara lalu meletakkan Sara di sofa. Dia bangun lalu melangkah meninggalkan mereka. Belum sempat dia keluar pintu, Sara berlari memeluk erat kakinya sambil menangis teresak–esak.

Alvin menelan liur. Air matanya deras mengalir.

“Papa... please... don’t leave me papa. I love you. Love you,” tangis Sara.

Hati Alvin semakin hancur. Dia tidak sanggup lagi mendengar rayuan Sara. “Neo!”

Pantas Neo datang lalu mengambil Sara.

Sara meronta–ronta tidak mahu melepaskan kaki Alvin. Namun, tenaga kecilnya tidak mampu mengatasi tenaga seorang lelaki dewasa.

Alvin terus meninggalkan mereka tanpa berpaling.

“Papa!!!”

Alvin menangis teresak–esak di dalam kereta. “Maafkan papa sayang. I’m so sorry...” ujarnya sendiri lalu menyeka air matanya. Dia menekan pedal minyak meninggalkan tempat tersebut.


Assalamualaikum ..
thanks sebab sudi lagi singgah di blog ini .. hehehe ...;)
apa khabar yang sedang membaca ..? harap semuanya alrite n ok2 je k .. heee

dann ... terucap syahadah. Bagi siapa yang sudah kenal aku .. pastinya tahu kan betapa bermaknanya terucap syadah tu bagi aku. heee .. by da way .. thanks kepada yang sudah membeli .. dan sudah membaca. thanks sangat ya. So far .. kat atas tuh .. sikit dari part yang ada di dalam novel tuh.

Bulan ni .. dah lebih 6 bulan juga Terucap Syahadah berada di pasaran. Alhamdulillah .. ada juga dapat respon dari pembaca. Kebanyakannya positif. Belum lagi dapat yang negatif. By da way .. tertunggu-tunggu juga yang begatif. Bukan tak bersyukur bila positif .. tapi .. yelah .. perlu juga tahu yang negatif supaya dapat dibaiki untuk yang kedua nanti, insyaAllah ... ;)

Ini antara komen-komen yang aku dapat dari pembaca :

' .. Pnulis novel terucap syahadah kn????Best giler novel 2...' dari Shahzian Sulaiman. ( facebook )

Atir rupanya kak lah yg mengarang novel terucap syahadah.. saya suka sgt baca novel tu.. mnarik sgt.. ( shoutmix box my blog )

' ... aslamualaikum...dik Lidya nazura tahniah lahir novel terucap syahadah.Walaupun novel TS adalah karya pertama LN,tetapi menunjukkan LN sangat berbakat.Novel Ts penuh dng pengisiaan & pengajaran yg baik.Saya doakan LN akn terus berkarya...' ( email )

Yang ini pun dari email juga :


Hi Nazura,

im nash. kita sebaya la. 1988. i pun dlu matrik gk. kat arau tp amik akaun. pas tu i dpt tawaran uitm shah alam kos marketing. dekat sikit ngn uma.

by the way, i da abis bace novel tulisan u "Terucap Syahadah". 2 hari je i abis kan. citer tu mmg best giler. n byk buat i tersentuh. lg2 perihal sara n alvin. saya kagum ngn watak alvin yg sungguh2 jaga sara. cm tu juga sara begitu skali menyayangi alvin wpun dia tau ayah dia penjenayah. begitu juga ngn perihal perkenalan ain n alvin smp mrk kawin. nak menangis rasa nye. yang paling best alvin da peluk islam.

u tau, ni novel kedua yg terBEST i bace selepas SENTUHAN KASIH by Harlina Kamarudin terbitan i book publication.

pelik kan, seorang laki saya inat bace novel2 cm ni

i harap, u dpt tulis lg cerita2 yg best. i akn beli n jadi Fans u. i sokong u. kalu ade buku baru tell me, i will buy. thank you


by da way .. thanks sangat kepada yang respon that novel. ada yang aku tak dapat masukkan dalam blog ni sebab dari facebook. Macam kawan aku Linda .. kak Love Heart Cintaz and Abg Jefri Miskuzie dan ada lah lagi beberapa orang yang lain. sayanglah kat kamu semua ..;)

Aku bagi juga pada cikgu kesayangan ... Cikgu Zaharah. Terkejut aku esoknya dia call aku sungguh-sungguh dia menangis. Dia kata touching gile. Memang sedey tapi ending yang sangat puas hati walaupun kata orang sad ending. Everything is real. Cara dakwah yang baik untuk non-muslim.

And aku bagi juga pada lecturer kesayangan .. Encik Ramlan. Dia tak lah baca. Tapi dia bagi anak dia baca sebab anak dia suka baca novel. Anak dia kata ...' bagus novel kakak ni tulis ..'

Last sekali bagi pada students aku lah. Kenangan sebelum aku tinggalkan diorang .. by da way .. bih kurang sama gak respon...seorang student aku mesej ..' cikgu, sedey giler novel cikgu. kakak-kakak form 5 semua ketawakan saya nangis sorang-sorang ...'

Alhamdulillah .. untuk semua itu .. syukur sangat pada Allah. Aku tak mungkin dapat hasilkan tulisan yang begitu tanpa idea-idea yang Allah bagi kat aku. Segala pengajaran .. buruk dan baik .. dan juga pengisian itu adalah antara apa yang Allah mahu pembaca tahu. Mungkin dari situ dakwah juga berlaku.

Bagi aku ... kejayaan aku pada novel tu bukan saja melalui berapa banyak jumlah ia terjual tapi .. seramai mana pembaca mampu menangis dengan novel tu. Aku tak nafikan novel tu memang boleh mengundang air mata. Tapi pasti ada senyum kepuasan. Tulisan begitu terhasil dari emosi aku juga masa tu. Dalam masa aku menghasilkan novel tu .. aku memang sedang melalui saat-saat air mata kerana kehilangan kawan-kawan baik yang aku sayang sangat. Part di atas adalah part di mana .. aku berfikir banyak kali untuk teruskan. Sama ada aku sampai hati atau tidak untuk situasi itu berlaku. Keadaannya seperti aku yang menentukan nasib diorang. Ye lah .. dah aku yang tulis, kan .. hahahahaa .. by da way ... tu lah part yang buat aku menangis hampir teresak-esak juga .. masa menaip. Yelah .. cuba bayangkan kalau that's da real thing .. cepat bayangkan ... hahahahaa ..



Seorang tokoh Islam yang aku tak ingat siapa nama dia pernah kata ...' seorang penyair yang dapat menghasilkan syair yang baik .. yang dapat menyentuh hati pendengar adalah apabila syair itu dari hatinya. Apabila syair itu adalah dari pengalaman hidupnya yang sebenar..'

Oleh kerana aku menzahirkan air mata aku pada novel itu .. dan pembaca yang berjaya menangis .. maka mereka telah merasai sakit dan kesedihan aku waktu itu. Thanks all ...;)

sebab itu juga aku hantar novel itu kepada alaf21. Bukan yang lain. Actually memang banyak lagi dalam simpanan yang aku tak hantar ke mana-mana macam reunion, kisah kita, cintaku hanya untuk mu, bukan cinta biasa .. tapi semua itu bukan pilihan aku untuk aku hantar. Hanya kerana Terucap Syahadah .. atau asalnya adalah Syahadah Terakhir .. ada keistimewaannya yang tersendiri dalam life aku ... maka aku rasa .. inilah manuskrip yang terbaik pernah aku hasilkan buat masa ni ... ;)

So .. kepada yang masih belum kenal dengan Terucap Syahadah .. cubalah berkenalan dengannya. Aku tidak menjanjikan kepuasan yang maksima sebagaimana hasil tulisan habiburrahman dan penulis-penulis hebat yang lain... tapi .. aku membawa respon pembaca maka anda nilailah. InsyaAllah .. ada sesuatu yang baru dapat anda lihat.

okeh ..
thanks to read this entry
wassalam ...


3 comments:

  1. aikk .. aku dah nek taraf pun ko panggil bibik kaaa ..??? bukan ko ke yang da turun pangkat jadi bibikkkk ... huwaaaahahahahahaaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha.alaaa..mksud ak bukan jd bibik skrg atau dulu..yg pnting pnah ko dipanggil bibik..alaa..nama panggilan khas dari aku..hahaha

    ReplyDelete