Assalamualaikum ...
apa khabar semua ..?
Beberapa hari ni aku masih dalam mood mengupdate info isu semasa .. membaca pandangan dari mana-mana pihak .. pro-pembangkang, pro-kerajaan .. dan yang selalu kata .. ' aku neutral ..' By da way ... bukan untuk beberapa hari ni saja aku tiba-tiba tertarik .. tapi memang sejak sekian lama pun. Dulu masa sekolah .. aku antara orang yang tak boleh kena 'cuit' sikit. Cepat saja. Macam-macam hujah aku boleh keluarkan. Sebab dulu .. mana isu aku tak ambik port. Cara aku .. aku akan cari sumber sampai ke akar umbi. Kalau perlu buka buku .. pasti aku akan buka buku. Bukan untuk kepuasan aku semata-mata .. tapi supaya aku tak mati idea bila kena hentam.
Dalam Islam .. bertengkar itu memang benda yang buruk. Tapi, cara aku adalah perbincangan secara baik. Berdebat dan bertukar pendapat .. agar mana-mana yang kita tak tahu kita akan tahu dan mana-mana yang orang lain tak tahu, orang lain akan tahu.
Baiklah. Berbalik kepada aku dan Malaysia. Dulu ... aku tak nafikan, aku memang tak de semangat nasionalisma langsung. Bagi aku .. patriotik itu hanya berkisar tentang kemerdekaan saja. Errkkk ... cetek betul pemikiran aku masa tu. Tapi .. bila berlakunya perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini .. aku seperti tersedar ... besar sungguh semangat patriotik aku. Walaupun beberapa pihak mengatakan perhimpunan itu haram ... n wat so ever lah .. tapi aku semacam tidak bosan melihat video-video dari facebook and youtube. That's really Malaysian..!! Aku tak pernah terduga rakyat Malaysia jadi begitu unite. Sumpah tak pernah terfikir.
Bagi aku .. video tidak menipu. Itu adalah kejadian .. melihat mereka melindungi antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Berjalan bersama tanpa kenal .. tanpa membezakan rupa dan kaum .. aku rasa itu adalah suasana yang perlu bersemadi dalam lipatan sejarah hidup. Kita sering di momokkan dengan perbezaan kaum ... kesatuan antara kaum saja ... tapi jelas, semua itu bukan lagi sekarang. Rakyat Malaysia tidak lagi memandang sesuatu kaum sebagai point perjuangan mereka .. tapi misi dan matlamat mereka untuk Malaysia. Itu saja.
Sekiranya aku di takdirkan menjadi seorang pejuang .. bukan status aku sebagai Melayu yang aku perjuangkan. Aku akan memperjuangkan agama aku iaitu Islam dan negara aku iaitu Malaysia. Masih terdengar juga kata-kata sinis sesetengah orang yang kata ...' orang Cina tak pernah kisah apa nak jadi dengan Malaysia. Apa-apa jadi dengan Malaysia dia akan balik negara dia ...' like that??? Bagi aku .. orang seperti inilah sebenarnya mereka yang duduk di bawah tempurung. Orang yang hatinya penuh dengan prasangka. Melihat keburukan orang lain tanpa melihat kelemahan dan kejijikan pada diri sendiri. Habis tu .. orang Melayu?? Apakah asal Melayu? Kalau kata kan aku .. terjadi sesuatu pada Malaysia .. aku nak balik Indonesia ke ..??? Berfikirlah ikut rasional .. jangan main taram je ikut sedap mulut berkata-kata. Percayalah .. orang semacam ini, bila berkawan .. silap-silap .. manis di muka dan di mulut .. tapi hati penuh prasangka. Jangan kerana sesetengah Cina berperangai macam tah hape-hape .. kita label semua begitu. Jangan ingat Melayu bagus semua. Jangan tutup mata bila pandang kaum sendiri perangai buruk. Tak adil tu namanya. Tak adil ... sinonim dengan kejam.
Aku bukan membangkitkan isu perkauman di sini. Tapi bagi aku ... belajarlah menerima. Belajar dari sejarah. Bukan nak mngulangi sejarah. Sikap prasangka itulah sebenarnya yang akan mengulangi sejarah. Perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari ... pada aku, bukan saja semata-mata menuntut 8 tuntutan tersebut. Tapi .. ia memberi kesan yang amat mendalam pada perpaduan rakyat Malaysia. Aku mengikuti perkembangan perhimpunan tersebut hingga ke hari ini. Meneliti setiap komen - komen dari mana-mana laman blog tdak kira pro-pmbangkang mahu pun pro-kerajaan.
Kebanyakan peserta perhimpunan tersebut berjaya menghapuskan persepsi buruk masing-masing terhadap mana-mana kaum. Melayu, India dan Cina. Kaum Melayu .. tidak sangka bahawa ramai kaum Cina yang akan menyertai perhimpunan tersebut untuk Malaysia. Bagi kaum Cina dan India .. mereka tidak sangka kaum Melayu Islam akan bersama-sama melindungi antara mereka dalam melalui saat-saat getir. Bagi yang Muslim .. pasti saat yang cukup mengharukan apabila non-Muslim cuba melindungi mereka yang hendak bersolat di tepi jalan. Hakikatnya waktu itu .. mereka sudah tidak kenal perbezaan antara mereka .. mereka hanya tahu ... hati mereka ingin mencapai satu matlamat. Itu saja.
Bagi aku .. satu perkara yang merugikan apabila aku tidak mampu untuk bersama-sama menyaksikan rakyat Malaysia di satu kumpulan yang besar. Amat merugikan apabila aku tidak mampu bersama mereka semua. Tapi .. hati aku yakin, hati aku tetap buat rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum .. dengan penghormatan sesama agam .. aku yakin, Malaysia pasti mampu berubah.
Apa yang dapat aku lihat ... jangan pernah sesekali kita melabel seseorang itu dengan etniknya. Jangan melabel seseorang dengan agamanya saja. Melihat seseorang dengan nilainya. Aku sememangnya tidak pernah mempunyai kawan dari kaum Cina mahu pun India. Tapi, aku sangat terkesan apabila semasa menghadiri satu majlis, aku duduk di sebelah seorang budak India berumur 12 tahun .. dia tegur aku supaya menadah tangan ketika bacaan doa. Sedangkan waktu itu aku tengah khayal. Cukup pertemuan itu .. aku rasakan budak itu cukup menghormati aku dan agama aku.
wassalam ..

No comments:
Post a Comment