Sunday, July 22, 2012

~ syukurlah dengan setiap pertemuan ~



Assalamualaikum semua
salam 2 ramadhan
macam mana puasa anda semua ..?
gud !! semua cool je kan
puasa je kot
hahaha

Waaachaaaa !!! tolonglah bersemangat sikit puasa ni okeh
Jangan pendekkan hari kita dengan tidur tapi pendekkan lah masa sehari dengan kerja. Sampai waktu buka nanti kita akan rasa .. ' okey, aku dapat penuhkan puasa hari ni denga benda yang bermanfaat ..' kih3x

Setelah beberapa tak update blog. Maknanya, hidup aku yang sedang sibuk diupdate ! hahahaa
Macam entri yang lepas .. yup, aku dah melalui hari terakhir di SMK Taman Nusa Jaya .. dan memulakan sekali lagi hari baru bekerja di ... SMK Taman Perling, Johor Bahru. Fine !

Perlu tarik nafas dalam dalam dan hembus semula dengan perlahan dengan harapan apa yang berlaku mimpi semata-mata dan akan berubah semula di Bulan Mac 2012. Kenapa Mac 2012 ??? hahahaha ..
Yup, Mac 2012 .. aku masih ada di Tasek Utara 2. 


~ sila bersabar ya mummy .. kata tipah kepada saya ~
hahahaha

Hingga hari ni aku cuba menerima hakikat bahawa semua tu dah lama dah pergi. Dan tak mungkin ia akan kembali sebagaimana asal. Januari 2012 .. Februari 2012 .. aku pernah menangis demi untuk sesuaikan diri di Tasek Utara 2. Nak adapt life sebagai cikgu yang kena berdepan dengan pelajar yang macam macam rupa. Aku membesar dengan dikelilingi oleh kawan kawan melayu dan muslim .. hinggalah di Jan 2012. Student aku majoriti cina dan india. Bila mengajar agama islam pun .. aku masih ada hubungn baik dan rapat dengan pelajar bukan Muslim. Dan akhirnya .. aku ada krisis yang sngat besar dengan pelajar india ( lelaki ) dan buat aku terpaksa bercakap dengn HEM untuk aku rujuk kembali, apa tindakan yang perlu aku buat sebenarnya ?


~ tu la namanya hidup mummy .. hensem tidur dulu .. kata hensem kepada saya ~
ish3x

Semua tu terlalu baru untuk aku terima. Hinggalah Mac 2012 .. aku rasa sangat sedih .. serius ! untuk tinggal semua tu. Tapi tak jadi .. dan Mei  2012 adalah realiti yang perlu aku terima .. semua ni memang betul akan berakhir. SMK Taman Nusa Jaya .. aku belum cukup selesa berada di sekolah tu. Tapi cukup mudah aku rasa syg dan mesra dengan pelajar walaupun pelajar aku adalah Cina dan India sebab aku mengajar di peralihan dan pendidikan moral.

Itu juga sementara. 16 Julai 2012 .. sekali lagi aku perlu terima realiti bahawa persekitaran aku akan kembali berubah .. maknanya aku perlu mulakan hidup aku sekali lagi .. maknanya aku perlu melalui saat saat sukar dan stress yang pernah aku lalui berbulan bulan itu sekali lagi. Lagi dan lagi ..


~ sekarang, cuba mummy fikir kenapa Allah datangkan kami bersembilan dalam hidup mummy ..?? tanya tontottt .. ' oke .. mummy lembaplaaaa. sebab kami comellllll hahahha ~
kalaulah budak2 kecik tu semua boley cakap bahasa manusia kan .. kih3x


Aku selalu tanya pada my bf .. kenapa Allah letakkan saya sekejap sekejap di suatu tempat dan tarik saya pergi dari tempat tu bila hati saya sudah mula sayang ..??? Siapa pun tak tahu nak jawab. Sebab jawapan tu hanya ada pada Allah. Kan Allah yang mentakdirkan keadaan tu jadi begitu. Aku yakin .. dan sangat yakin. Allah tak takdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Sama ada kehadiran aku dalam hidup mereka itu ada sebabnya .. atau kehadiran mereka yang begitu ramai itu mempunyai sebab yang sangat besar dalam hidup aku. Wallahualam ..

Pertemuan itu bukan cuma di sekolah. Aku cuba mengambil setiap musibah yang terjadi itu sebagai suatu yang positif. Kereta rosak .. itu adalah antara perkara paling meletihkan pada aku. Orang akan cakap .. kereta lama memangla. kerja rosak je kan. Tapi silalah faham .. kereta baru yang baru keluar dari centre pun boley sekelip mata jahanam once lalu kat jalan yang aku lalu tuh. Alhamdulillah .. rosak kereta honda lama ayah aku tu bukan sebab dia kereta dah lama .. tapi sebab .. salah aku. Langgar lubang sampai terhentak cam tu sekali .. 3 rim bengkok dan .. batang drivesalf sebelah kanan bengkok. Aritu naik buat chamber kepala driveshaft kiri tukar .. ni .. batang driveshaft kanan pulak. Ok fine ! Aku perlu akui aku memang kaki speed. Lubang pun da tak sempat nak elak ! Padan muka !


~ lepas tukar rim .. 3 rim lama bengkok. gile tak gile ganas ! ~
even tak cantik .. 2nd hand .. tapi alhamdulillah sebab dapat yang original honda 


Tapi .. dengan banyak kali kereta rosak, aku jadi kenal dengan banyak mekanik. Aku boleh tahu .. bengkel mana yang aku sifatkan pakar .. bengkel mana yang ok tapi belum kategori pakar. Bengkel mana aku nak hantar kereta honda, dan bengkel mana yang aku boleh anta utk kereta biasa. Ada 3 bengkel enjin yang aku dah ngam .. maknanya, bila kereta rosak tepi jalan .. aku boleh call je dan tanya apa masalah dan minta dia datang. Kalau nak datang waktu hari yang aku tak pasti dia bukak atau tak .. aku boley call dan tanya. Dan ada 3 bengkel tayar .. yang aku akan refer bila ada masalah berkaitan tayar la kan. Dari 3 bengkel tu .. yes! aku tahu lah mana yang pro. Seriously .. aku memang banyk belajar pasal kereta dari mereka mereka semua.




~ nampak benda alah nih ...??? haaa .. ni driveshaft. utk kereta lama aku tuh spare part dah la susah nak dapat .. tapi bnda ni jugak laaaa keje nak rosak .. macam mana ..?? macam tu laaaaa adoiii. ~
 

Sebab tu ada tanya aku .. kenapa duduk jb tapi nak jugak anta kat bp ..?? jawapannya .. sebab aku percayakan mereka. Alhamdulillah .. dengan pak cik2 bengkel tu .. boleh sembang macam kawan. Gurau slumber je kan .. hahahaha. Tapi mereka semualah cikgu cikgu baru aku.

Dulu aku selalu persoalkan .. aku tak de kawan. How can i live alone like this ...??
So far .. see! Allah hanya uji aku dengan sebuah kehilangan .. tapi Allah gantikan dengan berjuta juta pertemuan. Itulah yang kadang kadang kita tak nampak. Soal kawan ... there's not da big matter for me. Kawan tu datang dan pergi. Kat mana-mana ada kawan. Asalkan hati kita willing untuk menerima. Aku kawan dgn semua. Tapi untuk kawan baik sebagaimana dulu aku ... nazura has changed !

So .. sedarlah. Syukur dengan setiap pertemuan walaupun ia datang dan pergi. Entahlah. Mungkin aku akan ditukar ke sekolah lain lagi .. mungkin juga akan kekal di situ. Aku tak tahu. Macam mana pun .. aku tak pernah bersyukur aku berpisah dengan sesiapa .. tapi aku sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengenali pelbagai kerenah manusia .. itu adalah P&P yang tak pernah ada di dalam buku. Hidup dan pengalaman adalah guru terbaik manusia.

Okey .. dah selesai baca kan ..?
Mari kita tidur .. bangun nati boley buka terussss.
hahahaha .. !!!


~ minnie kata : mummy jangan kejut minnie selagi belum buka okeh !!! ~


~ kitty pun sama .. kih3x ~

Chaw Chinnnnn Chawwww
Wassalam ..

Sunday, July 15, 2012

~ ambillah hikmah di sebalik perpisahan ~



Assalamualaikum
dan ..
selamat paaaaaaagi yang indah semua 
kui3x. hehehee ..

Hurrrmmm .. da story pasal kerja kat entry yang lepas. Hari ni nak story sikit pasal personal life. Hurrmm .. tak bagus sebenarnya cakap pasal personal life dalam blog. Tapi mungkin ada sesuatu yang boleh difikirkan. ( macam lah aku bagus sangat kan ) wakakakakaa ..

Today .. we talk about love.
Love ... love and love. Hahahaha ...


Hampir 2 bulan .. aku and my bf terpisah dengan jarak. ( Waaaa .. macam lah sebelum ni dekat sangat kan ). Sorang kat JB ( aku lah tu ) and sorang kat Tawau ( my bf lah tuh ). Sebelum dia pergi tu rasa macam setengah dari hati aku hilang. Weak. Lost. Tah hape hape lagi lah. Tapi semangat perlu di teruskan sebab aku hidup lagi. Jadi .. untuk teruskan hidup, semngat perlu dibangkitkan lagi. Lagi dan lagi.

Seminggu .. dua minggu dan seterusnya. Alhamdulillah .. life is back to normal.
Masa pergi rumah Cikgu Zaharah ( cikgu masa form 5 ) dia suggestkan supaya cepat kahwin. Sungguh kena provok gile-gile. Jumpa kawan pun .. dia kata .. ' kak nazura mula lah rancang sekarang ..'

Tapi my parents kata :
' ... tak pe. slow slow ..'

My bf selalu tanya ... ' awak sanggup ke nak ikut saya duduk Sabah ..??? '
okeh .. speechless !!

Aku cuma kata ..' awak try la balik semenanjung. parents kita kat sini .. saya ke Sabah adalah pilihan terakhir .. '

Mungkin aku sangat naif. Dan mungkin jugak aku sangaat memikirkan orang lain dalam hidup aku berbanding aku sendiri. Semua orang fikir .. semua orang suggest supaya aku ke Sabah itu adalah pilihan terbaik. But not for me. Why ...????
  1. Bila seorang perempuan berkahwin, dia akan fikir suami itu adalah segala-galanya. Tapi bagi aku .. di mana bahagianya hubungan tu jika orang tua terabai ( not just mention to my parents only ok )
  2. Bila seseorang itu berkahwin .. mereka akan fikir untuk keluarga mereka saja. ( sbb mereka sudah membina keluarga sendiri ) tapi .. hakikatnya, masih ada 2 keluarga yang menjadi tanggungjawab kita. ( orang tua kita dan orang tua suami/isteri kita )
  3. Orang tua kita .. dah tua. Mungkin umur mereka tak panjang. ( even sebenarnya kita pun boleh pergi lebih dulu dari mereka ) Biarlah masa yang mungkin tak banyak tu .. kita spent lebih sikit untuk mereka. Even mereka tak sebut yang mereka perlukan kita .. tapi cubalah kita letakkan diri kita di posisi mereka. Jika mereka gembira menyambut kita pulang sekali sekala .. sebenarnya mereka lebih gembira jika kita berada di sisi mereka lebih kerap. Orang tua jangan dibiarkan sunyi .. sebab itu sebenarnya kita sedang mendera jiwa mereka. Tolonglah percaya .. huhuhuhu
  4. Ingatlah .. wat u give u get back. Jika hari ini kita kurang memikirkan orang tua, insya Allah .. mungkin anak-anak kita akan langsung tidak memikirkan kita.
  5. Carilah kebahagiaan dengan membahagiakan orang lain sebab Allah akan memberikan bahagia yang kita sendiri tak tahu macam mana nak describe.

( guna gambar ni sebb mereka sangat coooooooooomellllllll )
~ parents : mereka sudah korbankan hampir seluruh hidup mereka untuk kita .. tapi pernah tak kita tanya pada diri kita : apa yang telah kita korbankan untuk mereka ....?  ~

Itu antara sebab yang aku fikirkan .. beberapa sebab yang aku pertahankan :

 firman Allah Swt. sebagai berikut: 
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (QS. al-Isrâ’ [17]: 23)

Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: 
" Kamu dan hartamu milik ayahmu.” � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Keridhaan Allah tergantung kepada keridhaan kedua orang tua dan murka Allah pun terletak pada murka kedua orang tua.” (HR. Hakim)

Nabi Muhammad Saw. bersabda:
“Jika seorang hamba tidak lagi mendoakan orangtuanya maka rezekinya akan terputus.” (HR. Hakim dan Dailami)

 Aku bukanlah anak yang cukup baik. Senang kata .. ada masanya aku ni memang degil. Di belakang orang tua pun .. ada jahatnya. kui3x. Tapi sebaik mungkin ... cubalah lakukan sesuatu unuk membuat yang terbaik untuk orang tua. Itu antara pahala paling senang untuk kita buat. 

Okeh .. back to me n my bf.
Allah tahu mana yang terbaik untuk kami. Mungkin waktu kahwin tu masih jauh lagi buat kami .. maka Allah pisahkan kami untuk selamatkan kami. Dengan bertambahnya jarak .. maknanya akan semakin minimalah pertemuan kami even memang da habis minima dah pun. Jadi, berkuranglah sikit godaan syaitan untuk kami. Ditambah lagi dengan masing-masing yang sangat sibuk dengan kerja sekarang. Mesej apa yang penting. Tu pun kadang .. nak reply mesej pun terbabas sampai satu jam. Gila tak gila.

Alhamdulillah .. even jauh macam ni. Even dah setahun lebih melalui hubungan jarak jauh yang memang jauh .. kami masih ok je macam dulu. Tak kurang tak lebih. Tak nafikan .. dalam jarak hubungan ni ada jugak yang adjust .. ada yang nak berkawan .. tapi aku cuma kata :
 ' .. saya dah tunang ..'

Jahat tak statement aku ..?? Dah la memang tak tunang lagi. hahahhaa
Kalau tak buat tak tahu je ... kan kata sombong sangat. Bila kata da tunang .. then tak layan .. kan org tu boley pk .. okey, dah tunang. kah3x. Kuat mengarut !!!  hahahaha

Cuma ingatlah. Macam mana pun kita merancang .. macam mana pun kita menjaga, Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Aku pun tak tahu .. dan tak akan tahu kalau end of story of us .. kami jumpa orang lain ( harap tak la kan .. kui3x ) .. ye laaaaa, awek sabah cunnnnn kowwwwttt banding aku. Tapi, bak kata adik aku yang laki :
' ... kau tahu tak ... pompuan macm ko nih, nak jumpa 1 dalm 1000 pun payah ...' 

kenapa ...??? hanya orang yang kenal aku je tahu kenapa. Statement adik aku tuh positif ke negatif ..??? Pun cuma orang yang dekat dengan aku je tahu positif n negatif. 

Jadi, bagi pasangan yang sedang bercinta .. bila dah mampu, orang tua dah restu .. bolehlah cepat cepat plan untuk nikah. Jangan tunggu lama sangat. Sila jangan contohi saya okeh ! hahahahaa .. 
Bagi pasangan yang sedang diuji dengan jarak .. yakinlah, ada hikmahnya. Mungkin Allah sedang mahu selamatkan anda .. ambillah semua keadaan dari sudut pandang yang positif. Maka anda akan terus positif .. terus semangat untuk melalui hdup nih .. !!!! Waaaaaacccchhhaaaaa ... !!!!!! hahahaha

Dan paling penting ...
Ingatan juga untuk aku. Jangan terlalu memikirkan tentang pasangan sebab itu hanya tidak lain akan buat hati kita bertambah gelisah. Ingatlah Allah .. cubalah .. berusahalah dekat kepada Allah. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Saat rindu .. sedih lama tidak bertemu .. gelisah pasangan setia atau tidak .. hadirkanlah diri di sisi Allah. Insya Allah .. hati akan lebih tenang. Bukankah Allah saja yang dapat menentukan hati-hati setiap manusia. Maka .. serah dan berharaplah pada Allah. 

Waaaaaa
panjang ... memang panjang.
hahahahaa ..
okehhhlah
selamat berbahagia di pagi ahad
jommmmmmm .. tido !!!
ahaha .. wassalam 

 p/s : aku hanya mencari redha Allah dalam setiap langkah dalam kehidupan .. walau ada masanya ia trlalu jauh tersasar ..

Saturday, July 14, 2012

~ jika anda memang cikgu ~




Assalamualaikum
~ jawab laaaaa ~
haaa .. jawab pun. aipp .. jawab kena ikhlas okeh
i bagi salam ikhlas tawww.
hahahaa

Today is da day .. wat the day ..??? wat ? wat ..???!!!!!
Today is my last dat at SMK Taman Nusa Jaya. I've been transfer again. Waaaa .. macam betul je kan bahasa inggeris aku tuhhh. kah3x

Last day ..?? Yup .. last day. Last day laaaa .. hari terahkhir ..
okeh .. bukan aku kena tendang .. tapi aku kena tarik semula oleh PPD dan aku akan melaporkan diri di SMK Seri Perling pulakkkkk. Adoooiiiiyaiii ..

Okeh .. SMK Seri Perling punya cerita .. tak boleh bukak sekarang sebab belum jejak kaki ke sana. Even seeeeeemuuuaaaaa yang tahu aku akan ke sana .. ucapkan tahniah .. tahniah ... tahniahhh .. dan seharusnya aku gembira .. tapi bagi aku .. :

"  kat mana pun pasti ada cabarannya. kita tak mungkin akan rasa happening tanpa masalah kat mana pun "

Macam Tasek Utara 2 .. semua kata .. teruk kan sekolah tu ..?? budak buangan ..?? Budak jahat ..
Is it rite ..??? Pelajar bukan masalah besar bagi aku. Tapi yang menjadi masalah besar adalah rakan sekerja. Kalau bagus rakan sekerja tu .. akan gembiralah dalam kerja. Kalau tak .. budak bagus pun, tak guna kalau rakan kerja macam hampeh ! Sekian, terima kasih.

Jadi, sila tahu aku memang rindukan tasek utara 2 sebab cikgu and pelajar dia yang best !
Dan aku tahu .. aku mungkin takkan ke sana lagi sebab .. tak ada bidang aku di sana. Alasan aku di pindah randah kan adalah untuk meletakkan aku pada sekolah yang boleh match dengan bidang aku. kui3x.

Okey laaaahhhh ..
SMK Taman Nusa Jaya .. aku ada lebih kurang sebulan lebih kat sekolah tuh.
Masa mula-mula kat sana .. environment baru .. rumah sewa baru .. everything is too hard to adapt. serious !! Mengajar pelajar peralihan .. bukan calang-calang tekanannya. Tapi .. cuma tekanan di dalam kelas. Luar kelas .. habis kelas .. ok. anda bahagia. hahahhaaha

Di SMK Taman Nusa Jaya aku ditakdirkan mengajar kelas peralihan, moral dan seni. Jadi, mejoriti student aku ada cina dan india. Shock ? Agaklaaaa .. bukan mudah bagi aku. Even di sekolah tasek pernah mengajar pelajar cina dan india .. tapi, tetap shock bila fully non muslim.



Nakal ..??? Aku penipu paling besar kalau aku kata diorang tak nakal. Tapi .. alhamdulillah dan aku sendiri tak pasti macam mana mereka jadi rapat dengan aku. Macam tu jugak dengan pelajar moral. Bagi aku .. satu kejayaan yang besar menjadi guru adalah bila pelajar rasa gembira saat anda ada bersama dengan mereka.

Satu kisah yang aku nak share .. dan hati aku sebak saat aku berhadapan dengan seorang pelajar cina peralihan ni.

Dia budak perempuan cina yang langsung tak faham bahasa melayu dan tidak boleh bercakap bahasa melayu. Dalam setiap kelas aku .. dia cuma diam. Setiap aku yang aku tulis di papan hitam dia akan salin. Tapi satu pun dia tak pandai buat. ( aku mengajar matematik peralihan ). Tapi satu yang aku perasan, dia memang suka pandang aku. Aku tak perasan, tapi itu kenyataan.

Bila aku nak bercakap dengan dia, aku akan minta kawan dia translate ke bahasa cina. Dia akan jawab aku dengan angguk atau geleng. ( rasa macam komunikasi dengan pelajar bisu pun ada jugak ). Macam mana pun aku tetap tak give up nak dia buat something. At least dalam kelas aku dia tak buat kerja yang sia-sia. Jadi, aku buatkan lah soalan darab, tambah dan tolak dalam bentuk lazim kat dalam buku dia. Alhamdulillah dia boleh buat. Cuma untuk buat darab .. dia tak berapa faham. Bila dia nak tanya aku betul ke tak apa yang dia buat .. dia akan tarik lengan baju aku then tunjukkan apa yang dia buat. You know wat .. bila pandang muka dia, aku rasa something that really touch in my heart. Sumpah .. bila salah, aku akan panggil mana-mana pelajar cina yang pandai math untuk terangkan. Aku cakap dalam melayu .. kawan dia akan cakap dalam bahasa cina. Wei Fong .. aku ingat lagi pelajar yang aku panggil untuk tolong aku translate kat dia. Satu lagi aku ingat sebab dia COMEL.!!! hahahahaaa



Okeh .. tu seorang. Dan dalam kelas yang sama .. ada juga seorang pelajar yaang bermasalah. Orang kata dia ada sawan .. dan agak gila ... macam bukan. Tak tahu lah aku. Tapi .. masalah dia adalah saaaaaaangat suka kacau orang. Ada sekali tuh dia tuang air dalam beg kawan dia. Kadang tu .. dia tak nak buat kerja dia duduk kat penjuru kelas peluk beg. Lagi best .. dia memang takkan nak buat kerja .. tapi berjalan pusing kelas dan kacau orang. Tiba-tiba ... bila aku buatkan latihan lain yang lebih senang kat pelajar yang tak faham bahasa cina tuh .. dia datang kat aku bawa buku kosong then cakap :
' ... cikgu, saya mau juga macam dia ..'

Weeeeiiiiii .. terdiam aku. Sumpah. Rasa nak jatuh air mata okehhh !!! Waaaahhhh .. hati tisu tak ley blahhh.
Jadi aku pun buatkan lah latihan macam tuh untuk dia. Dan dia buat. Sumpah dia buat. Cepat betul. Bila siap .. dia datang lagi kat aku suh aku buatkan untuk dia.

Semua tu terjadi saat aku berada di hari terakhir di kelas dia. Terkilan ! Ya, memang terkilan. Tak ada cikgu yang suka dia. Tak ada pelajar yang nak kawan dengan dia kecuali bergaduh dengan dia. I can't do anything since i'm not in that school anymore.
Tiang Min Shen .. saya mesti aku ingat awak. Harap awak boleh jadi orang yang bagus besar nanti.


Pasang surut kehidupan sebagai seorang guru. Menjadi cikgu bukan sekadar masuk kelas dan mengajar. Mengharapkan pelajar dengar cakap kita. Mengharapkan pelajar diam bila kita minta mereka diam. Mampu ke kita jadi macam tu ...??? Tanya diri kita sendiri. Kita sendiri akan berbual .. akan bising bila ada ceramah ilmu. Duduk bahagian belakang ... pong pang pong pang .. mengata penceramah itu dan ini. Jadi kenapa nak marah bila pelajar buat macam tu pada kita ..??? Wat u give u get BACK laaaaa !!!! erkkk

Bila pelajar biadap .. apa nak buat ..??? Aku malas nak ajak gaduh orang senget. Kau nak gaduh, kau gaduh sorang. Bukan tak ada pelajar cina yang hentak kerusi depan aku .. aku cuma cakap :
' kau pe hal ..?? nak gaduh dengan saya ke ..?? ..'
dia diam .. aku buat hal aku la. Kau tak nak buat kerja .. suka hati la. Aku tak pandang pun pelajar macam tuh.

Masuklah kelas tanpa prejudis ..
Bila dalam hati kita ... ' eeee .. pelajar cina. busuk .. ' ' kelas hujung ... jahat ! ..'  ' kelas peralihann ..?? hurmmm .. dah la tak pandai. nakal plak tu ....'

Apa dalam hati kita akan terlahir pada personaliti kita. Ingatlah bahawa kasih sayang saja yang dapat membentuk pelajar sekarang. Kasih sayang dan persefahaman. Cubalah untuk faham mereka. Mereka akan gembira bersama kita. Jangan biar mereka nampak hormat kita di depan kerana takutkan kita. Tapi buatlah mereka hormatkan kita dengan gurauan ikhlas kerana mereka senang dengan kita. Itu lebih berharga ..

Marilah kita senyum sebelum tido.
hoyea! hoyea !!!
Jom tido
wallahualam ..
Wassalam .. ;)


Saturday, July 7, 2012

~ ujian .. kifarah .. atau peringatan ..?? ~



Assalamualaikum ..
~ sila jawab wahai yang bergelar Muslim ~
hari ni .. okeh .. malam ni
barulah aku berkesempatan untuk update blog
ayat nampak macam tak bermaya je kan ..??
huhuhu
nama pun manusia ..
ada masanya memang akan dilanda mud atau jiwa yang lemah
selepas dilanda musibah
yang begituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
dush ! dush ! dushhhh !!!

Okeylah. Jom baca apa yang aku nak share dengan u all nih.
Insya Allah .. ada iktibar untuk difikirkan bersama .. kui3x

Tak pasti nak start di mana. Tapi ... everything is about KERETA.
Minggu  ni adalah minggu yang tersangat tertekan bagi aku. Bukan sikit-sikit punya tertekan .. tapi sangat tertekan bersama penat yang teramat sangat. huhuhu

Hari Isnin ( 2 Julai 2012 ) .. aku balik ke Gelang Patah dengan kereta kakak aku. Sebabnya kereta ayah aku yang aku bawa selalu tu .. relay signal dia short. Jadi, terpaksalah anta bengkel ari isnin memandangkan kakak aku baru balik dari mersing ahad petang.

Fine, jadi .. disebabkan kereta kakak aku pun ada masalah kat bahagian tayar ( senang kata tayar tak stabil ) aku pun rasa aku kena bawa balik kereta kakak aku tuh. Biarlah dia anta sendiri kereta dia tu kan. Takkan aku je yang kena tunggu kereta kat bengkel kan ..?? mana aci kan ..?? kui3x.

Jadi, balik sekolah dalam pukul 3.15 macam tu aku pun terus nak balik ke parit raja. Ala .. biasa je pun kan. Nak di jadikan cerita yang tak terduga .. aku langgar orang. Ya ! AKU LANGGAR ORANG .. !!!

Gilos ! macam nak gugur jantung aku time tuh. Mungkin aku salah .. aku laju ke .. tapi tak lah laju sangat. 70-80 km/j pada jalan lurus .. ok je kan. tapi mungkin disebabkan oleh aku perasan dia dah dekat .. jadi .. BUMMMMMMM !!! erkkk !

Salah .. memang salah aku. Dia dah signal duk kat tengah untuk belok kanan kan. Ya Allah !! kesiannya aku kat dia time tuh. Aku da break 2 kali kot .. tapi memang tak boleh nak stop. Sangat meluncur. Aku tak pasti .. mungkin aku tertekan clutch dengan break. So, bila tekan clutch .. kereta akan lebih meluncur. Atau .. mungkin juga keadaan tayar tu sendiri dah tak berapa elok. Semua tu berkaitan dan mempengaruhi keadaan. huhuhuhu ..
Ada juga lah yang marah aku cakap aku laju. Fine lah aku mengaku je. Tapi aku cakap lah .. aku tak laju sangat pun mungkin sebab dah dekat baru aku perasan dia kat tengah2. Aku pun tak dapat mengelak ke mana mana kecuali tadah sajaaaaaaa. hhuhuhuhu.


Tengok motor dia ... adoiii. duit lagi nak ganti. Bila pusing belakang ... jeng jeng jeng !!!!
Kereta kakak aku pun kopak gak. Lagi duit !!!! adoiii
Aku tak tahulah kan kenapa .. bila langgar tuh aku tak ada pun panik. Tapi buat lah muka panik minta maaf. Buat muka kesian kata orang. I kan pompuan .. nampak kanak2 lagi kan ..?? haaahaha .. even tua kot.
Jadi, aku pun hantar lah pergi klinik. Even dalam hati .. adoiiiii. aku nak cepat, ada je hal. Lambat2. 
Dia nak pergi klinik kerajaan je punnnn. ok laaa kan.

Kereta kakak aku anta bengkel .. minta CRK 1 hari kat pengetua .. senang plak dapat. Mungkin sebab aku yang accident kot. Then .. settle semua even malam tuh tak boley tido .. stress aku sangat tinggi hingga tegang kat dua kelopak mata, sakit bahagian tengkuk dan belakang. Adoiiiiii ..

Bila kereta siap ketuk kat kedai, pergi plak kedai tayar. Errkk !!! lower arm pecah .. and bus ekxober plak habis. Siap dengan alighment ... huk3x. RM 2++. Then .. pagi nak pergi sekolah plak .. aku rasa memang tak laju la kan. Memang tak laju. Serius. 80-90km/j je pun kan. Tiba-tiba ... buk!!!!! Apa benda ??? Langgar lubang. Macaaaaaammmmmmmm ..tak tahu nak kata. Selama aku lalu sini tak ada apa pun. 3 kali lalu tempat yang sama aku tak nampak pape pun yang boleh membahayakan tayar. Hairan aku. Aku memang hairan !!!

Bila langgar apa jadi ..??? hurm .. okeh. Stereng berat ke kanan n bergegar !
Apa terjadi ..?? alighment lari dengan rim bengkok ! Woiiiiiiii .. aku tak de duit laaaaaa.
Tapi .. cuba la control jugak. Control kena control. So, demi menyedapkan hati sendiri aku kata dapat gaji nanti benda pertama yang aku nak buat adalah ... tukar rim and tayar !!!!!
Nak cari yang baik sikit memandangkan aku lalu jalan kampung macam tu kan. Ketahanan dan penjagaan bahagian dalam bahagian tayar itu penting okeh. Jadi, kena cari yang baik sikit. huuhhuhuhu ..


Okeh .. itu kisah dan musibah yang melanda aku dalam keadaan berturut turut. Kata orang sudah jatuh ditimpa tangga. Ni bukan tangga lagi tapi bangunan runtuh atas aku.!!!

Ujian, kifarah atau peringatan ..??? back to da main topic !
Ujian, di mana hamba yang taat Allah uji. Kifarah .. macam biasa untuk menghapuskan dosa kecil. Peringatan pulak .. bila hambaNya melakukan dosa maka Allah datangkan satu musibah agar hamba itu ingat kembali akan dosa-dosanya lalu bertaubat. Setiap apa yang datang dan pergi itu semuanya dari Allah dan kepada Allah.

Balik dari langgar orang ... lepas solat. Sumpah aku menangis. Sungguh sungguh punya menangis ni ..ya, dalam solat. Waktu tu hati ni rasa terrrrrrrrrrrsangatlah beratnya. Masa solat .. terbayang semua dosa yang dah buat. Ya Allah .. aku adalah selayaknya menerima hukuman seperti ini. Aku tak tahu .. dengan 3 perkara tu yang mana satu untuk aku. Tapi aku menganggap itu sebagai peringatan. Yup. PERINGATAN !

Dalam setiap masa hidup kita, semua perkara perlu diperbaiki. Semua perkara perlu dibetulkan. Sama ada berjaya atau tak .. itu bukan benda yang perlu dipersoalkan tapi itu adalah perkara yang perlu diusahakan.

Untuk semua readers. Pernah tak kita terfikir .. pernah tak kita renung masa kita .. sudah berapa jauh kita meletakkan hati dan diri kita di sisi Allah. Mulut kita kata .. i need Allah. Tapi kenapa kita sangat banyak mementingkan orang lain berbanding Allah. Demi Allah ..keluarga, sahabat .. malah sesiapa pun termasuk boyfren or girlfren .. itu semua perlu dikesampingkan. Kerana dalam masa kita susah .. dalam masa kita jatuh .. tiada jaminan mereka itu semua setia di sisi kita kecuali ALLAH. Yes ! ALLAH.

Waktu aku down .. rasa habis semangat aku. Bagi aku .. harapkan my bf ada untuk support. Bagi semangat or wat everlah. Nak harap dia ada kat sebelah .. memang berangan lah kan. Tapi .. kata semangat pun tak de. Tiba-tiba rasa dunia ni gelap seketika. Bukanlah aku salahkan my bf. Kebetulan waktu yang sama dia pun tak sihat. Orang tak sihat ... faham je lah kan. Budak tu plak klau tak sihat .. dia kata nak rehat .. kena reti bahasa lah kan. Buat la apa .. tak de dia kesahhhhh. hahahaha ..

Family ..??? ok no !!
Aku tak tahu sama ada aku belagak or aku ego .. tapi, aku takkan tunjuk depan sesiapa yang aku lemah. Takkan tunjuk aku down. Takkan tunjuk aku .. tertekan. Susah nak nampak air mata aku. Apa lagi depan family. KECUALI .. ada benda yang aku tak boleh nak tahan. Biasanya bukan sedih tapi MARAH. Fine ..!!

Mula mula fikir aku memang sendiri. Allah tarik sekejap je semua orang yang aku harap di sisi aku waktu aku sangat perlukan diorang untuk aku sedar bahawa aku cuma ada Allah. Always. Allah sentiasa ada di sisi kita tanpa sebarang alasan. Tapi manusia .. waima aku sendiri .. kita akan berhadapan dengan pelbagai alasan untuk berada di sisi orang yang kita sayang waktu mereka perlu kan kita. Itulah manusia. Kenapa manusia perlu lebih mencintai Allah dari manusia ..?? Ya, sebab Allah sentiasa setia di sisi kita tanpa sebarang alasan. Tanpa ALASAN !

Dan .. kembalilah pada Allah.
Bercakap soal duit .. aku tak tahu dah berapa ribu duit habis bulan nih. Sudahlah tak gaji.
Tapi percayalah .. rezeki itu milik Allah. Rezeki itu milik Allah. Entah berapa banyak duit yang keluar tapi Allah tetap juga mencukupkan keperluan aku. Bukan untuk aku saja .. tapi orang disekeliling aku.
' Ya Allah ... aku mencari rezeki bukan untuk keperluan aku saja .. tapi izinkanlah aku membantu yang lain. Rezeki ini adalah rezeki bersama ..'


Jadi, Allah membukakan rezeki itu bukan untuk aku saja, tapi untuk mereka yang lain .. cuma mungkin melalui aku. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Waima seekor kucing pun ada rezeki mereka. Jadi, gunakanlah duit untuk perkara yang baik. Gunalah selagi itu perkara yang baik. Tak perlu simpan riban-riban tapi orang disekeliling susah.

Orang kata .. tak perlu fikirkan orang sangat. Tapi sedarlah .. membahagiakan orang itu adalah kunci kebahagiaan diri sendiri.

Waaaaaaa !!!!! Panjang teramat sudah.
Baik aku lari dulu
jumpa lagi nanti
babai ...

Wassalam.

Monday, July 2, 2012

~ tolonglah rettttttiiiii .. ~


Assalamualaikum
selamat pagi yang hampir ke tengah hari
adoiiiyaiiii ..

Ini adalah entri yang penuh tidak bermotivasi okeh !
Tak kisahlah orang kata kita kena selalu bermotivasi dalam apa pun keadaan tapi hari ini adalah hari yang aku rasa klau aku boleh baling kerusi tu kat student .. memang aku dah baling. Nasib lah aku terfikir .. buruklah rupa aku marah depan stdent. Okeh, control everything !!

Masuk kelas palingggggggg hujung. Memang best kuasa 14. !!!
Aku bukan nak racism .. tapi, yup .. aku akan bercakap tentang attitude pelajar cina kali ni. Opppssss .. bukan semua okeh. Tapi untuk kelas itu saja.

Secara kasar .. dan keseluruhannya .. aku hanya nak kata mereka sangatttttt BIADAP !
Okeh .. mereka boleh hentak kerusi depan aku .. pandang aku mcm gengster .. okeyy .. nak pukul aku ke ..?? silakan. I dont touch u okeh !

But must be remember .. i will never look at u in class.
Never be my student .. and i will never ask u to finish my work anymore
either u wanna do or not .. that's non of my business.
PBS ...?? fine. I'll give u any band that i want to give u.
Thanksss !!! wat u give .. u get it BACK !
I'll make sure u'll get it back

chawwww
p/s : ko boleh maki aku dalam bahasa kau .. sebesar kuman pun aku tak heran laaaa budak !