Assalamualaikum semua
salam 2 ramadhan
macam mana puasa anda semua ..?
gud !! semua cool je kan
puasa je kot
hahaha
Waaachaaaa !!! tolonglah bersemangat sikit puasa ni okeh
Jangan pendekkan hari kita dengan tidur tapi pendekkan lah masa sehari dengan kerja. Sampai waktu buka nanti kita akan rasa .. ' okey, aku dapat penuhkan puasa hari ni denga benda yang bermanfaat ..' kih3x
Setelah beberapa tak update blog. Maknanya, hidup aku yang sedang sibuk diupdate ! hahahaa
Macam entri yang lepas .. yup, aku dah melalui hari terakhir di SMK Taman Nusa Jaya .. dan memulakan sekali lagi hari baru bekerja di ... SMK Taman Perling, Johor Bahru. Fine !
Perlu tarik nafas dalam dalam dan hembus semula dengan perlahan dengan harapan apa yang berlaku mimpi semata-mata dan akan berubah semula di Bulan Mac 2012. Kenapa Mac 2012 ??? hahahaha ..
Yup, Mac 2012 .. aku masih ada di Tasek Utara 2.
~ sila bersabar ya mummy .. kata tipah kepada saya ~
hahahaha
Hingga hari ni aku cuba menerima hakikat bahawa semua tu dah lama dah pergi. Dan tak mungkin ia akan kembali sebagaimana asal. Januari 2012 .. Februari 2012 .. aku pernah menangis demi untuk sesuaikan diri di Tasek Utara 2. Nak adapt life sebagai cikgu yang kena berdepan dengan pelajar yang macam macam rupa. Aku membesar dengan dikelilingi oleh kawan kawan melayu dan muslim .. hinggalah di Jan 2012. Student aku majoriti cina dan india. Bila mengajar agama islam pun .. aku masih ada hubungn baik dan rapat dengan pelajar bukan Muslim. Dan akhirnya .. aku ada krisis yang sngat besar dengan pelajar india ( lelaki ) dan buat aku terpaksa bercakap dengn HEM untuk aku rujuk kembali, apa tindakan yang perlu aku buat sebenarnya ?
~ tu la namanya hidup mummy .. hensem tidur dulu .. kata hensem kepada saya ~
ish3x
Semua tu terlalu baru untuk aku terima. Hinggalah Mac 2012 .. aku rasa sangat sedih .. serius ! untuk tinggal semua tu. Tapi tak jadi .. dan Mei 2012 adalah realiti yang perlu aku terima .. semua ni memang betul akan berakhir. SMK Taman Nusa Jaya .. aku belum cukup selesa berada di sekolah tu. Tapi cukup mudah aku rasa syg dan mesra dengan pelajar walaupun pelajar aku adalah Cina dan India sebab aku mengajar di peralihan dan pendidikan moral.
Itu juga sementara. 16 Julai 2012 .. sekali lagi aku perlu terima realiti bahawa persekitaran aku akan kembali berubah .. maknanya aku perlu mulakan hidup aku sekali lagi .. maknanya aku perlu melalui saat saat sukar dan stress yang pernah aku lalui berbulan bulan itu sekali lagi. Lagi dan lagi ..
~ sekarang, cuba mummy fikir kenapa Allah datangkan kami bersembilan dalam hidup mummy ..?? tanya tontottt .. ' oke .. mummy lembaplaaaa. sebab kami comellllll hahahha ~
kalaulah budak2 kecik tu semua boley cakap bahasa manusia kan .. kih3x
Aku selalu tanya pada my bf .. kenapa Allah letakkan saya sekejap sekejap di suatu tempat dan tarik saya pergi dari tempat tu bila hati saya sudah mula sayang ..??? Siapa pun tak tahu nak jawab. Sebab jawapan tu hanya ada pada Allah. Kan Allah yang mentakdirkan keadaan tu jadi begitu. Aku yakin .. dan sangat yakin. Allah tak takdirkan sesuatu itu dengan sia-sia. Sama ada kehadiran aku dalam hidup mereka itu ada sebabnya .. atau kehadiran mereka yang begitu ramai itu mempunyai sebab yang sangat besar dalam hidup aku. Wallahualam ..
Pertemuan itu bukan cuma di sekolah. Aku cuba mengambil setiap musibah yang terjadi itu sebagai suatu yang positif. Kereta rosak .. itu adalah antara perkara paling meletihkan pada aku. Orang akan cakap .. kereta lama memangla. kerja rosak je kan. Tapi silalah faham .. kereta baru yang baru keluar dari centre pun boley sekelip mata jahanam once lalu kat jalan yang aku lalu tuh. Alhamdulillah .. rosak kereta honda lama ayah aku tu bukan sebab dia kereta dah lama .. tapi sebab .. salah aku. Langgar lubang sampai terhentak cam tu sekali .. 3 rim bengkok dan .. batang drivesalf sebelah kanan bengkok. Aritu naik buat chamber kepala driveshaft kiri tukar .. ni .. batang driveshaft kanan pulak. Ok fine ! Aku perlu akui aku memang kaki speed. Lubang pun da tak sempat nak elak ! Padan muka !
~ lepas tukar rim .. 3 rim lama bengkok. gile tak gile ganas ! ~
even tak cantik .. 2nd hand .. tapi alhamdulillah sebab dapat yang original honda
~ nampak benda alah nih ...??? haaa .. ni driveshaft. utk kereta lama aku tuh spare part dah la susah nak dapat .. tapi bnda ni jugak laaaa keje nak rosak .. macam mana ..?? macam tu laaaaa adoiii. ~
Sebab tu ada tanya aku .. kenapa duduk jb tapi nak jugak anta kat bp ..?? jawapannya .. sebab aku percayakan mereka. Alhamdulillah .. dengan pak cik2 bengkel tu .. boleh sembang macam kawan. Gurau slumber je kan .. hahahaha. Tapi mereka semualah cikgu cikgu baru aku.
Dulu aku selalu persoalkan .. aku tak de kawan. How can i live alone like this ...??
So far .. see! Allah hanya uji aku dengan sebuah kehilangan .. tapi Allah gantikan dengan berjuta juta pertemuan. Itulah yang kadang kadang kita tak nampak. Soal kawan ... there's not da big matter for me. Kawan tu datang dan pergi. Kat mana-mana ada kawan. Asalkan hati kita willing untuk menerima. Aku kawan dgn semua. Tapi untuk kawan baik sebagaimana dulu aku ... nazura has changed !
So .. sedarlah. Syukur dengan setiap pertemuan walaupun ia datang dan pergi. Entahlah. Mungkin aku akan ditukar ke sekolah lain lagi .. mungkin juga akan kekal di situ. Aku tak tahu. Macam mana pun .. aku tak pernah bersyukur aku berpisah dengan sesiapa .. tapi aku sangat bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengenali pelbagai kerenah manusia .. itu adalah P&P yang tak pernah ada di dalam buku. Hidup dan pengalaman adalah guru terbaik manusia.
Okey .. dah selesai baca kan ..?
Mari kita tidur .. bangun nati boley buka terussss.
hahahaha .. !!!
~ minnie kata : mummy jangan kejut minnie selagi belum buka okeh !!! ~
~ kitty pun sama .. kih3x ~
Wassalam ..
No comments:
Post a Comment