Assalamualaikum
macam mana puasa ..??
terawikh buat tak ..?? buat la yer
jangan lah sampai tak buat langsung. huhuhu
So far, aku tak pasti hari ni dah puasa yang ke berapa. Serius, dengan life yang tak tentu arah ni .. serabut .. serabai + kucar kacir aku tak sempat nak kira tu semua. huhuhuhuhu
Ya Allah .. aku tak tahu macam mana aku nak describe macam mana kusutnya aku setiap hari dalam sekitar 2-3 minggu ni. Perasaan yang tak terluah pada sesiapa. Apa yang aku tahu adalah keadaan hampir separuh gila ( waaa .. macam tawuu je kan org gile tu rasa macam mana ..) huhu. Keadaan yang tersepit. Umpama duduk dalam sebuah kotak yang terhimpit. Kau tak boleh nak ke mana-mana, buat apa-apa kecuali redha .. pasrah dan terima. Yup, itu lah situasi aku ketika tu. Walaupun aku adalah seorang manusia yang jarang mengalah dalam setiap situasi .. bila aku kata aku nak, aku akan usaha sehabis mungkin untuk aku dapat. Tapi, bila melalui keadaan yang aku lalui .. semuanya serba tidak. Tidak boleh !!
~ gile !!!!! sangat tomey ! ~
Puaslah terpusing kat atas katil .. kepala kat bawah kaki kat atas ( fine, sungguh tak senonoh di situ ) .. berfikir apa yang aku patut buat untuk mengakhiri situasi yang sangat aku tak boleh terima. Hinggalah akhirnya aku jumpa jawapan :
Yup. Banyakkan solat + Mengajilah.
Itulah jalan terakhir yang aku jumpa lepas aku buntu. Sumpah aku buntu. Dan jelas usaha terakhir itu lah yang paling sangat membantu.
Yakinlah Allah Maha Mendengar. Merintihlah pada Allah. Mengadulah pada Allah. Itu adalah sebaik baik cara. Walau ada masanya kita tak tahu macam mana nak mengadu, buatlah apa saja. Walau setiap lintasan hati kita, Allah tahu. Kita tak bercakap pun Allah tahu apa yang kita rasa. Jadi, aku cuma mampu berdoa
' Ya Allah .. Ya Rahman .. Ya Rahim .. berilah aku kekuatan .. beri aku kesabaran untuk menghadapi ujian Mu ini Ya Allah. Jika di sini adalah terbaik bagi ku .. ikhlaskan hati ku. Jika tidak, bawalah aku pergi ke tempat yang lebih baik bagi ku. Sesungguhnya Kau Maha Tahu setiap keperluan ku ...'
Kita takkan rasa effectnya pada saat itu mahu pun pada masa yang terdekat. Tak kan. Tak mustahil akan .. tapi tidaklah di situasi aku kan ..?? Alhamdulillah .. walaupun bukanlah terlalu serasi .. bukanlah terlalu senang dan mudah untuk berhadapan .. tapi, masih ada senyuman dan rasa senang setiap kali masuk ke kelas. Aku perlu ingat, tanggungjawab aku adalah mengajar mereka. Jadi, setiap kali aku melangkah masuk ke dalam kelas .. apa yang perlu aku bawa untuk mereka adalah ilmu. Sama ada mereka mahu menerima atau tidak, itu jangan pernah dipersoalkan kerana itu tidak lain hanya akan membuatkan jiwa semakin lemah untuk berhadapan dengan pelajar.
Dalam masa dan ketika itu .. aku sedar, emosi aku memang tak stabil. Terutama bila bersama dengan orang yang paling dekat dengan aku. Ok, fine. My bf . Aku perlu hargai kesabaran dia melayan emosi aku yang begitu. Sekejap ok .. dan ada masanya melenting tak tentu pasal. Apa lagi dia pun dalam keadaan yang tak sihat.
~ even gaduhhh .. mereka tetap comey. tapi kalau manusia yang gaduhh ..?? sory .. sangatlah buruknya ~
Tak ada hubungan manusia yang baik setiap masa. Pergolakan itu pasti. Pergolakan itu penting. Di situlah ukuran kita mengenal pasangan. Yup, terpulang pada kita mampu atau tidak untuk menghadapi kelemahan pasangan itu .. lagi dan lagi. Aku tahu .. dan tak perlu diberitahu betapa bangangnya perangai aku saat aku marah. Apabila aku rasa aku tertipu .. aku tertindas aku akan buat apa saja asalkan aku berada di atas semula. Aku tak tahu di atas pada pandangan siapa. Pandangan aku sendiri lah kot. Okey .. dengan kata paling senang adalah ego.
~ siapa kata perempuan tak boleh bersaing dengan lelaki .. tapi ingatlah .. bahawa lelaki a.k.a suami tetap insan yang perlu sentiasa dihormati, ditaati .. sedang apa yang diperintah itu tidak bercampur dengan maksiat dan dosa ( statement bg yang da kahwin okeh ! ) ~
Aku yakin, itu sangat sukar untuk seorang lelaki berhadapan dengan ego seorang perempuan. Even org kata, keras keras kerak nasi kan ..?? by da way .. aku bukan keras kepala, bukan keras hati. Tapi, tahulah bagaimana susahnya nak handle perempuan ego cam aku cthnya. huhuhu .. ( mengutuk diri sendiri ke hape ..? ) That why .. hingga hari ni even aku boleh buat pilihan yang lain, tapi aku tak pernah buat. Mungkin takkan pernah buat. Tidak mahu buat. ( saja cakap nak test try memgla .. kalau benda yang aku keje cakap je .. memg aku tak buat laaaa. Tapi benda baik aku buat laaa. hahahahaa )
Dan tadi ..
Aku, my mom n my dad .. keluar ke parit raja. Saja tengok gelagat manusia kat expo raya parit raja. Oh, dear. Memang itulah situasinya expo parit raja setiap kali raya. Tak de pembaharuan ke ..??? hahahaha ..
Aku sekadar lalu dengan kereta. Tak sampai hati nak keluar dan berjalan kat tengah tengah manusia yang berhimpit lelaki dan perempuan.
Sumpah. ( kalau la kisah ni my bf baca ). Hati aku sebak teringatkan my bf. Sepanjang hbgn kami di UTHM, Parit Raja .. kami cuma sempat sekali berbuka puasa sama-sama. Dan kami .. memang tak pernah sempat nak ke expo raya parit raja tuh. Bagi aku .. tak de yang menarik pun. Tapi, nak dijadikan satu cerita .. malam tuh kawan aku bersungguh ajak ke expo. Orang kata demi kawan .. aku turutkan. Mengikhlaskan diri .. ok mungkin ada benda yang aku boleh cari. Tudung sekurang-kurangnya. kui3x. Tapi .. rupanya dia ajak bf dia. Perangai aku .. memang aku takkan ada di tengah2 waktu dating org. Tak tahu lah kan. Tapi klau orang lain ada waktu aku dgn my bf aku tak pulak kisah. Jadi, aku decide dengn sungguh berat .. aku kata aku nak balik. Kononnya berani dengan tempat sendiri .. aku pun kononnya nak balik. Tapi tiba-tiba jadi takut sebab aku park kereta jauh gile dan jalan nak ke kereta dah mula gelap sebb dah jadi larut malam. Waktu tu dalam hati kata .. sumpah aku tak pergi lagi expo bengong nih !!!!!
Aku msg my bf bgtau dia aku serba salah nak balik ke kereta dengan suasana kat expo tuh .. lelaki yang macam rupa penyamun pun ada. Masa tu Allah je yang tahu betapa seramnya aku. So, my bf yang nak keluar nak tengok bola .. datang dulu kat expo tuh cari aku n teman aku sampai ke kereta sambil membebel tak berhenti sepanjang jalan. adoiiyaiii. Then, barulah dia pergi tengok bola dgn kawan dia. Masa tu .. aku tahu dia sayang, walaupun aku selalu kata .. ' sy tahu awk memang tak sayang saya ..' bangangkan statement tuh !!!! hahahaha
So .. you all. Sebenarnya, kita jangan sekali mengharapkan pasangan tu perfect dgn menurut semua kehendak kita. Mereka punya hati dan diri mereka. Hormatilah mereka .. tolerate itu penting. Tapi, mengajar mereka dengan tidak tolerate pun ada masanya penting. Aku sama jugak macm perempuan yang lain ada masanya .. mudah sangat sebut perkataan putus. Tapi percayalah .. putus itu sebenarnya tidak menyelesaikan apa-apa.
Tapi mungkin juga menyelesaikan kalau pasangan tuh macam .. errkkk ! Damn !
Tapi mungkin juga menyelesaikan kalau pasangan tuh macam .. errkkk ! Damn !
Saat hubungan bergolak .. sedang waktu itu anda yakin dia adalah jodoh terbaik anda .. datanglah kepada Allah. Allah Maha Tahu siapa sebenarnya jodoh terbaik anda. Tak perlu kowt menangis sampai seminggu tak makan .. Pertemuan, perpisahan, pergolakan .. baik semula .. bukankah itu aturan Allah. Bukankah Allah saja yang boleh mengubah hati setiap yang ada kat muka bumi ni ..??? Jadi, percayalah. Allah bersama anda selagi mana anda tidak pernah melupakan Allah. Jika memang dia ditakdirkan untuk kita, tak kira besar pun salah, tak kira berapa lama pun break up .. insyaAllah .. pasti ada saja jalannya untuk bersama kembali.
~ lalalalala ~
So, dear readers
Kalau anda rasa hari ini masa-masa anda sukar .. mohonlah kekuatan dari Allah
Jika hari ini anda rasa tidak pasti .. mohonlah pada Allah untuk sebuah kepastian
Kita bukan sesiapa tanpa Allah. Kita tak mungkin dapat mengangkat jari sekali pun tanpa izin dari Allah. Demi sesungguhnya, semua tertakluk di bawah kuasa dan kehendak Allah
~ lalalalala ~
So, dear readers
Kalau anda rasa hari ini masa-masa anda sukar .. mohonlah kekuatan dari Allah
Jika hari ini anda rasa tidak pasti .. mohonlah pada Allah untuk sebuah kepastian
Kita bukan sesiapa tanpa Allah. Kita tak mungkin dapat mengangkat jari sekali pun tanpa izin dari Allah. Demi sesungguhnya, semua tertakluk di bawah kuasa dan kehendak Allah
Marilah kita muhasabah diri kembali
kui3x.
Wassalam
apesal puase2 ni ko nk lumba lari?hahahaha
ReplyDeleteok wat.lumba lari pas buka kot. haha
ReplyDelete