Assalamualaikum ..
selamat hari raya ke .....
ke berapa ek ..???
ok. ke - 5
Raya .. raya .. ohhhh raya.
Ada apa dengan raya ..?? hahahaha.
Okey, lama .. dan sangat lama rasanya tak update blog ni kan ..? So far .. memang tersangat busy .. tersangat serabut dengan macam macam benda hingga akhirnya seminggu jugak tak online. kui3x. Jadi, pagi ni baru ada idea nak update blog. huuhuhuhu.
Sebelum aku share apa yang terjadi raya ni, macam mana dengan raya anda semua ..?? kui3x. Pastikan indah ... pastikan bermakna ok ! jangan tiru macam saya. hahahaha
Beberapa hari sebelum raya. Okeh, masih ingat lagi hari Rabu. Masih di sekolah. Sebelum datang sekolah aku hampir minta mc memandangkan aku susah nak bernafas sejak pagi .. dan bila nak ke tengah hari dua dua tangan aku mula kebas. Mula rasa, tak ada apa lah .. tapi sampai lah aku di sekolah.. n menjelang petang .. rasa kebas n sesak nafas tuh masih tak hilang. Sampai lah termenangis kat sekolah. Habis sekolah, aku kena terus drive balik parit raja. Dalam kepala hotak aku terlintas juga macam-macam benda. Macam mana kalau .. kalau dan kalau. Apa lagi aku balik sendiri. Kalau berteman tuh lain lah jugak ceritanya kan. hahhahaa .. Alhamdulillah .. walaupun masih tak hilang sesak nafas tu sepanjang perjalanan balik .. tapi aku cuba berfikir tentang benda yang aku senang .. cuba positifkan otak aku dengan semua benda yang menekan .. alhamdulillah .. ada kurang sesak nafas tuh. ( this is not da simptom of semput okeh. itu adalah gejala makhluk yang terlalu tinggi tahap tekanannya ) gile !!
Hari khamis, aku tolong hantar seorang makhluk bernama Nurul Mahzahidah ke bus stand dengan kawan2 dia nak balik kampung. Fine .. dah hantar, satu kerja aku perlu buat adalah .... cari klinik doktor perempuan. Pening jugak pusing-pusing satu Batu Pahat dan akhirnya putus asa sebab tak jumpa klinik yang menarik perhatian. hahahahaa .. sampailah kat Pura Kencana, Sri Gading .. terpandanglah Klinik Sinar. Lama aku stay kat depan klinik tuh. Then, aku masuk dan tanya doktor laki ke perempuan. Bila kata doktor perempuan .. barulah aku daftar. Ok fine !
Bila masuk jumpa masuk .. semua simptom yang aku sebut .. sesak nafas, tangan kebas .. dia kata mungkin kolosterol tinggi. Jadi, aku buat ujian jantung .. ujian darah ... Ujian jantung .. tak ada apa yang tak ok. Elok je. Tinggal tunggu keputusan ujian darah .. Sepatutnya aku boleh ambik time tuh jugak. Cuma tambah RM25 je. Tapi .. disebabkan banyak lagi urusan aku lepas tu, aku tak boleh nak tunggu lama lagi. Jadi .. sampai hari ni aku tak pergi ambik lagi keputusan ujian tu. Bayar berapa ..?? hmm .. melaburlah sekitar RM 200 untuk semua check up dan ubat-ubat yang sangat banyak tuh okeh !! hahahaa
kiri : ubat dari klinik .. tu ada lagi aku cari tak jumpa. mana tah. banyak2 tuh .. satu jenis je yang aku makan. punyalah degil !!!!
kanan : tu keputusan test jantung .. okeh ! jantung saya sihat.
Lepas tuh.. berdesup plak ke Exit tol Pagoh. Buat apa ..?? kui3x. Ambik adik aku balik dari Shah Alam. On da way .. aku rasa ada yang tak kena dengan kereta. Okeh. Memang aku tawuuu apa masalahnya. Aku kena pergi tukar tayar sebab stereng dah tak stabil. Jadi, balik ambik adik aku terus plak ke kedai tayar uncle kat Batu Pahat, tukar tayar. Niat di hati nak tukar Michelin terbatal .. sebab kedai uncle tuh cuma ada Continentel je. Tu pun okeh laaaaa .. sebab tayar baru. Keluar 2012. Dua biji depan .. RM 520. Waaaaa !!!! Alhamdulillah .. kurang satu masalah kat kereta tuh. Tinggal kena anta balik ke bengkel Malek kat Bukit Pasir, check semula driveshalf yang dia tukar ritu n stereng rod. ( lepas nih boley berdesup tak ingat dunia okeh !! gile .. !! )
~ pagi raya : cuba tersenyum even hati menangis. boley tak ..??? hahahaa .. nampak sikit je kesayangan saya kat belakang saya tuhhh ~
Then .. Jumaat Sabtu ..orang nak raya sibuk cari baju raya .. keperluan untuk raya semua .. aku duk pusing pusing .. cari sport shoes kat bundle .. cari track suit .. jersey !! Hampeh !! Pasal apa ...?? Pasalnya ... naik sekolah mengajar PJPK .. dah kena turun kat padang ( padang la sangat kan ..?? ). Tak boley duk lepak kelas lagi dah macam waktu puasa. Adooiiiyaiiii. Tak payah sibuk pk baju kurung dahhh. Memang tak pakai dah tu semua. huuhuhuhu .. ( tak anggun lagi dahhhhh .. errrkkk ! bila plak jadi anggun ..??? ) hahahaha
~ kasut bundle .. ok je bundle. yang penting pandai pilih. aku tak mau menghabiskan duit beratus untuk pakai kat kaki je. made in us .. RM 35 je .. berbaloiii .. hahahaha ~
~ time dah banyak melabur.. time ni la jam nak rosak. Setelah hampir 5 tahun baru lah jam aku tuh rosak dan tak boley nak betul lagi .. maka, muncullah jam di atas tuh .. kui3x ~
Raya .. raya dan raya ..
Tak de rasa apa. Balik kampung .. beraya sikit sikit .. dan balik. Sampailah raya ke-4 semalam. Aktiviti biasa bersama kawan kawan sekolah dulu .. beraya ke rumah cikgu-cikgu kami. Cukuplah satu hari habiskan masa bersama. Walaupun tak pernah rapat dengan diorang .. tapi .. masih ok. Hurmm .. soalan Shuib " ko perempuan ke ..?? " .. bukan kecik ati. Mak aku pun pernah tanya macam tu.
Tiba-tiba terpk .. " aku tak nampak macam perempuan ke ..?? hahahaha .." Bak kata Halim .. susah nak jumpa orang macam ko naz. kui3x.
Even .. beraya dengan hati dan kepala hotak yang tak tentu arah .. setiap kali sampai rumah cikgu-cikgu, cikgu akan tanya kerja mana .. ajar apa ..?? sumpah itu makin lama menaikkan kadar stress aku. Dari pagi sampai ke petang .. emosi jadi tak stabil .. kepala jadi sakit .. perasaan tak tentu arah. Sepanjang cuti .. aku tak pernah sebut tentang sekolah. Tak pernah cerita tentang student. Bila balik .. sekali lagi buat test tahap tekanan .. waaaaa !!!!! apa yang boleh kata .. astaghfirullahaladzim .. baik pergi tido ! Sumpah. Kadar stress .. anzieti .. kemurungan .. semua tu berada di tahap SANGAT TERUK. Tengkuk .. belakang bahu dah mula sakit .. jadi, aku perlu memaksa otak dan hati untuk berehat. Lagi tak boley blahhhh .. tido pun mimpi sekolah !!! bengong !!!!
~ dan beraya .. dalam keadaan yang unstable .. kuang3x ~
hahahahaha
Oh my dear stresss !! Please .. go away.
Aku tak faham .. aku tak tahu kenapa keadaan jadi begini. Ada masanya aku cuba kuat. Aku cuba positif. Aku cuba .. cuba dan cuba.
' Jika anda mahu menjadi hebat .. anda perlu berhadapan dengan cabaran seperti orang yang hebat '
' Sebelum anda beritahu dan nasihat orang lain untuk menghadapi tekanan dan selalu tenang .. anda perlu praktikalkan pada diri anda dulu ..( baru boley tawu senang ke susah nak adapt. ngekkk )'
Aku sedang mengumpul kekuatan .. memikirkan segala yang positif untuk aku bernyawa di sekolah. Yup, bernyawa di sekolah. Aku perlu berhadapan dengan pelajar yang ada 1000000000000 kerenah. Aku perlu hadapi cikgu cikgu dan pihak sekolah pun yang ada 1000000000 kerenah. Aku seorang yang perlu berhadapan dengan berjuta juta juta kerenah setiap hari. Aku seorang yang perlu melalui berjuta juta juta situasi setiap hari. Dan aku seorang perlu melalui dan menyesuaikan diri dengan berjuta juta persekitarana setiap hari. Sila bertabah dan semoga berjaya wahai nazura. Sila .. sila .. dan sila .. kui3x.
Sekian entri kali ini
kena paksa keluar beli timun ..
apa laaaaa .. timun pun suh aku beli ke ... ??? adoooiiyaiii
wassalam ..
terima kasih makhluk bernama Nazura Nasir.......
ReplyDelete