Thursday, December 26, 2019

~ end of 2019 ~

Assalamualaikum
selamat awal pagi
masih gigih bersahur untuk mulakan puasa. harap masih punya kekuatan. OMG ! Umur 31 tahun nak puasa dia punya lembik macm budk 8 tahun. oke, fine !

Hari ni, sangat menghampiri hujung tahun 2019. Cerita awal tahun 2019 yang penuh dengan duka dan longlai, di akhiri dengan kekuatan dari Allah.

Alhamdulillah, bersyukurlah untuk 2019 yang ohsem. Especially dalam rentetan bidang tugas yang lebih ohhhhhhhsem !! Tak apa. Struggle is real !

Hujung tahun 2019, plan untuk trip ke Kedah dengan family sebelah suami is gagal. Itulah manusia. Manusia hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah itu adalah yang paling terbaik.

Habis tugas sebagai pengawas SPM, masih stay di rumah sementara suami masih punya kerja di sekolah. Masa tu kesihatan suami mula merudum dan membimbangkan. Tapi, dalam dalam merudum tuh, masih gagah lagi ke IKEA. Aku dah set up KPI settle semua utk

organize barang. Siap kan semua barang untuk Umar aku hantar ke sekolah. Sebab kalau ikut plan, balik semula ke Parit Raja, masa sudah agak suntuk. So, alhamdulillah. Dapatlah aku siapkan apa yang perlu aku siap kan.

Dalam masa itu juga, selamat lah juga siap jadual cikgu cikgu dan aku serahkan pada penyelaras jadual. Jadi, tidak lah nanti aku perlu ubah itu dan ini sepanjang cuti. Prinsip kerja aku mudah. Awal aku selesaikan, jika ada perubahan masih ada masa untuk di betulkan.

Seminggu sebelum ke Kedah. Suami collaps. Terus tak dapat bangun. Tapi duk bagi semangat kat suami, in sha Allah sempat awak sihat. Awak selalu sakit dalam seminggu je kan. Demam on off on off. Sendi freeze n loose. Tophi pecah. 3 hari cuba bertahan. Hari seterusnya aku mula tak rasa oke tengok keadaan tophi dan keadaan dia. Nak tak nak, paksa dan kuat kan diri ke klinik. Sampai di klinik, doktor minta terus ke hospital. Sampai di hospital terus admitted.

Kali ini nekad tidak ke HSNI tapi ke KPJ Speacialist Batu Pahat. Kenapa ..?
Biarlah Allah dan kami saja yang tahu.
4 hari setengah di sana. Pelbagai pengalaman yang menguji fizikal dan mental. Kalau dulu menginap di IJN perlu punya kekuatan yang tersendiri, ya .. begitu juga hari ini.
Hari ke dua admit, pakar ortho datang. Pagi dia datg untuk pantau keadaan tophi yang pecah tu dan terus decide untuk buat operation tengah hari tu. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Tapi keadaan sendi yang masih freeze and loose itu masih tidak berubah.


Dengan keadaan yang begitu, aku cuma nampak menguruskannya di hospital lebih susah berbnding di rumah dan aku decide untuk discharge. Jadi mudah aku nak uruskan suami dan anak-anak. Setiap hari aku akan balik sekejap bawa budk budak keluar dan balik semula ke hospital. Rutin itu lebih renyah bagi aku.

Balik ke rumah, mak ayah dan adik beradik suami semua ada di rumah. Alhamdulillah, mereka sangat supportive. Sangat memahami. Beberapa hari rumah riuh sekejap dengan mereka. Suami pun segar sikit. Hilang sikit rindu dia pada mak ayah dan adik beradik dia. Dapat lah juga umar & fahim jumpa sepupu walaupun tak dapat bercuti bersama. Bila family sebelah suami balik, family aku sendiri sangat banyak membantu. Belikan barang barang yang perlu sebab sangat susah untuk aku bergerak keluar rumah nak membeli itu dan ini.

Setiap hari, luka operation perlu di cuci. Besar mana, tak perlu aku tunjukkan. Cukup lah aku mention bahawa ia bukan luka bekas operation biasa macam Umar dulu. Penjagaan kali ini lebih sensitif. Sepatutnya setiap hari perlu ke KPJ untuk dressing. Tapi, disebabkan keadaan suami yang tak dapat nak bangun dan bergerak, so setiap hari seorang nurse yang take over kes suami akan datang rumah untuk pantau dan buat dressing.

Sehingga hari ini, masa sudah berlalu hampir 3 minggu.
Alhamdulillah, keadaan suami semakin baik. Berkat doa dan ikhtiar daripada semua. Walaupun masih tidak sepenuhnya bergerak, tapi progress lebih positif berlaku setiap hari. Begitu juga dengan progress bahagian operation. Proses pemulihan lebih cepat. Ada juga nurse tanya ada makan apa apa ke. Sesungguhnya tak ada makan yang pelik pelik pun. Cma setiap hari suami akan makan buah dan Vivik Shaklee.

Esok dah mula kerja. Aku yakin, cabarannya akan lebih berbeza.
Allah Maha Tahu kadar mampu hamba-Nya. Tenang dan lupa lah untuk berkeluh kesah. Kakak nurse ada juga tanya : Nanti Zura dah naik sekolah suami macam mana..?
Aku cuma kata boleh. in sha Allah tak ada masalah.

Setiap masa dan ketika, ada saja hal yang akan berlaku kepada kita. Hanya kita saja mahu melihatnya dengan hikmah atau mahu lemah. Cuti Akhir Tahun 2019 di isi penuh dengan cerita dalam rumah. Terlalu banyak hikmah yang berlaku. Itu, cerita nanti saja. Bukan saja aku dan suami perlu memahami dan di fahami. Tapi anak anak turut sama memahami dan menuntut di fahami.
Syukur lah dengan ujian ini, kerana bersamanya mengandungi 1001 hikmah yang tidak terbeli dengan apa pun.

Sekian.
Wallahualam

Saturday, July 13, 2019

~ hapy bfday umar anaqi ~

Assalamualaikum ..
gud morning readers..

Pagi ni, baru je mula nak buat kerja terpandang tarikh kat laptop.
' 13.7 ..? bfday umar ...'
itu pun setelah hari tu duk tersalah salah tarikh dengan fahim. selalu lah eh tertukar tarikh fahim dengan umar. OMG ! Susah kot mak mak nak lupa bfday anak weyhhh.. ni baru 2. kalau 20 entah entah anak pun lupa kottt.. hahahhaaha

Alhamdulillah hari ni umar anaqi genap 4 tahun. Macam biasa no special celebration. Kenapa ..?
Entah. haahahaha. Mungkin sebab mama dengan papa Umar memg tak ada istilah sambutan begitu kot. Tapi tengok lah kalau tetiba mama papa rajin. Kita buat belated celebration sekali dengan fahim.

See... ! Masa fahim aritu tak sempat nak save the date dalam blog. huhuhu.
Fahim selalu di nombor dua kan. huk3x.
Tak pe lah, yang penting dah save memory dalam fb kan fahim yang kacakkkkkk kannnn..hahahha

Tapi, sebagai mak mak moment lepas lahirkan Umar tetap moment tak dapat nak lupa. Since aku ni bukan spesies mudah nak sayang, masa 1st time tengok Umar aku tak tahu nak buat apa. Laki aku je super excited. Bila balik rumah, balik sendiri. Semua orang tanya mana Umar. Dalam hati je cakap     ' aku sakit nak mati, baby pulak di tanya.' Nampak kan bingainya seorang mama time tuh.

Lepas 2-3 hari macm tu dah pegang Umar, baru sayang tu datang perlahan lahan. Time tu lah doktor bagitahu hasil x-ray .. umar ada 3 lubang kat jantung. Dan paling rare, Umar ada manusia dextrocardia mirror image type 2. ( ni lah sejenis manusia manusia yang di tunggu oleh sekalian doktor untuk di jadi kan 'bbm' untuk doktor pelatih .. hahahaha ). Masa dengar penjelasan doktor tu, 10 minit je risau. Bila doktor kata dah boleh bawa balik Umar, aku cuma kata : Allah lebih tahu jaga Umar.

Sepanjang membesar kan Umar, ya .. aku serahkan semuanya pada Allah. Sebab sepanjang Umar membesar, dia ada set ubat yang di jadual kan. Kena renew setiap 2 minggu. Proses nak ambil ubat dia, bukan ubat dah sedia ada. Ubat dia perlu dibancuh dahulu guna mesin dan ambil masa 1-2 jam untuk siap. Tapi KK Parit Raja memg sangat the best. Aku biasanya datg, bagi slip ubat pagi pagi. Nanti nak pergi sekolah, datang semula ambil. Alhamdulillah Allah sangat mudahkan semua urusan. Then, dia ada temu janji yang sangat padat. Klinik Desa, HSNI, HSA dan IJN. Temu janji ni semua setahun 3 bulan sekali. Pernah sekali tahun 2017 tak silap aku, CRK aku habis terus. ( thanks a lot to my pentadbir time tu yang sangat concern setiap kali aku minta CRK. Tak pernah tak lulus dan tak sokong. Tak pernah argue macam macm. thanks a lot )

Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya hingga hari ini. After operation, doktor kata everything oke,  tapi ada sikit lagi masalah. Biasanya tak akan memberi kesan yang buruk. Sekarang ni dah stop appoinment di IJN .. cuma akan ke HSA saja tahun depan untuk tengok progress seterusnya.

Dalam menghadapi anak yang diuji begitu, aku perlu akui sikapnya memg ada sikit berbeza dengan budak lain. ( mungkin benar kata kawan tu ). Dan bila usaha nak menghantar Umar ke Taska, ada pihak yang menolak untuk terima anak yang ada masalah kesihatan begini walaupun kita dah yakin kan bahawa dia oke. Fine !
Tak nak, sudah ! Aku pun boleh ajar sendiri. Aku pun pernah jugak ajar tusyen budak tadika. Ape de hal. ( Nampak ayat sakit hati. hahhahaha )

Alhamdulillah, sikit sikit nak juga dia belajar. Tapi macam biasa lah budak laki.
Ni pun lepas aku tanya dia :
'awk tak nak school, awk kena belajar dengan mama, boleh ..? okay ?'
dia pun tengok muka mak dia dah macam dracula. terus mengangguk.
'okay'
Fine. Done !

Umar pun masih lagi ada speech therapy. Alhamdulillah progress dia nmpak lebih baik. Banyak kali juga hari tu nak stop kan. Tapi tak jadi, dan tak jadi. Lagi bila dia sangat suka di speech therapy. Dia suka juga jumpa dan main sekejap dengan anak-anak di speech therapy.

'Semoga Allah berikan kamu kebaikan dunia akhirat ya Umar Anaqi. Mama, papa and Fahim sayang kamu '

Wallahualam.



Saturday, July 6, 2019

~ umar, taska dan speech delay ~

Assalamualaikum..
selamat pagi .. jommm manis kan senyuman pagi nih.
wat theeee .. ni bukan lagi zaman blog okeh. creat blog nih sejak 2009 ke 2008 macm tuh. Masa tu dah mula stop menulis novel. Cuma kadang kadang je menulis cerpen sebab tetiba rasa nak join contest atau orang minta.

Fine, hari ini masih isu yang mudah mudah lagi. Otak tenat dengan isu-isu kemanusiaan yang punah dan hilang. Nyawa manusia bagai kan hilang erti dan nilainya. Apa tah lagi nyawa haiwan kecil yang tidak berdaya. Dunia semakin tua, manusia semakin tenat ... janji Allah itu pasti.

Pagi ni bangun niat di hati nak siap kan rph untuk minggu depan ( cikgu kannnn...hmm) dan siapkan data untuk splkpm. Tapi tiba teringat blog nih. Lama tak buka. Sian dia. Walaupun tak ada yang respon, tapi ada yang baca. Kongsi kan lah sesuatu yang baik, semoga di akhirnya nanti ada sedikit jariah untuk di bawa pergi.

Fine. Nak cerita tentang Umar lagi. Masih dengan Umar kan. Mana tah nak cerita tentang Fahim. Siannnnn Payim. Kalau ramai mummy mummy rasa bersalah dengan anak 1st sejak ada anak kedua, tapi macm pelik pulak kena tang aku .. bila part 'jerit' mesti nama Fahim keluar dulu. Sejak Fahim masuk umur setahun ke setahun lebih nih .. dia dah mula pandai jeles dengan Umar. Baik, kat situ kena hati hati. Fahim bukan lagi baby yang hanya pandai melihat. Fahim dan pandai respon. Dah pandai express kan perasaan. Jangan nnt anak yang 1st tak rasa terancam, yang 2nd pulak rasa demikian. Ohhhh No !!

Kisah Umar yang speech delay. Beberapa hari je lagi Umar nak masuk 4 tahun. Progress bercakap dia semakin baik. Alhamdulillah. Dia mula nak bercakap masa Januari 2019. Tapi perkataan 1st yang keluar daripada mulut dia ialah Adik dan Fahim. OMG!! See .. how he sooooo appriciate his adik.

So, suatu hari suami bagitahu nak refer Umar ke klinik untuk check sama ada Umar ada masalah lain ke sebab tak bercakap. Sebab Umar sebut 'susu' adalah 'fufu'.

Bukan double standard ke macm mana, tapi aku menolak untuk refer ke hospital kerajaan sebab proses dia panjang. Umar dan pernah ada terapi dengan klinik kerajaan, tapi aku stop kan, sebab tak nmpak ada respon positif. Bukan nak Umar terus bercakap laju pun, atleast dia respon nk ikut bercakap. Tu tak ada. Mungkin satu hal, dia belum ready nak bercakap.

Mula tu aku dah usya ke Hospital Putra. Tapi macam besar sangat la pulak. Jadi macm letih.
( Sebenarnya dah sangat sangat penat dengan nama hospital nih. Jadi malas yang tak tahu nak cakap macm mana tah..hmm)

So, cari punya cari, aku jumpa satu pusat speech therapy di Batu Pahat. ELITE Speech Therapy di Jalan Bukit Pasir sebaris Bank Muamalat.

Baik, untuk 1st appoinment .. Umar tak ada masalah autisme, tak ada masalah pendengaran, eye contact oke, respon oke .. senang kata semua oke, cuma dia masalah untuk faham soalan, respon soalan complicated, dan kurang vocab.

Perkara pertama doc tanya bahasa biasa guna dalam family, bahasa Melayu lah kan. Tapi, sejak mengesan Umar lebih mudah sebut dan faham bahasa Inggeris, kami guna juga bahasa Inggeris. Sebab bila tengok TV pun, Umar akan stay pada Movie Inggeris, kartun pun yang cakap bahasa Inggeris. Kau nak suruh aku macm mana kalau dia mmg tak suka nak tengok cerita boboi, Upin Ipin semua tu..? Bukan belagak ajar anak cakp bahasa Inggeris pun. Pada aku, lantak p lah ang nak cakap bahasa apa, yang penting ang CAKAP !

Start kat situ, appoinment terus berjalan seminggu sekali, 2 minggu sekali dan sekarang aku kurg kan 3 minggu sekali. Dari appinmnt kena hari kerja ( ini memang bapak la penat gila sebab berkejar nak kerja ) jadi lah skrg appoinment hari cuti.

Sebelum Raya Aidilfitri, aku dengan suami decide nak hantar Umar dan Fahim ke Taska, dengan harapan Umar akan lebih cepat bercakap. ( Tang nak anta pergi taska ni ... makkkk aihhh bapak la mencabar ). Tapi cuma 5 hari je. Lepas tu Umar meronta ronta, meraung raung ... merayu rayu tak nak pergi dah. Lalu jalan ke Taska pun dia jadi fobia. So far, taska tuu oke. Untuk modul pendidikan, aku sebagai cikgu pun nmpak modul yang di sediakan baik untuk perkembangan kanak kanak. Tapi mungkin sikap Umar sendiri sangat menguji sabar teacher di situ. Aku yakin, pukul tu tidak. Marah itu pasti.

Siapa pernah kenal dan jaga Umar, orang tu akan tahu betapa sebanarnya karakter dia sangat berbeza dengan kanak-kanak lain. ( tak tahu lah dextrocardia tu effect sikap ke tidak..tapi macm tu lah kelihatannya ..hmm). Dia tak ikut orang lain, tapi dia mempengaruhi orang lain untuk ikut dia. Dia tak akan dengar cakap kalau dia rasa dia tak nak. Dia tak ada masalah nak duduk main sorang-sorang. Tapi dia appriciate kalau org datng untuk bersama. Dia tak suka di arah dan di kongkong kena macm tu dan macm ni. ( dah macam pangai aku je..huhuhu ). Sebab masa tu, penyelia bagitahu Umar tak nak ikut kawan. Kawan kawan belajar dia akan berlari ke depan. Kawan kawan makan, dia akan keluar. ( Umar sangat cerewet makan. Dia makan ikut masa yang selalu aku dah setting untuk dia. Bangun tidur, breakfast dia susu sahaja. Tengah hari makan nasi. Bawa ke petang .. makan ringan ringan. Malam lepas maghrib, makan malam ) Kalau di taska jadual nya kena breakfast makan mee goreng ke macm mana, kau rotan pun dia tak akan makan. Dan biasanya dia tak akan tunggu, duduk termenung tengok orang makan.

Dari kecik, Umar bukan budak yang akan pandai duduk termenung. Waima dalam kereta pun, dia akan bawa mainan dia satu box, dan main di belakang. Penat, tidur. Bangun, sambung balik.

Jadi, adakah dia tak dapat di dislpin kan terus ?? Boleh. Tapi ada caranya. Faham dulu karakter dia. Sikap Umar, tak boleh terlalu keras, tak boleh terlalu lembut. By da way .. aku suka cara miss di Speech Therapy. Waktu main dan train Umar dia sangat nice n joyfull. Tapi satu masa tertentu bila Umar tak nak dengar arahan, dia akan tekan kan sedikit suara, ubah mimik muka .. Umar akan slow down. Once slow down .. miss akan tukar balik karakter. Benda tu sedikit sebanyak aku juga sama belajar.

Jadi, Umar akan tahu .. bila masa dia perlu dengar. Dia buat salah. Dan bagus nya, dia akan cepat faham. Sekali dua is enough untuk dia 'reti bahasa'.

Di taska, aku tak tahu lah pendekatan yang bagaimana nak mengatasi Umar. Aku tak boleh nak salah kan taska 100% sebb aku kenal Umar bagaimana. Bukan calang calang orang boleh sabar dengan dia. Kalau tidak, tidak lah umur 2 tahun dah rasa rotan dengan mama papa dia. hmm... tapi, silap sebab mereka tidak bagitahu aku apa karakter Umar sebenarnya di taska. Setiap kali ambil, aku akan tanya. Teacher akan kata .. dia oke. bagus. Tengok log umar, respon pun positif. Tapi tiap hari ambik nangis teresak esak seperti memendam dan cuba meluahkan sesuatu. Dan, bila nak stop .. baru lah cerita begitu begini. Aku cuma kesal, kalau berterus terang .. bukan ke aku boleh tolong guide untuk buat apa dan bagaimana untuk tarik dan lepas dia. Bukan ke di rumah aku boleh tolong bercakap dengan Umar bagaimana dan perlu apa. Dia memang tak nmpak ada respon tapi dia faham dan cepat absorb. Ada caranya nak bercakap dengan Umar.hmm..

Dan hari ni, Umar masih terus kan speech therapy dan dia sangat gembira di sana. School..? Ya, dia fobia. Lalu sahaja di mana mna premis yang ada playground, dia akan menangis minta tidak berhenti. Di situ, aku kecewa. Next year, dia perlu sekolah. Aku tak boleh bayangkan kalau fobia tu masih ada. hmm...macam tu lah.

Mungkin lah orang kata aku manja kan anak. Suami pun tanya. Habis anak tak boleh kena marah ke..? Boleh. Umar kalau kena marah dengan aku pun, orang tak sampai hati nak tengok. Marah anak, biar dia tahu .. dia di marah sebb salah. Bukan di marah sebab benci. Mulut boleh cakap apa je. Kami marah sebab nak bentuk dia. Nak disiplin kan dia. Tapi aura ketika marah tu orang boleh rasa. Apa lagi budak.

Marah lah anak aku, tapi bukan memberi kesan negatif pada emosi dia. Aku berhentikan dia sebab aku dah nampak emosinya mula 'cacat'. Dia stress. Aku tak nak sampai dia rasa 'mama papa tak faham dia..' kalau dengan umurnya 4 tahun tapi tiada siapa nak mendengar luahan dia, pada masa dia lebih besar .. tak akan ada nama mama papa sebagai orang yg mendengar dia. yang ada dalam hati dia adalah 'kalau aku bagitahu pun mama papa akan kata aku mengada ngada'. Apa lagi Umar sangat sensitif. Dia degil berpendirian, tapi hatinya sangat mudah tersentuh. Cukuplah di rumah, kalau aku balik kerja kena masak, then Fahim datang sepah kan bawang dalam rak. Dia akan datang say no to Fahim ( phone memang tak lepas lah ), bagi Fahim mainan lain dan tolong kemas bawang yang Fahim sepah kan, tutup pintu kabinet ... pastu jalan masuk bilik sambung tengok phone. Hari ini dia concern mama penat, sebab mama concern benda yang dia suka dan dia tak suka. Kalau hari ini, mama papa ignore bnda yang memberi tekanan kepada dia ..?? wat will happen then...?

Anak sebesar 4 tahun belum faham apa itu rasional secara sendiri. Kita cakap tentang rasional pun dia belum cukup faham. Jadi, didiklah hati dan emosinya dahulu. Apa kau ingat aku masuk kelas mengajar duk syok sendiri ikut rph ke ..?? Sibuk nak kejar habis silibus ..? Biasanya masuk kelas, aku akan pandang dulu muka sorang sorang manusia lebih kurang 5 minit. Tengok dulu respon diorang bila minta kemas sikit kelas, pungut sampah dan buang sampah. Pernah satu hari aku pandang sorang budak, muka dia nmpak 'suram'. Mungkin tak sihat. Mungkin letih sebb dia selesema. Maknanya dia tak boleh fokus. Jadi, hari tu aku tak attack dia. Bagi tugasan tapi tak minta urgent untuk siap. Bila ramai sangat mengantuk, bagi mereka gula gula. Keluar lah untuk cuci muka. Keluar lah ke toilet untuk dapat udara yang lebih baik. Bila masa explanation untuk sejarah, aku akan  ambil masa kurang setengah jam saja. Sebab lepas setengah jam, siapa pun akan hilang fokus.
Waima kelas hujung pun, kadang mereka berusaha untuk fokus. Tapi kalau lebih setengah jam, bagi kat aku pun .. aku tak mmpu nak fokus. Kalau kita tak mmpu, jadi untuk apa kita harap orang fokus..?

Bila scroll balik ke atas, bapaklah banyak aku menulis. Aku nak buat kerja lain pun sebenarnya kannn. okelah. entah bulan berapa tah aku ada masa nak menaip kat sini lagi
wallahualam..
wassalam


Saturday, February 16, 2019

~ Hakikat Seorang Ketua ~

Assalamualaikum
semoga dalam kita menjalani hidup seharian, banyak perkara yang dapat kita jadikan pengajaran untuk tidak lakukan di hari kemudian.

Ketua. Itulah title yang ramai orang nak pegang tapi ramai yang tak mampu nak galas. Di belakang title seorang ketua itu ada amanah dan tanggungjawab yang sangat berat. Seorang tua banyak kali beritahu aku :

'...tanggungjawab saya hari ini akan di persoal di akhirat nanti. saya perlu buat sesuatu supaya saya boleh menjawab di akhirat nanti ...'

Banyak skop tentang seorang ketua. Dalam institusi pendidikan, lagi banyak ceritanya. Guru bertanggungjawab dengan para pelajar. Pegawai PPD termasuk JU-JU PPD dalam pelbagai bahagian bertanggungjawab terhadap guru-guru di bwah seliaannya. Ikutlah hirarki masing-masing kan.

Sebagai anak buah. Rakyat marhean la senang kisahnya, tak boleh pula melangkaui ketua-ketua di atasnya.Semuanya ada alirannya. Ikutlah aliran yang betul agar jika timbul di mana-mana masalah, orang yang bertanggungjawab dapat bertanggungjawab atas tnggungjawab mereka.

Berbalik kepada amanah dan tanggungjawab. Sorry, aku bukan siapa-siapa nak bercakap tentang hal ini. Bukan penerima APC, bukan pegawai PPD,bukan guru berjawatan besar apatah lagi pengetua. Aku bercakap daripada pandangan sebagai seorang pegawai pelaksana. Melaksana arahan je kerja aku. Orang suh buat, aku buat lah. Orang kata jangan buat, tak payah lah buat kannn. Senang kannn..

Aku mengambil kisah daripada pelbagai tempat. Tak nak nanti kata aku tengah cerita kisah di tempat aku kerja. Tak baikkkk buat spekulasi. Kalau terus membaca, sila membaca dengan hati yang terbuka dan berbaik sangka ya.

Saat kita menjadi ketua, ketahuilah sebenarnya siapa juga di bawah kita perlukan kita untuk dibimbing. Bukan bermakna betul semua pada diri seorang ketua, tapi mungkin lebih sedikit daripada yang lain. Yang lebih sedikit itulah yang perlu dikongsi bersama agar kemaslahatan dapat dikongsi bersama. Itu yang paling penting. Jika susah bagi mereka di bawah cubalah beri sedikit kemudahan. Jika tidak mampu untuk beri kemudahan, berilah sesuatu agar ia kelihatan mudah lalu difikirkan mudah maka mudahlah ia. Macam mudahkan, tapi tak ramai yang mampu lakukan.

Aku bagi beberapa situasi untk readers buat comparison :
".. haji, nak design benda tu jadi macam mana? nanti saya cuba buat kan .."
" Ketua : .. tak kisah.yang petak bahagian deskripsi tugas duduk sebelah AJK. Jadi, mudah AJK nak semak tugas mereka. Kalau nak kena selak cari deskripsi tugas, susah diorang nanti.."

Satu lagi situasi :
" .. Macam mana nak buat? Budak ni memang langsung tak nak buat kerja. Tulis pun tak nak .."
" Ketua :  ...dulu, masa saya, budak jenis macam ni kita masuk kan dalam kelas lain yang tak ada kawan dia. Berjaya. Cuba la. Mana tahu berjaya jugk.."

Satu situasi lagi :
" ... hajah, sory nak tanya.nak buat pelan strategik, pelan tektikal dan pelan operasi ni macam mana sebenarnya. Saya tak pernah buat. Ni saya hentam je. Betul ke? .."
Pengetua : "... oh. ni salah ni. meh sini ..." dan betul kan kesalahan yang ada.

Nak satu lagi situasi ?
Puan : ' ... leader tolong pastikan operator telah membuat kemaskini maklumat peribadi dalam sistem ABCD .."
" ... puan, maklumat ni macam mana kita nak tahu siapa yang sudah kemaskini atau belum kemaskini ? sebb ada 140 operator dalam sistem saya .. "
Puan : '.. Leader tak boleh nak tahu .. bahagian HR je yang boleh tahu "
Leader : " ... habis tu macam mana nak tahu siapa dah kemas kini siapa yang belum ..."
Puan : mengata belakaang ( ish dia nih. tak faham bhasa orang kata tak boleh nak check ) kan dah cakap banyak kali.HR je boleh tahu .. tak faham ke ..?
Leader :  krik krik krik ..

Realiti sebagai seorang ketua besar maknanya bagi anak buah. Ada masanya mungkin anak buah tak faham sisi baik yang mungkin kita mahu untuk mereka. Anak buah tidak mamp membaca setiap gerak kerja kita. Mungkin di sini ujian buat seorang ketua untuk mengendalikan anak buah yang begini. Bagaimana ? Tunggulah aku jadi pengetua baru aku study macm mana. hahahahahaahaaa

Tak kurang juga ketua yang penting diri. Aku suruh kau buat. Macam mana aku tak nak tahu. Yang aku tahu siap. Ketua beginilah yang sesungguhnya sangat menguji mental dan fizikal anak buah. Fahamlah bahawa. Dengan memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita.

Saat nanti kita menjadi seorang ketua kepada siapa pun, kita ada dua pilihan.
Membantu atau hanya mahu dibantu. Mengarah dengan penyelesaian masalah atau mengarah tanpa apa pun penyelesaian. Pilihan di tangan kita.
Jika hari ini kita seorang ketua, carilah makna diri kita dengan berkongsi bukan melangsi.
Settle !

Wallahuam
Wassalam.


Tuesday, January 1, 2019

~ ku lepaskan luka itu pergi ~


Assalamualaikum
Selamat Pagi Tahun Baru 2019.
Alhamdulillah masih diberi nyawa dan kesempatan atas semua hal atas dunia ini.

Tajuk nak novel jugak kan. bhaaahahahaha.
Sesungguhnya memang rindu sangat nak menulis kembali. Tapi masa sangat terhad.  Bila hero kecik dah 2 orang, apa lagi dah mula naik sekolah .. lagi lah masa terlalu suntuk.

Fine, baru lepas cuti sekolah kan.  Kenapa nak mengeluh ??
Jiwa tak pulih lagi laaaa sisthurrr. Tibaa tiba tambah lagi benda sama laaaa adoiiii ...
Dalam sepanjang cuti sekolah, 2 minggu guna untuk jaga exam dan selesaikan buku pengurusan sekolah. OMG sory sangat untuk warga sekolah kalau banyk sangat kekurangan dan kesilapan kat situ. In sha Allah, untuk tahun 2020 pasti ada yang lebih berkaliber untuk laksanakan tugas yang tersebut memandangkan aku dapat rasa kan nama aku akan naik lagi as a TKP. aiiisehhhman ..
Kurang lebih 2 minggu je aku sempat cuti. Itu pun jadual pack dengan aktiviti dengan dua dua keluarga.  Jadi, masa rehat untuk berhibermasi dan  monolog diri sangat berkurangan. Tapi happy sebab dapat spent masa yang panjang untuk adik beradik ipar duai yang super awesome baqqqq hangggg ... seriously berbaloi. hahahaa

2018 memberi 1001 cerita, pelajaran dan pengajaran untuk aku sendiri cakna demi kemaslahatan jiwa sendiri. Supaya akhirnya nanti aku tidak mengorbankan insan insan di sisi aku. Terima kasih kepada insan yang tak pernah jemu untuk sayang walaupun dunia terasa gelap beberaopa bulan di hujung 2018. Terima kasih kepada sahabat yang faham walaupun bicara tak terluah. Terima kasih sahabat yang membuatkan aku masih kuat melangkah masuk ke dunia duka aku.  OMG nak nangis laaa .. sob3x

Oke tak boleh nak taip panjang sangat. Kan nangis manjang, dah macm mana nak pergi sekolah arini.
By da way .. banyak mana pun hati kita bertahan untuk sebuah cerita semua itu jelas sementara. Betul aku sakit .. aku down dengan apa yang jadi.  Tapi, aku kenal setiap orang di sisi aku. Aku jumpa sahabat. Paling penting memang extra sayang la kat laki aku. Paling kesian anak-anak jadi korban kebengongan aku :
' sudahlahh..awk macm ni anak-anak awk jadi kan mangsa ..'
bapaklaaaa touching siottt. 2 bulan lebih diorg tidur tanpa aku. Di hujung tu baru aku tersedar :
' ehhh .. fahim dah besar. eh.. fahim dah 8 bulan ke. Lamanya aku tak tidur kan dia ... huhuhu '

Ohhh..mama mama bekerja di luar sana.
Sekali pun busy, sekali pun hidup anda huru hara .. tolong jangan lepaskan masa bersama anak-anak. Allah pinjamkan kita masa sekejap sangat untuk anak-anak. Sebaik saja mereka sudah berjalan tanpa 'memegang tangan' kita, kita akan hilang separuh daripada kehidupan kita. Percayalah, kalau aku yang hilang 2 bulan tu rasa bersalah sangat, kalau beberapa tahun apa tah lagi.

2018 : Allah ajarkan aku bahawa semuanya atas percaturan Allah.
Kita mungkin lakukan baik, terbaik .. tapi Allah ketuk sedikit dunia kita. Kita tak mampu tentang apa pun tanpa izin Allah. Kita bukan siapa-siapa apa lagi untuk menunjukkan bahawa kita adalah sesiapa. HAMBA. Itu adalah sebaik baik darjat kita di sisi Allah. Ya, kadang kita rasa benda tu mudah. Benda itu sebahagian daripada kepakaran kita, jika Allah tak kata tidak, maka tetap TIDAK. Yakin ia bukan kifarah. Yakin ia bukan sesuatu yang negatif. Allah hanya mahu kita mampu melihat :
- Siapa ikhlas menerima kita ?
- Siapa ikhlas menghargai dan mengenali kita ?
- Kita bukan siapa-siapa itu dah tentunya.

2018 : Dalam Amanah ada Tanggungjawab yang besar
Jika kita tahu setiap kesanggupan kita atas sesuatu, ada tanggungjawab yang besar. Saat kita berdoa inginkan zuriat, Allah bagi kita zuriat. Saat zuriat lahir, waktu kita marah .. kita lupa kita yang minta mereka hadir. Saat kita dipengaruhi negativiti luar, kita anggap mereka menyusahkan seakan bukan kita yang minta mereka datang dalam hidup kita.
Parents. Tak perlu kita ungkit ' kau ingat sikit. aku yang mengandung beranak kan kau. Aku yang bagi makan minum kau sampai kau boleh berjalan berlari ' tapi sebelum kita hamburkan perkataan yang begitu pernah tak kita ingat kembali ' Ya Allah, kurniakan kami zuriat atas rumahtangga ini .. Izinkan kami untuk memiliki zuriat daripada perkahwinan ini ...'
Jangan pernah kita lupa, bersama doa itu ada tanggungjawab yang sedang kita galas.

Sama juga saat kita terima tugas. Dari awal sebelum posting, kita doa siap solat hajat supaya kita diterima untuk posting. Allah bagi kita posting. Tapi kita tak sedar, bersama doa kita itu ada tanggungjawab yang sangatttttt besar. Kerja itu adalah amanah. Melaksanakan kerja itu adalah tanggungjawab.  Dalam melaksanakan tanggungjawab itu ada 1001 ujian untuk melihat sejauh mana kita ambil berat dengan segala tanggungjawab kita.  Sebaik saja kita katakan 'ya' , buatlah sehabis baik. Takut nanti, demi untuk memudah dan menghabiskan kisah tekanan kita, mangsanya adalah orang lain.
Ceritanya : kita minta. Tapi kenapa dalamnya kita mengeluh seakan bukan kita yang minta ..???

2018 :  Sesiapa saja boleh khianati kita
Aku lalui tragedi ini beberapa masa yang lalu. Kali ini adalah kali ke-3. Orang kata nazura tak pernah serik.
Sekali lagi Allah bagi aku terduduk.  Menangis. Habis hilang separuh semangat. Tapi Allah nak bagitahu, aku ada suami yang terima baik buruk lebih dan kurangnya aku. Allah nak bagitahu aku, aku ada suami yang tak pernah lupa untuk support aku. Mungkin masa dan ketika itu aku lupa. Jadi, Allah tarik aku semula.  'Nazura, orang yang ada di sisi kau itu adalah yang paling ikhlas menerima kau ..'
Betul orang kata :  bila bila masa nanti suami boleh je cari lain.
Aku cakna dengan statement itu. Suami beralih arah, hati dia pergi pada orang lain itu semua adalah UJIAN Allah bagi sebuah perkahwinan. Hampir setiap perkahwinan berhadapan dengan ujian hati ini.  Aku dah rasa ke ..??? Aku menimba pengalaman perkahwinan insan-insan jauh lebih senior.  Selebihnya hanya bergantung kepada rasional pasangan dan JODOH.  Kita tak pernah sekali akan lepas daripada ujian perkahwinan, hanya bagaimana kita menghadapinya. Allah atau emosi mendahului kita..?

OMG pandainya nazura nasihat kan orang kan. Tak kena kat diri, boleh la ceramah. Sudahlah. Kalau nak terima, terima saja. Tak nak terima pun bukan aku kisah. Harap aku ingat patah perkataan aku dalam entri ini, agar nanti jika apa saja ujian yang datang, aku akan ingat nasihat aku untuk diri aku sendiri.

Kadang kita terlalu percayakan orang untuk bersama kita. Kadang kita terlalu harap orang lain untuk kita mengadu dan bercerita. Kita lupa dan tak sedar, sesungguhnya Allah yang menggenggam hati manusia. Kita sombonggggg sangat dengan Allah. Kita bercerita dan menangis dengan perasaan inilah orang yang memahami kita. Tapi, di luar keperluan mereka kita bukan sesiapa jua.

Alhamdulillah. Dalam yang ramai, Allah tinggalkan juga yang sedikit untuk aku mampu tersenyum.
Terima kasih sahabat 2018. Allah tak pernah kejam. Allah tahu hati kita. Allah tahu siapa sebenarnya paling layak untuk kita beri hati.
' Sahabat .. dia tidak perlu ditemui setiap hari. Tak perlu bersembang setiap masa. Cukuplah dia setia dalam doa, Cukuplah kita tersenyum saat kita tahu dia ada. Cukuplah kita rasa terubat saat terluka. Cukuplah kita rasa masih ada tempat berpaut, saat hati dan jiwa jatuh tersungkur. Cukuplah dengan adanya dia, membuat kita  semakin dekat kepada Pencipta  ..'

2018 : Jelas ia adalah kenangan, pelajaran dan pengajaran. Langkah aku belum cukup kuat untuk melalui 2019. Terima kasih kepada insan-insan kiriman Tuhan yang sentiasa setia menyokong aku. Aku masih cuba mendapatkan kekuatan untuk teruskan langkah yang terlihat suram. Hingga satu masa aku berhenti .. dan aku kata : Semua ini dah berakhir. Dunia juga sudah semakin tua. Zaman juga sudah tiba di hujungnya. Dunia ini jelas akan musnah sebentar lagi. Lalu aku lepaskan luka itu pergi untuk aku melangkah sendiri tanpa sesiapa.

Selamat Jalan 2018.
Selamat Datang 2019
Wallahualam ..