Saturday, February 16, 2019

~ Hakikat Seorang Ketua ~

Assalamualaikum
semoga dalam kita menjalani hidup seharian, banyak perkara yang dapat kita jadikan pengajaran untuk tidak lakukan di hari kemudian.

Ketua. Itulah title yang ramai orang nak pegang tapi ramai yang tak mampu nak galas. Di belakang title seorang ketua itu ada amanah dan tanggungjawab yang sangat berat. Seorang tua banyak kali beritahu aku :

'...tanggungjawab saya hari ini akan di persoal di akhirat nanti. saya perlu buat sesuatu supaya saya boleh menjawab di akhirat nanti ...'

Banyak skop tentang seorang ketua. Dalam institusi pendidikan, lagi banyak ceritanya. Guru bertanggungjawab dengan para pelajar. Pegawai PPD termasuk JU-JU PPD dalam pelbagai bahagian bertanggungjawab terhadap guru-guru di bwah seliaannya. Ikutlah hirarki masing-masing kan.

Sebagai anak buah. Rakyat marhean la senang kisahnya, tak boleh pula melangkaui ketua-ketua di atasnya.Semuanya ada alirannya. Ikutlah aliran yang betul agar jika timbul di mana-mana masalah, orang yang bertanggungjawab dapat bertanggungjawab atas tnggungjawab mereka.

Berbalik kepada amanah dan tanggungjawab. Sorry, aku bukan siapa-siapa nak bercakap tentang hal ini. Bukan penerima APC, bukan pegawai PPD,bukan guru berjawatan besar apatah lagi pengetua. Aku bercakap daripada pandangan sebagai seorang pegawai pelaksana. Melaksana arahan je kerja aku. Orang suh buat, aku buat lah. Orang kata jangan buat, tak payah lah buat kannn. Senang kannn..

Aku mengambil kisah daripada pelbagai tempat. Tak nak nanti kata aku tengah cerita kisah di tempat aku kerja. Tak baikkkk buat spekulasi. Kalau terus membaca, sila membaca dengan hati yang terbuka dan berbaik sangka ya.

Saat kita menjadi ketua, ketahuilah sebenarnya siapa juga di bawah kita perlukan kita untuk dibimbing. Bukan bermakna betul semua pada diri seorang ketua, tapi mungkin lebih sedikit daripada yang lain. Yang lebih sedikit itulah yang perlu dikongsi bersama agar kemaslahatan dapat dikongsi bersama. Itu yang paling penting. Jika susah bagi mereka di bawah cubalah beri sedikit kemudahan. Jika tidak mampu untuk beri kemudahan, berilah sesuatu agar ia kelihatan mudah lalu difikirkan mudah maka mudahlah ia. Macam mudahkan, tapi tak ramai yang mampu lakukan.

Aku bagi beberapa situasi untk readers buat comparison :
".. haji, nak design benda tu jadi macam mana? nanti saya cuba buat kan .."
" Ketua : .. tak kisah.yang petak bahagian deskripsi tugas duduk sebelah AJK. Jadi, mudah AJK nak semak tugas mereka. Kalau nak kena selak cari deskripsi tugas, susah diorang nanti.."

Satu lagi situasi :
" .. Macam mana nak buat? Budak ni memang langsung tak nak buat kerja. Tulis pun tak nak .."
" Ketua :  ...dulu, masa saya, budak jenis macam ni kita masuk kan dalam kelas lain yang tak ada kawan dia. Berjaya. Cuba la. Mana tahu berjaya jugk.."

Satu situasi lagi :
" ... hajah, sory nak tanya.nak buat pelan strategik, pelan tektikal dan pelan operasi ni macam mana sebenarnya. Saya tak pernah buat. Ni saya hentam je. Betul ke? .."
Pengetua : "... oh. ni salah ni. meh sini ..." dan betul kan kesalahan yang ada.

Nak satu lagi situasi ?
Puan : ' ... leader tolong pastikan operator telah membuat kemaskini maklumat peribadi dalam sistem ABCD .."
" ... puan, maklumat ni macam mana kita nak tahu siapa yang sudah kemaskini atau belum kemaskini ? sebb ada 140 operator dalam sistem saya .. "
Puan : '.. Leader tak boleh nak tahu .. bahagian HR je yang boleh tahu "
Leader : " ... habis tu macam mana nak tahu siapa dah kemas kini siapa yang belum ..."
Puan : mengata belakaang ( ish dia nih. tak faham bhasa orang kata tak boleh nak check ) kan dah cakap banyak kali.HR je boleh tahu .. tak faham ke ..?
Leader :  krik krik krik ..

Realiti sebagai seorang ketua besar maknanya bagi anak buah. Ada masanya mungkin anak buah tak faham sisi baik yang mungkin kita mahu untuk mereka. Anak buah tidak mamp membaca setiap gerak kerja kita. Mungkin di sini ujian buat seorang ketua untuk mengendalikan anak buah yang begini. Bagaimana ? Tunggulah aku jadi pengetua baru aku study macm mana. hahahahahaahaaa

Tak kurang juga ketua yang penting diri. Aku suruh kau buat. Macam mana aku tak nak tahu. Yang aku tahu siap. Ketua beginilah yang sesungguhnya sangat menguji mental dan fizikal anak buah. Fahamlah bahawa. Dengan memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita.

Saat nanti kita menjadi seorang ketua kepada siapa pun, kita ada dua pilihan.
Membantu atau hanya mahu dibantu. Mengarah dengan penyelesaian masalah atau mengarah tanpa apa pun penyelesaian. Pilihan di tangan kita.
Jika hari ini kita seorang ketua, carilah makna diri kita dengan berkongsi bukan melangsi.
Settle !

Wallahuam
Wassalam.


No comments:

Post a Comment