Saturday, March 28, 2020

~ hapy annivesary us ~ 6 tahun yang lalu ..

Assalamualaikum
fuhh..masih dalam tempoh PKP. Alhamdulillah tempoh kurantin kami masih berjalan dengan baik. Kita sama sama doakan tindakan mencegah penularan wabak adalah tindakan yang tepat dan berkesan.

Alhamdulillah. 28032020 .. Allah masih panjangkan umur. Masih kuat dan panjangkan jodoh kami. Masih terlalu besar amanah dan tanggungjawab yang perlu di galas.

6 tahun lalu
28032014 ( Jumaat )

ni mana dah la gelang nih. baru pakai 2 bulan, barai berkecai terus. 
Catatan kenangan sampai bila bila pun. Majlis yang nampak grand tapi ... simple simple je. Tak ada pelamin bapakkkk besar. ( pakai pelamin nikah je ). Baju time nikah dan kenduri ( laki bini ) pun design sendiri, hantar tukang jahit. Upah jahit pun 50 hengget je. Hantar tampal batu dan manik je mahal sikit. Kain beli sendiri kat JAKEL. Crown tu pun mak kawan aku bagi pinjam la walaweyhhh. hahaha. Nampak macm kesian kann. Tapi tu lah masalah aku dari dulu sampai sekarang. Tak suka sama dengan orang lain. Paling tak suka bila orang lain atur cara aku. Bukan lah cara aku betul saaaaangat. Tapi, mengambil iktibar daripada beberapa kes kenalan aku, bridal datang bawa baju .. baju ketat gila. Tudung singkat. Actually masa waktu majlis tu, ada yang suggest aku tarik shawl ke belakang nak bagi nmpak bunga full kat baju. Tapi aku refuse nicely la. i is cannot la walaweyhhh. Walaupun aku ni bukanlah type type tudung labuh .. tapi seumur hidup aku daripada kenal namanya tudung, tak pernah aku pakai tudung gituuuu..huhuhu

dua ketul bunga ni pun pergi pilih sendiri kat kedai
Photographer pun pakai kawan aku je. No album .. no editing. Bagi aku pendrive je. Mungkin sebab kalau nak buat album, kami pun pandai buat sendiri. Editing pun, kami pandai juga buat sendiri. Lagi pulak kami bukan jenis simpan gambar atau frame kan bagai. ( Alangkan gambar konvo aku pun dua kali dah terbuang. Sekali mak aku dah nak terbakar. Skrg ni ... entah mana tah ..adoii ) Gambar konvo laki aku pun simpan berhabuk je kat rumah mak di Sungkai. Outdoor pun kami tak buat masa majlis. Masa lepas nikah tu dapt buat sekejap je. UTHM is sooo penting. Kami masuk je UTHM, kenal dalam kelas sebab satu group assignment. Berapa bulan je duk mesej mesej, terus declair sampai la skrg. OMG bapak la lama. Cuma sepanjang kat UTHM tu, kami so so so je. Tak pernah pergi library sama-sama. Tak pernah study sama sama even satu kelas. Mungkin sebab aku pun bukan jenis grouping person. Aku suka study sensorang. Bila study dalam group tu aku jadi 'kosong'. Sampailah sekarang ni pun, aku lebih selesa bekerja sendiri. Tapi ada ketikanya memaksa diri untuk bekerja bersama orang lain. Kerja bersama orang lain pun, aku akan tengok juga dengan siapa. Tak tahulah sama ada aku susah bekerja dengan orang, atau orang rasa susah bekerja dengan aku.

Tapi alhamdulillah, banyak urusan .. aku selesa bekerja dengan laki aku walaupun kami bukan kerja di tempat yang sama. Di sekolah, hanya beberapa orang saja aku selesa bekerja.
Kenapa ..? Wallahualam.
Ya, sebenarnya 6 tahun mencatatkan moment moment yang Allah saja tahu bagaimana kami menghadapinya. Kalau sesetengah orang diuji dengan kewangan di awal perkahwinan, kami mungkin tak merasai itu. Kadang cakap dengan suami : bila tengok rumah orang, kadang teringin nak rasa macm mana duduk kat rumah sewa. Macam mana berusaha nak sediakan barang di rumah.
Suami cuma kata : bersyukurlah.
Allah tidak uji kami dengan cara itu. Tapi Allah uji kami dengan cara yang sangat berbeza.
Awal perkahwinan, kami PJJ. 6 bulan selepas nikah, Allah uji kami dengan suami sakit terlantar hampir 3 bulan. Setiap minggu berulang Batu Pahat - Perak. Alhamdulillah suami sihat, aku pregnant kan Umar. Bila Umar lahir, dia di sahkan dextrocardia mirror image dan jantung berlubang. Bermula masa 14 hari berpantang, aku perlu uruskan temujanji temujanji Umar di KD, HSNI dan HSA. Alhamdulillah, 2016 suami dapat balik ke Batu Pahat. Bermula suami balik, Umar mula temujanji di IJN pulak. Menjadikan temujanji doktor dia bertambah. KD, HSNI, HSA dan IJN. ( Setiap 3 bulan ).
Sekitar September 2017, pregnant kat Fahim pulak. Dec 2017 .. Umar buat major operation di IJN sedangkan masa sedang pregnantkan Fahim, aku ada masalah plasenta di bawah ( sebab kerap dukung Umar ). Sepanjang di IJN, tak dapat nak baring. Bila kenang semula, entah macam mana aku boleh kuat semangat masa tu. Ya, masa tu apa yang ada dalam kepala adalah ... Allah jaga semuanya.

tengok gaya pegang bunga je dah tawu gengster..huhu
 Alhamdulillah, Umar recover dengan cepat. Selamat bersalinkan Fahim. Umar follow up terapi untuk speech delay .. Sakit suami masih on off .. setiap tahun dia pasti akan melalui satu siri serangan yang menyebabkan dia collaps habis. sampailah hujung tahun lepas. Terpaksa buat operation ( tophi pecah dan jangkitan kuman ) .. satu badan macam lumpuh dalm masa dekat sebulan tu. Gout atritis. Tak semua orang tahu penyakit ni. Tapi mana yang tahu, akan tahu bagaimana sakit ini menyerang. Allah beri pada orang yang cukup penyabar macam laki aku..hoho.

Ujian demi ujian yang kami lalui sebenarnya cukup mematangkan kami. Kalau dulu aku jenis kaki melenting. Sekarangnya nampaknya lebih tenang. Alhamdulillah, setiap apa pun ujian yang Allah beri dalam usia perkahwinan, tidak lain adalah untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan itu sendiri. Belajar lah untuk rescedule ur mental. Carilah masa masa sesuai untuk betulkan jiwa yang lemah. Aku pernah burn out. Aku pernah lalui mental down sangat sangat.

Apa yang aku boleh share :
Pertama : Letakkan keyakinan kau hanya pada Allah. Cukup Allah bagi aku ! Ini bukan cakap saja. Tapi bagaimana kau apply. Bagaimana hati kau yakin. Bila hati kau betul yakin, in sha Allah hati kau lebih tenang. ( Mengaji .. solat sunat semua kadang belum cukup buat kita tenang. Sebab dalam keadaan kita kusut, dalm masa mengaji dan solat pun mudah jugak syaitan nak persoalkan keyakinan kita ).

Kedua : Bila hati dah tenang, barulah kau dapat fikir secara rasional. Barulah kau dapat bina kekuatan dalaman. Sebenarnya, yang membuatkan kita boleh berjalan, pergi kerja .. siapkan kerja .. handle everything adalah emosi kita. Sebab tu kita perlu lebih tenang untuk rasional. Apa cara untuk kita absorb semua masalah dan asingkan ikut partition dia. Jadi, kau boleh selesaikan satu per satu .. dan hadapi saja mana mana yang tak boleh di selesaikan.

Ketiga : Support system. Anyway aku bukan jenis anak manja. Dalam family sendiri aku lebih kepada problem solver.

jalil & nazura 2019
Alhamdulillah, aku sentiasa ada family untuk bantu. Tak kisah lah dalam bentuk apa. Especially bila suami tak dapat bangun. Family aku ... family suami, sangat supportive. Bantu untuk berubat. Bantu untuk belikan keperluan rumah. Dari segi emosi, alhamdulillah. Walaupun suami kurang sihat, tapi dia sangat sangat mendengar dan respon tiap kali aku bercerita especially isu kerja. Cuma kadang, pada benda yang tak terluah .. suami cuma bagi ruang untuk aku stay alone. Dia akan cover budak budak. Biasanya aku pergi spa sendiri, dia akan jaga budak budak. Masa yang mungkin 3 jam aku keluar, drive, di spa, drive balik .. itulah masa aku untuk pulihkan balik emosi yang sedang down. Sebab tu aku tak pernah keluar dengan kawan kawan. Aku bukan keluar untuk bergembira. Tapi untuk bertenang sekejap .. bagi masa untuk aku berfikir dengan lebih baik. Apa dan kenapa ..? Di hujungnya akan ada : Allah tidak jadikan apa pun dengan sia-sia. Bersyukur dan gembiralah dengan apa yang kita miliki hari ini.

Annivesary tahun ni .. tak ada kek. Sebelum ni pun tak ada apa apa celebration pun. Kami laki bini species tak celebrate pape special day unless kebetulan ada family gathering. Kalau nak makn kek, bila bila kami akan beli. Macam Umar mmg suka makan kek. So, kalau beli akan tulis - have a gud day gud boys umar & fahim -

        
mama & umar 2019
mama & fahim 2019

So, untuk tahun ni .. duduk lah di rumah. Amalkan penjarakan sosial. Spent time together with ur family. Dalam musibah, tapi penuh dengan hikmah. Carilah positif dalam negatif. Amalkan sabar dalam apa jua tekanan. Yakinlah. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Wallahualam

Sunday, March 15, 2020

~ Umar dan Sekolah ~


Assalamualaikum
Alhamdulillah, Allah masih berikan kesihatan, masa peluang untuk menulis lagi.
Baik, bukan menulis .. menaip okeh.

Hari ni cuma tergerak nak simpan tentang pertama kali umar ke sekolah.
Nanti Fahim 1st time ke sekolah pun boleh simpan sini gak..hoho.

Cerita first time nak hantar umar ke sekolah bukan proses yang mudah apa lagi umar pernah fobia ke tempat orang. Apa hakikat yang berlaku tu aku tak boleh nak tahu. Sebab umar tak bercakap dan aku pasti tak akan bercerita pun.

Forget it ! Lepas cuba hantar yang orang claim paling bagus, mahal dan apa pun bagus .. akhirnya kami buat keputusan mencuba PASTI. Oke, PASTI pun ada banyak. Banyak juga yang kami survey. Tanya orang sana sini. Bawa Umar ke mana mana sekolah, dia tak nak masuk. Dia mengamuk minta untuk balik. Tapi, bila sampai di PASTI yang ni .. Umar okay. Dia ajak turun.
Cepat je dia kata ' mama.. jom !'
Positif !

Masa tu mula nak daftar tu, aku dah pergi 6 bulan lagi sebelum akhir tahun untuk ambil borang. Jumpa dulu dengan teacher teacher. Bagi tahu masalah Umar. Bagitahu cara untuk tackle Umar. Alhamdulillah, teacher teacher semua positif. Umar pun seronok dengan jangka masa 1 jam di sana. Dia nak salam dengan teacher teacher di sana.

Masuk tahun 2020.
Hari pertama nak masuk tu memang hati oke ke tak oke..?
Alhamdulillah, seminggu saja pergi dan balik dia menangis. Masuk minggu kedua, dah tak menangis tapi liat nak ke sekolah. Masuk minggu ke tiga, seronok tapi masih malas sebab tak ada phone. Masuk bulan 2 dan hingga hari ini .. dia tahu dia perlu ke sekolah walaupun mengantuk tergolek golek .. dan dia seronok ke sekolah. Nampak seronok bila balik dari sekolah.
Bila buka kan buku dan homework .. excited untuk selesaikan.
Bila aku akan minta dia buat homework .. dan belajar ..? Ya, bila dia tengah main game.
Aku cuma nak tengok dia mampu fokus atau tidak ..?
Alhamdulillah, dia letak phone tepi .. dan mulakan homework.
Cuma untuk budak 5 tahun, jangan lah expect dia akan stay lama. Kalau dapat 15-30 minit satu session tu dah bagus dah. Tengok peringkat umur.
Dari segi speech, ada perkembangan yang baik walaupun belum mampu membuat ayat lengkap. Sekali lagi, jangan expect benda yang sangat tinggi. Nilaikan hal setiap hal yang positif.

Prinsip aku dan suami apabila hantar anak ke sekolah, sebaik saja aku lepaskan dia ke sekolah, sepenuhnya tanggungjawab cikgu ( atas hal hal yang perlu ). Maksud aku, aku tak pernah tanya pun, umar makan tak kat sekolah. kawan umar macam mana. macm mana umar di sekolah. Sama juga, first time umar di sekolah, aku hantar dan terus tinggal ( hahahaha..sebab aku pun masa 1st day sekolah nak pegi urus anak orang beratus kat sekolah ..hoho ) Maknanya cukup aku beri penuh kepercayaan pada cikgu untuk handle. Cuma aku akan pantau di rumah. Sebenarnya kalau kita dekat dengan anak, kita boleh nmpak walau sikit perubahan sikap pada anak. Positif atau negatif. Dia gembira atau dia tertekan.

Bila aku percaya, maknanya aku akan betul betul percaya. Tapi kalau aku dah tak percaya, memang aku bawa keluar terus ( macm taska yang dulu ).

Waktu pdpc, biasanya cikgu dia akan update di grup watapps. ( ya, aku memang tak pernah respon pape. huhu .. aku nak respon pun rasa tak cukup masa.) tapi aku sangat alert apa yang masuk lah. Nampak umar seronok dengan aktiviti pdpc yang berlaku. As a teacher, aku  sendiri boleh nampak perkara basic untuk pdpc tu di jalankan dengan baik, pdpc berlaku dengan baik dan perkembangan murid berlaku secara optimum.

Honestly, kami tak harapkan Umar jadi the top one in da class. Masa untuk belajar bukan masa untuk compete each other. Berseronoklah untuk masa belajar. Sebab daripada rasa seronok itulah yang membawa kepada rasa ingin tahu. Rasa ingin tahu itulah yang membawa kepada fokus dalam belajar. Kalau di sekolah, sibuk untuk compete each other, akan timbul keadaan yang tak bagus. Belajar ... tapi hati tak hapy. Memaksa diri untuk fokus dengan willingly to focus .. jauh kesannya.

Dalam memilih sekolah untuk anak, bukan brand, harga dan berapa ramai orang yang daftar masuk. Kami hanya memilih kualiti guru dan hasil positif ( more to social ) pada anak. Dia nak pandai cepat atau lambat, itu adalah usaha parents. Kalau parents duk lepas je anak kat cikgu lepas tu harap pandai .. kau memg tak sedar diri. hoho.

Sebagaimana aku annoying setiap kali parents kata :
' kami sibuk kerja .. tak ada masa nak pantau anak anak belajar ..'

Kami cuba untuk tidak lakukan perkara sama walaupun bila dah sampai rumah tu ... rasa tilam is everything. huhu.
Walaupun 10 minit setiap hari, kena ada study session. Belajar membaca ke, mengaji ke .. apa saja yang kami mampu. Sebab dengan 10 minit itu, walaupun nampak .. apa lah sangat, tapi ia membentuk rasa tanggungjawab anak.
Masa mula mula, ajak untuk study..dalam masa tengah main phone, dia mengamuk. Tapi bila dah buat 2-3 kali .. dia dah tahu. Bila mama or papa kata mengaji. Baca. Walaupun tengah main game, dia akan letak .. dan fokus mengaji. fokus membaca. ( baru nak baca suku kata )
Masa 10 minit tu boleh di naik kan lagi ikut kesesuaian. Alhamdulillah, sekarang .. bila mama kata siapkan homework, dia akan kemas meja dia. Siapkan homework tanpa di tunggu. Tapi kena pantau. Betul teacher dia kata. Kalau tak pantau, habis satu buku dia buat. hoho..

OMG. Oke, anak baru tadika kan. Memang la excited in everything kan. Tulah. Harap kami istiqamah memantau. Tak, sebenarnya bukan kami purely. Kami pun baaaanyak belajar daripada kawn kawan. Contoh paling mudah adalah bab mengaji. Kami sebenanrnya lupa umar dah besar. Bila scroll fb, tengok video anak kawan umur 2 tahun mula mengaji .. ohhh .. kami lupa sesuatu. So, terus belikan iqra' .. baru umar mula mengaji dengan umur 5 tahun. Lambat tu sebenarnya.


Kerana itu .. belajar lah daripada apa saja di sekeliling sebab kita sendiri tidak pernah pandai dan tahu semuanya sendiri.
Wallahualam
Wassalam