Alhamdulillah, Allah masih berikan kesihatan, masa peluang untuk menulis lagi.
Baik, bukan menulis .. menaip okeh.
Hari ni cuma tergerak nak simpan tentang pertama kali umar ke sekolah.
Nanti Fahim 1st time ke sekolah pun boleh simpan sini gak..hoho.
Cerita first time nak hantar umar ke sekolah bukan proses yang mudah apa lagi umar pernah fobia ke tempat orang. Apa hakikat yang berlaku tu aku tak boleh nak tahu. Sebab umar tak bercakap dan aku pasti tak akan bercerita pun.
Forget it ! Lepas cuba hantar yang orang claim paling bagus, mahal dan apa pun bagus .. akhirnya kami buat keputusan mencuba PASTI. Oke, PASTI pun ada banyak. Banyak juga yang kami survey. Tanya orang sana sini. Bawa Umar ke mana mana sekolah, dia tak nak masuk. Dia mengamuk minta untuk balik. Tapi, bila sampai di PASTI yang ni .. Umar okay. Dia ajak turun.
Cepat je dia kata ' mama.. jom !'
Positif !
Masa tu mula nak daftar tu, aku dah pergi 6 bulan lagi sebelum akhir tahun untuk ambil borang. Jumpa dulu dengan teacher teacher. Bagi tahu masalah Umar. Bagitahu cara untuk tackle Umar. Alhamdulillah, teacher teacher semua positif. Umar pun seronok dengan jangka masa 1 jam di sana. Dia nak salam dengan teacher teacher di sana.
Masuk tahun 2020.
Hari pertama nak masuk tu memang hati oke ke tak oke..?
Alhamdulillah, seminggu saja pergi dan balik dia menangis. Masuk minggu kedua, dah tak menangis tapi liat nak ke sekolah. Masuk minggu ke tiga, seronok tapi masih malas sebab tak ada phone. Masuk bulan 2 dan hingga hari ini .. dia tahu dia perlu ke sekolah walaupun mengantuk tergolek golek .. dan dia seronok ke sekolah. Nampak seronok bila balik dari sekolah.
Bila buka kan buku dan homework .. excited untuk selesaikan.
Bila aku akan minta dia buat homework .. dan belajar ..? Ya, bila dia tengah main game.
Aku cuma nak tengok dia mampu fokus atau tidak ..?
Alhamdulillah, dia letak phone tepi .. dan mulakan homework.
Cuma untuk budak 5 tahun, jangan lah expect dia akan stay lama. Kalau dapat 15-30 minit satu session tu dah bagus dah. Tengok peringkat umur.
Dari segi speech, ada perkembangan yang baik walaupun belum mampu membuat ayat lengkap. Sekali lagi, jangan expect benda yang sangat tinggi. Nilaikan hal setiap hal yang positif.
Prinsip aku dan suami apabila hantar anak ke sekolah, sebaik saja aku lepaskan dia ke sekolah, sepenuhnya tanggungjawab cikgu ( atas hal hal yang perlu ). Maksud aku, aku tak pernah tanya pun, umar makan tak kat sekolah. kawan umar macam mana. macm mana umar di sekolah. Sama juga, first time umar di sekolah, aku hantar dan terus tinggal ( hahahaha..sebab aku pun masa 1st day sekolah nak pegi urus anak orang beratus kat sekolah ..hoho ) Maknanya cukup aku beri penuh kepercayaan pada cikgu untuk handle. Cuma aku akan pantau di rumah. Sebenarnya kalau kita dekat dengan anak, kita boleh nmpak walau sikit perubahan sikap pada anak. Positif atau negatif. Dia gembira atau dia tertekan.
Bila aku percaya, maknanya aku akan betul betul percaya. Tapi kalau aku dah tak percaya, memang aku bawa keluar terus ( macm taska yang dulu ).
Waktu pdpc, biasanya cikgu dia akan update di grup watapps. ( ya, aku memang tak pernah respon pape. huhu .. aku nak respon pun rasa tak cukup masa.) tapi aku sangat alert apa yang masuk lah. Nampak umar seronok dengan aktiviti pdpc yang berlaku. As a teacher, aku sendiri boleh nampak perkara basic untuk pdpc tu di jalankan dengan baik, pdpc berlaku dengan baik dan perkembangan murid berlaku secara optimum.
Honestly, kami tak harapkan Umar jadi the top one in da class. Masa untuk belajar bukan masa untuk compete each other. Berseronoklah untuk masa belajar. Sebab daripada rasa seronok itulah yang membawa kepada rasa ingin tahu. Rasa ingin tahu itulah yang membawa kepada fokus dalam belajar. Kalau di sekolah, sibuk untuk compete each other, akan timbul keadaan yang tak bagus. Belajar ... tapi hati tak hapy. Memaksa diri untuk fokus dengan willingly to focus .. jauh kesannya.
Dalam memilih sekolah untuk anak, bukan brand, harga dan berapa ramai orang yang daftar masuk. Kami hanya memilih kualiti guru dan hasil positif ( more to social ) pada anak. Dia nak pandai cepat atau lambat, itu adalah usaha parents. Kalau parents duk lepas je anak kat cikgu lepas tu harap pandai .. kau memg tak sedar diri. hoho.
Sebagaimana aku annoying setiap kali parents kata :
' kami sibuk kerja .. tak ada masa nak pantau anak anak belajar ..'
Kami cuba untuk tidak lakukan perkara sama walaupun bila dah sampai rumah tu ... rasa tilam is everything. huhu.
Walaupun 10 minit setiap hari, kena ada study session. Belajar membaca ke, mengaji ke .. apa saja yang kami mampu. Sebab dengan 10 minit itu, walaupun nampak .. apa lah sangat, tapi ia membentuk rasa tanggungjawab anak.
Masa mula mula, ajak untuk study..dalam masa tengah main phone, dia mengamuk. Tapi bila dah buat 2-3 kali .. dia dah tahu. Bila mama or papa kata mengaji. Baca. Walaupun tengah main game, dia akan letak .. dan fokus mengaji. fokus membaca. ( baru nak baca suku kata )
Masa 10 minit tu boleh di naik kan lagi ikut kesesuaian. Alhamdulillah, sekarang .. bila mama kata siapkan homework, dia akan kemas meja dia. Siapkan homework tanpa di tunggu. Tapi kena pantau. Betul teacher dia kata. Kalau tak pantau, habis satu buku dia buat. hoho..
OMG. Oke, anak baru tadika kan. Memang la excited in everything kan. Tulah. Harap kami istiqamah memantau. Tak, sebenarnya bukan kami purely. Kami pun baaaanyak belajar daripada kawn kawan. Contoh paling mudah adalah bab mengaji. Kami sebenanrnya lupa umar dah besar. Bila scroll fb, tengok video anak kawan umur 2 tahun mula mengaji .. ohhh .. kami lupa sesuatu. So, terus belikan iqra' .. baru umar mula mengaji dengan umur 5 tahun. Lambat tu sebenarnya.
Kerana itu .. belajar lah daripada apa saja di sekeliling sebab kita sendiri tidak pernah pandai dan tahu semuanya sendiri.
Wallahualam
Wassalam
Salam sis.sy suka sangat baca kisah2 anak sis,umar,sebab sedikit sebanyak ada persamaan dgn situasi yg sy lalui skrg .kalau sis tak keberkatan,sy nak berkongsi cerita dgn sis.mungkin share pengalaman or etc berkenaan anak.sis bole whatsapp sy ye.01111338394.😊
ReplyDelete