Thursday, December 26, 2019

~ end of 2019 ~

Assalamualaikum
selamat awal pagi
masih gigih bersahur untuk mulakan puasa. harap masih punya kekuatan. OMG ! Umur 31 tahun nak puasa dia punya lembik macm budk 8 tahun. oke, fine !

Hari ni, sangat menghampiri hujung tahun 2019. Cerita awal tahun 2019 yang penuh dengan duka dan longlai, di akhiri dengan kekuatan dari Allah.

Alhamdulillah, bersyukurlah untuk 2019 yang ohsem. Especially dalam rentetan bidang tugas yang lebih ohhhhhhhsem !! Tak apa. Struggle is real !

Hujung tahun 2019, plan untuk trip ke Kedah dengan family sebelah suami is gagal. Itulah manusia. Manusia hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah itu adalah yang paling terbaik.

Habis tugas sebagai pengawas SPM, masih stay di rumah sementara suami masih punya kerja di sekolah. Masa tu kesihatan suami mula merudum dan membimbangkan. Tapi, dalam dalam merudum tuh, masih gagah lagi ke IKEA. Aku dah set up KPI settle semua utk

organize barang. Siap kan semua barang untuk Umar aku hantar ke sekolah. Sebab kalau ikut plan, balik semula ke Parit Raja, masa sudah agak suntuk. So, alhamdulillah. Dapatlah aku siapkan apa yang perlu aku siap kan.

Dalam masa itu juga, selamat lah juga siap jadual cikgu cikgu dan aku serahkan pada penyelaras jadual. Jadi, tidak lah nanti aku perlu ubah itu dan ini sepanjang cuti. Prinsip kerja aku mudah. Awal aku selesaikan, jika ada perubahan masih ada masa untuk di betulkan.

Seminggu sebelum ke Kedah. Suami collaps. Terus tak dapat bangun. Tapi duk bagi semangat kat suami, in sha Allah sempat awak sihat. Awak selalu sakit dalam seminggu je kan. Demam on off on off. Sendi freeze n loose. Tophi pecah. 3 hari cuba bertahan. Hari seterusnya aku mula tak rasa oke tengok keadaan tophi dan keadaan dia. Nak tak nak, paksa dan kuat kan diri ke klinik. Sampai di klinik, doktor minta terus ke hospital. Sampai di hospital terus admitted.

Kali ini nekad tidak ke HSNI tapi ke KPJ Speacialist Batu Pahat. Kenapa ..?
Biarlah Allah dan kami saja yang tahu.
4 hari setengah di sana. Pelbagai pengalaman yang menguji fizikal dan mental. Kalau dulu menginap di IJN perlu punya kekuatan yang tersendiri, ya .. begitu juga hari ini.
Hari ke dua admit, pakar ortho datang. Pagi dia datg untuk pantau keadaan tophi yang pecah tu dan terus decide untuk buat operation tengah hari tu. Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Tapi keadaan sendi yang masih freeze and loose itu masih tidak berubah.


Dengan keadaan yang begitu, aku cuma nampak menguruskannya di hospital lebih susah berbnding di rumah dan aku decide untuk discharge. Jadi mudah aku nak uruskan suami dan anak-anak. Setiap hari aku akan balik sekejap bawa budk budak keluar dan balik semula ke hospital. Rutin itu lebih renyah bagi aku.

Balik ke rumah, mak ayah dan adik beradik suami semua ada di rumah. Alhamdulillah, mereka sangat supportive. Sangat memahami. Beberapa hari rumah riuh sekejap dengan mereka. Suami pun segar sikit. Hilang sikit rindu dia pada mak ayah dan adik beradik dia. Dapat lah juga umar & fahim jumpa sepupu walaupun tak dapat bercuti bersama. Bila family sebelah suami balik, family aku sendiri sangat banyak membantu. Belikan barang barang yang perlu sebab sangat susah untuk aku bergerak keluar rumah nak membeli itu dan ini.

Setiap hari, luka operation perlu di cuci. Besar mana, tak perlu aku tunjukkan. Cukup lah aku mention bahawa ia bukan luka bekas operation biasa macam Umar dulu. Penjagaan kali ini lebih sensitif. Sepatutnya setiap hari perlu ke KPJ untuk dressing. Tapi, disebabkan keadaan suami yang tak dapat nak bangun dan bergerak, so setiap hari seorang nurse yang take over kes suami akan datang rumah untuk pantau dan buat dressing.

Sehingga hari ini, masa sudah berlalu hampir 3 minggu.
Alhamdulillah, keadaan suami semakin baik. Berkat doa dan ikhtiar daripada semua. Walaupun masih tidak sepenuhnya bergerak, tapi progress lebih positif berlaku setiap hari. Begitu juga dengan progress bahagian operation. Proses pemulihan lebih cepat. Ada juga nurse tanya ada makan apa apa ke. Sesungguhnya tak ada makan yang pelik pelik pun. Cma setiap hari suami akan makan buah dan Vivik Shaklee.

Esok dah mula kerja. Aku yakin, cabarannya akan lebih berbeza.
Allah Maha Tahu kadar mampu hamba-Nya. Tenang dan lupa lah untuk berkeluh kesah. Kakak nurse ada juga tanya : Nanti Zura dah naik sekolah suami macam mana..?
Aku cuma kata boleh. in sha Allah tak ada masalah.

Setiap masa dan ketika, ada saja hal yang akan berlaku kepada kita. Hanya kita saja mahu melihatnya dengan hikmah atau mahu lemah. Cuti Akhir Tahun 2019 di isi penuh dengan cerita dalam rumah. Terlalu banyak hikmah yang berlaku. Itu, cerita nanti saja. Bukan saja aku dan suami perlu memahami dan di fahami. Tapi anak anak turut sama memahami dan menuntut di fahami.
Syukur lah dengan ujian ini, kerana bersamanya mengandungi 1001 hikmah yang tidak terbeli dengan apa pun.

Sekian.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment