Sunday, November 16, 2014

~ ... apa masalahnya dengan sistem ...~



Assalamualaikum
hmm .. memang biasa mulakan entri dengan salam
walau hati penuh dengan rasa sakit yang tidak terhingga

Oke .. just strght to da point that aku memang sedang sakit hati
ohh yeahh .. why ??
there is something that everyone say 
'it's normal'
but it is seriously worst for me

dulu tak pernah lalui keadaan tu so aku tak pernah care
tapi hari ini dan seterusnya aku akan laluinya jadi
as a customer i have a right to complain and complain

oke .. nazura memang kuat complain
mcam lah dia perfect sangat

see ! memang tak perfectla sebab tu complain
grrrr !!

ya, aku memang nak complain sistem yang dah berlaku selama 30 tahun 
dari zaman mak aku tiba zaman aku
benda yang sama tak ada langsung perubahan
even they know really well that 
semua itu hanya menyusahkan semua orang 

ada orang kata
' dah memang macam tu kau nak buat pe..'
memang la aku state dalam ni pun tak kan tiba2 ubah keadaan tu
tapi sekurang-kurangnya statement ini memberi perhatian kepada pihak pihak berkenaan
supaya alert dengan sistem yang ada sekrang
kalau dari zaman lepas penjajah dah pakai sistem macam tu takkan dah masuk zaman cross the entire world still nak pakai sistem yang sama
think it back la !!

but then aku tak pasti sama ada hanya dekat tempat aku pakai sistem 30 tahun lepas atau satu malaysia
untuk badan kerajaan
please laaa 
i am also gov servent
please .. keep watching ur service
aku antara manusia yang membayar gaji anda kot
tolong jangan rasa customer sangat gembira tengok anda buat kerja sambil tergelak gelak macam pontianak, bergosip dari pagi sampai ke malam, menulis maklumat sampai salah sebab menulis sambil mengata orang
at last, kerja yang seharusnya dilaksanakan semalam jadi tertunda hingga esok hari
akibat maklumat tidak jelas dek terlalu banyak ketawa
that's sooooo annoying u know dear !
tulis kat jadual buka pukul 9 tapi sampai 9.45 tak masuk-masuk dari keluar makan
ohhhhh wat ???!!!!

for those who is employee
tolonglah dan tolonglah
buat kaji selidik terhadap sistem yang anda lakukan
kalau sudah tidak wajar untuk diguna pakai tolonglah terbuka hati untuk ubah dan berubah
that y nabi anjurkan HIJRAH
kalau tak tahu HIJRAH tu ape
balik form 4 belajar sejarah
Come on ! tak ada siapa boleh maju tanpa perubahan
tapi bagi yang tak mahu maju, duduk je la takat tu sampai kiamat dunia ni
pun bagus gak !

sekian
Wassalam
* sory, i'm just so emosional for this entry
apa ... ? entry ni pun nak bagi heboh and create another story gak then jadi bahan nak mengata aku ???
ohhh silakan. anda di alu alukan !
even aku tak kenal dan tak pernah sudi untuk kenal pun siapa anda
aku hanya tahu anda wujud !

Friday, November 14, 2014

~ ............ hmm ............ ~



Assalamualaikum
selamat menempuh hari yang cukup mencabar
selamat melalui hari hari yang cukup menyakitkan
biar sakit .. biar pedih
perlu terus dengan senyuman
lalui dengan penuh positif
ohhh come on nazura


my dear readers
I mention here 
saat aku menulis entry ini .. aku berada di situasi yang sama saat aku menekan button publish 
so .. waktu aku publish entry ini adalah tarikh yang sama dengan tarikh entry ini terpapar di blog view aku
kenapa aku perlu aku mention begitu ...?

Ya kerana entry yang telah lama di tulis tapi baru di publish
menjadi hot dengan tiba-tibanya.
jadi jutaan terima kasih kepada mereka yang telah berjaya membesar dan menghebohkan malah menambah kisah dan cerita 

ya aku sudah pun delete entry tersebut 
bagi yang masih rasa mahu menjengah dan membahan entry tersebut sepuas hati
sorry .. u'll not find it anymore
aku delete bukan kerana aku salah
tapi kerana aku hormat
aku menghormati mereka yang memanggil dan minta penjelasan aku
walau di mana pengakhirannya
itu bukan lagi perbahasannya
kerana di mana ia bermula
bukan semudah itu semuanya boleh berakhir

bagi yang telah berjaya menambah duka dalam jiwa ini
bagi yang telah berjaya menambah sakit dalam hidup ini
tetap aku ucapkan terima kasih
terima kasih
tapi apa yang telah di hadiahkan ini
ia tetap aku simpan cukup kemas .. selamanya kemas
dalam hati dalam jiwa
selamanya

so my dear readers
buat ingatan kita bersama :

“Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.

( Riwayat Abu Naim )
 
 aku mohon maaf bagi yang pernah tersinggung dengan entry yang pernah terpapar di blog ini. tujuan aku membangunkan blog ini adalah untuk perkongsian bersama. sebab itu blog ini sangat public. siapa saja terbuka untuk membaca. mungkin kritikan, mungkin komen sama ada aku tahu atau tidak tahu mungkin juga impian .. atau apa saja ... selagi mana aku tidak menyebut mana-mana 'nama' bermakna ia adalah untuk perubahan bersama bukan untuk sesiapa. jika ia boleh diubah maka ubahlah ikut kehendak. tapi .. andai ia terlalu jauh dari realiti untuk di ubah tak perlu lakukan apa pun. 
 
Adakah aku akan berhenti ...?
Jawapannya adalah tidak. Tahu kenapa ...?
Alhamdulillah ... kerana ada di antara readers yang terbuka dan positif dengan membaca beberapa entry lalu berubah dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya aku telah memberitahu yang baik untuk sesetengah dari pembaca. Tapi bagi yang mempunyai fikiran yang sempit ia boleh di putar dan pusing mengikut nafsu.
Jadi itu semuanya tetap pilihan anda
Sesiapa berhak terasa .. sesiapa boleh terasa
 jika baik, jadikan ia sebagai sesuatu yang cukup positif
jika ada yang salah, boleh heboh ke satu dunia dan tambahlah apa patut agar pahala itu boleh free mengalir kat aku
terima kasih
 
Wassalam 
 
 

Monday, November 10, 2014

~ pengalaman itu pelajaran terbaik manusia ~



Assalamualaikum
hellllloo my dear readers
lama jugak rupanya tak update blog ni
ohhhh my ! sampai tak sedar rupanya ada stalker di sini
thank you sayang 

apa lah sangat aku dengan usia 26 tahun nak bercakap tentang pengalaman, kan? Pengalaman hidup 26 tahun apa lah sangat yang menarik. Mungkin tak mencabar. Mungkin tak ada yang berguna untuk di kongsi di sini.


Banyak perkara yang tidak terjangka sering berlaku dalam hidup kita. Kadang perasaan manusia dan tingkah manusia sememangnya sangat menguji jiwa kita.

Aku selalu flash back apa yang berlaku hari ini. Kata orang .. untuk berjaya, jangan pernah kita pandang ke belakang. Tapi untuk lebih lebih berjaya sebenarnya kita memang sangat perlu pandang ke belakang supaya kita akan dapat mengatur langkah seterusnya untuk jaminan masa depan.

Sekolah, belajar, bekerja dan berkahwin
Semuanya memerlukan hubungan sesama manusia yang baru kita kenali. Yang tidak pernah kita kenal hati dan budi. One day, one of my fren bagitahu tentang someone yang sangat sangat annoying dengan aku. Aku cuma kata, silakan datang jumpa aku. Bagitahu apa yang tidak puas hati.Tapi, memang memerlukan keberanian untuk kita berhadapan dengan orang yang kita rasa tidak puas hati. Sampai sekarang dia tak mau jumpa aku. Aku pun tak faham. Bukan aku telan orang pun.

Masa belajar di matriks .. spontanous bertekak dengan pensyarah tentang hal yang aku yakin aku sedang berada di pihak yang benar. Jadi, kenapa perlu takut walaupun lepas tu dua semester kena band dengan pensyarah tu. That's the risk i should take.

Universiti .. aku cuba untuk cover up aku punya critical anger. Biasanya bila berdepan dengan benda yang tah hape-hape .. perangai yang super mnyampah, biasanya aku akan angkat kaki tak mau pandang. Bagi aku itu lebih baik dari aku duduk bergosip mengata orang berkati-kati. Kadang tu terfikir nak buat perangai gila bila dah sakit hati .. sindir orang kuat-kuat macam dalam drama, tapi bila fikir balik .. buat apa nak buat perangai macam orang hulu kan ..? Jadi, dari menjatuhkan standard diri sendiri baik diam dan cuba positif.


Masuk plak alam kerja. Setahun jumpa 3 buah sekolah. Bertukar tukar. Until this day, aku jumpa 4 buah sekolah. Ohhh my, kerja tak sah jawatan lagi .. dah pergi 4 buah sekolah. Dalam 4 buah sekolah, aku boleh beza di mana yang baik mana yang worst. Pengurusan mana yang terbaik .. pengurusan mana yang sangat kucar kacir. Tapi, aku cuma boleh conclude kan .. baik sebuah institusi atau organisasi bergantung kepada attitude pekerja dan pengurusan. Bagi aku yang sangat baru, aku hanya seorang pemerhati .. aku hanya seorang pendengar. Sekali pun aku komen, aku akan komen di luar. So .. apa saja yang aku state di sini semuanya dari apa yang aku nampak, apa yang dengar. Dan apa yang aku nampak .. apa yang aku dengar pastinya bukan spesifik pada sesiapa, pada sesuatu atau apa saja. It's so super general. Pernah juga orang terpukul dengan beberapa entri aku sebelum ini, tapi aku cuma kata .. hal berkaitan kita, bukan hanya berlaku pada kita. Ia berlaku juga pada orang lain. Jika kamu rasa ia bertepatan dengan kamu, jadi berubahlah kalau mahu berubah. Kalau rasa cara kamu terbaik, just go ahead. Bukan semua yang kita rasa baik itu baik untuk setiap orang. kan?


Attitude dalam kerja. Ini hal yang sangat susah untuk di bicarakan. Satu hal yang paling tak boleh aku terima dunia akhirat adalah ... cikgu berniaga dalam kelas dengan student. Serius menyirap gila bila dengar cikgu buat macm tu. Lagi terpukul bila ..student tanya :
' cikgu, kenapa cikgu-cikgu ni suka menipu ? '
apa nak jawab bila berada di tempat aku ..? budak tak state siapa cikgunya. tapi budak akan pandang semua cikgu macam tu.
jawapan aku senang saja 
' saya tak pernah minta awak menipu, kan? dan saya tak pernah tipu awak, kan..? jadi saya bukan macam cikgu awak yang menipu tu ..'
So, tolonglah. Jagalah attitude sebaiknya. Jangan hanya lepas kerja kita tapi client akan hilang percaya pada kita.


Bila berhadapan dengan manusia, apa yang aku belajar adalah jangan terlalu cepat melatah. Bila orang tegur kita .. mungkin cara kerja kita .. why dont we try to be more positive??? Bukan ke teguran itu untuk membantu kita menjadi lebih baik. Cuma mungkin teguran setiap orang sangat berbeza.
Mungkin ada ketikanya kita akan melalui konflik dengan orang lain. So .. tak perlu terlalu negatif dengan mentafsirkan bahawa setiap tindakan orang itu ada kaitannya dengan kita. Ohhh my ! fikir balik. Hebat sangat ke kita untuk orang ambik tahu sentiasa ???!! Bagi aku, sindiran orang .. rasa tidak puas hati orang pada aku .. aku tak mahu ambik kisah. You can do anything you want as long as you happy la dear !!


Kalau rasa tidak puas hati, why dont you come and see me?! Susah sangat ke? Tak rasa membazir ke pahala sedekah free kat aku. Ohhhhh super thank you la my dear. Aku dah lalui semua itu bertahun-tahun dan aku hampir imune. Itulah pengalaman ..

Kaunselor aku form 3 pernah bagitahu dan aku ingat lagi setiap butir dia.
' awak akan kerja dan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Cuma .. awak memang bukan jenis yang boleh di arah - arah. Dan awak memang akan stress dan terus stress bila bekerja dengan orang. so, one day kalau awak bekerja dengan orang, u need to control .. '

Yeahhh .. sebab aku memang sudah terceburkan diri dalam bidang ini, so that aku memang cuba control. Apa yang aku buat, jangan banyak bercakap tapi buat kerja aku. Tak perlu sibukkan kerja orang lain yang tak berkaitan dengan kita. Tak suka diam , suka pun diam. Kerja yang tak boleh buat, kalau after discussion pun tak ada tolerate, so aku tinggal. Kalau boleh tolerate dengan aku, maknanya tak de masalah untuk aku bagi full cooperation. Bak kata orang, u give me u get back, kan?

Dan di sebabkan pengalaman demi pengalaman, itu semua mengajar aku untuk menjadi lebih profesional. Tapi, suami selalu pesan ..
' ... tolong .. tolong kawal marah awak. saya tahu siapa awak bila marah ..'
thanks to remind me, dear.

So, my dear readers out there ..
andai anda berhadapan dengan sikap manusia yang tah hape hape di tempat kerja. mengata. menyindir. biarkan saja. itulah lambang mentality dan tahap kelas diri mereka. Jagalah diri kita untuk tidak terlalu cepat melatah. Kalau mereka berada di kelas ketiga, takkan kita mahu ikut di kelas ketiga. Biarlah kita kekal di kelas pertama. Itulah minda kita !

Teruslah senyum untuk sebuah kehidupan. Sebab hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa brsedih. Biar duka dalam jiwa, tapi senyum itu sentiasa.

Wassalam 


Sunday, September 28, 2014

~ seriously thanks to Allah ~


Assalamualaikum
Alhamdulillah .. syukur pada Allah
Sesungguhnya yang datang itu dari Allah
Dan jalan perginya juga dari Allah
Segalanya atas izin dan kehendak Allah
Berkat sabar 
Doa mak abah & mak ayah
Semoga redha Allah sentiasa bersama kami


' kasih kamu .. anugerah. sayang kamu ... hadiah'
demi Allah
kamu yang terindah 

Wassalam

Friday, September 26, 2014

~ bersabarlah dengan setiap ujian ~



Assalamualaikum
lama sangat dah rasanya tak update di sini. 
Demi Allah .. hidup ini memang tidak pernah sunyi dengan ujian. Tapi biarlah setiap ujian yang datang itu membawa kita semakin dekat dengan Allah.
Semakin kuat keyakinan kita pada Allah

' Allah berikan apa yang kita PERLU bukan saja apa yang kita MAHU'
~ apabila kita ditimpa dengan masalah dan musibah, Allah tidak menyuruh kita berfikir mencari penyelesaian hingga gila .. tapi Allah ingin melihat kita bersujud dan menadah tangan merendahkan diri kepada Allah. Nescaya Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian itu pada kita ~

Harap di sinilah titik penyelesaiannya 
In shaa Allah 


Tuesday, July 22, 2014

~ muhasabah Ramadhan ~


Assalamualaikum
hye guys
ohh hai my dear readers .. !!!

Firstly ..
I'm just so regret for the citizen in Palestine
and
what happened to MH 17

Let we think about our life today and before
Let we plan something for tomorrow
Semestinya sesuatu yang lebih baik dari hari ini dan semalam

Yakinlah .. tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia
Melalui setiap masa yang sukar
Menjalani waktu yang sangat payah
Menyusun diri menghadapi realiti yang sangat menyakitkan
Dan .. melatih diri dalam duka dan ujian Allah
Semua itu membawa kita berbalik kepada jiwa fitrah seorang manusia
Iaitu jiwa beragama
Agama fitrah itu adalah Islam selamanya

Setiap hari .. hampir setiap masa
Facebook yang ada hanya untuk mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza 
sejak awal Ramadhan hari tu
Subhanallah ..
Bila dengar suara salah seorang mujahidin Al Qassam Hamas
Betapa saat itu rasa jiwa Islam itu benar-benar menjadikan umatnya indah tanpa wajah
Kata suami :
Diorang tu semua hafal Al-Quran. 
Kelembutan dalam tegas bersama watak seorang ganas tapi realitinya begitu lembut
Membuatkan mereka cukup cukup indah

Bagi kanak-kanak yang baru mengenal apa itu dunia
Mereka hanya kenal dunia ini tidak ada yang indah
Betul
Kerana Syurga Allah itu nyata keindahannya
Merekalah bidadari dan bidadara syurga yang menanti setiap kaum keluarga mereka nanti
Anak-anak yang akan menyambut ibu ayah mereka di pintu syurga nanti
Ya Allah
Sesungguhnya akhir zaman itu pasti
Hari perhitungan itu sedang menanti

Tidak siapa dapat menyangkal betapa ketabahan dan kekuatan mereka mengatasi segalanya
Kecintaan kepada Allah dan Islam itu jelas cukup ketara
Mereka yakin akan syurga Allah
Jadi tiada alasan untuk mereka takut akan kematian
Sebak rasa hati bila melihat seorang anak yang bertakbir saat melihat ibunya terbaring di lobi hospital tidak bernyawa
Sungguh dia sudah tahu ibunya pasti sudah tersenyum di syurga Allah

Dan berjihadlah di jalan Allah
Pasti syahid itu amat manis untuk di tempa

Maka apalah sangat sedih dan sakit yang aku rasakan bertimpa timpa
Berbanding mereka di Bumi Gaza
Apalah sangat yang dikejar dengan dunia di zaman ini 
Sedangkan sudah jelas akhir zaman itu sedang semakin laju menyusun langkahnya
Apalah sangat dengan dunia hari ini
Sedang semuanya di dalam percaturan Rothschild dengan dajjalnya
Terus menjadi hambanya yang terus di perbodoh

Benarlah
Dunia ini penuh dengan penipuan
Penuh dengan kebejatan yang pasti
Yakinlah .. bersenanglah dengan kematian
Kerana itu mungkin kebahagian yang abadi
Selagi besar nilai ketaqwaan
Selagi tinggi nilai iman di hati 

Salam muhasabah
Nazura Mohd Nasir
 

Tuesday, July 1, 2014

Ohhh Ramadhan



Terkuak selimut rasa 
Membangkit sejuta mimpi tidak bersambut
Maka hadirnya kembali membuka tabir mimpi sebuah tidur yang panjang
Bertatihlah dalam payah
Berjalanlah dalam seribu kepayahan
Meski tidak mungkin untuk berlari dari takdir yang tertulis

Duhai jiwa duhai hati
Kuatlah dikau atas nama sebuah kehidupan
Sebagaimana telah kau sambut amanah dari Tuhan mu

Demi hidup yang tersisa
Setiap degup jantung itu amanah
Setiap detik nadi itu berat yang terpikul

Duhai ... cinta hati ku
Ramadhan ini cermin hati getar jiwa yang tidak bertema
Ramadhan ini laluan sujud selamanya
Ramadhan ini .. deraian air mata di setiap dosa

Biar bertebaran siulan burung
Mengindah tiap hari yang datang
Agar jiwa sebuah jasad itu tenang menyambut ujian si Pencipta
Agar hati jasad itu redha menempah payah di atas dunia milik Tuhan Yang Esa

Demi Ramadhan
Bangkitkanlah jiwa ini dari tidur yang panjang
Gegarkanlah hati ini dari mimpi yang tidak bererti
Ajarkan lah erti kenyataan
Ajarkan lah erti kepayahan
Agar suatu masa nanti ia mampu bangun dan menghadapi semuanya

Duhai dunia milik Allah Azza Wa Jalla
Hidup ini milik Mu
Mati ini milik Mu
Tenangkan jiwa dan jasad ini di keduanya
Damaikanlah hati ini di alam Mu semuanya 

Ohh Ramadhan
Semoga ia adalah jalan terbaik buat setiap jiwa yang parah
Hati yang gundah
Jasad yang tetap berserah dan tabah


Friday, April 11, 2014

kawen ohhh kawen



Assalamualaikum
( 01042014 )
entry lepas tentang majlis akad nikah and resepsi
soo .. afer that events
we need to face the reality
back to the time before
wat is it ???

berpisah laaaaa
huk3x
kawen 3 hari then suami hilang
maka .. kami berdua bujang la untuk beberapa tempoh
bujang luar je
status tetap husband & wife


~ ni adalah muka suami yang akan tinggalkan isteri dia .. siap tayang tiket tuh .. ~


~ sebelum tinggalkan isteri yang tengah tak sihat .. bagi makan bubur semangkuk .. kui3x ~

ohhhhhh
sedey sedey sedey
 sedih pun kena lalui jugak
sooo
laluilah dengan rasa yang cukup positif
 sakit sorang-sorang
pergi jumpa doktor sorang-sorang
tapi
alhamdulillah suami sentiasa ada even cuma dari phone and skype
cukup bersyukur untuk itu

 yakinlah
semua itu ada hikmahnya
that's a life la dear 

thanks to Allah
thanks to everything


Monday, April 7, 2014

28-03-2014 29-03-2014


Assalamualaikum
hye guys
upppsss .. yeahh
seriously .. aku baru saja bangun dari ke'busy'an yang super panjang

Alhamdulillah 
semuanya berakhir dengan baik
dan berjalan dengan sangat lancar
wat is it ..???

Thanks to Allah
At last .. we are going together as husband and wife 
ooohhhhh my ! i am a wife rite now
is it true ..?
yes .. it's really true !!


~ ini beberapa minit sebelum bergelar puan .. ohhh .. puan nazura sudahhhh .. ~

Alhamdulillah juga
Allah memudahkan perjalanan majlis
dan semua rancangan aku Allah izinkan berjalan dengan baik sekali

Pertama
Dalam hal pakaian .. yes, i am seriously da cerewet one
Semua pakaian aku and suami atas sampai bawah
Design aku sendiri .. pilihan kain aku sendiri
cuma bukan aku buat sendiri
Pakaian tu nampak biasa tapi cukup sesuai dengan jiwa
Even ada yang tanya kenapa suami tak pakai tanjak
So far, actually aku tak suka dan suami pun .. cam okeh je
Simple je la kan .. haha

 

~ baju waktu akad nikah ~


~ baju waktu resepsi ~

so far, tak ada bersanding untuk majlis aku nih
pelamin tuh memang betul betul buat main - main
aku cuma ambil mini pelamin dan 2 kali make up saja 
very simple pelamin tapi aku cukup puas hati
seriously fun and look nice

 
 ~ ini dia pelamin tuh ~

Macam gambar pun aku mintak kawan masa kat Perling snap kan
sempat buat sekejap je outdoor 
satu sebb masa lepas akad nikah tuh nak solat jumaat
then masa lepas resepsi tuh hujan selebat lebatnya
jadi .. macam tu lah



~ okeh .. bunga tangan nih hak milik persendirian .. pergi order sendiri, pilih bunga sendiri .. gubah je tak reti. mahal ... tak sangat la. okey je .. hehe. lepas majlis, akak yang buat pelamin nak beli .. okey la kak. jual murah2 je la. satu je la aku jual .. hehe ~


~ ni mesti suami nak kata ... apa nak jadilah dengan bini aku nih .. duk melompat lompat dari tadi .. ~


~ ini outdoor belakang umah je .. lalalalaa  ~


~ ini kat uthm .. ohhh mmy !! abang .. bulu mata jatuh nihhhh .. huk3x ~


~ ohhhh hi uthm .. kerana di sini kami bertemu dan akhirnya bersatu .. thanks to uthm .. thanks to Allah seriously ~


~ mari lah ke masjid ... nak solat jumaat nih .. lalalalalala ~

 
  

~ dannnn ... yang lagi menarik adalah kek ni. ohhhh my ! red velvet kot .. secret recipe lagi . Sayangnya saya makan sepotong je .. abang !!!! mawuuuu ini ... huk3x ~
 

Untuk semua itu
terima kasih banyak-banyak pada semua yang telah menjayakan majlis ini
ini sangat menepati kehendak dan perancangan aku
even tak lah besar mana
tapi sasaran aku sangat kena
majlis dan peluang bersama ini bukan saja untuk aku dan suami
tapi majlis ini adalah untuk semua
saudara2 .. cikgu-cikgu dan kawan-kawan

Alhamdulillah
Terima kasih Allah


Wednesday, February 12, 2014

~ hapy wedding abg jep & anna ~




Assalamualaikum
hye dear
cuba mengambil masa yang sangat terhad ni untuk update blog nih
makkkkk aiiii
super duper penat terlebih
huwaaaa

So far
cuti tahun baru Cina
Selamat Tahun Baru buat kaum Cina
Have a nice life ever !!

Orite ! Cuti yang sedikit panjang
6 hari je
tapi aku rasa macam 2 hari je 
sebab 
tersangatlah banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam 6 hari ini
Okey .. benda yang paling utama sekali adalah
lalalala
drive to Tanjung Malim alone
okey .. aku memang sengaja nak drive sendiri ke sana
itu saja masa yang ada untuk diri sendiri
berfikir dalam masa yang agak panjang sendiri
spent time alone and alone
sometimes kita memang sangat memerlukan masa untuk diri sendiri dan bersendiri
apa lagi masa ni
ayah aku pun tak sihat jadi itu bukan waktu yang baik untuk dia ikut sama

Tujuan ke Tanjung Malim :
Yes ! sebab abang nak kawen laaaaaa
( abg tunang aku )


 

~ beberapa hari sebelum gerak ke tanjung malim, kereta perlu dipastikan dalam keadaan selamat dan stabil yer. Paling penting adalah tayar .. sebab tayar dah botak semua, jadi kenalah tukar semua. Then buat check up pada enjin. Tukar minyak enjin dan minyak auto .. lain-lain minta jugak formen check keadaan dia masih baik atau 50-50. So far, even merce pun .. aku anta bengkel bawah pkok je tapi bagi aku buat masa ni servis memang tiptop. Sebab ketua formen tuh memang pakar. Orang BP memang sangt kenal dia. Yes, Malek Honda. hahaha ~

Alhamdulillah .. aku tak mengambil masa yang sangat lama untuk smapai.
8.30 pagi aku gerak .. pukul 2 petang aku sampai
itu pun dalam keadaan yang sangat tak laju okeh !
ohhhh sungguh. kali ni tak tipu
rasa macam duk bersantai sambil karoke .. call and message orang
and last ..
okeh! terlepas EXIT
padan muka aku !

But it's okeh
hasil tunjuk jalan abg jam berjaya jugak mencari jalan pulang
hahahaa
kembali ke pangkal jalanlah gitu

So far 
Dua hari yang menarik kat umah family tunang
Paling menarik adalah 
kembar botak yang super comel
ohhhhhh my !
soooo cute u know
and gugirls yang super gojes
kaki make up !



 

~ ni budak kaki make up .. tak de plak gambar si kembar tuhhh .. ~

after settle everything
aku pun perlu pulang ke tempat asal
hahaha
sebab kemengantukan yang teramat sangat disebabkan jammed yang melanda di sepanjang jalan
maka aku perlu jugak stop di USJ
buat apa ...????
tido laaaaa

 

~ ni dari selatan dan ke utara .. ~



~ ni plak dari utara ke selatan ~

20 minit pun cukup lah
then ..
something happen to my cute mercy
huk3x



~ ini dia ubat mengantuk. lalalala .. ~

tengah syok speed
masuk sana kuar sini
tiba-tiba
ohhhhhh my !!!!
tekan pedal minyak jadi loose
then .. it's getting slow and stuck
gile ... that time Allah je tahu macam mana jantung aku

perjalanan masih jauh
time tu masih kat Jasin
aku slow kat rnr
tapi masalahnya r&r penuh macam hape
matikan air cond .. then drive slow dalam 30-40km/j
lepas 10 minit jadi stabil
tapi aku terus call my cute formen
ohhh ..cik Malek !!
hahaha

bagitahu apa masalah kereta tuu
then cik malek bagi tahu
okkkk ... minyak tak support. stuck in da filter
jadi .. stop dulu. matikan enjin .. then start semula
minyak tu akan refresh semula

so far .. tahu apa sebab tu brlakuuu ..???
tu adalah disebabkan budak degil yang nak cepat sangat sampai
then tak mawu stop kete
dalam beberapa km perjalanan .. enjin kereta perlu di rehatkan seketika
that's y minyak stuck
apa lagi aku speed agak tinggi balik tu .. jammed lagi
no wonder laaaa
sebab speeding tak maintain

then .. aku terus exit muar/tangkak
di sebabkan tak larat nak melayan jammed yang macam haru
lalu bakri .. parit sulong ... sampailah rumah
total masa yang aku tanjung malim - kg.parit lapis sempadan
ngam 4 jam
3.30 petang- 7.30 malam


 

~ ni la keluarga tunang aku .. tiba-tiba ada aku. aik ..!! hahaha  ~

  

~ ni la si pengantin di kebun bunga plastik .. lalalalallaaaa .. haha ~


Jadi ... perlulah aku kembali ke sekolah dengan kerja yang super gojes banyaknya
waaaaa !!!!
hapy for being there
peace !!! hehehe

orite
see u for da next !
bubye sayang semua ...!!
wassalam

Monday, January 20, 2014

~ PITO oh Sejarah .. ~


Assalamualaikum
hye guys
ohhhh ... ni cerita yang dah super basi yang seharusnya tidak di update di sini
huuuuwaaaahahahaha

PITO Sejarah
Program Intervensi Tambah Opsyen for Sejarah

wat will u say bout it ???
Haaa .. means, i may do not teach for voca ever
huhuhuhu
 even namanya tambah opsyen .. tapi di pihak aku itu adalah tukar
kui3x

tambah opsyen
maknanya aku perlu belajar lagi .. lagi dan lagi
buat assgment yang super duper banyak
perlu baca banyak jurnal sejarah
baca banyak banyak nota sejarah
ohhhhhh my sejarah

5 minggu off campus
setiap minggu berhadapan dengan 7 assgmnt
ohhhh giler ! dengan kerja di sekolah lagi
dengan ayah yang sedang warded masa tu 
ulang alik sekolah - HSA
masa tu Allah je yang tahu rasanya hidup ni
tapi GKMP still cakap dengan confident waktu aku bagitahu keadaan aku time tu
' tapi ni masih boleh sentiasa senyum .. maknanya boleh lagi tu. teruskan nazura. tahu awak boleh..'

Ya .. memang boleh !
then .. sepanjang cuti sekolah 2 bulan, aku duduk UTM untuk face-to-face
di UTM pulak ..
macam biasa, assg ... presentation .. project .. report .. study for final
nothing to say .. unlesssssss
that's soooooooo hard to face alone .. seriously !
sepanjang di JB, aku duduk sendiri kat rumah yang super besar tuh
hal yang weird .. perasaan aku
pun Allah je yang tahu.
Allah bersama hamba-Nya yang bertawakal


 

Akhirnya .. aku lalui juga hari-hari terakhir di UTM
Final .. dinner for last day
and everything
i was so happy to know them
mereka semua sangat supportive .. sporting
dan semuanya adalah
abang-abang dan kakak-kakak

pensyarah yang sangat-sangat best
sumpah !
but i was so admire to Dr.Sia Keng Yek  a.k.a Dr.SKY
and
Dr. Rosly Kayar
They are sooooooo cute !
hahaha


 

~ agak - agak mana Dr.Rosly ..?? hahaha .. okeh! yang pakai kopiah tuh .. ~

Dan hari ini .. aku mengajar SEJARAH
berbekalkan ilmu dari mereka
berkongsikan ilmu dari kakak kakak dan abang-abang tersayang
cuma terkilan bila masa akhir
kakak dari sabah .. aku admire sangat dia sebab
dia cantik .. intonasi dia bercakap .. suara dia
dia sangat-sangat mempnyai karakter yang berbeza
dan aku cuma dapat mesra dengan dia masa dinner akhir
ingat lagi masa dia peluk aku dia kata
' makan lebih sikitlah budak cute !'
hahaha


 

~ bila dah dapat jadual untuk final exam .. ~

that's a life !
siksa .. sedey .. derita
itu sebenarnya ada manis yang cukup panjang
sila percaya bahawa
semua itu adalah sebahagian dari kemanisan hidup yang akan kita bawa cukup lama
hidup ini sememangnya sementara
tapi .. lakukanlah sesuatu seperti hidup ini terlalu lama buat kita
justeru, kita hanya akan lakukan sesuatu yang paling indah




~ jawapannya adalah study dan study ... ohhhh .. ni baru satu subjek okeh ! huhu ~

gud bye UTM
i hope i will see u again
for master in phsycology in education

adakah akan jadi kenyataan ...???
i just pray for that !