Assalamualaikum
hellllloo my dear readers
lama jugak rupanya tak update blog ni
ohhhh my ! sampai tak sedar rupanya ada stalker di sini
thank you sayang
apa lah sangat aku dengan usia 26 tahun nak bercakap tentang pengalaman, kan? Pengalaman hidup 26 tahun apa lah sangat yang menarik. Mungkin tak mencabar. Mungkin tak ada yang berguna untuk di kongsi di sini.
Banyak perkara yang tidak terjangka sering berlaku dalam hidup kita. Kadang perasaan manusia dan tingkah manusia sememangnya sangat menguji jiwa kita.
Aku selalu flash back apa yang berlaku hari ini. Kata orang .. untuk berjaya, jangan pernah kita pandang ke belakang. Tapi untuk lebih lebih berjaya sebenarnya kita memang sangat perlu pandang ke belakang supaya kita akan dapat mengatur langkah seterusnya untuk jaminan masa depan.
Sekolah, belajar, bekerja dan berkahwin
Semuanya memerlukan hubungan sesama manusia yang baru kita kenali. Yang tidak pernah kita kenal hati dan budi. One day, one of my fren bagitahu tentang someone yang sangat sangat annoying dengan aku. Aku cuma kata, silakan datang jumpa aku. Bagitahu apa yang tidak puas hati.Tapi, memang memerlukan keberanian untuk kita berhadapan dengan orang yang kita rasa tidak puas hati. Sampai sekarang dia tak mau jumpa aku. Aku pun tak faham. Bukan aku telan orang pun.
Masa belajar di matriks .. spontanous bertekak dengan pensyarah tentang hal yang aku yakin aku sedang berada di pihak yang benar. Jadi, kenapa perlu takut walaupun lepas tu dua semester kena band dengan pensyarah tu. That's the risk i should take.
Universiti .. aku cuba untuk cover up aku punya critical anger. Biasanya bila berdepan dengan benda yang tah hape-hape .. perangai yang super mnyampah, biasanya aku akan angkat kaki tak mau pandang. Bagi aku itu lebih baik dari aku duduk bergosip mengata orang berkati-kati. Kadang tu terfikir nak buat perangai gila bila dah sakit hati .. sindir orang kuat-kuat macam dalam drama, tapi bila fikir balik .. buat apa nak buat perangai macam orang hulu kan ..? Jadi, dari menjatuhkan standard diri sendiri baik diam dan cuba positif.
Masuk plak alam kerja. Setahun jumpa 3 buah sekolah. Bertukar tukar. Until this day, aku jumpa 4 buah sekolah. Ohhh my, kerja tak sah jawatan lagi .. dah pergi 4 buah sekolah. Dalam 4 buah sekolah, aku boleh beza di mana yang baik mana yang worst. Pengurusan mana yang terbaik .. pengurusan mana yang sangat kucar kacir. Tapi, aku cuma boleh conclude kan .. baik sebuah institusi atau organisasi bergantung kepada attitude pekerja dan pengurusan. Bagi aku yang sangat baru, aku hanya seorang pemerhati .. aku hanya seorang pendengar. Sekali pun aku komen, aku akan komen di luar. So .. apa saja yang aku state di sini semuanya dari apa yang aku nampak, apa yang dengar. Dan apa yang aku nampak .. apa yang aku dengar pastinya bukan spesifik pada sesiapa, pada sesuatu atau apa saja. It's so super general. Pernah juga orang terpukul dengan beberapa entri aku sebelum ini, tapi aku cuma kata .. hal berkaitan kita, bukan hanya berlaku pada kita. Ia berlaku juga pada orang lain. Jika kamu rasa ia bertepatan dengan kamu, jadi berubahlah kalau mahu berubah. Kalau rasa cara kamu terbaik, just go ahead. Bukan semua yang kita rasa baik itu baik untuk setiap orang. kan?
Attitude dalam kerja. Ini hal yang sangat susah untuk di bicarakan. Satu hal yang paling tak boleh aku terima dunia akhirat adalah ... cikgu berniaga dalam kelas dengan student. Serius menyirap gila bila dengar cikgu buat macm tu. Lagi terpukul bila ..student tanya :
' cikgu, kenapa cikgu-cikgu ni suka menipu ? '
apa nak jawab bila berada di tempat aku ..? budak tak state siapa cikgunya. tapi budak akan pandang semua cikgu macam tu.
jawapan aku senang saja
' saya tak pernah minta awak menipu, kan? dan saya tak pernah tipu awak, kan..? jadi saya bukan macam cikgu awak yang menipu tu ..'
So, tolonglah. Jagalah attitude sebaiknya. Jangan hanya lepas kerja kita tapi client akan hilang percaya pada kita.
Bila berhadapan dengan manusia, apa yang aku belajar adalah jangan terlalu cepat melatah. Bila orang tegur kita .. mungkin cara kerja kita .. why dont we try to be more positive??? Bukan ke teguran itu untuk membantu kita menjadi lebih baik. Cuma mungkin teguran setiap orang sangat berbeza.
Mungkin ada ketikanya kita akan melalui konflik dengan orang lain. So .. tak perlu terlalu negatif dengan mentafsirkan bahawa setiap tindakan orang itu ada kaitannya dengan kita. Ohhh my ! fikir balik. Hebat sangat ke kita untuk orang ambik tahu sentiasa ???!! Bagi aku, sindiran orang .. rasa tidak puas hati orang pada aku .. aku tak mahu ambik kisah. You can do anything you want as long as you happy la dear !!
Kalau rasa tidak puas hati, why dont you come and see me?! Susah sangat ke? Tak rasa membazir ke pahala sedekah free kat aku. Ohhhhh super thank you la my dear. Aku dah lalui semua itu bertahun-tahun dan aku hampir imune. Itulah pengalaman ..
Kaunselor aku form 3 pernah bagitahu dan aku ingat lagi setiap butir dia.
' awak akan kerja dan berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia. Cuma .. awak memang bukan jenis yang boleh di arah - arah. Dan awak memang akan stress dan terus stress bila bekerja dengan orang. so, one day kalau awak bekerja dengan orang, u need to control .. '
Yeahhh .. sebab aku memang sudah terceburkan diri dalam bidang ini, so that aku memang cuba control. Apa yang aku buat, jangan banyak bercakap tapi buat kerja aku. Tak perlu sibukkan kerja orang lain yang tak berkaitan dengan kita. Tak suka diam , suka pun diam. Kerja yang tak boleh buat, kalau after discussion pun tak ada tolerate, so aku tinggal. Kalau boleh tolerate dengan aku, maknanya tak de masalah untuk aku bagi full cooperation. Bak kata orang, u give me u get back, kan?
Dan di sebabkan pengalaman demi pengalaman, itu semua mengajar aku untuk menjadi lebih profesional. Tapi, suami selalu pesan ..
' ... tolong .. tolong kawal marah awak. saya tahu siapa awak bila marah ..'
thanks to remind me, dear.
So, my dear readers out there ..
andai anda berhadapan dengan sikap manusia yang tah hape hape di tempat kerja. mengata. menyindir. biarkan saja. itulah lambang mentality dan tahap kelas diri mereka. Jagalah diri kita untuk tidak terlalu cepat melatah. Kalau mereka berada di kelas ketiga, takkan kita mahu ikut di kelas ketiga. Biarlah kita kekal di kelas pertama. Itulah minda kita !
Teruslah senyum untuk sebuah kehidupan. Sebab hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa brsedih. Biar duka dalam jiwa, tapi senyum itu sentiasa.
Wassalam
No comments:
Post a Comment