Tuesday, November 27, 2012

~ Hitler dan di sebalik perang dunia ke II ~




Assalamualaikum
hai readers ..
huhuhu .. ;(
harus bersedih ketika ini sebab menaip dalam keadaan yang hanya Allah saja yang tahu
tak boleh tidur punya pasal
sakit punya pasal ..
haaaa .. meh korang plak dengar aku bebel
kah5x. gelak paling jahat dalam dunia !!!!


Malam nih, nak bagi entri ilmiah sikit. Sikit je. Since aku bukan makhluk Allah yang cukup ilmiah, jadi untuk berangan jadi ilmiah .. cuma boleh komen sikit je laaaaa. hahahahaha

Oritte!!! Hitler. Adolf Hitler. 
Siapa yang tak kenal dia ..???!!! Bagi tahu aku. Yes. Aku lah makhluk Allah tuh. Sumpah babe, aku memang tak kenal langsung dengan si mangkuk tuh. hahahaha .. boley aku panggil dia mangkuk ek ..?? Siapa yang kenal dia .. agak samar-samar .. pasti dia akan di kaitkan dengan NAZI. Makkkkk aiiii ... NAZI pun tak kenal ..?? Tak belajar sejarah ke ...??? Haaa .. tu pun aku orangnya. Aku pun tak perasan dalam sejarah form 5 ada cerita pasal NAZI nih. Selama aku hdup nih ... mati-mati aku ingat NAZI nih ajaran sesat. Yelah .. sampai satu dunia haramkan dia bagai. Adoooiiiyaiii. Dan Halocoust .. lagi lah hidup hidup aku ingat dia nama orang. Punyalah bangang punya manusia kan ...??? kuang3x.


~ si misai kuntut ~

Fine ! Jadi ... disebabkan semua ketidaktahuan aku tuh .. menjadikan aku manusia paling buta pengetahuan dalam dunia. hahahhaa .. So, apa yang membuatkan aku tiba-tiba di malam yang buta ini nak story mory pasal dia ???!!! Haaaaa .. apa sebab ...?????

Bermula bila satu hari my sis cakap tentang satu statement dari H//mmmmmitler :
aku boleh musnahkan semua yahudi di saat aku berkuasa, tapi aku tinggalkan sedikit untuk kalian ketahui siapa Yahudi.

Macam tuh la lebih kurang. Jadi, aku pun sedikit heran. Ish, banyaklah yang aku heran. Apa yang aku heran ..???? Haaa .. meh tengok pe yang aku heran !

  1. Sape Hitler nih? 
  2. Aik ..?? Bila plak Yahudi kena bunuh ni ..??
  3. Dia bukan Islam, kenapa bunuh Yahudi plak ..??
  4. Pe benda alahnya NAZI nih ..??
Di situlah bermulanya exploration aku tentang Adolf Hitler dan NAZI dan Perang Dunia ke II. Haiiiiyoooooo .. seminggu lebih jugak aku explore dan explore !! Dan akhirnya otak aku jammed sampai mengakibatkan sakit yang teruk iaitu sakit pergi shooooppppppingggg ! Oh gila sungguh penyakit itu. kui3x.

So far, aku bukan orang sejarah .. bukan budak berlatar belakangkan pendidikan sejarah .. bukan juga manusia yang mengikuti sejarah .. bukan manusia yang boleh beri komen yang panjang lebar secara ilmiah tentang sejarah. Aku hanya budak yang buta sejarah .. tapi minat untuk mengetahui sejarah. Minat pun ada sebabnya. Sebagai mana aku explore segalanya tentang Constantinople .. begitulah aku explore tentang Hitler nih. Semuanya di sebabkan aku tertarik dengan sesuatu tentang mereka. Masa constantinople, aku tertarik dengan nama dia. Tapi dengan hitler, aku interest kat statement dia.

Okeh. Back to Hitler !
Bagi yang tak tahu tentang Hitler, meh aku kenalkan sikit sebagaimana masyarakat umum ketahui. Dia adalah Fuhrer Nazi ( pemimpin Nazi ) yang telah menyebabkan berlakunya Perang Dunia ke II antara Jerman menentang Amerika Syarikat, British dan Perancis. Hitler dikatakan sebagai diktator .. dan mengarahkan pembunuhan secara beramai ramai terhadap orang Yahudi yang dikatakan telah membunuh seramai 6 juta orang Yahudi. Disebabkan kekejaman Hitler, selepas selesai Perang Dunia Ke II, Nazi telah diharamkan berikutan peristiwa Halacoust iaitu peristiwa pembunuhan bangsa Yahudi secara beramai ramai.



~ buku yang telah ditulis oleh Hitler semasa beliau berada di dalam penjara ~


Itu masayarakt umum tahu. Budak budak kat sekolah satu dunia pun tahu begitu. Tapi, bagaimana boleh timbulnya pelbagai cerita di sebalik itu semua ? Apa ceritanya ..??? Aku tak boleh nak ulas apa ceritanya sebab kisah yang sangat penuh dengan tanda tanya akhirnya. So, bagi korang yang nak tahu .. jom, terjah mereka ini :

http://apizalong88.blogspot.com/2010/07/adolf-hitler-dan-misteri-sejarah-yang.html

http://electro-rk86.blogspot.com/2012/03/adolf-hitler-antara-islam-dan-yahudi.html

http://takusahrisau.wordpress.com/2010/07/29/11-fakta-benar-mengenai-hitler/

http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/09/bukti-pembohongan-yahudi-mengenai.html

http://mak-andak.blogspot.com/2012/03/polisi-hitler-terhadap-bangsa-yahudi-di.html

http://mrbelia.pun.bz/trajedi-pembantaian-ke-atas-yahudi-oleh.xhtml

http://www.unikaneh.com/2012/04/sisi-lain-seorang-adolf-hitler-yang.html 







 ~ mungkinkah seorang yang begitu dekat dengan kanak-kanak .. mempunyai jiwa keras yang tidak mempunyai belas kasihan hingga membunuh jutaan bangsa Yahudi tanpa mengira umur mereka ..?? ~
Ini juga mampu di keluarkan tanda soal ( ????? )


blogger blogger kat atas tuh semuanya ... menyingkap tentang siapa sebenarnya Hitler dan NAZI di pandangan mata secara kasar di sebalik cerita yang digembar gemburkan oleh Yahudi. Namun, ada juga sesetengah mereka yang berfikir lagi jauh dengan mengatakan, sisi pandang positif tentang Hitler sekadar mengaburi mata masyarakat semua. Hitler dikatakan lebih kepada kambing hitam bagi Yahudi mengikut bukti-bukti tertentu. Nak tahu ? Korang pegi la terjah diorang nih plak ... adoooiiiyaiiiii ...

http://petikanbuku.blogspot.com/2009/10/siapa-hitler-siapa-pula-di-belakang.html

http://beritasemasa.com/adolf-hitler-nazi-dan-yahudi

http://serenemaklong.blogspot.com/2012/04/yang-tersirat-dari-perang-dunia-1-dan-2.html

http://hikmatun.wordpress.com/2010/07/22/kaitan-antara-hitler-nazi-zionis-dan-illuminati/ 

okeh ..??? baca dah. aiiiyoooo .. tak payah baca semua kot. tapi baca semua pun bagus. so .. apa yang korang fikir ..?? entah .. mana lah aku nak tahu kan ..??? jadi, aku tulis je apa yang aku fikir. lalalalala .. heeee. jangan mara.

Ni kesimpulan yang mampu aku buat. Memandangkan aku tak de kat zaman tuh ... pelbagai pendapat ada. Mungkin juga pelbagai pembohongan boleh dilakukan Yahudi selepas semua itu terjadi. Jadi, pendapat aku lah kan .. jadi, tak perlu ada mana-mana sumber yer. Sumbernya adalah kepala otak aku sendiri. kui3x.

Pandang sisi positif tentang Hitler mengatakan, Hitler merupakan mangsa Yahudi. Pembuktian Halacoust sebagai mitos, mari kita ambil sebagai pegangan. Maknanya, Hitler tidaklah sekejam yang dipukul canang oleh masyarakat antarabangsa. Kalau tidak sekejam itu, apa yang menyebabkan berlakunya serangan bagi bangsa Yahudi di Jerman ? Itu pun sangat banyak pendapat. Antaranya, Hitler berpendapat Yahudi adalah punca kejatuhan ekonomi Jerman. Ada juga yang kata Hitler mahu membalas dendam  terhadap Komunis Poland dan tentera NDVK(Russia) berketurunan Yahudi terhadap warga Jerman yang berada di Danzig, Poland.


 ~ sekiranya Hitler dikenali dengan sikap bengis dan kejam yang tiada taranya .. mungkinkah dia menjadi icon si kecil dan sangat penyayang terhadap mereka ..??? ~
mungkin juga kan ..?? bukankah Firaun juga pernah menyayangi Nabi Musa ..??? tapi dia juga yang telah mengarahkan semua bayi lelaki perlu dibunuh ..???
semua itu tetap tanda soal. let's think 


Ada juga pendapat yang mengatakan, Hitler mahu ambil semula Poland untuk menjadi tanah Jerman kembali. Jadi, mana jawapan yang tepat ..??? Hitler saja yang tahu apa tujuan sebenarnya. Baik, sebab pertama dan kedua malah ketiga .. ketiga-tiga sebab itu ada logiknya bagi Hitler melancarkan perang. Sebabnya, dia mahu kembalikan hak Jerman. US, Perancis dan British waktu itu adalah penjajah. Jadi, perjuangan Hitler perlu di salute sebab dia punya motivasi yang cukup tinggi untuk mengambil kembali haknya. Betul ???  Fine, kalau salah.

 Seterusnya, peristiwa Holocoust semula. Kenapa Yahudi simpan baik baik peristiwa ni ? Ya, untuk menarik simpati masyarakat antarabangsa. Sedangkan .. Ahmadinejad sendiri kata peristiwa tersebut sebagai mitos. Bagi sesetengah pendapat mengatakan peristiwa itu yang membawa kepada penghijrahan bangsa Yahudi ke Palestin.

Jadi, Hitler sengaja mencipta peristiwa itu supaya Yahudi dapat jadikan Halacoust sebagai alasan penghijrahan ke Palestin. Betul ke Hitler mencipta peristiwa itu, atau Yahudi sengaja mencipta sejarah itu dan menggunakan nama Hitler ??? Sedangkan Bangsa Yahudi sememangnya telah berjaya menuntut tanah di Palestin sebaik saja selesai Perang Dunia Pertama apabila Palestin berjaya di tawan oleh penjajah ( US, British dan Perancis ). Pihak penjajah telah bersetuju untuk mengiktiraf penempatan Bangsa Yahudi di Palestin dan menafikan hak rakyat Palestin ...???   


          Pada 24 Julai 1922, mandat British ke atas Palestin diisytiharkan oleh Majlis
Persatuan Liga Bangsa Bangsa yang turut menyentuh bahawa ‘hak asasi dan agama kepada
penduduk bukan-Yahudi di Palestin’. Penjelasan dokumen ini adalah signifikan dan nyata
menunjukkan bahawa orang Palestin tidak diiktiraf sebagai rakyat tetapi adalah komuniti bukan-
Yahudi yang tidak mempunyai hak politik. Berikutan kuasa mandat yang diperolehi oleh British,
menaikkan semangat dan harapan bangsa Yahudi untuk menubuhkan negara mereka di Palestin
(Rogan & Shlaim, 2001: 19).


Di antara tahun 1919-1920, terdapat lebih daripada 10,000 imigran
Yahudi memasuki Palestin. Sebahagian besar daripada mereka adalah golongan pekerja dan
lebih kurang 8,294 memasuki Palestin pada tahun 1921. Persaingan pelbagai puak di antara
golongan pekerja ini membawa kepada pertelingkahan di antara Arab-Yahudi (Smith, 1992: 72).


Seterusnya dilihat pertambahan yang ketara bagi pendatang Yahudi dilihat berlaku pada
tahun 1946, iaitu seramai 608,800 berbanding 1.269 juta orang Arab. Dengan nisbah 1 : 2, bangsa
Yahudi memiliki aset lebih kurang 1.6 juta dunam, iaitu sebanyak 20% tanah pertanian.
(Smith, 1992: 137).

sumber asal :
© International Journal of West Asian Studies
EISSN : 2180-4788 Vo. 3 No 2 (pp 19-39) DOI: 10.5895/ijwas.2011.08 19
First World War, Balfour Declaration and Their Impacts on Palestine


Jadi, sememangnya Yahudi sudah merancang malah sudah mengatur strategi cukup lama untuk merampas tanah Palestin. Sekitar tahun 1919 - 1944/45 adalah jangka masa cukup lama untuk merancang suatu strategi. Ada kemungkinan, di mana pihak Yahudi sengaja membangkitkan kemarahan Hitler dan Tentera Nazi agar menyerang mereka dan mengambil kesempatan tersebut untuk meletakkan kesalahan di tangan Hitler. Jika semua orang mengata Hitler adalah sekejam-kejam manusia, tapi mengapa ada yang mengatakan dia seorang yang sangat di sayangi oleh orang bawahan ??? Maknanya di situ ada tanda soal. Jawapannya ??? Jawapannya adalah mereka yang pernah menjadi pengikut Hitler.

Lagi .. ada juga yang mengatakan Hitler sengaja berbaik dengan Palestin sewaktu itu, untuk mengheret umat Islam di dalam kancah peperangan dan menunjukkan Islam menganjurkan keganasan. Dengan bersahabat dengan Hitler dan menyokong Nazi .. Islam dilihat menyebelahi Hitler dalam siri Perang Dunia ke II. Palestin juga dipertanggungjawabkan ke atas peristiwa Halacoust. Begitu ???

Menurut aku .. melalui otak aku yang biasa biasa nih .. Hitler menjalin hubungan persahabatn dengan Palestin ketika itu adalah kerana Jerman dan Palestin antara pihak yang tertindas selepas Perang Dunia Pertama melalui Perjanjian Verseille. Biasalah bagi mereka yang tertindas, mereka akan datang kepada mereka yang turut sama di tindas. Betul ...????? 

Misi mereka sama saja. Hapuskan Yahudi. Adolf Hitler dikatakan seorang penganut Kristian yang setia. Aiiiyoooo .. Islam dan Kristian, sama-sama tahu betapa bahayanya Yahudi. Meskipun ibu Hitler merupakan seorang Yahudi, kalau Hitler dibesarkan dengan persekitaran bukan Yahudi .. itu boleh juga membuatkannya menjadi seorang yang bukan Yahudi.

Pernah baca novel Bumi Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazi ?
Siapa perempuan tu ek namanya ..?? Adoooiiii .. lupa plak !
Okeh. Linor atau Sofia 
Girl nih .. adalah anak Palestin yang di ambil menjadi anak angkat oleh keluarga perisik Israel ( ringkasnya ) dan akhirnya menjadi perisik Israel bagi menghancurkan Palestin.
See .. lihat bagaimana suasana seseorang itu membesar akan mencorakkan siapa dia sebenarnya.


Ada lagi pendapat dan persoalan yang mengatakan, jika Jerman dahulu yang membunuh bangsa Yahudi, mengapa mereka tidak membalas dendam terhadap Jerman ..? Kenapa mesti umat Islam di Palestin ...??? Maka terbuktilah jawapannya .. Holocaust adalah satu penipuan besar besaran dan sasaran mereka adalah Palestin berikutan apa yang mereka pegang dari kitab Injil 




Palestin, terutamanya al-Quds merupakan tempat suci orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi. Namun begitu orang Yahudi mendakwa mereka lebih berhak terhadap Palestin daripada orang lain. Mereka juga mendakwa bahawa mereka mempunyai hak pemilikan terhadap Bayt al-Maqdis sekalipun hubungan mereka dengannya telah terputus semenjak dihalau oleh Maharaja Rom pada tahun 135M. Orang Yahudi pernah tinggal di situ dalam tempoh beberapa dekad yang pendek sahaja. Mereka hidup dalam keadaan bertebaran di seluruh dunia di luar Palestin lebih daripada lapan belas kurun 
(Eeman Mohamed Abbas, 2002: 497)


Kongres Pertama Zionis yang diadakan di Basle, Switzerland pada tahun 1897 menetapkan matlamat
“establishment of a national home for the Jews in Palestine”. Untuk mempopularkan tuntutan mereka terhadap Palestin, pihak Zionis berhujah dengan kandungan kitab Injil sebagai bukti,
iaitu terdapatnya janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim bahawa mereka akan dikurniakan tanah yang
terletak di antara Sungai Nil di Mesir sehingga ke Sungai Dajlah. Zionis melihat bahawa wilayah
Israel adalah terletak di antara kawasan yang dijelaskan dalam Injil tersebut. Walau
bagaimanapun, A. Guillaume menafikan interpretasi daripada Injil itu hanya untuk bangsa
Yahudi sahaja, tetapi adalah untuk orang Islam dan Kristian yang juga mempunyai pertalian
salasilah dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
 (Shameem Akhtar, 1968: 233).



~ buku yang ditulis oleh Hitler sewaktu di dalam penjara ~
teringin nak baca .. kalau Yahudi berjaya menipu 90% segalanya tentang Hitler dan NAZI dan Perang Dunia ke 2 di mana kebenaran 10 % yang tinggal ..?? Pasti ada di mana-mana ..


Akhirnya .. mengapa terdapat banyak sangat versi tentang Hitler ..?? Selepas mendapat maklumat dari sisi positif Hitler .. setelah habis dipukul canang betapa jahat dan kejamnya Hitler terhadap bangsa Yahudi, mengapa keluar pula pelbagai maklumat tentang mereka yang berada di belakang Hitler sewaktu itu adalah Yahudi ..?? Orang-orang dan syarikat syarikat yang telah menaja pembabitan Hitler di dalam dunia politiknya.?? Mungkinkah apabila rahsia yang disimpan ketat selama ini mulai terbongkar satu per satu, maka mereka mencipta satu lagi propaganda agar Hitler tidak dipandang positif oleh Umat Islam ? Motif ?? Motifnya adalah untuk terus memastikan peristiwa Halocoust kekal relevan. Maknanya, Hitler telah diupah oleh mereka dan mereka sanggup mengorbankan bangsa mereka sendiri untuk misi dan matlamat mereka. Isu bahawa mustahil untuk Hitler bangun dari seorang askar Jerman biasa menjadi seorang Pemimpin Nazi yang paling berpengaruh jika tiada sebarang penaja di belakangnya. Ya, itu ada logiknya. Kenyataan tersebut tidak boleh di tolak mentah-mentah. Tetapi, psikologinya ... setiap orang diciptakan dengan aura yang tersendiri. Ya, Hitler mempunyai aura yang memukau saat berpidato. Perwatakan dan etika pemakaiannya menggambarkan kredibiti dan karisma yang ada padanya. Jadi, mungkinkah Hitler ditaja ..?? Jawapannya hanya Hitler juga yang tahu.




antara petikan petikan paragraph terakhir surat yang dijumpai dalam bilik tmpt hitler dibunuh ( keracunan arsenik) :
  " aku tinggalkan sebahagian yahudi di bumi ini walaupun aku mampu menghapuskan semuanya dulu adalah kerana aku mahu kamu semua kenal sifat2 buruk kaum ini ( yahudi) "

Rasa tak ada yang confuse di situ ??? Kalau Holocaust itu mitos semata-mata, bagaimana boleh timbulnya statement begitu ..? statement itu adalah surat yang dijumpai di bilik hitler mmbunuh diri. Mungkin ke statement tersebut hanya ungkapan yang digunakan untuk membuktikan Hitler telah benar-benar menjalankan Halocoust.? Adakah benar, itu adalah statement dari Hitler ...??? Ya, jawapannya hanya Hitler juga yang tahu.



 ~ benarkah mereka yang mati hanya bangsa Yahudi ..?? benarkah mereka yang mati di sebabkan pembunuhan yang kejam itu atau disebabkan kesan peperangan seperti kebuluran dan wabak penyakit ?  ~



~ bukti di mana kajian terhadap bilik yang dikatakan tempat pembunuhan bangsa Yahudi adalah mitos ~
 Pada akhir 2005, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pula mengeluarkan kenyataan dengan menggambarkan Holocaust sebagai ‘mitos pembantaian orang Yahudi’.

Beberapa penentang mengenai kebenaran Holocaust itu sendiri bahkan terdiri daripada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut. Misalnya pada tahun 1964, Paul Rassinier yang merupakan mangsa yang terselamat dalam korban Holocaust telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘The Drama of European Jews’. Dalam bukunya, beliau menyatakan bahawa sebenarnya tidak terjadi pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi terhadap Yahudi, jumlah korban tidak sebesar itu (6 juta), dan tidak ada bilik gas beracun.




Okey, andaikan Hitler sememangnya telah ditaja oleh Yahudi untuk memanipulasikan keadaan .. mengapa akhirnya Hitler menjadi bahan cemuhan dan tohmahan ..? Adalah lebih baik jika mereka meletakkan Hitler sama seperti posisi Barack Obama hari ini. Lihat peristiwa Osama bin Laden. Mereka berjaya menggunakan Osama bin Laden hanya dengan satu helah yang cukup mudah. Begitu juga Hitler. Disebabkan pendiriannya terhadap bangsa Yahudi ketika itu, maka mereka menjadikan itu sebagai penguat alasan Hitler dan Nazi merupakan mereka yang bertanggungjawab dalam siri pembantaian bangsa Yahudi. Sedangkan .. terdapat juga pendapat .. melalui sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa gambar mayat-mayat yang mati bukan saja bangsa Yahudi, tetapi terdapat juga rakyat Jerman. Mereka itu adalah mereka yang mati akibat kebuluran, pelbagai penyakit yang menular akibat peperangan dan mangsa bedilan meriam selayaknya peperangan. Malah tidak ada satu bukti juga yang dapat meyakinkan mereka bangsa Yahudi yang mati itu adalah disebabkan gas beracun di dalam sebuah bilik beracun. 

Kematian Hitler yang terus menjadi tanda tanya hingga hari ini. 1945 mencatatkan Hitler dan isterinya telah membunuh diri di bunker. Logik akal .. mungkinkah seorang lelaki yang berjiwa besar, seorang pemimpin tentera .. atau menurut masyarakat antarabangsa .. seorang yang tersangatlah kejamnya .. membunuh diri akibat kekalahan yang ditanggung oleh Jerman ?? Bagi aku .. kalau selamaa beberapa tahun dia memperjuangkan pendiriannya .. pelbagai cara dia bangkit dari kejatuhan .. mungkinkah semuanya berakhir dengan bunuh diri selepas gagal dengan perjuangan. Okeh, itu mungkin saja. Tapi .. 2010 membuktikan bahawa Hitler tidak mati bunuh diri. Jadi, ke mana ...???? Ada yang mengatakan dia mati di Argentina. Dan penemuan yang terbaru, Hitler mati di Indonesia memandangkan perwatakan dan beebrapa bukti yang mengatakan seorang tua Jerman yang dikenali sebagai Dr.Poch mempunyai perwatakan dan ciri-ciri yang sama sebagaimana Hilter. Penemuan beberapa bukti juga menjurus kepada Dr.Poch adalah Hitler. Jadi, di manakah kebenarannya ..???? Wallahualam .. itulah rahsia hidup ! Inilah permainan hidup !!


Hingga hari ini .. siapa pun Hitler tetap menjadi tanda tanya. Bahkan aku sendiri .. sampai migrain bila baca semuanya tentang Hitler dan perang dunia kedua. Sejarah itu adalah milik mereka yang menang. Mereka yang menang boleh saja mencipta apa saja mengikut cita rasa mereka.

Siapa pun Hitler .. apa yang sebenarnya yang berlaku sewaktu WWII tidak lagi penting. Apa yang paling penting hari ini adalah hati hatilah dalam menerima apaa saja khabaran. Apa lagi dari media yang begitu mudah dicapai hari ini. Mereka boleh saja mengolah mengikut cita rasa mereka. Mereka boleh memperbodohkan kita dengan pelbagai cerita. Maka, jadilah masyarakat ... individu yang sentiasa mengambil tahu. Individu yang mencari tahu agar tidak sentiasa di perbodoh. Yahudi telah membuktikan kepada kita bahawa selama ini kita telah diperbodoh dengan cerita dongeng mereka melalui buku buku sejarah. Lihatlah bagaimana mereka mampu menipu sejarah. Mungkinkah segala sejarah yang kita pelajari di sekolah itu adalah penipuan mereka semata mata ...??? Itu mungkin. Ya, sangat mungkin !!

Sekiranya, Hitler itu berada di tempat yang benar. Maka, ambillah dia sebagai contoh. Insan yang tidak pernah mengaku kalah. Insan yang berpendirian teguh dengan prinsipnya. Insan yang mampu membawa semangat yakin diri kepada rakyat Jerman. Tidak mahu penjajah ikut campur dalam urusan mereka. Berani melawan apabila meyakini mereka berada di tempat yang benar dan mereka sedang ditindas.  Hitler dan rakyat Jerman merupakan masyarakat bukan Islam yang turut diperdaya dan dipermainkan oleh Yahudi laknatullah.



~ sekiranya Hitler ini adalah kaki konspirasi dan propaganda .. ya, dia memang tetap hebat. bila lagi umat mahu jadi lebih hebat dari dia ..???   ~


Tapi, jika Hitler berada di pihak Yahudi .. maka, lebih berhati-hatilah kita semua terhadap segala rancangan jahat musuh musuh Islam. Ya, musuh Islam ada di mana-mana. Sebagai umat Islam, kita jangan terlalu mempersoalkan bagaimana mereka memperbodoh kita, tapi .. tanya balik pada diri kita .. bagaimana kita dapat memperbodoh mereka ...??? Hanya mereka yang berkuasa dapat memperbodoh mereka yang lemah. Maknaya ...?? Fikir sendiri. Sampai bila umat Islam mahu selamanya di pandang lemah ..??? Jawapannya ada di tangan kita,. Untuk bangkit kuat ... maka kuasailah sejarah. Kita belajar tentang hidup melalui sejarah.
 

Nampaknya ini adalah masa tidur yang paling sesuai buat aku setelah segala apa yang aku simpan berhari hari muntah di atas entri ini. So far, segala pendapat yang ada hanyalah pendapat aku semata mata. Semata-mata. By da way .. aku memang sedang mencari buku-buku tentang WW I dan WW II. Harap aku akan jumpa nanti. ;)

Bak kata student aku waktu aku mengajar sejarah sekejap. Setiap kali aku bertanya :
' apa jadi lepas tu ..? '
pelajar cina ni akan jawab :
' semua pergi mati la cikgu '
 hahahahaa .. ye. akhirnya sejarah adalah kematian. Disebabkan kematian itulah pelbagai cerita boleh timbul. Sekejap begitu .. sekejap begini. Jadi mana yang paling benar ..??? Tak ada. Setiap masing-masing mempertahankan benar itu adalah di pihak mereka. Walaupun entri aku di atas seakan memihak kepada Hitler dan Nazi, tapi boleh saja segala apa yang aku usulkan adalah sebaliknya. Jadi, ingatlah .. dalam kita menilai, kita perlu mempunyai jati diri. Kita perlu punya keyakinan diri.

Siapa pun Hitler .. itu sudah tidak penting. Apa yang paling penting adalah .. ambillah seberapa banyak pengajaran yang boleh di ambil di sebalik kisah yang di paparkan oleh pelbagai pihak.


Marilah aku beredar. Chaw guys !!!!!
' adakalanya memandang ke belakang itu penting untuk kita menyusun langkah untuk ke masa hadapan '
( nazura, 2012 : nazura-nasir.blogspot.com )
hahahahahahaa
wassalam .!!


Tuesday, November 20, 2012

~ hiduplah bagai Mercedes Benz ~


Assalamualaikum 
hye readers !
selamat pagi .. dan selamat ... selamat papelah
asalkan selamat
hahahaha!

Okeh ! boleh hembus nafas lega bila PBS telah berjaya di selesaikan dengan jayanya. Alhamdulillah ... kegigihan satu punca kejayaan ! hahahahaa ..

Haaaa .. tengok tajuk atas tuh. Gempak tak ?!! hahahaha
Aiiiyooo .. bukan nak cite pasal Mercedes Benz .. tapi, sesuatu yang boleh kita aplikasikan dengan Mercedez Benz. Well .. sejak dah pakai, dah drive .. baru boleh cerita kan ..?? 

Mak aiiiii .. bukan baru kot. Aku ambik merce lama je kot. Gila ko nak pkai yang baru. Aku tak sekaya itu. Berbanding kawan-kawan yang pakai Myvi baru ting .. Viva baru ting .. haiiiiyoooo .. tu lagi mahal harganya berbanding kereta lama tuh ! hahahaa .. 

Tapi .. kenapa bila pakai merce lama  pun orang tetap akan cakap ..

' ehhh .. dia pakai merce ..'
' wahhh .. hebat. Dah pakai merce ! '
' ehh ... dia tu yang pakai merce tuh kan ?'

Tapi pernah tak dengar bila orang tuh baru je tadi beli kete biasa yang baru ting ting .. berkilat dari 100 meter .. ada juga org cakap .. tapi .. kenapa perkataan yang keluar pada Mercedes Benz tahun 1998 sama hebat dengan Myvi 2012 ???? Cer bagitahu kenapa ..???? 
( ini bukan entri riak okeh .. ! Ini entri motivasi, gile .. )

Tentu saja tentang kualiti ! 
Itu perlu diakui oleh semua. Sumpah ! Aku bukan nak pandang rendah pada kereta Malaysia dan pandang tinggi pada kereta luar. Family aku pun ada kereta Malaysia. Aku pun tak ada masalah pakai proton saga tahun 1985 bertahun tahun dulu waktu semua kawan-kawan pakai myvi or viva baru.kui3x. Tapi maksud entri ini adalah .. mengapa kita tidak mengambil Mercedes Benz sebagai motivasi hidup ...?? Ini aku terfikir masa nak tidur malam tadi !

1. Kekal Unggul Bersama Zaman.

Kenapa aku kata kekal unggul ? Macam aku cakap kat atas tadi .. Merce tahun 1998, pun masih orang pandang hebat .. pada tahun 2012. Kira dah berapa tahun tuh ? 14 tahun. Tu bukan jangka masa yang sekejap je ? 1998 tuh aku baru umur 10 tahun kot. 

Jadi, hidup kita ni .. biarlah tetap unggul .. kekal unggul semakin unggul. Jangan semakin meningkat usia, semakin merudum keunggulan kita. Tak mahu begitu ya !!

2. Tua yang berguna

Kenapa tua ? Merce masa baru keluar .. tak kira zaman bila pun, dia adalah kategori kereta mewah. Kan ? Tapi .. bila tua .. tak kira zaman bila pun dia lahir, tetap boleh berjalan walau hanya sebagai teksi. Orang akan gunakan dia semaksimum mungkin. Sebab apa ?? Dia tahan lasak. Sparepart dia pun ada je. Memang ada yang terduduk kat tepi semak, itu pun setelah dia begitu puas di pakai.


Jadi, kita sebagai manusia .. sediakanlah diri kita sebagai seorang yang berguna sampai tua kepada semua orang. Jangan kata muda je berguna untuk semua orang .. dah tua pun kena berguna untuk semua orang !! Jangan pulak muda tak berguna .. dah tua lagi la .. orang perasan pun tidak. adooiiiiyaiii .. memang masalah !

3. Gagah dan mantap di atas jalan

Bila nampak merce je kita akan kata .. kereta besar dah macam lori ! kah3x. Tapi .. bila dia jalan atas jalan raya .. maka terserlah kemantapan dia berbanding kereta lain. Mungkin akan nampak setanding dengan kereta kereta yang seangkatan dan semahal dia waktu baru. kan ..??Kalau accident sikit sikit pun .. dia mungkin tak seremuk dan separah kereta biasa, kan ? Actually, Merce lama bapak aku tu pun .. aku pernah langgar dengan honda aku tuh. Tapi tak kuat. Kiss kiss je pun. hahaha .. tapi, pernah juga masa baru dapat lesen dulu, aku go stand .. cium merce. !! Mak aiiii ... apa lagi. Cabut !!!. tapi dia okeh je. Suka kot kena cium dengan proton saga lama aku dulu tuh. hahahaha

So, kita nak nampak gagah jugak ke ..?? Jawapannya .. Yes !!!
Memang perlu nampak kuat .. stay strong !! Itu paling penting. Jadi macam merce yang kuat hadapi ancaman di jalan raya. Macam juga kita .. kena kuat untuk hadapi ancaman kehidupan. Sedih .. suka .. duka .. kecewa semua tu adalah ancaman kehidupan. Macam merce .. untuk jadikan dia kuat hadapi ancaman jalan, engineer dia sediakan dia dengan pelbagai sistem keselamatan yang .. tip top !!! Jadi kita .. untuk hadapi ancaman kehidupan .. sediakan diri kita dengan kekuatan fizikal dan mental .. jaga emosi .. kuatkan motivasi. Yes, like that !!!

4. Biar kadang kala not a friendly user, tapi tetap memberi kepuasan kepada orang lain

Bagi aku .. merce lama je kot .. merce baru mana lah pernah bawa kan .. kurang friendly user. Kenapa ..??? Adooiiiyaiiii .. semuanya keras. Signal keras, pedal minyak berat .. stereng, lagi lah berat. Kata auto .. tapi, dah macam proton saga lama yang tak auto stereng !! Senang kata .. untuk perjalanan nak masuk sana, masuk sini .. memang tak sesuai yawwww !! Sekali aku bawa pergi sekolah. Cukuplah 3 hari. Sakit sakit badan aku .. sengal segala bagai .. sebab aku kan kaum yang lemah. Semua tulang dah reput belaka .. hahahaha .. That's why .. merce adalah pilihan lelaki dewasa biasanya.!! Kekuatan diorang berganda berbanding aku yang cikudut nihh !!! hahaha. Tapi .. dia sangat memberi kepuasan dalam pemanduan. Speed 150km/j macam speed 90km/j kereta biasa. Even Honda aku tuh .. 150 km/j tuh macam speed 110 km/j Honda lama tuh. 

So, biar kadang-kadang kita ni dipandang macam-macam oleh orang ramai. Ada yang kata kita garang, ada yang kita sombong .. ada yang kata kita bagus .. kan ..? Tapi, biarlah apa saja pandangan orang pada kita, asalkan kita tetap berikan yang terbaik untuk mereka semua. Sebab dengan keikhlasan kita memberikan yang terbaik .. kepuasan terbaik pada mereka disekeliling kita .. mereka tidak akan memandang negatif kita tapi akan mencari positif kita !! ayuh positif babe !!!

Okeh ! Cukuplah 4 kan ..?? Rasanya 4 perkara tuh pun agak susah untuk kita aplikasikan, betul ..??? Tapi usaha lah kan .. let's smile !

Aku pun sebenarnya macam orang lain juga asalnya. Fikirkan kereta beru untuk di jadikan hak sendiri. Kereta yang pernah aku usya .. Alza dengan Persona. Tapi, bila fikir semula .. bila dah terlalu banyak drive .. jauh atau dekat .. apa yang paling penting bagi aku .. bukan baru. Tapi selesa dan selesa dan selesa. Itu saja !! Baru tuh aku dah letak nombor paling last.

Jadi, aku pun bagitahu ayah aku .. aku nak terus pakai Honda lama yang 21 tahun tuh .. ayah aku, carilah merce sebijik sama-sama bayar untuk kereta family. Tapi jangan lama sangat. Kalau tak lama sangat, tak la aku nampak klasik sangat, kan ..?? hahahaa ..



Even dia memang bukan friendlu user .. aku bawa pun jarang, tapi ... hasil kepuasan ??? Yes ! Aku puas hati. Alhamdulillah !



Sekian, selamat memotivasikan diri kita dengan Mercedes
Wassalam.

Sunday, November 18, 2012

~ kerja budak U macam kerja budak Form 1 ?? ~


Assalamualaikum
hye guys !!
Fine, tak de skrip lain setiap kali menyapa pembaca !
Yuhuuuu .. wats up babe !
haaaa .. kan dah tukar skrip. hahaha


Sejak dah kerja ni .. asyik cerita pasal kerja ... kerja dan kerja .. lalalalala .. kerja !! hahaha.
Ok la kan. Kita perlu passion pada kerja. Tak kiralah kira kerja atas paksa rela ke .. memang minat dari sjak keluar dari perut mak kita ke .. langsung tak de minat ke .. tiba-tiba terminat ke .. tak kira !! Apa yang perlu di ambil kira .. marilah kita enjoy dengan kerja !!! 

Sebut pasal kerja .. okeh !
Kadang tu kita dengar orang tu merungut pasal kerja .. kerja tu tak best .. kerja tu itu .. kerja tu ini ... termasuklah aku. Kadang tu .. eh .. bukan kadang. Selalu jugak merungut .. cikgu sekarang banyak kerja. Cikgu sekarang kerja tersiksa. Cikgu sekarang kerja bawa balik rumah .. cikgu kerja menyakitkan jiwa sebab mengajar budk2 yang macam-macam ragam ... hakikatnya, bila terus bekerja .. terus tingkatkan semangat kerja .. dan hasil kerja turut menjadi lebih baik, bagi aku tu lebih baik bagi orang yang kononnya tak pernah merungut dengan kerja tapi hasil kerja makin merudum atau takat tu je la!! Paham ...???

Siapa kat sini nak menafikan yang kerja cikgu sekarang memang seperti yang aku cakap? Aku bukan dengar cikgu cikgu baru je yang cakap .. waima cikgu lama sekali pun mengakui keadaan tu. Jadi, salah ke aku luahkan begitu ??? Katalah ada readers yang berkawan dengan cikgu baru macam aku .. klau dia meluahkan benda-benda yang aku cakap .. tolong jangan blame okeh ! Dia luahkan begitu sebab dia perlukan semngat untuk dia teruskan kerja-kerja dia. Jadi, supportlah dia. Bagi semngat kat dia. Contohnya :
' awak boleh buat ..'
' tunjukkan awak boleh jadi cikgu yang baik dalam suasana kerja yang sangat menekan '
' kuatkan semngat awak .. jangan putus asa ! '

Kan tu kata semngat yang lebih sedap telinga orang .. nak dengar. Jangan kata telinga orang, telinga kucing pun sedap mendengarnya. Kan berbeza .. kalau kawan kita tu luahkan rasa penat .. tertekan .. bla bla bla .. kita jawab balik :
' tu la orang tak reti bersyukur ! '
' bosan memang jadi cikgu. awk berhenti kerja .. cari kerja lain ..'
' ko dah kerja gov pun nak merungut .. trylah kerja swasta .. '


~ gile punya orang nak meroyan ~
- anta anak pegi tusyen .. yang ajar kat tusyen tuh aku rasa stock haiwan peliharaan ! bukan cikgu -

 
Kalau itu jawapan kita untuk luahan kawan kita, confirm pasti kawan tu sakit telinga. Bukan kata telinga orang .. telinga kucing pun naik bernanah dengar jawapan yang begitu. Selfish !

Orite ! Tu pasal kerja. Saja je nak komen sikit pasal luahan kerja orang kan .. hahahaa
Sebenarnya aku ada satu benda nak share. Benda lain. 

Satu hari, cikgu senior pjpk datang jumpa aku then bagi tahu ..
' nazura, nanti minta budak budak buat folio tau. tentang sukan kat malaysia ke, tokoh sukan ke .. hantar sebelum .. ' bla bla bla.

Aku pun okey je lah. But then, bila budak tanya macam-macam aku jadi blurr. Jadi inisiatif aku, aku sediakan satu guide line pada budak untuk diorang follow. Contohnya saiz tulisan kalau diorang guna type writing kan. Bahan ambik dari internet .. bla bla bla. Ala ala lecturer aku bagi masa aku buat asghment kat U dulu.

Okeh ! Bila dapat folio dari budak ... aku garu kepala.
Yang tulis tangan .. mak datuk tulisan. Tak pe lagi. Isi dia aku boleh terima. Maknanya ada pengolahan dari banyak sumber. Tu pun aku yang guide diorang pilih isi-isi tertentu.

Tapi .. ada juga beberapa kumpulan nih yang ambik terus dari internet. Bukan copy paste lagi .. tapi terus print out dari wikipedia .. siap ada tulisan warna biru bergaris lagi. Aku dah tegur .. pun masih benda yang sama. Jadi, aku ambik je lah.


Jadi, bila aku belek punya belek .. aku teringat satu kisah time kat U dulu. kui3x.
Masa kat U, kebanyakan presentation akan dibuat secara berkumpulan. Bila dah selamat buat presentation, kenalah buat report kan ? Report plak .. bahan present. Bahan present biasanya .. memang hampir semuanya datang dari internet. Memang payah sangatlah nak jumpa bahan present yang ko duk selak buku tebal-tebal. Owhhh .. tak de masa !!

Nak dijadikan kisah .. aku yang tawarkan diri untuk kumpulkan semua bahan untuk dicombinekan menjadi satu report. Means masa present tu .. masing-masing ada bahagian masing-masing dan masing-masing perlu sediakan report untuk bahagian masing-masing. Aku pun .. terima report dari bahagian masing-masinglah kan. Tapi .. sampai kat report sorang hamba Allah ni .. aku termenung jap.

Sudahlah tulisan tak ikut guide lecturer bagi. Margin semua tah apa lagi. Dengan report tajuk tak di numberingkan .. then, terpacak kat tengah-tengah page. Dalam hati aku .. Wahhh !! hebat ! Bila baca punya baca .. ' hai , bahasa indon. ni study kat U indonesia ke hape ? '   Masa tu memang panas betul hati. Sudah lah nak bagi report lambat, tapi macam tu plak hasilnya ?

Demi untuk menyedapkan hati, aku sendiri yang tak tido malam cari semua bahan presentation tuh untuk mencantikkan report tuh. !

Haiiiiyooo .. !!! Kerja budak yang umur dah 20-an. Dah selamat belajar kat IPTA. Kenapa kerja jadi begitu? Budak form buat macam tu, aku faham lah. Daya faham dan kebolehan mereka menghurai memang takkan sama dengan budak umur 20 ke atas. Itu pun .. apa yang student form 1 aku bagi, taklah sampai bercampur bahasa Inggeris bahasa Melayu. Tapi .. si kakak nih plak .. bagi aku report yang bercampur Melayu-Indonesia. Hebat !! Sudahlah tuh .. memang langsung tak de huraian. Copy then paste only !


~ bagus budak ni. Dia begitu seni dalam menulis. okey kot dari hantar kertas kosong .. hahaha ~
sekurang kurangnya budak ni tak copy paste dari internet. tapi kalau copy paste pun bahasa bercampur aduk .. rasanya lagi teruk kot dari budak ni. 
hahahahaha 
 
By da way, readers yang mungkin student IPTA or may be IPTS .. tak kisah apa pun, janganlah malas sangat kan ? Ini .. ada juga cikgu yang buat kajian tindakan, then buat presentation then .. cikgu komen
' saya penah baca kajian tindakan ni dalam scribs. Sebijik. Satu pun tak ubah '
Kan ??? Sape yang malu ??? Ok .. aku yang malu ! hahahaha ..

Itu sekadar nasihat okeh !
Hasil kerja kita melambangkan diri kita. So, tingkatkan kualiti hasil kerja .. maknanya kita sedang meningkatkan kualiti diri kita.

Jom berubah !
Wassalam ..


Monday, November 12, 2012

~ fReN 0r faMiLy ~


Assalamualaikum
hye guys !!!
wats up, babe ?? !!


Mari kita menceriakan hati kita dengan perkara-perkara yang menarik saja. Perkara yang tak berapa nak menarik tuh .. boley tinggal tepi yer. Jangan pandang banyak kali .. kui3x. Setiap hari, kita perlu upgrade diri kita. Ish, tak kiralah penampilan ke .. attitude ke .. kerja ke .. apa saja. Yang peenting bertambah baik ! Hoyeaaaaa !!! Tapi jangan lupa yer .. upgrade IMAN kita yer ! ( upssss .. tu ingatan untuk diri sendiri tuh )

Okeh .. back to da title !
Friend or family .. selalu jadi dilema bagi mereka yang dalam lingkungan umur remaja.
Aku pernah melalui .. dan rasanya ramai juga orang yang melalui. Lingkungan umur 13 tahun hingga 23 tahun tuh adalah umur kita bersama kawan-kawan. Ada juga yang sampai meletakkan family sebagai tempat yang kedua. Ye ke ..??? Tak wajib betul kan ..?? Aku main agak je .. sebab bergaul dengan student dan kawan-kawan malaah diri sendiri .. memang itu realiti !

Aku ada pengalaman dengan kawan-kawan dan family. Tapi aku tak mau lagi cerita pasal aku. Tapi aku nak cerita tentang orang yang kenal dari jauh. Aku ikut perkembangan dia dari orang lain .. dan facebook dia. Kenapa aku ikut perkembangan dia ??? Hhahahahaa .. lalala. Sebab ... biar aku saja yang tahu. kui3x.

Aku kenal dia sebagai seorang yang sangat aktif. Kata orang .. kira famous one la kan. Dia antara orang penting dalam satu kelab di sebuah universiti. Almost everytime satu masa dulu .. dia akan update status pasal relation dia dengan kawan-kawan.
' kawan sampai syurga ..'
' fren for eva ! '
'sahabat dunia akhirat ..'

and baaaaaaanyak lagi statement statement tentang sangat excited dengan persaahabatan. Kadang tu persahabatan mereka lelaki dan perempuan hingga mampu menimbulkan perasaan syak pada hati orang yang tak cukup kenal mereka sebab perkataan ..' i love u' tuh sangat biasa. Panggilan manja macam ..' sayang' tu pun biasa mereka gunakan antara lelaki dan perempuan. Mungkin masa tu adalah masa excited dalam berkawan kot. Kadang tu gurau mereka pun mampu jadi fitnah bagi sesetengah pihak. 

Then, one day ... keluar pula status yang semacam pelik dari dia. Aku kan follower paling setia ! hahahaha .. aku tetap follow dan follow .. beberapa waktu, status dia masih sama. Entry dalam blog juga sama. Apa yang sama ? Okeh ! Frust dalam persahabatn. Dikhianati sahabat sendiri. Musnah rasa percaya. Zaman kejatuhan .. and bla bla bla. Lepas tu .. tak ada lagi update status tentang sahabat. Kawan-kawan. Apa yang ada hanya keakraban dengan ayah .. mak .. adik beradik ..! Amazing ... !!! Dan sangat menakjubkan adalah .. dia mula bercakap tentang aurat perempuan .. dan hijrah ke arah yang lebih baik, senang cerita. 

Fine ! Apa yang sedang aku cuba sampaikan di sini ???
Senang saja ! Setiap orang dalam dunia ni memang perlukan sahabat. Memang perlukan kawan. Tapi, apa yang lebih kita perlu adalah keluarga selepas Allah, Iman dan Islam. Bagi aku .. nasib aku tak banyak jauh sebenarnya dengan dia. Satu masa dulu, aku memang seorang yang begitu membanggakan persahabtan yang aku ada. Bagi aku, cukuplah kawan-kawan bagi aku sampai keluarga aku letakkan di tempat ketiga hinggalah aku dikhianati oleh sahabat yang sngat aku percaya. Sehinggalah satu per satu sahabat yang aku sayang .. pergi dan pergi hinggalah aku sendiri. 

Lumrahnya, apabila kita kehilangan sahabat yang kita sayang .. saat kita menghadapi kejatuhan yang dahsyat .. mereka yang sanggup menerima kita seadanya kita adalah keluarga kita. Salah ??? Kalau salah .. means, there's something wrong lah dengan family tuh !

Sebagaimana si kawan yang aku cerita tadi, saat dia susah .. baru keluar begitu banyak status tentang family. Aku tak kata hubungan dia dengan family tak baik sebelum nih .. tapi, apa yang berada di status fb kita adalah apa yang saban waktu kita fikirkan, betul ?? Jadi, kalau setiap masa keluar status tentang kawan .. maknanya, mereka yang sentiasa ada mind kita adalah kawan. Kalau update status keluar tentang parents .. means yang ada dalam kepala otak kita adalah parents .. betul tak ??? Salah jugak ??? Kalau salah, lantak kaulah ! hahahahaa

Apabila ditinggalkan .. kita akan berada bersama orang yang sudi bersama kita. Hati yang hancur .. bagi orang Islam yang masih punya iman, tempat mengadu dia adalah Allah. Dan bagi yang masih ada keluarga .. tempat meluahkan perasaan, tempat untuk dia terus tersenyum dan ketawa adalah keluarga. ! Sila lah faham tentang itu yer .. ;)

Maka, ingatlah ! Bukan salah untuk berkawan. Malah persahabatan itu juga mampu membentuk anda ke arah yang lebih baik. Tapi berpada pada lah. Jangan sampai mengabaikan family. Macam mana mengabaikan family? Maknanya .. apabila lebih masa kita bersama kawan berbanding family .. itulah maknanya mengabaikan family. Ada faham ..??? Nanti tanya pulak .. yang duduk jauh dari family tuh macam mana kan ??? Kalau yang begitu .. setiap kali balik bercuti .. luangkanlah masa sebanyak mungkin untuk family anda. Jangan waktu cuti sebulan .. balik kampung 3-4 hari je .. sebab nak bercuti and enjoy dengan kawan-kawan. That's not fair, kot !!

Macam mana dengan kisah si kawan tu ..??? alhamdulillah .. akhirnya dia mampu bangkit semula dengan adanya kawan-kawan yang tinggal. Maka, seharusnya si kawan tuh bersyukur sebab masih ada kawan yang masih menyokongnya agar bangkit dan bangkit membina kekuatan dan kejayaan .. !!! Tapi si penulis blog ni ... apa jadi ???!!! lalalalalaa .. haha.

Apabila anda memutuskan untuk berbeza dengan orang lain, bermakna anda perlu bersedia untuk menanggung risiko untuk anda tidak punya teman paling akrab di sisi. Bukan mudah untuk orang bersama orang yang berbeza. But, I tell myself to fight it back !!! Hidup perlu diteruskan dengan semnagat even sendiri. Tapi tak sendiri sangat pun .. masih ada Allah, family .. mybf .. and my lovely cats in my heart. !!! lalalala .. masih juga ada kawan .. cuma bukan kawan untuk berkongsi masalah .. mendaptkan nasihat, diajak berjalan ke sana ke mari !!

Aku pernah bagitahu my bf ..
' awak sorang yang masih bertahan dengan saya. kalau awak rasa ada sesuatu yang boleh buat awk tinggalkan saya masa ni .. sila tinggalkan saya sekarang ..'

Alhamdulillah .. mungkin jodoh masih panjang. kui3x.
hahahaha ..  
Okeylah sayang sayang semua ..
Mari kita teliti diri kita balik. Bagaimana hubungan kita dengan kawan dan family ? Kalau dengan kawan itu terlebih dari family .. silalah betulkan kembali. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah ! lalalalala .. hehehe ..


 
okeh guys .. 
marilah kita rehatkan minda dengan ..
apa saja yang boleh !!
wassalam .. ;)




Friday, November 9, 2012

~ haiyoooooo .. kahwin cerai .. kahwin cerai ~


Assalamualaikum ..
hye readers 
wats up ??!!!


Apa yang korang buat tak tido lagi nih ???
Upsss .. aku je kot yang tak tido lagi. hahahaha .. baru lepas key in prestasi pbs pelajar, then tak boley tido .. jadi, update blog la kan. Tengah busy macam ni, nak sambung untuk manuskrip novel pun tak de mud ! kui3x. Fine !!

Okeh, hari u all takkan diceritakan oleh aku tentang aku. hahaha
Buhsan kan asyik pasal aku je. Tak berkembang betul aku nih kan, kan kan ...??

Semalam pagi, aku dengar news pasal chef riz n ana dahlia disahkan bercerai. Errr ??? Bercerai ? kurang lebih .. dalam 12 bulan kowt. Dan aku terdengar juga .. ana dahlia menyesal berkahwin dengan chef riz hanya lepas 8 bulan berkenalan. kui3x.

Benda ni dah lama aku terfikir .. tapi cuma tak ada masa yang sesuai nak meluahkan. Pendapat masing-masing kan. lalalalaa ..

Lately ni .. perasan tak, kat mana-mana orang sibuk sangat pasal kahwin awal. Ish, memang banyaklah.Dah macam jadi promosi and provokasi. hahahaha .. ye ke provokasi ?! Say no to couple, say yes to nikah !!

Salah ke? Tak salah !!! Sumpah tak salah tapi itulah yang terbaik. Kenapa? Sebab Islam mana ada suruh couple, ngek ! ( bagi yang Islam ) even aku sendiri pun couple.

Di sini aku ada perbandingan. Aku ada kawan .. yang dah pun nikah .. selamat melahirkan baby .. life dengan suami pun bagus. Senang kata .. insyaAllah .. dunia dia dapat, akhirat pun dia dapat. Bahagia dan berjaya dunia akhirat. Pasangan ni muda. Kawan aku kahwin masa umur dia 22 tahun .. dan husband dia 26 tahun. 

Mereka bukan pasangan yang bercinta macm orang duk sibuk dating msg kat phone tak ingat dunia.! Aku ke ?? Eh .. bukan kot. hahahaa .. 

Apa yang aku tahu .. husband dia kenal dia waktu nampak dia di satu program, merisik .. kemudian bertunang dalam 6 bulan .. and mereka bernikah. Aku ingat lagi entri dalam blog husband dia .. ' di jalan dakwah aku bernikah ..'

Usia perkenalan tak panjang ... tapi, alhamdulillah .. insyaAllah .. kehidupan rumah tangga mereka di sulami rasa cinta yang semakin hari semakin mekar .. bukan semakin layu. ( wahhhh .. bak bunga bungaan gitu ! ) hahahaa ..


Itu satu contoh. Then .. aku nak bawa satu lagi contoh ...

Pasangan ni berkenalan di satu majlis .. berkenalan .. bercinta tak lama .. sekitar 7-8 bulan .. bertunang dan berkahwin .. kemudian ...... cerai. Alasan :  Tiada antara mereka yang curang tetapi tak serasi ! ( do u think that u main couple couple ..?? )

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”

“Dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujar Chef Riz yang berkahwin dengan Ana Dahlia sekitar Disember tahun lalu.




Okeh .. aku bagi 2 gambar majlis resepsi pengantin yang berbeza. Bawah tuh saja je letak gambar diorang. Sekadar gambar hiasan. Tak mention pada mereka sahaja, tapi pada semua !

Dekat atas sana tuh .. majlis resepsi cukup sederhana, tak de pelamin .. tak de majlis puluh ribu. Pengantin perempuan sangat munutup aurat. Hantaran dan mas kahwin pun biasa saja .. 

Pasangan di bawah pula .. majlis resepsi grand .. pelamin memang best .. pengantin perempuan seksi 
( senang cite la ). Hantaran dan mas kahwin .. confirm 10k ke atas. kan ..?

Kronologi kisah 2 pasangan di atas tak banyak beza kan ..??? Tapi apa yang berbeza ???

Sabda Rasulullah saw lagi:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling
sediki mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya.”


Sederhana itu menghasilkan kebahagiaan. 
Apa yang sangat perlu ada dalam sebuah majlis perkahwinan itu adalah berkat. Jadi, jangan hairanlah .. 
' ehhh .. baru kahwin kan minggu lepas ? '
' ehhh .. dah cerai ? '

kenapa aku kata jangan pelik ? tengok majlis perkahwinan dia pula. 
Isu persefahaman .. serasi .. itu adalah alasan. Sesuatu takkan terjadi tanpa sebab, kan? Berkahwin kerana Allah. Untuk mendapatkan redha Allah dunia akhirat.

Itu je lah komen aku pasal kahwin. Nak komen panjang-panjang i mana kahwin lagi. Couple pun dah lebih 5 tahun ... bila nak kahwi ??? 

Aku pernah bincang dengan kahwin aku yang dah kahwin tuh. Masa tu dia tak kahwin lagi. Memang betul perkahwinan dapat elakkan maksiat bagi yang dah bercouple bertahun-tahun. Tapi, kalau  duit tak de .. simpanan lagi tak de .. macam mana tu ?? kui3x. Yakin dengan rezeki lepas kahwin, tapi persediaan tu sedikit sebanyak mesti kena ada. Hidup zaman sekarang, semua nak pakai duit kan? 

Macam aku n my bf sendiri .. baru 5 bulan kerja .. sibuk dengan kerja, fikir kahwin pun tak sempat. Atas dasar ketidakmampuan itu .. ketidaksediaan itu juga .. mungkin sebab tu Allah menjauhkan kami dngan jarak yang begini tapi masih dekatkan hati kami. Semoga dengan jarak itu .. membuat kami terhindar dengan maksiat yang sentiasa membelenggu hati manusia-manusia lemah macam kami nih .. kui3x.

Fine ! Jadi .. bagi yang nak kahwin .. baru kahwin .. boley la fikir-fikirkan.
Dalam perkahwinan tu yang paling penting bukan serasi .. bukan persefahaman. Tapi redha Allah. Serasi ke .. faham tak faham ke ... tu semua Allah boleh tolong atur. Macam mana nak dapat redha Allah ??? Hang fikirlah sendiri !! hahahaa




Ok ... selamat berkahwin semua ;)  !

Wassalam ..
 

Tuesday, November 6, 2012

~ kerja paling gile ! cadangan untuk PBS ~





Assalamualaikum ..
yuhuuu
sesi meluahkan perasaan
meluahkan rasa geram yang sangat geram


Title PBS !
Semua tahu dah kan apa benda binatang tuh. Pentaksiran Berasaskan Sekolah !
Sampai sekarang aku tak faham .. aku tak nampak mana kebaikannya pada guru dan pada student.

Aku tak tahu salah atau tidak aku mengeluarkan pendapat begini.

This is my personal opinion, okeh !
Semua orang berhak bersuara, betul tak ?
By da way, pelaksanaan PBS, kebanyakannya adalah menipu dari benarnya. Bagi senangkan kerja cikgu, ramai je cikgu yang buat PBS ... sama ada bagi jawapan pada pelajar atau minta pelajar buka buku tanpa cikgu mengajar. Ini realiti kot. Nak habiskan band dan instrumen yang banyak tu .. masanya adalah sempat tak sempat je. Jadi, di situ .. kita bukan membantu pelajar tapi makin merosakkan pelajar tu sendiri.


Mentaliti budak sekarang ni .. diorang hanya akan baca buku bila ada exam. Dan kepadatan membuat PBS membuatkan pelajar sangat stress dan bosan. Tak percaya? Pegi tanya budak. Dan cikgu .. yang dah dibebani dengan banyak kerja .. ditambah lagi dengan kerja keluar masuk fail 40 orang budak satu kelas. Bayangkan cikgu yang pegang sampai 9-10 kelas. Hang fikirlah !!

PBS .. kursus diberi pada Pen.Ketua Panitia atau wakil-wakil tertentu .. bila datang cikgu baru yang tak pernah tahu pape pasal PBS, diorang buat tak tahu. Tiba-tiba datang jumpa :
" awak kena hantar fail pentaksir untuk pemantauan "

Boleh tak aku kata .. bangang gile !
Sory la bahasa aku memang tersangat cantik ! Cantiklah kan?

Pendidikan di Malaysia .. masih 2nd from bottom .. that's reality ! ( apa yang pengetua bagitahu time LDP hari tu okeh )

Malaysia keluarkan perbelanjaan yang cukup besar untuk pendidikan. Tapi kenapa masih 2nd from bottom ? Never change !
Jawapan yang paling mudah dari aku adalah .. sistem pendidikan di Malaysia .. sentiasa brubah-ubah .. bukan dibaiki segala kelemahan. Itulah masalahnya !
Pemberian subjek kepada guru tak mengikut opsyen juga salah satu daripada puncanya. Bagaimana kau nak hasilkan pelajar yang berkualiti kalau cikgu tak berkualiti ..?
Kalau cikgu kena mengajar apa saja subjek tanpa mengikut opsyen, kenapa di adakan opsyen tu? Suruh saja cikgu belajar semua subjek yang ada di sekolah. 


Okeh .. komen aku mungkin terarah hanya pada certain subjek. Macam aku sendiri .. subjek PJPK and PSV. Subjek tu adalah subjek yang semua orang tak minat. Tak Percaya ..?? hmm .. student sendiri tulis dalam kertas exam ..

" cikgu, mohon maaf pada cikgu kerana saya tak ada bakat melukis. saya juga tak baca untuk PJPK sebab pada saya subjek tu tak penting. Jadi, saya perlu guna masa untuk subjek lain ..."

Apa pendapat korang kalau dapat tulisan begitu masa menanda kertas?
Jawab ... kenapa diam ?! hahahaha
Aku tak tahu lah nak berkecil hati ke .. nak marah ke ...atau buat tak kisah ..?
Nak marah tak boleh .. sebab itu pun aku realitinya dulu. Aku tanyalah korang .. korang pernah ke buang masa baca nota pjpk time nak exam ..? Tipu laaaaaa klau baca. Aku jangan kata baca, buka pun tak pernah, tahu ?? !!

Dengan keadaan yang begitu .. mungkin PBS agak berkesan untuk minta pelajar buka buku. Tapi .. cuuuuuuuba fikir semula. Kita nak hasilkan pelajar yang fokus. Mereka ada kemahiran yang tinggi dalam minat mereka. So, nak buat apa kita nak bagi stress kat budak-budak belajar, exam and buat PBS untuk subjek begitu ..?

Kalau terlalu banyak subjek yang perlu mereka buat PBS, perlu mereka buat folio dan exam .. mampukah sistem pendidikan menghasilkan pelajar atau individu yang berkualiti mengikut bidang kepakaran mereka ..???? sila jawab !

PBS lagi ! Waktu pelaksanaan PBS .. kita ada ramai cikgu. Dengan ramainya cikgu .. maknanya ramailah keletah dan banyak juga kerenah. Betul?? Kau tak boleh expect semua cikgu rajin belaka .. semua cikgu kaki auta .. semua cikgu jujur belaka .. semua cikgu bla bla bla ..

Sistem PBS ni .. banyak mengajar cikgu menipu. Kalau cikgu tuh jujur macam kawan aku .. alamatnya, memmang tak tido malam. Hidup matinya adalah PBS. Siang malamnya adalah PBS. Jadi, bagi cikgu-cikgu yang jujur .. macam aku dan kawan aku .. sila tak payah pk pasal nak kahwin .. nak beranak pinak. Sila faham, bahawa anda tiada masa untuk semua tu. Apa lagi kalau cikgu-cikgu yang baik baik ni .. diberi kelas 9-10 kelas. Bagi tahu aku, mana masanya untuk diri sendiri melainkan menghadap kertas .. kertas .. dan komputer. ( nak online .. jammed. kena buat 2-3 pagi .. mereka yang dah kahwin, ada anak ramai .. larat ke nak bangun 2-3 pagi semata-mata nak key in prestasi dan print out slip? )


Lain plak dengan cikgu yang jenis buat kerja nak tak nak .. ko bagilah kerja macam mana banyak pun, kalau itu dia .. begitulah dia. Tak percaya gak ..??? Tak percaya sudah! Meh duduk kat sekolah setahun. erkkk !! Macam mana nasib pelajar ??? Bagitahu aku. Tahu tak .. pelaksanaan PBS tuh tak banyak sikit .. adalah seolah-olah kita mempertaruhkan masa depan pelajar di tangan cikgu. Cikgu komited .. cikgu rajin .. cikgu yang memang tak de kerja lain kecuali pelajar pelajar dan pelajar .. insyaAllah .. nasib pelajar baik di situ. Tapi bagi cikgu yang tak berapa kisah macam aku ni .. cikgu yang berfikir .. aku perlu juga masa untuk diri aku .. buat mana sempat .. apa pula nasib pelajar ..??? Pencapaian band pelajar bergantung pada cikgu. Kalau cikgu lupa nak masuk band kat sppbs .. tak de internet .. capaian ke web site lambat dan buat org bosan nak tunggu .. tangguh tangguh dan tangguh .. then, tak masuk terus. Apa jadi dengan budak tu ..??? Bagitahu aku apa jadi ?

Orang boleh kata, cikgu tak seharusnya begitu. Tak boleh begitu .. dan jangan begitu.
Tapi ada berapa ramai cikgu kat Malaysia ni. Mampukah kita memastikan tak ada seorang pun yang begitu ..? Bagitahu aku kalau anda mampu. Logik akal manusia normal, adalah tidak.

Aku complain .. complain dan complain.
Complain tanpa cadangan penambahbaikan adalah manusia yang hanya pandai complain dan salahkan orang. Bagi para cikgu yang terlibat dengan PBS .. mungkin parents yang baca this entry .. aku tak pasti kalau cadangan aku ni bagus atau pun tidak. Tapi .. ini adalah my personal opinion semata-mata.



Cadangan pertama :
Sebuah sistem yang telah dilaksanakan tidak boleh di musnahkan macam tu saja. Maknanya, tiba-tiba nak batalkan PBS. Tidak ! Itu mustahil. Tapi .. bagi aku .. TOLONG JANGAN HAPUSKAN PMR untuk mereka. Kenapa? PMR itu adalah motivasi untuk mereka fokus pada pelajaran mereka. So, wat about PBS ? Macam yang aku kata tadi, PBS mustahil untuk dihapuskan. Jadi, ambillah penilaian PBS tu sebagai 10% atau 20% untuk menentukan result PMR. Maknanya, PBS itu dapat membantu mereka dalam PMR mereka nanti. Makna yang lebih tepat lagi, sistem pembelajaran adalah seperti di universiti. Berapa % assigment dan berapa % exam. Macam tuh ! Contohnya subjek Sains .. lagi 10 markah nak dapat A. Tengok PBS pula .. kalau mencapai band yang melayakkan mereka dapat A, then .. A lah. Begitu !!

Cadangan kedua :
Ini bagi guru yang menjalankan PBS. Beberapa kawan aku sudah di hantar ke kursus sebagai JU. Tah apa JU tu pun aku tak tahu. Jadi, cadangan aku .. evidence untuk setiap topik tu jangan pecah kan band. Maknanya, bila nak bagi evidence untuk suatu topik .. bagi dari band 1 sampai band paling tinggi. Sebab bila pecahkan, pasti dan mesti akan ada yang tertinggal salah satu band or topik. ( pengurusan perlu baik dan cekap begitu ) Lagi bagus, evidence tuh buat terus macam soalan kuiz. Stapler terus ! Sekolah lain aku tak pasti buat macam mana. Tapi, bagi sekolah aku .. subjek aku .. memang haru biru !



Cadangan kedua :
Kalau memang nak gunakan teknologi .. sila gunakan semaksimum mungkin. Jangan buat kerja sampai 15-16 kali. Tu namanya kerja gile, buang masa .. tak praktikal .. langsung tak rasional. Macam mana nak sampai ke tahap yang lebih tinggi ? Bila pelaksanaan sppbs itu saja akan dinilai .. maknanya itu sajalah yang digunakan. Nak buat apa senarai kelompok, prestasi individu pelajar tu semua ? Nak tick sampai 42 orang pelajar satu kelas .. buat sampai 3 kali. Sila kira, kalau cikgu ada 9-10 kelas. Darab dengan 42 orang .. darab dengan 3 kali. Sila, sila ! 1260 kali click & tick !!! Kalau satu kelas memerlukan cikgu duduk mengadap senarai kelompok 1 jam .. darab dengan 3, okeh ! 3 jam !! Jadi cikgu telah menggunakan masa 3 jam untuk sebuah kelas. 9-10 kelas .. 27-30 jam. Anggaplah seminggu. Itu untuk key in prestasi saja .. nak tanda semua .. berapa banyak masa nak guna? Jadi, sebab tu aku kata cikgu yang sekarang ni buat PBS dalam otak mereka cuma ada PBS, PBS dan PBS. Tido pun mimpi PBS. Parah !! Ada tak negara kat dunia ni buat kerja macam ni punya gile ??!! Jadi cadangan aku .. hapuskan tick tick bagai tuh .. gantikan dengan click click only .. then, laporan .. print out ! Kata nak moden. Apasal masih nak buat kerja kerja tradisional yang tak praktikal langsung tuh ? PPD or JPN nak simpan kat pejabat ke senarai senarai kelompok and individu bagai tuh? Tak kan ..? Dah ada yang online tuh cukupla ! erkk


Cadangan ketiga :
Masukkan evidence dalam fail. Okeh, yang ni memang tak dapat nak elak. Tapi, bagi yang tak larat .. tak mampu nak buat, mintalah tolong pada pelajar. Wahai pelajar sekalian, cikgu korang bukan makan gaji buta ya, tapi korang kena jugak memberi kerjasama untuk masa depan korang gak. Tapi, aku ada satu cadangan kalau korang cikgu cikgu ni nak kurangkan sikit kadar kepenatan dan kecederaan pada jari jari korang. Caranya adalah, letakkan plastik pocket yang kat clear holder tuh dalam fail budak. Jadi, korang tak payah gunakan tenaga yang banyak untuk buka dan tutup besi kat fail tuh. Tahu tak .. buka tutup besi tuh menggunakan banyak tenaga. Nak buat jugak kiraan matematik. Katakan anda perlu isi dua evidence untuk dua subjek. Jadi anda perlu buat 2 kali buka .. 2 kali tutup. 1 kali tutup menggunakan 0.5kJ tenaga kita .. darab 4 kali .. 2 kJ. Darab dengan 42 orang pelajar .. 84kJ .. darab dengan 9-10 kelas .. 756kJ - 840kJ. Tak masuk dengan tenaga yang anda akan guna untuk keluarkan fail dari rak, masuk semula .. berjalan .. bla bla. ( Wah, berkira !!! ) oiii .. zaman sekarang .. pe benda yang tak berkira ??!!! Jadi, gunakan cara paling bagus untuk minimumkan penggunaan tenaga dan masa kita. Masa tu ibarat apa ..?? Ya, emas tak pakai dah sekarang. Ibarat pedang okeh ! Silap guna masa, anda pancung kepala anda sendiri !!


Cadangan keempat !
Okeh, yang keempat .. sila jangan tukar cikgu bagi kelas yang dia dah pegang. Kau tukarlah jadual nak tunggang terbalik, tapi jangan tukar cikgu. Once ko tukar cikgu .. kau dah huru hara kan nasib pelajar tu dan hidup cikgu tuh ! Ingat, buat kerja jangan ikut suka. Fikir sikit hidup orang lain !!

Cukuplah 4 cadangan tuh.
Ada orang nak ikut ke ?? Nak ikut, ikut .. tak mau ikut sudah !
Apa yang aku marah sebenarnya ??!!! Ya, aku marah sebab .. aku masuk sekolah bulan 7 .. dapat jadual pertengahan bulan 8, start PBS bulan 9 .. bila sampai bulan November nih .. kena marah sebab budak cuma boleh capai band 2. !!

Nak marah aku buat apa ? Marahlah cikgu lama dia !
Masa aku masuk tanya pasal PBS ... respon semua tak tahu. Bila tanya JU .. awak buat je. Yang penting ada evidence dalam fail diorang.

Apa pasal tak bagitahu sepatutnya diorang dapat sekurang kurangnya band 3? Kalau dekat sekolah lama aku pernah pergi in house tak apa jugak. Masa dekat tasik utara 2, awal bulan 5 dah start. Apa nak complain start lambat .. baru start? Tak ada alasan untuk sebelum ni tak buat. Kalau aku yang pegang kelas tu sebulan boleh buat sampai band 2 hampir semua tajuk .. apa masalahnya dari bulan 5,6,7 .. ada tiga bulan, sepatutnya .. dah separuh selesai !. Salah aku lagi ..??

" saya akan salahkan diri sendiri bila budak dapat band rendah "

Aku tahu ada benarnya di situ. Tapi kena ingat .. aku ni cikgu baru .. yang masuk kat sekolah tuh bulan 7. Ada berapa banyak cuti lepas tuh ..??? kira, kira !! setiap kali masuk buat sampai 2-3 PBS. Itu pun tak boleh nak sempat capai ke band 3-4. Sebab ??? Aku tak nak menipu .. bagi aku, setiap evidence perlu mereka buat .. perlu aku tanda. Macam mana aku minta diorang buat tu bukan persoalan pada aku. Tapi, mereka memang buat !!

PPD akan datang pantau. Takut untuk dipersoalkan ? Tidak !
Jawapannya memang tidak, malah aku sedang menunggu. Banyak aku nak bagitahu. JU yang tak buat in house untuk guru baru .. guru awal tak buat fail pentaksir .. memang banyak aku nak cakap. Last sekali aku nak cakap, aku nak gile dah .. buat kerja yang sepatutnya buat dari bulan 5 .. tapi buat dalam masa tak sampai sebulan. Lagi nak marah aku ?! Aku ambil fail .. ada jugak yang kena ketuk !!

Penat dah hati aku bercakap. Nak pergi makan ! Makan !!!!!!
steresssssssss
wassalam !