Assalamualaikum ..
yuhuuu
sesi meluahkan perasaan
meluahkan rasa geram yang sangat geram
Title PBS !
Semua tahu dah kan apa benda binatang tuh. Pentaksiran Berasaskan Sekolah !
Sampai sekarang aku tak faham .. aku tak nampak mana kebaikannya pada guru dan pada student.
Aku tak tahu salah atau tidak aku mengeluarkan pendapat begini.
This is my personal opinion, okeh !
Semua orang berhak bersuara, betul tak ?
By da way, pelaksanaan PBS, kebanyakannya adalah menipu dari benarnya. Bagi senangkan kerja cikgu, ramai je cikgu yang buat PBS ... sama ada bagi jawapan pada pelajar atau minta pelajar buka buku tanpa cikgu mengajar. Ini realiti kot. Nak habiskan band dan instrumen yang banyak tu .. masanya adalah sempat tak sempat je. Jadi, di situ .. kita bukan membantu pelajar tapi makin merosakkan pelajar tu sendiri.
Mentaliti budak sekarang ni .. diorang hanya akan baca buku bila ada exam. Dan kepadatan membuat PBS membuatkan pelajar sangat stress dan bosan. Tak percaya? Pegi tanya budak. Dan cikgu .. yang dah dibebani dengan banyak kerja .. ditambah lagi dengan kerja keluar masuk fail 40 orang budak satu kelas. Bayangkan cikgu yang pegang sampai 9-10 kelas. Hang fikirlah !!
PBS .. kursus diberi pada Pen.Ketua Panitia atau wakil-wakil tertentu .. bila datang cikgu baru yang tak pernah tahu pape pasal PBS, diorang buat tak tahu. Tiba-tiba datang jumpa :
" awak kena hantar fail pentaksir untuk pemantauan "
Boleh tak aku kata .. bangang gile !
Sory la bahasa aku memang tersangat cantik ! Cantiklah kan?
Pendidikan di Malaysia .. masih 2nd from bottom .. that's reality ! ( apa yang pengetua bagitahu time LDP hari tu okeh )
Malaysia keluarkan perbelanjaan yang cukup besar untuk pendidikan. Tapi kenapa masih 2nd from bottom ? Never change !
Jawapan yang paling mudah dari aku adalah .. sistem pendidikan di Malaysia .. sentiasa brubah-ubah .. bukan dibaiki segala kelemahan. Itulah masalahnya !
Pemberian subjek kepada guru tak mengikut opsyen juga salah satu daripada puncanya. Bagaimana kau nak hasilkan pelajar yang berkualiti kalau cikgu tak berkualiti ..?
Kalau cikgu kena mengajar apa saja subjek tanpa mengikut opsyen, kenapa di adakan opsyen tu? Suruh saja cikgu belajar semua subjek yang ada di sekolah.
" cikgu, mohon maaf pada cikgu kerana saya tak ada bakat melukis. saya juga tak baca untuk PJPK sebab pada saya subjek tu tak penting. Jadi, saya perlu guna masa untuk subjek lain ..."
Apa pendapat korang kalau dapat tulisan begitu masa menanda kertas?
Jawab ... kenapa diam ?! hahahaha
Aku tak tahu lah nak berkecil hati ke .. nak marah ke ...atau buat tak kisah ..?
Nak marah tak boleh .. sebab itu pun aku realitinya dulu. Aku tanyalah korang .. korang pernah ke buang masa baca nota pjpk time nak exam ..? Tipu laaaaaa klau baca. Aku jangan kata baca, buka pun tak pernah, tahu ?? !!
Dengan keadaan yang begitu .. mungkin PBS agak berkesan untuk minta pelajar buka buku. Tapi .. cuuuuuuuba fikir semula. Kita nak hasilkan pelajar yang fokus. Mereka ada kemahiran yang tinggi dalam minat mereka. So, nak buat apa kita nak bagi stress kat budak-budak belajar, exam and buat PBS untuk subjek begitu ..?
Kalau terlalu banyak subjek yang perlu mereka buat PBS, perlu mereka buat folio dan exam .. mampukah sistem pendidikan menghasilkan pelajar atau individu yang berkualiti mengikut bidang kepakaran mereka ..???? sila jawab !
PBS lagi ! Waktu pelaksanaan PBS .. kita ada ramai cikgu. Dengan ramainya cikgu .. maknanya ramailah keletah dan banyak juga kerenah. Betul?? Kau tak boleh expect semua cikgu rajin belaka .. semua cikgu kaki auta .. semua cikgu jujur belaka .. semua cikgu bla bla bla ..
Sistem PBS ni .. banyak mengajar cikgu menipu. Kalau cikgu tuh jujur macam kawan aku .. alamatnya, memmang tak tido malam. Hidup matinya adalah PBS. Siang malamnya adalah PBS. Jadi, bagi cikgu-cikgu yang jujur .. macam aku dan kawan aku .. sila tak payah pk pasal nak kahwin .. nak beranak pinak. Sila faham, bahawa anda tiada masa untuk semua tu. Apa lagi kalau cikgu-cikgu yang baik baik ni .. diberi kelas 9-10 kelas. Bagi tahu aku, mana masanya untuk diri sendiri melainkan menghadap kertas .. kertas .. dan komputer. ( nak online .. jammed. kena buat 2-3 pagi .. mereka yang dah kahwin, ada anak ramai .. larat ke nak bangun 2-3 pagi semata-mata nak key in prestasi dan print out slip? )
Lain plak dengan cikgu yang jenis buat kerja nak tak nak .. ko bagilah kerja macam mana banyak pun, kalau itu dia .. begitulah dia. Tak percaya gak ..??? Tak percaya sudah! Meh duduk kat sekolah setahun. erkkk !! Macam mana nasib pelajar ??? Bagitahu aku. Tahu tak .. pelaksanaan PBS tuh tak banyak sikit .. adalah seolah-olah kita mempertaruhkan masa depan pelajar di tangan cikgu. Cikgu komited .. cikgu rajin .. cikgu yang memang tak de kerja lain kecuali pelajar pelajar dan pelajar .. insyaAllah .. nasib pelajar baik di situ. Tapi bagi cikgu yang tak berapa kisah macam aku ni .. cikgu yang berfikir .. aku perlu juga masa untuk diri aku .. buat mana sempat .. apa pula nasib pelajar ..??? Pencapaian band pelajar bergantung pada cikgu. Kalau cikgu lupa nak masuk band kat sppbs .. tak de internet .. capaian ke web site lambat dan buat org bosan nak tunggu .. tangguh tangguh dan tangguh .. then, tak masuk terus. Apa jadi dengan budak tu ..??? Bagitahu aku apa jadi ?
Orang boleh kata, cikgu tak seharusnya begitu. Tak boleh begitu .. dan jangan begitu.
Tapi ada berapa ramai cikgu kat Malaysia ni. Mampukah kita memastikan tak ada seorang pun yang begitu ..? Bagitahu aku kalau anda mampu. Logik akal manusia normal, adalah tidak.
Aku complain .. complain dan complain.
Complain tanpa cadangan penambahbaikan adalah manusia yang hanya pandai complain dan salahkan orang. Bagi para cikgu yang terlibat dengan PBS .. mungkin parents yang baca this entry .. aku tak pasti kalau cadangan aku ni bagus atau pun tidak. Tapi .. ini adalah my personal opinion semata-mata.
Cadangan pertama :
Sebuah sistem yang telah dilaksanakan tidak boleh di musnahkan macam tu saja. Maknanya, tiba-tiba nak batalkan PBS. Tidak ! Itu mustahil. Tapi .. bagi aku .. TOLONG JANGAN HAPUSKAN PMR untuk mereka. Kenapa? PMR itu adalah motivasi untuk mereka fokus pada pelajaran mereka. So, wat about PBS ? Macam yang aku kata tadi, PBS mustahil untuk dihapuskan. Jadi, ambillah penilaian PBS tu sebagai 10% atau 20% untuk menentukan result PMR. Maknanya, PBS itu dapat membantu mereka dalam PMR mereka nanti. Makna yang lebih tepat lagi, sistem pembelajaran adalah seperti di universiti. Berapa % assigment dan berapa % exam. Macam tuh ! Contohnya subjek Sains .. lagi 10 markah nak dapat A. Tengok PBS pula .. kalau mencapai band yang melayakkan mereka dapat A, then .. A lah. Begitu !!
Cadangan kedua :
Ini bagi guru yang menjalankan PBS. Beberapa kawan aku sudah di hantar ke kursus sebagai JU. Tah apa JU tu pun aku tak tahu. Jadi, cadangan aku .. evidence untuk setiap topik tu jangan pecah kan band. Maknanya, bila nak bagi evidence untuk suatu topik .. bagi dari band 1 sampai band paling tinggi. Sebab bila pecahkan, pasti dan mesti akan ada yang tertinggal salah satu band or topik. ( pengurusan perlu baik dan cekap begitu ) Lagi bagus, evidence tuh buat terus macam soalan kuiz. Stapler terus ! Sekolah lain aku tak pasti buat macam mana. Tapi, bagi sekolah aku .. subjek aku .. memang haru biru !
Cadangan kedua :
Kalau memang nak gunakan teknologi .. sila gunakan semaksimum mungkin. Jangan buat kerja sampai 15-16 kali. Tu namanya kerja gile, buang masa .. tak praktikal .. langsung tak rasional. Macam mana nak sampai ke tahap yang lebih tinggi ? Bila pelaksanaan sppbs itu saja akan dinilai .. maknanya itu sajalah yang digunakan. Nak buat apa senarai kelompok, prestasi individu pelajar tu semua ? Nak tick sampai 42 orang pelajar satu kelas .. buat sampai 3 kali. Sila kira, kalau cikgu ada 9-10 kelas. Darab dengan 42 orang .. darab dengan 3 kali. Sila, sila ! 1260 kali click & tick !!! Kalau satu kelas memerlukan cikgu duduk mengadap senarai kelompok 1 jam .. darab dengan 3, okeh ! 3 jam !! Jadi cikgu telah menggunakan masa 3 jam untuk sebuah kelas. 9-10 kelas .. 27-30 jam. Anggaplah seminggu. Itu untuk key in prestasi saja .. nak tanda semua .. berapa banyak masa nak guna? Jadi, sebab tu aku kata cikgu yang sekarang ni buat PBS dalam otak mereka cuma ada PBS, PBS dan PBS. Tido pun mimpi PBS. Parah !! Ada tak negara kat dunia ni buat kerja macam ni punya gile ??!! Jadi cadangan aku .. hapuskan tick tick bagai tuh .. gantikan dengan click click only .. then, laporan .. print out ! Kata nak moden. Apasal masih nak buat kerja kerja tradisional yang tak praktikal langsung tuh ? PPD or JPN nak simpan kat pejabat ke senarai senarai kelompok and individu bagai tuh? Tak kan ..? Dah ada yang online tuh cukupla ! erkk
Cadangan ketiga :
Masukkan evidence dalam fail. Okeh, yang ni memang tak dapat nak elak. Tapi, bagi yang tak larat .. tak mampu nak buat, mintalah tolong pada pelajar. Wahai pelajar sekalian, cikgu korang bukan makan gaji buta ya, tapi korang kena jugak memberi kerjasama untuk masa depan korang gak. Tapi, aku ada satu cadangan kalau korang cikgu cikgu ni nak kurangkan sikit kadar kepenatan dan kecederaan pada jari jari korang. Caranya adalah, letakkan plastik pocket yang kat clear holder tuh dalam fail budak. Jadi, korang tak payah gunakan tenaga yang banyak untuk buka dan tutup besi kat fail tuh. Tahu tak .. buka tutup besi tuh menggunakan banyak tenaga. Nak buat jugak kiraan matematik. Katakan anda perlu isi dua evidence untuk dua subjek. Jadi anda perlu buat 2 kali buka .. 2 kali tutup. 1 kali tutup menggunakan 0.5kJ tenaga kita .. darab 4 kali .. 2 kJ. Darab dengan 42 orang pelajar .. 84kJ .. darab dengan 9-10 kelas .. 756kJ - 840kJ. Tak masuk dengan tenaga yang anda akan guna untuk keluarkan fail dari rak, masuk semula .. berjalan .. bla bla. ( Wah, berkira !!! ) oiii .. zaman sekarang .. pe benda yang tak berkira ??!!! Jadi, gunakan cara paling bagus untuk minimumkan penggunaan tenaga dan masa kita. Masa tu ibarat apa ..?? Ya, emas tak pakai dah sekarang. Ibarat pedang okeh ! Silap guna masa, anda pancung kepala anda sendiri !!
Cadangan keempat !
Okeh, yang keempat .. sila jangan tukar cikgu bagi kelas yang dia dah pegang. Kau tukarlah jadual nak tunggang terbalik, tapi jangan tukar cikgu. Once ko tukar cikgu .. kau dah huru hara kan nasib pelajar tu dan hidup cikgu tuh ! Ingat, buat kerja jangan ikut suka. Fikir sikit hidup orang lain !!
Cukuplah 4 cadangan tuh.
Ada orang nak ikut ke ?? Nak ikut, ikut .. tak mau ikut sudah !
Apa yang aku marah sebenarnya ??!!! Ya, aku marah sebab .. aku masuk sekolah bulan 7 .. dapat jadual pertengahan bulan 8, start PBS bulan 9 .. bila sampai bulan November nih .. kena marah sebab budak cuma boleh capai band 2. !!
Nak marah aku buat apa ? Marahlah cikgu lama dia !
Masa aku masuk tanya pasal PBS ... respon semua tak tahu. Bila tanya JU .. awak buat je. Yang penting ada evidence dalam fail diorang.
Apa pasal tak bagitahu sepatutnya diorang dapat sekurang kurangnya band 3? Kalau dekat sekolah lama aku pernah pergi in house tak apa jugak. Masa dekat tasik utara 2, awal bulan 5 dah start. Apa nak complain start lambat .. baru start? Tak ada alasan untuk sebelum ni tak buat. Kalau aku yang pegang kelas tu sebulan boleh buat sampai band 2 hampir semua tajuk .. apa masalahnya dari bulan 5,6,7 .. ada tiga bulan, sepatutnya .. dah separuh selesai !. Salah aku lagi ..??
" saya akan salahkan diri sendiri bila budak dapat band rendah "
Aku tahu ada benarnya di situ. Tapi kena ingat .. aku ni cikgu baru .. yang masuk kat sekolah tuh bulan 7. Ada berapa banyak cuti lepas tuh ..??? kira, kira !! setiap kali masuk buat sampai 2-3 PBS. Itu pun tak boleh nak sempat capai ke band 3-4. Sebab ??? Aku tak nak menipu .. bagi aku, setiap evidence perlu mereka buat .. perlu aku tanda. Macam mana aku minta diorang buat tu bukan persoalan pada aku. Tapi, mereka memang buat !!
PPD akan datang pantau. Takut untuk dipersoalkan ? Tidak !
Jawapannya memang tidak, malah aku sedang menunggu. Banyak aku nak bagitahu. JU yang tak buat in house untuk guru baru .. guru awal tak buat fail pentaksir .. memang banyak aku nak cakap. Last sekali aku nak cakap, aku nak gile dah .. buat kerja yang sepatutnya buat dari bulan 5 .. tapi buat dalam masa tak sampai sebulan. Lagi nak marah aku ?! Aku ambil fail .. ada jugak yang kena ketuk !!
Penat dah hati aku bercakap. Nak pergi makan ! Makan !!!!!!
steresssssssss
wassalam !
Setuju sgt dgn post psl PBS ni.
ReplyDeleteBoleh share sekolah awak buat fail guru pentaksir mcm mane? maksudnye apa kandungannye..masih blurr walaupun dh nk habis tahun.tq
Nampaknya OTAK guru ni banyak DIBEBANKAN dengan ribuan dokumentasi daripada tugas mengajar... Akhirnya, biarlah dokumentasi yang cantik daripada tugas mengajar yang berkualiti dan ikhlas...
ReplyDeleteSaya setuju dengan komen-komen yang diberikan, pada pandangan saya sebagai guru, kita seperti ke arah mencipta KECEMERLANGAN PALSU..
ReplyDelete