Tuesday, December 1, 2009

budak sains bercinta..just for fun

aku dapt ni dari forum dr.Hm.Tuah Iskandar. That's nice. sebab tu aku letk dlm blog ni. aku copy dari saudari aira.

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!


Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.




Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.


Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.


Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.


Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



p/s: hbs kalo bdk aliran teknikal mcmane ye? Grin Grin

kan kwn2 ku ramai aliran teknikal...i aliran sains dulu. skrg ni half-teknikal. yg fully teknikal , sure leh buat ayt power kan...haha..

Saturday, November 21, 2009

Ketika Cinta Bertasbih Episod 2

Yeah!!! akhirnya habis dah aku baca. Dekat movie , Ketika Cinta Bertasbih rasanya cuma sampai episod 1 je. Dan episod 2 ... cerita yang sangat penuh dengan kebetulan ... dan amat mengajar pembaca bahawa perancangan Allah itu terlalu rapi. Sehingga apa di genggaman manusia jua boleh terlepas lantas dengan penuh penyesalan kehilangan permata yang amat berharga.

Apa yang menariknya lagi , kehidupan manusia itu bukan bergantung pada kelulusan akedemik yang diperoleh. Kejayaan seseorang dalam kehidupannya adalah sejauh mana dia mengenal kekuatan dan kelemahan dirinya lantas tidak pernah mahu berkenalan dengan erti kata putus asa. Namun , dalam mengejar kejayaan kehidupan duniawi....bagaimana pula pertimbangan untuk akhirat...?? Bagaimana pula tanggungjawab bersama masyarakat..??? Bagaimana pula tanggungjawab sebagai khalifah Allah untuk memastikan agar Islam tersebar diseantero dunia...ke seluruh pelusuk alam ....??? Pernahkah kita berfikir ?

Tugas menyebarkan Islam bukan hanya kepada mereka yang mengaji pengajian Islam saja. Bukan mereka yang balik dengan kelulusan Al-Azhar...bukan saja mereka. Tapi merupakan amanah Allah kepada kita yang bergelar Muslim. Jangan pernah lupa bahawa semua itu akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak. Lalu...jika tidak ada saham kita dalam urusan dakwah itu , apakah jawapan kita di akhirat kelak ???

Sesuatu kisah sama ada novel atau movie itu di publishkan mengandungi pengajaran - pengajaran tersendiri bergantung kepada yang menilainya. Adakah kita menonton movie sekadar saja-saja? Atau pun...memikirkan hikmah di sebalik kisah ? Jika jawapannya saja - saja...maka rugilah setiap manusia yang berfikiran begitu. Maka , akan sia - sialah kisah hidup mereka di atas muka bumi ini.

Apa yang ingin aku pesan buat diri aku sendiri dan pembaca ..... selama hidup kita , kita terlalu dibelenggu dengan lautan dan gunungan dosa. Mungkin berhenti mungkin juga masih tidak henti. Tetapi , adakah itu sebagai batu penghalang untuk kita menunaikan tanggungjawab terhadap Allah ??? Pikullah tanggungjawab itu sebaiknya....dan baiki diri kita. Sebaik saja kita bersedia untuk menjadi Muslim...mengangkat Islam sebagai agama anutan kita....maka kita tidak boleh tidak perlu sudah bersedia memikul tanggungjawab dan amanah itu.

Sama juga jika kita katakan kita sudah bersedia untuk bernikah...maka pasangan perlu sudah bersedia dengan semua tanggungjawab dan amanah di bahu mereka. Maka , sama - samalah kita berfikir dan muhasabah diri kita untuk kehidupan dunia dan akhirat yang abadi..;)

Wassalam.

Khasiat Basmalah

' Bismillaahir rahmaanir rahiim'

maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Sesungguhnya kita sering mengungkapkan ucapan basmalah tetapi kita buta tentang apakah di sebalik ungkapan tersebut. Sesungguhnya terdapat pelbagai rahsia di sebalik ungkapan tersebut. Antara rahsianya adalah :

  1. Memberi kewibawaan yang besar
  2. Menghindarkan diri dari suatu yang dibenci
  3. Mendatangkan pelbagai hajat
  4. Untuk melariskan dagangan
  5. Aman dari gangguan syaitan
  6. Menundukkan orang yang zalim
  7. Membangkitkan rasa mahabbah ( rasa cinta )
  8. Mencerdaskan akal
  9. Menambahkan kewibawaan di hadapan musuh
  10. Untuk penyembuhan segala penyakit
  11. Untuk menyuburkan tanah
  12. Untuk mendatangkan ikan
  13. Untuk menghadap orang yang zalim
  14. Untuk keselamatan di dalam perang

Demikian kelebihan yang tersirat di sebalik ungkapan basmalah itu , namun harus di ingat kelebihan - kelebihan atau khasiat - khasiat itu janganlah semata - mata dijadikan sandaran tanpa adanya ikhtiar. Sesungguhnya ikhtiar lahir dan batin adalah sesuatu yang perlu berjalan seiring. Insya-Allah , Allah akan mengkabulkan apa yang dihajati. Sesungguhnya hanya kepada Allah jua kita bertawakal.

Friday, November 20, 2009

kentut dan anda ;)

Siapa anda berdasarkan kentut..hmm..;) hahaha...xleh bla.sure sengal.


ORANG TIDAK JUJUR

orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

ORANG BANGANG
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

ORANG BERWAWASAN LUAS
orang yang tahu bila harus kentut.

ORANG SENGSARA
orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

ORANG MISTERIOUS
orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

ORANG GUGUP
orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

ORANG SADIS
orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

ORANG PEMALU
orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

ORANG YANG STRATEGIK
orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

ORANG BODOH
orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

ORANG PELIK
orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

ORANG SOMBONG
orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

ORANG RAMAH
orang yang senang mencium kentut orang lain.

ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
orang yang kalau kentut sembunyi.

ORANG AKUATIK
orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk".

ORANG ATLETIK
orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

ORANG JUJUR
orang yang mengaku habis kentut.

ORANG PINTAR
orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

ORANG MALANG
orang yang nak kentut tapi terkeluar tahi...

Thursday, November 19, 2009

~ ketika cinta bertasbih ~

Pukul 2.00 pagi – akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 1. Entah macam mana aku berjaya menghabiskan novel itu dengan menitip satu persatu bahasanya. Sungguh mempesonakan. Aku bukan pencinta novel. Apa lagi novel dari Malaysia. Pada aku , jalan kisahnya terlalu ringkas dan hanya penuh dengan pergolakan emosi cinta manusia yang terlalu biasa. Begitu aku melihat , pandang sasar kebanyakan orang Malaysia dalam melontarkan idea dan kretiviti kurang memberi kesan.

Sebelum ini aku tidak mengikuti novel Ayat – Ayat Cinta sekadar menonton filemnya. Jadi aku kurang terkesan dengan kisah di dalam Ayat – Ayat Cinta. Bagi aku kisahnya biasa saja. Tetapi mengikuti novel Ketika Cinta Bertasbih aku amat terkesan yang amat mendalam apabila dalam kisah itu kita dibuai dengan puitisnya bahasa. Kisah cinta yang dipaparkan penuh dengan emosi bersandar cinta kepada Allah dengan rasa penuh keimanan. Betapa dalam novel ini menggambarkan betapa pesonanya cinta manusia dan hanya dengan Cinta yang luar biasa kepada Allah saja mampu mengatasinya.

Aku cuba membawa kisah itu di alam realiti. Masih wujudkah pesona cinta yang begitu ? Alangkah bahagianya jika mampu mengecapi cinta yang begitu indah bersama redha Allah. Bahagianya dapat mencintai seorang yang begitu mencintai Allah. Pasti bahagia itu juga dari Allah. Dan mampukah menolak cinta yang begitu kuat di hadapan mata sedang hati menanggung derita yang amat parah ???? Spontan aku menjawab tidak. Kerana aku sudah melaluinya. Jelas , iman aku tidak cukp kuat seperti watak Fadhil. Menatap orang yang dicintai jatuh ke tangan orang lain sedang orang yang dicintai itu juga turut mencintai.

Lemahnya manusia dalam mengemudi hati adalah apabila berhadapan dengan seorang yang amat dicintai. Di waktu itulah perang batin akan menyerang. Sama ada menghalalkan yang haram atau tetap mengharamkan yang haram. Aku sedar semua itu memakan diri aku sendiri. Kata – kata ini adalah peringatan buat aku dan yang membaca. Tidak ada manusia jua yang mampu terlepas dari lautan dosa. Namun , air mata keinsafan dan penyesalan itu sebenarnya cukup berharga. Sama – samalah kita muhasabah kembali jiwa dan iman kita kita. Adakah cukup kuat menepis segala noda dunia ? Cukup lemah...terlalu lemah. Termasuklah diriku.. Aku tidak punya jawapan untuk soalan aku pun.

Tuesday, November 17, 2009

~ rahsia september ~


Hari ni , tak nafikan ramai orang especially remaja suka sangat dengan ramalan tarikh lahir. Di mana kebenaran daripada ramalan – ramalan tersebut...Wallahualam. Apa yang pasti tak salah menilai ramalan tersebut sebab ramalan – ramalan yang diberi bukan meramal nasib akan datang seperti sesetengah ramalan yang ada. Ada baik pada ramalan – ramalan tersebut kerana ia secara tidak langsung meninggikan motivasi diri individu dan meningkatkan semangat ingin berubah jika terdapat kelemahan – kelemahan yang mampu diubah.

Aku antara peminat ramalan tarikh lahir. Tahu kenapa ?...haha...sebab dari dulu , aku menggunakan sikap – sikap dalam ramalan itu untuk aku berubah. Dan tak nafikan , kebanyakan ramalan – ramalan tersebut benar. Berikut merupakan ramalan tarikh lahir bulan september yang aku peroleh dari 25 tahun kajian Dato’ Dr. Fadilah Kamsah.


September

sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukansangat sempurna
sangat sensitif ygtidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


Sekian saja...;)

Tuesday, November 10, 2009

she's always my fren

Istilah kawan adalah istilah paling bermakna buat aku satu ketika dulu. Aku menghargainya sebagaimana aku menghargai diri aku sendiri. Aku menjaganya , seperti menatang minyak yang penuh. Tidak siapa jua yang dapat melunturkan istilah itu dari segenap hati aku. Walaupun kerap kali di luka , tp pada aku itu hanya kesilapan manusia. Aku mula begitu menghargai sebuah persahabatan sewaktu tingkatan 3. Di situlah bermula detik di mana aku mula berubah menjadi ’manusia’. Perlu dijadikan satu iktibar buat diri aku sendiri bahawa mengenali dia aku mula cukup solat 5 waktu. Baru gelodak perasaan memberontak sebagai seorang perempuan mula berkurang. Mengenali dia , aku membina satu impian yang sangat besar bahawa aku akan menjadi sahabat dia dalam apa jua keadaan. Pada aku , bersama dia adalah kehidupan aku. Aku menolak tepi keluarga hanya kerana dia. Aku membuang kawan – kawan yang lain juga kerana dia. Dan aku bermusuh dengan ramai org juga kerana dia. Tapi...siapa sangka , panas tidak hingga ke petang. Aku tidak tahu di mana salahnya aku , dia tiba – tiba mula menjauhi aku.


Dalam situasi begitu hampir dengan PMR , aku melalui saat begitu sukar. Terlalu amat sukar bagi aku menghadapi kehilangannya. Aku tidak punya sesiapa jua waktu itu. Dan waktu itu lah , aku kenal Allah. Dan waktu itu jugalah.....aku baru tersedar aku punya family. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana situasi aku waktu itu. Menghadapi satu kehilangan...berhadapan dengan peperiksaan. Ia terlalu sakit buat aku. Tp...dalam keadaan aku mencari Allah dalam jiwa aku , aku sedar....dan aku yakin. Aku tidk melakukan kesalahn pada dia ...kerana aku begitu yakin aku terlalu ikhlas menyayanginya. Aku yakin...Allah bersama aku untuk melalui saat yang begitu sukar. Alhamdulillah...satu kenyataan yang tidk terjangka. Aku memperoleh keputusn 8A dan layak untuk ke MRSM Beseri , Perlis.


Namun , mungkin sudah takdir aku kekal di sekolah lama aku tidk di benarkan ke MRSM kerana terlalu jauh. Frust memg frust. MRSM adalah sasarn aku seleps keputusn teruk dlm UPSR. Tapi , aku bertekad....aku akan bina NAZURA yang baru di sekolah lama. Alhamdulillah satu – satu peluang untuk aku membina diri aku datang tidak putus. Dan , apa yang aku lebih bersyukur....aku telah kehilangan seorang yang aku gelar sahabat , namun aku telah dianugerahkan 4 orang sahabat yang baru. That’s so nice , right. Namun , hidup bukn sesuatu yg mudah. Konflik baru mula berlaku bersama sahabat lm aku tu , bila dia mengatakan…’ Nazura bukan kawan yang baik. Baik mana pun kau pada dia , dia takkan anggap kau kawan baik ’ aku masih ingat ayat tu dia bagi pada seorang teman ku , Nur Atikah bt. Razali. Tidak sepatah pun aku lupa kata – kata dia. Tapi , alhamdulillah...teman ku itu masih tetap bersama aku hingga ke hari ini. Disebabkan terlalu marh pada dia , aku mnyerahkan surat ’lepas geram’ padanya dan menyebabkan hampir setahun aku dan ’geng’ aku dipulaukn oleh student perempuan apabila surat yang aku serahkan di sebarkan. Aku juga menerima ugutan untuk sound aku secara derect oleh seorg pelajar permpuan. Tapi , tak sangka rupanya aku ditkuti. Apabila aku berdepan dengan mereka , tidk satu pun ayt sound yang keluar. Sungguh tak gentle , kan. Namun , apa yang memulihkan hubungn aku dan kawan lama aku itu adalah apabila aku menjadi org pertama mengucapkan takziah pada dia sewaktu peninggalan ibu kesayangannya. Kenapa itu terjadi ? Jawapannya....sbb aku masih terlalu syg pada dia. Kekeruhan hubungn bukn penyebab sayg aku pada dia luntur.


Dan hingga hari ini , hubungn kami jernih kembali. Walaupun tidak sejernih dahulu , tapi masih mesra seperti dahulu. Dan entah bagaimana , setahun yang lepas ... tiba – tiba dia ingin sgt bertemu dgn aku. Rupanya , dia rs terlalu bert menanggung masalahnya. Masalah keluarga dan juga kesihatannya. Entah kenapa tiba – tiba dia mengatakan dia tidk punya sesiapa untuk bercerita..waktu itu aku hanya mampu tersenyum. Bukn senyumn sinis. Tapi syukur...aku pernh berjnji pada diri aku , aku tetp sahabat dia tidk kira apa jua yang berlaku. Aku tetp sahabat dia dunia dan akhirat.


Dari itu , aku yakin. Keikhlasan aku menyayanginya ....akhirnya membawa dia kembali bersama aku. Walaupun dia pernh kata aku bukn kawn yang baik , tapi aku yakin....aku sudh cuba yang terbaik utk dia. Hingga hari ini aku tidk pernh tahu apa alasnnya menjauhkan diri dari aku dulu. Dia hanya pernh mengatakan aku seorg batu api...dan tidk dpt menjadi kawn yang baik waktu dia dlm sedih dan sudh. Aku terima alasn itu , untuk merelakan dia pergi dari hidup aku dulu. Bila aku renungi kembali....perpisahan dgnnya membawa terlalu banyak makna dlm setiap nafas hidup aku. Perpisahan itu membawa aku kepada Allah dan keluarga. Walaupun sakit di telan...tapi ia memberi pulangan yang terllau amat lumayan. Hingga ke hari ini....syg aku pd dia masih segr. Tidk pernh sesekali pudr.

( dedicate for Nor Atikah bt. Kosnon – UKM )


( dari belakang kiri : mohd firdaus , ahmad hisyamudin )

( dari hadapan kiri : nor atikah , aku , ruzila )

kenangan Sambutan Hari Guru 2005 , SMK Tun Ismail

Sunday, November 8, 2009

so...sweet!!! :)

hari ni..aku study kat library. sebenarnya , aku tak pndai pun nk study kat library. sbb mata aku tak leh berhenti pandang org. Dah memg kesukaan aku perhatikan gelagat setiap org. bukan untuk mengkritik , atau membuat kesimpulan rambang terhadap tindak tanduk mereka...tapi hanya sekadar satu minat yg boleh diambil baiknya kadang - kadang.

hm..apa yg menariknya untuk aku story di sini...bukn sbb aku study di library tp ada sesuatu yang sgt menarik pada aku. Kebetulan aku duduk berhadapan meja seorg lelaki yang pada aku memg besar. Aku ada seorang kawn yg agak besar , tapi dia ni lagi besar dari kawan aku. Can u imagine that..? kurang lebih mcm kuman la cm tu. Tak lama pastu ada seorg kakak senior aku dtg pd dia , dn duduk sebelh.

Mulanya , aku tak nampk ada pape yang menarik pun. Mungkin kwn kakak tu. Tapi , makin lm aku tgk gelagat diorg....sah , diorg memg pasangn yg sedang bercinta. Dan aku kira , mereka adalah pasangan yg sangat sweet. Seorng besar..dan kakak tu plak...kecik sgt. Kurang lebih pun mcm aku la.hehe..Aku kata diorg sweet sgt..sbb aku nmpak..diorg sgt ikhlas antara satu sama lain. Aku kenali kakak tu , dia seorg yg sgt serius. Jarang - jarang dapt tgk dia senyum di luar. Tapi hari ni aku tgk dia sgt mnja..sgt manis dgn lelaki tu. See..how love make people change.he..

Jika di pandang sekali imbas , akan ada macm2 bunyi bahawa xsesuai or whatever. Dan ramai juga lelaki atau perempuan di luar sana yang mempunyai saiz badn yang besar mempunyai perasaan rendah diri bahawa mereka di layak untuk dicintai. Mana mungkin begitu. Allah menciptakan manusia di atas muka bumi ini berpasang - pasangan. Contohnya , seperti pasangan itu tadi. Aku boleh nampk , bagaimana dia begitu gmbira di sisi lelaki itu , tidk juga malu menunjukkan mereka sepasang kekasih. Apalagi pasangan muda sekarang lebih mementingkan rupa paras dan juga harta.

Kita selalu silap menilai cinta. Cinta itu anugerah Allah yang sangat berharga buat sekelian manusia. Hanya manusia saja yang selalu salah menggunakan cinta. Perasaan cinta bukn sj untuk pasangn berlainan jantina..tp juga utk sahabt2 kita. Rupa pars dan harta bukan ukuran nilai cinta seseorg. Jika kita ikhlas mencintai , insya Allah kita akan ikhlas dicintai. Sedarlah , perasaan hati punya aura dan gelombg yg tersendiri. Jangan terlalu memandang lahiriah sebg kayu pengukur , nilaila hati budi dn agamanya...nescaya kita akan bahagia..


( cinta itu lahir dari hati , mekar dgn sayang dan abadi bersama redha Allah )

~kerana masih sayang~

Tanggal 1 november yang lepas...aku benr telah melepaskan seseorg yg aku syg. Dan 3 november yg leps juga...aku telah mengambil keputusan untuk bersama dia semula. Benar , aku tidak kuat untuk kehilangannya. Syg...memg syg... 2 tahun aku mengenali dia , banyk sudh aku belajar dr dia. Walaupun bukn secara langsung , tp byk juga dia telah memberi perubahan besar dlm hidup aku. Dan mengenalinya 2 tahun lebih , banyak kenangn kami bersama. Banyk impian yg kami bina bersama. Mampu ke aku lenyapkan semua itu dlm sekelip mata ???? Jawapan aku adalah tidk. Apalagi dia masih memasg niat untuk terus bersama aku.

Tapi , perjalanan hidup ni aku rasakan semakin sukar. Bagaimana sayg pun aku dengannya , mampu ke aku terus hidup bersama dia jika mentaliti kami tidk serasi. Ya , aku pernh bertemu dgn seseorg yg sgt tepat dgn jiwa aku. Tempoh kami putus , telah aku gunakan untuk menilai hati aku pada org itu. Malangnya , semua tu sudh hilang. Aku tidk mahu yg lain...kecuali dia. Dan kerana itu juga aku kembali kepada dia. Terlalu sukr untuk lalui smua itu. Biarpun aku sedr ... keadaan mungkin akan sm seperti asal , tp aku tetp berdoa agar Allah bukakan pintu jalan buat kami berada pada jalan yg sama. Selagi jalan laluan kami berbeza , mustahil untuk kami membina impian yg lebih besar.

Aku tidk prnh menghrpkan seorg lelaki yang kacak , kaya...perfect segalanya..apa yg aku hrp adalah..seorg lelaki yg dpt bersama aku dlm jln mnuju Allah. Antara Allah dn manusia , manakah pilihn ku ??? Sudh tentu , Allah. Tp... hati aku tidk mahu kehilangan kedua – duanya. Aku amat merindui kasih syg Allah. Aku pernh merasainya dulu...tp..boleh ke aku rasainya kembali. Ya...tepuk dada tanya iman.

`Ya Allah...agar dibukakan jalan buat kami menuju – Mu. Merasakan nikmatnya cinta – Mu. Mengecapi bahagianya redha Mu..kami insan yang terlalu hina di sisi Mu Ya Allah...terlalu banyak kami membelakangi Mu...justeru ampuni kami Ya Allah. Agar ikatan ini di akhiri dengan ikatan yang halal...agar bisa kami mengabadikan cinta kasih ini bersama cinta kasih Mu yang hakiki , Ya Allah...Amiin..’



Wednesday, November 4, 2009

~ facebook oh facebook ~

Baru – baru ni aku baru je men’delete’ aku punya akaun facebook. Sebelum ni aku ada juga dgr facebook adalah satu agenda yahudi untuk menjatuhkan umat Islam. Tapi , sbb mcm best aku buat tak tau je la. Kalau nak ikutkan , bape byk bnda dalm dunia yg yahudi dah gunakan untuk menjatuhkan moral dan mentaliti umat Islam. Tetapi....baru – baru ni jugak seorg kawn ku yang bernama Ahmad Hisyamudin bin Salleh , telah berkata keuntungan yang diperoleh pihak yahudi dari facebook telah dijadikan dana yang besar untuk menyerang umat Islam di Gaza , Palestin. Ehem...masa tu hati aku da mula rasa tak best. Ye la..nak buang , sayang tu. Kawn2 aku sume dah ada kat sana...tak nak buang...aku akn rs bersalah sepanjng masa. Dgn itu , aku pun mencari seberapa banyak maklumat berkaitn facebook dan israel. Justeru , ini hasil dapatan kajian aku...:

Fakta di bawah aku peroleh dari sebuah laman blog yang bernama Mozek Remaja OK dan sedikit kajian dari laman web yang lain :


Tentang Zuckerberg :




Mark Elliot Zuckerberg
Born : May 14, 1984 (age 25)
White Plains, New York, USA
Occupation : Co-founder, CEO & President of Facebook
Net worth : $2 billion [1]
Religious beliefs : Atheist[2]

Zuckerberg ialah keturunan yahudi,genius komputer yang berjaya mencipta pelbagai perisisan komputer, pelajar universiti harvard dan antara jutawan termuda.Sepanjang di universiti harvard, Zuckerberg sangat aktif menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat dan Kanada. Kaitannya dengan Israel ialah apabila ia dikatakan satu satunya pertubuhan persaudaraan di israel.Asas pertubuhannya ialah membina semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa mereka di masa akan datang yang benar-benar memahami idea,nilai dan etika yahudi.

Kebanyakan ahli facebook yang beragama ISLAM dan bersemangat memperjuangkan islam menggunakan facebook seperti Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad telah diband dan akaun mereka ditutup.

Facebook memperoleh untung dengan setiap klik yang di buat ke atas iklan di dalam facebook menyumbang sebanyak $0.50..andai kata 1000 umat ISLAM yang klik pada iklan di facebook dalam masa sejam, keuntungannya ialah $500.. dan bayangkan berapa banyak wang yang anda sumbangkan kepada Zuckerberg dan pertubuhan AEPi nya yang seterusnya disalurkan kepada negara yahudi itu untuk membiayai peperangan di ghaza..Sungguh malang kalau yang menyumbang itu adalah kita..umat ISLAM yang sedang menjadi cercaan negara yahudi itu..

Setelah mengetahui fakta ini , apakah tindakan anda ? Kata orang , tepuk dada tanya iman. Semua ini bergantung kepada pertimbangan iman masing – masing. Adakah mahu terus leka dengan keseronokan atau membiarkan maruah Islam tergadai. Jika bangsa Yahudi mampu membina satu rangkaian yang cukp besar untuk pengaruhi kita sebagai umat Islam , tapi pernah kah kita berfikir untuk melakukan itu untuk Islam. Jika mereka begitu dedicate dengan agama mereka hingga membina satu ruang yang besar untuk menjahanamkan umat Islam , adakah kita hanya melihat dan tersenyum ? Kita adalah sasaran mereka. Jangan sampai peluru di depan mata baru mahu memegang senapang...too late , bebeh.

Wassalam..

Monday, November 2, 2009

everything is over..

tanggal 1 November 2009 , itulah hari di mana aku melepaskan org yang sgt2 aku syg. Aku tak tahu mana datg kekuatan itu...tapi dgn semua itu , aku hanya melihat kami tidak lagi punya keserasian. Mungkin cara kami terlalu jauh berbeza. Sakit....siapa juga yang tak sakit menghadapi perpisahan. Apa lagi di dasarkan dgn kasih syg dan impian yg lebih besar. Hakikatnya , hari ini segalanya impian hanya sekadar impian. Allah lebih tahu siapa jua yang terbaik untuk aku dan dia.

Aku tidak sedikit pun ada rasa benci pada dia. Cuma sedikit rasa marah kerana penilaian aku pada dia selama ni rupanya meleset. Adakah setelah 2 tahun , baru hari ini aku mengenali dia...? Aku masih tertanya - tanya pada diri sendiri...adakah aku salah melepaskan dia ? Adakah aku salah membiarkan dia dgn dunia dia?? Dan yang penting , adakah tindakan aku ini salah ?

Mungkin dia rasa marah bila aku publish semua ni. This is realiti. Dia bukan pemangsa..dan aku bukn juga mangsa. Jika dia pemangsa , aku juga pemangsa. Jika aku mangsa dia juga mangsa. Ini pilihan kami sebenarnya. Walaupun aku yang melepaskan dia , tapi ini memg pilihan kami. Sesungguhnya , aku yakin ini jalan yang Allah pilih untuk kami setelah aku memilih jalan untuk aku dan dia suatu masa dulu. Bukan juga untuk meminta perhatian sesiapa , tapi bg lelaki yang sudah punya pasangan hormatilah pasangan anda. Hormatilah hati pasangan anda.

Percintaan bukan hubungan kasih syg semata - mata. Bukan juga nafsu menjadi baja dalam perhubungan. Tapi..kefahaman dan penghormatan itu yang paling asas. Hakikatnya , berakhirnya hubungan kita...masih kuat syg aku pada dia...dan aku yakin , masih ada syg dia untuk aku. Tapi keserasian menghalang hubungan ini.

Hidup bukan gurauan...bukan saja2. Kalau semua bnda saja2..tak guna Allah hidupkan kita sbg manusia.Lebih baik jadi kambing. Terang - terang mati masuk syurga. Aku tahu , ada sja yang melabel aku suka berceramah atau bg tazkirah , tp tu tak de apa yang aku kisahkan. At least aku tak pernh di gelar gedik atau prmpuan murah w'pun xbape mahal pun.

tapi..biarlah. Itu pilihan sesiapa saja. Aku tak mampu memaksa sesiapa utk faham mentaliti aku..dan mentaliti aku tak mampu sampai ke mentaliti dia. Aku cuma yakin , kami tetap kawan selepas semua ini. Aku yakin dia profesional dgn semua ini.Walau apa pun , jauh dalam hati aku...aku masih mengharapkan jdoh bersamanya. Jika..itu hakikatnya , sesungguhnya Allah jualah yang membukakan hati kami untuk kembali.:)

Friday, October 30, 2009

libra is me..

PERSONALITY LIBRA


Libra ialah lambang dacing yang memberi gambaran seorang yang berhati lembut dan juga penuh dgn sifat pengasih serta mudah bersimpati terhadap kesusahan org lain. Kamu tidak suka melihat adanya insan lain bersedih. Sedaya upaya kamu akan cuba memberi bantuan. Kamu juga cintakan kedamaian serta keindahan. Namun mereka tidak suka hidup bersendirian dan kalau boleh lebih suka dikelilingi kawan – kawan. Libra juga bijak dalam menjalinkan persahabatan. Kamu gemar berada dalam suasana romantic walaupun ketika sibuk menjalankan tugas kamu. Kamu merupakan pekerja yang patuh pada arahan dan sering melahirkan suasana kerja yang menyenangkan dalam menumpukan perhatian pada bidang kerja yang kamu ceburi. Kamu dianggap sebagai golongan yang berkaliber , bijak dan rajin. Hasil dari itu , tidak hairanlah sekiranya kamu berpeluang untuk terus maju ke hadapan. Cinta bagi kamu adalah sederhana. Ini dapat dilihat dari cara kamu mengendalikannya. Kamu bersikap lemah lembut terhadap pasangan untuk memberi kebahagiaan tetapi adakalanya kamu tidak yakin sama ada sudah terjebak dalam cinta atau belum. Ia kerap berakhir tanpa alasan...


KELEMAHAN DAN KELEBIHAN LIBRA

Orang libra berpendirian tegas tapi jarang berpuas hati dengan setiap keputusan yang diambil. Jadi , tidak hairanlah kamu sering bertukar pendirian di saat akhir. Kebijaksanaan serta sifat sabar kamu , memberikan kestabilan dalam hidup. Sifat pendendam kamu tidak begitu menguasai diri. Namun bila timbul perasaan marah , kamu akan tonjolkan secara terbuka. Kamu akan kembali tenang setelah berjaya mengawal perasaan tersebut. Libra biasanya suka berkhayal walaupun berada di khalayak ramai. Orang libra juga mahu dirinya di beri perhatian. Kamu mahu orang lain turut bersimpati di saat kamu ditimpa kesusahan. Kamu senang di jadikan kawan disebabkan oleh sifat semulajadi kamu yang mudah diajak berunding. Sekiranya mempunyai sebarang masalah , kamu boleh dijadikan tempat mengadu.


PERCINTAAN GADIS LIBRA

Gadis Libra bertuah kerana mempunyai wajah yang mempesonakan dan berkeperibadian. Kamu kerap mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari si dia hingga adakalanya hampa begitu saja. Kamu cepat jatuh hati kepada pemuda yang dirasakan menarik hingga menimbulkan masalah baru untuk kamu memilih lelaki manakah mahu dijadikan teman hidup. Walaupun bermata keranjang namun kamu agak jujur dalam percintaan. Sifat keibuan yang bersemadi dalam diri kamu membuatkan gadis libra lain dari yang lain. Lembut , mesra dan manja. Tapi setelah bertemu dengan pasangan yang benar – benar sesuai dengan jiwa kamu , kamu akan bersedia utk buat apa saja untuk membolehkan perkenalan itu , berakhir ke jinjang pelamin. Biarpun sikap mata keranjang terbawa – bawa hingga ke dalam kehidupan berumahtangga , namun kamu dapat menjaga perasaannya demi menjaga dan menyelamatkan kesejahteraan rumahtangga yang dibina.

Thursday, October 29, 2009

~ terima kasih , sahabat ~

Sejak dulu , aku kenali dia. Aku yakin dia memang yang terbaik. Sejak kecil aku kenali dia , aku terlalu ingin jadi org yang dekat dengannya. Kerana dia punya sesuatu yang mampu menarik setiap orang menyenanginya. Aku akui dia seorang lelaki yang begitu baik dalam perhubungan. Aku mengenali dia sebagai teman , kawan dan sahabat. Aku tidak pernah kenali dia dengan hubungan yang lebih dari itu. Kerana aku sudah rasa cukp gembira bergelar sahabat baginya. Rasa syukur sangat sebb Allah tidak pernah benarkan persahabatan kami putus di tengah jalan sepertimana aku melaluinya selalu. Walaupun marah , kecil hati....atau bengang kami tetap kawan. Itu yang pasti dan suatu realiti.

Dulu aku tidak pernah terfikir persahabatan kami akan jadi sekuat ini. Pada aku , mungkin habis saja sekolah...kami takkan berjumpa lagi...dan dia pun sudah punya kehidupan sendiri. Apa lagi , aku merupakan kawan perempuannya...pastinya tidak akan sama dengan kawan lelaki. Tapi , ternyata jangkaan aku meleset. Walaupun hari ini , kami sudah jauh terpisah namun jika hati ikhlas...jarak bukan alasan untuk tidak menghubungi. Masa juga bukan sebab untuk berkata tidak sempat. Segalanya alasan bagi mereka yang tidak mahu.

Sejak habis SPM...perlahan – lahan aku melalui musibah yang entah apa – apa. Sejak itu aku tidak lagi kenal ketawa...tapi lebih familiar dengan air mata. Sejak itu juga aku tidak ingat lagi bagaimana rasanya gembira. Aku cuma tahu apa rasanya sedih. Tapi , mujur disetiap hari – hari yang sungguh menyakitkan itu dia tetap setia mendengar keluhan aku. Dia tetap bersabar walaupun kadang kala kegilaan aku merasuk. Dan dialah satu – satunya insan yang tak pernah jemu menasihati aku walaupun aku selalu melawan.


Aku masih ingat kata – katanya..
` rose is always rose even it is in a pot or at the golden , n you’re always my fren even in a central jail or in mental hospital ’

Hari ni aku cukp menilai kata – kata itu. Yup..he is always my fren. Walaupun satu hari nanti persahabatan kami takkan jadi seakrab ini , aku yakin kenangan kami tetap di hati. Aku cukp menghargai dan bersyukur dengan hubungan anugerah Allah ini.

Aku pernah melalui saat – saat yang amat menyakitkan di tinggal teman yang telah aku bina sebuah impian yang sangat besar. Hadirnya mereka dalam hidup aku , aku sifatkan sebagai satu anugerah yang sangat berharga. Sama ada mereka itu sedar atau tidak....sayang aku tak pernah hilang walau sedikit hingga hari ini. Hampir 4 tahun aku merana kehilangan mereka...hampir 4 tahun aku menunggu dan menanti mereka hadir semula. Tapi jelas sia – sia. Semakin jauh melalui masa...mereka jelas semakin jauh. Aku masih ingat lagi bagaimana aku sudah nekad untuk meninggalkan matrik semata – mata untuk masuk ke politeknik bersama teman aku tu. Bodoh sungguh bodoh tindakan itu...tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik buat ku. Dan bagi memastikan kami masih tetap akan berjumpa...aku pastikan aku akan masuk ke UTHM , di mana itulah universiti aku sekarang...sedang itu jugalah tempat aku membesar , jatuh , bangun , ketawa dan menangis. Saban cuti semester aku menanti mereka untuk berjumpa...namun segalanya teramat sia – sia. Aku mengira detik – detik hari dan masa jika mereka punya masa terluang untuk aku. Tapi itu juga terlalu sia – sia. Dan sejak itulah...sudah hampir 3 tahun air mata merupakan teman aku yang paling setia.


Tapi , sahabat aku yang seorang ni sentiasa ada dengan aku. Walaupun aku sudah jauh sangat berubah. Bukan lagi seorang yang hapy...bukan lagi seorang yang mengimpikan sebuah impian dan harapan. Aku tidak lagi inginkan tawa riang kerana aku yakin dipenghujungnya...air mata juga akan datang menamani aku. Terima kasih , sahabat. Hanya dia satu – satunya insan yang masih buat aku percaya sahabat itu masih wujud di atas muka bumi ini. Tidak ada siapa yang dapat menggantikan dia sebagai sahabat yang cukup setia dalam hati aku. Walaupun ramai yang inginkan kami bersama sebagai lebih dari seorang sahabat , tapi bagi aku...menjadi sahabatnya adalah sesuatu yang terindah. Aku tidak mahu mengakhiri persahabatan kami ini dengan sebuah hubungan yang entah apa hasilnya. Biarlah kami tetap sahabat. Sebab aku yakin , Allah meredhai persahabatan kami.

Hari ini , aku yakin...Allah menarik teman – teman ku dulu dari hidup ku untuk temukan aku dengan seorang sahabat yang terbaik. Ya...aku sudah temui dan amat menghargainya.

Biarlah satu waktu nanti , kami tidak lagi akan seakrab ini...aku yakin , persahabatan kami sentiasa di hati. Terima kasih , sahabat. Kerana sentiasa bersama aku dalam mana jua keadaan aku lalui. Thanks a lot..Aku sentiasa doakan dia akan berjumpa jodoh yang terbaik untuknya. Yang dapat memahami dan menerima dirinya. Apa yang pasti...aku sentiasa doakan dia akan bertemu dengan seorang perempuan yang solehah untuk menjadi permaisuri hatinya..

~ i love u ~




Semua orang tahu apa makna perkataan ini. Dan semua orang juga tahu sejauh mana perkataan ini berharga dalam diri seseorang. Sama ada ia diucap dgn satu rasa yang penuh dgn perasaan sayang atau diucap sekadar saja – saja. Tapi , apa yang perlu kita sedar , perkataan itu saja mampu membuahkan rasa cinta walaupun pada mulanya ia hanya diucapkan sekadar saja – saja.


Bergantung kepada individu untuk mentafsirkan perkataan itu. Jika anda punya teman dan kekasih ( berlainan jantina dengan anda ) adakah perkataan itu releven untuk kedua – duanya ??? Jadi apa bezanya teman dengan kekasih anda. Ya...mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan semuanya bergantung pada hati. Tapi...adakah anda pernah terfikir apa di hati yang menerima??? Apakah penerimaan kekasih anda...? dan apa pula yang diterima oleh teman anda...? kerana itu , senjata yang paling tajam adalah lidah. Kerana lidah...ia boleh meruntuhkan hati seseorang , dan kerana lidah juga ia boleh membina hati seseorang.

Tidak salah untuk menyayangi...tetapi biarlah kena dengan caranya. Kita kadang – kadang terlalu simple dalam menilai sesuatu...adakalanya terlupa bahana yang mungkin tiba. Adakalanya sayang perlu dilafazkan...dan ada waktunya ia hanya perlu dipendam. Cukplah dengan tindakan menunjukkan anda sayang padanya. Jika semua org yang anda sayang....anda katakan ` i love u ’ , maka apa rasanya yang akan berlaku. .?? Perhubungan antara manusia memerlukan pertimbangan akal dan hati. Jika dengan mengatakan `i love u’ pada anda sekadar mainan untuk seorang teman, adakah itu juga yang akan diterima oleh teman anda ??? Dan bagaimana jika persepsi anda itu adakah dipegang oleh kekasih anda ? Tak ke haru jadinya...


Hubungan dengan manusia bukan suatu yang mudah sebenarnya. Penilaian anda terhadap hati manusia disekeliling anda terutamanya keluarga , teman dan kekasih amat penting. Kerana mereka ini akan cukup sensitif dengan setiap tindakan anda. Hidup memang sukar jika perlu menjaga hati manusia banyak , tetapi adakah hidup akan bertambah tenang jika ada hati - hati insan yang anda sayang terluka...? Terlalu mudah hidup ini jika tindakan kita hanya bergantung dengan apa yang kita rasa , apa yang kita mahu....dan apa yang kita fikir. Adakah hidup semudah itu...? Jika hidup semudah itu...fikirkan kembali , untuk apa Allah meniupkan roh ke jasad kita sebagai manusia...? Anugerah akal yang Allah berikan kepada kita , itulah antara kegunaannya.

Jelasnya dan yang pasti aku tidak pernah percaya dengan ungkapan ` i love u ’. Pada aku , ia hanya sekadar ucapan...boleh dituturkan bila – bila masa yang terdesak...boleh diungkapkan bila rasa mahu..` i love u ’ sebenarnya perlu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Bagaimana anda menterjemahkan perkataan itu ke bentuk perbuatan..? Bagaimana anda mahu memberitahu teman anda bahawa anda sayang padanya..? Mungkin dengan sentiasa menghubunginya...mendengar keluhannya..atau dengan kata lain memberi sedikit kedamaian dalam hatinya. Tetapi bagaimana pula anda menterjemahkan rasa sayang anda pada kekasih anda ?? Adakah dengan sentuhan dan belaian..? Ya..jika kekasih itu sudah menjadi milik anda yang sah di sisi Islam. Jika tidak...???

Banyak cara yang digunakan untuk menterjemahkan rasa sayang. Setiap individu berbeza kerana manusia diciptakan di atas muka bumi ini berpasang – pasangan untuk saling melengkapi. Teman dan kekasih adalah 2 insan yang cukup penting dalam hidup kita selain keluarga. Tidak dinafikan kita memerlukan keduanya. Tapi...fikirlah apa yang paling adil buat mereka. Adakah membiarkan kekasih anda berasa sendiri dengan apa yang dilalui itu adil buatnya sedangkan anda sentiasa berada di sisi teman anda yang dalam kesedihan mahu pun kesusahan...? Walau dengan apa jua alasan...itu tetap tidak adil buatnya.

Jadi...fikirlah. Jika anda rasa anda benar – benar sayang pada kedua – duanya , berlaku adillah pada mereka. Jangan beri alasan yang boleh digunakan untuk anda rasa kehilangan. Kerana kehilangan adalah sesuatu yang amat menyakitkan...buat kekasih , ungkapan `i love u ’ bukan jaminan untuk anda meyakinkan kekasih anda bahawa anda sayang padanya.

Wednesday, October 28, 2009

kenali trauma



Kita sering mendengar perkataan trauma. Tetapi adakah kita jelas dengan masalah trauma sebenarnya. Apabila berkata dengan trauma kita sering dikaitkan dengan peristiwa lalu yang memberi perasaan negatif terhadap diri individu.


Pengalaman traumatik adalah pengalaman yang memberi kesan kegelisahan dan ancaman yang begitu teruk. Seseorang yang telah mengalami trauma akan bereaksi dengan cara yang aneh , menyebabkan hal semakin sulit bagi diri mereka atau risau tentang hal yang tidak munasabah. Seseorang yang mengalami trauma akan mengalami masalah dalam anggapan kehidupan mereka dan kepercayaan kepada orang lain. Perasaan gelisah yang mereka lalui akan melampaui tahap kegelisahan biasa dan perasaan tersebut tidak akan berkurang dengan berlalunya masa malah ada ketikanya ia akan menjadi semakin teruk. Mereka yang mengalami trauma akan mengalami tegangan yang amat besar dan akan menyebabkan reaksi marah yang kuat , perubahan persepsi terhadap kehidupan dan dunia dan juga mimpi buruk.

Peristiwa – peristiwa yang mengundang stress juga secara umumnya dapat mengundang trauma dalam diri seseorang individu. Antaranya adalah :
1. Keadaan yang berlaku tidak terjangka
2. Individu itu tidak bersedia berhadapan dengan suatu keadaan itu
3. Individu itu berasa tidak punya daya untuk melawan keadaan itu
4. Peristiwa yang berlaku ketika kanak – kanak


Terdapat 2 simtom- simtom trauma iaitu dari segi mental dan juga fizika


Mental
Tidak dapat mempercayai sesuatu kenyataan
Mood yang tidak menentu
Rasa bersalah atau selalu menyalahkan diri sendiri
Sedih atau putus harapan
Sukar untuk fokus pada suatu perkara
Perasaan takut terhadap suatu yang telah terjadi atau yang mungkin akan terjadi
Perasaan terasing


Fizikal
Insomnia atau nightmare
Mudah melakukan perkara tidak terjangka
Degupan jantung yang begitu laju
Keadaan tidak sihat yang berterusan tetapi tidak serius
Fatigue atau keadaan letih yang terlalu kuat
Sukar untuk fokus terhadap suatu perkara
Muscle tension

Bagi pemulihan trauma , hal yang paling penting adalah berfikir semula kejadian yang terjadi secara berterusan supaya perasaan itu kian pudar dan mereka yang mengalami trauma dapat memahami kejadian tersebut dan menyedari bahawa ia terjadi pada masa lalu. Dalam keadaan ini , sokongan dari orang – orang yang tersayang adalah paling bernilai. Namun , mereka ini selalunya sering tidak pasti tentang apa yang sepatutnya dilakukan untuk mengurangkan kegelisahan itu. Hal ini mengakibat orang disekeliling mereka akan menjauhkan diri dari mereka. Sebaiknya , jika anda mempunyai teman yang mengalami trauma , bertanyalah padanya bagaimana anda dapat membantu dan anda boleh mendengar jika mereka perlu bercakap.



Cara terbaik untuk membantu mereka yang mengalami trauma adalah :
1. Menghabiskan masa dengan mereka yang mengalami tegangan.
2. Memberi sokongan dan kesudian untuk mendengar.
Bercakap merupakan cara terbaik bagi mereka , namun mereka mungkin akan mengulanginya beberapa kali. Jadi , bersabarlah. Elakkan dari memberi nasihat atau penyelesaian masalah. Percakapan saja penting dan dapat membantu menyebabkan masalah pudar.
3. Memberi mereka masa , ruang dan kesabaran.
Dalam masa ini , mereka akan mudah tersinggung , terganggu , marah – marah atau ingin bersendirian.
4. Memberi bantuan dengan tugas praktikal
5. Jangan cuba memujuk mereka mengabaikan peristiwa tersebut atau memperkecilkan peristiwa tersebut seperti ’ lupakan saja’ atau meminta mereka menjadi lebih gembira. Mereka akan rasa disokong jika anda mengatakan anda ingin membantu , sedang cuba mengerti atau mengambil berat.

Seseorang yang mengalami trauma tidak akan pulih dengan sekelip mata. Mereka akan pulih perlahan – lahan dengan berlalunya masa. Jadi , jika anda mengenali mereka yang mengalami trauma , bantulah mereka...atau jika anda sendiri mengalami trauma , dapatkanlah bantuan dengan berjumpa kaunselor atau profesional.

Sumber :
1. Unit Pemulihan Kecemasan Negeri (State Emergency Recovery Unit),
Bahagian Operasi, Jabatan Perkhidmatan Masyarakat,
Kerajaan Negeri Victoria, Jun 2004.
June 2004 (0070604)
http://www.dhs.vic.gov.au/emergency
1. Article : Healing Emotional and Psychological Trauma posted by Melinda Smith, M.A. and Jeanne Segal, Ph.D.

Tuesday, October 27, 2009

sahabat

kita selalu bercakap tentang sahabat..tapi ada masanya kadang kala kita akan rasa kita tidak punya sahabat walau seorang. Orang selalu kata..kawan biar beribu , berkasih biar satu. Kawan is not sahabat. Sahabat adalah tempat untuk kita menangis , ketawa , sedih , gembira , sihat mahu pun sakit.

Realitinya , aku pernah punya sahabat dulu. Tapi...entah macam mana semuanya hilang sekelip mata dan ia meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Apa yang pasti dalam hati ni dah xde istilah sahabat buat mereka. Pergantungan hidup aku dengan kawan - kawan dulu sgt kuat. Mana tidaknya...aku ibarat tak boleh hidup tanpa mereka. Waktu tu...pada aku , tak punya boyfren pun bukn satu masalah. Sebb aku ada kawan - kawan yang selalu sayangkan aku.

Tapi...benarlah. Masa benar - benar mengubah seseorang. Masa juga mengajar manusia berdikari. Kehilangan mereka , walaupu terlalu sakit rasanya tapi cukp mengajar aku bagaimana untuk hidup berdikari.

Hidup manusia ada turun naiknya. Kalau hari ni...aku sakit kerana mereka , aku yakin esok aku akan tersenyum juga kerana mereka. Terima kasih kepada sahabat yang selalu di sisi. Ahmad Hisyamudin & Abdul Halim.