Tuesday, November 10, 2009

she's always my fren

Istilah kawan adalah istilah paling bermakna buat aku satu ketika dulu. Aku menghargainya sebagaimana aku menghargai diri aku sendiri. Aku menjaganya , seperti menatang minyak yang penuh. Tidak siapa jua yang dapat melunturkan istilah itu dari segenap hati aku. Walaupun kerap kali di luka , tp pada aku itu hanya kesilapan manusia. Aku mula begitu menghargai sebuah persahabatan sewaktu tingkatan 3. Di situlah bermula detik di mana aku mula berubah menjadi ’manusia’. Perlu dijadikan satu iktibar buat diri aku sendiri bahawa mengenali dia aku mula cukup solat 5 waktu. Baru gelodak perasaan memberontak sebagai seorang perempuan mula berkurang. Mengenali dia , aku membina satu impian yang sangat besar bahawa aku akan menjadi sahabat dia dalam apa jua keadaan. Pada aku , bersama dia adalah kehidupan aku. Aku menolak tepi keluarga hanya kerana dia. Aku membuang kawan – kawan yang lain juga kerana dia. Dan aku bermusuh dengan ramai org juga kerana dia. Tapi...siapa sangka , panas tidak hingga ke petang. Aku tidak tahu di mana salahnya aku , dia tiba – tiba mula menjauhi aku.


Dalam situasi begitu hampir dengan PMR , aku melalui saat begitu sukar. Terlalu amat sukar bagi aku menghadapi kehilangannya. Aku tidak punya sesiapa jua waktu itu. Dan waktu itu lah , aku kenal Allah. Dan waktu itu jugalah.....aku baru tersedar aku punya family. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana situasi aku waktu itu. Menghadapi satu kehilangan...berhadapan dengan peperiksaan. Ia terlalu sakit buat aku. Tp...dalam keadaan aku mencari Allah dalam jiwa aku , aku sedar....dan aku yakin. Aku tidk melakukan kesalahn pada dia ...kerana aku begitu yakin aku terlalu ikhlas menyayanginya. Aku yakin...Allah bersama aku untuk melalui saat yang begitu sukar. Alhamdulillah...satu kenyataan yang tidk terjangka. Aku memperoleh keputusn 8A dan layak untuk ke MRSM Beseri , Perlis.


Namun , mungkin sudah takdir aku kekal di sekolah lama aku tidk di benarkan ke MRSM kerana terlalu jauh. Frust memg frust. MRSM adalah sasarn aku seleps keputusn teruk dlm UPSR. Tapi , aku bertekad....aku akan bina NAZURA yang baru di sekolah lama. Alhamdulillah satu – satu peluang untuk aku membina diri aku datang tidak putus. Dan , apa yang aku lebih bersyukur....aku telah kehilangan seorang yang aku gelar sahabat , namun aku telah dianugerahkan 4 orang sahabat yang baru. That’s so nice , right. Namun , hidup bukn sesuatu yg mudah. Konflik baru mula berlaku bersama sahabat lm aku tu , bila dia mengatakan…’ Nazura bukan kawan yang baik. Baik mana pun kau pada dia , dia takkan anggap kau kawan baik ’ aku masih ingat ayat tu dia bagi pada seorang teman ku , Nur Atikah bt. Razali. Tidak sepatah pun aku lupa kata – kata dia. Tapi , alhamdulillah...teman ku itu masih tetap bersama aku hingga ke hari ini. Disebabkan terlalu marh pada dia , aku mnyerahkan surat ’lepas geram’ padanya dan menyebabkan hampir setahun aku dan ’geng’ aku dipulaukn oleh student perempuan apabila surat yang aku serahkan di sebarkan. Aku juga menerima ugutan untuk sound aku secara derect oleh seorg pelajar permpuan. Tapi , tak sangka rupanya aku ditkuti. Apabila aku berdepan dengan mereka , tidk satu pun ayt sound yang keluar. Sungguh tak gentle , kan. Namun , apa yang memulihkan hubungn aku dan kawan lama aku itu adalah apabila aku menjadi org pertama mengucapkan takziah pada dia sewaktu peninggalan ibu kesayangannya. Kenapa itu terjadi ? Jawapannya....sbb aku masih terlalu syg pada dia. Kekeruhan hubungn bukn penyebab sayg aku pada dia luntur.


Dan hingga hari ini , hubungn kami jernih kembali. Walaupun tidak sejernih dahulu , tapi masih mesra seperti dahulu. Dan entah bagaimana , setahun yang lepas ... tiba – tiba dia ingin sgt bertemu dgn aku. Rupanya , dia rs terlalu bert menanggung masalahnya. Masalah keluarga dan juga kesihatannya. Entah kenapa tiba – tiba dia mengatakan dia tidk punya sesiapa untuk bercerita..waktu itu aku hanya mampu tersenyum. Bukn senyumn sinis. Tapi syukur...aku pernh berjnji pada diri aku , aku tetp sahabat dia tidk kira apa jua yang berlaku. Aku tetp sahabat dia dunia dan akhirat.


Dari itu , aku yakin. Keikhlasan aku menyayanginya ....akhirnya membawa dia kembali bersama aku. Walaupun dia pernh kata aku bukn kawn yang baik , tapi aku yakin....aku sudh cuba yang terbaik utk dia. Hingga hari ini aku tidk pernh tahu apa alasnnya menjauhkan diri dari aku dulu. Dia hanya pernh mengatakan aku seorg batu api...dan tidk dpt menjadi kawn yang baik waktu dia dlm sedih dan sudh. Aku terima alasn itu , untuk merelakan dia pergi dari hidup aku dulu. Bila aku renungi kembali....perpisahan dgnnya membawa terlalu banyak makna dlm setiap nafas hidup aku. Perpisahan itu membawa aku kepada Allah dan keluarga. Walaupun sakit di telan...tapi ia memberi pulangan yang terllau amat lumayan. Hingga ke hari ini....syg aku pd dia masih segr. Tidk pernh sesekali pudr.

( dedicate for Nor Atikah bt. Kosnon – UKM )


( dari belakang kiri : mohd firdaus , ahmad hisyamudin )

( dari hadapan kiri : nor atikah , aku , ruzila )

kenangan Sambutan Hari Guru 2005 , SMK Tun Ismail

4 comments:

  1. manusia hanya merancang..Allah yang menentukan.. :(

    ReplyDelete
  2. setiap org melaui waktu sukar... mcmane kt merase sukar,cmtu gak la kwn2 kt... cme mgkin dlm konteks yg berbeza..hidup ni satu pelayaran... n kdg2 kt hampir karam disebabkan kesilapan kt sendiri.... tp, kalu kt berjy selmatkan diri dari dari karam, kt akan sedar kesilapan kt n cuba tok x mengulanginya....
    tp, papepon... sahabat yg ko mksudkan tu mmg sorang yg baik... mgkin die pernah tersilap satu masa dl... tp yg pnting cmne die skrg....korang berdua antara kwn yg aku respek...hee

    ReplyDelete
  3. yup aku tau...dia memg baik sebenarnya. zaman kanak - kanak biasala. siapa pun buat silap..;)

    ReplyDelete