Thursday, November 19, 2009

~ ketika cinta bertasbih ~

Pukul 2.00 pagi – akhirnya aku berjaya menghabiskan bacaan novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 1. Entah macam mana aku berjaya menghabiskan novel itu dengan menitip satu persatu bahasanya. Sungguh mempesonakan. Aku bukan pencinta novel. Apa lagi novel dari Malaysia. Pada aku , jalan kisahnya terlalu ringkas dan hanya penuh dengan pergolakan emosi cinta manusia yang terlalu biasa. Begitu aku melihat , pandang sasar kebanyakan orang Malaysia dalam melontarkan idea dan kretiviti kurang memberi kesan.

Sebelum ini aku tidak mengikuti novel Ayat – Ayat Cinta sekadar menonton filemnya. Jadi aku kurang terkesan dengan kisah di dalam Ayat – Ayat Cinta. Bagi aku kisahnya biasa saja. Tetapi mengikuti novel Ketika Cinta Bertasbih aku amat terkesan yang amat mendalam apabila dalam kisah itu kita dibuai dengan puitisnya bahasa. Kisah cinta yang dipaparkan penuh dengan emosi bersandar cinta kepada Allah dengan rasa penuh keimanan. Betapa dalam novel ini menggambarkan betapa pesonanya cinta manusia dan hanya dengan Cinta yang luar biasa kepada Allah saja mampu mengatasinya.

Aku cuba membawa kisah itu di alam realiti. Masih wujudkah pesona cinta yang begitu ? Alangkah bahagianya jika mampu mengecapi cinta yang begitu indah bersama redha Allah. Bahagianya dapat mencintai seorang yang begitu mencintai Allah. Pasti bahagia itu juga dari Allah. Dan mampukah menolak cinta yang begitu kuat di hadapan mata sedang hati menanggung derita yang amat parah ???? Spontan aku menjawab tidak. Kerana aku sudah melaluinya. Jelas , iman aku tidak cukp kuat seperti watak Fadhil. Menatap orang yang dicintai jatuh ke tangan orang lain sedang orang yang dicintai itu juga turut mencintai.

Lemahnya manusia dalam mengemudi hati adalah apabila berhadapan dengan seorang yang amat dicintai. Di waktu itulah perang batin akan menyerang. Sama ada menghalalkan yang haram atau tetap mengharamkan yang haram. Aku sedar semua itu memakan diri aku sendiri. Kata – kata ini adalah peringatan buat aku dan yang membaca. Tidak ada manusia jua yang mampu terlepas dari lautan dosa. Namun , air mata keinsafan dan penyesalan itu sebenarnya cukup berharga. Sama – samalah kita muhasabah kembali jiwa dan iman kita kita. Adakah cukup kuat menepis segala noda dunia ? Cukup lemah...terlalu lemah. Termasuklah diriku.. Aku tidak punya jawapan untuk soalan aku pun.

6 comments:

  1. naz..ak yg just tgk movie pun dpt effect yg hbat..indah sungguh penangan cinta kepda Allah SWT..cinta yg hadir dengan redha Allah..jodoh pertemuan..tulisan takdir manusia cukup indah jika kita perhatikan satu persatu kejadian yg telah menimpa diri..mcm kita naz..takdir dr Allah yg menemukan kita..walaupun kita pernah membenci satu sama lain..hahaha..tht's reality..k..got to go..miss u dear... :)

    ReplyDelete
  2. bila plak aku benci ko weh...ko je kot.haha..aku dulu cuma tak kenal ko je.xde pasal aku nak benci ko tiba - tiba.hahaha..have a nice holiday. miss u too ;)

    ReplyDelete
  3. wey..mksud ak xla membenci yg kronik 2..just prejudice..2 kte org puteh..kte org mlayu buruk sgke..hahaha.. :p

    ReplyDelete
  4. bukn buruk sangka...berprasangka. berprasangka jauh sangat mknanya dari benci.ko ni pun..prejudice kat aku tu..haha..hahaha.memg sengal.

    ReplyDelete
  5. wey!!ak tau la ak failed bm..ko ni...maaf ya bu naz...hahaha.... :p

    ReplyDelete