Friday, May 26, 2023

~ burn out mommy : cara aku mengatasinya ~

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Sedikit ruang dan masa untuk menulis lagi.

Beberapa perkara kerap bermain di fikiran beberapa ketika. Tapi hari ini, aku memilih untuk menulis tentang burn out mother. Honestly aku sangat aktif di media sosial. Setiap kali scroll, tajuk ini atau kisah ini seumpama hal yang paling nombor satu dialami oleh mommy mommy sekarang. 

Dulu, aku tak berani nak judge mahu pun komen. Yelah, anak pun satu. Tak banyak lagi kerenah anak nak hadap. Tapi bila anak pun dah 3, alhamdulillah..semakin tenang menghadapi kegilaan anak-anak. Anak baru nak membesar, manalah ada yang mudahhhhhh sangat. Kalau mereka sihat, maknanya mereka akan selayaknya sikap mereka.

The 3 heroes. Aku mungkin lebih kepada menetapkan pendirian dengan cara aku kepada anak-anak. Tidak menggunakan cara orang lain untuk anak-anak aku. Orang luar mungkin boleh kata, aku kerja. Tak PJJ. Seakan semuanya sempurna untuk kekal tenang menguruskan anak-anak dan keluarga. Tapi orang tak pernah tahu bagaimana aku menghadapi suami yang sakit. Sakit yang tak akan sembuh sifatnya. Menguruskan anak-anak yang masih halussss. Tekanan kerja dan environment kerja yang sangat memuncak satu ketika dahulu. Percayalah, untuk membina satu emosi yang kita panggil 'kental' tidak terbina dengan 1 masa. Jadi, aku mengambil action aku sendiri untuk memastikan tahap stress aku tidak menjadi depress. 

Kesediaan Mental & Fizikal

Soal mental ini hal yang tidak boleh di buat-buat. Kesediaan aku sebelum kahwin adalah hidup PJJ dengan suami. Masa tu suami di Tawau. Aku di Batu Pahat. Apa yang menambah masalah kami untuk berjumpa adalah cuti yang tidak sama. Aku cuti Jumaat-Sabtu. Suami cuti Sabtu-Ahad. Keadaan ni membuat kan kami cuma boleh berjumpa waktu cuti sekolah panjang. 

Belum habis dengan kisah PJJ yang panjang. 5 bulan lepas kahwin, suami sakit terlantar. Langsung tak dapat bngun. Akhirnya, dari Tawau balik untuk rawatan di kampung. Perak. Sepanjang suami di Perak, setiap minggu aku datang sedangkan dalam masa yang sama aku sedang bersama arwah abah yang pun sedang sakit agak teruk. Juga masa yang sama, aku sedang menghadapi isu di tempat kerja. Fitnah yang entah datang dari mana, di mana aku di pulaukan dalam kalangan beberapa orang rakan kerja. Sindir menyindir. Pada masa itu, aku tak mengambil tindakan membela diri atau apa-apa kecuali DIAM. 

Saat itu, menangis hanya pada ALLAH. Nak di toleh kiri dan kanan, semuanya sedang memaut di bahu. Kalau dulu, selalu meluah apa pun pada suami, masa tu suami pun tak mampu nak fikir hal diri sendiri. Pada keluarga, semua sudah menumpu arah kepada arwah abah yang sakit. Kawan pun, apalah yang boleh dilakukan. Sekadar bercerita, tapi hal tetap sama. Setiap minggu ber'me' time dalam kereta dengan perjalanan panjang Batu Pahat-Tanjung Malim. Sendiri. Balik kerja, lepas settlekan arwah abah mana yang perlu, barulah bertolak ke rumah mertua. Sampai rumah mertua lewat malam, sambung pula uruskan suami. 

Keadaan tu berlarutan hingga aku tak sedar aku pregnant 3 minggu. 

Suami kembali pulih pada 2 bulan aku pregnant. Itu pun tidak pulih sepenuhnya. Sejak dari itu, mental aku dah adapt, suami aku tak sihat. Oke ke.? Alhamdulillah. Allah bagi aku oke. Sampai hari ni ke.? Ya, smpai hari ini. Tapi bila aku dengar ada juga kawan yang berhadapan dengan suami yang tak sihat macam suami, aku semakin kuat. Kuat itu daripada Allah. 

Apa yang penting di sini adalah tenang dan kesediaan mental untuk cepat menerima sesuatu. Kadang terfikir juga, macam mana kalau tiba-tiba Allah ambil suami.? Entah. Sama juga macm tiba orang tanya, macam mana tiba-tiba suami nak kahwin lain..? Jawapannya masih sama. Entah. Tapi untuk suami sendiri, mungkin usia 9 tahun perkahwinan ni dia dah boleh baca apa mungkin berlaku.

Sama macm mommy yang perlu menyediakan fizikal dan mental untuk menghadapi situasi lepas kahwin. Bukan semua nya indah dan mudah. Memahami insan bernama lelaki bukan mudah. Mcm aku dengan suami, kami tak pernah sembunyikan sikap sebenar sebelum kahwin. Suami tahu aku sejenis baran dan garang. Aku pun tahu suami sejenis diam setiap kali berhadapan masalah atau provokasi daripada aku. Setahun dua kahwin, memang banyak bergaduh. Lama lama penat. Bila ada anak, sedar diri baran dan ego itu perlu di buang. Tak nak anak hidup dalam dunia baran aku. Suami pula lebih banyak diam setiap kali hadap aku punya baran tu. 

Komunikasi

Orang kata, kebanyakan punca daripada masalah adalah lake of communication. Bagaimana komunikasi ini berfungsi.? Bila tak cakap. Orang tak tahu. Bila orang tahu, dalaman kita akan memberontak. Bila memberontak, itu lah yang jadi bom jangka. 

Aku sendiri, mengambil sikap telus dengan suami. Waima aku mesej atau bersembang dengan kawan lelaki pun, suami tahu. Cuma untuk kes2 tertentu, dia akan block terus certain nombor dan kata : dah tak payah mesej mesej lagi. Aku pun fahamlah. 

Semakin menghadapi dunia perkahwinan, tak ada istilah pendam atau merajuk atau menuntut di faham. Kalau kata aku marah, aku bagitahu aku marah. Terima atau tak, aku dah bagitahu. Bila aku dah bagitahu, bukan urusan aku untuk berubah atau tidak. Tapi aku dah sediakan siap-siap untuk aku berubah. Cuma, alhamdulillah. Sampai hari ni, bila aku cakap suami akan diam dan take action. Cukup. Tak pernah merajuk berpanjang panjang. Minta suami pujuk beriya. Minta suami faham apa yang aku pendam. Pada aku, semua tu wasting time. Even dengn anak-anak pun aku bagitahu.

' Nak apa-apa bagitahu. Tak payah nak mengamuk ngamuk tak tentu pasal. Ada mulutkan. Cakap..'

Mungkin sebab anak-anak aku lelaki, boleh la kot aku cakap macam tu. Klaau anak perempuan mungkin lain. Macam anak-anak nak phone, dua dua aku belikan. Tapi bila tak boleh buat apa sebab phone, diorang pun dah faham apa mama diorang boleh buat. 

Tak ada siapa pun yang tak penat menguruskan keluarga dan kerja. Kebanyakan mommy sekarang, sebelum kahwin penuh dengan dunia sosial yang osem. Keluar dengan kawan-kawan. Keluar shopping dengn kawan-kawaan. Tapi aku dah habis zaman tu sebaik saja masuk universiti. Jadi, aku tak ada banyk masalaah untuk adapt dunia berkeluarga. Sebelum kahwin aku bnyak menulis. Bila dah kahwin, waima nak hasilkan satu cerpen pun dah tak mampu fokus. Apa lagi nak siapkan sebuah lagi novel, jadi aku ambil keputusan to stop everything. Nak menulis di blog pun ambil masa yang sangat panjang dek nak menguruskan everything. 

Jadi, bila mana aku rasa aku stress dengan kerja. Dengan apa pun, aku akan bagitahu suami. 

' Saya dah booking spa esok..' atau ' .. saya dah booking facial jumaat nanti..'

Kalau suami sihat, dia akan hantar dan tunggu dengan anak-anak. Kalau aku dah di luar, biasa aku akan  terus pergi, suami tengokkan anak-anak. Buat masa ni, aku belum lagi pernah tinggalkan anak-anak dengan pengasuh atau dengan sesiapa kalau aku nak keluar sendiri begitu. 

Sama juga macam suami. Kalau kat dia nak keluar dengn kawn-kawan ke, dia akn bagitahu. Bagitahu. Bukan minta izin. Sebab aku bukan orangnya untuk memberi izin. Jadi, dia akan completekan apa yang perlu sebelum keluar. Katakan nak keluar malam. Jadi, dia akan belikan makanan siap-siap untuk makan mlaam. Biasanya dia akan tanya, ada apa tak aku perlu. 

Begitu juga kalau dia perlu kursus seminggu. Sebulan awal dia akan bagitahu aku, untuk aku boleh uruskan keperluan anak-anak. Suami pun dah tahu aku memang pantang kerja last minute. Waima ada meeting, kami akan bagitahu each other. Even setiap hari pun, aku akan call suami setiap kali nak ambil anak. Setiap hari juga suami akan call sama ada dah sampai rumah dengan anak-anak. 

Itu antara komunikasi kami setiap hari. Gaduh..? Ada. Tipu kalau aku kata tak bergaduh. Lepas gaduh, baik je la semula. Gaduh pun satu bentuk komunikasi. Cuma sekarang, anak-anak dh besar .. anak-anak akan mencelah.

'..hey, mama papa .. no gaduhh laaa..!!!!..' 

Dan biasanya, kami kalah dengan anak-anak la. Jadi, komunikasi ni sangat penting untuk pastikan tidak ada hal terpendam di simpan. Benda di simpan tanpa redha ni biasanya akan jadi punca masalah menjadi semakin buruk. 

Indipendent

Ini hal yang sedang dicanangkan ramai wanita di luar sana. Jangan dh terhantuk baru nak terngadah. Masa tu hati dan remuk. Mental dh burst. Ambil masa untuk bngun dn berlari. Siapa tak sayang suami. Tapi Allah boleh ambil bila-bila masa. Hati manusia pun boleh berubah. Kalau tak suami, kita pun boleh berubah. Bukan semua perempuan elokkkkk je. Honestly, aku jumpa je perangai perempuan macam hmmm... jadi, soal hati ni individu je la. Tak perlu nak state gender pun.

Jadi, aku memilih untuk indipendent. Bila suami tak available, aku boleh buat everything. Tak pernah sebut tak pandai unless memang sengaja nk mengada-ngada. Apa lagi macam aku, bila masa suami tak sihat, tak boleh bngun .. tak boleh bergerak, aku perlu uruskan semuanya. Jadi, nak tak nak aku memang perlu tahu semuanya. Even urusan jual beli kereta, bank, tanah .. aku perlu ambil tahu. Tidak serah pada suami semuanya. 

Begitu juga suami. Selalu juga aku pesan pada suami. 

'..kalau saya mati dulu, awak kahwin lagi tak..?' 

'..entah. nak kahwin pun buat apa. semua saya pandai buat sendiri..' biasa aku akan tambah '... ehh, tak kisahlah. awak tak boleh kahwin lagi selagi anak-anak belum boleh indipendent. sebab tak ada perempuan lain boleh sayang anak-anak saya macam saya sayg diorg ..' saja lah kan bergurau. hahaa

Ya, kami sama-sama boleh mengurus bila mana salah seorang tak ada. Kami sama-sama take part everything. Mungkin daripada segi emosi tu lah yang akan lake bila tak ada each other. 

So, bila isteri terlalu bergantung pada suami. Dapatlah lagi suami yang perangai bossy, memang habis kena hina. Kalaau boleh, kau tu dia letak kat tapak kaki je bila rasa dia tak perlu. Ehhh..tiber pulak emosi. Ya, aku pernah jumpa suami isteri yang macam tu. Dah divorce sekarang. Alhamdulillah, hidup si isteri lebih baik sekarang. 

Cari Pembantu di Rumah 

Mommy yang cepat sangat stress biasanya terlalu meletakkan semua kerja di bahu mereka. Berbahagi tugaslah. Kalau suami tidak membantu, ajarkan anak-anak untuk membantu sejak kecil. Aku sendiri tengok kawan-kawan yang super busy, bagaimana mereka kekal tenang menjalnkn kerja kerja luar dan rumahtangga. Sedang keberadaan suami di rumah sangat terhad. 

Aku pun belajar daripada orang lain. Seawal umur setahun, macm sekarang Fateh pun dah mula ada tugas sendiri. Tugas paling awal adalah buang pampers sendiri dalam tong sampah. Walaupun nampak remeh, tapi ada ketikanya ia sangat melegakan kita. 

Untuk anak-anak yang dah mula besar. Minta mereka buat kerja kerja rumah setara umur dan keadaan fizikal mereka. Biasa balik dari kerja, Umar dan Fahim akan angkat semua barang-barang daripada bonet kereta. Letak dalam bilik. Asingkan baju kotor. Masukkan dalam bakul baju kotor. Dan biasanya, aku akan minta mereka buat sekali untuk Fateh. Kat situ kurang lagi kerja aku. Aku cuma memantau saja apa mereka buat. Baju kotor yang dah penuh bakul, akan minta mereka bawa ke mesin basuh. Mereka tak boleh nak basuh baju lagi. Kedaan fizikal mereka tak melayakkan mereka buat lagi. 

Kemas rumah, sudah boleh harapkan anak2 yang sedang membesar. Even Fateh yang setahun lebih sudah boleh diarah untuk kemas semula mainan masuk dalam box. Umar sudah boleh bantu untuk vacuum rumah. Fahim sudah boleh kemas beberapa ruang di rumah. Kalau masa tu aku sedang masak, aku hanya memantau dari dapur. Yang penting dengan budk lelaki, perlu cakap sentiasa. Begitulah sift normal lelaki. Kalau marah, reda kan dahulu rsa marah tu, barulah bercakap dn beri arahan. Sebab anak-anak lelaki ni, dia akan dengar ayat pertama saja. Beri arahan padat dan ringkas. Minta mereka fokus dengn arahan. Kalau masa tu mereka sedang bersama phone atau tv, minta mereka stop dahulu. Baru cakap. Kalau tak, ia akan buat kita tambah menyirap. 

Dengan insan yang namanya lelaki ni, jangan expect dia akan faham apa yang kita fikir. Jangan expect dia akan alih barang di lantai walau dia dah tersepak barang tu beberapa kali. Macam aku, biasanya aku akan berdiri dekat barng tersebut, panggil nama dan tunjuk barang tu. Baru lah mereka tahu apa nak buat. 

Disiplin

Ini antara benda yang paling aku noted supaya pergerakan setiap hari teratur. Sejak baby lagi, budak2 ni memg dah diajar dengan jaga masa. Alhamdulillah, hingga hari ini budak-budak ni tak ada masalah untuk bangun pukul 4 pagi, bersiap untuk ke sekolah. 

Sejak umar, sudah padat dengan jadual hospital. Nk sampai awal ke hospital perlu gerak lepas Subuh. Biasanya 4-5 pagi dah kena mandi. Rutin begitu sudah terbawa smpai ke Fateh. Msuk Fateh, bila aku sudah bergerak mengajar di sesi pagi, maknanya 6.30 pagi aku sudah bergerak keluar. Kalau suami outstation, paling lewat 6.15 pagi sudah mula bergerak. Nak pastikan pergerakan aku smooth, tnpa marah2 di waktu pagi maknanya budak2 perlu disiapkan dahulu. Sehingga hari ini, tiga-tiga orang aku akan siapkan sorang-sorang. Mungkin orang kata terlalu manja. Tapi itu sebenarnya asas untuk mereka belajar untuk kemas. Bila kita siapkan, maknanya mereka terbiasa dengan pakaian kemas. Itu penting. 

Even macam Fahim dan Umar, dia tahu. Setiap kali mandi, cuci muka dan gosok gigi itu penting selain mandi guna sabun. Deudorant dan spray badan perlu guna setiap kali lepas mandi. Benda tu dah jadi rutin. Jadi sesekali, mereka bersiap sendiri, benda2 tu semua mereka terus guna walau pun aku tak ada. 

Bila umar masuk ke umur 7 thun, dia sudah mula solat. Bila solt dia bertambah baik, Fahim pula kena ikut dia solat. Begitu juga dengan homework. Perlu tanya setiap hari. Kalau dulu, aku akan check satu-satu buku dia. Hari ini, aku cuma tanya saja. Nanti dia akan keluarkan sendiri buku mana yang ada homework. Tak tahu buat nnti dia akan tanya aku atau suami. 

Anak ni, tak akan pandai disiplin secara semula jadi. Sejak baby memang diorang aku dah train untk berperaturan. Hidup perlu kekal dengan disiplin untuk mengatur setiap pergerakan. Bila pergerakan teratur. Kerja selesai. In sha Allah, hidup akan lebih tenang. Maka, kurangla stress dan depress. Wlau adakalanya aku juga lost, sebab ada ketikanya kita sangat lelah. Yelah. Kita bukan robot yang dah maintain dengn program. Jadi, bagilah ruang kat diri kalau ada beberapa perkara kita lost. Lepas beberapa masa kita tenang, kita akan kembali ke track. Benda yang telah sedia di program dalam otak, ia akan kembali semula after break down. 

Begitu juga dengan anak-anak. Sesekali mereka tak nak mandi. Banyak kali mereka tak nak study. Bagi saja mereka sedikit ruang. Sebagaimana kita, mereka juga ada rasa malas. Ramai dalam kalangan kita fikir. Kita tak apa. Anak-anak jangan. ! Bagi aku, kalau aku perlukan ruang. Anak-anak juga begitu. Tapi tengoklah apa benda nya. Ada perkara tiada kompromi. 

So far, begitulah cara aku mengendali hidup seharian. Selalu cakap dengan suami.

'...kadang rasa rinduuuuuu sangat life masa 1st PKP dulu. Tak perlu keluar rumah. Tenang dalam rumah. Bekerja dari rumah..'

Hakikatnya tidak akan begitu lagi lah. Walau apa pun takdir kehidupan yang Allah berikan pada kita, yakinlah kita telah lakukan yang terbaik. Tidak perlu meletakkan 'perfect' sebagai KPI kita. Cukup kita pastikan KPI kita 'selesai'. Sebab tiada yang perfect dalam dunia ni. Yang ada, semua perlu selesai. Sesekali silap. Sesekali salah. Just fun for that. Itu adalah proses dalam dunia ni. Tak ada silap, maka tidaklah belajar. Hargai diri. Jangan menganiaya diri dengna meletakkan kesalahan atas diri sendiri. Cukuplah : aku sudah lakukan terbaik. Bila tidak berjaya, maknanya begitulah Allah berkehendak. Usaha lagi. 

Dear, mommy. Have a nice day. Chill and smile. kbai.