Thursday, June 24, 2021

Aku, herba dan ubat : sekadar satu pengalaman.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Baru selesai pdpr. Something to update here. Kehadiran murid macam biasa. Tak terlalu woww..dan tidak terlalu hmmm... macam tu lah. Aku tak kecewa mungkin sebab aku tak pernah letak apa-apa expectation pada murid. Anda join dan perform, saya appriciate. Anda sepi dan hilang ... sy tak akan cari. Tahu kenapa ..? 

Haa..nak buat apa pun, kita perlu faham konsep paling asas. Apabila kita nak belajar, kita tanya balik hati. Apabila kita nak mengajar, pun kena tanya balik hati.

Kalau kita nak belajar kimia, perkara penting kita perlu hadam adalah jadual berkala, persamaaan kimia sama ada ia ion atau tidak.

Kalau kita nak belajar fizik, perkara penting kita perlu hadam bukan rumus, tapi konsep pergerakan sistem, barulah kita boleh tahu bagaimana rumus itu terbentuk. 

Kalau kita nak belajar bio atau nak sebut tentang biologi manusia, perkara penting perlu tahu adalah konsep setiap organ dalam badan bekerja dan bagaimana hormon manusia itu berfungsi. Bukan main ikut logik akal kita tafsirkan apa ada dalam Al-Quran.

Kalau kita nak belajar dan bekerja dengan sistem, kita kena hadam dulu 'bahasa' sistem. 

Dan kalau kita nak belajar untuk menjawab soalan dalam peperiksaan, kita kena hadam dulu trick yang ada dalam soalan-soalan.

Dan kalau kita nak bercakap dengan orang, kita kena hadam dulu karakter orang tu. Bukan main redah je nak bercakap. Akibatnya boleh makan diri.

Sebab itu bila nak buat apa-apa, dapatkan dulu nasihat daripada mereka yang ahli. Nak tanya tentang kesihatan, tanya yang belajar tentang kesihatan .. bukan tanya orang yang jual produk kesihatan. Bila kau tanya orang jual produk kesihatan, akhirnya kau akan bermusuh dengan ahli kesihatan. 

Aku ada satu kisah yang perlu di kongsi untuk iktibar bersama.

Kisah Dengan Arwah Abah

Satu masa dulu, arwah ayah aku sewaktu dia di diagnos penghidap kencing manis dan darah tinggi, dia tak beritahu sesiapa. Tapi, since aku ada di rumah ( sebab memang belajar semua dekat di rumah ) jadi aku nampak, ada beberapa waktu tu dia memang gila dengan semua makanan alami katanya.

Ada habbatussauda, ada madu, ada halia madu ... dan ada macam macam lagi jus yang di claim boleh hilangkan kencing manis dan darah tinggi. Pada aku, okey lah. Makan je lah. Aku kenal kawan arwah yang claim ubat doktor ni semua akan rosak kan buah pinggang. Tapi tak ada siapa pun bgtau pengambilan herba tanpa kawalan doktor boleh merosak kan hati. Arwah aktif berkebun dan kerja-kerja luar rumah walaupun kerja di pejabat. Tapi arwah sangat pantang pergi klinik jumpa doktor. Arwah kata doktor ni tak ada kerja lain, orang tak sakit pun dia kata sakit sebab nak suruh makan ubat. Itulah benda yang sering di momokkan di kepala-kepala orang. Bagi yang risau, memang sampai ke sudah tak jumpa doktor. 

Beberapa tahun, tiba-tiba arwah ada luka di kaki. Jadi hitam seakan mula membusuk. Mati hidup tak nak pergi hospital. Jumpa la bomoh keris mana tah .. aku ikutkan jugak. Rendamkan kaki dalam air apa yang keruh tu .. aku dah risau, dengan kaki yang luka .. potensi untuk jangkitan kuman semakin tinggi. Kami pujuk dan paksa .. akhirnya dia ikut juga kami hantar ke Hospital Pantai. Sampai di Hospital Pantai, bila doktor check di kecemasan .. buat simple check up, doktor terus kata : 

' Tolong terus bawa ke HSA. HSNI tak ada pakar. Ayah awak dah teruk ni ... '

Malam tu jugak bawa ke HSA. Sampai HSA, dekat pukul 3 pagi doktor siap semua check up dan masukkan arwah ke wad.

Bacaan kencing manis : 28

Bacaan darah tinggi : 200

Doktor kata alhamdulillah cepat hantar ke sini, kita terus bagi ubat untuk turunkan darah tinggi. Masa tu berderau darah. 

Doktor kata lagi : kita dah hantar ujian darah ke makmal. mungkin esok atau lusa kita buat operation buang jari-jari yang busuk. 

kakak kata : aku tak nak abah tak ada kaki. tapi aku kata : aku akan belikan kaki palsu. aku mampu bagi. biar doktor buat kerja dia. ( masa tu baru-baru kerja lagi. baru sangat tunnag )

Hasil ujian darah, pembantu makmal yang buat arwah punya ujian darah tu adik ipar dia. Dia bisik kat mak, kata darah dah penuh kuman. Sekarang tengah on antibiotik paling kuat. 

9-10 hari di HSA akhirnya arwah abah keluar. Keluar daripada hospital, kami bagi arwah consume vivix je. Untuk bantu turunkan gula dan cepatkan luka operation pulih. Tapi ada lagi manusia yang jual barang claim ubat dia bagus segala mak nenek dan arwah abah pun beli. Mahal. Aku tak dapat nak kawal semua tu sebab dia ada duit. Dia ada pendapat dia. Aku pun di JB masa tu.

Last di umur arwah .. kebanyakan organ dia tak boleh berfungsi dengan baik. Kerosakan buah pinggang yang kritikal. Jantung dah tak function dengan baik. Paru-paru dah penuh dengan air. Demam on off yang seharusnya dia ke hospital .. tapi dia tak ke hospital. Akhirnya jangkitan kuman dah attact ke otak, dia koma sekejap. Bangun sekejap dan terus tak sedar. 

Apa berlaku dengan kawan yang provok arwah abah ubat di hospital semuanya merosakkan buah pinggang. Arwah isteri dia ( ibu ex student aku ) tiba-tiba jatuh di rumah. Bila check, darah tinggi up to 200. Pembuluh darah dah pecah. 

Itu kisah dengan arwah abah yang aku tak pernah share di mana-mana sebelum ni. 

Kisah Dengan Umar Anaqi

Umar Anaqi adalah pengalaman pertama aku sebagai mama. Nak besarkan dia sangat sangat penuh dengan cabaran. Dia sakit dan memerlukan ubat setiap hari, pengawasan doktor 3 bulan sekali. 3 bulan hsni .. 3 bulan kemudian hsa .. kemudian bersambung 3 bulan kemudian di IJN. 

Aku banyak belajar daripada pembacaan. Seawal umur 6 bulan, aku vaksinkan dia dengan pneumacoccal. 3 dos RM 950. Ingat lagi. Budak yang ada masalah jantung, sangat sangat mudah nak kena pneumonia. Sebelum orang question aku kenal ke tidak pneumonia, ya .. aku habis kaji dah jurnal-jurnal kesihatan .. tanya beberapa orang doktor. Since kawan aku pun doktor jadi banyak benda aku refer dia. Di sini pun, memang ada 2 buah klinik yang aku akan rujuk untk masalah kesihatan.

Cuma satu ketika tu, ada di momokkan ... kalau anak demam, jangan bagi ubat demam. Nak bagi badan build imunisasi. Jerlum. Kerapkan mandi. Dan satu hari umar anaqi demam, memang itu yang aku buat. Macam biasa, umar bila demam memang tak akan tidur memanjang. Aktif macam biasa. Suhu aku ambil berkala. Agak nak panas je, terus mandi. 

Malam tu umar tido macam biasa. Aku pun tidur tidur ayam masa tu. Umur tidur pun bersama kain basah. Tapi apa yang berlaku malam tu adalah demam dia tinggi mendadak hingga dia tertarik. Kejung satu badan. Mata ke atas. Lidah keras. Masa tu suami yang tersedar sebab dia terbangun. Dia jerit kejut aku. Mula tu panik. Tapi cepat cepat cuba set up otak untuk bertenang. Terus dukung umar ke dapur, minta suami sediakan air suam satu mangkul. Siramkan dari kaki, naik ke atas perlahan-lahan. Sapukan air suam ke muka. Berapa saat lepas tu, badan dia mula lembut. Lidah dia mula lembut. Dia mula menangis, terus cepat cepat siap untuk ke hospital. Mata masih ke atas. Dalam perjalanan ke Hospital Pantai, baru lah dia macam tersentak sebab aku lalu kan angin awal pagi. Badan dia terus lembik.

Sampai hospital, positif H1N1. Terus masuk bilik kuarantin. 3 hari 2 malam. X-ray paru-paru alhamdulillah kuman tak aktif walaupun ada sikit.

Sejak hari tu, memang tak pernah aku ikut idea idea orang yang bukan ahlinya. Masa pregnant kat fahim, aku demam dan refuse untuk makan panadol. Tapi doktor kata : risiko panadol pada janin sangat rendah berbanding risiko jangkitan kuman pada janin. Jadi, awak nak pilih yang mana satu..? Baik. I get it !

Hinggalah umar buat major operation, pembedahan jantung .. alhamdulillah dia tak ada langsung masalah di paru-paru. Langsung tak ada demam, batuk dan selesema. Sedangkan itu yang paling menakutkan semua parents di situ. Alhamdulillah, kesan-kesan jangkitan dapat di minimumkan MUNGKIN asbab vaksin pneumacoccal tu dengan izin Allah. So, untuk fahim pun masa umur dia 1 tahun, memang dah complete dose pneumacoccal. Alhamdulillah, tak ada kesan negatif.

Aku bukan nak claim pneumacoccal tu yang buat umar okey ke macm mna. Itu adalah usaha aku. Dapatkan nasihat pakar. Itu usaha aku. Selebihnya serah pada Allah. Nak bagi sihat tu Allah. Nak bagi sakit pun Allah. Dan aku tak pernah sekali pun kata : kenapa dah vaksin pneumacoccal tapi masih batuk selesema..? Itu adalah proses. Kita bagi langkah pencegahan. Memantau. Makan ubat. Selebihnya serah pada Allah.

Betulkan Cara Pemikiran Untuk Betulkan Cara Pemakanan

Ramai orang kata, kenapa tak berubah cara kampung masa umar sakit. Supaya lubang tertutup. Ya, aku dan suami pergi juga. Tapi kalau lubang nak tertutup tiba-tiba tanpa kau tampal, itu cerita jin. Aku pergi tak...? Ya aku pergi. Aku percaya. Tapi berubatlah di tempat yang betul. Aku percaya alam ghaib tu ada. Makhluk ghaib tu ada. Tapi kita ada teknologi. Hargai ilmu sains dan teknologi yang Allah anugerahkan untuk kita. Raikan ilmu dalam semua bidang. Bukan semua benda kita nak claim yahudi. Kita kadang yakin sangat kita bukan pengikut dajjal, claim orang tu ikut dajjal .. orang ni tak ikut Al-Quran. Kita ni mengaji Al-Quran pun tak khatam. Bukan mengaji tu baca. Maknanya, setiap terjemahan tu ada huraiannya. Sebab tu kena rujuk hadis .. apa perbahasan seterusnya daripada para ulama. Ini kau baca Al-Quran, mana yang kau rasa kena, kau ambik terus membuta tuli. Tu namanya belajar tanpa guru. Belajar tanpa guru ni haru-biru. Tanya pada kau punya circle, memang sama la mentaliti. Guru yang sepatutnya di rujuk, bila berbeza pendapat dengan kau .. kau tolak. Katanya ulama sekarang dah membelakangkan Islam. Covid yang di takutkan. Apa kau tidur semasa belajar tentang Maqasid Syariah..? Perkara pertama yang perlu di lindungi adalah nyawa. Islam itu tak akan dapat tersebar tanpa orang yang bernyawaa. Ada ke kereta yang nak pergi sampaikan dakwah Islam ..?? hmmm..

Kalau orang kata aku promo 'ubat yahudi' , actually aku amalkan juga pemakanan tanpa 'dadah' ni. Jamu pun aku makan. Even macam setiap hari pun, aku masih amalkan secawan kopi radix. Itu pun dengan kadar paling minimum. Kenapa aku masih minum kopi radix sampai sekarang ? Pertama, alhamdulillah masalah migrain aku berkurang. Kedua lepas minum, tak ada bau yang keluar pada urin. Berbeza kalau kita ambil kopi 3in1 yang lain. Tapi kopi radix pun ada yg ori dan tiruan. So, memang aku beli kat 1 kedai tu je. Kalau dulu terbeli yang tiruan, memang aku buang terus. 

Aku juga masih amalkan madu setiap hari. 1 sudu is enough. Kalau puasa ambil 2 sudu sebagai tenaga. Madu tu selain bagus untuk kesihatan, ia memang bekalkan tenaga. Jadi, kalau bagi pada kanak-kanak yang tenaga dia tak pernah nak habis, kebarangkalian untuk dia lebih bertenaga itu lebih tinggi. Thats why aku pernah tanya doktor, untuk kanak-kanak yang masih dalam fasa perkembangan, susu is enough. Jangan tambah-tambah suppliment. Kanak-kanak perlukan nutrisi dan makanan yang seimbang untuk membesar dengan baik. Kalau remaja, orang dewasa nak ambil its oke. Macam madu pulak, aku cuma akan ambil madu asli. Bukan madu yang dah repack tu. Sebab aku pernah test banyak kali, cuma madu asli je yang boleh selesaikan masalah kembung perut. Macam masa mengandungkan umar, memang madu asli je selesaikan masalah morning sickness. Tapi mengandung kat fahim dan yang ketiga nih, madu pun tak jalan. Sebab ubat alahan aku adalah MAKAN. Dari mula pregnant 6 minggu .. sampai 3 bulan ni, makan je lah. Masa Fahim, smpai ke nak beranak makan. Bila macam tu, aku memang akan kurangkan portion nasi. Sama ada nak kawal peningkatan gula ( pregnant kan kena minum air gula yang sedap tu ) atau .. kawal pengembangan badan. Begitu lah. 

Macam suami aku pun, dia memang dah ada gout athritis. Actually, gout athritis tu sangat agresif. Kebergantungan dia setiap hari adalah pada ubat gout daripada klinik dan hospital. Pernah tak cuba herba dan makanan sunnah ? Pernah lah. Apa aje yang tak pernah cuba. Air ECPI, Cuka Apple, Herba Radix, Habbatussauda .. tapi bengkak di bahagian sendi semakin besar. Tu masa dia di Sabah. Bila balik sini, benda pertama yang aku suruh dia buat adalah buat fully check up. Kat situ baru nampak hati dia memang bermasalah. Jadi, benda yang dia perlu buat adalah elakkan semua jenis herba. Dapatkan nasihat doktor. Terus surut ke bengkak dia..? Tak. 2019 dan 2020 dia buat operation di KPJ untuk buang asid yang berkumpul tu. Alhamdulillah, asid tu tidak lagi mengganggu buah pinggang. Masa dia dehidrat, xray dah nampak ada asid mula melekat di buah pinggang. Tapi, alhamdulillah .. masa dah nak keluar, xray kedua its much better. Hingga sekarang apa yang dia amalkan adalah baaaaanyakkkan minum air kosong. Elakkan makanan bergula ( dia memang langsung tak boleh minum air tebu. on da spot jammed ). Ubat doktor ( Febuton ) setiap hari. Ubat ni teknologi baharu. Tapi kesan dia lebih minimum daripada ubat gout biasa. Recommand daripada satu klinik. Tapi di sebabkan ubat ni mahal, jadi stock di klinik stop. Terpaksalah beli daripada klinik lain secara online. Setiap kali nak beli, doktor akan call untuk confirmkan dos yang diambil. Suppliment yang dia ambil sekarang hanya cuka apple dan minyak ikan untuk kawal kolestrol. Itu pun hasil perbincangan dengan doktor. Since muda lagi, doktor kata saya tak suggest kan untk makan ubat kolestrol. Apa hangpa ingat semua doktor suka suki je nak bagi hang telan ubat kawalan macam tu. hmmmm ..

Untuk budak-budak pulak, sejak baby aku memang tak pernah bagi makanan tambahan. Langsung. Actually, anak-anak aku cuma dapat sebulan je untuk bf. Means diorang dapatlah susu pertama ibu tu. Macam Fahim, memang masa lahir .. apa susu pun tak keluar. Langsung tak ada. Apa kau rasa aku nak sumbat air sirap..?? Hmm.. Lepas 4 hari macam tu pergi urut sebab kawan aku yang doktor tu suruh cari orang yang pandai urut, alhamdulillah keluarlah dalam lebih kurang sebulan lepas tu say gud bye. Mungkin pakar laktasi tak jumpa kes kes macam aku kot. Jadi, dont judge la kan. Even aku tak ada masalah dengan diorg punya judgement, mummy yang lain mungkin sangat terkesan. Mungkin diorang sangat struggle. Macam aku, ada benda lagi besar dan banyak aku nak fikir daripada soal susu. Masa umar, aku nak kena fikir sakit dia. nak kena bawa dia sorang-sorang ke batu pahat. lepas tu ke jb dalam masa belum sebulan pantang. Masa fahim pulak, duk risau eczema dia yang makin teruk. Lagi dia alahan banyak benda. Takkan aku yang dalam pantang ni nak tolak semua benda..nak dapat khasiat daripada mana.? 

Bila budak-budak ni dah boleh makan. Actually 4-5 bulan diorang dah mula makan. Macm umar, 4 bulan tu cuma bagi tepung beras yang sangat cair. Macm teksture susu cuma pekatkan sikit je. Jangan bagi nestume, sebb kelikatan nestume sangat tinggi. Nak cerna sangat susah. Bagi makan pun dalam 3-4 sudu kecik je. Sulam kan dengan air. Macm umar, lama juga dia makan tepung beras tu. macam sampai umur 7-8 bulan. Tapi macam Fahim, umur 6 bulan dia dah tak nak dah tepung beras tu sebab dia dah ada gigi. Semua orang terkejut sebab gigi dia tumbuh awal gila. Jadi, lepas fasa tepung beras tu .. nasi blander. Nasi blander tu, perlu ada sayur dan ikan. Nak bagi pemakanan dia seimbang. Mula tu buat la cair. Macam fahim, memang cerewet sangat. Tak boleh terletak sikit ikan bilis. Habis naik eczema dia. Bezanya, Umar sangat lama makan nasi blander, Fahim dalam 2-3 bulan je macam tu, lepas tu dia nak bubur nasi pulak. Macam umar, masalah pada jantung dia menyebabkan dia sangat penat nak mengunyah. So, macam umar makan bubur tu sampai dia habis operation masa umur 2 tahun lebih. Macam Fahim, 2 tahun lebih tu dah makan nasi dah. Cuma makin tua, makin pemalas pulak budak tu nak mengunyah.

Dari dulu sampai sekarang, asas makanan diorang memang full of bawang putih. Itu sebagai langkah untuk dia punya antibiotik. Alhamdulillah sangat membantu. Makanan diorang biasanya aku yang akan masak. Makanan aku je laki aku yang masakkan. Cuma bila diorang makin besar .. banyak jugak lah import makanan luar kan. Kalau ada masa untuk masak, memang aku akan masak. Then, bila makin besar .. masalah paling besar mereka berdua adalah tak nak sayur dan buah. Sedangkan masa kecik, buah dengan sayur tak ada masalah. Jadi, terpaksalah tambah dengan vitamin C sahaja.

Dalam soal penggunaan garam ke gula, aku memang tak ada konsep catuan. Sebab memang dalam pemakanan aku dengan suami, benda benda tu dah tercatu secara semula jadi. Gula kat rumah, kadang sampai dekat 2 tahun tak habis. Tak buat air manis. Penggunaan garam pun seminimum mungkin dalam masakan. Bukan takut. Tapi semulajadi lidah tu begitu. 

Jadi, anak-anak jadi terikut sama. Air manis cuma akan minum milo. Air kotak lain, candy .. memang reject tanpa aku dengan suami kata NO. Hidup diorang cuma makan nasi dengan air kosong dan susu. Susu pun aku buat guna air sejuk sejak umur 6 bulan tak silap. Tapi semakin diorang besar, diorang perlukan juga gula. Pernah satu fasa tu budak dua orang ni gila makan kek. Jadi stock kek tu memang ada dalam peti. Satu hari tu dua orang tu akan share 1 slice je. Dan sekarang, bagilah kek apa .. semua diorang reject. Macam tu jugak ice cream. Kat freeze tak pernah tak ada ice cream. Ada satu masa tu gila makan ice cream, satu hari satu cawan je. atau sebatang. Sekarang ni, dah sebulan ice cream tu tak terusik. Papa dia tak makan manis. Anak-anak semua dah tak nak. Mama dia tengok pun dah tak lalu. Entah smpai tahun bila agaknya nak habis. Gula-gula memang tak pernah ada. Sebab aku sorang je makan gula-gula. Itu pun mentos. Jajan atau keropok .. setiap bulan memang akan penuhkan bakul tu. Mula dulu beli yang besar-besar .. tapi sebab diorang makan sikit2 je .. yang penting ada. jadi beli yang kecik2. Pening nak keluar bila diorang cari makanan kudap kudapan. Paling suka muruku ikan tu je la. Jajan pun sangat memilih. Bukan semua dia makan. 

Fastfood pun makan je macam biasa. Cuma ada yang dia oke ada yang dia tak nak. Kadang diorang akan request, nak McD atau KFC. KFC sebab nak makn ayam dan cheesy wadges je. Kalau McD sebab nak mainan je. Sebb tu kena belikan Happy Meal je. 

Bagi aku, apa pun yang kita buat dan kita makan, semuanya dalam kadar sederhana. As a parents, bentuklah pemakanan anak-anak ikut trend pemakanan anak-anak. Kadang kita dah bentuk dia makan macam ni, tapi selera kadang berbeza. Aku bukan kata cara aku paling betul. Tapi, cara itu yang buat kami paling selesa. Kami sejenis keluarga yang kerap berada di luar rumah. PKP ni je lah duk kat rumah. Kalau tak covid, budak-budak sampai mengeluh bila kena ikut keluar. Aku dengan suami jenis, angkut semua. Kata kan aku punya urusan, semua ikut. Suami punya urusan, pun semua keluar. Even nak beli santan sekotak pun kadang semua keluar. Pernah dah plan nak bercuti, tapi budak-budak refuse tak nak keluar pergi mana-mana. Cancel. Since tak booking pape lagi, okey je la kan. 

Then, kalau anak tu memang makan jajan sampai tak nak makan nasi, tu memang parents kena stop kan jajan di rumah. Lain anak, lain caranya. Perhatilah anak-anak .. sediakan keperluan mereka di rumah supaya mereka selesa di rumah. Macam aku dan suami memilih, makan apa yang korang nak makan, dalam kadar sederhana. Mana yang tak elok, perlahan-lahan kurang kan. Bukan terus say NO. Kadang dari kecik kita catu itu dan ini, tak bermakna mereka besar nanti gaya itu yang akan mereka bawa. Kalau itu yang mereka ikut, alhamdulillah. Tapi kalau tidak, itu yang sayang. Pape pun usahalah mengikut keperluan anak-anak tu. Sebab banyak kali aku jumpa anak-anak yang mana parents terlalu strict dengan makanan anak-anak, bila mereka ke sekolah atau di luar pemantauan parents, lain macam dia punya makan jajan tuh. Bak kata laki aku 'perokkk' dia lain mcam. Mati-mati dulu aku ingat perokk tu perakkk. adoiiilah pening. 

Aku, herba dan ubat

Actually, dalam apa juga perkara aku dan suami amalkan keterbukaan minda. Bagi aku, kami raikan perbezaan ilmu mengikut kepakaran masing-masing. Kita nak kata, ubat di hospital semua yahudi .. apa kau ingat doktor tu semua yahudi nasrani ke macam mna..? Mereka kadang lebih hebat ilmu agama nya berbanding kita yang duk canang sepotong ayat quran untk memenuhi nafsu kita. Jangan terlalu prejudis. Tidak juga terlalu taksub. Kalau memang kita jual barang, jual lah. Tapi jangan overclaim. Jangan tinggalkan satu pengaruh yang negatif kepada orang lain. Contoh golongan antivaksin, claim vaksin itu dan vaksin, tiba anak-anak yang tidak di vaksinkan meninggal semua akibat jangkitan penyakit yang sepatutnya di vaksinkan, kita nak bertanggungjawab ke.? 

Ya. Golongan ini akan kata mati itu pasti. Dah kalau macam tu dah sakit kritikal kenapa pergi hospital kalau daripada asal kau dah bermusuh dengan doktor. Doktor cadang tu kau kata salah. Doktor cadang ni kau kata yahudi. Dah terketar-ketar cari doktor. Sebab itu, bersederhana itu lebih baik.

Kita kadang bercakap, pada ruang lingkup yang bukan kepakaran kita. Kita tak tahu pun fungsi ubat. Kenapa bila makan ubat kena kawal makan. Kena diet..? Bila fungsi ubat .. fungsi vaksin itu sendiri kita tak pasti, sebab itu macam-macam dakyah yang keluar. 

Cuma masa hari tu bawa check up umar di HSA, MA tu pesan siap-siap. Bila dah masuk umur 30, kena rajin buat full check up. Masuk umur 30, banyak penyakit datang kita tak sedar terutamanya kencing manis, darah tinggi .. kolestrol. Ambil darah .. dapatkan lah nasihat doktor. So far, aku dengan suami memang buat setiap tahun. Mak aku pun memang akan selalu ingatkan untuk check darah. Kesihatan tu Allah yang bagi. Hargai dan jaga dengan baik. Kalau dah sakit, jagalah diri dengan lebih baik. 

Wallahualam.

Wassalam.

Sunday, June 13, 2021

~ Pindah Sekolah 2021 ~

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih ada kekuatan, kesempatan dan sedikit kelapangan. Sementara menunggu respon untuk set up bahan pdpr. 

Hari ni, baru ada kekuatan untuk abadikan moment pindah sekolah. Ini sekolah ke-4 sepanjang aku posting sejak 2012. Kalau campur dengan interim, maknanya dah 5 sekolah lah macam tu.

9 tahun perkhidmatan, tukar 4 sekolah. Aku harap smpai pencen boleh la cukup kan 10 sekolah. hahahaa. Sejak habis belajar, pengalaman keluar dan masuk 5 buah sekolah adalah suatu hal yang cukup berharga. Di pindahkan itu biasa. Mohon pindah sebagaimana apa yang aku buat kali ini adalah suatu hal yang sangat berat.

Setiap sekolah meninggalkan kenangan yang pelbagai. Memberikan pengajaran yang sangat mematangkan. Aku tidak mahu komen panjang, apa kenangan dan pengajaran yang ada pada setiap sekolah di mana ia bakal meninggalkan persepsi yang pelbagai. Tapi cukuplah aku randomkan sahaja apa yang aku peroleh, sejak dari interim hinggalah sekarang. 

1. Jadilah teman kerja yang membantu.

Entah kenapa, walaupun usia perkehidmatan sudah mencecah 9 tahun, aku masih menganggap aku tetap budak baru posting. Bukan rasa diri muda. Kalau rasa diri muda, tak ada jugak lah setiap kali orang tanya hala tuju selepas ini, aku akan jawab nak pencen awal. Tapi seorang cikgu merangkap ayah angkat kata : Cikgu tahu, misi kau lebih daripada itu. " eh, mana tahu ?"  " Cikgu tahu lah. Kau tu anak murid cikgu. Cikgu kenal kebolehan kau " Tak tahu lah itu kata-kata semangat ke .. rasa orang tua ke .. atau nyata. Thats my Mr. Jaheni yang akhirnya telah bernikah setelah sekian lama. Alhamdulillah. Tapi tu la. Berbalik dengan kata-kata dia, aku masih nampak masa depan aku adalah pencen awal. hahahaha. 

Cerita teman kerja, alhamdulillah aku dikurniakan teman kerja yang sangattttt pelbagai. Aku pernah berhadapan dengan teman kerja yang sangat supportive. Tak kisahlah dalam kalangan pentadbir atau teman sejawat, mereka bakal membuatkan kita sangat gembira untuk terus bekerja walaupun hakikatnya kerja-kerja tersebut di luar dugaan kita untuk selesai.  Untuk dapatkan teman kerja yang membantu ini juga sebenarnya bukan hal yang mudah. Sedangkan kawan baik kita sendiri belum tentu dapat membantu kita dalam hal kerja. Aku memegang prinsip, kawan baik belum tentu dapat menjadi kawan kerja yang baik, tapi kawan kerja yang baik sememangnya boleh menjadi kawan yang baik. 

Beberapa kali aku berjumpa dengan keadaan ini, di mana akhirnya aku membuat keputusan berjalanlah atas kaki kau sendiri, tanpa kau menarik tangan orang lain untuk berjalan bersama. 

Berhadapan dengan teman kerja yang sangat toksik juga antara pengalaman dan pengajaran yang sangat dalam kesannya pada aku. Di awalnya bersama, namun bila mana kerja semakin meruncing aku kena tinggal sendiri untuk selesaikan tugasan. Sampai pernah ada student tanya : Cikgu, punya banyak kerja macam ni memang cikgu buat sorang-sorang ke ? Cikgu lain tak ada ke ? 

Ya, memang tak logik kerja yang begitu banyak .. berlari ke sana ke sini, tunggang langgang dengan masuk kelas lagi, tugasan itu berada di bahu aku seorang. Tapi, cukup aku kata pada budak : Cikgu lain pun ada kerja mereka sendiri.

Hanya kerana aku pembantu, dia humban semuanya ke aku. Bila nama naik dalam meeting, aku juga yang salah. Entah. Manusia ni, ada ego masing-masing. Kalau kita rasa kita lebih tua, jangan rasa segala benda kita pandai. Kalau kita rasa kita cukup dengan pengalaman, ajarkan. Buat lah bersama. Jadilah tua yang berguna. Bukan tua yang membinasa.

2. Teman Kerja Paling Toksik

Teman kerja toksik ini ada di mana-mana. Mana-mana organisasi, mana-mana institusi ... senang kata mana-mana lah. Ada mereka yang mulut manissssssss sangat. Muka memang indah dengan senyuman. Tapi sangat berbisa ibarat sekawan tebuan. Ya, aku sentiasa mengingatkan diri aku dan kalian yang membaca agar jauh daripada sikap sebegitu. 

Teman kerja sebeginilah yang kebanyakannya mengganggu emosi. Aku tak nafikan, tekanan emosi sangat besar. Namun, keadaan itu jugalah mematangkan aku dengan baik. Banyak benda aku belajar daripada teman-teman begini. Tenang. Itu adalah kunci paling sukar tapi paling berjaya. Sebaik saja kita tenang, kita punya lebih banyak masa untuk berfikir, adakah tindakan-tindakan yang kita terima itu ikhlas atau punya sesuatu. 

Fitnah, dipulaukan dan sabotaj kerja. Alhamdulillah aku dapat hadapi dengan tenang. Maka, terlahirlah nazura sekarang. Super tenang. Nak cakap apa .. nak sabotaj kerja .. in sha Allah aku hadap. Aku okey je. No wory. Tapi satu je lah. Memang aku akan ingatlah sampai mati. hahaha.

Mungkin dah tak jumpa dah nazura melenting marah-marah sebagaimana dulu. Berhadapan dengan teman kerja begitu, aku lebih banyak diam. Aku lebih selesa layankan permainan mereka. Sampai satu saat yang cukup betul, aku akan usaha dengan apa cara sekali pun untuk pergi. Bukan pergi sebab mengalah. Ibarat kau main game. Kau bagi ... dan bagi org menembak, tapi bila sampai satu tempat yang tepat, kau akan mengelak dan lari ... kemudian peluru itu akan melantun kembali kepada si penembak. Tapi yakinlah, aku akan kembali.

Tapi cara aku ni, jangan buat kalau mental kau tak cukup kuat. Untuk aku, aku ada sokongan mental dan emosi yang kuat. Suami, anak-anak, family .. waima abang ipar dan biras2 bila balik ke kampung suami juga sangat membantu dalam aku mengawal emosi. Bila masalah tempat kerja meruncing, cuba bercakap dengan abang ipar ( abang suami ), alhamdulillah ada inisiatif baharu dapat di aplikasikan. Siapa abang ipar aku..? Allah tahu. Allah bagi aku circle yang sangat supportive, mungkin sebab itu ujian untuk aku juga besar.

Hinggalah satu masa, aku sudah terlalu banyak bermain dan permainkan emosi aku sendiri. Aku perlu lihat mereka di sekeliling aku turut terima tempiasnya daripada semua itu. Jadi, aku pergi walaupun hati cukup berat sekali. 

Orang akan kata : itu mungkin perasaan kau saja.

Ya, sebagaimana aku kata. Orang boleh cakap apa saja. Aku tahu. Aku bukan sehari dua kenali mereka. Sikap .. modus operandi mereka pun sudah masak aku kaji. Jadi, aku lebih selesa pergi dan senyap .. lenyap. hahhhh...gitu. Biar mereka yang berhak saja tahu.

3. Diamlah

Diam. Dalam banyak-banyak hal yang aku belajar, diam ini adalah pelajaran paling banyak mengubah hidup aku. Siapa yang asalnya kenal aku, mereka akan tahu diam itu bukan identiti aku. Kematangan mengubah sikap individu. Dalam banyak hal, aku sangat selesa untuk diam. Unless nak bising sesama kawan sorang dua tu biasa. Tapi kalau kerja nak bercakap tak tentu arah, kerja nak bagi pandangan tu ini sampai terlepas nak memandang rasional setiap arahan, aku lebih selesa diam, memerhati dan buat. Pernah baca buku 'Belajar Berfikir' ? Pernah baca buku ' The Body Language' ? Kalau belum baca, bacalah. Kita akan dapat melihat hint di sebalik gerak badan individu. Waima intonasi bercakap juga in sha Allah kita dapat mengesan sedikit apa maksud tersirat.

Satu hari aku diberi tugas. Ya, tahun di mana aku dibebani tugas yang berat. Tapi, macam biasa. Aku okey saja. Buat mana yang mampu. Alhamdulillah mula-mula saja keadaan agak kelam kabut. Lepas seminggu, semua dapat adapt dengan baik. Tapi, satu masa aku didatangi seseorang : Bagus sangat ke kau sampai ambik kau dari .... Yang dekat ... tak ada yang bagus ke ..?

Pertama, aku tersentak. Tipulah tak terasa. Semua tugasan yang aku terima, aku tak pernah mintak pun. Yang aku mintak, tak pernah pulak dapat. Kalau tanya aku apa yang aku nak..? Walau sekejap, aku cuma nak jadi cikgu yang masuk kelas mengajar ... fikir tentang budak. Balik rumah. Datang semula sekolah dan jalani rutin yang sama. Sejak posting, 2 tahun saja aku rasa benda tu. Selebihnya aku dalam usia perkhidmatan yang sangat sangat muda kena hadapi kerenah guru-guru untk selesaikan keperluan perkhidmatan mereka. Honestly, itu hal yang sangat berat bagi aku. Sedangkan masa tu, sah jawatan pun tak lagi.

Kedua, aku cepat-cepat senyum dan kata : Jangan risau. Nanti aku cadang nama kau ganti aku ya. Aku pun tak larat dah ni. ( Terus dia senyap )

Kadang-kadang kita terlalu banyak bercakap hingga akhirnya kita sendiri yang merumitkan keadaan. Dilabel sebagai kaki kipas pentadbir. Tak berhati perut. Tak boleh bawa berunding. Dari senyum sampai di jeling sepanjang masa. Ya, aku hadap dengan diam. Di fitnah hingga pemberian markah pdpc di nilai bersama emosi yang tidak profesional ( dapat markah paling rendah ) .. aku diam. Hingga lah kelas2 tingkatan 5 yang aku pegang sejak awal tahun di serahkan pada orang lain akibat golongan melobi dan label aku .. aku diam. Dan tugasan aku diambil alih oleh orang lain tanpa sepatah memaklumkan pada aku .. aku juga memilih untuk diam. 

Kenapa aku memilih untuk diam..? Tak perlu bercakap dengan orang yang sedang hanyut. Bak orang yang sedang hanyut bercinta, nasihatlah bagaimana pun mereka tidak akan pernah dengar. Tunggulah dah rosak ke, ada harta yang tergadai ke ... dah kena tinggal ke, in sha Allah mereka akan sedar nanti. Jadi, diam dan biarkan lah.

4. Letaklah adab di tempat yang Pertama

Setiap orang ada panas dan baran mereka sendiri. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, adakalanya tindakan kita jauh daripada rasional. Aku diam, aku lihat dan aku nilai. Banyak perkara kita boleh komen dan komplen, tapi sedarlah kita tidak duduk di tempat mereka. Sama lah keadaan sekarang. Bak kata orang. Nak nmpak pandai, jadi pembangkang. Nak nampak bodoh, jadilah pentadbir/kerajaan. 

Aku tolak jauh-jauh sudut pandang orang politik. Aku menilai pentadbir dan kami di bawah. Memandang dan berfikir dengan rasional itu sangat jauh dilakukan oleh ramai orang. Mungkin kerana itu, tak semua orang sesuai untuk jadi pentadbir. Sebahagian daripada kita mulutnya lebih cepat bergerak daripada otak. Maka terjadilah situasi .. cakap sangattttttt pandai. Tapi tindakan habis ke laut hindi. 

Mungkin di sebabkan pendirian aku ini, aku sering dinilai sebagai kaki kipas pentadbir. Bukan semua pentadbir betul tapi tak semua juga pentadbir salah. Ada pentadbir yang aku hormat dan contohi, dan ada juga pentadbir yang aku hormat tapi tak boleh dibuat contoh. 

Ada sesetengah orang menganggap, apabila dia bangun dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan suara yang sangat lantang menyatakan pentadbir itu salah .. salah dan salah, itu adalah lambang keberanian. Ada juga yang menganggap, apabila tiba dalam komuniti dia menyatakan rasa tidak puas hati dengan mengatakan pentadbir itu bodoh, tidak pandai ..bla bla bla dengan segala kata caci maki, itu tandanya dia betul, dia berani dan dia hebat. Ada juga yang menganggap dengan membahasakan pentadbir di dalam group komuniti sekolah secara umum,  itu tandanya dia hebat dan dia betul.

Betul, setiap pandangan perlu diraikan. Yang muda atau tua, masing-masing punya satu pandangan yang mungkin berbeza, mungkin juga sama. Setiap daripada kita berhak memberi pandangan. Tapi Islam terlebih dahulu mengajarkan kita tentang adab sebelum meraikan setiap pandangan. Sebagai pendidik, kita mahu mendidik generasi yang beradab bukan generasi biadap. Sebelum kita memandang pentadbir itu sebagai pentadbir, pandang dahulu mereka sebagai seorang tua dan guru. Ada caranya untuk memberi pandangan kita kepada mereka. Ada caranya untuk menegur mereka. 

keadaannya mudah. Bagaimana boleh kita hasilkan anak-anak yang beradab, jika kita sendiri biadap.

Iman memang tidak boleh di warisi. Tapi sikap itu in sha Allah boleh di warisi melalui cara hidup dan pemerhatian generasi seterusnya. Kita kena ingat. Murid-murid ni dia tak sebut apa yang kita buat, bukan sebab diorg tak nampak. Tapi diorg dh absorb dan diorng diam. Cuma tinggal nak apply je. Nanti kalau tiba-tiba kena tengking dan maki dengan anak murid, jangan cakap pasal adab pulak. Jangan sebut mak bapak diorg dulu. Baik lempang diri sendiri dulu.

5. Sayanglah sahabat sebaiknya

Dan akhirnya, jika kita punya sahabat, sayang dan jagalah mereka sebaiknya. Sahabat itu tidak seharusnya tetap berdua ke mana pun, tapi daripada perspektif aku, sahabat itu adalah mereka yang sangat memberi kesan positif dalam diri aku. Walau suntikan positif itu hanya melalui satu perkataan dan perbuatan. 

Untuk aku, aku tak pernah bagitahu pun siapa yang aku gelarkan sahabat, siapa yang aku tak boleh bersahabat. Itu antara hati aku dan attitude mereka. Tapi aku yakin, mereka yang aku anggap sahabat itu tahu aura yang aku sampaikan. Kenapa aku diam kan begitu?

Persahabatan itu bukan seperti kisah cinta yang perlu saling berbalas rasa. Cukup sendiri yang rasa. Tidak berbalas tidak mengapa. Oke oke saja. Begitulah. Allah lebih tahu setiap yang kita rasa. 

Hargailah mereka yang kita anggap sahabat. Sayangilah mereka. Mungkin mereka sebahagian asbab untuk kita ke syurga.

Sekian catatan panjang perpindahan tahun 2021.Mungkin jika ditakdirkan berpindah lagi, banyak lagi pelajaran yang bakal aku peroleh. Banyak kenangan yang ada dalam semua sekolah tempat aku bertugas. Terlalu panjang untuk dicatatkan di sini. Tapi, cukuplah ia kekal sebagai satu kenangan yang tidak akan pernah luput daripada ingatan.

Wallahualam. Wassalam

Tuesday, May 25, 2021

Umar Anaqi VS Abdullah Fahim

Assalamualaikum

Masih dalam suasana pandemik yang menggila. Cikgu dan student masih ber'pdpr'. 

Macm aku, walaupun TASKA dan TADIKA buka macam biasa, tapi untuk Umar kami cutikan dia saja. Keadaan seakan sukar di kawal. Kes naik mendadak. Ada baik nya di cuti kan saja. Walaupun social skill Umar mungkin terjejas. 

Untuk kanak-kanak macam Umar, yang ada masalah speech delay, penting sangat untuk lebihkan masa dia bersama kawan-kawan. Tapi nak buat macam mana. Keadaan tengah macam ni. In sha Allah it can be solve nanti. 

Kenapa letak tajuk Umar Vs Fahim..?

Nak membanding anak-anak ke ..? NOO. Its a big no okey.

Satu kesalahan yang besar kita sebagai parents nak membanding anak-anak yang ada. Anak-anak itu terhasil daripada karakter kita sendiri juga.

Macam Umar sendiri, karakter dia lebih sangat mirip dengan papa dia.Tenang. Suka game. Boleh belajar dengan cuma tengok video. Low profile. Tak suka interframe. Cakap benda penting je. Penyayang dan lemah lembut. Agak malas belajar tapi senang catch up. Cuma boleh fokus 1 benda dalam satu masa. Prinsip dia tetap. Itu karakter umar yang aku sangat perasan.

Berbanding Fahim, dia memang nazura in character betul. Sangat sungguh-sungguh bila buat something. Rajin. Tapi agak baran dan garang. Agresif. Kasar. Tapi ringan tulang sangat. Mudah di pujuk tapi cepat merajuk. Sangat suka berkawan tapi pantang diganggu. Suka interframe. Bukan sejenis manusia low profile. Perasan dia comel macm mama dia. Suka kacau orang. Itu antara karakter Fahim.

Kenapa aku senaraikan benda benda ni? 

Ya, sebelum kita nak tackle anak, kita kena tahu karakter dia. Masalah yang selalu kita buat adalah kita tengok buku, then kita apply. In real life, kita perlu baca buku, kaji karakter dan apply. Apply pun try and error. Sama jugak situasinya ketika cikgu di sekolah berhadapan dengan student.

Kita apply aktiviti dalam kelas, kita assume karakter semua student kita sama. Di situ lah kita silap besar. Tapi nak buat macam mana. Kadang cikgu mana nak larat nak tengok karakter budak tu sorang-sorang. Matilanakk. huhu.

Okay, back to anak tadi. Setiap orang ada cara berbeza kan. Ada juga yang kata : macm orang tua kita, tak ada pun dia nak tengok perangai setiap anak. Sama je cara. Jadi pun orang.

Soalan aku : mana kau tahu diorang tak ada ilmu tu..?? tak banyak sikit, mesti ada orang tua dulu apply benda tu walaupun tanpa sengaja. Kalau mereka tak apply, bila anak-anak tu membesar, mesti akan ada sedikit kesan emosi pada anak tu. mana aku tahu kan...?? kita tanya je lah diri kita sendiri. 

Sebenarnya kepelbagaian karakter anak-anak itu ada pelengkap kepada rumahtangga itu sendiri. Anak yang 1, bagus dalam satu perkara. Anak yang 2 bagus dalam lain perkara. Sebagai parents, kita perlu menilai apa yang perlu diberi pada anak ikut karakter. 

Contoh : nak bagi kerja di rumah.

Kalau aku suruh Umar basuh dan kering kan kain. Memang mati hidup dia tak nak. Tapi kalau suruh mengemas, alhamdulillah bersih.

Fahim, kalau minta dia mengemas, sampai berbilai kena rotan pun belum tentu dia nak mengemas. Tapi kalau suruh tolong basuh dan kering kan baju, cuci kereta, cuci toilet memang laju. 

Jadi, beri tugas yang mereka seronok dan okay untuk buat. 

Adakah okay je nanti ada certain thing yang mereka tak pandai..? Hakikatnya, mereka bukan tak pandai tapi tak minat. Sama juga macam kita. Ada yang suka masak, tak suka mengemas. Ada yang suka mengemas tak suka masak. Macam aku, tak suka masak tapi okay untuk mengemas. Tapi suami aku, suka masak .. tapi biasa biasa je mengemas. Jadi, kami berbahagi tugas kat rumah. Buat kerja ikut pasion masing-masing la. Tak la tiap hari nak gaduhhh je nak kemas. nak masak. nak jaga anak.  Gitu la kaedahnya.

Jaga dan didik anak, masa anak seorang berbeza masa berdua, Perbezaan karakter itu sebenarnya memerlukan kita jadi lebih kreatif nak menilai mereka. Mungkin di situlah hikmahnya menjarakkan umur anak. Maknanya perancang keluar. Parents ada masa dan ruang untuk kenal anak-anak tu. 

Benda yang sama juga masa kita nak mengajar anak-anak. Macam umar, aku perlu akui, aku perlu buat adds on di rumah selain dia belajar di sekolah. Masih banyak perkataan yang dia belum cukup absorb. Banyak lagi dan banyak lagi yang dia perlu catch up. especially komunikasi dengan orang lain. Dia punya confident level untk bercakap tu masih rendah. 

Fahim pun lebih kurang. Dia bercakap. Tapi bukan level dia. Kategori speech delay, tapi masih ada usaha nak bercakap. Berbanding umar dulu, dia memang langsung tak nak buka mulut bercakap. Umur 5 tahun baru nak keluar perkataan 'mama'. Kau rasa...??? hmm..

Adakah pengaruh  gadget atau masalah kesihatan yang lain ..?

Alhamdulillah. Masa buat theraphy dan pergi klinik, mereka assume umar over gadget. Tapi, bila tengok umar punya cara penggunaan gadget, mereka kata umar masih nak main dengan orang lain even pegang phone. Bila ada mainan, dia akan letak phone dan main. Cuma tu la. Macam aku cakap awal tadi, dia cuma akan cakap benda yang dia rasa penting. 

Contoh kalau aku tanya Umar, apa dia buat kat sekolah. Apa dia makan..? Harreeeemmmmm dia nak cerita. Tanya pasal kawan pun, no respon. Paling paling, bila aku tanya :

' how ur school.?' dia cuma akan jawab ' okay'

' awak belajar apa tadi?' nanti dia jawab ' dah belajar' maknanya, tadi kat sekolah dia dah belajar. Jadi, balik rumah dia tak mau belajar. 

Berbeza dengan Fahim, dia cuba untuk respon dengan banyak benda di sekeliling dia pada kita. Kita cuma perlu layan dan betul kan beberapa perkataan dia saja. Kalau dia balik daripada ikut tok ma dan mama dila dia berjalan, dia cuba nak cerita dia pergi mana. Dan itu memang tak ada langsung pada Umar. Sebab itu, kami decide untuk sekolahkan Fahim tahun depan. Masa umur dia 4 tahun. 

Macam Fahim sendiri, umur 10 bulan dia dh berjalan. 11 bulan dah berlari. Keadaan tu buat dia banyak sangat explore benda lain berbanding duduk diam dengan kita, bersembang .. berbual. Untuk Fahim, aku memang tak ada benda tu sebab dia memang tak duduk diam. Duduk diam tu bila tidur je. Cuma bila dia main tu dengan umar, ada lah sikit komunikasi 2 hala.  Itu pun antara sebab Umar ada inisiatif nak bercakap. 

Sebenarnya dalam fasa didik anak ni, banyak je benda kita akan terlepas pandang. Macam aku sendiri yang agak baran nih, memang terlepas jugak marah, tengking dan pukul anak nih. Itu kelemahan aku lah. Bila aku boleh jadi baran adalah bila benda yang memang dah tahu salah, tapi buat. Kalau setakat laptop kena rendam dengan kopi radix, aku okey lagi. Phone screen crack pun aku okay lagi. Tapi kalau dah tahu aku panggil untuk belajar atau mengaji, buat tak dengar. Menjawab lagi NO..memang malang nasib anda di situ. huhu. Lepas makan, sampah letak rata-rata .. biasa aku tunjuk je. Diorang akan terus bangun buang sebab dah tahu apa nasib kalau tak bangun buang dalam tong sampah.

Ramai kata, mak-mak mesti menyesal tiap kali lepas marah anak. 

Sebenarnya kalau kita marah dalam keadaan nafsu tu terkawal, in sha Allah tak timbul menyesal tu. Marah memang anak itu perlu di tegur. Perlu di marah. Tidak keterlaluan. Macam aku pernah juga terlepas. Pukul anak tapi emosi sebab benda lain. Lepas marah, memang akan say sory pada anak. Tak kisah lah dia faham ke dia tak faham, tapi say sory je. Aura tu akan sampai dalm hati mereka. Tapi jangan pulak buat selalu. Tu gila namanya. Dan paling aku elak kan adalah menyambung hal yang di marah.

Contoh :

Kemas mainan ni. Apa kau ingat mama ni orang gaji. Mama nak buat tu lagi. Buat ni lagi. Balik kerja, penat. Bukan ada siapa nak tolong. Kalau dah mati, baru nak tolong buat kerja. ( ini ada statement yang selalu mak-mak guna. Sebenarnya itu antara emosi yang dah kacau. Main dia, cuma minta kemas mainan je. Tapi dia punya panjang sampai ke mati. Sampai mengungkit segala bagai. ) 

Biasa aku guna :

Umar, Fahim .. kemas mainan. Awak yang main, kemas mainan awak. 

Kalau tak dengar lagi. Biasa suara je la tinggi. Sampai monyet kat luar pun mungkin boleh berterabur lari.

Umar, Fahim .. nak suruh mama ulang berapa banyak kali kemas mainan awak ni.? Keeeemaasssss !!!!!!! ( biasa nya baru lah masing-masing bergerak ) Biasanya umar lah akan menjawab : Okay mama. okayyyyyy .. ( sambil dia mengeluh ) 

Mungkin sebab aku selalu dengar student mengadu, mak diorang membebel panjang-panjang. bla bla blaaa .. jadi aku mengurangkan perkataan perkataan negatif di rumah. Lagi pulak, kat rumah ni semua lelaki. Aku sorang je perempuan. Orang lelaki, dia tak dengar pun benda panjang-panjang orang bercakap. Dia akan dengar yang ayat pertama je. Jadi, nak cakap dengan orang lelaki cakap benda penting je. Jangan kias-kias. Jangan terang panjang-panjang ... baru cakap nak apa. Harreeemmmm ..sampai ke esok diorang tak dapat mesej tu. 

Macam aku selalu cakap dengan suami :

Abang, pergi batu pahat jom. Saya nak minum starbucks. 

Ayat di situ, kedua dua belah pihak faham. 

Berbeza kalau kita bercakap :

Abang dah gaji ke ..? Ada duit lebih tak.? Saya rasa macam dah lamaa sangat teringin nak minum starbucks lah. Tapi kalau abang belum gaji, tak apa lah. lain kali. 

( memang lain kali lah jadinya. pastu kita pun merajuk. kita pun kata laki tak faham )

Ini antara yang aku belajar lah daripada hidup bersama lelaki-lelaki di sekeliling aku. Sebab tu kalau perasan, orang perempuan yang anak-anak dia semua lelaki, dia jenis strght forward je. huhu.

okay lah. 

habis dah sharing kali ini. Umar Anaqi VS Abdullah Fahim, bukan untuk kita beza kan layanan kepada anak-anak, tetapi untuk kita beri penilaian dan didikan secara lebih kreatif kepada anak-anak melalui karakter mereka yang berbeza. 

wassalam.

Friday, April 17, 2020

~ kena kecam ~

Assalamualaikum
hii .. haiii.. haii. masih dalam tempoh PKP. Masuk PKP fasa 3.
Doakan wabak ini segera berakhir.

Dalam tempoh PKP ni, macam macam hal berlaku di media sosial. Bukan kata wabak covid 19 je, segala wabak tiba-tiba muncul. OMG !

Isu kena kecam sepanjang PKP ni tiba tiba jadi macam ... bursttt !!
Tak boleh salah sikit, memang habis kena kecam. Walaupun selama ni sebenarnya isu kecam mengecam ni isu yang biasa. Benda ni berlaku pada sesiapa saja, bila bila masa saja.

Kena kecam dan mengecam ini lebih kepada isu psikologi. Bukan saja mengundang tekanan yang panjang pada individu yang di kecam. Tapi, begitu juga masalah hati kepada yang mengecam.
Tapi, tak boleh di nafikan juga. Tindakan mengecam seseorang atau sesetengah pihak adalah jalan singkat untuk menjatuhkan individu atau mana-mana pihak. ( tak kisah lah memang salah atau di fitnah bersalah )

Pegang konsep kita tidak boleh mengubah semua orang. Tapi kita boleh mengubah diri kita.
Sama ada nak teguh kuat dan kental berdiri
atau
Rebah menanti belah.
Haaa .. gitu lah.

Isu kecam sewaktu PKP ni, dah terlalu besar. Kita kecilkan skop kita, pergi saja di tempat kerja atau komuniti sosial kecil kita. Cukup lah bila mana kita melakukan tindakan tidak selari dengan kebiasaan komuniti kita. Tahap kita akan di kecam macam kita buat dosa besar .. dekat dunia kena hukum gantung .. kat akhirat selamanya duduk neraka. Gitu lah perumpamaannya.

Kisah kena kecam bukan benda asing bagi aku.
Effect yang panjang dan cukup mendalam bagi aku. Kena pulau itu perkara biasa. Tapi, ia jauh mengajar aku untuk kekal survive sendiri.
Semakin dewasa, aku semakin jelas apa sebenarnya tindakan untuk berhadapan dengan isu kecaman.

Kawal Emosi

Ini adalah hal yang paling susah nak buat. Tapi paling berkesan kalau kau mampu buat. Fasa kecaman yang aku terima, beberapa kaedah aku lakukan. Try and error. Kali pertama jadi mangsa kecaman yang membawa pemulauan yang 'wow ! ' aku gagal kawal emosi. Habis di blog .. sosial media aku lontarkan emosi. Beberapa tempat aku luah kan segala macam sindiran. Ya, walaupun semua itu aku lakukan, ia sangat tidak membantu meredakan emosi. Malah ia jauh membuat kan kau semakin jatuh. Semangat aku habis. Segala macm kebaikan yang dilakukan sebelum ini jadi ungkitan.

Kali kedua, ketiga dan seterusnya menerima kecaman. Akhirnya aku mengambil langkah habis tenang. Diam. Cukup lah dengan diam. Hati mana yang tak panas kan. Cukuplah aku luah kan dengan seorang dua yang sangat rasional. Rasional yang bagaimana..? Mendengar tetapi tidak menjadi batu api.

Dengan tindakan diam itu, api kemarahan itu hanya mampu bertahan kurang seminggu.
Sebab itu orang kata, diam itu dapat mengelakkan daripada datang lebih banyak masalah.
Sebab itu aku sangat belajar untuk diam.

Cerita tentang diam dan bercakap ni, aku ada pengajaran yang sangat panjang. Di mana akhirnya aku memilih untuk diam terhadap apa pun isu. Sama ada terkait dengan aku atau pun tidak.
Sebagaimana kata seorang guru aku :
' saya fikir apabila masuk U, nazura aku involve perwakilan pelajar. Outspoken .. masuk pilihanraya '
aku cuma kata :
' saya tak nak benda tu lagi cikgu. saya memilih untuk diam saja '

Jadi, kawalan emosi akan labih stabil dengan diam.

Minta Maaf

Jika perlu. Minta maaf jika perlu. Media menunjukkan, sekali pun kita minta maaf selepas di kecam, kau tetap kena kecam. Bertambah lagi satu isu. Kita memilih untuk ambil tindakan. Pun akan tambah lagi satu isu untuk di kecam. Itu senario hari ini. Semakin banyak kita bercakap, semakin kita kena kecam.

Jadi, kalau kita rasa bersalah dengan keterlanjuran tindakan, mohon maaflah. Cukup setakat itu. Tak perlu cuba pertahankan apa yang telah kita lakukan.

Contoh :
Saya mohon maaf atas tindakan saya.

Cukup setakat itu. Tak perlu penambahan (tapi) untuk explaination. Kita punya expalaination hanya akan membawa kepada maksud ' tak ikhlas minta maaf ' . Jadi, tak perlu explaination. Ikhlas tak ikhlas itu isu kita dan emosi kita. Settle !

Senyum

Sekali pun sakit, kita senyum je. Biasanya orang yang kecam kita gila gila memang nak nampk kita sugul. Nak nampak kita drop. Kalau netizen yang tak jumpa kita hari hari, sekurang kurangnya dia nak hasil kecaman mereka tu buat kita separuh gila ke. haaaa .. macam tu lah lebih kurang. Jadi, kita kena buat reverse psiko.

Kalau kita rasa dengan menunjukkan kesukaran kita, kita bagitahu kesakitan kita akan buat orang lebih kasihan, kat situ kita silap. kita bukan bercakap dekat boyfriend kita. Kita bercakap pada orang yang tak kenal kita dengan bagus. Kadang tu kita bercakap dengan orang yang tak ada sense of human pun. Pada mereka mengecam itu adalah satu pelajaran yang perlu kita ambil pengajaran.

Ada seorang kawan pernah bagitahu aku.
' senyumlah nazura. meskipun kau tersakiti ..'
eeeecehh. macam ayat novel kan. hahaha. ya, aku cuba belajar dan aku masih belajar. justeru, aku ajak sesiapa juga untuk sama-sama belajar.

Sebaik saja kita mampu untuk terus senyum, maknanya kita sedang memulihkan emosi.
Kesan emosi dan mental itu sangat kuat untuk kemaslahatan fizikal. Mana aku tahu ..? Aku sendiri pernah diagnose darah rendah setiap kali tekanan. Beberapa kali nak pitam. ( Ni antara sebab kenapa aku kena sentiasa make up. sebab muka memg pucat sangat bila tak make up ) Sentiasa migrain. Tahap migrain aku, smpai perlukan painkiller yang dose tinggi sebab aku start migrain masa umur 11 tahun. Jadi, sejak umur 18, panadol is nothing untuk aku. Telanlah bape banyak pun. Tak jadi hape.

Macam mana kalau di pulaukan dalam komuniti ..? benda tu benda biasa. Jangan cepat melatah. Tenang dahulu. Sebaiknya jarak kan sedikit hubungan dengan orang sekeliling. Kalau di tempat kerja, kekal berhubung atas urusan kerja. Bantu diri untuk kekal profesional dalam hal kerja. Jangan terlalu ikut emosi. Selagi boleh elak, kita elak. Tapi jangan sampai menjejaskan kerja kita. Apa pun keadaan, ia akan ada titik klimaks .. kemudian drob. Orang tak akan bertahan dengan aura negatif terlalu lama. Jadi, diam bila mana keadaan puncak, dan bertindak saat semuanya tenang atau drop.

Elakkan Diri daripada Siapa pun

Dalam keadaan ini, bersendiri seketika itu adalah pilihan cukup tepat untuk memastikan emosi kita pulih sebaik nya. Hanya berada dalam kalangan ahli keluarga dan teman yang saaaangat boleh di percayai untuk mendengar dan memberi sokongan. Bukan yang menjadi batu api. Meski pun saat kita benar, apa bila kita di provok .. ia akan membawa kita kepada tindakan yang salah.

Sama ada di pulau kan atau di sokong, cara terbaik adalah menjarakkan diri daripada siapa pun. Sekali pun perlu kan teman untuk bercerita, berceritalah seringkas yang boleh. Cerita hal yang tidak memerangkap kita semula. Sebab, saat kita di kecam .. kita sedang menanti untuk jatuh. Jadi, kita perlu sangat berhati hati. Kita tidak pernah kenal siapa pun walau teman kita paling rapat. Boleh jadi, dengan kita cerita tentang semuanya, boleh menjadi bahan untuk terus buat kita jadi abu. Kenapa aku point kan teman paling rapat ..? Sebab dalam banyak banyak posisi sosial, teman rapat adalah posisi paling bagus untuk menjatuhkan dan di jatuhkan.

Aku prejudis ...? Untuk menjadi seorang sahabat, aku ingat pesan Imam Al-Ghazali. Tapi sebaik sahaja aku tidak menjadi sahabat, cukup aku menjadi teman.

Tinggalkan Sahaja

Ini adalah tindakan paling akhir jika emosi dan mental kita habis koyak rabak dah macam roti kirai. Aku pernah buat ..? Ya, pernah usaha. Tapi masih belum berjaya. Kalau rasa kita tidak mampu bertahan hingga memberi kesan kepada aktiviti harian dan kerja, ada baik nya tinggalkan. Kita seorang tidak akan mampu mengubah komuniti yang besar. Itu realiti. Kita bukan duduk kat filem Tamil Bahhubali. Dia sorang boleh lawan dengan beribu askar pemberontak. OMG !

Kadang ada sayang. Kadang ada kenangan. Kadang ada kepentingan. Tapi beranilah untuk tinggalkan dan menerima cabaran yang baru. Sekurang kurangnya jiwa kita akan tenang sedikit.
Dan biasanya .. Allah tidak pernah kejam. Jika susah sudah kau terima, in sha Allah .. mudah dan tenang selepas itu. Di situ lah hikmah sabar dan redha.

Jangan Berdendam

Biasa dendam ini seiring dengan tindakan jahat di balas dengan jahat. Belajar untuk tidak berdendam. Aku antara manusia yang sangat berdendam. Kau dajal kan aku, kau siap kau ! Gitulah suatu masa dulu. Tapi, semakin banyak berdendam, kita akan dapat rasa betapa hati dan jiwa kita semakin 'sakit'. Kena kecam .. kena attact sentiasa bukan alang alang sakitnya emosi. Sebab itu permainan emosi ini kita je yang boleh rasa kita menang atau kita kalah.

Lakukan saja terbaik. Kalau kita kena kecam dengan kerja kita. Teruskan kerja dengan baik. Kalau orang kata kita membodek. Teruskan saja kerja dengan baik dan lebih baik. Kita bekerja untuk Allah. Tapi, janganlah kita kata kita kerja untuk Allah, tapi dalam masa yang sama kita duk meroyan kena kecam. Relakss je. Tenang itu kunci kejayaan.

Bila kita tak berdendam, emosi kita akan lebih sihat. Kita akan lebih tenang. Bila aura positif itu melebihi aura negatif pada emosi dan mental kita, adalah lebih mudah untuk kita berfikir dan bertindak. Senang kata , jangan terburu-buru.

Bergantung Hanya Pada Allah

Dengan kepelbagaian usaha, pujuk hati .. latih diri .. bergantung hanya pada Allah. Sesungguhnya tiada lagi sebaik baik tempat bergantung kecuali Allah. Allah yang datang kan segala ujian, Allah juga yang dapat meredakan. Allah pegang hati kita. Allah juga punya hati mereka. Hanya Allah. Cukup !

Dalam menghadapi ujian, aku pernah terbaca pada satu kata kata :
Ketika mendapat ujian yang getir, jangan minta di angkat ujian tersebut. Tapi minta di beri kekuatan luar biasa untuk menghadapi ujian tersebut. Minta di beri limpahi rezeki yang baik.
Bukan kerana sombong. Tapi ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah. Ujian itu buat kita sujud dan menangis pada Allah. Ujian buat kita mengadu pada Allah. Sekurang kurangnya Allah masih mahu mendengar rayuan kita. Bagaimana jika kita terlalu senang tanpa ujian .. rayuan dan tangisan apa yang mungkin ada ..? Jangan sampai Allah tidak mahu lagi mendengar rayuan dan tangisan kita ... lalu Allah limpahkan kita dengan kesenangan dunia. Buat baik atau jahat, dosan dan pahala .. semua itu tidak lagi di pandangan Allah.

Marilah sama sama kita muhasabah diri.
Bergantung pada Allah. Serahkan diri pada Allah.

Sekian saja perkongsian kali ni
Wallahualam.

Saturday, April 11, 2020

~ hapy bfday abdullah fahim ~

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Hapy Bfday Abdullah Fahim
Selamat Berumur 2 tahun di musim PKP nih

Tahun ni, alhamdulillah dapat buat entri untuk Fahim. Tahun lepas entah ribut apa yang melanda. Tak ada langsung entri tentang Fahim. Bfday Fahim yang pertama.

Alhamdulillah. Membesar dengan baik. Ceria dan manja selalu. Tahun ni memang dari awal nak buat sikit saja celebration kat Fahim. Since musim PKP nih, memang sikit betullah celebration kat Fahim. Dapat juga papa beli kek kat Fahim walaupun tak ada tulisan kat situ. hahahaha.

Bukan tulisan yang penting. Gaya dapat kek tu yang penting. bhaahahaha
Tak ada yang terlalu struggle dalam tempoh 2 tahun untuk Fahim membesar. Alhamdulillah, cuma dalam masa keadaan papa yang tak berapa sihat beberapa bulan yang lalu, awak dan umar sangat memahami keadaan keluarga walaupun terlalu kecil. Thanks u both. !

Dari kecil sangat mudah di urus. Bila semakin besar, memang semakin nakal. Suka kenakan orang. Sangat gembira bila dapat kerjakan orang. ( cuma orang kata : tu memng pangai mama ang dari kecik. hmm.. sep sikit la yimmm )



Semoga Allah kurniakan segala kebaikan buat awak dunia akhirat.
Wallahualam

Friday, April 10, 2020

~ pdpc dan PKP : antara tugas dan tanggungjawab ~

Assalamualaikum
Entah hari ke berapa PKP aku pun dah tak dapat nak fikir dah.

Tajuk saja orang dah boleh baca entri ini tentang guru. Biasalah musim PKP ni, ramai sangat yang ada masa terluang nak menaip itu dan ini. Apa saja yang tak kena di mata di saat emosi kurang rasional, semuanya tulis in public. Nabi dah pesan. Kalau tidak ada yang baik untuk berkata-kata, diamlah. Dengan diam itu dapat menghindarkan kita daripada mendapat banyak masalah. Dan dengan senyum itu, dapat menyelesaikan banyak masalah.

Jadi, penulisan berbentuk kecaman terhadap guru .. i just ignored.
Nak kurangkan gaji guru. Guru makan gaji buta. Guru tak buat kerja.
Kalau nak layan emosi .. memang segala bentuk sumpah seranah dah sampai dah. Bagi individu individu tak bertanggungjawab ni murung sepanjang hayat. Tapi, adakah perlu itu semua ...?
Guys .. suara mereka ini nothing. ! Jadilah kita individu yang rasional membentuk identiti diri sendiri.

Bukan tak ada guru yang tidak berintegriti. Ada. Di mana pun ada. Di mana pun tempat kerja ada. Aku yang pernah menguruskan beratus guru ( walaupun aku muda dan baru lagi dalam profession nih ) tapi jujur aku jelaskan di sini adalah segelintir mereka yang kurang integriti adalah dalam aspek pengurusan dan sistem. BUKAN PADA STUDENT.  Ambiklah mereka terpaksa tara mana pun pada awalnya berada dalam profession ini, tapi sebaik saja mereka berada di sekolah .. berhadapan  dengan pelajar, hati mereka lembut di situ. ( unless kes kes terpencil )

Betul. Waktu PKP ini cikgu bekerja dari rumah tapi gaji bergerak seperti biasa.
Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa sistem pengurusan tetap bergerak seperti biasa. Dunia pendidikan sekarang tidak hanya sekadar guru-pelajar-kelas-mengajar. Masa 24/7 tu di rasakan sangat dan terlalu tidak cukup apabila guru terlibat dengan pelbagai bahagian pengurusan.

Aku dan seorang kawan antara yang mahu lari daripada profession ini sebaik saja posting dahulu. Kenapa ..? Masa praktikal aku nampak ia mudah. Masa interim aku mula rasa susah. Bila posting aku sudah rasa keterlaluan susah. Tercabar fizikal dan mental. Masa tu, aku sudah nampak, why dont aku proceed saja dengan pusat tusyen, teruskan menulis. Tapi tak tahu kenapa kekuatan untuk tinggalkan kerja ini tak ada. Aku masih proceed .. tapi, tidak merungut.  Sampailah aku bertemu dengan 2 orang insan ini : aku simpan kata kata dia. ' Zura, kerja ni kena ikhlas. Kita buat sungguh-sungguh. Lillahitaala. Zura tak buat kerja kerana orang lain .. cukup kerana Allah '

Baik. Sedikit saja gambaran tentang rencamnya profession yang aku duduk sekarang.
Kisah pdpc sewaktu PKP. Ada banyak platform yang digunakan untuk pdpc online. Meski pun aku secara jujurnya meragui keberkesanannya. Kenapa ..? Apa kerjasama daripada pihak pelajar ..?
Proses pdpc ini hanya boleh berjaya jika ada kerjasama yang baik antara guru dan pelajar.
Waktu di sekolah, kita boleh kawal pelajar untuk berada dalam kelas dan buat tugasan. Banyak benda boleh di buat untuk memastikan pdpc berjaya.

Bagaimana dengan pdpc online ..? pdpc hanya berjaya bila pelajar respon.
Aku tidak mengambil situasi aku saja.  Hampir semua rakan guru aku mengalami masalah yang sama. Pelajar online tapi tak nak respon. ( kami berada dalam kalangan guru sekolah menengah ). Aku rasa mungkin ada kerjasama yang lebih baik dalam kalangan murid sekolah rendah. ( tak pasti ). aku ambil situasi aku sendiri. Bagi aku, aku tak gunakan platform googleclassroom. Sebab kemungkinan dan kebarangkalian untuk mereka attend dan involve itu adalah sangat rendah. Kenapa aku dah buat kesimpulan awal.? Kadang budak ni tak berapa nak bijak jugak bila bercakap. Sebab mereka memandang aku sebagai 'kawan' sampai terlupa semuanya habis dia cerita ke aku.
satu hari mereka ajak ke makmal komputer.
' bolehlah. kita buat google classroom ..'
'ehh .. tak payah lah cikgu. bosan la benda tu '
' habis tu pergi makmal nak buat apa..?'
' makmal ada aircond ..'
Aku hanya mengambil kesimpulan .. aku aku invite dalam keadaan aku tak mampu nak 'jerit' kat diorg, cerita nya aku buat kerja sia-sia.

Then, aku hanya gunakan platform paling mudah. Penggunaan telegram dan whatapps.
Untuk kelas tingkatan 5 ( pelajar sederhana ) boleh jalan lagi. Aku hanya minta mereka selesaikan modul yang ada. Dalam situasi ini, aku lebih kepada win win situation. Aku perlu faham, ada subjek lain yang menuntut silibus selesai. Bukan sejarah sahaja.

Beralih kepada pelajar tingkatan yang lain.
Biasanya aku tangkap seorang saja untuk wujudkan group kelas. Bila dah terbentuk group subjek tersebut. Keluar satu statement :
' perlu ke group ni di tubuhkan ..'
' cikgu nazura ada. dia yang suruh '
senyap.

Ada juga group kelas yang lain. Apabila tugasan di beri, semua dah 'seen' tapi seorang saja yang respon. Aku akui, masa awal hari tu aku emo. Sebab aku buat soalan tersebut dalam keadaan aku tak sihat. Bila respon yang sangat menjengkelkan aku memang out of rasional. Tapi bila fikir balik aku .. cool je. I've been doing my job. Ada seorang dua yang bagus, memang mereka keep asking. Alhamdulillah.  ( budak yang memg bagus pun dalam kelas. so..no wonder )

Sama juga macam suami. Tiap pagi duk berkurung dalam bilik kerja buat simulasi tu ini untuk budak tahun akhir ( pelajar KV ). Bagi tugasan, nanti adalah sorang dua budak calling back. Perkara yang sama dengan guru-guru di sekolah yang lain. Pelajar buat tiktok .. tapi cakap dengan cikgu data tak ada untk tugasan. Dan lagi menarik adalah .. cikgu minta buat tugasan ( simple quiz je pun ), budk siap screenshot .. masuk kat status whatapps ..' bagilah kerja banyak mana, aku tetap tak nak buat '
Alhamdulillah. Ramai cikgu makan hati dengan sikap pelajar yang begini. ( minoriti )

Baik, waktu PKP ini kebanyakan pelajar berada bersama parents. Aku yakin, yang rasa iri dengan guru waktu PKP ini juga parents. Mungkin mereka hanya melihat anak anak mereka hanya sibuk dengan tiktok .. status whatapps ..sampai rasa tak ada tugasan untuk anak mereka sepanjang PKP ini. Parents, check balik dengan guru anak anak anda. Jika anak anda kata tiada tugasan di beri, mohon tanya semula pada guru bertanggungjawab. Anda percaya anak anda ...? Anak aku yang umur 5 tahun pun pandai temberang tiap kali minta buat tugasan techer dia bagi, apa lagi anak anak yang dah menjangkau umur belasan tahun. Itu kalau anak yang tak nak buat tapi parents tak tahu. Belum lagi parents yang tak bagi anak buat tugasan. Marah marah cikgu sebab bagi tugasan. OMG !

Tapi jangan risau. Walau seorang pun pelajar respon, walaupun kena marah dengan parents .. cikgu tetap gigih bagi tugasan. Buat juga. Sedaya upaya husnuzon pada pelajar. Sebab apa ..? Sebab itu adalah tanggungjawab. Sebab guru juga akan di persoalkan apa yang guru lakukan.? Main tiktok ..? Join netizen army ..? atau .. whatever !

Aku melihat situasi bagaimana sukarnya polis dan ATM berdepan dengan masyarakat hari ini. Tak banyak. ' Dengar Arahan' sahaja. Hingga saat ini, Polis antara yang sangat memahami tugas guru berhadapan dengan palajar. Kenapa aku tahu ..? Sebab aku pernah beberapa kali bersembang dengan individu berpangkat inspektor dalam kes tertentu. Sedangkan hari ini, doktor dan jururawat yang menjadi frontliner .. yang menjadi individu paling hadapan bermain dengan nyawa kita, sedangkan nyawa mereka sendiri terancam turut meluah rungutan akibat attitude. Bukan beratnya tugas. Tapi 'attitude' patient. Adakah apabila mereka mula sebut tentang attitude patient yang biadap, kita nak kata dengan mereka ' kalau tak suka, berhenti kerja ...' What the .... oke. Keep my mouth shut up !

Baik, tak perlu pun aku nak ulas benda ni terlalu panjang. Aku cuma sebut tentang tanggungjawab sewaktu PKP sahaja. Aku tak suka nak sebut waktu di luar PKP. So, situasi nya sekarang .. individu yang claim cikgu makan gaji buta. Cikgu tak buat kerja jadi potong gaji cikgu, siapa sebenarnya yang menjadikan keadaan itu berlaku ..?

Tepuk dada .. toleh kiri kanan. Mungkin anak anak kita. Mungkin kita sendiri.
Jawapan ada di tangan kita.
Aku cikgu. Aku juga parents. Setiap hari teacher Umar akan beri tugasan pada Umar. Sedaya upaya aku buat kan untuk Umar .. aku pasti kan dia buat dan aku respon.
Sebab aku tahu rasa sakitnya hati bila usaha baik kita tak di hargai. Sebab dalam kita menyenangkan hati orang, ada keberkatannya. 

Sekian saja perkongsian aku yang sangat banyak masa sekarang ni
Wallahualam.