Sunday, February 19, 2023

- the boys -

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Sedikit masa dan ruang Allah beri untuk tidak hilang cara menulis. Dulu menulislah. Sekarang menaip pulak. Hmm..almaklumlah. Zaman dah canggih. Even nak tulis kenyataan anak tidak hadir ke sekolah pun aku google. 

Entry setahun satu. Hahhh..gitulah. Ramai blog-blog kawan dah lama berkubur. U know wat. Satu masa dulu, blog nih macam trending tau. Masa tu, macm semua orang ada blog. Macam aku sendiri, memang mencari medium untuk menulis. Bukan untuk orang kenal penulisan aku pun. Tapi untuk berkata sesuatu pada sisi pandang aku sendiri la. That's why la blog ni tak pernah private. 

Ada orang nak baca ke..? Hahhhhhh..lagi kau nanya?! Bukan kah kau sedang membaca..?

okeeee..saja je. gurau ya.

umar anaqi bin jalil

Kenalan dan kawan-kawan memang familiar dengan nama ni. Anak 1st yang ada masalah speech delay. Ramai orang kata :

'..ha... tu laaa. Banyak sangat dengan gadget...'

Kalau kata salah aku, ya lahh..salah mak bapak dia la kan. Takkn nak salahkan mak bapak orang lain pulak. hoho. Salah kami adalah gagal mengesan kekuatan bahasa dia. 

Apa yang aku sedar, sebaik saja hantar ke terapi dulu, dia boleh terus bercakap bila therapist tu gunakan bahasa inggeris. Maknanya kegagalan dia adalah bahasa melayu. 

So, 4 tahun baru dia mula berckap dengan 1 perkataan bermakna iaitu ' mama '

Itu adalah kronologi kesilapan aku lah. Adakah gadget merupakan punca utama..?

Jawapan aku :

Entah. Aku tak ada jawapan. Sebab pemantauan aku pada dia punya gadget .. dia boleh letak phone bila minta dia minta phone. Bila suruh solat, pergi solat. Mengaji dan belajar .. terus letak phone. Waktu tidur, bila kata time to sleep : terus letak phone dan tidur. Maghrib, tak kira di mana .. antara pukul 7-8 malam masa free phone. Semua orang dalam rumah tak boleh pegang phone. 

Kalau mama papa pegang phone time tu pun, anak-anak akan tegur :

'...mama, no phone..!!' 

Waktu belajar pula, kalau aku yang menunggu umar belajar, dia akan cakap siap-siap pada aku :

'...mama, why are you pegang phone, hah.?! umar belajar. mama no phone...'

kalau mama dia degil, dia akan ambil phone..hantar phone jauh - jauh ke dapur. 

Masa dia nak mula sekolah rendah, hati aku memang super gundah gulana. Dalam hati, kenapa suami aku tak nak hantar ke sekolah agama ke..kecik sikit sekolahnya. Kecik sikit circle dia untuk dia mula bersosial. Beberapa kali aku hint kan pada suami. Dia tetap kata :

'..hantar je sekolah biasa. biar dia perlahan-lahan belajar urus diri..' full stop. 

Hari pertama dia ke sekolah rendah, aku yang hantar. Aku hantar dia awal. Pukul 7 tu dah sampi. Masa tu murid tak ramai. Once dia jalan masuk je, dia tak toleh dah. Jalan penuh yakin dan bergaya masuk ke sekolah pada hari pertama. huhu. Mama dia je risau dah macam hape.

Sampai lah hari ni. Habis penggal tahun 1 untuk dia.

Alhamdulillah. Sangat banyak improvement untuk dia. Macam aku selalu kata : aku memang tidak tengok perkembangan anak dalam aspek akademik sahaja. Yang setiap hari cuba untuk di bangun dan di suburkan dalam hati dan jiwa anak-anak pada masa ini adalah agama dan sosial skill dia. 

Akademik campak terus ke..? Tidak. 

Masa di rumah, wajib ada masa untuk belajar. Dalam kemampuan dia yang begitu, dia perlu boleh membaca dan mengira dahulu. Kalau belajar psikologi, anak-anak ni dia akan sampai satu tahap kematangan .. dan pada masa itu, dia boleh berkembang dalam akademik ikut kemampuan dia. Parents saja perlu sentiasa pantau perkembangan anak-anak. Mcam umar, dia boleh membaca .. tapi macam biasa lah. Tak boleh nak faham sangat lagi. 

Apa pun thanks a lot pada cikgu-cikgu yang mengajar Umar. Yang faham dan bnyak membantu perkembngan Umar menjadi lebih baik. Alhamdulillah, Allah temukan Umar dengan insan-insan yang sangat memahami dia. Termasuklah kawan dia, Amir. Entah, rupa Amir pun aku tak pasti. Ada sekali dia tunjukkan gambar Amir. Dia kata :

'.. sian Amir. Ball hit dahi. Amir sakit ...' 


Abdullah Fahim bin Jalil

Orang kata anak nombor 2 ni, perangai pelik-pelik. Alhamdulillah. Masih boleh hadam walau adakalanya tak boleh nak brain. Satu hal yang perlu diakui, perangai dia copy paste mama dia sangat. Sebab tu, mama dia je yang boleh handle perangai merapu dia. 

Setiap individu itu ada kelebihn ada kekurangan. Lake yang ada pada aku, aku tak nak ada pada dia. Since sikap kami sangat sama. 

Benda pertama aku jumpa pada Fahim, dia sangat sangat susah nak express rasa sayang. Macam aku dah terlajak. Tak boleh nak patah balik. Nak sebut perkataan sayang pada orang pun susah. Tapi benda tu boleh dibentuk dari kecil sebenarnya. 

Untuk fahim, hari hari kita cakap sayang pada dia. Peluk dan cium orang orang yang terdekat. Ajar dia untuk concern sebab dia agak kasar. Alhamdulillah, dia berjaya overcome perasaan malu untuk express rasa sayang tu.

Bila dah sekolah, dia lebih kurang umar. Tak suka nak cerita semula kejadian kejadian di sekolah. Kalau tanya buat apa di sekolah, maka jawapan dia setahun tu sama :

'... adik dah mandi. dah solat. dah makan.. dah tidur ...'

Dia mewarna ke. Sambut bfday kawan ke semua dia malas nak cerita. Mungkin begitulah lelaki. Papa dia pun macam tu kan. Benda yang lepas, usah di sembang.

Setahun persekolahan dia umur 4 tahun, alhamdulillah. Progress yang baik. 

Dia mengaji di sekolah. Di rumah biasanya aku akan semak bacaannya sampai mana. Sama - sama baca alfatihah. Baca beberapa doa. Semua tu untuk lihat sampai mana perkembangan dia. 

Sesekali semak dia sudah kenal huruf dan nombor atau belum. Budak umur 4 tahun belum ada kesediaan untuk belajar sungguh-sungguh buka buku. Sebab itu parents perlu pantau perkembngannya agar tidak ketinggalan.

Sejak sekolah juga, kosa kata Bahasa Melayu dia sudah semakin baik. Dia sngat mempengaruhi Umar untk berbahasa Melayu. Advantage pada Fahim adalah dia boleh berbahasa inggeris. Boleh Berbahasa Melayu. Berbanding Umar, kadang kita cakap melayu pun dia akan jwab bahasa inggeris. Maknanya bahasa inggeris tu dah jadi dia punya bahasa utama. Tak boleh ubah dah. 

Bila akhir tahun, cikgu pulangkan semula buku buku latihan dia. Alhamdulillah. Semua di siap kan dengan baik. Hari bertemu ibu bapa pun, cikgu beri respon yang sangat baik. 

Bila jumpa dia di sekolah, bersama dengan cikgu.

'...alamak. manja rupanya budak ni. Dah macam kucing parsi bila dengan cikgu-cikgu..'

Tak padan di rumah dengan Umar. Kalau bergaduh dah macam singa dengan serigala. Ehhh.. ada ea.? haha. Boleh laaa. 

Apa pun, terima kasih cikgu-cikgu yang sangat banyak membantu Fahim. Layan Fahim dengan baik. Tukar sekolah ke..? In sha Allah. Tak tukar. Bukan senang nak cari cikgu yang anak-anak selesa. Bila anak-anak selesa, cubalah kekalkan di tempat yang sama. 


Fateh Anas bin Jalil

Hari ni, Fateh baru masuh 1 tahun 30 lebih hari la lebih kurang. Perangai dah mula macam-macam. Alhamdulillah, setahun lebih ni dah boleh berjalan sambil mulut membebel-bebel. 

Pengalaman dengan Fateh, adalah pengalaman yang berbeza dengan abang-abang dia. Kalau 2 orang tu rasa mudah sangat, Fateh ni pulak lebih kurang high demand baby. Sejak lahir pun lagi. Non-breastfeeding baby. Reject susu ibu. Bukan cara penyusuan ke macm mana. Susu tu sendiri yang dia tak nak. Jadi, lepas habis colostrum memang mak dia tak ada nak gigih bagi lagi dah. Done !

Ingat dia high demand sampai umur 3 bulan je. Macam macm la beli kat dia bagi dia selesa, ehhhh..rupanya cenggituuuuu jugak. Nak jugak mama dia dukung ke sana ke mari. Nak main pun, mama dia kena hadapppp muka dia. Sebab tu bila naik kerja, kerja kerja semua siapkan di sekolah. Kat rumah memang 1 kerja pun tak boleh nak buat. Bukan dia akan ikut apa kita buat. Tapi kita kena ikut apa yang dia nak. Hahhh..gitu lah anak ni berbeza-beza.

Tapi dalam masa kelam kabut dengan pekikan si Fateh ni, siap la jugak goodies bag untuk adik bongsu yang nak buat majlis. Alhamdulillah. Sambil meriba dia, sempat jugak siap entah berapa ratus goodies bag. Buat berdua dengan suami je masa tu. hahahhhh.

Bila Fateh umur 6 bulan, dia mula makan solid food. Masa Fateh ni, memng ikut 6 bulan, sebab sebelum 6 bulan di memg reject solid food. Buat rasa rasa je sebelum umur 6 bulan. Start 4 bulan dia dah mula kena selesema. Batuk. Masa tu dia sendiri je. Tak berjangkit. Tidk menjngkiti. Ha..gitu la kekdahnya. Beberapa kali bawa pegi nap. Dan doktor bagi nassal spray untuk clear kan mukus dalam hidung dia. Baby kn tak ada ubat batuk dan selesema kann. Ubat batuk yang doktor bekalkan pun adalah ubat nap. Bukan ubat batuk yang biasa tu. Ubat tu pulak, kalau habis bukan semua farmasi ada. Alhamdulillah hari tu masa blik kampung, ada ubat tu di Farmasi Tanjung Malim. Itu pun dia kena pindahkan ubat ke dalam botol ubat yang lain. 

Makan ubat tu, bukan makn ubat terus okay. Ubat tu hanya nak bagi longgarkan sikit paru-paru tu daripada kahak. Nassal spray tu pulak, nak bagi mukus tu clear. Tak nak bagi mukus tu jd pekat, hijau kekuningan. Sebab bila dah mula hijau kekuningan maknanya dah ada jangkitan. Bila guna nassal spray tu, mukus tu akan cairrrrrr je. Nak lap pulak, tak boleh guna kain sama berulang-ulang. Guna tisu basah berbundle2. 

Bila batuk dan selesema dia berkurang..? Benda tu berkurang bila dia mula makan solid food. Biasanya memang bagi makan nasi blander lah. Lebihkn bawang putih. Alhamdulillah, sejak makan solid food..hilang terus batuk dan selesema dia. Sampai umur 8 bulan, gigi 4 batang dah complete tumbuh, dia buat hal. Nasi blander tak nak makan. Bubur tak nak makan. Nak susu je. Berulang semula batuk dan selesema dia. Masa ni nak paksa makan, subhanallah. Tak cukup sabar la walaweyhhh. Smpai solat tu berdoa bagi Allah mudahkan nak bagi dia makan. Lepas tu bagi makan memang macam-macam baca. Dapat lah sesudu dua. Jadilahhh. Masa ni perasan badan di susut. Aku dah macam...haihhhh ... malas nya lah nak menjawab dengan nurse pulak.

lepas tu tergerak hati nak tukarkan dia susu. Bila tukar susu, dia reject susu yang baru. Masa tu terfikir, kenapa dia suka sangat susu yang asal. OMG rupanya susu asal tu manis betul. Ya, manis. Sebab tu semua rasa plain dia reject. Masa tu tak peduli dia nak minum ke tak nak, memang tukarkn terus susu baru yang rasa lebih plain. 2 minggu pertama dia tak nak jugak. Tapi mak mak ni, kalau nak buat sesuatu untuk anak, hati kena kental. Kuat kan sikit semngt tu. Cakap dekat suami, nanti kalau dah lapar..pandailah dia minum. Lastnya, alhmdulillah .. dia boleh dapt dengan rasa susu yng baru tu. Sejak tu, baru lah dia oke untuk rasa semua jenis makanan. Baru lah lepas tu nak makan nasi mask ayam kurma. Nasi lauk ungkep. Makan nasi dengan sup. Makan nasi ayam. Walaupun tak banyak, at least dia nak makan semua. 

Alhmdulillah, masa umur dia setahun .. tak ada kek-kek birthday bagai. Bawa makan Chicken Rice Shop, baanyak dia makan. 

So far, kami memg macm tu. Tak pernah celebrate birthday beriya. Dulu sekali dua je celebrate birthday dengan kek. Lastnya, diorg tak nak makn pun kek. Fahim pun pernah minta kek baskin robin. Bila dah beli, dia nak nyanyi je. Kek dia suruh mama papa dia makan. Ehhhhh...sejak tu memang tak beli dah kek kek bagai nih. 

Bezanya Fateh dengan abang-abang ni, bab makan sangatttttt cerewet. Dia nak makanan yang berasa. Kalau buat sup, kena lebihkan rempah dia bagi rasa. Lauk pun nak yang kuat sikit rasanya. Masak kurma, Ungkep then .. last ni masak kicap. Memang banyk dia makan. Siap marah bila suap ke Umar and Fahim. Cuma tu la. Mak dia memang rajinnnnn memasak. 

Sekali tu, ambik dia awal dari rumah pengasuh. Tiap hari pengasuh dia kata, dia makan nasi sekali dengan anak pengasuh. So, masa ambik hari tu .. dia tengah makan. Hmmmm..betul lah tu. Memg betul banyak dia makan. 

Bila masuk umur setahun, nampak sangat link dia banyak dengan Umar. Mungkin sebab Umar yang besar. Banyak beralah dengan dia even mama papa tak pernah pun minta anak-anak beralah antara satu sama lain. Lebih kepada, buat sama-sama. 

Tapi, dah mula pandai nak bergaduh dengan Fahim. Masalahnya minat dia dengan fahim tu sama. Jadi selalulah berebut kereta. Jadi, mak dia ni tadah telinga je lah 2 ketul tu bergaduh. Nasib Fahim tak membalas. Bila kena baling dengan kereta, dia mengelak..lepas tu angkat Fateh ke tempt lain. Atau bagi mainan yang lain. 

Semakin besar, nampak la sikit karakter si Fateh ni. Garang. Keras tapi manja. Macam Umar. Keras, lembut tapi tak manja. Fahim pulak. Garang. Kasar. Hati lembut dan manja. 

So, mejoriti anak anak Nazura is garang macm mak dia. Fine !

Boys

So, 3 lelaki. Rasa macam cukup lah kot. Proses membesarkan anak ni bukan cerita yang mudah. Ada orang kata : anak dia semua lelaki. Boleh je.


Kita perlu sedar, kemampuan mak mak ni berbeza. Mungkin dia mampu. Mungkin aku tak mampu. Keperluan dalam rumahtangga setiap keluarg itu kan berbeza. Usah membuat banding beza. Tahap kekuatan anak juga berbeza. Kerenah setiap anak juga berbeza. Senang cerita Allah sudah siapkan setiap orang dengan kemampuan yang berbeza. Tak perlu kita kata : dulu mak mak kita oke je. 

Bila orang suggest tambah lah lagi : jawapan aku cuma

'...bagi lah besarkan yang ada ni..didik bagi elok ..'

Soal didik anak, aku ambil semua cara yang baik. Tak kisah lah orang dulu ke. Orang sekarang ke. Tapi sandarkan pada Islam dan kemampuan anak. Orang nak kata dengan anak macam komando ke. Tak boleh tolarate dengan anak ke. Dengan anak kasar ke. Itu terpulang mulut orang. Kita lebih kenal anak kita. Dengn orang lain sikap anak biasanya berbeza. 

Okaylah. Tak larat nak menaip dah. Ini pun bersambung sambung smpai 3 hari menaip. Ada masa smbung lagi. Mungkin tahun depan pulak kot.

hahahaaaa

Wallahulam. Wsalam.

No comments:

Post a Comment