Sunday, July 29, 2018

~ the day of 11 April 2018 ~


Assalamualaikum
huhuuuhu .. setelah sekian lama tak menjengah ke sini.
Hari ni baru dikurniakan kesempatan dan sedikit kelapangan untuk update.
huwaaaa ..
entry sebelum ni masih cerita tentang nak bersalin yang tak jugak bersalin
Alhamdulillah .. hari ni, baby pun dah dekat 2 bulan melihat dunia. Pilihanraya pun dah tukar kerajaan. bhaaaahahahhaaa
Setelah sekian lama kan tak update dan jengah ke blog nih. busyyyyyy nya lah aku. hahahha

 Alhamdulillah tanggal 11042018, Abdullah Fahim bin Jalil berjaya di keluarkan dengan emosinya. hahaha
Bersalin kali nih tak begitu sengit kisah sakit bersalinnya, tapi peperangan emosi itu begitu krikal. Nampak tak bahasa nak mempamerkan bahawa aku sangat beremosi ketika itu.

Tak perlu diungkit sakit yang lama kerana in sha Allah ada hikmah yang baru sedang berlari larian bertemu pemiliknya. gitu laaaahhh ayat bunganya.

Alhamdulillah jugak Fahim lahir dalam keadaan sihat dan semakin sihat sekarang. Terima kasih sangat kepada yang tak berhenti mendoakan agar aku cepat membersalinkan diri time tuh. Sebab aku dah overdue seminggu. 41 minggu tapi tanda nak bersalin langsung tak de. Ohhh my. Bertenang sungguh Abdullah Fahim duk dalam perut kannn.

Ehhh .. ada yang tanya. Kenapa bagi nama Abdullah Fahim. Macam jauh melencong daripada Umar Anaqi. Kannnn ..?? hahaha. Macam aku sendiri, adik beradik semua start huruf N. Macam suami semua adik beradik start huruf J.
Maka kami pun memecahkan tradisi yang begitu.
Nama itu doa kepada pemilik nama.
Rasa lembut dilidah untuk menyebut. Rasa mudah untuk diingat.  Cukuplah.
Suami sendiri tak mahu nama yang panjang. Aku sendiri yang tiap tahun duk tulis nama anak anak orang panjang baq hang sampai tak cukup column, rasa tak perlu lah bagi nama anak pepanjang tapi sebut satu perkataan.
Sebab biasanya budak berdua nih memang aku panggil nama penuh.

Berpantang selepas bersalinkan Fahim, alhamdulillah tak begitu tragik macam masa Umar dulu.
Dulu suami balik Sabah sebaik saja selesai cuti. Kali ni, suami ada membantu mengurus selia banyak hal especially sediakan makan. Walaupun berpantang rumah mak, tapi hal cari ikan, siang ikan sampai siap dan kadang kadang masak kan terus adalah suami. Bila dah mula kerja, baru lah tang masak tu mak yang take over.

Proses pemulihan dalam pantang memang sangat cepat untuk kali ni. Alhamdulillah. Allah mudahkan. Sebab perlu handle Umar anaqi yang tak boleh move on sebab terlalu excited tiba-tiba ada adik. hohoho. Dia punya sayang dan membelek adik dia sangat menakutkan. Tak boleh tertinggal langsung adik dia, terus dia yang dukung bawa tempat orang ramai-ramai. 3 kali keadaan tu terjadi, memang ketar lutut tengok. Alhamdulillah Allah jaga sebaiknya. Boleh pula Umar dukung dengan cara yang betul. Bagi mama dia dengan penuh bangga. Mungkin perasaan dia ..' nah mama. Umar dah tolong ambik kan Fahim duk sorang tadi ..' huwaaaaaaa.

Alhamdulillah, target aku untuk bersalin dan balik tak terlalu menyimpang. Tinggalkan Umar kat rumah mak, dia tunggu depan pintu setiap kali dengar bunyi enjin kereta. Bila bukan aku yang masuk, dia dah mula membebel ..' tak de .. tak de ...' huhu. sebak weyhhh kat situ. Masa tengok video tu belum bersalin, terus bisik kat Fahim dalam perut ...' U, kita kena balik ni. Awak kena keluar hari ni jugak tau. Kita kena balik jumpa Umar nih...' Alhamdulillah, lepas bisik macm tu dan setiap kali bisik begitu, contarction datang makin kuat. Jadi terselamatlah ai daripada di induce. hahahahaaa

Masa sampai je rumah mak, mak pun kata aku nampak kuat sikit banding masa lepas bersalinkan Umar. Senyum pun tak mampu time tuh.  Tapi paling anoyying, kita balik punya excited jumpa Umar .. e'ehhhh .. dia lagi excited tengok orang balik bawak baby. Bukan dia cium mama dia, terus berpaling tadah keje cium baby. Haihhhhh ..
Alhamdulillah sangat sangat Umar Anaqi agak matang dalam hal begitu. Tak nampak dia jeles dengan kemunculan Fahim yang tiba-tiba. hahahaha. 

Sebulan pertama memang agak kritikal untuk fahamkan dia dengan beberapa perkara tentang adik dia. Sebab dia terlalu excited nak mengajak adik dia yang tak tawu pape bermain. Lepas tempoh sebulan tu dah nampak dia dah faham beberapa perkara. Jadi bolehlah mama dia masak, kemas rumah dan uruskan banyak benda sebab Fahim dapat tidur dengan sedikit tenang.

~ muka sedey gila. nak buat macm mana mama tersalah jerit. huhu ~
Alhamdulillah juga, macam Umar dulu, Fahim pun jenis tak banyak meragam . Cukup susu, badan selesa dia akan tidur. Sebulan pertama je dia sangat kuat merengek sebab masalah ruam pada muka yang agak teruk. Oh my ! rupanya gatal ruam pada muka tuh. Patutlah masa awal awal sangat susah nak bagi dia tenang waktu  tidur.  Tanya pendapat sana sini , pergi klinik akhirnya jumpa solution dah. Tukarkan FM ( ambik semula FM yang Umar guna dulu ) pergi klinik, doc bagi sabun mandi, shampoo dan ubat sapu. Alhamdulillah, sangat membantu. So far, doc dah pesan Fahim ni memang ada kulit sensitif. Nak buat macam mna kan, mama dia pun teruk nak settle kan certain masalah kat kulit. hoho ..

 So far, aku macam biasalah. Nak datang sayang kat baby tu memang lambat sikit. Waima masa Umar dulu pun, lama sikit baru datang rasa terima kenyataan Umar tu muncul sebagai anak aku. Kalau tidak, bila pandang Umar dulu, selalu terdetik dalam hati ... datang mana ek budak nih. bla bla bla segala bagai. Nak cium lagi la aku tak pandai. Nasib la aku pandai dukung baby dan Umar agak kuat masa baru lahir dulu. Datang Fahim, lagi la keras budaknya. See.! Aturan Allah tu tepat. Disebabkan aku yang macm ni, keluarla anak-anak yang kuat ( tulangnya ) sampai aku pun confuse apa yang makan time pregnant. hahaha ..  Macam Fahim nih, dah terima dah kenyataan macm tu. Tapi nak peluk cium tu kekok. Sebab karakter aku sendiri memang ada kurang sikit dengan baby. Ye lah .. manusia kan berbezakan. Bila dah masuk dua minggu ke atas, baru lah sayang tu perlahan lahan datang. Is that simptom hampir kemurungan or trauma ke macam mana ek ..?

Cerita tentang kemurungan yang macam dah jadi trending masa ni, nasihat aku, yakin pada diri tu sangat penting. Yakin pada Allah. Yakin semua yang kita sedang lalui, Allah dah sediakan yang terbaik. Aku tak nafikan, sesetengah ujian yang Allah hadiahkan untuk kita, tak mudah untuk kita lalui. Tapi yakinlah, Allah dah sediakan hikmah terbaik untuk semua tu. Fine, anak baru dua nak sembang kencang kan. Depends lah. Aku tak nafikan kemurungan atau angin meroyan tu adalah sejenis penyakit. Benda berkaitan pnyakit ni kita tak boleh nak judge kena begitu dan begini. Dia boleh menyerang siapa pun dengan izin Allah. Jadi, berjagalah. Aku pernah ada pengalaman dengan Umar dulu. Suami dah nampak aku lain macam masa tu. Jadi, dia mula berjaga masa yang kedua ni. Kalau masa Umar tu trauma sakit selepas bersalin, masa Fahim ni trauma dengan emosi.  Waima sampai hari ini pun bila lama pandang muka Fahim akan terbayang bayang gangguan emosi ketika itu. Cara aku : cepat cepat kembali ke dunia nyata. Barang yang lepas jangan di kenang. Buang terus pun tak apa. Fokuslah untuk hari ini dan masa depan. Buang semua yang menyakitkan .. dan hadapi apa pun dengan yakin bahawa Allah bersama kita. Allah akan tolong kita.


So far, cuti bersalin kali ni aku ambil 90 hari. Masa umar aku ambik 70 hari je.  Jadi, naik kerja kali ni, aku dah boleh ikhlaskan diri untuk kerja. Aku dah boleh manage emosi antara anak dan kerja. Tapi cabaran nak uruskan 2 anak tiap pagi tu agak mencabarlah bagi aku. Memang la 2, bukan 12 la kan. Tapi tu la .. bisik pada hati, kalau anak aku 2 aku nak merungut penat segala bagai,  penat lagi orang yang nak urus 12 anak yang jarak setahun satu. huhu .. lalu aku pun terfikir, macam mana mak mak nih urus anak sampai berbelas belassss ek ..??? haihhh.. tu la. macm mana pun, itu semua rezeki masing-masing kannn ..

Jadi, bila dah naik sekolah, maka .. fokus dah bertambah. Harap aku bukanlah salah seorang cikgu yang hadapi kemurungan dan tekanan jiwa. huhu. allof that, aku sangat sangat berterima kasih dengan para pentadbir sekolah yang sangat sporting dan memahami hampir banyak perkara. Walaupun tiap tahun mohon pindah, alhamdulillah buat masa ini dan sehingga kini tujuan mohon pindah bukan kerana pentadbir.

Alhamdulillah. Bersyukur dengan kerja. Gembira dengan keluarga yang ada.
Cerita Allah itu indahkan.
Kadang duka, pasti diikuti dengan tawa.
Wallahualam