Saturday, July 13, 2019

~ hapy bfday umar anaqi ~

Assalamualaikum ..
gud morning readers..

Pagi ni, baru je mula nak buat kerja terpandang tarikh kat laptop.
' 13.7 ..? bfday umar ...'
itu pun setelah hari tu duk tersalah salah tarikh dengan fahim. selalu lah eh tertukar tarikh fahim dengan umar. OMG ! Susah kot mak mak nak lupa bfday anak weyhhh.. ni baru 2. kalau 20 entah entah anak pun lupa kottt.. hahahhaaha

Alhamdulillah hari ni umar anaqi genap 4 tahun. Macam biasa no special celebration. Kenapa ..?
Entah. haahahaha. Mungkin sebab mama dengan papa Umar memg tak ada istilah sambutan begitu kot. Tapi tengok lah kalau tetiba mama papa rajin. Kita buat belated celebration sekali dengan fahim.

See... ! Masa fahim aritu tak sempat nak save the date dalam blog. huhuhu.
Fahim selalu di nombor dua kan. huk3x.
Tak pe lah, yang penting dah save memory dalam fb kan fahim yang kacakkkkkk kannnn..hahahha

Tapi, sebagai mak mak moment lepas lahirkan Umar tetap moment tak dapat nak lupa. Since aku ni bukan spesies mudah nak sayang, masa 1st time tengok Umar aku tak tahu nak buat apa. Laki aku je super excited. Bila balik rumah, balik sendiri. Semua orang tanya mana Umar. Dalam hati je cakap     ' aku sakit nak mati, baby pulak di tanya.' Nampak kan bingainya seorang mama time tuh.

Lepas 2-3 hari macm tu dah pegang Umar, baru sayang tu datang perlahan lahan. Time tu lah doktor bagitahu hasil x-ray .. umar ada 3 lubang kat jantung. Dan paling rare, Umar ada manusia dextrocardia mirror image type 2. ( ni lah sejenis manusia manusia yang di tunggu oleh sekalian doktor untuk di jadi kan 'bbm' untuk doktor pelatih .. hahahaha ). Masa dengar penjelasan doktor tu, 10 minit je risau. Bila doktor kata dah boleh bawa balik Umar, aku cuma kata : Allah lebih tahu jaga Umar.

Sepanjang membesar kan Umar, ya .. aku serahkan semuanya pada Allah. Sebab sepanjang Umar membesar, dia ada set ubat yang di jadual kan. Kena renew setiap 2 minggu. Proses nak ambil ubat dia, bukan ubat dah sedia ada. Ubat dia perlu dibancuh dahulu guna mesin dan ambil masa 1-2 jam untuk siap. Tapi KK Parit Raja memg sangat the best. Aku biasanya datg, bagi slip ubat pagi pagi. Nanti nak pergi sekolah, datang semula ambil. Alhamdulillah Allah sangat mudahkan semua urusan. Then, dia ada temu janji yang sangat padat. Klinik Desa, HSNI, HSA dan IJN. Temu janji ni semua setahun 3 bulan sekali. Pernah sekali tahun 2017 tak silap aku, CRK aku habis terus. ( thanks a lot to my pentadbir time tu yang sangat concern setiap kali aku minta CRK. Tak pernah tak lulus dan tak sokong. Tak pernah argue macam macm. thanks a lot )

Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya hingga hari ini. After operation, doktor kata everything oke,  tapi ada sikit lagi masalah. Biasanya tak akan memberi kesan yang buruk. Sekarang ni dah stop appoinment di IJN .. cuma akan ke HSA saja tahun depan untuk tengok progress seterusnya.

Dalam menghadapi anak yang diuji begitu, aku perlu akui sikapnya memg ada sikit berbeza dengan budak lain. ( mungkin benar kata kawan tu ). Dan bila usaha nak menghantar Umar ke Taska, ada pihak yang menolak untuk terima anak yang ada masalah kesihatan begini walaupun kita dah yakin kan bahawa dia oke. Fine !
Tak nak, sudah ! Aku pun boleh ajar sendiri. Aku pun pernah jugak ajar tusyen budak tadika. Ape de hal. ( Nampak ayat sakit hati. hahhahaha )

Alhamdulillah, sikit sikit nak juga dia belajar. Tapi macam biasa lah budak laki.
Ni pun lepas aku tanya dia :
'awk tak nak school, awk kena belajar dengan mama, boleh ..? okay ?'
dia pun tengok muka mak dia dah macam dracula. terus mengangguk.
'okay'
Fine. Done !

Umar pun masih lagi ada speech therapy. Alhamdulillah progress dia nmpak lebih baik. Banyak kali juga hari tu nak stop kan. Tapi tak jadi, dan tak jadi. Lagi bila dia sangat suka di speech therapy. Dia suka juga jumpa dan main sekejap dengan anak-anak di speech therapy.

'Semoga Allah berikan kamu kebaikan dunia akhirat ya Umar Anaqi. Mama, papa and Fahim sayang kamu '

Wallahualam.



Saturday, July 6, 2019

~ umar, taska dan speech delay ~

Assalamualaikum..
selamat pagi .. jommm manis kan senyuman pagi nih.
wat theeee .. ni bukan lagi zaman blog okeh. creat blog nih sejak 2009 ke 2008 macm tuh. Masa tu dah mula stop menulis novel. Cuma kadang kadang je menulis cerpen sebab tetiba rasa nak join contest atau orang minta.

Fine, hari ini masih isu yang mudah mudah lagi. Otak tenat dengan isu-isu kemanusiaan yang punah dan hilang. Nyawa manusia bagai kan hilang erti dan nilainya. Apa tah lagi nyawa haiwan kecil yang tidak berdaya. Dunia semakin tua, manusia semakin tenat ... janji Allah itu pasti.

Pagi ni bangun niat di hati nak siap kan rph untuk minggu depan ( cikgu kannnn...hmm) dan siapkan data untuk splkpm. Tapi tiba teringat blog nih. Lama tak buka. Sian dia. Walaupun tak ada yang respon, tapi ada yang baca. Kongsi kan lah sesuatu yang baik, semoga di akhirnya nanti ada sedikit jariah untuk di bawa pergi.

Fine. Nak cerita tentang Umar lagi. Masih dengan Umar kan. Mana tah nak cerita tentang Fahim. Siannnnn Payim. Kalau ramai mummy mummy rasa bersalah dengan anak 1st sejak ada anak kedua, tapi macm pelik pulak kena tang aku .. bila part 'jerit' mesti nama Fahim keluar dulu. Sejak Fahim masuk umur setahun ke setahun lebih nih .. dia dah mula pandai jeles dengan Umar. Baik, kat situ kena hati hati. Fahim bukan lagi baby yang hanya pandai melihat. Fahim dan pandai respon. Dah pandai express kan perasaan. Jangan nnt anak yang 1st tak rasa terancam, yang 2nd pulak rasa demikian. Ohhhh No !!

Kisah Umar yang speech delay. Beberapa hari je lagi Umar nak masuk 4 tahun. Progress bercakap dia semakin baik. Alhamdulillah. Dia mula nak bercakap masa Januari 2019. Tapi perkataan 1st yang keluar daripada mulut dia ialah Adik dan Fahim. OMG!! See .. how he sooooo appriciate his adik.

So, suatu hari suami bagitahu nak refer Umar ke klinik untuk check sama ada Umar ada masalah lain ke sebab tak bercakap. Sebab Umar sebut 'susu' adalah 'fufu'.

Bukan double standard ke macm mana, tapi aku menolak untuk refer ke hospital kerajaan sebab proses dia panjang. Umar dan pernah ada terapi dengan klinik kerajaan, tapi aku stop kan, sebab tak nmpak ada respon positif. Bukan nak Umar terus bercakap laju pun, atleast dia respon nk ikut bercakap. Tu tak ada. Mungkin satu hal, dia belum ready nak bercakap.

Mula tu aku dah usya ke Hospital Putra. Tapi macam besar sangat la pulak. Jadi macm letih.
( Sebenarnya dah sangat sangat penat dengan nama hospital nih. Jadi malas yang tak tahu nak cakap macm mana tah..hmm)

So, cari punya cari, aku jumpa satu pusat speech therapy di Batu Pahat. ELITE Speech Therapy di Jalan Bukit Pasir sebaris Bank Muamalat.

Baik, untuk 1st appoinment .. Umar tak ada masalah autisme, tak ada masalah pendengaran, eye contact oke, respon oke .. senang kata semua oke, cuma dia masalah untuk faham soalan, respon soalan complicated, dan kurang vocab.

Perkara pertama doc tanya bahasa biasa guna dalam family, bahasa Melayu lah kan. Tapi, sejak mengesan Umar lebih mudah sebut dan faham bahasa Inggeris, kami guna juga bahasa Inggeris. Sebab bila tengok TV pun, Umar akan stay pada Movie Inggeris, kartun pun yang cakap bahasa Inggeris. Kau nak suruh aku macm mana kalau dia mmg tak suka nak tengok cerita boboi, Upin Ipin semua tu..? Bukan belagak ajar anak cakp bahasa Inggeris pun. Pada aku, lantak p lah ang nak cakap bahasa apa, yang penting ang CAKAP !

Start kat situ, appoinment terus berjalan seminggu sekali, 2 minggu sekali dan sekarang aku kurg kan 3 minggu sekali. Dari appinmnt kena hari kerja ( ini memang bapak la penat gila sebab berkejar nak kerja ) jadi lah skrg appoinment hari cuti.

Sebelum Raya Aidilfitri, aku dengan suami decide nak hantar Umar dan Fahim ke Taska, dengan harapan Umar akan lebih cepat bercakap. ( Tang nak anta pergi taska ni ... makkkk aihhh bapak la mencabar ). Tapi cuma 5 hari je. Lepas tu Umar meronta ronta, meraung raung ... merayu rayu tak nak pergi dah. Lalu jalan ke Taska pun dia jadi fobia. So far, taska tuu oke. Untuk modul pendidikan, aku sebagai cikgu pun nmpak modul yang di sediakan baik untuk perkembangan kanak kanak. Tapi mungkin sikap Umar sendiri sangat menguji sabar teacher di situ. Aku yakin, pukul tu tidak. Marah itu pasti.

Siapa pernah kenal dan jaga Umar, orang tu akan tahu betapa sebanarnya karakter dia sangat berbeza dengan kanak-kanak lain. ( tak tahu lah dextrocardia tu effect sikap ke tidak..tapi macm tu lah kelihatannya ..hmm). Dia tak ikut orang lain, tapi dia mempengaruhi orang lain untuk ikut dia. Dia tak akan dengar cakap kalau dia rasa dia tak nak. Dia tak ada masalah nak duduk main sorang-sorang. Tapi dia appriciate kalau org datng untuk bersama. Dia tak suka di arah dan di kongkong kena macm tu dan macm ni. ( dah macam pangai aku je..huhuhu ). Sebab masa tu, penyelia bagitahu Umar tak nak ikut kawan. Kawan kawan belajar dia akan berlari ke depan. Kawan kawan makan, dia akan keluar. ( Umar sangat cerewet makan. Dia makan ikut masa yang selalu aku dah setting untuk dia. Bangun tidur, breakfast dia susu sahaja. Tengah hari makan nasi. Bawa ke petang .. makan ringan ringan. Malam lepas maghrib, makan malam ) Kalau di taska jadual nya kena breakfast makan mee goreng ke macm mana, kau rotan pun dia tak akan makan. Dan biasanya dia tak akan tunggu, duduk termenung tengok orang makan.

Dari kecik, Umar bukan budak yang akan pandai duduk termenung. Waima dalam kereta pun, dia akan bawa mainan dia satu box, dan main di belakang. Penat, tidur. Bangun, sambung balik.

Jadi, adakah dia tak dapat di dislpin kan terus ?? Boleh. Tapi ada caranya. Faham dulu karakter dia. Sikap Umar, tak boleh terlalu keras, tak boleh terlalu lembut. By da way .. aku suka cara miss di Speech Therapy. Waktu main dan train Umar dia sangat nice n joyfull. Tapi satu masa tertentu bila Umar tak nak dengar arahan, dia akan tekan kan sedikit suara, ubah mimik muka .. Umar akan slow down. Once slow down .. miss akan tukar balik karakter. Benda tu sedikit sebanyak aku juga sama belajar.

Jadi, Umar akan tahu .. bila masa dia perlu dengar. Dia buat salah. Dan bagus nya, dia akan cepat faham. Sekali dua is enough untuk dia 'reti bahasa'.

Di taska, aku tak tahu lah pendekatan yang bagaimana nak mengatasi Umar. Aku tak boleh nak salah kan taska 100% sebb aku kenal Umar bagaimana. Bukan calang calang orang boleh sabar dengan dia. Kalau tidak, tidak lah umur 2 tahun dah rasa rotan dengan mama papa dia. hmm... tapi, silap sebab mereka tidak bagitahu aku apa karakter Umar sebenarnya di taska. Setiap kali ambil, aku akan tanya. Teacher akan kata .. dia oke. bagus. Tengok log umar, respon pun positif. Tapi tiap hari ambik nangis teresak esak seperti memendam dan cuba meluahkan sesuatu. Dan, bila nak stop .. baru lah cerita begitu begini. Aku cuma kesal, kalau berterus terang .. bukan ke aku boleh tolong guide untuk buat apa dan bagaimana untuk tarik dan lepas dia. Bukan ke di rumah aku boleh tolong bercakap dengan Umar bagaimana dan perlu apa. Dia memang tak nmpak ada respon tapi dia faham dan cepat absorb. Ada caranya nak bercakap dengan Umar.hmm..

Dan hari ni, Umar masih terus kan speech therapy dan dia sangat gembira di sana. School..? Ya, dia fobia. Lalu sahaja di mana mna premis yang ada playground, dia akan menangis minta tidak berhenti. Di situ, aku kecewa. Next year, dia perlu sekolah. Aku tak boleh bayangkan kalau fobia tu masih ada. hmm...macam tu lah.

Mungkin lah orang kata aku manja kan anak. Suami pun tanya. Habis anak tak boleh kena marah ke..? Boleh. Umar kalau kena marah dengan aku pun, orang tak sampai hati nak tengok. Marah anak, biar dia tahu .. dia di marah sebb salah. Bukan di marah sebab benci. Mulut boleh cakap apa je. Kami marah sebab nak bentuk dia. Nak disiplin kan dia. Tapi aura ketika marah tu orang boleh rasa. Apa lagi budak.

Marah lah anak aku, tapi bukan memberi kesan negatif pada emosi dia. Aku berhentikan dia sebab aku dah nampak emosinya mula 'cacat'. Dia stress. Aku tak nak sampai dia rasa 'mama papa tak faham dia..' kalau dengan umurnya 4 tahun tapi tiada siapa nak mendengar luahan dia, pada masa dia lebih besar .. tak akan ada nama mama papa sebagai orang yg mendengar dia. yang ada dalam hati dia adalah 'kalau aku bagitahu pun mama papa akan kata aku mengada ngada'. Apa lagi Umar sangat sensitif. Dia degil berpendirian, tapi hatinya sangat mudah tersentuh. Cukuplah di rumah, kalau aku balik kerja kena masak, then Fahim datang sepah kan bawang dalam rak. Dia akan datang say no to Fahim ( phone memang tak lepas lah ), bagi Fahim mainan lain dan tolong kemas bawang yang Fahim sepah kan, tutup pintu kabinet ... pastu jalan masuk bilik sambung tengok phone. Hari ini dia concern mama penat, sebab mama concern benda yang dia suka dan dia tak suka. Kalau hari ini, mama papa ignore bnda yang memberi tekanan kepada dia ..?? wat will happen then...?

Anak sebesar 4 tahun belum faham apa itu rasional secara sendiri. Kita cakap tentang rasional pun dia belum cukup faham. Jadi, didiklah hati dan emosinya dahulu. Apa kau ingat aku masuk kelas mengajar duk syok sendiri ikut rph ke ..?? Sibuk nak kejar habis silibus ..? Biasanya masuk kelas, aku akan pandang dulu muka sorang sorang manusia lebih kurang 5 minit. Tengok dulu respon diorang bila minta kemas sikit kelas, pungut sampah dan buang sampah. Pernah satu hari aku pandang sorang budak, muka dia nmpak 'suram'. Mungkin tak sihat. Mungkin letih sebb dia selesema. Maknanya dia tak boleh fokus. Jadi, hari tu aku tak attack dia. Bagi tugasan tapi tak minta urgent untuk siap. Bila ramai sangat mengantuk, bagi mereka gula gula. Keluar lah untuk cuci muka. Keluar lah ke toilet untuk dapat udara yang lebih baik. Bila masa explanation untuk sejarah, aku akan  ambil masa kurang setengah jam saja. Sebab lepas setengah jam, siapa pun akan hilang fokus.
Waima kelas hujung pun, kadang mereka berusaha untuk fokus. Tapi kalau lebih setengah jam, bagi kat aku pun .. aku tak mmpu nak fokus. Kalau kita tak mmpu, jadi untuk apa kita harap orang fokus..?

Bila scroll balik ke atas, bapaklah banyak aku menulis. Aku nak buat kerja lain pun sebenarnya kannn. okelah. entah bulan berapa tah aku ada masa nak menaip kat sini lagi
wallahualam..
wassalam