Saturday, January 25, 2025

~ bersih vs cantik ~

 Assalamualaikum. 

Ehhh..rajin pulak nak update kan. Tunggu kan sistem stabil yang entah bila akan selesai.Sambil berada di dunia nyata sebuah sekolah. Hal yang sudah lama aku perhatikan. Bukan sekolah semasa aku bertugas malah di mana-mana pun.

Isunya adalah bersih. Sebelum cerita tentang sekolah, aku sentuh tentang kelas sahaja. Entah kesampukan apakah yang melanda manusia hari ini, mereka seakan tak faham perbezaan bersih dan kotor. Sampah dan bukan sampah.

Kalau dulu sewaktu di sekolah, kerja aku adalah menyapu kelas. Datang awal awal pagi dengan tujuan nak menyapu kelas. 

Hari ini aku masuk kelas, benda pertama yang akan aku sebut adalah : sila sapu kelas anda. Bukan kutip sampah. Tapi sapu ! Sampai budk2 yang belajar dengan aku, mereka akan tahu tugas hakiki mereka sebaik saja aku masuk adalah sapu smpah. 

Biasanya keadaan kelas akan tebal dengan habuk. Aku pun tak pasti kalau mereka tak rasa habuk tu kotor. Atau bagi mereka itu biasa. Pernah juga aku curious dalam satu program yang melibatkan makanan. Usai makan, keadaan agak bersepah. Mereka boleh duduk bersama sampah bekas makanan, bersama lalat dan semut bekas tumpah air manis. Mereka boleh duduk di sisi sasa tersebut sambil touch up make up! Hmm.. mungkin betul lah orang-orang tua kata ; kat luar kalau cantikkk sangat, di rumah mungkin berantakan. 

Isu bersih ni sebenarnya tak kira siapa pun. Jangan kata : ...ohhh..dia standard begini begini, jadi dia bersih. Ada juga yang kata : rumah baru..cantik boleh lah. Rumah buruk ni buatlah macam mana pun tetap tak nampak bersih.

Come on! Bersih dengan cantik adalah 2 benda yang berbeza kan. Suatu tempat tu, sekali pun tak grand, bila bersih ..ia akan cantik. Tempat tu, grand lah macam mana sekali pun, kalau tak bersih .. tetap tak akan cantik. Cantik itu datang bersama bersih. Sedangkan manusia sendiri kita boleh nampak. Make up lah tebal macm mana, kalau pengotor .. hilang seri cantiknya tu.

Islam ajarkan bersih dahulu. Bersih ini datangnya dari rumah. Kalau di rumah asasnya tidak bersih. Asasnya punya 'pembantu rumah' tidak berbayar, maka tidak peliklah kalau di luar rumah munculnya 'tuan' tidak berperasaan. 

Trend sekolah sekolah 'mencantikkan' sekolah. Banyak effort diorang buat agar hakikat persekiran sekolah itu kondusif untuk didiami oleh murid. Maka muncullah tandas tercantik.Muncul lah pelbagai pertandingan untuk mencantikkan. Tapi, jika berrsih itu tidak mula dididik seawal mungkin, cantik itu akan hilang sebaik saja sang juri melangkah keluar. Bukan saja murid perlu diajar tentang bersih. Guru-guru juga perlu di tadbir jiwanya tentang bersih.

Suatu masa dulu, ada seorang guru meradang kerana kelasnya di ganggu oleh pentadbir yang meminta murid kelas tersebut menyelesaikan timbunan sampah di belakang kelas. Katanya mengganggu masa beliau mengajar. 

Soalannya : Bagaimana anda boleh mengajar dengan timbunan sampah tersebut..? 

Itu saja sudah cukup menggambarkan bagaimana anda cakna dengan sampah. Kita ni kadang-kadang terlalu individualistik. Komen dan complain setiap hari :

'...budak-budak ni mentaliti kelas bawahan betul. Buang sampah bersepah-sepah ..'

Betul. Dan mereka ke sekolah sebenarnya untuk kita sama sama bina fikiran mereka agar bermentaliti kelas pertama. Kalau mentaliti tentang sampah pun kita tak mampu nak pecahkan, bagaimana kita nak bina mentaliti kelas pertama mereka untuk belajar.? 

Konsep belajar itu bukan mengadap buku ... belajar-belajar dan jawab exam. Hakikat belajar bukan itu sahaja. Belajar itu berasal daripada minda. Minda itu yang akan bina semangat, motivasi dan keyakinan untuk terus belajar-belajar  dan belajar. Jadi, sebenarnya minda kita sangat berperanan membentuk tindakan kita yang seterusnya. 

Isu bersih ni sebenarnya isu global. Hingga hari ini, alhamdulillah aku dikelilingi dengan jiran jiran yang bersih. Walaupun keliling rumah ni, rumah sewa. Alhamdulillah, mereka masih besih. Walaupun sampah tidak dikutip, mereka sediakan sendiri tempat kumpulan mereka untuk bakar sampah-sampah sisa makanan. So far, macam aku memg tak mampu nak membakar sampah, jadi bayar lah untuk kutipan sampah setiap bulan. 

Bersih itu bukanlah cantik. Tapi daripada bersih itulah akan hadirnya cantik.

Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment